Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 8, 2010

Harussani Menyokong Pembunuhan Kejam di Memali

Dalam sebuk2 Mufti Perak menjaja pentingnya perpaduan Melayu dan Islam, rupa-rupanya terdedah “kemunafikan”beliau. Beliau ini, seperti kata orang tua-tua, “Telunjuk Lurus Kelingking Berkait” atau ”Lidah Bercabang” atau “Mengata Dulang Paku Serpih….”. dan sebagainya. H

Kehulu ke hilir beliau menjaja kononnya PAS tidak sayang pada Islam tidak sayang pada Melayu kerana menolak “lamaran” beliau untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan Melayu di Perak. Alasan yang digunakan pun alasan dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata. Harussani dilaporkan berkata:

”“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

….Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.”

Ertinya, Harussani mentafsirkan bantu saudara yang zalim itu adalah dengan memberi sokongan politik dan kuasa kepada orang yang zalim. Betul tak?
KENAPA HARUSSANI TAK BELA USTAZ IBRAHIM LIBYA?
Kalau betul Harussani sayang sangat pada orang Islam dan perpaduan Melayu, sila jawab pendedahan yang dibuat oleh Ustaz Ahmad Awang di bawah:

“Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985. Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid.

Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut.
Betulah Mufti Perak ni Mufti Munafik. Sebuk2 nak wujudkan perpaduan Melayu dan Islam, tapi bila darah ulama yang Melayu dan Islam seperti Ustaz Ibrahim Mahmud ditumpahkan, beliau jadi juara mempertahankan pembunuhan tersebut.

Dosa membunuh nyawa yang tidak berdosa adalah dosa besar dan tidak akan diampunkan sehinggalah ianya diampunkan oleh waris-waris keluarga yang dibunuh. Kalau Haramsani betul-betul ikhlas untuk berjuang Islam dan Melayu, beliau patut memimpin delegasi mufti memohon ampun dan maaf dari waris Memali.

Cakap tak serupa bikin punya mufti. Bukan itu sikap orang munafik?
Eloklah Ustaz Ahmad Awang tolak pelawaan Haramsani. Saya takut nanti PAS Perak akan disambar api neraka kerana cenderung pada orang zalim.

Dengan mulut pembohong Haramsani ini, konfirm PAS akan ditipu di masa hadapan kalau PAS bekerjasama dengan UMNO tempohari.

Kalau Mufti UMNO pun kelingking berkait, inikan pula ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin mereka yang lain.

Tulang Besi

8 comments:

Grand Marquis said...

TB kata:
Ertinya, Harussani mentafsirkan bantu saudara yang zalim itu adalah dengan memberi sokongan politik dan kuasa kepada orang yang zalim. Betul tak?
KENAPA HARUSSANI TAK BELA USTAZ IBRAHIM LIBYA?


Hanya ada 2 kemungkinan, iaitu sama ada TB tak erti hadith atau TB saja tafsirkan kata-kata orang ikut persepsinya yang terpesong.

Patutnya TB buat homework dulu, cari apa tafsir hadith tersebut. Tapi nasihat saya, jangan pula dustakan hadith kali ini.

Ibrahim Libya tu syahid atau bughat bukan kerja kita nak bagi fatwa. Dah tentu orang PAS akan kata dia syahid dan bagi kerajaan dia akan kata bughat. Ahmad Awang tu orang pas, dah tentu dia akan fatwa ikut kecenderungan parti dia.

Kalau betul-betul nak tau, kena tanya ulama yang tak berpihak. Tapi macam biasa, keadilan cap aym yang TB dok promote tu hanya melihat pada sesuatu yang menguntungkan pihaknya aje. Lepas tu pandai-pandai nak munafikkan orang. Apakah TB ni cakap serupa bikin? Kalau hadith pun dia berani dustakan apa lagi yang TB tak berani bikin?

Yang patut TB risau ialah apa jadi dengan tabung memali bukannya siapa pergi minta maaf dengan siapa
TB pun cakap tak serupa bikin

Tulang Besi said...


Kalau betul-betul nak tau, kena tanya ulama yang tak berpihak. Tapi macam biasa, keadilan cap aym yang TB dok promote tu hanya melihat pada sesuatu yang menguntungkan pihaknya aje. Lepas tu pandai-pandai nak munafikkan orang. Apakah TB ni cakap serupa bikin? Kalau hadith pun dia berani dustakan apa lagi yang TB tak berani bikin?
.

Bughat sebab apa? Adakah Ibrahim libya mengajar dan menyuruh anak2 muridnya mengangkat senjata terhadap pemerintah?

Sila jawab GM tak ori.

Bukti tuduhan kao pasal rumah urut kat Selangor sebab apa kao tak bagi sampai sekarang?

Ni nak buat fitnah baru lagi.

Anonymous said...

WTK

Kalau tanya Ustaz Nakhie sebelum tahun 1990 dia kata Ibrahim Libya Syahid. Kalau tanya sekarang tak tau la dia kata apa. Itulah ulama PAS hukumnya berbeza-beza. Anwar dulu pun diam saja kes memali, tapi kalau tanya dia sekarang tentu dia kata zalim..zalim..zalim..

Dulu PAS kata UMNO berbaik dengan MCA, MIC kafir..kafir..kafir.. sekarang PAS berbaik dengan DAP Syarie...Syarie..Syarie...Gitu juga bila UMNO letak calon wanita dalam pilihanraya. Bila PAS kalah dia kata haram..haram..haram.. tapi bila dia letak Lo' Lo', Dia letak Dr. Halimah halal...halal..halal...

Orang-orang yahudi berkata mereka anak-anak Allah dan sangat dikasihiNya. Jadi apa-apa saja mereka buat tak salah dan tak haram. PAS ni saya tak tahu jenis apa pula?.

Anonymous said...

WTK

Fatwa Harussani berpandu Fatwa Kebangsaan yang diwakili oleh semua negeri.
Kalau tanya Ustaz Nakhie sebelum tahun 1990 dia kata Ibrahim Libya Syahid. Kalau tanya sekarang tak tau la dia kata apa. Itulah ulama PAS hukumnya berbeza-beza. Anwar dulu pun diam saja kes memali, tapi kalau tanya dia sekarang tentu dia kata zalim..zalim..zalim..
Dulu PAS kata UMNO berbaik dengan MCA, MIC kafir..kafir..kafir.. sekarang PAS berbaik dengan DAP Syarie...Syarie..Syarie...Gitu bila UMNO letak calon wanita daam pilihanraya. Bila PAS kalah dia kata haram..haram..haram.. tapi bila dia letak Lo' Lo', Dia letak Dr. Halimah halal...halal..halal...
Saya mash semasa belajar di Mesir. Apabila ada pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa pelajaran dari JPA atau Kementerian Pendidikan atau MARA, maka berkatalah golongan yang taasub PAS bahawa duit tu haram kerana ekonomi Malaysia adalah Ekonomi Yahudi. Tapi dalam diam-diam mereka pohon juga dan ada dikalangan mereka yang dapat. Halal…halal….halal…….. selalu.
Orang-orang yahudi berkata mereka anak-anak Allah dan sangat dikasihiNya. Jadi apa-apa saja mereka buat tak salah dan tak haram. PAS ni saya tak tahu jenis apa pula?.

Kapten Zero said...

memang ularmak UMNO adalah munafiq dan jahat termasuk mufti2 yang ada dan wala kepada dajal UMNO. Harap puak UG sedar dan insaf sebelum ditipu, dikianati dan dimamah olih UMNO. Nak harap najid, hishammuddin hari2 minum arak tu boleh dipercayai untuk jadi pimpinan orang Islam alamat jumpa Neraka lah kita;

Tinta Hitam said...

Aku kesian kat Harun Sani ni.Dia sendiri yg menjatuhkan harga dirinya sendiri.Kat Perak ni beliau jarang sgt tunjuk muka dah dikhalayak ramai.

Aku teringat pasal mantan Mufti Wilayah dulu iaitu Allahyarham Datuk Sharir.Punya ala ampu UMNO.Tapi bila mati berita pasal dia meninggal dunia tu kecik aje dalam surat khabar.berita tak penting.Kalau dikenagn jasanya pada UMNO patu tpatunya dia tu kena dimakamkan kat di tanah perkuburan Pahlawan Negara sebelah Mantan PM PM dan TPM..

Anonymous said...

bintara muda
TB kau ni memang sah jahil tentang agama tak payahlah nak cakap tentang halal haram. sesungguhnya hal kematian ibrahim libya itu adalah keputusan sebulat suara majlis fatwa kebangsaan. setakat ustaz ahmad awang seorang yang kata ibrahim libya mati syahid itu adalah disebabkan dia ada kepentingan politik dengan pas. yang aku tahu kesimpulanya yang ibrahim libya itu memang sahih kematiannya...syurga neraka dia adalah hak ketentuan ALLAH.Yang nyatanya kematiannya sahih dalam tregidi memali.

Anonymous said...

bunuh orang islam itu apa adik beradik darah daging lu la brader bunuh semua muslim pakai tangan muslim ha. ha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.