Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 18, 2010

Abdullah Karim Akan DIpanggil Untuk Memberi Penjelasan

NOTA EDITOR: Laporan Malaysiakini di bawah ini adalah lanjutan dari artikel pendedahan Tulang Besi ("SU Politik Presiden Terlibat Dalam Konspirasi Jatuhkan MB Selangor?" dan "Apabila “Lawyer Cabuk” Mentafsir Perlembagaan PAS")

Suka saya mencadangkan supaya Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar digantung jawatan beliau sebagai SU Politik kepada Presiden PAS terlebih dahulu sehingga penyiasatan ke atas beliau selesai.

Ini kerana Dr Samshuri menghadiri setiap mesyuarat Dewan Harian serta AJK Kerja PAS Pusat dalam kapasiti beliau sebagai SU Politik kepada Presiden PAS. Ini bermakna semua rahsia parti beliau ketahui.

Saya juga menyeru PAS Pusat untuk menyiasat ahli2 usrah Dr Shamsuri yang mana naqib beliau adalah Dr Kamarulzaman (atau Dr Kayu). Siasat juga ahli-ahli usrah beliau antaranya Mohd Adram (Ketua Pemuda PAS Serdang), Dr Khazani, Hj Suhaimi Embong dan siasat juga Dr Supyan Hussin, SU JK Disiplin PAS Pusat. Juga perlu disiasat adalah Wan Abdul Rahman Wan AB Latif, Pengarah PPP kerana beliau juga ada hubungan dengan "Usrah Dr Kayu".

Konspirasi jijik ini mesti dihukum keseluruhannya dan sesiapa yang terlibat dan mengetahui tetapi tidak mahu mengambil tindakan juga wajib dihukum. Jikalau tidak, PAS akan dilihat sebagai parti yang munafik dan suka engkar janji.

Sekian.


Exco Pemuda PAS pula dipanggil beri penjelasan
Jimadie Shah Othman
Mac 18, 10
10:53am

Selepas mendapatkan penjelasan daripada seorang penulis blog, pejabat agung PAS akan memanggil seorang lagi exco Pemudanya bagi melengkapkan siasatannya berhubung aduan salah laku terhadap pemimpinnya.

Setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, exco itu, Abdullah Karim - yang mendakwa terdapat 'konspirasi' tiga pemimpin PAS bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat - dipanggil bagi menyampaikan hujah dan bukti-buktinya.

“Untuk dilihat berlaku adil, kita akan panggil Abdullah memberikan penjelasan tentang aduannya,” katanya ketika ditanya sama ada siasatan terhadap aduan Abdullah dibuka kembali.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini bulan lalu, Mustafa memberitahu aduan Abdullah telah rasmi ditolak kerana tidak cukup merit, ekoran terdapat beberapa fakta yang tidak tepat.

Selain Abdullah, pejabat agung PAS juga sebelum ini telah memanggil penulis blog Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai Tulang Besi - bagi membantu siasatan mereka. Abdul Rahman bagaimanapun dipanggil untuk kes yang berbeza.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Mustafa menjelaskan, walaupun pihaknya telah mengumpulkan maklumat berhubung aduan itu, beliau perlu mendengar sendiri penjelasan daripada peguam muda itu.

Bagaimanapun, tambah Mustafa, masa bagi pertemuan tersebut belum ditetapkan dan bergantung kepada kelapangan Abdullah yang kini menetap sementara di United Kingdom.

Mustafa juga enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut. Bagaimanapun, beliau mengesahkan ia seramai tiga orang.

“Untuk berlaku adil, nama mereka tidak perlu didedahkan buat masa ini,” katanya.

Malaysiakini difahamkan ketiga-tiga pemimpin tersebut amat rapat dengan pemimpin kanan PAS, termasuk presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Difahamkan juga seorang daripada mereka memegang jawatan penting dalam PAS Selangor manakala seorang lagi pernah menjadi calon PAS pada tahun 1999.

Mustafa juga menjelaskan, menurut perlembagaan PAS, aduan daripada individu - bukan dibuat oleh mana-mana badan dalam parti, seperti bahagian, negeri atau dewan - tidak perlu dibawa kepada jawatankuasa tatatertib parti itu.

34 comments:

Anonymous said...

good luck TB....

tapi yang saya nak minta, jgn dedahkan masalah dalamam dalam pas sahaja....tapi dalam pkr dan dap pun perlu kalau kamu memang betul2 saya kepada PR untuk mempertahankan kemenangannya....kalau isu 'pembersihan' yang kamu laung2kan...kalau tidak...orang akan kata kamu sebagai sb anwar dan guan eng sahaja

Anonymous said...

Tualng besi


Saya bukan minat UMNO vs Melayu PAS

TEngok-tengok nak asyik nak memenangkan mereka juga

Masing-masing tak berani kritik org Cina

Kita bergaduh sesama kita..

Dok pi Genting setiap cuti sekolah adalah l/k 70% Melayu (Melayu Pas mahupun Melayu PKR, PAS)

Dok shoping kat Time square, pelanggan Digi, beli produk Singer sapa Melayu PAS dan UMNO


Kat Universitipun kursus Engineering pun 65% dia org Pensyarah 80% Melayu

Melayu PAS dan UMNO kedua-dua hanya syok dgn Politik .... Sapa beli rumah harga RM 250k (expeteriate dpd Hong Kong, Singapore, Taiwan).

Semua yg dapat CGPA 3 ke atas. Melayu adalah 10%
Tulang besi bukan tahu baca surat khabar Cina. Pi lah dok menyamar kedai depa ... apa depa dok kata .. biarlah melyu gadoh sama dia org...

Melayu hanya berani sesama Melayu

Pilah Tulang besi buruk -- indiaaa boleh beli

cakap PaNDAI

Grand Marquis said...

Wah sekarang ni TB nak cadangkan supaya orang ini dan orang itu digantung. Hebatnya TB. Last-last persiden pas pun kena gantung sebab arahan TB.

Dari awal saya dah kata, segala tindakan TB adalah kerana TB mahu PAS diuruskan menurut kehendaknya. Dia mahu tentukan siapa yang dia rasa layak untuk menerajui pas dan mengabaikan hak demokrasi ahli pas yang lain.

Kalau semua ahli pas asyik buat macam ni, alamatnya pas memang tak boleh buat apa-apa melainkan melayan aduan serta kehendak setiap ahli.

Anonymous said...

Anon yg ckp Melayu mcm tu mmg betul. Jd bila lg Melayu nak bangun dari tido?? Contoh paling senang sekali.Ada kawan aku buka niaga.Orangnya jujur & tak tipu sana sini.Tak pernah menyakitkan hati orang.Dia kata lbh baik diam dari bercakap benda-benda yg tak elok. Tapi org camni pun ada gak orang Melayu kita yg dengki.Tabur fitnah,tabur menderam.Agaknya mmg dah jd sebati dlm diri org Melayu ni klu tak dengki,tak fitnah,tak menderam jampi menjampi tak sah. Apa salahnya tgk org Melayu niaga camni,bagilah support.Bukan semestinya duit tp dari segi semangat,kata kata & tlg uar uarkan perniagaan kawan dari dok menjaja cerita sana sini. Haih!! lagi 100 tahun pun Melayu tak blh maju.Sejarah telah membuktikannya. Durang lbh suka jd tali barut atau pun si tukang kaypoh dan tukang kipas.

Grand Marquis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tulang Besi said...

GM tak ori,

Saya dah warning, jgn naikkan isu yang tak releven.

Skrg ni saya akan delete semua yang kao naikkan kalau tak releven.

Ada paham???

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Grand Marquis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tulang Besi said...

GM tak ori,

matlamat mak mat. Kau naikkan isu tak releven aku delete.

Ada paham???

Grand Marquis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Atay said...

Melayu mesti bantai Melayu baru shiok. Melayu takleh tengok melayu lebih dari dia. Tapi kalau mamak bantai melayu semuanya senyap soh. Bangsa melayu dan melayu islam tak akan maju kalau issue melayu dan islam diketengahkan.

Anonymous said...

Petikan Dol..."tinggal di United Kingdom

“Saya masih menunggu perkembangan lanjut (berhubung aduan itu). Dan pada masa yang sama saya akan dapatkan nasihat dari kawan-kawan dan pimpinan PAS di Malaysia,” katanya yang kini menetap sementara di United Kingdom.


Si Mamat ni buat apa kesana .... Pelajar PhD Ke.??. Tulah Melayu org suruh belajar dlm masa 3 tahun .. perabis duit kerajaan sampai 4 tahun, minta extent(kalau benarlah dia pelajar PhD) di UK

Sebulan 5 ribu kalau setahun ... bagi kat orang lain yg serouspun bagus.

Nak balik nanti (perbicaran)siapa nak tanggung... tulah Melayu tanggung jawab asal diabaikan

Wassalam

Anonymous said...

Anon

Benar

Ceritalah mengapa syarikat Anwar (spt Lakhost ditutup ?)biar org tahu semua diparlimen?

Suruh YB PAS tanya mengapa UMNO bagi Vincent ttann lisen dan Goh tong. Peduli apa pada MCA atau DAP. Baru gentleman

Kat Blog ni pengomen tak seramai macam dulu.

Mengapa Mekah/Madinah sekarang tak diperintah di bawah Khalifah lagi.. Mengapa keluarga Saud, dulu kerajaan Othamniah, Arab Palastine berpecah belah.?

Mengapa puak yg menggaku umat Nabi Muhamad itu berpecah kpd 91 gologan... hanya satu, iaitu ahli sunnah waljamaah yg diakui ? ..

Nak tanya ? Pasai pa..

Secara akademik sedaplah cakap petik ayat sana dan rujukan sini... Kita kena lihat realiti. Sebagai teladan bolehlah.

Mengapa kat Kelantan alat sex toy dijual secara terbuka di kaki lima dan pasar malam (TV tunjuk tadi), kat Kedah dan Penang tak ada?

Ceramah agama sikit punya banyak kan.. ? Mengapa terjadi jugak

Sepengalaman di Arab Saudi ..... Mengapa wujud tanah haram (org kafir tak boleh masuk) Zalim ka org islam kat non muslim.

Royalti/Ehsan ke tak penting (Itu kerja org Politik) Janji duit tu sampai kat rakyat kedua negeri itu yg penting (biasalah saigan Politik siapa nak kawal dan popular kpd rakyat, PAS atau UMNO tu


Melayu ..Sikit-sikit main santau .. Habis lingkup kedai makan Melayu.. Patut kita sembahyang hajat hancurkan mereka ini.. Ni dak sembahyang hajat di Politikan .. org Kafir pun tak respect lagi?

Asyik dok berbalas dendam sesama kita dgn hujah agama (mentang-mentanglah baru balik Jordan dan Mesir)

Fikirkan

Abu Abdurrahman said...

Banyak sangat mamat-mamat ysng komen pasal Melayu tak dapat ini, Melayu bergaduh sama sendiri, dan sebagainya. Tak dengar sikitpun mamat-mamat ni nak sentuh sebabnya dan bercakap dari sudut Islam.

Mesti ingat kalau Melayu berperangai macam setan, menipu sana menipu sini, rasuah sana rasuah sini macam mana kita nak bersatu dan berjaya. Salah tetap salah, tak kira Melayu atau tidak.

Kalau nak cakap pasal Cina ambil kesempatan, tak payah nak cakaplah. Semua ni sebab bodoh sendiri. Perlu ada percaya dirilah. Kalau nak bersaing tapi sikap macam setan dan malas tahap gaban (semua nak senang, semua nak datang bergolek tak nak usaha) macam mana. Sudahlah tak yah nak cakap perkauman. Yang penting Islam tak izinkan kita bersikap perkauman.

Anonymous said...

Tulang besi


Setuju tak kalau kita propose kepada Kerajaan supaya nama-nama bandar terutama

Georgetown kepada Tanjung dan Butterworth kepada Bagan

Tengok berapa tinggi jati diri Masyarakat Pakiam/India Malaysia nak bersetuju menukar cadangan tukar nama yg diberi Penjajah tu


Contoh Masyarakat Hindu di India telah tukar

Bombay to Mumbai,
Culcutta to Kolkata and
Madras to Chenai (Tamil Nadu)

Org Cina dan india akan mula-mula menentang dgn macam-macam alasan.

Melayu akan kata ... tak syioklah tak ada glamour dan sebagainya

Setuju kot Lim Guang Eng (Cina Melaka ni - boleh pula terima Cina Luar , kalau Melayu macam-macam serba tak Kena)kpd cadangan ni

Mentaliti Melayu sentiasa kena jajah

Jati

Jati

Dont you malaysian Pakiam/CHIN agree to the proposal to rename Georgetownin Pulau Pinang to more malaysian name to Tanjung Butterworth to Bagan

I am sure our friends , especially Pakaim do not like this ideas.

But thier Pakiam home country (India) change the name of Bombay to Mumbai, Culcutta to Kolkata and Madras to Chenai we heard no complaint… Malaysian Pakiam always agreed

Dasar Pakiam alwasy bias

Jati

Anonymous said...

Abdulrahman


Pilah cakap islam dengan Yahudi tu

Melayu dah belagak .. besaq kepala dok berebut kek ekonomi sebesaq 3%

Eksyen lebih . Perasan lebih nak ambil hati kaum lain .. baik setakat kawan politik boleh lah


Cakap teori bolehlah atas kertas

Anonymous said...

TB..semakin banyak TB tulis semakain nampak dia overdo...sampai semua orang yang nak suruh siasat. Patunya diri TB yang disiasat...ahli UMNO ke? baruan UMNO ke?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tulang Besi said...

Melayu bantai melayu macam Ustaz Ibrahim Libya kena

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
dawai kokot said...

Hehe tulang Besi sudah gila..gila isim kot

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tulangbesi2 said...

ada masanya kita kena layan juga orang gila sebai pesakit kerana orang gila nak hidup lama juga... bila TB naK DEDAH AJK PAS MANA YANG BOCOR MINIT MESYUARAT KPD tb.... LAMANYA NAK TUNGGU... tb BESI DOK SIBUK SURUH SIASAT ORG YANG TULANG BESI BALAH JE...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
pang5bugis said...

gantung gantung semua termasuk presiden pas.... tgna jadi panel pgantungan obj menbetulkan... landasan perjuangan ...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
safwan said...

macam barua...inilah manusia yang hendak menghancurkan PAS dari dalam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.