Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, March 26, 2010

Ahmad Awang Dipecat Dari Syura?

Di samping “khabar angin” bertiup kencang mengatakan Tok Guru Nik Aziz tidak akan disambung perlantikan beliau sebagai Mursyidul Am, turut tersebar adalah khabar bahawa Ustaz Ahmad Awang juga akan ditamatkan khidmat beliau sebagai Ahli Majlis Syura.

Saya berharap sangat kedua-dua khabar angin ini terbukti tidak benar. Namun, dalam politik Malaysia, khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi. Contohnya, kes pemukulan Rahim Nor terhadap Anwar Ibrahim

Harap-harap tiada amalan membalas dendam dalam PAS hanya kerana Ahmad Awang secara terang-terang:

a. Menolak kerajaan Campuran UMNO-PAS di Perak
b. Menolak permintaan Haramsani mentah-mentah (yang mana Haramsani diketahui mempunyai hubungan intim dengan salah seorang anggota Syura yang senior)
c. Mendedahkan konspirasi menubuh kerajaan perpaduan di Perak di hadapan para perwakilan PAS tahun lepas
d. Mendedah usaha membawa PAS dan UMNO ke dalam satu "perkahwinan"
d. Menjadi "icon" menentang usaha "PERPADUANG" di dalam PAS


Lagi satu yang herannya, orang yang langgar keputusan parti dalam isu Kalimah Allah secara terang-terang masih dilantik semula sebagai Ahli Majlis Syura?

Apa akan jadi pada disiplin parti selepas ini, saya pun tak tau?

Tulang Besi

ps ada satu khabar angin terbukti tidak betul yakni TUlang Besi tidak pernah membayar yuran keahlian PAS. Tulang Besi tidak pernah terlepas bayar yuran keahlian tetapi Tulang Besi selalu bayar pada PAS Kawasan Lembah Pantai melalui Haji Sulaiman, bekas YDP PAS LEmbah Pantai. Hj Sulaiman ni biasanya kita jumpa di Restoran Amjal Lembah Pantai kerana beliau mempunyai gerai menjual rojak dan laksa di situ.

ps Tulang Besi dinasihatkan oleh peguam supaya membuat laporan polis ke atas pendedahan maklumat keahlian PAS oleh blogger picisan bernama Batu Api. Tulang Besi bercadang untuk berbuat demikian minggu depan tetapi masih memikirkannya.

Majlis Syura: Ahmad Awang tidak terima maklumat

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Ustaz Ahmad Awang (gambar), bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS pagi tadi berkata, beliau tidak pula diberitahu oleh kepemimpinan PAS bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh majlis itu seperti yang dispekulasikan di dunia maya sejak dua hari yang lalu.
“Ana memang tidak ada menerima apa-apa lagi maklumat itu,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Bagaimanapun, beliau secara peribadi telahpun memberitahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa beliau masih bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut demi memperkukuh parti.
“Ahad lepas, apabila Presiden singgah di Semangol (Perak), saya ada bertanya tentang perlantikan semula Majlis Syura dan beliau (Abdul Hadi) menjelaskan beberapa orang akan dilantik.
“Dari pertanyaan saya itu, Ayah Chik (Abdul Hadi) tentu faham bahawa saya masih bersedia untuk pikul tanggungjawab perkukuh parti walaupun saya tolak pelawaannya untuk saya dilantik semula menjadi Pesuruhjaya PAS (Perak) selepas muktamar lalu (2009),” ujarnya.
Maka, beliau berkata, tidak timbul persoalan bahawa beliau tidak berminat lagi untuk memberi komitmen kepada parti seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.
Ini kerana, menurut beliau, perbualannya dengan Abdul Hadi jelas mencerminkan beliau bersedia memikul amanah tersebut demi memperkukuh parti.
“Kalau saya tidak berminat untuk menjadi (ahli majlis) syura, perkukuh parti, takkan saya bertanya Ayah Chik (Abdul Hadi) tentang perlantikan semula majlis syura,” ujarnya.
Ditanya tentang kaedah baru dalam perlantikan semula Majlis Syura Ulama, beliau berkata, kaedah tersebut sekadar menurut tatacara Perlembagaan PAS yang baru dipinda.
Katanya lagi, sepatutnya usia menjawat jawatan dalam majlis tersebut sehingga bulan September ini.
Namun, kesemua anggota Majlis Syura, termasuk dirinya bersedia untuk melepaskan jawatan lebih awal demi memudahkan pengurusan pentadbiran parti, tidak lebih dari itu.
Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, dengan tidak dilantik lagi Pesuruhjaya PAS membolehkan beliau memperkukuhkan parti dengan beberapa aktiviti dakwah yang lain.
Aktiviti dakwah tersebut, menurut beliau, termasuk membina sebuah pusat pendidikan dakwah di peringkat negeri.
“Sebenarnya saya tengah fokus tentang projek membina pusat pendidikan dakwah di sini, nak buat rumah anak yatim, kelas-kelas al-Quran, jadi saya perlu fokus mencari RM6 juta hingga RM7 juta,” ujarnya.

76 comments:

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Jelas pada kita sekarang bahawa 'Geng UG' yakni fraksi UMNO dalam PAS sekarang dalam 'high gear' dan berhempas pulas untuk menjayakan agenda mereka ini.

Jadi saudara Rahman jangan lah berundur barang sedikitpun dari terus mendedahkan dan menghentam golongan ini.

Saya doakan saudara dilindungi Allah.

Anonymous said...

pas semakin kalut untuk menyelesaikan masalah dalamannya sendiri. lepas TGNA kini Ahmad Awang pula dikaitkan dengan berita tidak akan disambung perkhidmatannya sebagai pesuruhjaya pas perak. nampaknya puak edrogan dalam pas begitu bersungguh-sungguh untuk membuang pengaruh ulamak dalam kepimpinan pas. berkemungkinan pas suatu hari nanti akan ditadbir oleh profesional islam yang lebih terbuka luas pemikirannya berbanding dengan ulamak pas.

zakwan said...

PAS just committed political suicide if they sack Nik Aziz as Mursyidul Am and Ahmad Awang as Syura Council member

Tulang Besi said...

Terima kasih Saudara Nizam.

Sesiapa yang kata agenda UG ni dah habis, dia hanya menipu diri sendiri.

Dalam diam:

a. Mereka sedang buat kerja untuk menjatuhkan TGNA di Kelantan

b. Membuang Husam Musa dari exco

c. Menjatuhkan dan membersihkan Ahmad Awang

d. Melindungi semua geng UG mereka dari tindakan disiplin

e. Menaikkan orang2 yang mereka mahu dalam Syura

f. Mengekalkan Hasan Ali sbg PJ Selangor.

g. Meramaikan Dewan Harian dgn orang mereka i.e. Taqiyuddin

semua ni berlaku dalam senyap. Takkan kita tak sedar lagi mengapa Presiden dan Timbalan Presiden tak buat satu statement pasal Judi sukan yang sedang dikaji oleh Najib Tun Razak.

Yong said...

Yob, Tak salah Yong kita boleh jadi ahli PAS seumur hidup. Jadi bayor sekali je. Lepeh tu tak perlu bayor lagi. Tapi kot nak derma dialu2kaqn.
Jadi ape masalah kome?
Kot geng UG buat he (hal) dan zalim, deme jawab le kat akhirat nanti. Harap deme tak bunuh diri dengan membuang TGNA dan Ahmad Awang. Bunuh diri tu tanah pun tak boleh terime kome. Nanti mati nak tanam kat mane?

Nizam Mahmud said...

Cuma saya nak tambah saudara Rahman.

Kelicikan fraksi-fraksi UMNO ini menggunakan istilah Thisqah, Wa'la, Huznul Dzan dan lain-lain lagi.

Padahal hakikatnya mereka mahu ahli-ahli PAS mendiamkan diri sementara mereka melaksanakan agenda jahat mereka ini.

Saya berpendapat bahawa drama lakonan ini akan berkesudahan dengan pemecahan PR, Anwar dipenjarakan, PAS kalau tidak pun masuk dalam BN akan menjadi mesra UMNO.

Dan pilihanraya baru akan di adakan dimana BN akan menang dengan majoriti 80% ke atas.

Umum mengetahui bahawa Anwar merupakan faktor penting dalam membawa kerjasama parti-parti pembangkang.

Hj Hadi tidak diterima sebagai ikon kerjasama oleh DAP dan begitu juga Lim Guan Eng tidak diterima oleh PAS.

Bila masuk nya Anwar dalam penjara selama belasan tahun, dan PR berpecah dan tidak dapat disatukan lagi maka masa depan Malaysia amatlah gelap.

Saya cakap awal-awal, orang pertama saya akan salahkan adalah Pak Lah versi PAS yakni Hj Hadi.

Cuma saya berdoa agar Allah jadikan ramalan saya di atas itu salah 100%.

Grand Marquis said...

Khabar angin terbaru. PAS telah menerima seorang budak berumur 8 tahun sebagai ahli pas. Beliau adalah antara orang termuda di dunia yang menyertai politik.

he he....

Kesian TB, dah kena tangkap menipu main delete posting.

Nizam Mahmud said...

Khabar angin terbaru. PAS telah menerima seorang budak berumur 8 tahun sebagai ahli pas.
----

Saya rasa GM ini bukan ahli PAS.

Tak kan tak tau bahawa PAS ini bukanlah saja satu pertubuhan politik tetapi adalah satu jamaah Islam.

Jammah Islam ini asalkan akil baligh dan cukup syarat lain boleh menyertai dan boleh berbai'ah pada nya.

Tapi kalau GM ini adalah ahli PAS, malu la sikit sebab saya yang bukan ahli PAS pun tau.

Dah makan ubat hari ini GM?

Grand Marquis said...

Nizam, kalau nak spin untuk pihak TB pun jangan memalukan diri. Ia sekadar menzahirkan tahap pemikiran awak aje.

Anonymous said...

TB umur 8 tahun dah aqil baligh ke?

Nizam Mahmud said...

Nizam, kalau nak spin untuk pihak TB pun jangan memalukan diri.
----

GM oh GM, saya dari dulu minat mengkaji tentang Gerakan Islam. Baik gerakan yang mengambil jalan dakwah saja, mahupun yang terlibat dalam kegiatan politik.

Jangan tipu orang la.

Dan jangan lupa makan ubat. Supaya tak merapu tak tentu hala.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Grand Marquis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nizam Mahmud said...

Lepas tu dakwa aku dah baligh umur 5 tahun dan dah bayar yuran pas.
-----

GM, ko cakap apa ni? Siapa baligh umur 5 tahun?

Yang aku tahu saudara Rahman Talib pada masa menyertai PAS dia sudahpun akil baligh.

Jangan lupa Saidina Ali Karam Allahu Wajhahu pun mengisytiharkan Islam sewaktu kecil lagi.

Jadi apa isu nya sekarang ini?

Nizam Mahmud said...

Oi GM, berenti la merapu.

Kang saya londehkan hujah dangkal awak tue, awak jugak yang malu

Itu la sampai sekarang tak nak bagi nama sebenar.

Tulang Besi said...


Grand Marquis said...
Ya, kaji gerakan sampai nak jadi spin doctor bagi pihak TB. Itulah nama kajian.

Aku pun boleh kata aku ni minat kaji gerakan Islam. Lepas tu dakwa aku dah baligh umur 5 tahun dan dah bayar yuran pas.

Dah makan ubat, dah ni dah tu. Itulah sikap orang yang kononnya mengkaji gerakan Islam. Dah tak de hujah, main merapu.
March 26, 2010 5:19 PM
.

Ataupun dia bayar yuran PAS untuk tahun-tahun yang mendatang? Ada terfikir tak kemungkinan tu?
Masaalah GM tak ori, segala saya cakap semua salah.

Tulang Besi said...

Nizam,

GM ni takda modal. Dia pun cuba besar2kan isu2 kecil mcam typo dsbnya.

hakikatnya dia tak senang duduk baca hujjah2 kita.

Jadi, dia carik benda2 kecik untuk diperbesarkan.

Perangai dia macam setan la. Setan je suka buat benda2 macam GM tak Ori.

al maklumlah, GM tak ori penyokong fraksi UMNO dan UMNO. Kenalah berkawan dengan setan.

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Saya dah berkali-kali nasihatkan GM ini supaya makan ubat, tapi tak juga sembuh-sembuh.

Atau mungkin penyakit dah terlalu kronik.

Kebanyakan geng fraksi UMNO memang tak tau modus operandi sesebuah jemaah Islam.

Ada yang kata maklumat peribadi tak perlu dirahsiakan. Kalau macam itu lah, HAMAS, Ikhwanul Muslimin dan lain-lain jemaah dah lama berkubur.

Israel pun tak perlu ada Mossad. Semua maklumat peribadi setiap ahli HAMAS di beri secara percuma.

Siapa la yang otak bodoh sangat ini.

Tulang Besi said...

Nizam,
Ramai pembaca benci dengan komen2 si GM tak ori.

Jadi, saya delete komen2 ngarut dia sebab pembaca tak da kesabaran nak baca ngarut si GM tak ori ni.

Rasanya dia ditugaskan khas untuk merosakan suasana aman di sini.

Mungkin dia dapat special rate banding cybertrooper lain.

Grand Marquis said...

Isunya ialah pembohongan. Umur TB baru 38 tahun. Dia dakwa dia dah bayar yuran selama 30 tahun. Bererti dia dah start bayar yuran masa umur 8 tahun.

Korang percaya ka? Kalau bab umur dan yuran pun TB boleh kelentong, apa lagi yang dia tak kelentong. Tu belum masuk lagi bab Malaysiakini lapor umur 36 tahun. Selama engkau berbloging ni banyak sangat hang dah tipu. Sampai hadith pun hang tipu. Apakah tak insaf-insaf lagi?

TB kata ramai pembaca benci komen GM, jadi boleh delete. Ini menunjukan sikap bacul. Pandai-pandai tafsir kata pembaca tak suka, lepas tu terus delete. Dah tentu puak-puak hang ni tak suka baca komen yang mendedahkan pembohongan hang ni.

Nizam Mahmud said...

Isunya ialah pembohongan. Umur TB baru 38 tahun. Dia dakwa dia dah bayar yuran selama 30 tahun. Bererti dia dah start bayar yuran masa umur 8 tahun.
-----

GM,

Saya jawab kenapa saya percaya pada saudara Rahman.

Kalau tak silap sijil keahlian beliau bertarikh 1988, maknanya itu adalah 22 tahun yang lepas.

Kata kan umurnya sekarang adalah 36 tahun, maknanya beliau mendapat sijil tersebut sewaktu umurnya 14 tahun.

14 tahun saya percaya ramai yang sudah akil baligh pada masa itu.

Sebagai sebuah jemaah Islam, logik bahawa PAS mempunyai ahli semuda itu. Malah lebih muda dari itu pun boleh diterima akal jika anda mengkaji PAS sebagai sebuah jemaah Islam dan mengkaji kaedah-kaedah jemaah-jemaah yang lain.

Saya juga ada mempunyai seorang sahabat dari Melaka. Ayahnya orang hard core PAS.

Dari kecil beliau biasa di bawa bersama-sama masuk usrah ataupun mendengar ceramah oleh ayahnya dan juga terlibat membantu di markas-markas pada masa pilihanraya.

Kalau saya tak silap, ayah nya bukan saja bayar yuran untuk dirinya malah untuk sahabat saya itu dari dia kecil hingga dia boleh bayar sendiri.

Sahabat saya itu pun di anggap sebagai sebahagian dari ahli PAS sebagai jemaah Islam dari dia kecil lagi. Rasmi atau tak rasmi atas kertas setahu saya orang-orang lama PAS yang saya kenal tak kisah mengenai itu.

Saya akui saya tak tahu keadaan saudara Rahman bagaimana. Itu yang saya katakan, bagi jemaah Islam berlainan dari organisasi lain.

Wallahualam.

Grand Marquis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Grand Marquis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Now is the time to say out loud n clear to those farksis.."woi pukimak ularmaks..lo olang nak hisap tetek hantu tetek,nak tutuh pungkoq najis..lu olang punya pasialh..yg tak nak,akan keluar dri parti beramai ramai..fahah tak haramjadah barua umno!!"

Tulang Besi said...

Lagi satu, hang akui hang ni tak tau pasal keadaan TB. Ini menunjukan sikap hang yang mengulas suatu perkara yang hang tak de ilmu mengenainya. Dah teruk hang spin tiba-tiba mengaku kata tak tau pasal keadaan TB. Inikah sikap orang yang kononnya mengkaji?.

Nizam, aku cakap 30 tahun sebab aku bayar in advance beberapa tahun. Banyak aku bagi hari tu, jadi lebih dari biasa.

Si GM tak ori, tak paham bahasa Melayu. Sebab tu dia terus naikkan isu bodoh ni.

Al Maklumlah dah takda modal.

Dia ni macam lalat. Very irritating.

Selayaknya lah saya delete komen dia yang takda kualiti tu.

Nizam Mahmud said...

Dari KP TB, umurnya 38 tahun. So bermakna TB join pas umur 8 tahun.

TB ni 8 tahun dah aqil baligh ke?
------

Kalau ayahnya memang orang kuat PAS, saya tak terkejut wahai GM.

Tidak ada apa yang pelik.

Sahabat saya pun dari kecil dan belum akil baligh di bawa ke aktiviti PAS dan dianggap sebagai ahli PAS juga.

Itu sebab saya mengharapkan bahawa PAS mempunyai pemimpin yang sangat dinamik dan berkaliber.

Dari segi manpower dan semangat manpower ini, dah cukup hebat.

Tunggu kepimpinan saja jadi hebat, insya Allah PAS akan mendahului dalam politik Malaysia.

Jadi jangan lah penyokong Hj Hadi marahkan saya sangat. Saya cuma nak lihat PAS menjadi kuat.

Kalau PAS jadi kuat, yang dapat kekuasaan pun orang PAS juga. Saya tak dapat apa-apa dan tumpang sorak dari luar PAS cukuplah.

Yang saya mahu lihat adalah UMNO dikuburkan dan ditalqinkan.

Besar sangat kah permintaan saya itu?

Nizam Mahmud said...

Ini menunjukan sikap hang yang mengulas suatu perkara yang hang tak de ilmu mengenainya.
------

GM cuba spin.

Saya dah katakan bahawa penjelasan saudara Rahman saya terima berdasarkan apa yang saya tahu tentang PAS.

Ini sah tak makan ubat.

Nizam Mahmud said...

Nizam, aku cakap 30 tahun sebab aku bayar in advance beberapa tahun. Banyak aku bagi hari tu, jadi lebih dari biasa.
-----

Saudara Rahman,

Ini adalah percubaan untuk mengalihkan tumpuan dari aduan anda kepada soal yuran.

Sedangkan saya tahu soal yuran tak pernah dipedulikan sangat oleh orang-orang lama PAS. Sebabnya menyertai PAS sebagai perjuangan Islam ini adalah satu ibadat.

Kawan saya ahli PAS bayar pun tak mintak resit. Macam la di akhirat Allah tak tau dia buat apa dan kena tengok resit baru nak sahkan dia ahli jemaah Islam ataupun tak.

Berhati-hatilah. Mereka cuma nak alihkan tumpuan.

Kalau benar mereka menyertai PAS sebab ikhlas untuk menyertai perjuangan Islam, mereka tak akan sebut psal soal yuran.

Jangan berundur wahai saudara Rahman.

Anonymous said...

kenapa delete banyak komen?
mana kebebasan bersuara yg dilaung-laungkan...baru sama mcm umno!

Ali Zaidan said...

Tuduhan itu dijawab di sini.

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/rahman-talib-neraka-tu-warna-hitam-tau.html

Grand Marquis said...

Kalau dah bayar selama 30 tahun, kenapa masih jadi ahli tak aktif :-D

Lagi satu, dalam bab berpersatuan ni, siapa yang bodoh untuk bayar jadi member selama 30 tahun? Alang-alang 30 tahun, baik bayar untuk jadi ahli seumur hidup. One shot, settle cerita.

Nizam Mahmud said...

Lagi satu, dalam bab berpersatuan ni, siapa yang bodoh untuk bayar jadi member selama 30 tahun?
-------

Sukati dia la nak bayar berapa pun.

Ada orang lain yang saya kenal, untuk jemaah dia (bukan PAS la) tiap-tiap bulan setengah gaji dia mesti pergi situ.

Saya tak persoalkan apa rasional dia bagi setengah gaji dia tiap bulan untuk jemaah dia.

Siapa anda untuk persoalkan duit personal orang pergi mana?

Anonymous said...

anon 7.30,

kebebasan suara pun ada hadnye..bkn main hentam keromo je...mgkn ulusan tsb lari dari tajuk atau mempunyai sentimen2 yg tidak sesuai utk dipaparkan...apa2 pun nie blog pribadi sdr rahman, lantak dia la nak delete ke nak apa ke...
aku bru je jumpa DS Nizar di UK dan dlm hard talk tsb ada kita bincangkan perihal mangkok2 geng UG
antara lain yg beliau katakan "...base on what?..."

apa2 pun saya harap sdr rahman jgn undur atau gentar dgn geng2 fraksi umno...diluar sana ramai yg menentang usaha tsb...

Mr Red said...

GM palsu sebenarnya buat menyemak jer. x habis2 nak besarkan isu yg kecik. isu besar berlambak.tapi kalau x layan, sesat pulak dia.

Anonymous said...

nik aziz dan ahmad awang bukan setakad dipecat dari majlis syura,tapi keahlian pas pun patut dipecat.harun din lebih waras dalam berpolitik.

Tulang Besi said...

Ali Zaidan said...

Tuduhan itu dijawab di sini.

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/rahman-talib-neraka-tu-warna-hitam-tau.html


Ni lagi sekor. Kalau dah salah tu ngaku je lah.

Kenapa nak buat alasan tu alasan ni.

soalan saya tak jawab lagi. Kenapa Presiden kata "Muslim Sahaja Tak CUkup"

Ali zaidan ni menunjukkan sikap orang Munafik yakni bila bertengkar tidak mahu mengalah (walaupun dah jelas dia salah).

Tak sangka, dalam bersemangat Ali Zaidan pertahan ulamak, tiba2 perangai munafik yang dia dapat.

Tulang Besi said...

Anonymous said...

nik aziz dan ahmad awang bukan setakad dipecat dari majlis syura,tapi keahlian pas pun patut dipecat.harun din lebih waras dalam berpolitik.
.

Sebab Harun Din pro UMNO?

Anonymous said...

berita terbaru aku terima, anwar ibrahim sudah perkenan TB menjadi calon di ulu selangor untuk PRK baru..

sam raspiut said...

sdr nizam,
saya amat tertarik dgn ulasan sdr perihal pas muda @ anak2 orang pas..
izinkan saya berkongsi pengalaman saya.

kg saya lebih separuh ahlinya adalah orang pas, begitupun selalunya hanya 15-20 org shj yg aktif dlm mesyuarat ahli..
mereka selalu beranggapan urusan parti serah shj pd yg lebih berusaha, bijak dan lebih layak!
dan selamanya diakui pimpinan pd waktu itu adalah org yg layak dan iklas!

mereka org kg tidak heran pd ahli RM3 pas itu.. kerana mereka adalah orang-orang pas! pas adalah pilihan gaya hidup mereka, warisan mereka.. keluarga anak isteri mereka adalah pas, adab pergaulan mereka adalah pas dan mati mereka juga sebagai orang pas! mereka aktivis bagi seluruh kehidupan mereka.. RM3 tidak cukup menerangkan hasrat mereka pd pas..

sedangkan setiap minggu mereka menderma disurau/markaz pas.
panggil shj jamuan teh utk derma gerak kerja aktiviti pas, pasti berduyung mereka sampai.. malah adakalanya kaum ibu menanggalkan barang kemas utk dimasukkan dalam karung derma pd ceramah2 pas.
jadi rm3 sebagai ahli pas tidak berbanding sebagai orang pas, isteri orang pas, anak anak orang pas!

anak-anak, isteri dan kaum keluarga diasuh utk menerima cara hidup dan perjuangan pas.. walaupun terpaksa menerima hukuman dan pembalasan dr kerajaan umno!
dan anak-anak seperti saya merasa amat bangga mewarisi pusaka sebagai 'orang pas'! sehinggalah era sebelum pru1999... kebanggaan dan keyakinan itu beransur lenyap!

sekarang ini dizaman pemeritahan geng tganu penaja UG..
berbekalkan RM3, wala' pd hj Hadi, wala' pd geng tganu, jgn cerdek sangat dr pemimpin atasan, tarbiah@tarbiwash, sokong UG, hadir usrah dan hadir mesyuarat (angguk shj!), berjubah, berseban atau berkopiah putih MAKA anda adalah sah, layak sebagai ahli dan aktivis pas.

tambah sedikit kebolehan spin, memfitnah, maki dan mencarut MAKA anda layak sebagai pemimpin bawahan!

mereka2 ini ahli pas bila ada mesyuarat pas shj! berjubah, berseban, bergaya pas bila bermesyuarat dan ber usrah shj. selepas itu mereka buleh kembali jd 'macam umno', bersahabat dan berdakwah pd umno.. 'berpaduang itu satu perjuangang' kata mereka

mereka-mereka ini adalah cuma ahli2 parti Pas, tidak sesekali orang Pas!! apa lagi nak dibandingkan dgn anak-anak orang pas yg mewarisi pejuangan nenek moyang!!

kalau betul orang pas... mereka pasti tidak 'sewakan' pas pd umno sebagai behtera penyelamat umno yg hampir karam dan tenggelam..
apo punya bodo punya kaum...

penyu teranung said...

berat nanang doh mung nih Deramang...

nok maroh ker org gi dedoh maklumat hal keahlian parti...bukan mung sendiri ker dulu kabo nombor ahli, kawasan maner, no ic bla bla bla ?

memang mung nih kaki pembelit..dasar makang OTOK LEMBU..

banyok pulok pitih mung lening deh...maklum laa gaji 6x ganda gaji Dato Husam...buleh pulok nok balik Mesia gi wat aduan kat Pej Agung...pahtu mari pulok juper S/U Agung...pahtu nok balik lagi nok buat report polis pulok...dulu gok, nok mari Konvo Blogger pun mitok sedekoh...hahahaha...memang kaki belit sungguh mung ni Deramang

kali nih xdok org dok nok sokong mung..silap besor laa kalu Presiden pun mung nok langgor...ahli 'sayang' parti konon, korok mung!

Dato' Husam pun dok berani nok langgor presiden, setakat berani tanding timb. jer...walaupun dia kata misi dia nak 'memperbetulkan' halatuju parti...

aku ingat, betul laa cadangan sorang tu...molek mung keluor parti, tubuh parti baru mcm Ustaz Latif Besut dulu...mung lantik ar Kholid Samad jd presiden mung, abih cerita...aku rasa PKR pung tak mboh terima ahli mcm mung nih!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

TB... TB.. ni maklumat aku nok kabor ke mu.. smlm kan.. kan.. kan.. Pakatan mula kempen di Hulu Selangor.. tapi kan.. kan.. kan.. mu tahu dok.. presiden, naib presiden dok mari pun.. tahu dok.. mereka tu dok sokong pakatan lagi ah tu.. ni semu puak puak UG, mereka dengar kabor takmboh sokong lagi pakatan.. pah tu se lagi.. mu tahu dok TB.. dengar cerita mursidul am PAS pun dok gi gok.. Nik Aziz dengar cerita dok gi sebab dia nok bodek set2 UG agar dia dok di pecat jadi MA PAS.. dok tahu lah HH dgn Nasa bayar berapa ke NA..

TB.. TB.. mu tulis ah dlm blog mu maklumat aku beri ni.. soheh ah ni.. se lagi Ahmad Awang dok gi gok.. nok jawatan gok ah tu agaknya.. nampaknya puak2 UG ni semakin berkuasa.. geram sungguh aku..

TB.. TB.. mu tahu dok.. mamat yg mu beri duit untuk bayar yuran ahli kot tu kan.. kan.. kan.. sekarang ni dah hilang.. dengar cerita puak2 UG colek dia.. dak tahu wak gi mana.. sbb puak2 UG ni mmg dari dulu takut kat ko.. sengaja dia buat gitu agar ko tak leh jadi ahli yg aktif..

TB.. TB.. ko masuk lah bertandign mana2 jawatan.. sure aku undi ko.. ko hebat, berkarisma.. ugama pun alim.. ngaji pun lama.. takat HH dgn Nasa tu apa dia tahu.. tahu dok.. baca kutbah pun dia org tak boleh.. geram aku..

ko tulis kay maklumat aku ni.. ok lah ada apa2 lagi aku msg ko..

Anonymous said...

cuba saudara TB tanya BOS, adakah IRC dan Suara Islam adakan pertandingan. Demokrasi-pemilihan-pertandingan bukanlah segalanya. DEMOKRASI bukanlah tuhan yang disembah. jangan taksub pada demokrasi.

Nizam Mahmud said...

sam raspiut,

Moga Allah memberikan ganjaran pada mereka yang ikhlas berjuang terutamanya pada mereka yang telah lama pergi meninggalkan kita.

Saya rasa keadaan saudara sama seperti kawan-kawan saya itu.

Itulah sebabnya saya hairan dengan pemikiran pondan yang mengaku ahli PAS seperti batuapi@firestone.

Banyak-banyak benda, perkara yuran dia pertikaikan. Dia ini baru masuk PAS selepas 1998 ker? Macam Hasan Ali yang kemaruk nak jadi MB Selangor itu ker?

Dulu masuk UMNO, pengampu Anwar. Bila Tun M tendang Anwar dan pengikut-pengikut baru terhegeh-hegeh nak masuk pembangkang.

Sama juga seperti GM yang sukan meroyan dalam blog Tulang Besi ini. Dia boleh pertikaikan dari segi umur apa TB mula menjadi ahli PAS?

Hello la brader, kalau keluarga dia orang PAS, semenjak dia lahir dah jadi orang PAS.

Saya dah jumpa ramai yang macam itu, perjuangan PAS memang seolah-olah jadi warisan keluarga. Dan tak kurang yang masuk sebab atas sebab masuk jemaah Islam dipandang sebagai satu ibadah yang dituntut.

Ahli PAS jadian @ fraksi UMNO saja yang akan mempertikaikan yuran lah, umur lah.

Jangan kelentong la.

Anonymous said...

cuba kita check sapa datok, tok nyang dan tok nyuk TB.. maklum ah perjuangan tu kan warisan..

nana tanjung said...

kalau macamnie laa perangai pas teganu....dari presiden.....su agungnya..sop aleeee....ABC nya.....aroooon baiknya.......
maka tunggu laa pembalasan ke dua nanti.......

depa nie dah kemaruk sangat ngan kuasa yg perenah depa pegang dulu......
bila dah telepaih..nak padu-padu konon.....pegirahhhhhhh....

akhlak Islam tak dak langsung,,,,,,,boleh cerca TGNA macam tu saja........
idea busuk ngan grombolan nie patut dicantaih 100%...jangan bagi dia tumbuh langsung.........

nana tanjung said...

salam che rahman.......

teruskan bongkar kepalsuan puak-puak pas yg kemaruk nak pegang jwtn besor.......

dia orang nie biasa pegang jwtn masa kat teganu dulu........

kesian...kat ustaz ahmad awang.....
di perak beliau keseorangan.....

pas akan lingkup dengan puak-puak UG nie...ini laa kuman-kuman trojan dlm pas.......

kalau presiden pun sokong depa nie....
jatuhkan presiden.......nampak sangat presiden pas nie lemah lutut...

ahli-ahli pas bawahan akan tetap mempertahankan pas dari gangguan geng UG.......bersihkan pas dari anasir talam 2 muka nie....

sam raspiut said...

Anonymous penyu teranung said...

aku ingat, betul laa cadangan sorang tu...molek mung keluor parti, tubuh parti baru mcm Ustaz Latif Besut dulu...mung lantik ar Kholid Samad jd presiden mung, abih cerita...aku rasa PKR pung tak mboh terima ahli mcm mung nih!
March 27, 2010 7:07 AM


mari kita imbas kembali konflik besut!
Ustaz Latif Besut adalah pemimpin pas yg disegani di Besut yg lantang menentang dominasi pas 'geng kuala' yg cuba menyusun saf kepimpinan pas besut melalui sistem gugusang, yg ahkirnya membawa kpd pemecatan beliau!

konflik ini bermula bila mustopa and the geng cuba campur tangan dalam hal ehwal besut utk menyusun saf kepimpinan yg pro geng kuale tganun!
sehinggalah membawa kepada satu pertengkaran hebat didalam satu majlis mesyuarat pas bhgn Jerteh, Besut yg mengakibatkan mustopa ditampar oleh seorang pemuda pas jerteh yg dikenali sebagai Mat Jin Kucing dr Jalan Tandak!

mengikut lapuran dari sebuah akhbar harian perdana; mustopa terpaksa bersembunyi dibawah meja akibat kajadian serangan tsbt! lapuran tsbt membawa kpd saman fitnah oleh mustopa, tetapi ditarik balik diawal perbicaraan.

susulan dr kejadian tersebut dikatakan Ustaz Abdul Latif telah dipersalahkan oleh geng tganu, yg membawa kpd usul pemecatan oleh TGHA didalam mesyuarat Syura Ulama yg dipegerusikan oleh MA TGNA.. ahkirnya fitnah tsbt telah diluluskan dan Ustaz Latif telah dipecat tanpa dinyatakan sebab2 yg jelas didalam surat pemecatan beliau.

faktor Ustaz Latif, campur tangan geng kuala dan isu kafir mengkafir dikatakan menjadi punca kepada kejatuhan Pas Besut yg sebelumnya adalah kubu kuat Pas.

dan dikatakan pas besut tidak akan pulih pengaruhnya selagi Pas Terengganu masih dikuasi oleh geng stopa @ geng kuale, atau setidak-tidaknya utk 20 tahun lagi, selagi veteran atau orang lama masih hidup!!
jadi, untuk PRU13 pas boleh abaikan Besut dr senarai mereka dan tumpukan jentera pd kawasan lain dalam pilihan raya!

Grand Marquis said...

Nizam, hang ni cakap banyak, tapi ahli pas pun hang bukan. Kalau hang ni yakin sangat dengan perjuangan pas, hang patutnya dah daftar jadi ahli seumur hidup. Tapi nampaknya hang ni hanya pandai menyalak dari luar.

Saya tidak mempertikaikan umur TB masuk pas, saya cuma rasa pelik, orang yang berumur 38 tahun mengaku bayar yuran pas selama 30 tahun. Bererti dia start bayar yuran masa 8 tahun.

Ni macam kalau nizam buat cerita, kata Nizam dah 30 tahun kawin. Check-check umur nizam baru 38. Bererti nizam kawin masa umur 8 tahun. Kalau orang zaman dulu mungkin logik, tapi bagi orang zaman sekarang????

Ni kes nak tentukan sama ada TB ni bohong atau tidak.

john labu said...

GM,
meh aku tulong jawab bagi pihak depa!

kelmarin aku bayar lesen memandu aku utk 2010-2014, 5tahun in advances!

TB kalau dia nak dia bulih tambah lagi RM90... tambah lagi utk yuran 30 tahun terkehadapan! boleh kalau dia nak... tapi,

kalou kou susah tersangat nak paham benda remeh ni, memang kou bongap tersangat.. baik kou dok diam2 main batu seremban je lagi baik.. menyomak mato je komen kou!

Tulang Besi said...

Sam Raspiut,

Kalau ada masa, saya jemput untuk tulis satu artikel berkenaan Ustaz Latif dan PAS Besut supaya saya dapat siarkan dalam blog saya.

BOleh hantar ke malaysiawaves@rocketmail.com

Anonymous said...

alahai...cowok aku bg maklumat tentang pertanyaan kau..di tulangbesi.wordpress.com

Anonymous said...

Semakin fed-up dengan gelagat sumbang saf pimpinan PAS yang baru ni.... Pemimpin & konco2 yang terperasan hebat, "mangak" dan mabuk kuasa.... asyik dok berkira2 sapa jadi PM, mentri dsb...wek...wek.... Hilang fokus untuk Islam, Ummah & Sejagat... macam perangai melayu UMNO jugak... Sedangkan rakyat majoriti masih dok sesat, amal jahiliyyah & jauhi amalan Islam .....

Nizam Mahmud said...

Nizam, hang ni cakap banyak, tapi ahli pas pun hang bukan.
------

Ai GM, ubat dah makan?

GM, ada yang panjat pokok, kibar bendera PAS. Ada yang panjat tiang, letak poster PAS. Diantara yang buat kerja ini, borang PAS tak pernah isi. Tapi buat kerja free.

Niat - Lillah hi ta'ala.

Jadi perlu ker aku sebut apa sumbangan pada PAS? Macam Hasan Ali yang menagih simpati cakap dia hilang pendapatan lah masuk PAS.

Nak muntah aku dengar.

Tak perlu nak spin lagi GM. Aku dah terangkan dengan jelas, dalam Jemaah Islam tak diherankan ada yang dah aktif dari kecik lagi.

Tak ada yang pelik dan tak ada yang janggal.

Ko orang UMNO apa ko tahu. Baik ko makan ubat supaya kurang meroyan dalam blog.

Anonymous said...

TB.. TB.. TB.. mu tahu dok.. TGNA dgn Ustz Awang.. mereka ni tidak dijemput pun masuk meeting majlis syura.. pah tu set2 UG ni sebenarnya mmg gila pitis belaka.. tahu dok HH dulu dok kerja pun alih2 masuk PAS jadi kaya, leh wak masjid lagi.. banyok lok tu tanoh kat rusila.. stopa ali gitu gok, sama gok dgn ABC semua ni dulu menganggur.. masuk PAS jadi kaya raya..

mu gok bagus.. hahahaha

org kutuk2 mu tu semua dok ngaji.. mu ngaji tinggi kan.. sabor.. sabor.. biar ah org nok kutuk..

mu stuju dok klu aku cadang mu jadi timbalan dan pak bakar (ops silap, si tua bangka bakar) jadi presiden?

stuju lah TB.. mu je harapan kami.. hihihihi


tapi cis! mu TB mu tipu.. tadok sikit pun aku komen GM, mu delete gok.. aku beri maklumat soheh ke mu mu delete gok..

Anonymous said...

nizam betul mu kata.. kerja kerana ALLAH, tak cam Haji Hadi.. dulu kan.. kan.. kan.. masa dia masuk pas kan.. nizam kan.. mu tahu dok.. dia dok kerja pun.. jauh sekali jadi CEO cam TB.. tapi masuk pas tup tup jadi kaya rayaaaa.... TB kan.. kan.. kan..

kat teganu dia kaya sekali.. kat rusila banyak tanah dia.. tapi takmboh wak amal atek.. tanoh2 dia dia wak hotel dgn chelet belaka.. buat lah atek madrasah ke surau ke leh gok org solat.. ni dok.. TB kan.. kan.. kan..

Nizam.. nizam.. awak tahu dok.. HH sebenarnya.. kan.. kan.. ahli pas tapi tak pernah bayar yuran.. ish.. pah tu gila nok ganti Nik Aziz pulok.. dah lah ngaji kat barat, lagak cam ustaz.. klu suruh baca kutbah terkencing agak nya dia.. hihihi... TB kan.. kan.. kan..

Anonymous said...

TB.. TB.. mamat yg ko bagi duit suruh bayar yuran tu dah hilang maa.. dengar cerita puak2 UG yg kipnet dia..

Nizam.. nizam.. kesiang TB.. org fitnah dia.. ada ke patut dia kata TB ni ahli dok akitf.. tak pe nizam.. TB kabor ke aku klu dia jadi prasiden dia nok beri jawatan CEO yg dia nok tu ke ko...

klu ko dah kerja rugi ah.. tapi dok apa.. ko leh pegang dua2 jawatan sekali...

TB kan... kan... kan...

Grand Marquis said...

Jadi perlu ker aku sebut apa sumbangan pada PAS? Macam Hasan Ali yang menagih simpati cakap dia hilang pendapatan lah masuk PAS.

Nak muntah aku dengar.


Yea lah. Hang panjant pokok pasang bendera pas, tu kira sumbangan besar la tu. Senang-senang hang kata nak muntah dengar sumbangan orang lain.

Hang nilah yang kena makan ubat muntah sebab pantang dengar orang ada sumbangan kat pas, hang nak muntah.

Hang tak payahlah nak terangkan teori hang pasal jemaah Islam. Itu sekadar khayalan akademik hang aje dan hang sendiri mengaku tak tau pasal latar belakang TB. Hang nak gunakan khayalan akademik hang untuk buktikan TB ni dah start bayar yuran umur 8 tahun? Inikah cara pembuktian ilmiah?

Kalau jemaah Islam hang nak ambil ahil umur 2 tahun pun apa kisah. Yang penting TB kena buktikan dia dah jadi ahli pas pada umur 8 tahun dan start bayar yuran dari umur tersebut.

Anonymous said...

TB... TB... molek ah mu tulis pasal ustaz latif.. dia kan.. kan.. kan.. sejok pas buang dia.. kan.. kan.. kan.. dia dok pernah masuk umno... dia kekal berjuang... sama gok cam ustaz yg kat losong tu.. mu tulis ah pasal dia atek.. aku lupa dah nama dia.. dia kan.. kan.. kan.. tak pernah masuk umno lepas dibuang.. set2 ug ni ah yg buang dia org..

tahu dok TB.. keshian kat dia kan.. kan.. kan..

TB.. TB.. kan.. kan.. kan.. stopa ali dok pernah pun bayar yuran.. kelas ko lagi kan.. kan.. kan.. ko bayar gak yuran.. walaupun sekali.. kan.. kan.. kan..

Anonymous said...

TB... TB.. ni maklumat aku nok kabor ke mu.. smlm kan.. kan.. kan.. Pakatan mula kempen di Hulu Selangor.. tapi kan.. kan.. kan.. mu tahu dok.. presiden, naib presiden dok mari pun.. tahu dok.. mereka tu dok sokong pakatan lagi ah tu.. ni semu puak puak UG, mereka dengar kabor takmboh sokong lagi pakatan.. pah tu se lagi.. mu tahu dok TB.. dengar cerita mursidul am PAS pun dok gi gok.. Nik Aziz dengar cerita dok gi sebab dia nok bodek set2 UG agar dia dok di pecat jadi MA PAS.. dok tahu lah HH dgn Nasa bayar berapa ke NA..

TB.. TB.. mu tulis ah dlm blog mu maklumat aku beri ni.. soheh ah ni.. se lagi Ahmad Awang dok gi gok.. nok jawatan gok ah tu agaknya.. nampaknya puak2 UG ni semakin berkuasa.. geram sungguh aku..

TB.. TB.. mu tahu dok.. mamat yg mu beri duit untuk bayar yuran ahli kot tu kan.. kan.. kan.. sekarang ni dah hilang.. dengar cerita puak2 UG colek dia.. dak tahu wak gi mana.. sbb puak2 UG ni mmg dari dulu takut kat ko.. sengaja dia buat gitu agar ko tak leh jadi ahli yg aktif..

TB.. TB.. ko masuk lah bertandign mana2 jawatan.. sure aku undi ko.. ko hebat, berkarisma.. ugama pun alim.. ngaji pun lama.. takat HH dgn Nasa tu apa dia tahu.. tahu dok.. baca kutbah pun dia org tak boleh.. geram aku..

ko tulis kay maklumat aku ni.. ok lah ada apa2 lagi aku msg ko.. jangan lah ko delete pulak cam yg lepas2 tu.. hihihihi

Nizam Mahmud said...

Yea lah. Hang panjant pokok pasang bendera pas, tu kira sumbangan besar la tu.

Jawapan aku: Bila masa aku kata aku yang panjat pokok? Aku kata orang lain hang kata aku pulak.

Tak reti baca Bahasa Melayu ker? Nama samaran pun Bahasa Inggeris. Melayu-Islam la kata kan.

Mengenai sumbangan si pemanjat pokok itu besar atau kecik, biar Allah yang nilaikan. Dia tak sebut2 pun sumbangan dia, tak macam Hasan Ali yang angkat bakul sendiri.


Hang nilah yang kena makan ubat muntah sebab pantang dengar orang ada sumbangan kat pas,

Jawapan aku: Memang aku akan muntah, lagi-lagi lah apabila orang itu sebut sendiri sumbangan dia.

Baca laporan Zainulfaqar tentang ucapan Hasan Ali.

"Beliau menyebut sejak beliau masuk PAS, segala perniagaannya telah disekat segenap sudut.

Jika dulu beliau kebiasaanya membawa keluarga pergi bercuti di luar negara dua kali setahun, tetapi sejak masuk PAS hendak pergi bercuti ke Langkawi pun tidak mampu."

Satu contoh ucapan angkat bakul sendiri. Bukan satu bakul tapi berbakul-bakul.

Orang PAS kampung dah berpuluh tahun ditindas dan dizalimi oleh UMNO, dia boleh pulak sebut tak mampu bercuti ke Langkawi.

Pengorbanan Hasan Ali - tak mampu bercuti ke Langkawi. Apa punya malang PAS Selangor dapat pesuruhjaya bengap camni. hehehe

Sila rujuk

http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/11/04/sejak-jawatankuasa-disiplin-dibentuk-ole/

p/s. GM, tolong la makan ubat. Penyakit meroyan hang dah makin menjadi woiii

Nizam Mahmud said...

nizam kan.. mu tahu dok.. dia dok kerja pun.. jauh sekali jadi CEO cam TB.. tapi masuk pas tup tup jadi kaya rayaaaa....

Hj Hadi kaya? Mungkin jugak. Kereta Toyota Fortuner yang setahu aku kat Malaysia harga RM170,000 sebijik dengan plat no PAS 12 tu siapa punya?

Komen hang yang lain aku tak faham. Hang sekolah sampai darjah berapa ni tak dapat nak tulis elok-elok sikit?

Grand Marquis said...

Mengenai sumbangan si pemanjat pokok itu besar atau kecik, biar Allah yang nilaikan. Dia tak sebut2 pun sumbangan dia, tak macam Hasan Ali yang angkat bakul sendiri.

Pandai pun hang kata biar Allah yang nilaikan. Tapi kenapa dalam bab HA tu hang tak pula cakap macam tu.

HA sekadar nak jelaskan kat orang yang galak menuduh dia gilakan pangkat dan duit sebab nak berkawan dengan UMNO. Apakah itu tak boleh?

Kalau nak kata pengorbanan, masing-masing ada pengorbanannya. Bagi orang kaya yang mengorbankan kemewahan mungkin lebih sukar berbanding dengan orang yang hari hari dok kedai kopi bincang politik lepas tu korbankan masa untuk pi pasang bendera.

sam raspiut said...

Tuan TB,
Insyaallah akan diusahakan bila kelapangan. terimakasih atas jemputan

penyu teranung said...

Blogger sam raspiut said...

faktor Ustaz Latif, campur tangan geng kuala dan isu kafir mengkafir dikatakan menjadi punca kepada kejatuhan Pas Besut yg sebelumnya adalah kubu kuat Pas.

dan dikatakan pas besut tidak akan pulih pengaruhnya selagi Pas Terengganu masih dikuasi oleh geng stopa @ geng kuale, atau setidak-tidaknya utk 20 tahun lagi, selagi veteran atau orang lama masih hidup!!

adakah skrg Ust Latif masih dgn parti PAS Barunya atau sudah kembali ke pangkuan PAS ?

saye bersetuju kalau nak dikatakan Besut merupakan kubu kuat PAS, tapi kenapa tak boleh menang dlm byk PRU sebelum tu? boleh bagi sebab ?

sebaik shj Ust Latif dipecat, PAS menang di Besut pada PRU 1999

Anonymous said...

bukan pas yg menang... Tapi ANWAR!!
Pas yg Kalah besar pada 2004, pru12, pru13 dan sterusnya nanti..
yg boleh menang di besut pru13 nanti hanya PR!! hanya PR..
Penyu mana reti bab sifir ni!

Anonymous said...

nizam.. nizam.. laaa mu dok tahu ke.. ish.. ish.. ish.. HH kaya tau.. kereta toyota tu dia ah yg punya.. ish! ko tak tanya TB ke? TB kan.. kan.. kan.. ajar gok sikit Nizam ni.. dia dok pandai lagi nok hentam HH, maklumat dah diberi semua, tapi, ish! derjah berapa Nizam ni TB..

Nizam, berguru ah dulu dgn TB tu.. apa lah awak.. tapi tak pe.. slow2 lah.. lama2 ko reti ah..

Nizam.. nizam.. ko tahu tak.. klu ko dtg teganu kan.. kan.. kan.. singgah ah hotel kat rusila tu.. 4 atau 5 tingkat maa.. milik HH ah tu.. istana dia pun kalah ktoyo.. ko tak pernah tengok ke? ish! gila dunia sungguh dia ni.. sebab tu leni dia kaya.. masa jadi MB teganu dulu, dia beli kerta baru untuk MB, kerta exco semua tukor pakai kereta baru.. tanya TB ah klu tak percaya.. TB kan.. kan.. kan..

Sebab tu sejok daripada peristiwa tu, TGNA tak pernah lagi datang teganu.. nak gi KL pun sekarang TGNA guna jalan Gerik -> Perak -> KL tak mahu dia tengok Teganu lagi.. marah betul dia ke HH..

TB kan.. kan.. kan..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

TB.. TB.. org yg larikan yuran ko dah dapat dikesan kat mana... sabor2 kita bongkarkan.. kay TB..

Dia dah tak jual rojak lagi.. duit kot tu dia buka business lain, sekarang ni dah dgr kabar dah kaya raya hasil duit yuran kot tu.. tak pe, kita tangkap dia kan kita mintak balik duit dan untung2 sekali.. ok tak TB,so tak yah lah TB nak buka tabung lagi.. ok tak TB.. ok lah ek?

Anonymous said...

TB ..jangan jadi gila, gila2 tak apa

http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/bermain-dengan-games-gila-1.html

http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/bermain-dengan-games-gila-2.html

Anonymous said...

TB ..jangan jadi gila, gila2 tak apa

http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/bermain-dengan-games-gila-1.html

http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/bermain-dengan-games-gila-2.html

Nizam Mahmud said...

Pandai pun hang kata biar Allah yang nilaikan. Tapi kenapa dalam bab HA tu hang tak pula cakap macam tu.

GM, apa yang ko merapu ni.

Macam mana aku tak nilai, Hasan Ali sendiri yang cakap takbur sebut 'pengorbanan' dia tak dapat bercuti ke Langkawi lepas masuk PAS.

Angkat bakul sendiri. Tak malu betul.

Yang tampal poster alhamdulilah tak sebut-2 pun. Cuma kita tau. Semoga Allah balas balik dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

http://misabah.blogspot.com/2010/03/ahli-majlis-syura-ulama-pas-kalau-tidak.html bawah judul PERLANTIKAN AHLI MAJLIS SYURA ULAMA PAS – KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH BAIK DIAM)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.