Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 18, 2010

Apabila “Lawyer Cabuk” Mentafsir Perlembagaan PAS

Antara topik hangat yang diperbincangkan dengan SU Agung baru-baru ini adalah topik “Loci Standi”. Dalam bahasa Melayu secara mudahnya bererti “Hak untuk Melapor”.

Mengikut Cikgu Pa, beberapa ahli Dewan Harian mengambil sikap bahawa ahli biasa tidak mempunyai hak untuk membuat aduan secara terus. Semuanya mesti melalui Kawasan dan Cawangan.

Di sini saya ingin meminta maaf kepada YB Salahuddin dan SU Agung kerana saya agak emosional sikit. Sebenarnya saya bukan marah pada Cikgu Pa dan YB salahuddin. Saya marah kepada beberapa orang “Lawyer Cabuk” yang telah memberi nasihat guaman yang songsang kepada ahli2 Dewan Harian PAS Pusat.

Itu juga tujuan saya untuk mengambil khidmat guaman dari orang-orang yang mahir dalam undang-undang supaya PAS boleh dapat khidmat guaman yang berkualiti dengan percuma dalam isu ini.

Antara tulisan-tulisan “lawyer cabuk” berkaitan dengan topik “hak melapor” ini boleh dibaca di akhir artikel ini atau klik di sini.

PENERANGAN RINGKAS HUJJAH LAWYER2 CABUK

Hujjah mereka secara ringkasnya:

a. Fasal 75(2) Perlembagaan PAS menyatakan Perhubungan2 Negeri, Kawasan 2, Cawangan2 dan Dewan2 boleh melaporkan kes disiplin pada SU Agung dan mereka wajib menubuhkan JK Disiplin di peringkat mereka.

b. Dengan kata lain, ahli biasa tidak boleh membuat laporan secara terus.

SOALAN-SOALAN PADA LAWYER CABUK

Biar saya senaraikan beberapa soalan yang akan menimbulkan dilemma pada lawyer2 cabuk ini:

a> Dimanakah disebut dalam Fasal 75(2) itu bahawa DEWAN HARIAN PERHUBUNGAN NEGERI berhak melapor kes disiplin pada SU Agung? Khalid Samad dilapor dan didapati bersalah atas aduan DEWAN HARIAN PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR dan bukannnya aduan dari PERHUBUNGAN NEGERI SELANGOR?

b> Saya tak nampak mana-mana dalam Fasal 75(2) yang MENGHALANG ahli biasa melapor kepada SU Agung? Ada ke tak?

c> Aduan pada Hasan Ali pun dibuat oleh Presiden PAS sahaja. Sah ke tidak?

d> Mengikut Zainul Faqar:

”Sekiranya diterima penjelasan Peguam Abang Ahmad tersebut, seperti bertentangan dengan ajaran Islam, hak asasi manusia, keadilan hak menurut undang-undang sivil seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan [rujuk Perkara 8 (1) hingga (5)]”.

Sekiranya lawyer2 cabuk PAS ini dapat menjawab soalan-soalan di atas, saya sendiri akan menarik balik gelaran lawyer cabuk kepada mereka.

Sekiranya mereka gagal menjawab, maka secara otomatik lawyer2 cabuk ini telah membuat “bidaah” dalam PAS.

SYUKUR CIKGU PA DAN DEWAN HARIAN BERFIKIRAN TERBUKA

Walaupun Dewan Harian telah mendapat nasihat yang songsang dari beberapa lawyer cabuk, namun syukur nasihat ni tidak digunakan.

Cikgu Pa beritahu mereka tetap mahu mendegar sendiri dari saya dan Abdullah Karim terhadap aduan2 kami.

Syukur Dewan Harian PAS tidak tertipu dengan nasihat lawyer2 cabuk ini.

Tulang Besi


12 comments:

Anonymous said...

TB...salahnya bila TB salah menntafsir perlembagaan pas..bukanya salah lawyer cabuk...dan satu lagi..kalau TB dalm PKR atau DAP atau UMNO dah lama dah TB kena buang...macam nasib Zul Nordin , Sang Kelembai tu...tapi pimpinan UG yang TB duk kutuk ni lah yang sebenarnya paling demokratik...

Anonymous said...

alahai..TB..
1.Dah kata dulu!hang tak boleh diduduk dalam sesuatu organisasi!tiap organisasi ada protokol tertentu!ada saluran!bukan main hentam je!!
2.Pas pun tenguk juga!kes apa!sapa yang bawak kes!Kalau kes yang menggugat Pas!dalam tong sampah lah tempatnya!Kalau pencacaije yang bawak kes!layanlah sat!ambik hati!last sekali!ketong sampahlah jugak!
3.Dalam kes yang hang bawak!nama besaq terlibat!harun din!aku tetap sokong din!malah ramai ahli pas yang selari dengan harun din!terutama dalam kes kalimah Allah ni!Kalau hang tak percaya hang buat survey tenguk dikalangan ahli biasa pas dan umat islam dimalaysia ni!Itu baru dikatakan tindakan secara akademik!hang boleh bergabung dengan merdeka cen ter!Ramai jugak nak lihat pandangan orang melayu dan islam mengenai isiu kalimah Allah ni!Survey secala ilmiahla no!bukan survey syok sendiri yang hang selalu buat tu!!
4.Satu lagi!kalau hang jenis yang tak ikut saluran!ikut protokol!hang ikutla thaksin di thailandtu!Masalahnya!hang ada pengikutka!john labu!nizam!anti babi!sebatang kara!tinta hitam!beranika depa nak buat demo menentang kepimpinan pas!!aku ingat depa dok sorok kat belakang tiang jee!! nampak kepala sikit!macam kura-kura!!tambah manusia macam tinta hitam tu!dok tolak hang kedepan!sokong hang bukan main!derma kat hang!sekupang pun dia tak bagi pun!!!!!!!

Anonymous said...

TB ni merapu...syok sendiri..dok kat indon, bawa budaya indon agaknya..dia meroyan..bacalah pasal tulang besi kat wordpress

Anonymous said...

Juga dari malaysiakini, "Mustafa juga menjelaskan, menurut perlembagaan PAS, aduan daripada individu - bukan dibuat oleh mana-mana badan dalam parti, seperti bahagian, negeri atau dewan - tidak perlu dibawa kepada jawatankuasa tatatertib parti itu". Bravo TB! Tak disiasat oleh jk disiplin pun aduan akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Anonymous said...

kau pun sama macam TB tak paham sequence...yang aku faham JK Disiplin hanya ambil kes setelah JK Pusat atau Harian kata ok. Su Pusat kena siapkan semua dokumen dan borang, baru boleh bagi pada JK Disiplin. Kalau tak ok, JK Disiplin tak ambil kes.

Tu lah masalah orang tak faham tapi meroyan..nak kata bodoh, tak boleh, tapi bila dah bersuara mcm orang pandai, nampaklah bodoh tu, confirmed.

Ahmad said...

Fasal 75(2) menyebut Perhubungan2 Negeri, Kawasan2, Cawangan2 dan DEWAN2...

Disebut DEWAN2 in general. So, I guess segala DEWAN2 yang ada dalam organisasi PAS boleh membuat aduan.

Tapi since TB nikan pakar bahasa, mungkin dia lebih faham apa yang dimaksudkan dengan DEWAN2 apabila menyatakan tiada peruntukan untuk Dewan Harian Perhubungan Negeri membuat aduan.

Grand Marquis said...

TB macam biasa, lebih sudu dari kuah.

Bukan saja dalam bab agama, dalam bab undang-undang pun orang kena ikut dia.

Dalam bab kalimah Allah TB menyanggai Harun Din, Naquib Al Attas dan majlis fatwa kebangsaan. Ya, orang sekular lawan ahli-ahli agama dalam keluarkan fatwa. Adapun backing TB ialah Khalid Samad dan Dr. Dzul yang masing-masing pun berpendidikan sekular.

Sekarang ni, TB lawan fatwa dengan lawyer pulak. Siap kata orang lawyer cabuk. Tapi berapa kes yang TB dah kendali kat court? Berapa kitab undang-undang TB dah baca?

TB ni contoh manusia akhir zaman. Pada akhir zaman akan keluar ramai as-saghir. Mereka ni ialah orang yang lekeh (orang bukan ahli) yang akan mengeluarkan fatwa kepada orang ramai.

Tulang Besi said...

Ahmad said...

Fasal 75(2) menyebut Perhubungan2 Negeri, Kawasan2, Cawangan2 dan DEWAN2...

Disebut DEWAN2 in general. So, I guess segala DEWAN2 yang ada dalam organisasi PAS boleh membuat aduan.
.

"Dewan Harian Negeri" tidak wujud dalam Perlembagaan PAS.

Yang wujud hanyalah Jawatankuasa Harian Negeri.

Sila baca semula Perlembagaan tuan.

Adapun Jawatankuasa Harian dan Dewan Harian adalah dua perkataan yang sering ditukar ganti pengunaannya dalam PAS.

Sekian

Dawai kokot said...

TB Bodoh...pembuat perlembagaan masih hidup lagi...cuba hang pegi tny sapa dia yang dimaksudkan dalam fasal tu...yg boleh mentafsir hanya ahli majlis syura je...bodoh...

Anonymous said...

perlembagaan pas pun manusia yg buat..bila2 masa boleh berubah...

tapi memberi keadilan kepada semua ahli adalah salah prinsip keadilan islam...

pas kalu nak jadi parti islam semalaysia, kenalah utamakan prinsip2 keadilan islam... hal2 remeh temeh pasal tafsiran perlembagaan boleh secara selari..

lainlah kalu hangpa nak biarkan pas jadi parti munafik semalaysia

Anonymous said...

Ucapan mustafa ali semalam dalam malaysiakini menggambarkan keputusan bakal diambil oleh jk harian pas pusat nanti. perlembagaan pas ciptaan manusia menghalang ahli pas individu membuat laporan terus kepada SUA..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.