Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, February 13, 2010

'Tulang besi' adu salahlaku pemimpin PAS - Malaysiakini

Salam pembaca2 Malaysiawaves sekelian. Alhamdulillah, hari ini hari yang amat bersejarah bagi saya. Saya bersyukur kerana penghantaran aduan saya berjalan lancar. Saya juga bersyukur dapat bertemu kembali dengan Ustaz Rahim setelah sekian lama tidak berjumpa beliau. Saya terharu sebab dia masih ingat pada saya walaupun telah hampir 4-5 tahun tidak berjumpa. Beliau ni adalah antara pekerja PAS yang paling komited yang saya pernah jumpa. Dan, urusan saya dengan beliau berjalan amat lancar.

Saya kemukan tiga salinan dokumen dan kesemua dokumen serta salinan telah dicop oleh Pejabat Agung sebagai tanda terima. Bersama aduan bertulis itu, saya juga telah lampirkan rakaman audio sebagai BAHAN BUKTI terhadap aduan saya tersebut. Dan saya nampak sendiri Ustaz Rahim meletakkan aduan2 saya serta CD rakaman audio ke dalam satu 'envelope' dan beliau kata dokumen saya itu akan dihantar terus ke SU Agung.

Syukur alhamdulillah segala berjalan lancar dan syukur saya dapat berjumpa Ustaz Rahim setelah lama tidak bertemu. Semoga usaha saya ini diberkati serta dirahmati Allah SWT hendaknya. Saya minta kesemua pembaca Malaysiawaves mendoakan kejayaan usaha saya ini, inshaalah.

TUlang Besi


'Tulang besi' adu salahlaku pemimpin PAS.
Abdul Rahim Sabri
Feb 12, 10
12:11pm
Seorang penulis blog yang juga ahli PAS mengemukakan aduan kepada ibupejabat PAS hari ini terhadap tiga pemimpin kanan parti itu berhubung isu 'bai'ah ta'lik', isu kalimah Allah, kerajaan perpaduan dan pelanggaran usul muktamar PAS.

Tiga pemimpin PAS yang dinamakan dalam aduan tersebut ialah timbalan presiden, Nasaruddin Mat Isa; timbalan mursyidul am, Datuk Dr Haron Din dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Penulis blog tersebut, Abdul Rahman Abdul Talib yang lebih dikenali sebagai 'Tulang Besi' mengemukakan empat aduan terhadap mereka, dengan mendakwa:

1. Dr Hasan dan Nasaruddin telah mendedahkan rahsia parti berkaitan 'bai'ah ta'lik' kepada penulis blog di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu.

2. Ahli majlis syura ulama PAS telah meluluskan kertas kerja tulisan Dr Haron bertajuk 'Tahaluf Siyasi: Pasca 2008" yang telah membawa kepada perjumpaan-perjumpaan gelap dengan Umno yang juga telah menyebabkan perpecahan dalam PAS.

3. Dr Haron melanggar keputusan serta pendirian rasmi PAS dalam isu 'kalimah Allah' dengan menghadiri sebuah forum yang dirasmikan oleh ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

4. Dr Hasan telah menyebarkan fitnah dan penipuan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, justeru melanggar usul muktamar PAS di Shah Alam dan Ipoh.

Tulang Besi yang baru tiba dari Indonesia berkata, beliau menyerahkan empat aduan tersebut bersama-sama sekeping cakera padat yang mengandungi bukti berbentuk audio berhubung salahlaku pemimpin kanan PAS tersebut.

Aduan tersebut diserahkan kepada Setiausaha Kerja PAS Pusat, Abdul Rahim Saidin di pejabat parti itu kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Dalam sidang media selepas menyerahkan aduan tersebut, beliau berharap dengan aduan tersebut, pihak PAS membuat siasatan dan mengambil tindakan yang tegas.

"Tanggungjawab untuk menjaga parti daripada dilanda masalah displin terletak kepada semua orang, tidak hanya terletak kepada orang bawah sahaja. Kalau orang bawah boleh displin, orang atas kena lebih displin," katanya.

Abdul Rahman berkata perjumpaan Dr Hasan dan Nasaruddin dengan penulis blog dari Umno dan PAS di kediaman pesuruhjaya PAS Selangor itu, berlangsung pada 25 Oktober tahun lalu.

Dalam pertemuan tersebut, mereka didakwa mendedahkan rahsia parti berhubung bai'ah ta'lik kepada penulis blog tersebut.

Bai'ah adalah sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika calon-calon PAS yang menang mengkhianati parti - bagi mengelakkan risiko mereka lompat parti.

Tulang Besi juga dilaporkan sebelum ini menyiarkan rakaman audio tersebut di dalam blognya, November tahun lalu.

Mengulas mengenai aduan kedua, Abdul Rahman mendakwa keputusan Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 yang meluluskan kertas kerja yang ditulis Dr Haron Din itu.

Katanya kertas kerja tersebut adalah "satu titik tolak pepecahan dalam PAS" yang mencadangkan supaya "mengadakan perbincangan dengan Umno".

Bagaimanapun, kata Abdul Rahman, keputusan tersebut melanggar perlembagaan parti kerana "Majlis Syura Ulama tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti itu" dan " tidak pernah dirujuk kepada jawatankuasa kerja PAS Pusat".

"Keputusan itu tidak mewakili Majlis Syura Ulama. Setakat yang dimaklumkan kepada saya, tidak ada minit mesyuarat. Mungkin ia hanya perbincangan biasa... Ia tidak dibincang dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Pusat," katanya.

Mengulas mengenai tindakan Dr Haron yang menyertai sebuah forum yang dianjurkan oleh 30 NGO berhubung isu 'Kalimah Allah', Abdul Rahman berkata tindakan tokoh agama itu telah "melanggar pendirian rasmi PAS tentang isu kalimah Allah yang diputuskan pada 5 Januari lalu".

Dalam aduannya, Abdul Rahman menyifatkan kehadiran bekas ahli panel Forum Perdana Islam itu dalam forum tertutup yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 13 Januari lalu adalah "satu bentuk sokongan yang jelas kepada keputusan NGO" yang menyatakan penggunaan kalimah itu adalah hak eksklusif orang Islam sahaja.

Berhubung aduan keempat, Dr Hasan didakwa menyebarkan fitnah tentang Pakatan Rakyat di Selangor, dalam pertemuannya dengan penulis blog Umno dan PAS pada 25 Oktober itu.

Dalam aduannya, Abdul Rahman memberi contoh fitnah yang disebarkan adalah berhubung isu projek "Plug And Play" di Selangor.

Berdasarkan rakaman audio itu, Abdul Rahman mendakwa Hasan Ali menyatakan tiada elemen dan kepentingan bumiputera dan Melayu sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melaksanakan projek ini.

"Tindakan Dr Hasan jika tidak dibendung, akan berlaku pepecahan (dalam Pakatan Rakyat)," katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk menerima sebarang tindakan displin berhubung pendedahan berani ini, Abdul Rahman berkata:

"Saya sanggup menerima apa-apa risiko. Saya berpihak kepada kebenaran dan saya ada bukti. Parti harus dijaga. Saya tidak takut".

Abdul Rahman berkata beberapa aduan berhubung perkara tersebut sebelum ini pernah dikemukakan kepada pejabat agung PAS dan jawatankuasa displin parti melalui emel sejak November lalu.

Bagaimanapun tidak ada maklum balas berhubung aduan beliau itu, tambahnya.

33 comments:

Anonymous said...

Ha ha. Tulang Besi nak pemimpin tertinggi pas di ambil tindakan berdasarkan persepsi beliau?

Sepatutnya PAS mengambil tindakan disiplin terhadap TB kerana tak habis-habis memburuk-burukkan pemimpin parti serta melaga-lagakan sesama pemimpin.

Yang berpecah itu sebenarnya Tulang Besi sendiri kerana mahu hala tuju PAS ditentukan oleh serakah politiknya.

Anonymous said...

Wah glamor brother Tulang Besi kita ni. Sekarang ni dah terkenal serata Malaysia.

Saya harap pas akan buat siasatan. Tapi kalau terbukti palsu, maka TB perlu juga dikenakan tindakan disiplin sebab menghuru harakan parti.

PondokDungunTerengganu said...

Ok TB,

le ning aku boleh kate lah mung ning Islam (Islang) jadi telohang aku dulu mung kapir kristiang murtadding tok beto. Tapi otok mung masih senget jugok macang puok kapir munapek. Mung paham dok ?.

Mung ning doh dirasuk iblih perasang pembele agame konnongnye.

Dulu mung kate mung murtad ugame UMNO. Ikut syariat mung doh jatuh murtad. Mung tobat lah cepat-cepat wahai mat senget.

PondokDungunTgganu

Anonymous said...

alahai..
1.glamor buat apa!!
2.Adaka puak atasan Pas akan degaq!!!
3.Depa akan kata nanti!!sapa TB tu!!!
4.pas sinonim dengan puak agama!!
5.JIM!ABIM!ISLah!!buat parti baghula oiiii!!!
6.Masuk umno!jahanam umno!!
7.Masuk Pas!jahanam pas!!
8.Insya-Allah!pas dan umno akan duduk semeja nanti!!
9.Semuani angkara puak JIM!ABIM!ISLAH!!puak kapiaq harbi naik muka!!
10.kalau pandai sangat!cerdik sangat!!buat parti baru!!tak usah jadi dedalu memanjanggg!!!
11.Alahai!!puak melayu dan islam dah tinggai PKR!!hangpa puak JIM!ABIM!masukla PKR!!dok tunggu apa lagi!!!!

Anonymous said...

1. Seorang ahli PAS telah membuat aduan salahlaku pemimpin besar parti kepada J/Kuasa Disiplin Parti.

2. Kita juga dikejutkan dengan gesaan oleh peguam parti agar mengkaji semula hukuman yg diputuskan oleh J/Kuasa Disiplin terhadap Dato Hasan Ali dan YB Khalid Samad

PERCAYALAH, DUA-DUA KES DI ATAS TAK AKAN KE MANA-MANA NYA. DUA-DUA PENGADU TIADA LOCUS STANDI DAN ADUAN MEREKA AKAN DIBAKULSAMPAHKAN.

KERANA APA?

KERANA ABDUL RAHMAN TALIB AKA TULANG BESI BUAT ADUAN ATAS NAMANYA SEDANGKAN IKUT PERLEMBAGAAN PARTI ADUAN HENDAKLAH DIBUAT OLEH ORGANISASI (CAWANGAN, KAWASAN, NEGERI, DEWAN ETC). SEBAB ITULAH JUGA ADUAN ABDULLAH KARIM SEBELUM INI DIBAKULSAMPAHKAN OLEH SUU AGONG.

KERANA MENGIKUT PERLEMBAGAAN PARTI JUGA LAWYER HANIPA MAIDIN TIADA HAK MENGGESA KEPUTUSAN JK TATATERTIB DIKAJI SEMULA. YANG ADA HAK HANYA MEREKA YANG DIKENA TINDAKAN, DALAM KES INI KHALID SAMAD.

LAIN KALI KAJI DULU PERLEMBAGAAN PARTI SEBELUM BUAT APA-APA TINDAKAN KALAU TIDAK MAHU MEMBUANG MASA. JADI PEGUAM PUN KALAU SETAKAT FAHAM PERLEMBAGAAN NEGARA TAPI TAK FAHAM PERLEMBAGAAN PARTI SENDIRI TAK DE FAEDAHNYA.

Fasal 75 (2) Perlembagaan PAS menyebut:
Sebuah JK Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-Kawasan, Cawangan-Cawangan dan Dewan-Dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar tatatertib parti kepada SU Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh JK Tatatertib itu.

Jadi sesiapa yang melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar tatatertib parti di atas kapasiti peribadinya sebagai ahli atau pemimpin PAS laporannya tidak menepati maksud fasal ini.

In fact, kalau ikut kenyataan Khalid Samad di bawah
(Ada yang mengatakan, kesalahan Khalid lebih serius! Serius atau sebaliknya boleh dinilai berdasarkan siapa yang membuat aduan. Dalam kes saya, aduan dibuat oleh Dewan Harian PAS Selangor, pendek kata PJ sendiri)
maka hukuman ke atas Khalid Samad sebenarnya tidak sah kerana aduan dibuat oleh pihak yang tidak ada locus standi/kelayakan untuk buat laporan (Dewan Harian PAS Selangor bukan Perhubungan Negeri, sepatutnya aduan dibuat oleh Perhubungan Negeri).

Soal adil tidak adil, Islamik tidak Islamik fasal ini suku kira tapi itulah peraturan.

Khalid, the ball now is in your hand!

Tapi kalau baca berita di bawah Khalid pun nampaknya tak faham juga Perlembagaan PAS!

Khalid Samad: I will not appeal against my suspension | Print | E-mail
Wong Choon Mei
SHAH ALAM, Feb 13: PAS MP for Shah Alam Khalid Samad has decided not to appeal against his suspension by the party’s disciplinary board.

“I will not be appealing. All the information is already in the hands of the central leadership. If they feel that the disciplinary board is wrong, they can review my suspension even if I don’t make any official request,” Khalid said in a text message to Harakahdaily.

“If they don’t, it must be because they feel the disciplinary board’s decision is okay. So it is no point for me to appeal anyway.”

Wali Bedal said...

hahaha.. muka hang sebijik cam doremon.. dua biji mcm budak down syndrom.... kah kah kah

Tulang Besi said...


Fasal 75 (2) Perlembagaan PAS menyebut:
Sebuah JK Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-Kawasan, Cawangan-Cawangan dan Dewan-Dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar tatatertib parti kepada SU Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh JK Tatatertib itu.
.

Takda sebut pun ahli tak boleh repot ke Pusat?

Yang wajib adalah Kawasan dan Dewan2 MENUBUHKAN JK Disiplin mereka.

dan MEREKA boleh mengadu pada PAS Pusat.

itu sahaja./

sam raspiut said...

SYABAS TB... SYABAS

pedulikan cercaan penjilat2 para pedusta UG tganu tu..
jangan peduli pad pendusta-pendusta yg nak berlindung pd perlembagaan parti pulakk tu..

kebenaran melampaui semua tu..
patut-patut semua pengundi pas kena buat aduan..
mereka semua ni memang dan dijangkiti penyakit 'monarki mutlak' ala umno.. wala' tak bertempat.

adu terus adu dan... depa tak kebal.
buktinya para penjilat dah melalak maki TB...

bravoo

Anonymous said...

Anon 10:25 AM,

Analisa yang bagus. Takkan pas nak melayan setiap aduan individu. Pening la. Setiap orang ada persepsi sendiri dan pemimpin kecenderungan mereka. Kalau semua orang buat laporan sebab merasakan pas tidak dijalankan menurut kecenderungan mereka, pening la pas.

Apa pun, makin terkenal TB. Sekarang ni muka TB dah boleh dicam oleh ahli pas. Kalau betul nak perubahan, bolehlah bertanding dalam muktamar pas akan datang.

Abdullah said...

Ha ha ha.. sampai ke tahap ni TB marah sebab tak dapat post CEO tu..

Abu Abdurrahman said...

Kita tenguk nanti apa tindakan PAS seterusnya.

TB, hang jangan khuatir, atau menurut kata pakcik saya - "don't be khuatir. It's on the bendul". Maksudnya (seperti bermain badminton) ia pasti dalam, betul-betul atas garisan, walaupun macam tak masuk.

Ini strategi; bila buat secara dalaman tak diambil keputusan, demi kemaslahatan jamaah, kita buat laporan terbuka. Tak boleh nak dibakul-sampahkan lagi.

sam raspiut said...

betul, kita tunggu apa tindakan pimpinan pas seterusnya.

depa ambek tindakan pun bagus, depa bakul sampahkan pun bagus,atau mereka mendisiplinkan TB kedalam bakul sampah pun bagus... kurang2nya kita bulih tengok ape kaler barisan pimpinan pas la ni!

tapi tulisan kejimaki TB para penjilat sudah menampakkan bayang kaler kepimpinan pas..
dan dgn bongkaknya menyuruh TB bertanding. depa ingat bulih pukui dgn jurus wala' dan gerun.. yea la depa ingat muktamar takat dalam jubah tok guru depa jea kot..

aku sokong sangat TB bertanding.. kita sama-sama tengok la nanti.

tapi pada aku usaha TB, lebih bermakna mesejnya kepada penyokong2 pas lain.. bahawa tak perlu jawatan atau jubahserban seetakat nak mendedahkan kebongkakan pimpinan pas.

aku percaya seteruk-teruk digambarkan dan dikutuk orang, sdr TB bukan jenis orang yg beri makan anakbini hasil dr duit parti, atau dari duit tadah derma lepas ceramah politik seperti para pemimpin sekarang ni yg boroi-boroi suma..

setidak-tidaknya TB layak mohon jawatan CEO, walaupun tak dapat tapi layak, berbanding barisan pimpinan sekarang yg rata2 cuma layak jadi imam nikah kawin je.. persepsi aku la..

memerintah negeri.. sori la, takat projek bela unta atau kambing pun belum tentu.. tengok la sepenggal kat Tganu apa ada.. post mortem @ alasan tu banyak laa..

Anonymous said...

Alah, kalau TB jadi full time politician, dia pun kena suap anak bini dengan duit parti dan sumbangan ceramah. Tak perlulah nak merendah-rendahkan pemimpin pas yang full time politician.

Cuma bila TB nak hadir muktamar, dia pun kena tadah tangan juga, walaupun dikhabarkan gaji beliau sekurang-kurangnya 6x gaji hussam.

Kepada TB, hang dah ada penyokong. Buatlah banner untuk sokong hang jadi presiden pas.

Anonymous said...

Tahniah Tulang Besi, satu tindakan yang bijak. Kita nak tengok apa pula tindakan Pemimpin(Perpaduang) seterusnya. Nak bakul sampahkan? Nak kata aduan tersebut persepsi TB semata-mata? Saya rasa tindakan saudara ini, ditambah pula dengan kenyataan Peguam Hanifa dan Abdulah Karim sudah cukup untuk JK Disiplin muhasabah diri dan bukan lagi berselindung disebalik penafian dan luahan emosi.
Hidup Tulang Besi!.
Lama dah saya terbayangkan bagaimana wajah TB?. Ternyata kacak juga orangnya.

Anonymous said...

Bila pergi ke malaysiakini, ada dua benda menarik.

1. Bawah title: Cerita Penting ada gambar TB dengan "cerita penting beliau".

2. Lepas tu terbaca yang ni:
Menyentuh kes liwat Anwar, Mohd Nizar berkata ia tidak mungkin berlaku kerana Anwar sering mengimamkan solat jemaah.

"Kalau Datuk Seri Anwar pergi ke mana-manapun, orang akan menjemput beliau supaya menjadi imam. Siapa pernah tengok Najib mengimamkan solat?

"Jadi, adakah seorang kaki liwat boleh mengimamkan solat?" kata Mohd Nizar.


Aduhai, kalau betul ni keluar dari mulut Nizar, korang boleh nilai sendiri la tahap pemikiran beliau. Macam mana orang ni boleh jadi Engineer, boleh jadi MB perak. Orang kampung yang kerja bendang pun tak sebodoh tu. Dia orang pun tau ada ustaz yang rogol anak.

p.s. ni bukan kata Anwar liwat, biar mahkamah tentukan. Cuma sekadar lucu lihat orang macam dia boleh ada cara penilaian macam tu.

sam raspiut said...


Anonymous Anonymous said...

Bila pergi ke malaysiakini, ada dua benda menarik.


betui la persepsi tu...

sama la dengan persepsi orang umno yang cakap si saiful tu jambu jadi logik la dia di lewat.. kan kan

Anonymous said...

ABAH KAU.

Yang lain nak sibuk sibuk kondem TB pasal apa. lantak TB la nak buat apa pun, dia ada bukti. Yang kecoh kecoh apahal???????
Baru TB hantar laporan dah ketar telor. WOII BARUA UMNO. KO DENGAR SINI. BIAR PAS BUAT KERJA DIA, KALAU AHLI DAPAT MAKLUMAT YANG GENG STOPA ALI SEBENARNYA BUAT TAIK, ENKAU NAK KATA APA.....
PAS NAK TERIMA KE, NAK TOLAK KE LAPORAN TU, TUNGGU JE.......
KALAU LAPORAN TU DITOLAK SEBAB TEKNIKAL. ATAU SEBAB IA TIDAK MELAUI ORGANISASI, KO INGAT PAS KAWSAN LAIN AKAN DUDUK DIAM JE KE.
BUDAK UMNO PEGI MAIN JAUH JAUH. BAU HANCING KUAT SANGAT. KO PESAN KAT STOPA ALI AND THE GENG, KAMI TAHU APA PERANCANGAN KAMU.......

Anonymous said...

Sekali tengok TB nie memang berani.

Tapi kalau tengok betol2 memang bangang nak mampus. Cakap berani tapi dok luar negara. Kata sayang pas, tapi tak berani telibat dalam organisasi.

setakat tulis blog booleh la...

Kononnya, ko sayang kat pas, pi buat laporan salah laku disiplin.. itu nama nya berani pak pandir.

kalau ko nak buat laporan pun, tengok la dulu peruntukan perlembagaan parti. Bodoh betol la ko ni.

Tengok la Fasal FASAL 75(2)sebelum ko nak jadi berani.

FASAL 75(2) Perlembagaan PAS kata:

“Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu”

Ko baca la betol2!! mamat woi.. Yang boleh buat laporan aduan salahlaku hanya - Perhubungan Negeri, Kawasan kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan.

Aduan Individu mana laku!! Tak kira la ko nie peguam ke? Perdana menteri ke? Mane laku... apa daa..

nak jadi jaguh sayang pas kunun.

Ko ingat pas nie abah ko punya.. suka suka nak buat dakwaan. suka suka buat ikut kepala hotak ko..

sebab tu aku kata, ko nie berani pak pandir.. kata sayang pas, tapi lari luar negara. balik la ikut demostrasi. ikut usrah. pi meeting..

kita tengok nanti siapa yang akan kena tindakan disiplin. Pimpinan pas ke? atau ko?

Anonymous said...

Kita tengok, Kawasan mana, Cawangan mana atau Dewan mana nak jadi pak turut TB

Anonymous said...

kawasan mana lagi, PAS bahagian jakarta la yang akan sokong dia... Bisa bangat Pak Tulang!! kah kah kah!!!

Tulang Besi said...


“Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu”

Ko baca la betol2!! mamat woi.. Yang boleh buat laporan aduan salahlaku hanya - Perhubungan Negeri, Kawasan kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan.
.

Aikk iye ke?

Takda sebut pun individu tak boleh lapor.

Kao ni reti baca ke tidak?

Kapten Zero said...

Semua kepimpinan PAS dah tak makan saman lagi keras dan tidak dapat terima tegoran; Kalau setakat TB dan Abdollah Karim langsong tidak ddengarnya.Lagikan Tok Guru Nik Aziz lagi dicanggahinya.Inilah Biro Politik yang Paling Lemah dan tidak berguna yang dihasilkan oleh parti Pas sejak Merdeka. Kepimpinan yang lemah.

Anonymous said...

Alah, apa nak kecoh tentang FASAL 75(2) Perlembagaan PAS tu, lagipun tak sebutpun individu tak boleh lapor. Jika dah diberi bukti tapi tak nak siasat dengan alasan teknikal tersebut atau lain-lain alasan yang diada-adakan, ternyata pemimpin barisan hadapan PAS (perpaduang)sekarang sangat lemah dan tak mustahil rakyat akan semakin meluat dengan PAS.Jadi, harap JK Pusat tangani aduan ini dengan telus supaya kepimpinan PAS tidak dilihat sebagai saf kepimpin yang paling bercelaru.

Anonymous said...

JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL PERIKSA-Ustaz Misbahul Munir

Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.

Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Fligt jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Fligt berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam. Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.

Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain. Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam.

Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu. Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai. Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan.

Sewaktu saya sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat dan juga sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, banyak sekali program anjuran lajnah yang melibatkan Presiden. Tidak ada satu program yang melibatkan Presiden, beliau datang lewat sehingga merosakkan perjalanan program.

Tuduhan terhadap Datuk Presiden dengan sangkaan yang begitu rupa merupakan satu fitnah jahat yang hanya menguntungkan UMNO BN dan musuh-musuh PAS yang lain. Kita diajar dalam al quran supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang sebenar sebelum kita mengulas apa sahaja isu. Kalau kita sayang pada Presiden bukan macam itu caranya kita menegurnya, ahli PAS berhak tegur dengan apa cara sekalipun, boleh guna blog, sebab itu juga satu cara untuk menegur.

Tetapi sebelum menegur, cari sumber dulu mengapa Presiden lewat, kalau lewat kerana takut berdepan dengan ahli PAS, saya fikir lebih baik Setpol cari alasan lain yang agak munasabah supaya Datuk Presiden terus tidak hadir ke program tersebut, seperti adik Presiden sedang sakit tenat, orang ramai mungkin lebih menerima alasan ini. Dan malam tadi saya pula dapat mesej adik Presiden telah meninggal dunia. Jadi orang ramai akan lebih bersimpati dengan Presiden.

Kesanggupan Presiden turun juga ke Shah Alam walaupun lewat sepatutnya dihargai. Beribu alasan lain boleh diberi oleh pegawainya untuk tidak terus hadir ke program tersebut kalau semata-mata takut berdepan dengan ahli-ahli PAS sendiri.

Anonymous said...

Ni la payah becakap dengan org pakai sedap sendiri..

Ko ingat kenapa ada peraturan? Kenapa ada Perlembagaan? Kenapa ada Akta? Kenapa ada Enekmen?!!

Sebab nya ia adalah kaedah memberi kuasa atau otoriti kepada seseiapa yang nak di bagi..

apa daaaaa....

Kalau Perlembagaan parti berniat nak beri kuasa kepada individu utk buat laporan, mesti pas dah masukkan perkataan individu ke dalam perlembagaan. bila dah sebut 'individu' baru la ada kuasa. bila tak disebut maknanya individu tak ada otoriti nak bertindak la..

apa daaaaa....

Parti ni bukan mcm kelab sosial.. bukan mcm Kelab NGO.. bukan mcm Kelab Malam... Ikut sesuka hati abah ko je nak buat apa kau suka.. Tengok la Akta Pertubuhan...

apa daaaaa....

Ko baca Perlembagaan PAS Pindaan tahun berapa huh?? baca la Perlembagaan Parti pinbdaan terbaru..

Apa daaaa......

Kalau ko argue

"Takda sebut pun individu tak boleh lapor"

Aku pun boleh gak argue., serupa la juga.. dalam perlembagaan parti pun tak sebut pasal melarang idea UG!! tapi ko yang lebih2 bangkit kan isu tu.. padahal Presiden dah kata 'tarik balik"!!!

pasal apa???!! sebab ko ingat pas ni abah ko punya.. nak ikut kepala ko.. Nak jadi hero kunun, tapi dok luar malaysia..

apa daaaaa....

Ni la akibatnya kalau argue pakai undang2 indonesia!!

Anonymous said...

amboi dulu kata semua bukti tu dah bagi TGNA, nah sekarang kenapa TGNA tak beri ke jawatankuasa? ko tipu ke TGNA yg tipu gi susut bukti yg ko beri kat dia? mesti TGNA yg tipu kan.. kan.. kan.. TB kan? ko tak pernah tipu.. ko ikhlas ko lah perjuang PAS sejak dlm perut ibu lagi..

john labu said...

apa la buduhh lagi bangang pencacai pas bangan ni..

mano yang penting?? aduang TB atau kelayakan TB??

ooo.. berlindung balik akta pertubuhan pulok dah. ahli individu tak berhak yeaaa??? jadi kompom lah pas ni parti eksklusif hak mutlak geng kuale yea.. saluran aduang ahli kena ikut lubang jamban.. kaha kah kah
sah la pas (geng Trg) ni parti nazi gamoknya...

keh keh.. rejected by technical error.. kahh kahh.. geng politik haprak rupanya, ingat geng ulama..
kah kah kah kitab disiplin orang pas kena rujuk akta pertubuhan.. lawak lawak!!

ado aduan sikit dah riuh para pendekar pencacai menyalak. amboiii.. anjing kat rumah jiran sebelah aku menyalak masa posmen nak bagi surat jea.. kalou tuan rumah tu dah terimo surat tu, tak lagi dio menyalaknyo..
anjing pun tau noo.. nanti pandai2 la tuan dio nak urus surat tu, nak bangkul sampah ko apo..
ini penjilat pas tak berhenti menyalak noo.. macamano tuan nak baco.. bingit! peninnnn alaa peninnn la labu..

john labu said...

jadi SAH la tuduhan TB tu betul sebener benerr BETUL... tapi terbatal kerana kelayakan TB diragui?? kan gitu labiii?

betui la.. takde satupun hujah pencacai yang menafikan tuduhan tu tak betui..

rasonya baik la demo pencacai kerah dan perah kepala hotak demo cari hujah dan dalil yg logik-logik bagi menolak tuduhan TB.
guna kepakaran demo dalam mentafsir kanun, akta pertubuhan atau yg seumpamanya bagi membela tok ketua demo.. nak bagi tambah perisa tambah la sikit2 dalil2 kitab dan hadith! baru la nampak berilmu dan beriman sikit..

atou semenjak bergeng dgn umeno ni deme dah tak pakai kitab lagi dah.. atou kitab kitab tu untuk halwa telinga ceramah kat orang kampuumg je.. untuk sendiri kitab kitab tak mainnn yeak!?

klasss la ahlil parti berpolitik Pas gituu!! koboi stailll

Anonymous said...

Woi John Labu,

Kalau ko tak reti fakta jgn dok jilat pungkok TB tu.. antara kelayakan dan aduang, mana kena dulu.??

Apa daaaa....

Ko ingat ko buleh mengundi pilihanraya kalu ko tak layak....

Ko ingat ko buleh bawak keta yg sah kalu ko tak layak atau tak dak lesen.

Ko ingat ko buleh masuk Univ kalu ko tak layak

Apa daaaa....

tak kan itu pun aku nak ajaq....

Apa daaaa....

john labu said...

jadi pemimpin2 pas melaun tu bulih buat dan terus buat salah la gitu... selagi pemimpin bawahan wala' dan tutup semua lubang aduang bulih buat salah langgar semua undang2 parti.. tapi orang bawah nak buat aduang kena ikut undang dan saluran.. gitu??

jadi pemimpin pas ni kebal undang-undang la yerr.. ada imunity @ monarki mutlak?? macamni kalah sistem raja berpelembagaan kita, sebab Yg DiPertuan Agung pun ikut dan hormat undang-undang, lagi mencemar duli terima mana2 rakyat datang mengadu mengadapp..

aku ingat parti pas ni tak payah sosah sossah ngaku parti agama la.. istihar saja sebagai parti sekular seperti umno yg taat pada syariat akta pertubuhan!!

alaa akhlak pertadbiran korang pun bukan islam sangat.. tak payah perasan la dengan janggut korang tuu.. tak berhemah langsung!!

Anonymous said...

yinadei tamby,

Perlembagaan Malaysia pun bagi individu buat laporan.

Inikan pulak perlembagaan PAS

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Pertama, tahniah kerana berani menunjukkan diri, dengan nama sebenar dan juga siap wajah nya sekali.

Kedua, syabas kerana 'walk the talk'. Anda percaya bahawa ada pemimpin PAS yang melakukan kesalahan, dan saudara telah membuat laporan rasmi beserta bukti-bukti kukuh.

Cuma satu saja pandangan saya iaitu,

Pertama, sila buat tak peduli komen dari mereka yang berselindung di sebalik 'nick name' di blog anda ini.

Kedua, sila buat tak peduli komen pembohong yang mengatakan bahawa tidak boleh individu laporan salah laku. Peraturan ini tidak wujud. Dalam Islam tak wujud, dalam bukan Islam pun tak wujud. Cuma wujud dalam angan-angan dan mimpi pencacai UMNO.

Itu saja pandangan saya pada saudara.

Sekian

Nizam Mahmud said...

Saya ingin membuat penambahan kepda komen saya. Saya kata

"Pertama, sila buat tak peduli komen dari mereka yang berselindung di sebalik 'nick name' di blog anda ini.

Tambahan:

Ini adalah kerana mereka yang tidak mahu menggunakan nama sebenar tidak layak berdebat dengan anda. Taraf saudara sudah lebih dari mereka yang bersembunyi-sembunyi ini.

Jika mereka rasa mereka setaraf, sila nyatakan nama sebenar dan wajah, dan juga nombor keahlian PAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.