Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, March 3, 2010

ANALISIS BEBERAPA FITNAH YANG SEDANG DIHAMBUR PADA TULANG BESI

Beberapa hari lepas ada seorang blogger (Blogger X) memberitahu saya beliau mendapat satu email dari seorang kenalan. Kenalan Blogger X itu memberi amaran kepada Blogger X supaya jangan mempercayai Tulang Besi.

Hujjah-hujjah juga diberikan oleh kenalan Blogger X itu. Kebanyakan diambil dari web site picisan milik orang yang tidak dikenali. Ironinya adalah fitnah-fitnah ini dicipta oleh puak-puak yang mengaku menyokong dan mendapat tarbiyyah ulama. Maka, saudara lihatlah sendiri puak-puak yang mendapat tarbiyyah ulama PAS menebar fitnah macam mereka ini tiada agama. Orang kapir pun tak buat fitnah macam mereka ni buat. Persoalannya sekarang, apakah jenis tarbiyyah puak2 ni dapat dulu?

Artikel ini ditulis untuk menunjukkan akhlak dan perangai sebenar puak-puak yang mengaku memperjuangkan kepimpinan ulama dan wala’ kepada jemaah.

JAWAPAN PADA FITNAH FITNAH
Izinkan saya melanggar fitnah-fitnah ini:
1.0 Tulang Besi ahli PAS Cawangan Taman Melewar: Taman MElewar tu saya tak pernah duduk pun. Kecuali Markas Tarbiyyah, saya tak kenal pun penduduk Taman Melewar tu. Kepada pemfitnah, sila bawa bukti dengan membawa nombor ahli dan borang permohonan ahli saya. Demi Allah, saya tak pernah isi borang UMNO. Koyak poster UMNO pernah la.

Saya memohon Allah SWT menurunkan bala kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut ke atas orang yang mencipta dan menyebarkan fitnah jahat ini. AMIINNN.

2.0 Tulang Besi marah Hasan Ali sebab tak dapat jawatan CEO

JAWAPAN: Tulang Besi pun dedah pasal kepimpinan yang lain i.e. Suwardi Yaakob, Roslan SMS, Ustaz Nasa dan banyak lagi. Apa kena mengena diorang dengan permohonan Tulang Besi?

Permohonan Tulang Besi masih “pending” dan belum ditolak. Kenapa Tulang Besi nak marah? Sehingga hari ini tiada surat mengesahkan permohonan Tulang Besi ditolak. Standard la kena tunggu bertahun-tahun dalam permohonan begini.

Lagi pula, TB menawarkan diri. Bukan TB nak pun jawatan tu. Tak dapat lagi TB suka sebab bukan tinggi mana gaji pun.

Masa TB hantar permohonan tu, TB dah dapat kerja lain yang LAAAGGGIIII menarik tawarannya. Suwardi,suwardi. Apasal murah sangat taraf kau ni. Tak puas kau tipu MAIS ke, nak tipu semua orang pulak?

3.0 Datuk Tulang Besi adalah Sosialis. Pakcik TB pun Sosialis
JAWAPAN: Allahyarham Rustam A. Sani, beliau adalah pakcik pada Tulang Besi kerana telah berkahwin dengan makcik Tulang Besi. Bapa pada Allahyarham Rustam A. Sani adalah Allahyarham Ahmad Boestamam.

Bukan ke Rustam A Sani penulis kolumnis Harakah selama bertahun-tahun. Malahan, Harakah pernah memberi anugerah Penulis Terhormat pada Sambutan 20 Tahun Harakah di Hotel Grand Seasons?

Harakah pun kita kena panggil Sosialis juga la? Ni semua fitnah budak-budak mentah. Kena balik muka dia.

Ahmad Boestamam adalah rakan seperjuangan kepada Allahyarham Burhanuddin Al Helmi:

“Pada Februari 1946, ketika semangat menuntut kemerdekaan sedang meluap-luap, Ahmad bersama dengan Dr Burhanuddin Al Helmi juga menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf (API), sebuah pergerakan kiri yang radikal di Malaya dan memimpinnya sehingga pertubuhan itu diharamkan oleh pihak British.”.

KAlau nak marah kepada Ahmad Boestamam dan Rustam Sani kerana mereka Sosialis, kenalah juga marah kepada Dr Burhanuddin al Helmi sebab beliau pun pernah menjadi Pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia.

Orang yang buat fitnah ni desperate dan tak pernah belajar sejarah. Hubungan Ahmad Boestamam dengan pemimpin-pemimpin PAS amat rapat dan intim. Arwah Ahmad Boestamam menjalin persahabatan dengan pemimpin-pemimpin PAS seperti Prof Dzulkifli Muhammad, Dr Burhanuddin Al Helmy, Ustaz Hasan Adli, Dato Asri Haji Muda.

4.0 TB ikut usrah tak sampai dua tahun di kampus di USA. TB tak pegang jawatan di USA, kecuali ikut usrah

JAWAPAN: Lagi kelakar tuduhan ni. TB mula ikut usrah PAS waktu umur TB 12 tahun di bawah PAS Negeri Sembilan.

Dan di USA, TB jadi Naib Presiden MISNA. Nampak sangat amatur dalam membuat fitnah. Kan dah malu.

Rasanya, ni semua kerja geng cybertrooper UMNO tajaan Suwardi Yaakob

5.0 TB menjadi kontroversi lebih 5 tahun sehingga hari ini. TB menyerang ulamak dan kepimpinan PAS.

JAWAPAN: PEMBETULAN. TB menyerang FRAKSI UMNO dalam PAS. Yakni mereka yang berselingkuh dan berbohong kepada ahli PAS.

Mereka yang marah dgn TB ni sebab TB mendedahkan pekung mereka. Siap ada rakaman audio lagi. Jadi, dihantarlah geng Suwardi ni untuk fitnah TB dan buat kesah dongeng yang amat jijik ini.

Juga, tukang buat fitnah ni konfirm yang fraksi UMNO dalam PAS adalah kumpulan ulamak?

6.0 Tapi sebelum tu dia ambil kesempatan mendekati YB Dato’ Dr. Hassan Ali sehingga dia berjaya menjadi Pegawai YB Hassan Ali sebab dia ada kepentingan peribadi. Apabila permintaan untuk menjadi CEO satu anak syarikat Selangor gagal, maka dia serang peribadi YB Dato Dr. Hassan Ali.

JAWAPAN: Fitnah ni saya “pick up” dari salah satu blog picisan yang takda maruah.
Saya jadi Pegawai Khas kepada PJ Selangor sebelum PRU 2004 lagi. Apa kaitan saya dgn permohonan CEO yang gaji jauh lebih rendah dari apa yang saya dapat sekarang ini?

Pembuat fitnah ni iri hati sebab beliau tidak akan sama sekali diambil kerja oleh mana-mana pihak sebagai CEO. Nak fitnah orang pun, biarlah berfakta. Jangan lah sampai orang nampak kita bodoh

6.0 Menurut seorang rakan TB yang sama-sama belajar di Missouri USA di awal tahun 90an, sebelum TB kenal orang itu, dia pernah ambil kesempatan di USA dengan mendekati orang-orang yang dekat dengan TGHH, TGNA, MA, ABC, Ust Hassan Shukri, Ustaz Nasa, TGHarun Taib dll..

JAWAPAN: Aikk bukan TB kenal pimpinan2 PAS Pusat ni masa kat Malaysia lagi ke? Di Fort Wayne, Indiana Cikgu Pa yang kenal TB bukan TB kenal Cikgu Pa. Sebab Cikgu Pa kawan pada arwah bapa Tulang Besi. Tuan Haji Subky Latiff kenal TB masa TB kecik-kecik lagi. Datuk Hishamuddin Yahya kenal TB masa TB di bangku persekolahan lagi.

Kan dah malu. Buat fitnah tapi kena muka sendiri.

7.0 Aku dok baca tulisan hang sana sini, memang hang tak pernah serang DSAI dan pimpinan MT PKR. tapi dengan PAS, hang hantam buta semua. Presiden PAS, pimpinan kanan, ulamak..habeh hang ludah dan hina. Macam hang hantam buta UMNO..

JAWAPAN: Bukan ke TB hentam Salehuddin Hashim dan Wee Chee Keong .

Karpal pun TB pernah tegur.

Kalau orang tak salah, kita nak serang macam mana? Boleh bagi idea sikit.

8.0 TB marah sebab Dato’ Mustafa Ali (MA) kata “16 Sept hanya gimik politik”.
TB hanyalah manusia “simbolik” yang wujud sebagai alat dan peluru satu kumpulan taksub yang mahu melumpuhkan kepimpinan ulamak, pendukung ulamak dan penyokong gagasan ulamak dalam PAS.
.

JAWAPAN: Bukan Tok Guru Nik Aziz pun marah sama ke? Cuba klik di sini.
Kalau betul wujud kumpulan tersebut, maka kumpulan tersebut adalah PAS tulin sebab TB adalah PAS tulin.

TB sudah ikut tarbiyyah PAS waktu pembuat fitnah ini masih terkencing dan terberak dalam seluar.

Tapi, rasanya pembuat fitnah ni adalah cybertrooper UMNO yang diupah Suwardi Yaakob.

8.0 Jangan lupa yang manhaj PAS adalah manhaj hizbiah. Kalau hizbi ringan-ringan tak pe. Tapi TB ni adalah contoh seburuk-buruk orang yang taksub dengan akidah hizbiah. Lebih teruk dengan PAS sendiri pun dia hentam semata-mata PAS tidak menurut kehendaknya. Lebih malang dia tak pernah nak beralah dan berlapang dada..

JAWAPAN: Nak berlapang dada dengan perselingkuhan, pengkhianatan dan pembohongan? Itu bukan lapang dada, itu bodoh namanya. Islam tak ajar macam tu.

9.0 Abdullah bin Saba’ adalah org yg memeluk islam tetapi mempunyai agenda yahudi, ataupon dgn kata lain MUNAFIQ. dia menyalakan fitnah dan memecahbelahkan umat islam pada zaman Uthman bin Affan. dialah yg menyebabkan umat islam yg berpecah kpd 4.

ini berlaku kerana dia tidak wala’ pada pemimpin, slalu menghasut dan menjatuhkan akhlak pemimpin.
.

JAWAPAN: Baca Tafseer Ibnu Katseer dalam bab kepimpinan. Biar saya naqal:

“He said, `Collect some wood,' and then he started a fire with the wood, saying, `I command you to enter the fire.' The people almost entered the fire, but a young man among them said, `You only ran away from the Fire to Allah's Messenger. Therefore, do not rush until you go back to Allah's Messenger, and if he commands you to enter it, then enter it.' When they went back to Allah's Messenger , they told him what had happened, and the Messenger said,
«لَوْ دَخَلْتُمُوهَا مَا خَرَجْتُمْ مِنْهَا أَبَدًا، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوف»
(Had you entered it, you would never have departed from it. Obedience is only in righteousness.)'' This Hadith is recorded in the Two Sahihs.
.


Dari hadeeth di atas, jelas Islam tak ajar wala’ membabi buta. Tulang Besi difitnah sebab Tulang Besi nak amalkan hadeeth di atas. Sedihnya….

PENUTUP: Cukup sampai di sini sahaja. Yang lain tu tak payah layan. Biasanya TB tak layan benda-benda fitnah ni, tapi sengaja TB nak tunjuk betapa desperate dan tiada maruah puak-puak ni.

Konon mengaku memperjuangkan kepimpinan ulama dan Islam tapi buat benda haram. Itu point sebenar TB. Puak-puak ini merasakan mereka tidak tertakluk pada hukum Allah dan Sunnah nabi SAW semata-mata kerana mereka rasa mereka memperjuangkan ulama.

Saya memohon Allah SWT menurunkan bala kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut ke atas orang yang mencipta dan menyebarkan fitnah-fitnah jahat ini. AMIINNN.

Tulang Besi

21 comments:

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Bg saya, kalau nak berlawan dgn tulang besi, lawanlah cara gentleman.

Bg saya, kalau tuduhan terhadap Tulang besi itu fitnah, harap TB dapat bersabar.

Kita berharap mrk dapat lawan Tulang besi kat sini mcm saya, Ali Zaidan dan juga sebatang kara, tak kurang juga Grand Marquis.

Allah bersama org yg sabar.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Allah bersama org yg sabar.

Sabar yg saya maksudkan bukannya dok tak buat apa.

Maksud saya, jgn marah2, jwb tenang2.

Grand Marquis said...

Jadi TB sebenarnya mendedahkan pekung serta manhaj ahli pas sendiri, yakni sebar fitnah untuk mendapat keuntungan politik. Hari ini senjata dah makan tuan.

Dalam TB jawab fitnah, TB sendiri pun apa kurangnya fitnah. Kalau orang tu kata TB kecewa sebab tak dapat jawatan CEO, bukan kah TB juga tuduh orang lain keluar pkr sebab tak dapat jawatan ceo?

Dan TB kata:
Rasanya, ni semua kerja geng cybertrooper UMNO tajaan Suwardi Yaakob

Dah konfirm ke Suwardi yaakob punya kerja dan kerja cybertrooper umno? Hang pun main fitnah orang sesuka hati.

Kesimpulannya ialah TB ni umpama paku sepih yang mengata dulang sepih. Dia kata orang fitnah, tapi dia yang lebih.

Tulang Besi said...

GM tak ori lagi banyak buat fitnah. Fitnah terbesar adalah beliau kata terdapat banyak rumah urut di Selangor.

Sampai skrg tak bawa bukti.

Betul tak, GM tak ori?

Grand Marquis said...

Bila TB buka topic lama, kita tau, dia dah terkena akibat tulisannya sendiri.

Pembaca blog hang tau, siapa yang banyak kelentong kat sini.

Anonymous said...

Saudara TB... Banyak bersabarlah dengan musuh-musuh saudara tu. Memang kalau nak ingatkan tentang perkara yang baik akan dapat banyak musuh dan tentangan. Saya tabik kat TB coz masih gigih menulis. Teruskan usaha baik ini. Kalau kisah benar dan peringatan supaya berjaga-jaga terhadap fraksi UMNO dalam PAS dan PR bukanlah fitnah namanya. Jangan bimbang TB. Bukan semuanya musuh TB. Tulisan TB banyak membuka mata dan minda supaya memikirkan sesuatu isu dan menilainya secara terbuka. Orang yang benci kat TB tu semuanya pencacai dan jangan ambil pusing lah.... TB tetap sahabat kami.

Anonymous said...

TB, bukankah engjau usrah dari dalam perut mak engkau ke...? kan emak kau ikut usrah juga masa mengandungkan engkau? Kan elok ngaku begitu daripada engkau mengaku engkau ikut usrah masa umur12 tahun? engkau kelakar lah TB ikut usrah masa 12 tahun. Itu bukan usrahlah brother, itu ikut ceramah. Tak palah mungkin masa tu engkau budak2 belum baligh, bekum daoat beza antara usrah dengan ceramah, usrah dengan halaqah ilmu. malangnya engkau dah besar gajah macam ni pun tak faham juga beza antara keduanya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

TB meracau :
2.0 Tulang Besi marah Hasan Ali sebab tak dapat jawatan CEO

JAWAPAN: Tulang Besi pun dedah pasal kepimpinan yang lain i.e. Suwardi Yaakob, Roslan SMS, Ustaz Nasa dan banyak lagi. Apa kena mengena diorang dengan permohonan Tulang Besi?

Permohonan Tulang Besi masih “pending” dan belum ditolak. Kenapa Tulang Besi nak marah? Sehingga hari ini tiada surat mengesahkan permohonan Tulang Besi ditolak. Standard la kena tunggu bertahun-tahun dalam permohonan begini.

Lagi pula, TB menawarkan diri. Bukan TB nak pun jawatan tu. Tak dapat lagi TB suka sebab bukan tinggi mana gaji pun.




Dah sah hantar cv..tapi still nak nafikan sebelum ini..tapi dalm hati tak senang ..tu la buat benda tak elok..bohong satu dunia..last2 dedah pekong didada...betul la orang cakap..kebenaran pasti datang..cuma masanya bila...tapi TB ..Tuhan dah tunjuk dah

Tulang Besi said...

Sebab yang aku hantar tu RESUME bukan CV

Anonymous said...

Pandai sungguh TB ni punya putar belit. Hantar resume, bukan cv. Itu dia punya alasan.

Hang ni memalukan diri sendiri la.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tulang Besi said...

Itu menandakan hang tak tahu cerita sebenar. Tapi, sudah berani sebar fitnah merata.

itu menampakkan jenis manusia apa hang ni.

JAAAUUHHHH dari pejuang Islam.

Ali Zaidan said...

Hang cakap Suwardi taja cybertrooper UMNO tu dekat sebagai pejuang islam ke Raman?

Ali Zaidan said...

Curriculum Vitae (CV) tu lebih kurang resume jugak. Dalam resume pun kau letak jugak job history. Ke kau tak letak? Yg penting kau memang NAK jadi CEO. Kalau tak nak, kau takkan hantar resume.

Tinggal lagi kau marah Hasan Ali sebab apa? Yang jelas, bila kau tak dilantik, kau serang dia. So, orang buat assumption kau serang sebab tak dapat jadi CEO. Kau kata tu fitnah.

Tapi hakikatnya kau pun buat jugak. Kau pun assume wujudnya pembelian waikil2 rakyat. Tp, ada ke transaksi pembelian tu. Yang ni payah nak tunjuk. Tak aku nafikan kemungkinan beli, tapi last sekali ini mmg assumption.

Jd, kalau kau buat assumption tanpa bukti jelas, buat apa kau nak bising kalau org buat assumption tanpa bukti yg jelas jugak.

Dgn kata lain, kau dengan org yg kau marah tu 'adik beradik yang saling sayang menyayangi dengan cara yang pelik". Itu saja...

ewah said...

ai ceh... bukan ke resume dan CV ni bendanya sama.. Kalau TB rasa resume dan CV berbeza, apa perbezaan dia?

Anonymous said...

Kalau kita google sikit, kita akan dapati topic difference between resume dan cv ni soalan yang sangat common.

Saya bagi satu penjelasan di sini

Saya tertarik dengan penjelasan yang ni:
In Europe, the Middle East, Africa, or Asia, employers may expect to receive a curriculum vitae.

In the United States, a curriculum vitae is used primarily when applying for academic, education, scientific or research positions. It is also applicable when applying for fellowships or grants.


Kesimpulannya:
Di Asia, orang tak beza sangat antara CV dan Resume. Hanya di US aje bila mana CV ni utk orang apply kerja academic.

Sekarang ni kita di Asia. Jawatan CEO pun bukanlah jawatan academic. Jadi orang tak beza antara cv or resume.

Tapi biasalah, nak spin punya pasal. Apa boleh buat. Dah dasar spin master.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

kejahatan tb makin terserlah, bukan sebab org lain tapi sbb kebodohan dia sendiri jugak.. hahahahaha

Tulang Besi said...


Tinggal lagi kau marah Hasan Ali sebab apa? Yang jelas, bila kau tak dilantik, kau serang dia. So, orang buat assumption kau serang sebab tak dapat jadi CEO. Kau kata tu fitnah.
.

Bukan aku dah kata kau ni kaki fitnah.

Kau berani bersumpah yang aku dedah kejahatan Hasan Ali sebab tak jadi CEO?

Kalau kau tak berani bersumpah dengan nama Allah, sah kau buat fitnah.

DAN, aku akan tuntut sampai akhirat.

Aku skrg ni rasa kuat sangat yang kau ni pun barua si Suwardi walaupun aku takda bukti

Tulang Besi said...

Sapa kata CV dan resume tu sama, sah lah dia dah biol.

Di Amerika, semua pakai resume, takda orang pakai CV

Di britian sebaliknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.