Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 2, 2010

Sistem Tender Terbuka Menguntungkan Orang Melayu

Kenyataan KM Penang yang terbaru ini tidak mengejutkan saya. Sebelum ini dalam artikel saya "Kegagalan DEB Bukan Sebab Orang Cina", saya telah mendedahkan betapa tender terbuka telah berjaya menolong menaikkan taraf ekonomi orang Melayu yang tidak berkemampuan di Pulau Pinang. Ia berjaya memberi kontrak dan projek pada mereka2 yang tidak mempunyai pertalian politik dengan UMNO. Berbeza di bawah UMNO, segala projek dan kontrak dibolot UMNO, sekarang ini sesiapa sahaja dapat peluang mendapat kontrak.

Kenyataan Guan Eng menunjukkan orang Melayu mampu bersaing. Mereka mampu hidup tanpa UMNO. Mereka mampu memberikan perkhidmatan yang berkualiti tanpa tunduk dan menyembah UMNO.

Berbeza sebelum ini, kontraktor-kontraktor Melayu terpaksa membela pemimpin-pemimpin UMNO demi untuk mendapat kontrak dan projek. Sekarang ini wang rasuah sudah tidak diperlukan.

Saya tak sabar nak tunggu kenyataan balas dari UMNO Penang terhadap kenyataan Guan Eng ini. Apa yang UMNO Penang hendak kata selepas ini. Hakikatnya, orang Melayu Penang lebih makmur bawah pemerintahan DAP dari BN.

Tulang Besi

70% Tender Terbuka Dikuasai Bumiputra - Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.

Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.

“Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian Kerajaan melalui internet.

Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.

Rabu lalu bekas Pengerusi PKR Negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang Diktator, Cauvanis dan berfikiran Komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni UMNO untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni UMNO dan mereka dari luar Pulau Pinang.

Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus Kerajaan BN kepada kroni-kroninya.

Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.

Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.

“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu Kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.

“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.

“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.

Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.

Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.

Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.

Sumber - Malaysian Insider
.



23 comments:

Anonymous said...

Ya..dibawah pemerintahan Barisan Pookimammak Nasional,melayu Pulau Pinanag dah jadi "Ghandi class" ie termiskin..Tahun lepaih,Guan Eng/memmbuat survey,dan semua org terkejut bila keputusan survey menunjukkan dibawah pemerintahan Barisan Puaka Nasional,org melayulah yg paling top dlm kategori miskin..hehe,terutama sekali di kaw kepala batas(yalah..ketua sana asyik dok zzz..)

-thethinker- said...

ok , lepas ni.. MCA dan Gerakan akan jual isu nii ngan orang cina , tapi kat pihak umno , depa tutup isu ni ngan konkrit 3 kaki tebal.

Anonymous said...

Yalah, orang Melayu yang pandai dan mampu berkerja keras mesti berjaya tetapi mereka orang Melayu yang biasa dan orang Melayu macham ini yang majoriti anatara orang orang Melayu di Malaysia. Mereka juga taat kepada agama dan rezeki mereka halal.

Tetapi rugi lah orang Melayu yang kroni UMNO ataupun UMNOputra seperti Ketua Ketua bahagian UMNO yang sahaja mahu kontrak dan jadi kaya tapi tak mahu buat kerja, mereka ini biasa makan rezeki yang bukan halal.

Orang Bukan Melayu

Grand Marquis said...

Roslan SMS tak boleh percaya. Mufti pun tak boleh percaya, semua orang tak boleh percaya kecuali dapat approval dari TB.

RPK boleh percaya. LGE boleh percaya.

The last time orang india percaya kata dia, tergadai kampung buah pala.

Sistem tender terbuka memang ada baiknya. Tapi kalau bukan kerana deb yang melatih orang melayu selama 30+ tahun, anda rasa mereka boleh menang?

Isu menang tu satu hal, tapi kerja apa? Berapa nilainya? Bagaimana pula dengan Kelas A? Yang kecik-kecik, macam kelas F tu boleh la bagi kat Melayu. Nak tunjuk adil la. Tapi Yang berjuta-juta tu macam mana?

Biar orang melayu terpesona dan khayal dengan small fish. Ikan-ikan besar siapa yang sebat?

(tak de pertuduhan. Sekadar nak kita fikir aje)

Anonymous said...

10:34 pagi: Anwar meninggalkan mahkamah dengan laungan "Hidup Anwar" oleh kira-kira 50 penyokongnya. -malaysia kini.

1.Hang nak komen apa tuan TB!!!Mana pi berpuluh ribu yang haghi tu dok sokong anuar!!!
2.Lagi hang dok puji puak kapiq harbi!!lagi oghang melayu muak!!lagi cepat oghang melayu tak sokong Pas no!!!

Tulang Besi said...

Grand Marquis said...

Roslan SMS tak boleh percaya. Mufti pun tak boleh percaya, semua orang tak boleh percaya kecuali dapat approval dari TB.

RPK boleh percaya. LGE boleh percaya.

The last time orang india percaya kata dia, tergadai kampung buah pala.
.

THe last time orang India percaya kat dia, mereka dapat pampasan lebih baik dari penduduk kampun Berembang.

Dei tamby, aku mintak bukti. Tapi sampai sekarang kau tak boleh bagi.

Berapa banyak alasan daaa kao bagi.

-thethinker- said...

kpd Grand Marquis;
hang pernah pii tengok kg buah pala tak ?
depa laa ni bukan saja dpt pampasan , dapat elaun sewa rumah sementara tunggu rumah teres atas tanah tuu siap ..
yg paling PENTING : depa dapat landed house di tapak asal , kat Gelugor ooii..
kurang kurang 500 ribu nilai rumah tuu , hang ingat senang ka nak dapat landed house dekat penang nii ??
gerenti , depa kerja satu hayat tak makan minum pun belum tentu dapat beli rumah teres dekat gelugor nii..
engineer yg kerja kat bayan lepas pun setengah mati nak beli kondo harga 280-300 ribu , tuu pun baru 1000 kaki persegi je..
nii rumah teres 2 tingkat ooi.. hang pii laa tanya orang penang , apa respon depa... apa pandangan depa ngan pampasan yg dapat kat penduduk kg buah pala tu.. baru hang tau betapa bertuahnya depa tuu..

casper c said...

P/S TB - it would help if you could bring to the attention of party elders the need to communicate the "ideals of an economic policy(DEB) for the advancement of all M'sian".

Call in whatever you want ie Dasar Ekonomi Dalam Era Cyber or some variation but what is important is a sit down with Pakatan members to trash out a framework that can be presented to the public.

This serves two purpose namely, the continuation of the DEB(minus UMNO's songlap) in the new era as well as a show of consensus amongst Pakatan policy makers.

The latter point is of utmost importance because Pakatan members need to nullify shouts from naysayer's and all skeptics who doubt current coalition.

Going forward, ideally, it is better if public themselves are able to choose "the best" instead of capitalising on UMNO's reputation as a corrupting force.

M'sia can't afford a lackadaisical government that offers no direction in the face of growing competition in SEA itself.

Within SEA, we have move down the food chain as it is, what with the rise of Vietnam. Advancement made by Vietnam in turn helps uplift Laos and Cambodia. In turn, the pool of FDI money is constantly being funneled away from M'sia, our share of the pie decreasing for the last 10-15 years is harsh reality.

Time to boot UMNO out and regain our rightful place in the sun. Total destruct of UMNO will benefit M'sians entirely if success in Penang serves to be the staging post for what can be expected.

Anonymous said...

//RPK boleh percaya. LGE boleh percaya.//

Alamamak..is it possible Grand Moron is Raja Pundek kelentong Putra Kamaruddin himslef..ooo..;-)..I think so!!kahkahkahkah

Anonymous said...

//Dei tamby, aku mintak bukti. Tapi sampai sekarang kau tak boleh bagi.

Berapa banyak alasan daaa kao bagi.//

E2 anjing pariah G(arukote) M(ahataik) tu sampai bila bila pun talak boleh kachi bukti..becos..mahataik's shit equals to grand moron cake..mahataik kanji berlendir equals to heavenly syrup..kahkahkah

Anonymous said...

Guan Eng is a trully a very humble person..jgn lupa, Penang State Gomen got an A+ rating frm the auditor general..melayu MB rogol budak bawah umur,Cina kafir Guan Eng masok jel..if melayu nak terus jadi bodoh,mereka boleh undi UMNO..

Anonymous said...

Cina,india can hidup in any conditions,circumstances..it's the malays,who r the majority citizens of this country,that we r worried about..that bateri powered demon frm kerala Mahataik kutty and his geng bangers have taken the life out of the malays..in the name of ketuanan melayu,the ordinary malays have been stripped naked..fortunately,ther is a counter balancing force,and the best part is..hehe..a chinese called guan eng is a malay's best hope!!

Anonymous said...

Yeah man,,told you before rite??
Lim Guan Eng my idol..DAP rules..!
Only with DAP rules we will have more stable , reliable goverments..
no more chinese, malay or indian ..only have malaysian..yeah..sama rata..everybody will be treated the same..no more ketuanan shitt...hu..hu..
LGE ..cool..thanks TB..you're my man..you're the man..TB..
Pendokong party DAP ..melayu...hu..hu..
Caya la TB...we loved you TB..

Tulang Besi said...

-thethinker- said...

kpd Grand Marquis;
hang pernah pii tengok kg buah pala tak ?
depa laa ni bukan saja dpt pampasan , dapat elaun sewa rumah sementara tunggu rumah teres atas tanah tuu siap ..
yg paling PENTING : depa dapat landed house di tapak asal , kat Gelugor ooii..
kurang kurang 500 ribu nilai rumah tuu , hang ingat senang ka nak dapat landed house dekat penang nii ??
gerenti , depa kerja satu hayat tak makan minum pun belum tentu dapat beli rumah teres dekat gelugor nii..
engineer yg kerja kat bayan lepas pun setengah mati nak beli kondo harga 280-300 ribu , tuu pun baru 1000 kaki persegi je..
nii rumah teres 2 tingkat ooi.. hang pii laa tanya orang penang , apa respon depa... apa pandangan depa ngan pampasan yg dapat kat penduduk kg buah pala tu.. baru hang tau betapa bertuahnya depa tuu..
.

Ha kan dah terbukti lagi pembohongan si grand marquis ni.

Ni bohong nombor empat yang kita lihat.

Terus menerus GM ni berbohong tapi dia tak rasa berdosa sebab berbohong dihalalkan dalam agama UMNO.

Kau tak malu ke terus menerus menipu macam ni, GM?

zakwan said...

thethinker- said...

kpd Grand Marquis;
hang pernah pii tengok kg buah pala tak ?
depa laa ni bukan saja dpt pampasan , dapat elaun sewa rumah sementara tunggu rumah teres atas tanah tuu siap ..
yg paling PENTING : depa dapat landed house di tapak asal , kat Gelugor ooii..
kurang kurang 500 ribu nilai rumah tuu , hang ingat senang ka nak dapat landed house dekat penang nii ??
gerenti , depa kerja satu hayat tak makan minum pun belum tentu dapat beli rumah teres dekat gelugor nii..
engineer yg kerja kat bayan lepas pun setengah mati nak beli kondo harga 280-300 ribu , tuu pun baru 1000 kaki persegi je..
nii rumah teres 2 tingkat ooi.. hang pii laa tanya orang penang , apa respon depa... apa pandangan depa ngan pampasan yg dapat kat penduduk kg buah pala tu.. baru hang tau betapa bertuahnya depa tuu..


Wow,that sure is revealing
Thanx,Thinker
Grand Marquis, u motherf***er
U got ur ass owned

Kudos 2 Guan Eng 4 breaking the racial walls n making Penang prosper
Afterall,according 2 the Auditor General's report last year,the Penang government is the most effectively ran state government in Malaysia

Dictator,chauvinist,communist minded,huh?
It's dumbfounding 2 think that idiot Zahrain said that
Wasn't Guan Eng the guy who went 2 jail n lost his parliamentary seat in defending a underage girl raped by a certain former Melaka MB?

As 4 the Nibong Tebal guy,maybe he got a huge gambling debt in which Guan Eng doesn't want anything 2 do wit it

Anonymous said...

to anon 3.00pm

1) not only dap rules. lim guan eng is chief minister. but pakatan rules. ok, maybe dap has majority but pakatan rules.

2) we are malays, chinese, indians, ibans, kadazans etc... ont we forget/forsake our own race unlike a certain ex-leader originating from kerala india.

for example,
i cannot say i am not chinese but a malaysian.

i can only say
i am a chinese and a malaysian.

chinese = race, malaysian = nationality.
(unlike china where chinese is both a race and a nationality).

we cannot change genetics.

3) no ketuanan melayu. only ketuanan rakyat. and utmost respect for raja2 melayu - where they deserve. (we are not in the feudal ages anymore.)

4) sama-rata or meritrocracy policies only when malays and other bumiputras are on par with the rest of malaysians in critical fields. but pakatan helps. every ringgit from our tax money will be used towards this goal.

5) no kebocoran. no penyelewengan. no ketirisan. 100% yield. rm1 spent = rm1 result. no commission. no under-table.

6) insya-tuhan, we can achieve it asap. admittedly, this will be some sort of balls and chains for a short period, but it had to be done.

we all have to rise together.

7) i dont really care if u r a cybertrooper or otherwise.

8) good luck to you in whatever u r trying to do here.

9) i say kuburkan umno. agreed?

4RAKYAT

Grand Marquis said...

Korang nak tipu siapa? Cuba baca kat sini

Excerpt:
“Since the state government is not honouring its promise to preserve the village as a heritage village, we will use the compensation money to build it ourselves,” he told a press conference yesterday.

Sugumaran said the company had claimed that the cost of building the double-storey house was RM130,000 each and the land for each house costs RM130,000.

“This totals up to RM260,000. We added the RM24,000 rental payment for two years and came up with a round figure of RM300,000.

“We conveyed our proposal to the developer last week and they are expected to give us a reply tomorrow,” he said, adding that it was better to receive a one-off payment instead of waiting two years for the houses to be ready.

“There is a risk waiting that long as we might not get anything,” he said.


Kosnya rumah cuma 130 000, aje. Kalau campur tanah baru jadi 260k Korang exaggerate sampai 500k saje nak buat gempak. Lagi pun mula-mula penduduk tolak rumah. Sebab apa? Dah tentu sebab rumah yang dibagi tak setimpal dengan pampasan sebenar.

Walaupun akhirnya ada penyelesaian, tapi natijahnya ialah state government khianat, dan tak pegang pada janji. Itu isu sebenar. So, trust your hero LGE.

Kepada TB, belajar untuk siasat maklumat sebelum main cedok.

-thethinker- said...

Grand Marquis ; kalau hang bole quote kiraan dari penduduk , aku pun bole quote kiraan dari seorang akauntan yg sekarang ni KM Penang . Ni haa..
http://www.theedgemalaysia.com/political-news/149855-blame-game-continues-as-dust-settles-on-kg-buah-pala.html

“The exco minutes showed that BN had offered a RM75,000 flat unit to Kampung Buah Pala residents and unlike their harsh treatment, the PR state government treated the residents as landowners who were allowed to stay by the original British landlord nearly 150 years ago.

“We worked hard to compel the developer to offer a double-storey terrace house with 99 years’ lease to the residents worth RM600,000. This successful compensation by the PR state government to gain recognition for Kampung Buah Pala residents to remain as legal rightful landowners is widely recognised as the best in Malaysian history,” Lim said."

dari rumah flat ke rumah teres 2 tingkat...

kawan hang sugumaran kata , rumah teres 2 tingkat kat penang dekat gelugor berharga RM 260K ... tolong buat survey kat agensi hartanah , baru cakap laa.. dah memang tak pernah duduk rumah teres , tahap rumah flat jee ... sebab tu tak tau harga pasaran. Kat Teluk kumbar , pun harga dah mencecah 350K -400 K dah ... kat emerald park , apartment jee , dah 280K !! .. tu kat teluk kumbar ooii.. nii kg buah pala , dekat gelugor, dekat island glade... pikiar laa sendiri !!

-thethinker- said...

kalau hang malas nak buat survey , mai aku tolong buat ..

http://www.penangproperties.com/residential/house_bb.htm

http://www.mudah.my/Gelugor-terrace-house-4658242.htm

http://www.lelong.com.my/Auc/List/2007-01DxSaleTP118836_AUCTION_-Green-Garden-terrace-hse-good-number-Green-Lane-Gelugor-Penang.htm

http://www.careypenang.com/index.php?option=com_hotproperty&task=viewtype&id=7&sort=name&order=asc&limit=20&limitstart=0&Itemid=40

Grand Marquis said...

The main isu bukan berapa banyak pampasan yang dia orang dapat. Masing-masing ada figurenya. Kalau tanya LGE dah tentu dia blow up dia punya figure nak bagi nampak kononnya he has done justice. Kalau betul ada justice, dah tentu penduduk tu tak berdemo sampai dekat komtar.

The main isu is khianat. Isu awalnya ialah percaya pada orang seperti LGE sedangkan terang-terang dia khianat kat orang kampung buah pala. Lepas public pressure baru dia nak take action.

Bapak Grand Marquis said...

LGE kena ikut perintah Mahkamah Persekutuan Malaysia yang memutuskan bahawa tuanpunya tanah dimiliki oleh pemaju dan bukan penduduk-penduduk di situ.

Lagi satu perkara, harga kos tidak sama dengan harga jualan/pasaran. Sebagai contoh kos sekeping CD hanya RM0.50, tetapi harga jualan sekeping CD muzik bernilai berpuluh-puluh ringgit. Begitu juga dengan kos rumah tidak sama dengan nilai pasaran rumah tersebut.

Harap boleh kamu boleh diajar dan terpelajar. Jika tidak malu saya apabila orang bertanya mengapa anak saya Grand Marquis ini kurang upaya untuk berfikir?

Anonymous said...

Hah..para pookimamak,UMNo's main agenda was to insult,shame LGE by using HINDRAF,MAKKAL SAKTI..semunya gagal!!All the time the cowboys @buah pala were being manipluated..finally the folks realised,what a good deal they got..in the mean time,barua haramajadah pariah lantullah crony UBN, KTM/Gamuda masih belum membayar pampasan to squatter living in prai..Ong tee keat semyum macam kambing when ceks were given to the squatters..after the drama,the squatters realised,so many kesilapan on the cek(nama tak betui)..now,the squatters have been told to get out,but most of the resident r still waiting for the ceks..ya..UBN n thier cacats pandai berlakon,pandai menipu,pandai,berak,kentut dri mulut!

Anonymous said...

//Ertinya memang lah si Grand Marquis ni bangsa penipu//
GM tu sub huamn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.