Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, February 20, 2010

Tulang Besi Adalah Produk Tarbiyyah PAS

Bukan saya nak bangga. Tapi saya bagitau, berkat saya ditarbiyyah PAS, saya menjadi manusia dan tidak berakhir menjadi penagih dadah atau perompak. Melalui tarbiyyah PAS, Tulang Besi membina hidup sendirian kerana ibu bapa sebuk. Sebagai anak sulung, Tulang Besi tiada kakak dan abang untuk meminta pertolongan.

Hanyalah taribiyyah, usrah2, kuliah2 dan program2 PAS sahaja sebagai penunjuk jalan di masa kegelapan. TUlang Besi bersyukur arwah ayah membawa Tulang Besi ke program2 usrah PAS masa umur TUlang Besi lebih kurang 12 tahun.

Tulang Besi memang sedari awal ditarbiyyah dengan PAS dan menyokong PAS. Tulang Besi tidak pernah mengenali mana-mana jemaah lain kecuali PAS.

TUlang Besi bersyukur kerana semasa pemimpin-pemimpin PEmuda PAS yang ada sekarang ini masih pakai lampin lagi, Tulang Besi telahpun mengikuti usrah dan program PAS. Ceramah PAS pertama yang Tulang Besi ikuti adalah yang diberikan oleh Khalid Samad di Markaz Tarbiyyah PAS yang belum siap. Setiap kali Markaz Tarbiyyah Tmn Melewar tu takda duit, mereka buat ceramah. Waktu itu, Tulang Besi masih ingat duduk bersandar di dinding yang sekarang ini berhampiran dengan Pejabat Pemuda dulu.

Tulang Besi jadi ahli PAS sewaktu PAS parti yang hina dan dagang. Di waktu itu, tiada siapa berani mengaku menjadi ahli PAS. Seingat Tulang Besi, ada seorang sahaja yang berani mengaku ahli PAS, yakni abang kepada Abdul Rahman Mayan. Memang orang bangsa Mamak ni kalau berjuang Islam 100x lebih berani dari orang Melayu. Tak heran kalau nanti ada bangsa Mamak yang akan jadi Presiden PAS.

(Tapi kalau Mamak yang sokong UMNO, 100x lagi jahat dari orang Melayu, macam Tun dgn Daim).

Tulang Besi tak boleh lupa waktu mula2 ikut usrah dulu, kita diajar akidah Islamiyyah dengan kitab ”Mastika Hadeeth” terbitan Jabatan Perdana Menteri. Waktu itu sedang hebat PAS dilabel sebagai sesat dan peristiwa Memali. Maka, PAS bertindak menggunakan kitab yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri bagi melindungi akidah orang Islam.

Selepas itu barulah ada kitab “MUqaddimah Aqidah Muslimin” yang ditulis Tuan Guru Haji Hadi Awang. Dan, selepas itu Kitab Mastika Hadeeth cuma digunakan untuk kuliah umum sahaja.

Tulang Besi masih ingat topik akidah pertama yang Tulang Besi belajar adalah Syirik. Dan Syirik hukumnya kita taat kepada manusia lebih dari kita taat kepada Allah SWT. Itulah INTIPATI Tauhid Uluhiyyah yang Tulang Besi tidak pernah lupa.

PAS MENYELAMATKAN TULANG BESI DARI MENJADI MANUSIA TAK BERGUNA

Jadi, jangan ingat tindakan Tulang Besi sekarang ini, menegur dan membetulkan pimpinan dengan blog, bukan sebahagian dari tarbiyyah PAS ke atas Tulang Besi. PAS boleh berbangga kerana PAS berjasa menyelamatkan Tulang Besi dari menjadi seorang penagih dadah atau perompak (atau yan g lebih teruk lagi menjadi pendokong UMNO) kepada seorang yang tamat pengajian di luar negeri dan mendapat ijazah.

Dan Tulang Besi berjaya mendapat A2 dalam Bahasa Malaysia untuk SPM dengan hanya membaca HARAKAH setiap minggu. Tingkatan 4-5 tidak memberikan masa yang banyak untuk Tulang Besi belajar Bahasa Malaysia. Maka, Tulang Besi tak baca sedikit pun buku teks Bahasa Malaysia. Apa yang Tulang Besi buat adalah membaca Harakah setiap keluaran dari muka depan sampai muka belakang. Hasilnya, Alhamdulillah, Tulang Besi dapat A2 dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.

Sekali lagi, Tulang Besi ingatkan, jangan cuba asingkan Tulang Besi dari PAS. Tulang Besi tidak pernah mendapat tarbiyyah lain dari tarbiyyah PAS. Dan Tarbiyyah PAS yang awal dahulu adalah menekankan ilmu dan peningkatan ilmu.

Di waktu itu, kita ada Arqam, ada Tabligh. Tapi, cara PAS adalah penekanan kepada Ilmu, bukan pada amal ataupun kepada zikir. Dan ternyata, cara PAS lebih berkesan dan panjang kesannya. Kerana ia berdasarkan kepada manhaj Islami.

Kepada penyokong-penyokong UG, berentilah buat fitnah ke atas Tulang Besi

WALA’, THIQAH, AKHLAK JEMAAH, DISIPLIN JEMAAH DSBNYA

Semua ni sebenarnya baru dalam PAS. Ianya popular semenjak pulangnya Arwah Ustaz Fadzil ke rahmatullah. PAS tidak pernah menghalang ahlinya menyuarakan pandangan dan pendapat. Menegur pimpinan bukan satu perkara yang ditegah oleh PAS.MEMFITNAH pimpinan itulah yang ditegah oleh PAS.

Tulang Besi sering dapat teguran untuk ikut saluran jemaah, ikut disiplin jemaah, ikut akhlak jemaah, ikut adab jemaah. Tapi, yang Tulang Besi tengok, bila Khalid ikut adab jemaah, dia kena pecat dari jawatan. Bila Abdullah Karim buat laporan, semua kena tolak mentah-mentah.

Bila ada mana-mana pendapat atau usul dibentangkan dalam mana-mana mesyuarat Agung, mana yang tak disukai pimpinan akan ditapis dan dibuang. Itu yang saya pelik.
Adab dan saluran apa yang mereka hendak kita ikut. Bukan Nabi SAW pernah bersabda:
“Ad diinnu Nasihah” ( Agama itu adalah Nasihat)
Apakah dgn blogger PAS memberi nasihat dan teguran kepada pemimpin PAS dikira tidak mengikut disiplin jemaah?

Sepatutnya pimpinan wajib mengambil kritikan-kritikan dari berbagai sumber dan menerima mana yang betul dan menolak mana yang tak betul. Bukan menyerang bloggers, menuduh macam2. Padahal, waktu pilihanraya, kesemua bloggers diharapkan bantuan mereka.

Waktu di Bagan Pinang, semua bloggers membantu PAS tanpa meminta imbuhan walau seposen. Takkan yang tu pimpinan PAS tak nampak.

Lagi satu, kenapa ada double standard dalam PAS. Dato Harun Din secara terbuka engkar arahan serta pendirian jemaah. Boleh Dato Harun Din lepas macam tu sahaja. (Saya bercadang menulis tentang ini).

Orang kecik kena orang besar lepas. Adakah itu yang dipanggil “Adab Jemaah” dalam PAS?

Sekian

Tulang Besi

80 comments:

Kubah Hijau said...

Wahai TB

Rasanya ko je yang spesis pas pelik. Orang lain pun ikut tarbiyah jugak. tapi tak memalukan pimpinan utama macam ko buat.

Ingat la wahai TB, Orang yang ngaku kuat tarbiyah pun boleh masuk UMNO mcm Nakhaie. sbb Nakahie tak puas hati dgn pimpinan. Macam yang ko lalui sekarang ini.

Cerah masa depan ko nak ikut jejak langkah Nakhaie.

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Teruskan perjuangan.

Jangan sesekali mengalah.

Cuma saya ingin memberikan sedikit pandangan, sekarang kerana saudara telah terbuka menentang fraksi UMNO maka kesalahan dan kelemahan saudara akan di cari.

Malah mereka akan membuat fitnah yang dahsyat pada cerita peribadi saudara.

Pesan saya, jangan hilang fokus dan tumpuan.

Semoga Allah melindungi saudara.

Wassalam

taming sari said...

Alahai Nizam

belum ape2 lg ko dah mengampu TB...

Pasai ape ko dah bunyi mcm cerita hindustan ni.. sayu je bunyi

ko tahu tak TB, kalau nak kena pun Ko.. bukan Nizam tu. dia awal2 dah lari. sekadar bckap boleh la..

Anonymous said...

Memang orang bangsa Mamak ni kalau berjuang Islam 100x lebih berani dari orang Melayu. Tak heran kalau nanti ada bangsa Mamak yang akan jadi Presiden PAS.

HANIPA MAIDIN FOR PAS PRESIDENT!!!

Nizam Mahmud said...

Ingat la wahai TB, Orang yang ngaku kuat tarbiyah pun boleh masuk UMNO mcm Nakhaie. sbb Nakahie tak puas hati dgn pimpinan.
-----

Dari tulisan Ustaz Ahmad Awang

"Ustaz Nakhaie menerangkan tujuannya bertemu dengan saya dan menggambarkan bahawa beliau tidak berminat lagi untuk berada di dalam PAS terutama kerana katanya, PAS tidak akan mencapai kemenangan di dalam pilihanraya umum yang akan diadakan nanti. Beliau yakin UMNO akan mencapai kemenangan besar dan orang Melayu mesti bersatu. Berbagai-bagai lagilah alasannya untuk meninggalkan PAS yang didokongnya hampir 20 tahun."

Alasan yang dikemukakan oleh Ustaz Nakahaie - sebab keluar PAS adalah orang Melayu mesti bersatu.

Saya merasakan bahawa yang akan mengikut jejak langkah Nakhaie bukanlah saudara Rahman. Tetapi orang lain yang selalu bercakap atas dasar nasionalisma - kebangsaan sepertibagaimana Nakahie juga.

Di pengakhiran, Ustaz Ahmad Awang menyebut:

" Hanya yang akan tersepit apabila perjuangan seorang ulama itu tidak jelas dasarnya, Islamkah, nasionalismekah, yang sebenar menjadi dasar. Kalau nasionalisme menjadi dasar, dia boleh berubah-ubah mengikut rentak dan gendang politik kerana matlamatnya hanya kemenangan di dunia."

Wassalam.

Link

http://www.mindarakyat.com/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=515

Anonymous said...

Aku rasa macam pernah jumpa dan berbual je dengan hang ni tapi tak ingat kat mana. Hang ngaji di US ker UK? Aku kat US. Mungkin kita pernah borak di Pejabat Agung kot.

Nurul Syuhada Putri said...

Abdullah bin Ubai solat belakang Rasulullah dan sebagainya lagi hebat dapat tarbiyah tapi....

Anonymous said...

Tulang Besi

Di dada anda kedengarannya anda seorang yang jujur dan benar,

anda seorang anak muda yang optimis terhadap perjuangan dan terus menyayangi dan menjunjung apa yang telah disepakati

anda jauh lebih bermaruah dari mereka yang memegang tampuk namun masih berkhayal dengan islam cara mereka

ayuh teruskan perjuangan anda, PAS perlu ada 1000 anak muda seperti anda , anak muda PAS yang tak pernah takut erti kekuasaan, tidak pernah kalah demi kebenaran dan perjuangan.

Ayuh tulang besi, bidik busurmu tepat ke arah penjual AGAMA ISLAM di dalam pas , biar tepat ke arah mereka hingga tiada apa lagi yang mampu mereka sorokkan.

Mereka musang yang berbulu ayam, menanti hari untuk menjamah ghanimah perang, ayuh , 1000 anak muda pasti akan bangkit di belakangmu sama seperti mu , berani sepertimu , jujur sepertimu , tidak punya kepentingan sepertimu, di jiwanya hanya sayang akan jemaahnya dan lebih jauh di sudut hatinya ia sayang akan islam tanpa sebarang rektorik.

biarkan, biarkan si penjenayah agama itu dihukum ALLAH , kamu teruskan dengan kerjamu wahai sahabat.

Anonymous said...

Abdullah bin Ubai solat jemaah di belakang Rasulullah lagi hebat tarbiah dia dapat tapi..........

Fikirlah sendiri.........

pas forever said...

dengan nama allah saya katakan saya ahli pas dan aktif di peringkat caw,mtd dan satu ketika di kaw untuk beberapa penggal.

dan saya pernah berjumpa TB bebrapa kali lama dulu.

bro TB i salute u.
jangan mengalah,kami mungkin tidak seberani saudara tapi jika tiada presure pada pimpinan terenganu ini dan dr hassan,mereka akan terus dgn cara mereka untuk melemahkan PAS yg sudah kita bina selama ini.

keep it up bro.

Anonymous said...

Tulang Besi bukan produk tarbiah PAS tapi produk tarbiah Khalid Samad. Sebab itulah lain dari yang lain. Silakanlah hasrat kamu itu tapi ingat tidak semua tarbiah sampai ke hati-hati hambaNya tanpa HidayahNya

Anonymous said...

Nizam mahmud..komen kau tak leh pakai..kau bukan orang pas..wat hiburan boleh la..macam wayang kulit..hujah ustaz awang pun dipertikaikan ..check sapa dia..pencen kat mana..apa sumbangan dia dalm dakwah..apa jadi dengan perak..semua dalm poket dia la..tapi yang baguhnya ustaz ahmad awang ni mengaku dia ahli pas tak macam nizam mahmud...

Bujang Senang said...

Alahai Nizam,

hang nie bendul ke apa hah?? ke dah buta sejarah???

Waktu Nakhaie keluar pas dulu, Ustaz Ahmad Awang dah aktif ke belum dgn PAS..??

Ust Ahmad Awang dgn PUM dia la.

Ko tanya la orang yang terlibat secara langsung...

Nizam Mahmud said...

hujah ustaz awang pun dipertikaikan ..check sapa dia..pencen kat mana..apa sumbangan dia dalm dakwah..
-----

Brader,
Tak puas hati dengan Ustaz Ahmad Awang?

Boleh saja. Pertama, guna nama sendiri dulu dan bagi tau brapa no ahli PAS. Lepas tue buat aduan bertulis pada Pejabat Agung.

Tapi sebelum apa-apa, guna nama sendiri dulu boleh? Baru ada kredibiliti.



tapi yang baguhnya ustaz ahmad awang ni mengaku dia ahli pas tak macam nizam mahmud...
-------

Jawapan: Kalau aku bukan ahli PAS, so?

Nizam Mahmud said...

Ust Ahmad Awang dgn PUM dia la.
----

Hello la brader. Time dia Yang DiPertua PUM itu la yang dia banyak bantu jemaah-jemaah PAS kat universiti-universiti tu.

Apa hang ingat masa dia dengan PUM tue dia bukan ahli PAS atau tolong PAS secara langsung atau tak langsung?

Aku rasa hang nie samada memang UMNO ataupun kalau PAS pun, baru masuk lepas 1998. Macam Hasan Ali jugak.

Anonymous said...

Nizam mahmud..lu jangan marah la..ini kan blog wadah baru...tak yah nak ungkit dan cabar2..kalu camtu tak yah la nak post kt blog...oooiii..nizam mahmud dah marah..tgk sapa yang kena...kekeke..tido la lagi baik..wt apa marah malam2 ni..perangai dia datang balik daaa..td duk tulis pasal bini TB..skrg duk tanya kalu bukan ahli pas....tak de merit la ulasan lu

Anonymous said...

Pasai apa Ust Awang dah tak jadi Pesuruhjaya perak...

fikir fikirkan lah...

Tulang Besi said...

Saja nak kongsi kenyataan dari kawan satu sekolah saya:

"Wafa Nokman
hahahaha and so did the rest of that batch for that matter! hahahahah You were one character to remember most definitely... Bila org tanya Pak Man mana? Org akan jawab Pak Man PAS tu! hahahahah And don't let me start about Puan Anisah! hahahahahahah
10 minutes ago · "

Tulang Besi said...

Nakhaie bukan Tarbiyyah PAS. Nakhaie lulus Azhar dan dia kata dia tarbiyyah Ikhwan.

Nizam Mahmud said...

skrg duk tanya kalu bukan ahli pas....tak de merit la ulasan lu
-----

Soalan x dijawab, kalau aku bukan ahli PAS, so?

Merit aku adalah aku dah bagi kenyataan Ustaz Ahmad Awang, rakan rapat dan juga bekas teman seperjuangan Ustaz Nakhaie.

Merit hang? Tanya aku ahli PAS atau tak.

I rest my case.

Tulang Besi said...

Patutnya orang2 yang jumpa UMNO dalam gelaplah saudara kepada Abdullah bin Ubai

pakmuda said...

Salam TB,
Saya yakin TB memang produk tarbiyyah PAS.Oleh kerana TB telah ditarbiyyahkan oleh PAS suatu ketika dahulu, kini tiba giliran TB pula "mentarbiyyahkan" pemimpin perpaduang agar bergerak pada landasan yang betul.Betul tak?

Nizam Mahmud said...

Pasai apa Ust Awang dah tak jadi Pesuruhjaya perak...

fikir fikirkan lah...
-------

Jawapan: Pemikiran orang PAS pasca 98 - kredibiliti berasaskan jawatan.

Dan aku nak tambah, setahu aku Ustaz Awang sendiri kata dia tak nak teruskan dan bagi peluang pada generasi seterusnya.

Tulang Besi said...

Betul, betul

Tulang Besi said...

UStaz Ahmad Awang tarik diri dari jadi PJ Perak.

Kalau nak tanya pasal bankrupsi, baik kita tanya kenapa Ustaz Harun Din dah tak bangkrap dah skrg ni?

Bujang Senang said...

Nizam Mahmud kata kat aku :

"Aku rasa hang nie samada memang UMNO ataupun kalau PAS pun, baru masuk lepas 1998"

-----
So aku nak kata balik kat dia :

Woi Jibeng,

kalau ko kata aku UMNO, maka kita sama la..

Sbb tadi ko mengaku bukan pas. tak kan ko MIC kot? atau Makkal Sakti

Anonymous said...

Nizam Mahmud kata :
Aku rasa hang nie samada memang UMNO ataupun kalau PAS pun, baru masuk lepas 1998. Macam Hasan Ali jugak.


itula perangai nizam mahmud...org ckp tak mengaku..suka labelkan..yang dia apa parti pun tak tau..sedihnya kalu ahli pas tak mengaku dia ahli pas...sedih macam cita TB pas masa susah dulu..TB tolong komen

Nizam Mahmud said...

Sbb tadi ko mengaku bukan pas. tak kan ko MIC kot? atau Makkal Sakti
-----

Jawapan: Makkal Sakti? Tak cukup kelayakan. MIC pun tak cukup kelayakan.

Nizam Mahmud said...

sedihnya kalu ahli pas tak mengaku dia ahli pas...
-----

Jawapan: Kalau aku bukan ahli PAS, so? Jawab dulu la.

Anonymous said...

Nizam mahmud kata :
Dan aku nak tambah, setahu aku Ustaz Awang sendiri kata dia tak nak teruskan dan bagi peluang pada generasi seterusnya.

TB kata :
UStaz Ahmad Awang tarik diri dari jadi PJ Perak.


Bila ni semua berlaku..lu tahu tak ustaz awang ni baru aktif dalm pas pada tahun 1999..masa tu la jadi ajk pas pusat..masa tu la jadi timbalan pesuruhanjaya pas perak..
ya la dia join pas tahun 1984 tapi tak aktif...adakah ustaz ni tergolong pemikiran orang pas pasca 1998..kalu tergolong hujah nizam mahmud tak relevan..

Bujang Senang said...

Nizam Mahmud jawab kat aku :

Jawapan: Makkal Sakti? Tak cukup kelayakan. MIC pun tak cukup kelayakan.

-------------

Aku nak bg tau kat dia :

kalau M.Sakthi ko tak layak, MIC pun ko tak layak, maka ko tak dak klas la..

Aku rasa ko tentu ahli PBDS - Parti Bersatu Dayak Sarawak!!!

Nizam Mahmud said...

Bila ni semua berlaku..lu tahu tak ustaz awang ni baru aktif dalm pas pada tahun 1999..
----

Jawapan saya: Satu pembohongan dan satu fitnah.

Pejabat PUM itulah yang selalu digunakan oleh ahli-ahli PAS yang merupakan pelajar untuk mengadakan aktiviti.

Dan pimpinan jemaah PAS di kampus-kampus selalu berjumpa dengan Ustaz Ahmad Awang untuk berbincang dan bertukar pandangan.

Yang saya tahu tak aktif adalah seperti Ustaz Harun Din. Kalau saya silap, sila kemukan bukti Ustaz Harun Din juga aktif sama seperti Ustaz Ahmad Awang dalam aktiviti PAS.

Kalau 'aktif' disini dimaksudkan mesti pegang jawatan, saya ucapkan takziah pada PAS kerana dapat ahli yang macam ini.

Nizam Mahmud said...

Aku rasa ko tentu ahli PBDS - Parti Bersatu Dayak Sarawak!!!
-------

Hahahaha. Bukan dah dibatalkan pendaftaran ker?

Mana boleh jadi ahli pertubuhan haram brader.

Bujang Senang said...

Sahabat Anon bagi tahu Nizam Mahmud :

..lu tahu tak ustaz awang ni baru aktif dalm pas pada tahun 1999..masa tu la jadi ajk pas pusat..masa tu la jadi timbalan pesuruhanjaya pas perak..
ya la dia join pas tahun 1984 tapi tak aktif...adakah ustaz ni tergolong pemikiran orang pas pasca 1998..kalu tergolong hujah nizam mahmud tak relevan..

------------

Aku nak kata :

Tq bro atas maklumat tadi.. aku dah agak dah si Nizam ni putar fakta..

Sbb tu la aku tak yakin Ust Ahmad Awang ni aktif dlm pas pusat waktu Nakhaei keluaq pas..

Aku pun perasan, Ust ahmad Awang nie hanya muncul waktu timbul GERAK dulu..

Aku rasa tindakan TB sama mcm Nakasone.. tak puas hati dgn Pimpinan!!

Nizam Mahmud said...

Aku pun perasan, Ust ahmad Awang nie hanya muncul waktu timbul GERAK dulu..
------

Kalau nak tau siapa yang aktif atau tak dalam PAS sebelum 98 atau time PAS dipandang rendah oleh semua orang, pergi tanya Pakcik Amjal.

Tanya budak mentah apa dia tau.

Anonymous said...

bujang senang..pasal ustaz ahmad awang ni lu boleh refer blog dia..semua tu dia sendiri tulis..bila dia aktif...

sah la nizam mahmud tulis ikut sedap raso dio je...kaki ampu

Nizam Mahmud said...

bujang senang..pasal ustaz ahmad awang ni lu boleh refer blog dia..
----

Bagi link la brader. Blog dia dah panjang sangat.

Dengan ini saya ucapkan takziah pada PAS kerana dapat ahli yang macam ni.

Kesian mereka yang selalu panjat tiang untuk pacak kan poster dan bendera PAS. Pasal kalau tak pegang jawatan tak di kira aktif.

Apa la nasib PAS dapat ahli camni. Rasanya saudara Rahman memang benar, memang ada sesuatu yg silap dgn tarbiah PAS.

Anonymous said...

Kalau TB adalah produk tarbiah PAS, PAS sepatutnya rasa malu dengan adanya orang seperti anda yang mengaku hasil dari tarbiahnya. Dari segi ilmu dan akhlak anda nampaknya jauh ketinggalan. Pendapat anda sering kali bias, keadilan anda juga bersifat selektif. Hadith pun boleh main spin. Tindak tanduk anda ni lebih nafsu dari ilmu. Bicara anda sering tersemat kesesatan (contohnya dalam artikel ini dia kata jadi penyokong UMNO lebih teruk dari penagih dadah atau perompak) dan tidak mengikuti panduan al-Quran atau Hadith.

Jangan lupa yang manhaj PAS adalah manhaj hizbiah. Kalau hizbi ringan-ringan tak pe. Tapi TB ni adalah contoh seburuk-buruk orang yang taksub dengan akidah hizbiah. Lebih teruk dengan PAS sendiri pun dia hentam semata-mata PAS tidak menurut kehendaknya. Lebih malang dia tak pernah nak beralah dan berlapang dada.

Kalau betul TB adalah produk tarbiah PAS, maka saya kata PAS telah gagal. Gagal kerana melahirkan orang yang cetek ilmu, rendah akhlak, keras kepala, bersikap munafiq dan bermanhaj khawarij.

Saya berharap PAS berlepas diri dari orang seperti TB.

Nizam Mahmud said...

Tapi TB ni adalah contoh seburuk-buruk orang yang taksub dengan akidah hizbiah. Lebih teruk dengan PAS sendiri pun dia hentam semata-mata PAS tidak menurut kehendaknya.
-------

Jawapan: Kenyataan yang sangat bertentangan antara satu sama lain.

Mula-mula kata TB taksub dengan akidah hizbiah.

Tapi taksub kemudian hentam PAS?

Brader, kalau orang taksub dia akan iyakan saja apa saja yang PAS buat.

Kedua, kenyataan ini adalah satu pembohongan.

Kerana apa yang dihentam oleh TB bukanlah batang tubuh PAS tapi kelaku sumbang pemimpin PAS.

Sila bezakan jemaah dan individu dalam jemaah.

Taksub Hizbiah itu contoh terbaik adalah golongan anti JIM dalam PAS. Hanya kerana semata-mata jemaah dan bai'ah yang berbeza, maka JIM dimusuhi hingga ke lubang cacing walaupun faktanya adalah JIM juga sebuah jemaah yang juga bercita-cita menegakkan Negara Islam yang syumul. Hinggakan ahli PAS yang tidak sehaluan dituduh sebagai JIM.

Itulah dia contoh taksub hizbiah yang terbaik.

Dari segi ilmu dan akhlak anda nampaknya jauh ketinggalan. Pendapat anda sering kali bias, keadilan anda juga bersifat selektif.
--------

Jawapan: Brader, sekadar retorik boleh la. Sila berikan bukti.

Nizam Mahmud said...

nick tukar-tukar.

taktik nak hentam saudara Rahman pun tukar-tukar. Sekejap psal bini dia, sekejap psal tarbiyah, sekejap sebut Nakhaie.

geli hati aku tengok korang nie.

Anonymous said...

Nizam mahmud kata :
taktik nak hentam saudara Rahman pun tukar-tukar. Sekejap psal bini dia, sekejap psal tarbiyah, sekejap sebut Nakhaie.

geli hati aku tengok korang nie.


nizam mahmud..mana lu punya hujah..setakat geli baik tak yah joint post blog...nak tukar input pun tak de..lu saol lu jawab sendiri..elok la kawan dengan dgn TB ,SAM dan ANTI BABI..babi je tak leh..yang lain semua boleh..melayu baru..layak ke jd ahli pas..pah tu nak ulas tentang pas..boleh la ulas..inikan demokrasi..

Anonymous said...

Dan Tulang Besi berjaya mendapat A2 dalam Bahasa Malaysia untuk SPM dengan hanya membaca HARAKAH setiap minggu. -TB

alahai..
1.Siann kat cikgu BM hang dulu!!

Anonymous said...

alahai..
2.atau hang dah buat persepsi yang cikgu bm yang ajaq hangtu!ahli umno kot!!

Anonymous said...

Nizam mahmud kata :
Yang saya tahu tak aktif adalah seperti Ustaz Harun Din. Kalau saya silap, sila kemukan bukti Ustaz Harun Din juga aktif sama seperti Ustaz Ahmad Awang dalam aktiviti PAS.


Nizam mahmud..hang nat post isu carilah bukti dulu..wat analisa..baru betul..ini terus hentam.. lepah tu suruh org lain buktikan..apa punya org ni..ilmu politik habuk pun tarak..tak de klas punya posting...menyampah i

Anonymous said...

alahi..
tuan tb
1.ghaji dulu sekolah kebangsaan atau sekolah agama rakyat!!
2.kalau hang ngaji dulu sekolah kebangsaan!!
3.Pandai jugak arwah pak hang!!dapat kenai antara batu dan permata noo!!
4.Selalu bawak hang pi ceramah pas!bab ngaji! hantaq sekolah kebangsaan pulak!!

Anonymous said...

alahai..
1.Diam jee tuan TB ni!!
2.Kalau hang ngaji sekolah kebangsaan!
3.Arwah bapa hang dulu mengaku dan menghargai jasa-jasa pemimpin umno !!

Anonymous said...

hang nampak macam tak sekolah.

Anonymous said...

alahai..
1.tak sekolah la!
2.Tak dak PASTI dan sekolah agama rakyat kat kawasan kampung dulu!
3.Tok guru selalu berpesan,hidup mesti berprinsip!
3.1.Tak suka!jangan ambik!
3.2.kata kat orang!tenguk dulu diri sendiri!
3.3.kalau salah!mengaku!buat apa malu!!
3.4.Kerja yang tak berapa afdal!jangan kerja!
3.5.merokok!haram!jangan merokok!
3.6.umno jijik!jangan guna lansung kemudahan yang dibuat oleh umno!
3.7.yang buat dalih memanjangg!!
4.Pesan tok guru pada oghang yang berprinsippp laaaa!!

Anonymous said...

alahai..
5.Puak PAs yang hang maghah sakan lani tak dak prinsip la!!
6.depa dulu!macam hang jugak!!semua oghang tak kena!
7.Bila ada peluang!bila jadi pemimpin!jadi YB!pakat ghembatttt semua!!
8.Hang pun aku tenguk!!ada prinsip ka!!yang dok menongkoiii je pasai apa!!!
9.la ni hang ahli biasa je!kalau ada peluang!!!ntah lagi teghukkkkk dari depa!!mengalahkan che dot kotttt!!!

Tulang Besi said...

Kalau TB adalah produk tarbiah PAS, PAS sepatutnya rasa malu dengan adanya orang seperti anda yang mengaku hasil dari tarbiahnya. Dari segi ilmu dan akhlak anda nampaknya jauh ketinggalan. Pendapat anda sering kali bias, keadilan anda juga bersifat selektif. Hadith pun boleh main spin. Tindak tanduk anda ni lebih nafsu dari ilmu. Bicara anda sering tersemat kesesatan (contohnya dalam artikel ini dia kata jadi penyokong UMNO lebih teruk dari penagih dadah atau perompak) dan tidak mengikuti panduan al-Quran atau Hadith.
.

Saya pun naik benci dah dengan penyokong-penyokong UG ni.

suka buat tuduhan rambang dan tidak berasas macam ni.

Saya dapat tahu tarbiyyah puak2 pro UG ni adalah menyebarkan fitnah.

Jadi sebab tu mereka sebar fitnah macam ni.

Bila minta bukti takdak bukti.

Bujang Senang said...

Nizam Mahmud kato :

"Kalau nak tau siapa yang aktif atau tak dalam PAS sebelum 98 atau time PAS dipandang rendah oleh semua orang, pergi tanya Pakcik Amjal"

-------------------
Woi Jibeng,

ko sedar pun yg ko tak ada maklumat pasal pas.. last2 suruh refer kat pak amjal.

tak usah la nak putaq fakta.

Moral of de' stori...

ko dan TB sama2 pengkhianat parti!!

dan aku setuju dengan kubah hijau, peranghai ko, TB sama mcm Nakhaie

Anonymous said...

alahai..
10.dalam dok tunjuk wala kita pada Pas!jangan tunjukk kebodohan kita!!
11.Pakat gelak sakan nanti!kata wala pada pemimpin Pas!hasil tarbiah Pas!ngaji sistem umno!ngaji sekolah kebangsaan!
12.hang berjaya lani! lambang kejayaan sistem umno la!!
13.dunia la ni!ramai macam hang!lembu punya susu!sapi dapat nama!!
14.kalau hang ada prinsip laaaa!!
15.Hang ada prinsippp iduppp ka!!!
16.Awattttt!!dok caghi akaiii kee!!nak buat dalihhhh lagi ka!!!

Bujang Senang said...

TB mengaku :

"Saya pun naik benci dah dengan penyokong-penyokong UG ni."

-------------
HA HA HA...

TB, Ko tahu pun perasaan rasa benci pada puak2 UG.

Serupa la, macam kami benci kat ko!!!!

Pengkhianat Parti!!

Ingat TB, selagi kau tak hormat pada Presiden dan pimpinan, selagi tu aku akan tentang ko habis habisan!!!

Jangan ko ingat ko dapat sokongan 100%!!!

Ha Ha Ha Ha Ha Ha !!!!!!!!

T said...

Mr.Iron Bone,

Minta jangan keliru dan bandingkan saya TAMINGSARI dengan TAMING SARI yg komen jam 1.22 am.

Sdr. taming sari,
Cuma nak beri tau kita sama tapi tak serupa.

taming sari said...

T kata...

Mr.Iron Bone,

Minta jangan keliru dan bandingkan saya TAMINGSARI dengan TAMING SARI yg komen jam 1.22 am.

Sdr. taming sari,
Cuma nak beri tau kita sama tapi tak serupa.

February 20, 2010 11:52 AM

-------------

Nice to have you on Board...

Saya setuju, kita serupa tapi tak sama....

Anonymous said...

Nizam Mahmud,

Jawapan: Kenyataan yang sangat bertentangan antara satu sama lain.

Mula-mula kata TB taksub dengan akidah hizbiah.

Tapi taksub kemudian hentam PAS?


Itulah orang kata taksub. Terlalu taksub sampai beliau mencipta hizib UG dan non-UG dalam pas. Lepas tu mula dengan sikap hizbi, hentam hizib yang tak sehaluan dengannya. Semua orang dah selesai pasal isu UG, tapi dia seorang ni tak habis-habis lagi. Masih dok ulang hentam pemimpin tertentu. Itulah modal dia nak popular. Orang kata kalau dia rasa dia betul, pergilah bertanding jadi presiden ataupun naib presiden. Tapi itu dia tak mau. Dok luar negara tulis blog terus kucar-kacirkan jemaah. Lepas tu keluar media burukkan kepimpinan pas. Dia ingat PAS ni dia yang punya. Dia nak tentukan macam mana pas perlu diuruskan, apa yang boleh diperkatakan dan dengan siapa pas boleh bincang. Itulah hizib TB sebenarnya.


Kedua, kenyataan ini adalah satu pembohongan.

Kerana apa yang dihentam oleh TB bukanlah batang tubuh PAS tapi kelaku sumbang pemimpin PAS.

Sila bezakan jemaah dan individu dalam jemaah.


Pertama, kelaku sumbang pemimpin PAS? Sedapnya mulut. Apakah standard kelaku sumbang? Ikut kepala otak siapa? Kalau ikut kepala otak TB semua yang tak sehaluan dengan dia adalah kelaku sumbang. Inilah orang kata tak tau adab berjemaah, tak tau hormat pendapat orang lain dan tak berlapang dada. Asal tak setuju terus jadi kelaku sumbang.

Kedua, apakah hentam pemimpin utama dikhalayak di kira tegur individu? Kalau individu, patut diselesaikan secara private. Ni siap keluar malaysiakini dan gunakan nama seperti Naib Presiden?

Anonymous said...

Aku amat suka tulisan Bujang Senang seperti

"...HA HA HA...

TB, Ko tahu pun perasaan rasa benci pada puak2 UG.

Serupa la, macam kami benci kat ko!!!!

Pengkhianat Parti!!

Ingat TB, selagi kau tak hormat pada Presiden dan pimpinan, selagi tu aku akan tentang ko habis habisan!!!

Jangan ko ingat ko dapat sokongan 100%!!!

Ha Ha Ha Ha Ha Ha !!!!!!!!..."

--------------------

Jawapan dari aku sebagai anonymous...

Bukan TB yang tidak hormat presiden parti tapi aku...!

Aku dan kumpulan yang memberi undi pada PAS agar menang dalam pilihanraya yang lepas... akan menentang presiden PAS yang bangang.

Siapa aku..? Aku adalah pengkhianat parti. Dulu aku sokong UMNO tapi aku khianat parti itu sehingga parti itu kalah dalam pilihanraya ke12.

Apa hebatnya seorang presiden parti kalau calon partinya kalah dalam pilihanraya..?

Kehebatan sebuah parti adalah kerana presidennya dan orang-orangnya dapat menyatukan ahli dalam satu jemaah yang aman.

Kalau presiden dilihat menyeleweng dari landasan parti, macam mana nak pimpin jemaah kejalan yang betul dan selamat..?

Untuk apa kerajaan perpaduan..? Bolehke melayu PAS dan melayu UMNO bersatu...?

Melayu PAS islam apa dan Melayu UMNO itu islam apa..? Atau tak tahu membezakan yang mana kambing dan yang mana babi..?

Teruskan projek kerajaan perpaduan itu... pasti akan ada tentangannya dari berbagai sudut. Insyaallah..!

Bujang Senang said...

TB dan Nizam Mahmud!!

Ko bedua ni Pengkhianat Parti! Pertualang Parti!

ALlah pasti akan bayar cash.. sebab ko bedua ni mengkhianati pimpinan, memalukan pimpinan, menuduh pimpinan keterlaluan..

kita tunggu dan lihat!!

Kata sayang parti, tapi tak ikut usrah, tak ikut demo, tak pi mtg,kalau sekadar cakap, budak tadika pun boleh...

Ingat TB, selagi ko tak hentikan serangan pada Presiden dan pimpinan pusat, aku akan "ngap sayot" ko bedua!!

Tulang Besi said...


ALlah pasti akan bayar cash.. sebab ko bedua ni mengkhianati pimpinan, memalukan pimpinan, menuduh pimpinan keterlaluan..
.

Jumpa UMNO dalam gelap tu tak khianat parti ke?

buangmasa said...

apahal la blog ni.... masing2 perasan dia paling bagus... cakap kosong mmg la weiii... cuba buat tengok..

dok mendabik dada tarbiyyah sana dan sini dan claim siapa paling bagus... cehhhhhh........

kat akhirat nanti bukan kira tarbiyyah mana.. tp di mana iman dan takwa ko.... kalau dah takde hidayah ko tarbiyyah mana2 pon to the hell perginya

Edyes said...

TG Hadi Awang Perlu Mohon Maaf

Dr Khalil said...

Saya cabar,

1 cuba tanya pemuda PAS sekarang ni, apa beza Aqidah Uluhiyyah dan Rububiyyah, dapat jawab dengan tepat tak?

2. Cuba tanya, apa dia kitab Hadith Sunnah Sittah?

3. Cuba tanya, I'rab kalimah Lailahaillah

4. Cuba tanya, I'rab Bismillah dan Al-Fatihan(sebab kalau tidak tahu i'rab, macamana nak faham Quran, sebab itu jadi sesat tu)

5. Cuba tanya, apa beza salaf/salafi dan khalaf (bab akidah ni)

Jawapan: Saya yakin 80% tak dapat jawab. Sebab saya dah tanya ramai pemimpin pemuda. Ustaz balik Azhar pun tidak dapat. Semua tergagap-gagap. Tapi kalau sembang bab wala', hebat, macam nak sembah manusia melebihi ALLAH SWT.

Memamg memalukan... Gerakan Islam mempunyai ahli yang tidak faham akidah Islam. Akhirnya menyembah pimpinan melebihi menyembah ALLAH SWT.

Inilah akibatnya apabila, usrah pemuda, bukan nak bincang hal agama. Dalam satu jam usrah, 5 minit pertama bincang silibus. 55 minit terakhir, maki hamun PKR, DAP, Khalid Samad, Husam Musa, Dr Dzul dll.

Akhirnya usrah jadi tempat mengumpat dan membuat dosa, bukannya medan membina akidah ahli. Sebab itu, kebanyakkan pemuda PAS berjuang dalam keadaan jahil. Sesetengah pimpinan memang suka pemuda terus di dalam keadaan kejahilan dalam bab agama, supaya pemuda tidak berdikap kritis dan mempertikaikan kesalahan pimpinan. Dan seterusnya memudahkan sesetengah pimpinan mengawal dan memperhambakan pemuda mengikut selera mereka sendiri. Bukannya kehendak Islam

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Dr khalil...hang ni doktor boleh cucuk orang ke tak boleh..hang pi melarat komen tak tentu pasal wat apa...mana ada orang nak sembah pemimpin zaman skrg....hang jd doktor tu..sapa bayaq..jgn duk jd sitanggang plak....kalu baya sendiri..hang mampu jd doktor ke...hujahla dgn ilmu kedoktoran..bagi nas..bab..jilid..baru la baloi duit rakyat hang guna nk jd doktor tu...

akula said...

aku sokong Dr khalil..

sebab aku pun penah jumpa imam jumaat muda pas baca kutbah bab perjuangan agama dan taat pada pemimpin agama (ug?)berkobar-kobar.. tapi bila imamkan sembahyang baca alfatihah tak betul tajwid!!! aku nak mufarrakah... tapi tenggok yg serban besaq-besaq khusyuk je... aku pun cuba khusyuk jugek la..keliru sungguh aku! sah ke sembahyang aku?? tolong jawab pemuda2 alim pas.. sah ke tidak

nampak sungguh jahil aku bab yakin ni..

Bujang Senang said...

Anon komen pasai tulisan aku :-

""Siapa aku..? Aku adalah pengkhianat parti. Dulu aku sokong UMNO tapi aku khianat parti itu sehingga parti itu kalah dalam pilihanraya ke12.""

----------

Aku nak kata kat dia :-

Hmmmmm... kalau ko sendiri dah ngaku sbg pengkhianat, wat ape lagi aku nak komen....

Kalau dah tak ada prinsip... kejap sokong UMNO, kejap sokong PAS...

org politik kata "katak lompat"

atau pun boleh jugak disebut "lompat katak"....

Datang tak di panggil, pergi tak disuruh..

Anonymous said...

"Rasanya ko je yang spesis pas pelik. Orang lain pun ikut tarbiyah jugak. tapi tak memalukan pimpinan utama macam ko buat".

aku setuju dgn Kubah Hijau cakap tu...

Hasil Tarbiyah Pas konon.... ini bukan hasil tarbiyah Pas ko ni hasil tarbiyyah UMNO..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tulang Besi said...

"Rasanya ko je yang spesis pas pelik. Orang lain pun ikut tarbiyah jugak. tapi tak memalukan pimpinan utama macam ko buat".

aku setuju dgn Kubah Hijau cakap tu...

Hasil Tarbiyah Pas konon.... ini bukan hasil tarbiyah Pas ko ni hasil tarbiyyah UMNO..
.

Yang memalukan adalah hasil dari tindakan mereka sendiri yang menyeleweng dari perjuangan.

Puak2 UG mana tahu semua ni

Anonymous said...

Adalah mamat anon tu, cara tulisannya sebijik mcm Grand Marquis.

Awat, takut sangat nak letak nama ka?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

dulu masa pak lah jadi PM, blogger blogger UMNO serang Pak Lah macam TB ni lah... sebijik macam Rocky Bru... TB ni adalah Rocky Bru versi PAS... cara TB ni adalah mengikut budaya umno ni....

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

hasil tarbiah PAS tak salah, tapi maybe tarbiah dari ayah dia yg salah..

Sebatang kara said...

Pada pendapat sayalah, TB ngan Nizam adalah oghang yang sama. Sebabnya apa TB cakap mesti Nizam hangguk-hangguk.

TB jangang marah pulak. Saya bagi pendapat sahaja.

Anonymous said...

Tulang beli tulis..

WALA’, THIQAH, AKHLAK JEMAAH, DISIPLIN JEMAAH DSBNYA

Semua ni sebenarnya baru dalam PAS. Ianya popular semenjak pulangnya Arwah Ustaz Fadzil ke rahmatullah. PAS tidak pernah menghalang ahlinya menyuarakan pandangan dan pendapat. Menegur pimpinan bukan satu perkara yang ditegah oleh PAS.MEMFITNAH pimpinan itulah yang ditegah oleh PAS.

- aku rasa TB terima tarbiyah tapi tak hadam dalam perut dan hati.

Seingat aku, masa masuk U tahun awal 80-an.. dan di entuh bab thiqah, wala' dan hazar.. semua tu sbb terpengaruh dengan perkembangan di timur tengah..

Tapi kalau TB kata baru, maknanya, lepas Arwah Dato' Presiden meninggal barulah dia berjumpa istilah mcm tu kot.

Akhir kalam, dalam satu program, TGHH ada sebut, apa yg kita cari adalah Redha Allah bukan redha manusia.. Biarlah Allah redha dengan kita walaupun pada ketika itu seluruh manusia tak redha dengan kita.. Insya Allah, Allah akan bawa mereka semua untuk redha dengan kita.

Anonymous said...

Terbaca tulisan beberapa bulan lepas dari songkok putih berkenaan maklumat yg tak betul dan tak ada alibi oleh TB. Di akhir tulisan ada di sebut..

'PAS bukan milik sesiapa... dia milik Allah s.w.t jika PAS benar-benar berjalan atas landasanNya. Sesiapa yang cuba menjadikan PAS miliknya dengan mengenepikan syura dalam membuat keputusan nescaya Allah pasti akan membinasakannya sebagai Allah membinasakan orang-orang terdahulu...'

Di dlm program tarbiyah, TGHH pun byk kali sebut, kita tak perlu buang org yang nak merosakkan parti. Inysa Allah, orang itu akan disingkir dengan sendirinya, kerana kita adalah Parti Islam.. Lihat betapa yakinnya TGHH dengan janji Allah..

Sebatang kara said...

Anon cakap:

Di dlm program tarbiyah, TGHH pun byk kali sebut, kita tak perlu buang org yang nak merosakkan parti. Inysa Allah, orang itu akan disingkir dengan sendirinya, kerana kita adalah Parti Islam.. Lihat betapa yakinnya TGHH dengan janji Allah..


Yang nih saya setuju 100%. Contohnya, Nakhaie, Mustafa Taib dan Ustaz Ghozali. Inilah antara pemimpin paling taksub dulu dalam mengkafirkan UMNO dan akhir sekali berada dallam dakapan UMNO.
TB jangan salah faham kenyataan saya nih.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Pada pendapat sayalah, TB ngan Nizam adalah oghang yang sama. Sebabnya apa TB cakap mesti Nizam hangguk-hangguk.

Mrk ni org berlainan, tapi aku yakin diorg ni ada connection. Mcm anak usrah dgn naqib.

Nizam ni sharp,smart dan lebih cerdik dari Tulang besi. Tapi, dia jenis pandai menyidnir dan tangkap kau kat point kau sendiri tak sedar.

Dia ni engineer jugak aku rasa, kerja Shell kat sarawak.

pasti said...

TB,
Sejak kecil kau hanya kenal pas. Bagi kau pas lah paling baik. Buka minda seluass-luasnya dulu, barulah kau dapat bezakan... pas bukan yang terbaik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.