Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, February 14, 2010

Rakaman Audio Dialog Presiden PAS Bersama PAS Shah Alam

Oleh kerana telah timbul beberapa kontroversi berkenaan dengan lawatan Presiden ke PAS Shah Alam minggu lepas, pihak MAlaysiawaves mengambil keputusan untuk mengeluarkan rakaman audio program tersebut.

DI bawa juga artikel dari Misbahul Munir untuk rujukan di bawah. Selamat mendengar.
(NOTA: Rakaman itu agak panjang dan tidak boleh dimasukkan ke Youtube. Jadi, terpaksalah saaudara/ri muat turun.)




JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL PERIKSA-Ustaz Misbahul Munir

Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.

Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Fligt jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Fligt berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam. Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.

Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain. Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam.

Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu. Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai. Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan.

Sewaktu saya sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat dan juga sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, banyak sekali program anjuran lajnah yang melibatkan Presiden. Tidak ada satu program yang melibatkan Presiden, beliau datang lewat sehingga merosakkan perjalanan program.

Tuduhan terhadap Datuk Presiden dengan sangkaan yang begitu rupa merupakan satu fitnah jahat yang hanya menguntungkan UMNO BN dan musuh-musuh PAS yang lain. Kita diajar dalam al quran supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang sebenar sebelum kita mengulas apa sahaja isu. Kalau kita sayang pada Presiden bukan macam itu caranya kita menegurnya, ahli PAS berhak tegur dengan apa cara sekalipun, boleh guna blog, sebab itu juga satu cara untuk menegur.

Tetapi sebelum menegur, cari sumber dulu mengapa Presiden lewat, kalau lewat kerana takut berdepan dengan ahli PAS, saya fikir lebih baik Setpol cari alasan lain yang agak munasabah supaya Datuk Presiden terus tidak hadir ke program tersebut, seperti adik Presiden sedang sakit tenat, orang ramai mungkin lebih menerima alasan ini. Dan malam tadi saya pula dapat mesej adik Presiden telah meninggal dunia. Jadi orang ramai akan lebih bersimpati dengan Presiden.

Kesanggupan Presiden turun juga ke Shah Alam walaupun lewat sepatutnya dihargai. Beribu alasan lain boleh diberi oleh pegawainya untuk tidak terus hadir ke program tersebut kalau semata-mata takut berdepan dengan ahli-ahli PAS sendiri.

13 comments:

azmie said...

takdak pun file nya

Tulang Besi said...

klik butang download kat atas tu

Jebon said...

Cuba kaji semula kenapa orang tak percaya cakap presiden? Bukan senang nak percaya semula bila dah pernah kena tipu. Oleh seorang yang bergelar ulama pulak tu.

Jangan salahkan kami rakyat biasa yang sudah tidak percaya pada presiden PAS. Itu adalah lumrah dunia. Sekarang presidenlah yang patut memperbaiki diri sendiri untuk naikkan semula kredibiliti beliau supaya dipercayai walaupun itu memang perkara yang amat sukar.

Cuba kita lihat walaupun isu perbincangan dengan umno baru-baru ini ditimbulkan oleh TGNA, tapi yang kena hentam ialah presiden. Amat kurang yang menghentam TGNA kerana kredibiliti beliau.

Oleh itu, jangan salahkan kami. Perbetulkan diri dahulu. Kalau kami tak betul tak ada siapa yang ikut serta tak memberi kesan pada parti atau politik negara. Tapi bila presiden menipu, maka susah rakyat nak percaya lagi seperti presiden UMNO, hanya ahli UMNO yang bodoh je yang percaya.

Dengan presiden PAS adakah ahli PAS yang bodoh aje percaya pada presiden mereka?

Tepuk dada, tanya iman...

DiegoTajdid said...

tak jumpaa laaaa file diaaa TB.. tang mana nak downloadnyaaa nie...
forgive me for my ignorance...

hussin said...

misbahul ni pegawai apa presiden pulak? tak payah lah bersusah payah nak pertahankan presiden. dia kan ada pegawai2nya sendiri untuk buat kerja tu. banyak lagi kerja yang boleh misbahul buat dan perlu buat kat perak tu.

kalau dah tahu program bertindih, dengan masa menjadi faktor, kenapa sanggup menerima jemputan di shah alam. untuk menunujuk2kan bahawa presiden ni seorang yang prihatin? siapa penasihat presiden? atau memang sengaja menerima jemputan walaupun sudah diambil kira faktor masa dan perjalanan kerana ia memberi ruang mengadakan alasan sebab lambat?

walau apapun, Allah Maha Mengetahui.

Tulang Besi said...

diego,

klik kat file tu lepas tu tengok kat atas tu ada butang "download"

Anonymous said...

tak pe tak pe kita tukar parti, masuk dap lak, apamcm tb stuju? gua ikut hang je

Anonymous said...

korang tak puas hati ngan presiden..peduli apa..Presiden ttp melaksanakan tugasnya dgn amanah..mls nk layan pengomen2 luar yg memecah belahkan parti ni

Anonymous said...

Tulang Besi nie orang PAS ker? Kalau orang PAS dia tahu adab berjemaah. Ker teringin nak jadi Presiden

Ahli PAS Shah Alam said...

Anonymous Anonymous said...

Tulang Besi nie orang PAS ker? Kalau orang PAS dia tahu adab berjemaah. Ker teringin nak jadi Presiden
.

Adab Jemaah ke bila orang dah tunggu lama, tetiba Presiden hanya sanggup luangkan tak sampai 20 minit?

Anonymous said...

itu insiden luar jangka bro,nak buat macamana,takkan hal mcm tu pun nak bising.. dah dia cakap tak sengaja,tersilap,cukuplah tu,nak ulas lebih2 pulak apa hal??? klu dia tipu,itu dia punya pasal la,jawab la dgn Allah nanti...
Jebon,bila presiden tipu?cuba bagitahu?

atas pagar said...

Teruk la mcm... yang mengaku PAS pn ada yg buruk sangka sesama sendiri... nama aje ISLAM kot.. perangainya tidak

ahli PAS Shah Alam said...

itu insiden luar jangka bro,nak buat macamana,takkan hal mcm tu pun nak bising.. dah dia cakap tak sengaja,tersilap,cukuplah tu,nak ulas lebih2 pulak apa hal??? klu dia tipu,itu dia punya pasal la,jawab la dgn Allah nanti...
Jebon,bila presiden tipu?cuba bagitahu?
.

Luar jangka sebelum program. Lepas program stat apasal nak cepat2 habis. Soalan2 dari peserta tak jawab pun.

Tu adab jemaah ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.