Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, March 24, 2010

Bagamaimana Kalau Kesemua Aduan Tulang Besi Ditolak?

Itu adalah soalan yang telah diberikan kepada Tulang Besi tadi. Teremenung sejenak Tulang Besi memikirkan soalan tersebut.

Mana mungkin aduan Tulang Besi akan ditolak sebegitu mudah setelah Tulang Besi mempunyai bukti yang kukuh lagi jelas?

Cikgu Pa begitu professional di dalam mengangi kes Tulang Besi. Namun, ada kemungkinan DEwan Harian akan menolak aduan Tulang Besi, bukan kerana kes Tulang Besi tidak kuat, tetapi kerana Tulang Besi tiada kelayakan membuat aduan disiplin.

Alasan mereka adalah mengikut Fasal 75(2), ahli biasa tiada hak untuk membuat aduan disiplin kepada SU Agung.

Fasal 75(2) Perlembagaan PAS menyebut:

“Sebuah Jawatankuasa Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat Pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan BOLEHLAH melaporkan apa-apa tindakan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu.” [dipetik dari Perlembagaan PAS, Fasal 75 (2)].

Sikit pun Fasal 75(2) tidak sebut ahli biasa tidak boleh membuat laporan Disiplin pada SU Agung. Ada ke tak?

Namun, sekiranya aduan Tulang Besi ditolak atas apa-apa alasan sekalipun, Tulang Besi tidak akan teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah Malaysia. Tulang Besi sanggup menunggu dan menghabiskan masa dan tenaga hatta sampai ke tahap membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan sekalipun. Inshaalah.

PERKARA-PERKARA YANG AKAN DISAMAN OLEH TB

Tulang Besi akan meminta mahkamah membuat deklarasi bahawa penolakan aduan Tulang Besi tidak sah mengikut perlembagaan parti. Tulang Besi juga akan menaikkan fakta-fakta berikut:

1.0 Khalid Samad di dapati bersalah oleh JK Disiplin atas aduan JK Harian negeri. Tiada disebut dalam Fasal 75(2) bahawa JK Harian Negeri Selangor ada hak membuat aduan disiplin pada SU Agung.
2.0 Tiada disebut dalam Fasal 75(2) bahawa individu ahli parti tidak boleh mengadu pada JK Disiplin.
3.0 Kes Tulang Besi ada merit dan bukti serta alsan yang kukuh dan tiada sebab untuk ditolak oleh JK Disiplin..
4.0 Kes Khalid Samad lebih kabur dan tidak berasas kalau nak dibanding dengan kes Tulang Besi. Mengapa kes Tulang Besi dibuang begitu sahaja?
5.0 JK Harian serta JK Kerja tiada hak mentafsir Perlembagaan Parti. Hanya Majlis Syura sahaja yang ada hak untuk mentafsir perlembagaan parti.
6.0 Tindakan membuang kes Tulang Besi kelak memberi gambaran PAS bersungguh-sungguh mahu mempertahankan kumpulan Pro UMNO dalam PAS.

PECAHKAN PENINGGALAN MAHAFIRAUN

Mahafiraun telah meminda Akta Pertubuhan 1966 menyebabkan sekiranya ada permasaalahan dalam parti, maka tidak boleh kes itu dibawa ke mahkamah.
MAhafiraun telah meminda akta itu kerana rahsia Mahafiraun telah terdedah. Mahafiraun telah menipu dalam Pemilihan UMNO 1987 dengan bantuan SU Agung UMNO pada masa itu, Sanusi Junid. Beliau mengalahkan Tengku Razaleigh dengan menipu undi. Macam beliau tipu undi masa pilihanraya umum juga lah.

Didapati 30 cawangan UMNO dalam 4 Bahagian pada masa itu adalah cawangan yang tidak sah menjadikan perwakilan dari 4 Bahagian itu tidak sah. Ini adalah fakta yang diiktiraf dalam mahkamah sehingga Hakim Harun Hashim mendapati UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah.

Maka, Mahafiraun, sebagai respon kepada keputusan Mahkamah itu, telah meminda Akta Pertubuhan menjadikan apa-apa masalaah dalaman parti tidak boleh dibawa ke mahkamah.
Juga perlu dinyatakan, sebelum kumpulan UMNO11 dapat membawa rayuan mereka ke Mahkamah Persekutuan di atas keputusan Harun Hashim, Mahafiraun telah memecat Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas. Mahafiraun tahu, kalau rayuan geng UMNO11 dapat didengari di Mahkamah Persekutuan, nescaya Pemilihan 1987 akan didapati tidak sah dan UMNO asal akan dihidupkan semula.

Tulang Besi mahu memecahkan legasi Mahafiraun ini. Kes aduan Tulang Besi ini mahu dijadikan “precedence” bagi menghapuskan legasi Mahafiraun yang tiada malu menyalahgunakan undang-undang untuk mengekalkan kekuasaan pribadi beliau sahaja. Undang-undang bukan untuk melindungi penipu dan pembohong seperti Mahafiraun dan Sanusi Junid. Undang-Undang adalah untuk kesejahteraan rakyat umum.

Rakyat Malaysia wajib membuang Mahathir Muhammad Iskandar Kutty serta legasi beliau di dalam longkang. Apa yang beliau buat kebanyakannya semata-mata untuk kepentingan pribadi dan kroni beliau semata-mata.

Maka, Tulang Besi berdoa Allah SWT akan memberi kekuatan kepada Tulang Besi untuk membawa kes ini ke Mahkamah terbuka sekiranya aduan Tulang Besi ditolak kesemuanya atas sebab-sebab yang tidak munasabah.

Tulang Besi juga berterima kasih pada Dato Mustafa Ali kerana telah bersikap amat professional sewaktu berjumpa Tulang Besi

PERKEMBANGAN TABUNG GUAMAN

Tulang Besi akan memberi memberi laporan perkembangan Tabung Guaman Tulang Besi selepas hari Khamis ini. Ini kerana, pertemuan pertama dengan peguam hanya akan berlaku pada hari Rabu ini, insahaalah.

Setakat ni, Tulang Besi dah dekat berminggu-minggu tak bukak akaun tabung guaman tersebut. Tulang Besi berhasrat perjumpaan dengan peguam Tulang Besi berjaya supaya peguam Tulang Besi dapat “follow-up” kes Tulang Besi secara rasmi.

Tulang Besi

22 comments:

Tayadih Maysia said...

Syabas bro!

Anonymous said...

alahai..
1.Dah agak dari lama!ke tong sampah je aduan tu!
2.Faktor-faktor penolakan:
2.1.Faktor TB-ahli biasa je!tak mendatangkan kesan pada Pas!malah kalau disingkirkan tb dari pas pun!tak mendatangkan kesan pada pas!TB mana ada pengikut!!kalau adapun dua tiga orang je!nizam,john labu,anti babi..adala dua tiga kerat je!
2.2.Isu yang yang dibawa!boleh menghancurkan pas!semua atau majoriti orang melayu dan islam tak sokong!terutamanya isu kalimah Allah!ramai orang sokong harun din!3.dalam organisasi!terutama dalam parti politik!yang penting sedaq diri!kita tu sapa!!
4.Macam tb!sapa pemimpin tertinggi dalam pas yang kenai tb!ada atau tak dak pun!sapa pun tak sedaq!!

Asilah said...

erm...satu ugutan buat PAS ni....

mungkin PAS akan diharamkan sebab-sebab yang abang rahman besi nyatakan..tapi mungkin juga abang rahman besi yang akan terpelanting.

kita sama-sama tengok nanti..

saper sebenarnya belakang abang rahmah besi ni...agaknya..boleh diselidik ni

apa-apa pun kita lihat saper benar kali ini...

pas forever said...

salam bro

sebagai ahli PAS yg setia,well informed dan mengenali sebahgian dari pemimpin UG ini,saya sedar jika benda ini di bawa ke mahkamah akan mencemarkan nama baik PAS tapi bila di fikirkan mereka2 ini tidak mahu sedar dan akan melemahkankan PAS in the long run.saya setuju dengan TB.

jika kita perhatikan balaci2 UG spt ali zaidan dan bebrapa kerat di tranungkite,kita bole dapati mereka2 ini adalah pemimpin kawasan yg jumud dan syok sendiri,malah boleh juga di dapati di kawasan saya sendiri,these people are beyond repair.

so TB i,m with you.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
IbnuQalil said...

Buat Anon 9.48 am,

Betul tu, Pakcik Rahman semakin galak mendelete komen2 yg tidak sehaluan dengannya. Mgkn juga komen2 itu berupa fakta canggahan terhadap pertuduhan Pakcik Rahman. Kalau dah rasa diri tu benar sgt, approve jela komen tu. Unless, Pakcik Rahman rasa tergugat dengan hujahan mereka. Be professional la Pakcik Rahman. Wasslam.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Sahabat kanan

Betul tu, Pakcik Rahman semakin galak mendelete komen2 yg tidak sehaluan dengannya.

Mm...umur 36, tak boleh panggil pakcik.

No.2, sebenarnya hak tuan rumah, nak let go komen ke tak..cuma ini tandanya, Tulang besi makin tidak larat menjawab, which is well understood, samaada jawapannya haq ataupun bathil, perkara kedua.

Alasan mereka adalah mengikut Fasal 75(2), ahli biasa tiada hak untuk membuat aduan disiplin kepada SU Agung.

Nampaknya tafsiran dan amaran kawan sebelum ini, adalah benar.

Rakyat Malaysia wajib membuang Mahathir Muhammad Iskandar Kutty serta legasi beliau di dalam longkang. Apa yang beliau buat kebanyakannya semata-mata untuk kepentingan pribadi dan kroni beliau semata-mata.

Sekurang2nya, sewaktu nak pecat Anwar, Mahathir ada jugak panggil Anwar utk pertahankan diri.

Naqib aku dalam PAS dulu, kena gantung keahlian tak dipanggil mengadap bicara pun.

Dalam bab ni, aku sokong Tulang besi, kerana apa pun legasi 'Mahathir' (sebenarnya ini legasi orang zalim dalam UMNO ke PAS ke apa ke) ni harus dibuang dari PAS.Jika kezaliman itu terhadap mana2 puak dalam PAS, tak kiralah ke atas erdogan dan irc, syiah dalam PAS etc, aku takda masalah menyokong mereka.Itu termasuklah TB.

JebatModen said...

salam

TB. pls perjelas berita terbaru nih. tgk kpd nama2 yg dipilih ke majlis syura tu. cam pelik jer. sumernyer leh dikatakan geng perpaduang.... Adakah keputusan akan mmbawa kpd tukarnya mursyidul am? adakah TGNA akan digulingkan? huh!

Majlis Syura PAS akan tentukan siapa Mursyidul Am malam ini


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Majlis Syura Ulamak PAS bermesyuarat buat pertama kalinya malam ini untuk sessi baru bagi melantik barisan kepimpinan tertinggi badan yang paling berkuasa dalam PAS itu.

Mesyuarat malam ini yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pemimpin paling kanan di kalangan anggota yang ada. Mereka akan menentukan siapakah pengerusi Majlis Syura Ulama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya serta empat lagi anggota majlis itu.

Mursyidul Am PAS dan timbalannya kini disandang masing-masing oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din.

Mesyuarat malam ini juga buat pertama kalinya akan mengikut format baru Majlis Syura berdasar pindaan terbaru kepada Perlembagaan PAS.

Melalui pindaan ini, anggota majlis ini adalah empat dipilih oleh Jawatankuasa PAS Pusat, empat dari Dewan Ulamak PAS Pusat dan dua dari setiap dewan iaitu Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Mereka pula akan memilih empat lagi anggota tambahan.

Sebelum ini, Majlis Syura hanya terdiri dari 12 anggota iaitu empat dilantik oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan empat oleh Dewan Ulamak PAS. Kelapan-lapan mereka pula akan melantik empat lagi anggota serta Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini telah memilih Abdul Hadi bersama dengan timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta AJK Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai wakil mereka ke Majlis Syura.

Dewan Ulamak pula telah memilih ketuanya Datuk Harun Taib, timbalan Datuk Ahmad Yaakub, naib Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan AJKnya Ustaz Nik Zawawi Salleh sebagai anggota Majlis Syura.

Wakil Dewan Pemuda PAS pula adalah ketuanya, Nasharudin Hassan dan AJKnya Ustaz Zaharudin Mohamad.

Namun begitu, Dewan Muslimat tidak membuat keputusan di kalangan mereka tetapi menyenaraikan lima nama untuk dipilih dua di kalangan mereka oleh mesyuarat Majlis Syura yang pertama malam ini.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nizam Mahmud said...

Tulang besi makin tidak larat menjawab, which is well understood, samaada jawapannya haq ataupun bathil, perkara kedua.
-----

Kalau aku tuan punya blog pun aku tak akan jawab.

Sebab kebanyakan komen atau soalan yang dikemukakan sudah tidak relevan, tidak dapat diterima oleh akal yang sihat.

Saudara Rahman sebut pasal Hasan Ali khianat dengan PR, diaorang tanya psal bini dia dah lari ker tak.

Saya sebut psal fahaman kebangsaan apabila bercakap mengenai kepimpinan negara, diaorang sebut psal cari menantu berbangsa Melayu.

Sudahlah banyak bertanyakan soalan yang tidak relevan, soalan kita pada dia tak jawab.

Pak Lah versi PAS terang-terang jawab sebut Melayu dalam satu soalan, tapi diaorg ambil pula jawapan dari soalan yang lain.
Bincang jawapan A, dia pergi rujuk jawapan B. Pemimpin UMNO pun bercakap pasal Islam, adakah ini bermakna UMNO memperjuangkan Islam. PAS sendiri kata UMNO adalah berfahaman kebangsaan.

Tapi itu dululah, sekarang ini nada dah makin serupa. Mungkin pendapat dah lain.

Kesimpulannya, komen dari Geng Perpaduan dan Geng Taksub/Taklid Hj Hadi ini amatlah rendah kualitinya dan kebanyakannya sudah lah tiada rujukan, argument pun tiada common sense.

Komen-komen ini sebenarnya tidak perlu di jawab.

Nizam Mahmud said...

Sedikit tambahan.

Satu lagi komen, untuk posting Saudara Rahman yang bertajuk "Tulang Besi menjawab Ali Zaidan", yang diperbincangkan adalah apa yang telah dilakukan dan diucapkan oleh Hj Hadi.

Tup tup, satu komen tanya psal umur saudara Rahman.

Apa kaitan topik dengan umur saudara Rahman?

Ada 'something very wrong' dengan otak fraksi UMNO ni.

Korang tu tolong la makan ubat. Kalau belum jumpa pakar sakit jiwa, buatlah appointment sekarang.

Bimbang lak aku tengok korang ni.

Tulang Besi said...

Saya setuju dengan Saudara Nizam Mahmud. Saya ambik keputusan delete komen2 picisan ni semua sebab mereka sedang cuba untuk menggangu ketenteraman perbincangan dalam blog ini.

Semenjak saya delete komen mereka, saya lihat ramai yang mula memberi komen semula berdasarkan topik yang diperbicnangkan. Mereka ni semua dibayar untuk kacau blog saya sebab mereka kepanasan atas maklumat yang disiarkan dalam blog ini.

Bak kata Pak Bakar, “Di sini bukan tempat babi cari makan”

Anonymous said...

Then... ko buat aduan sekali lagi menerusi cawangan atau kawasan ko... PJ Utara atau Bangsar tu... serah terus kat Cikgu Pa... takkan cawangan dan kawasan ko tak sokong ko kut or diaorg tu puak Fraksi juga kut...???

Grand Marquis said...

Yang Nizam tulis sampai 2 post tu relevan ke tentang posting ini?

Nizam sendiri tak paham analogi orang, lepas tu kata tak relevan. Lepas tu masuk bakul angkat sendiri.

Tektik TB ni tak lain macam tektik bush. Buat satu insiden, kemudian gunakan insiden tersebut sebagai alasan bagi menghalalkan projek songsang mereka.

Saja guna alasan tak relevan untuk delete post yang tak menyebelahinya.

Tulang Besi said...

Anonymous said...
Then... ko buat aduan sekali lagi menerusi cawangan atau kawasan ko... PJ Utara atau Bangsar tu... serah terus kat Cikgu Pa... takkan cawangan dan kawasan ko tak sokong ko kut or diaorg tu puak Fraksi juga kut...???
.

JK Harian Negeri boleh buat laporan disiplin ke? Ni lah Bidaah yang diperkenalkan dalam parti oleh puak2 UG melalui lawyer2 cabuk mereka.

Nizam Mahmud said...

Yang Nizam tulis sampai 2 post tu relevan ke tentang posting ini?

Relevan, sebab mintak jgn la bg komen tak relevan dgn tajuk.

Nizam sendiri tak paham analogi orang, lepas tu kata tak relevan.


Memang tak relevan dan bila aku tanya apa kaitan, sorang pun tak jawab.

GM, hari ini dah makan ubat?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nizam Mahmud said...

Anonymous Anonymous said...
Ini bukan tempat babi cari makan, ini tempat babi beranak pinak , tempat babi mengawan dan tempat babi berkumpul untuk di jual kepada DAP!
------

Buat apa jual pada DAP, DAP parti miskin. Asyik buat dinner kutip derma jer kerja nya.

Tapi jual la pada Tokey Judi cam Vincent Tan. Macam babi sekor dari PERKOSA tu.

Masyuk ooo jadi babi pada Vincent Tan. Jual nama Melayu, jadi proksi Cina tokei judi.

Depan kita berlakon maki hamun Cina.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Tup tup, satu komen tanya psal umur saudara Rahman.

Apa kaitan topik dengan umur saudara Rahman?

Ada 'something very wrong' dengan otak fraksi UMNO ni.

Korang tu tolong la makan ubat. Kalau belum jumpa pakar sakit jiwa, buatlah appointment sekarang.


Nizam,

kenapa tulisan awak nampak mcm kepanasan?

Ada masalah ke kalau org tanya umur?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.