Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 30, 2010

Anwar Dedah Dokumen Menghubungkan UMNO Dengan Syarikat Zionis (APCO)

Anwar telah mendedahkan dua dokumen yang menghubungkan:

1.0 UMNO dengan APCO
2.0 APCO dengan Ehud Barak

Ehud Barak seterusnya melancarkan program “1Israel” di Israel. Idea yang sama diamalkan di Malaysia tapi diubah dengan nama “1Malaysia”.

Ini bermakna segala maklumat strategik dan rahsia negara sudah pun berada pada tangan sebuah syarikat yang rapat dengan Regim Zionis Israel.

Sudahlah Najib Tun Razak berbangga semua maklumat perisikan Malaysia dalam tangan Amerika, sekarang ni hendak memberi maklumat kepada Israel pula? Patutlah Zahid Hamidi terkial-kial nak jumpa Presiden Israel baru-baru ni. Mungkin atas nasihat dan tunjuk ajar APCO.

Saya tak tau nak cakap apa lagi selepas ini. Saya cabar PERKASA mengutuk UMNO kerana mengambil syarikat Zionis/Yahudi sebagai syarikat konsultan. Saya tak sabar nak tengok reaksi Pemuda-Pemuda UMNO serta orang-orang mereka yang selama ini menista Anwar kononnya Anwar adalah agen Amerika dan Agen Israel.

Benarlah kata orang-orang tua:

”Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih”

Jangan-jangan APCO yang suruh puak-puak UMNO tuduh Anwar agen Israel/Yahudi?

Tulang Besi

ps Apa komen Parpukari dan Papa Gomo selepas ini agaknya?

Apco: Anwar gesa tubuh s'jaya siasatan diraja
Salhan K Ahmad Mac 30, 10 12:46pm

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.


Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Anwar turut mendedahkan nama dan maklumat ringkas beberapa individu dalam Apco yang didakwa mempunyai hubungan secara langsung dengan kerajaan dan tokoh-tokoh Israel.

"Isu ini membongkar rundingan sulit pihak tertentu hingga maklumat strategik negara terdedah kepada ejen Israel dan tercalarnya maruah umat Islam di negara ini," katanya.


Turut didedahkannya ialah peranan Ethos Consulting, sebuah firma rundingan tempatan yang didakwa bertanggunjawab memperkenalkan Apco kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya - satu perjanjian antara Apco dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan Apco ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.


"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. (Proses menandatangani perjanjian) ini disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk (Tengku) Sharifuddin (Tengku) Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Anwar membuat penjelasan itu bagi menjawab tuntutan yang dikemukakan wakil Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini yang mahu Anwar dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen kerana menyamakan slogan 1Malaysia dengan 1Israel.

Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.


9 comments:

Anwar Ibrahim said...

konfirm la CEO untuk ko...sok datang jumpa aku..jgn lupa isi borang PKR

Dawai kokot said...

Tahniah TB..dapat confirmation direct dari Anwar tuuu..mmg ko dgn syeikh anwar mmg sesuai

Tulang Besi said...

Dawai kontot,

Kau bila nak masuk UMNO?

Nizam Mahmud said...

Jadi lembik jer fraksi UMNO bila hang debik UMNO teruk.

Secara peribadi, saya rasa Anwar sengaja buat pendedahan ini untuk membuka mata ahli-ahli PAS tentang siapa yang mereka nak bekerjasama tu.

UMNO ini pun satu, bila sign agreement dengan APCO-Zionis ini, kenapa tak jemput murahguru58 baca doa selamat.

Paling tak pun jemput Ustaz Nik Abodoh yang kemaruk nak berpeluk dengan pencacai zionis untuk baca doa.

Boleh la lepas tu tulis blog dengan bahasa berpusing-pusing.

Kalau siapa kritik kerjasama dengan pencacai zionis, jemput la batuapi@firestone dengan ali zaidan untuk tulis blog yang tanya orang tu dah bayar yuran atau tak.

Krew untuk jayakan agenda kerjasama dengan pencacai zionis cukup ramai.

Najib ni pon satu. Tak pandai plan betul2.

Anonymous said...

aha... khairy dah comfirm apco tu umno, umno tu apco... aha... dah terkena jerat.... huhu...

more news di malaysiakini.. bukan tusan tau...wakakaka

Anonymous said...

Salam.

AKu bukan nak sokong UMNO, just aku tak suka org PAS berhujah pakai hujah palsu/berlebih-lebihan sampai peringkat menipu. COntohnya ko kata

"ni bermakna segala maklumat strategik dan rahsia negara sudah pun berada pada tangan sebuah syarikat yang rapat dengan Regim Zionis Israel".

Ko sure ke bende ni? Apa kaitan lokasi strategik tentera ATM dgn Public Relation atau imej Najib? Point aku : aku tak rasa SEMUA rahsia negara dah sampai kat syarikat APCO. Aku tak rasa Najib akan bagi maklumat2 yg takde kaitan dgn public relation kat APCO.

Minta berhati2 dlm berhujah. Walaupun kita berhujah kerana benar, jika hujah kita ada perkara2 palsu/was2/berlebih-lebihan atau emosional, hujah kita jadi tak kuat dan org tak percaya pada kita.

matkreko said...

Anon@4.09pm

Maklumat strategik bukan hanya terhad kepada maklumat berkaitan ketenteraan saja la. Alamak... itu pun nak kena ajar jugak ke?

Dinyatakan pegawai Apco bertindak sebagai penasihat PM dan ditempatkan di pejabat PM, jadi segala urusan komunikasi dengan PM tentu saja diketahuinya. Ye lah... takkan nak menasihatkan PM tanpa mengetahui apa-apa maklumat yang berkaitan (hatta yang rahsia sekalipun)?

Grand Marquis said...

UMNO anak didik Zionis..


Tamat !

Anonymous said...

nak komen biar le kena pada tajuk dan isi kandunganye...
nie sibuk pasal CEO la, masuk PKR la...macam budak2...budak2 tak macam tu...dewasa la skit atau kehabisan idea nak berhujah? kan lebih seronok dpt pandangan yg kontra dari puak2 pro-umno supaya gedung ilmu pemikiran kita lebih luas...bahlol!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.