Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 1, 2010

Aduan Abdullah Karim dan Suwardi Yaakob

Selepas penolakan aduan Abdullah Karim, maka nama Suwardi Yaakob ni timbul kembali. Dari maklumat yang saya dapati, laporan Abdullah Karim itu adalah terhadap Suwardi Yaakob. Abdullah Karim telah menyatakan satu-satunya saksi beliau adalah bekas Pengerusi GERAK, Nazlee.

Malangnya, aduan Abdullah Karim ditolak kerana Nazlee bukan ahli PAS dan menjadikan kes beliau dipandang sebagai tiada “Prima Facie”.

Artikel ini tidak mahu membicarakan aduan Abdullah Karim secara terperinci. Cuma mahu memberi sedikit maklumat berkenaan Suwardi Yaakob. Pembaca nanti akan dapat gambaran kenapa Suwardi Yaakob boleh mendapat “sokongan” dari mereka-mereka yang mempunyai kuasa dalam PAS.

SUWARDI ORANG RAPAT DENGAN TIMBALAN PRESIDEN DAN PJ SELANGOR

Ustaz Nasaruddin telah mendedahkan hubungan rapat beliau dengan Suwardi Yaakob dengan kenyataan seperti di bawah:

“Hari Khamis kita ada parlimen, hari rabu saya buat operation. Suwardi was there jadi nurse kat hospital. Then, Hari Khamis kita bincang nak pegi manek Urai sebab timbul macam2 cerita, tak turun la. Sebab sebelum daripada tu dah dengar dah cerita tak dibenarkan turun. Sebelum tu lagi dah dapat maklumat tak dibenarkan turun. Ni sebelum operation lagi… tak dibenarkan turun. Sehinggalah kita dihubungi oleh pimpinan PAS Kelantan, call kita beritahu, keputusan mesyuarat Perhubungan PAS Kelantan tidak membenarkan kita turun ke Manek urai. Takpalah kalau tak turun kita takda masaalah. Duduk kat rumah lah. Dan keputusan tu disampaikan oleh satu rombongan yang datang ke rumah.

Saya tak pergi tu kerana memang memang ada keputusan Perhubungan PAS Kelantan tidak mengizinkan saya turun. Kenapa pulak saya turun selepas beberapa hari, kerana teruk sangat main dalam media…

Dan dalam keadaan baru Operation dengan Suwardi dan selesai di Manek Urai….”
.

Ertinya Suwardi mempunyai hubungan yang cukup intim dan rapat dengan Timbalan Presiden PAS. Pada waktu yang sama Suwardi Yaakob pula sering memperkenalkan diri beliau sebagai Pegawai Khas Dato Hasan Ali.

Hubungan Suwardi dengan kepimpinan PAS Pusat juga terdedah dengan dokumen di bawah:









Hubungan beliau yang terlampau intim dengan pimpinan-pimpinan PAS Pusat menjadikan beliau layak untuk mendapat bilik bersama-sama kepimpinan tertinggi PAS Pusat. Dokumen teratas membuktikannya.

Malahan, bilik beliau adalah dari kelas “PREMIER” dan bukannya bilik yang cikaip-cikai.

Saya mendapat maklumat, kerja beliau adalah merapati sebanyak mana pemimpin-pemimpin PAS yang beliau mampu.

Maklumat terbaru adalah Suwardi sehingga mampu merapati Ustaz Nasruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat. Mungkin Ustaz Tantawi tidak mengenali siapa Suwardi lagi. Izinkan saya memberitahu.

SUWARDI ADA SEORANG “CON-MAN”

Hakikatnya, Suwardi Yaakob yang amat rapat dengan kepimpinan PAS Pusat ini adalah seorang “con-man”. Antara yang menjadi mangsa penipuan Suwardi adalah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sila rujuk dokumen di bawah:



Tindakan “con” beliau ini telah menyebabkan beliau ditendang dari “Bar Council” bersama-sama atau agak-agak satu masa dengan Rohaizat, calon UMNO di Pengkalan Pasir dulu.

Kalau nak lihat pengisytiharan “Bar Council” berkaitan Suwardi Yaakob, sila klik di sini .

Maklumat lain yang saya dapat adalah beliau ini amat rapat dengan pimpinan-pimpinan UMNO di Selangor dan Pusat. Ini kerana beliau biasa membuat “dealings” dan “business deals” dengan pimpinan-pimpinan UMNO Selangor sewaktu UMNO memerintah Selangor. Antara tokoh yang rapat dengan Suwardi adalah Khit Toyo sendiri.

MENGAPA SUWARDI DILINDUNGI?

Itu soalan saya. Alasan yang diberikan oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man adalah:

“Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti.

Bagi saya ini alasan yang tidak kuat kerana mengikut sumber saya Nazlee bersedia untuk menjadi saksi. Walaupun Nazree bukan ahli PAS tetapi beliau juga mengucap dua kalimah syahadah.

Jadi, beliau tentu mahu supaya keadilan ditegakkan. Dan semua ahli PKR yang Islam amat menghormati PAS ke tahap kalau PAS memanggil mereka, sudah tentu mereka akan ikuti.
Tidak mungkin Abdullah Karim tidak mengetahui prosedur kerana Abdullah Karim adalah peguam yang berpengalaman dan terlatih. Beliau bukan seorang peguam yang dipecat macam Suwardi Yaakob.

MOHON PAS PUSAT/SU AGUNG MENILAI SEMULA ADUAN ABDULLAH KARIM

Saya menyatakan tindakan SU Agung ini adalah satu kesilapan. Tetapi masih belum terlambat untuk diperbetulkan.

Cikgu Pa masih boleh memanggil Abdullah Karim dan menghantar kes ini ke JK Disiplin untuk diadili. Saya memohon, dengan nama Allah, supaya Cikgu Pa mengubah keputusan beliau dan menyerahkan kes ini ke JK Disiplin.

Berkenaan dengan hubungan Suwardi dan pemimpin2 PAS Pusat, saya huznuz zan sebab mungkin ramai pimpinan PAS tak tau yang Suwardi ni adalah seorang “con-man”. Masanya kamu menghalau Suwardi jauh-jauh, wahai kepimpinan PAS sekelian.

Wallahualam

Tulang Besi

ps Sila dengar sendiri rakaman tersebut di bawah:

55 comments:

Dawai Kokot said...

Datuk Tuan Ibrahim juga berkata "Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti."

Tulang Besi said...

Dawai Kokot said...

Datuk Tuan Ibrahim juga berkata "Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti."
.

Abdullah KArim tu LAWYER TERLATIH. Takkan dia tak tau beza antara "HEARSAY" dengan "EVIDENCE".

Nak suruh dia sebut "EVIDENCE ACT" satu persatu, Abdullah Karim buleh buat.

Grand Marquis said...

TB kata:
Ustaz Nasaruddin telah mendedahkan hubungan rapat beliau dengan Suwardi Yaakob dengan kenyataan seperti di bawah:
.....


Masalahnya mana sumber rujukkannya kenyataan Ust. Nasha?

slash said...

kalo nk bukti ko tanya dia sndiri la grand prix, ni sekor lagi ni org dah bagi buktii mcm2 lahh alasan ko yer kokot2
itula inilahh

Anonymous said...

TB dah tak ada modal ke..asyik dok ulang-ulang crita sama dan lama.
Boringgg.

Anonymous said...

aku x percaya hg nk perjuangkan Islam pasal kerja hang nk runtuhkan pemimpin PAS..besar sgt dosa jumpa pemimpin UMNO..apakah tiada berdosa kalau lompat terus ke dlm UMNO mcm PKR dok buat ni...apasal tk gaduh pun..yg sokong TB pun ramai gak..kalau orang UMNO aku tk heranlah...ni ahli PAS pun sokong TB...dunia dah akhir zaman

pas sejati said...

apa punya banggang anon 1.47pm dan anon 2.03pm

kalaula org macam ni jadi ahli PAS,habisla.

Anonymous said...

aku ingat TB satu hari akan jadi GILA.....kesian aku tengok orang tua ni...quality tulisan hampeh....

Anonymous said...

Tulisan TB memang la taraf tulisan pengikot PAS..apa nak heran..hu.hu..
Skali lagi gua memang tabik spring ngn TB..truskan Tb..kasik hancor trus..
Inila pejuang namanya..selagi lom sampai matlamat jgn berhenti atau ponmengalah..heeee
Kasik abes ini PAS!

Anonymous said...

TB...sila buktikan aliran tabung bantuan guaman...sila buktikan TB tak hantar CV kt HA....kalau gagal buktikan dah sah dah motif TB..bukan utk parti..bukan untuk agama..tapi untuk perut sendiri...sila buktikan

Anonymous said...

TB..Abdullah Karim,Suwardi,Ustaz Nasa,Hasan Ali semua nya adlah pelakon bagi skrip yg dicipta oleh TB...TB sebenarnya nak apa..betul ke kepingan nak jadi CEO...sila buktikan..kalau betul TB berjuang untuk Islam...

Anonymous said...

TB..Abdullah Karim,Suwardi,Ustaz Nasa,Hasan Ali semua nya adlah pelakon bagi skrip yg dicipta oleh TB...TB sebenarnya nak apa..betul ke kepingan nak jadi CEO...sila buktikan..kalau betul TB berjuang untuk Islam...

Anonymous said...

TB...betul ke TB hantar CV kt HA tengah malam...kalau tak sila nafikan dan amat berdosa bagi yang buat fitnah...kalau betul kenapa tgh malam..takut orng tahu ke..tapi Tuhan kan ada..

Anonymous said...

TB...sila nafikan TB hantar CV kt HA..sila buktikan ini adalah fitnah hidup...kalau betul brp TB letak kt expited salary...blh cahlange DSAI..RM1...

Ali Zaidan said...

Tulang Besi said...

Abdullah KArim tu LAWYER TERLATIH. Takkan dia tak tau beza antara "HEARSAY" dengan "EVIDENCE".

Nak suruh dia sebut "EVIDENCE ACT" satu persatu, Abdullah Karim buleh buat.


Kalau camtu alasan kau, buat apa kita pertikai keputusan Hakim augustine Paul yg ptuskan anwar bersalah kes rasuah?. Dia hakim terlatih dan brpengalaman. Puluh2 tahun hidup dlm undang2. Takkan dia tak boleh beza mana 'releven' dan mana 'tak relevan'. Tp kita duk pertikai jugak.

Benda undang2 ni bukan buleh kira peguam tak peguam. Apsal hang taknak kira Datuk Mutalib Embong yg duk dlm jkd? Dia peguam jugak. Takkan dia takleh beza 'hearsay' dgn 'evidence'.

Alahai, lemahnya pemikiran Tb...

Anonymous said...

Ali Zaidin...TB ni brhujah untuk kepentingan dia sahaja..nak sokong abdullah karim lah tu..bagi hujah tak pikir dalam..asalkan hentam je..nak balas balik kan dah susah..kalau dah marah tak payah la nak gunakan bahasa kesat plak TB..anda kan pejuang parti bukanya petualang parti

Tulang Besi said...

wow ramainya penyokong Suwardi yee.

Tulang Besi said...

Kalau camtu alasan kau, buat apa kita pertikai keputusan Hakim augustine Paul yg ptuskan anwar bersalah kes rasuah?. Dia hakim terlatih dan brpengalaman. Puluh2 tahun hidup dlm undang2. Takkan dia tak boleh beza mana 'releven' dan mana 'tak relevan'. Tp kita duk pertikai jugak.

Benda undang2 ni bukan buleh kira peguam tak peguam. Apsal hang taknak kira Datuk Mutalib Embong yg duk dlm jkd? Dia peguam jugak. Takkan dia takleh beza 'hearsay' dgn 'evidence'.

Alahai, lemahnya pemikiran Tb...
.

Bukan ke keputusan Agustine Paul dipertikai dalam “Judical Review”? Adakah Ali Zaidan kata Abdullah Karim berbohong?

Isunya sekarang “hearsay” atau tidak. Boleh Ali Zaidan bawa bukti Abdullah Karim membawa “hearsay”? Bagi saya, kalau dia sudah boleh bawa “SAKSI”, itu bukan Hearsay lagi.
Tak taulah, mungkin Ali Zaidan ni ada “Evidence Act” beliau sendiri. HAHAHAHAHA

Tulang Besi said...

TB...betul ke TB hantar CV kt HA tengah malam...kalau tak sila nafikan dan amat berdosa bagi yang buat fitnah...kalau betul kenapa tgh malam..takut orng tahu ke..tapi Tuhan kan ada..

March 1, 2010 4:08 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

TB...sila nafikan TB hantar CV kt HA..sila buktikan ini adalah fitnah hidup...kalau betul brp TB letak kt expited salary...blh cahlange DSAI..RM1...
.

Kepada anon2 di atas yang bachul takut bagi nama, sila BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH, bahwa maklumat di atas adalah benar.

Kalau kamu tak berani bersumpah, sahlah kamu ini keturunan pemfitnah.

AKU CABAR KAMU
.

Abdullah said...

Wahai TB,

Mengapa tidak anda pula bersumpah atas nama Illahi yang anda tidak pernah ke rumah Hasan Ali untuk menyerahkan CV anda bagi jawatan CEO Konsortium Jaringan Selangor.

TB tidak datang ke rumah Hasan Ali tengah malam. Dia datang lepas maghrib atau isyak ketika jamuan makan sedang berjalan. Masa tu dia baru je balik dari Mesir.

Tulang Besi said...


Mengapa tidak anda pula bersumpah atas nama Illahi yang anda tidak pernah ke rumah Hasan Ali untuk menyerahkan CV anda bagi jawatan CEO Konsortium Jaringan Selangor.

TB tidak datang ke rumah Hasan Ali tengah malam. Dia datang lepas maghrib atau isyak ketika jamuan makan sedang berjalan. Masa tu dia baru je balik dari Mesir.
.

Kahkahkah Dolah dah ubah cerita.

Mari kita baca cerita awal si Dolah:

Abdullah said...
:

1. Beberapa malam selepas PRU-12, TB pergi ke rumah Hasan Ali untuk menyerahkan CV dia untuk menjadi CEO Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd.

2. TB tidak mendapat post CEO itu.
.



Ni lah dia perangai penipu. Mana satu yang betul ni Dolah.

Kao cakap beberapa malam lepas PRU. Lepas tu sekarang ubah cerita pulak.

Mula2 tu kau cakap benda tu "FAKTA" lagi.

Hahahahaha sah kau ni penipu.

Tulang Besi said...

eloklah KJS ni duduk bawah Ketua Bahagian UMNO PJ Utara.

Maklumlah, nak mengikut semangat "Perpaduang".

Kenapa selalu meeting kat Eastin Hotel ye?

Abdullah said...

TB, TB..

Mana pulak ubah cerita..

Yang makan malam di rumah Hasan Ali tu memang beberapa malam selepas PRU-12. "Beberapa malam" tak semestinya satu malam selepas PRU-12. 10, 15, 20, 30 malam pun boleh dikatakan beberapa malam.

Pokoknya, selepas PRU-12, TB telah pegi ke rumah Hasan Ali ketika satu jamuan makan sedang berlangsung mungkin untuk mengucapkan tahniah tetapi yang pastinya di malam itulah CVnya diserahkan bagi jawatan CEO Konsortium Jaringan Selangor. Kerusi Hasan Ali kat pejabat EXCO pun belum panas lagi dah dibagi CV untuk jawatan tu.

Ada betul tak TB?

Tulang Besi said...



Yang makan malam di rumah Hasan Ali tu memang beberapa malam selepas PRU-12. "Beberapa malam" tak semestinya satu malam selepas PRU-12. 10, 15, 20, 30 malam pun boleh dikatakan beberapa malam.


Kahkahkah part makan malam tu pun dah salah.

Kahkahkahkah kelakar lka ngko ni.

Fakta kau semua salah.

Konfirm kao ni buat fitnah.

Bertaubatlah.....

Abdullah said...

Mari kita lihat fakta KJS:

1. Ditubuhkan pada 2 Sept 1998.

2. Kerajaan Selangor melalui Kumpulan Darul Ehsan Bhd hanya memegang 30% dalam KJS.

Sedangkan Presiden untuk Kumpulan Darul Ehsan Berhad (Selangor Govt's investment arm) tak ditukarkan apa lagi syarikat yang kerajaan Selangor hanya mempunyai kepentingan minoriti. Apa kena mengena dengan "eloklah KJS ni duduk bawah Ketua Bahagian UMNO PJ Utara"?

Pasal meeting kat Eastin tu tak tahulah kebenarannya. Harap2 TB ada bukti, takut boleh dikategorikan sebagai fitnah.

Anonymous said...

pecat pecat .... aje semua... kadang2 aku tengok orang kafir ada rasa harga diri bila ada isu ...skandal mereka letak jawatan...cth menteri2 jepun atau british.... baru orang percaya...sbb ada rasa hormat kepada rakyat dan harga diri.... barulah gua cayai sama lu,,,, lu fikir lah sendiri....

Ali Zaidan said...

Tulang Besi said...

Bukan ke keputusan Agustine Paul dipertikai dalam “Judical Review”? Adakah Ali Zaidan kata Abdullah Karim berbohong?

Isunya sekarang “hearsay” atau tidak. Boleh Ali Zaidan bawa bukti Abdullah Karim membawa “hearsay”? Bagi saya, kalau dia sudah boleh bawa “SAKSI”, itu bukan Hearsay lagi.
Tak taulah, mungkin Ali Zaidan ni ada “Evidence Act” beliau sendiri. HAHAHAHAHA


TB ni betulla ada masalah pemahaman. Aku bantah sbb kau kata "Abdullah KArim tu LAWYER TERLATIH. Takkan dia tak tau beza antara "HEARSAY" dengan "EVIDENCE"". Jadi aku nak bagitau kau, bhw tak semestinya seseorang tu tau undang2, dia tak akan buat silap. Macam Augustine Paul jugak! Dan utk pengetahuan kau, kes rasuah dsai mmg tak berubah. Yg berubah ialah kes liwat. Kalau dipertikaikan dlm judicial review, maka dipertikaikan oleh sapa? Kalau peguam pertikai, tu tak jadi apa. Adakah review mahkamah selepas tu mengatakan keputusan augustine salah.

Kalau ada saksi, belum tentu benar. Pendakwa liwat anwar pun ada saksi, adakah ia menjadikan anwar bersalah?

Ni masalah pemikiran kau TB. Kelam kabut.

Tulang Besi said...

Kalau tak suka syarikat yang dikawal oleh Ketua Bahagian UMNO PJ Utara, sudah tentu dah beli "saham" ketua Bahagian UMNO tu. Bukan susah, iye tak?

Tapi bila hati dah suka, lah katakan.

Hahahahaha

Apa nak jadi ni Dolah, fakta kao semua tak betul ni????

Fakta tak betul, tapi nak suruh orang nafi.

Kau punya fakta pun taraf air jamban je... (Kat Sumatera ada tempat nama Air Jamban... jgn marah).

Sudahlah Dolah, berenti mengarut lah.

Takda sapa percaya kat kao

Tulang Besi said...

TB ni betulla ada masalah pemahaman. Aku bantah sbb kau kata "Abdullah KArim tu LAWYER TERLATIH. Takkan dia tak tau beza antara "HEARSAY" dengan "EVIDENCE"". Jadi aku nak bagitau kau, bhw tak semestinya seseorang tu tau undang2, dia tak akan buat silap. Macam Augustine Paul jugak! Dan utk pengetahuan kau, kes rasuah dsai mmg tak berubah. Yg berubah ialah kes liwat..

Hahahahaha kelakar la kau ni Ali Zaidan. Setakat aku tau, mana ada Augustine Paul tolak bukti yang dibentangkan oleh mana-mana pihak dalam perbicaraan tu atas nama “HEARSAY”? Ada tak?

SAmalah dalam kes ni.

Ni apa kena sampai pegi rujuk kat hakim cekelat hacks ni? Apa kena mengena nya?

Tulang Besi said...


Mengapa tidak anda pula bersumpah atas nama Illahi yang anda tidak pernah ke rumah Hasan Ali untuk menyerahkan CV anda bagi jawatan CEO Konsortium Jaringan Selangor.
.

Sebab saya tak pernah serah CV pada Hasan Ali walau satu salinan pun.

zakwan said...

Ali Zaidan,
let's not bring up ur beloved judge Augustine
Th guy's probably enjoying some extremely hot sauna bath in Hell right now

As 4 u TB,
the surge in UMNO ass kissers,Suwardi fans n ur detractors in PAS attacking u proves that this latest posting has rattled their cage

The evidence u hav provided us r indeed revealing,detailed and certainly damaging 2 some quarters in PAS

Be steadfast n always come one step ahead of the enemy
May Allah guide u in these trying times

Tulang Besi said...

.
I couldn't agree with you more, zakwan.

I believe there's a team under him that is concentrating on villifying me each time i write a damning article like this.

It's supposed to be on their conciense to support Suwardi that has con people all the way.

Abdullah said...

Suka hatilah kau TB.. probably by saying that you did not give your CV to Hasan Ali, you hope it would be true after all.

The fact remained after PRU-12 you came back from Egypt and went to Hasan Ali's house at night time. Whether you want to believe yourself that you did not give your CV is your call.

Tulang Besi said...


The fact remained after PRU-12 you came back from Egypt and went to Hasan Ali's house at night time. Whether you want to believe yourself that you did not give your CV is your call.
.

The question is: Is this really a fact? We've seen your facts before, Dolah. With facts like yours, who needs lies.

Hehehehehe

Sebatang kara said...

Saya tak kenallah sapa Suwardi Yaakob tuh. Tapi apa-apa hal pun TB pasti akan gunakan keburukan/kelemahan oghang lain tuh untuk mengkenenkan Pimpinan PAS yang tak tentu pasai TB benci sekali (TGHA, Ustaz Nasa, MA, HD dan HA).

Betui tak TB.

Tulang Besi said...

Tak betul Sebatang Kara

Ali Zaidan said...

Apa kena mengena? Baca la elok2. Paham2kan

Kalau camtu alasan kau, buat apa kita pertikai keputusan Hakim augustine Paul yg ptuskan anwar bersalah kes rasuah?. Dia hakim terlatih dan brpengalaman. Puluh2 tahun hidup dlm undang2. Takkan dia tak boleh beza mana 'releven' dan mana 'tak relevan'. Tp kita duk pertikai jugak.

Benda undang2 ni bukan buleh kira peguam tak peguam. Apsal hang taknak kira Datuk Mutalib Embong yg duk dlm jkd? Dia peguam jugak. Takkan dia takleh beza 'hearsay' dgn 'evidence'.


Aku bukan bandingkan hearsay tak hearsay. Aku bandingkan bhw sedangkan seorang hakim brpengalaman boleh buat salah, inikan peguam muda. Salah benar, hearsay tak hearsay tak sepatutnya disandarkan kepada jawatan peguam tak peguam.

Buat brain scan la otak kau tu TB. Mengalahkan budak darjah 2 kau ni.

Anonymous said...

TB kata :
Sebab saya tak pernah serah CV pada Hasan Ali walau satu salinan pun.


TB..sila buktikan kejadian ini tidak berlaku...sila bersumpah TB tidak melakukan...sila bersumpah atas nama Allah bahawa maklumat itu palsu...kalau TB tak berani bersumpah..confirmlah TB keturunan pemfitnah....sila jawab cabaran ini...bukti bolehlah melalui video.audio..saksi..gambar..dokumen..atau apa2 je lah...

Anonymous said...

TB kata
Sudahlah Dolah, berenti mengarut lah.

Takda sapa percaya kat kao


TB...mana dia analisis data untuk dakwaan TB..post dalam blog TB rama yng percaya kt Dolah ni...TB jelas berbohong pada satu contoh yang mudah dan depan mata...TB gagal buktikan dan terus buat tuduhan rambang

Dawai Kokot said...

"Abdullah KArim tu LAWYER TERLATIH. Takkan dia tak tau beza antara "HEARSAY" dengan "EVIDENCE".

Nak suruh dia sebut "EVIDENCE ACT" satu persatu, Abdullah Karim buleh buat."

Lawyer terlatih pun..kalu dah buat benda ikut nafsu, tak nak ikut perlembagaan yang disediakan akan salah jugak.Linggam pun lawyer terlatih jugak.jgn nk samakan peraturan dalam PAS ni macam undang2 sekular dalam negara..

tugas jawatankuasa disiplin adalah menjadi hakim..dah pengerusi tafsirkan "hearsay" ikutjelah..kalu nk ikut tafsiran abdullah karim tunggu terpilih jadi pengerusi ahli jawatankuasa disiplin..tak pun TB sendiri jadi (kalau bleh la).

Dawai Kokot said...

Kalo buleh TB kuarkan apa dia "evidence" yang dolah karim sebut tu...yg dolah karim anggap sebagai "evidence" dan datuk tuan anggap sbg "hearsay".

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Dolah sorang lawyer tapi bila dia jadi emosional maka dia jadi tak rasional. Dia pun manusia. Jadi lawyer tak menjamin dia boleh jadi buta tuli tentang adab2 dalam jamaah. Jadi lawyer tidak menjamin dia menjadi sombong, bongkak, dan tidak menghormati pimpinan yang lebih tinggi. Jadi lawyer tidak menjamin dia boleh terpengaruh dengan kelompok endorgan. Dan jadi lawyer tidak menjamin dia tahu beza antara undang2 Malaysia dgn undang2 PAS.

Anonymous said...

betullah kata "cina" tu...TB sedang cuba ambil kesempatan dengan kehadiran Dolah Karim dalam isu laporan yang Dolah Karim bagi pada PAS Pusat. tapi TB ingat Dolah Karim akan naik kapal dia dan serang Silaplah TB. Saya tak fikir itu akan berlaku. TB ni katun lah, ambil kesempatan atas orang lain utk mengiakan kata2 dan tindakan dia. baru ni, TB secara tidak malu, membuat kenyataan, Ku Lia mengiakan pandangan dia (TB). Adooiii...sound very disgusting...
sin ta pa wau fa ya dal...suruh TB figure what does it mean if he can read jawi

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
matbalon said...

Kamu orang teruskan bertekak "Until the cows come home".Ana cuma nak tahu,apa kuasa Mustafa Ali tidak menghantar laporan Abdullah Karim keJK Disiplin.Mustafa Ali hanya S/U Agong dan elok dia baca betul-betul tugas dan fungsi S/U Agong dalam Perlembagaan PAS.Dia tiada punya kata pemutus.Kalau laporan tu ditolak,wajar ditolak oleh Pengerusi JK Disiplin.Mustafa Ali tidak ada kuasa sama sekali.
Pejabat S/U Agong adalah "clearing house" bukan boleh buat sebarang keputusan.Inilah bukti betapa "bodoh sombongnya" manusia bernama Mustafa Ali ni,bukan sahaja dia berlagak seperti Pengerusi JK Disiplin malah dalam banyak keadaan dia berlagak lebih dari Presiden.

Bujang Senang said...

kita mintak sapa2 yg kenal suwardi tu, suruh dapatkan salinan cv TB tu yg dihantar ke Hasan Ali..

sbb aku dengar pun TB memang aim for CEO di KJS.... Dan aku dengar pun memang dia ada hantar CV pd Hasan Ali

Anonymous said...


Aku bukan bandingkan hearsay tak hearsay. Aku bandingkan bhw sedangkan seorang hakim brpengalaman boleh buat salah, inikan peguam muda. Salah benar, hearsay tak hearsay tak sepatutnya disandarkan kepada jawatan peguam tak peguam.
.

Hahahahaha kalau kau samakan Tuan Ibrahim dgn Augustine tu aku setuju la.

Nampak sama je kedua2 tu

Anonymous said...

Orang bodoh je kata kalau ada saksi, benda tu hearsay.

Bodoh macam Suwardi sebab dokumen dia tipu orang dah terkeluar ke pengetahuan ramai.

Dawai Kokot said...

bukan nak bela suwardi ke, hasan ali ke, khalid samad ke, apatah lagi dolah karim

dah perlembagaan kata kne melalui cawangan atau kawasan wat laporan..knp tak guna saluan tu?..

kalo ye pun bwklah masuk meeting kawasan dan cawangan. bukan dolah tak tau yg tu...ke gaduh ngan kawasan?..jgn wat perlembagaan mcm sampah..tu tugas datuk mustafa..stakat laporan individu mmg la trus ditolak

Tulang Besi said...


dah perlembagaan kata kne melalui cawangan atau kawasan wat laporan..knp tak guna saluan tu?..

kalo ye pun bwklah masuk meeting kawasan dan cawangan. bukan dolah tak tau yg tu...ke gaduh ngan kawasan?..jgn wat perlembagaan mcm sampah..tu tugas datuk mustafa..stakat laporan individu mmg la trus ditolak
.

Perlembagaan mana kao cakap ni? Perlembagaan PAS ke?

Kalau Perlembagaan PAS tak cakap macam tu.

Kau silap tengok perlembagaan ni. Kao tengok Perlembagaan UMNO ni

Tulang Besi said...


Keluarga TB, ahlinya PAS, tapi datuknya dan bapa saudaranya sosialis, dan TB masuk PAS lepas balik dari USA, dan kemudian dikatakan masuk UMNO Taman Melewar; dan beliau belum nafikan dan belum bersumpah menafikannya
.

Saya CABAR penulis bersumpah dengan Nama Allah yang Datuk saya adalah SOSIALIS.

Anonymous said...

Teruskan jihad Tulang Besi, sampai pas dan Pakatan Rakyat hancur sehancur-hancurnya. Masa tu hang benar-benar sahidkan. PKR nampaknya akan hancur sendiri sebab dia takde baiah taklik. pas yang susah sikit nak hancur sebab ada baih taklik. jadi hang tolonglah hancurkan cepat.

Anonymous said...

bebalnya korang ni... TB buat dakwaan.. dan dia kemukakan bukti.. check la buukti tu betul ke tidak.. pi melencong ke lain tu wat mende..

yg korang buat tuduhan pulak.. mana buktinya?? aku x cakap sapa betul sapa salah.. tapi bila mendakwa, kena la kemukakan bukti! bukan yg didakwa kena kemukakan bukti.. tongong! its a plain rule u idiots!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.