Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 9, 2010

Biarkan Zul Nordin Sendirian…

Sebenarnya sepanjang beberapa tahun ini, punya ramai yang datang beritau saya si Zul Nordin ni tidak boleh dipercayai. Malahan, beberapa tahun sebelum Zul Nordin bertanding PRU 2008 pun saya sudah diberi amaran oleh pihak-pihak yang saya kenal sebagai orang yang beradab dan amat menjaga pertuturan mereka. Bahawasanya, Zul Nordin ini tidak boleh dipercayai. Malahan, ada yang memberitahu Zul Nordin adalah agen UMNO dan Special Branch.

Sepanjang masa mendengar khabar-khabar ini saya tidak pernah mempercayainya. Saya menolak terus khabar-khabar ini dan menganggap mereka tersilap atau iri hati kepada Zul Nordin.

Namun, selepas memenangi kerusi Kulim Bandar Baru, Zul Nordin menunjukkan taring beliau yang sebenar. Segala isu “agama” yang beliau perjuangkan rupa-rupanya “front” untuk perjuangan beliau yang sebenar: Memenangkan UMNO.

ARWAH USTAZ FADZIL TAK PERCAYA PADA ZUL NORDIN

Kalau mengikut laporan Bakaq@Penarik Beca, Arwah Ustaz Fadzil TIDAK PERNAH mempercayai Zul Nordin. Malahan, untuk berjumpa dengan Zul Nordin pun Ustaz Fadzil tak mau. Sehingga ke tahap, Ustaz Fadzil akan cari jalan supaya tidak bertemu dengan Zul Nordin selagi beliau boleh.

Nampaknya, Anwar Ibrahim tidak mahu mengambil iktibar dari sahabat karib beliau itu dalam isu Zul Nordin.

ZUL NORDIN TERLIBAT DALAM KONSPIRASI MUZAKARAH/KERAJAANG PERPADUANG

Dari seorang kenalan saya yang rapat memberitahu saya Zul Nordin adalah antara konspirator yang terawal dalam usaha mewujudkan kerajaan PAS-UMNO sejurus selepas PRU 2008. Beliau terlibat dalam pertemuan-pertemuan rahsia yang melibatkan Roslan SMS, Suwardi Yaakob, Ustaz Nasa dsbnya. Beliau adalah antara perancang utama usaha membawa PAS kepada UMNO.

Dengan kata lain, sikap UMNO Zul Nordin terserlah sewaktu mula-mula lagi kita memang dan sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.

Saya tak paksa para pembaca untuk mempercayai khabar yang saya bawa. Saya kenal teman saya ini dan keperibadian beliau. Jelas, beliau seorang yang amanah dan tidak pernah berbohong. Dan sumber ini juga terlibat dalam pertemuan-pertemuan rahsia membincangkan strategi membawa PAS kepada UMNO sejurus selepas menangnya PR dalam PRU 2008.

BIARKAN SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABU NYA

Biarkan si Zul Nordin ini kekal hidup sendirian dan sebatang kara. Walaupun saya sendiri lebih setuju kalau KeAdilan hanya sekadar menggantung jawatan Zul Nordin dan tidak memecat beliau, namun rasanya KeAdilan terpaksa mengambil sikap dan tindakan yang tegas dalam isu ini untuk memelihara disiplin parti mereka.

Saya sendiri tidak bersetuju dan menentang keras IFC dan beberapa pendirian Sivarasa Rasiah sebelum ini. Namun, cara terbaik adalah dengan berhujjah dengan Sivarasa Rasiah. Saya sendiri pernah berhujjah dengan Sivarasa Rasiah.

Apa masaalahnya kita berlawan hujjah dgn mereka yang jahil dalam Islam? Sivarasa Rasiah adalah satu-satunya konduit pendakwah Islam kepada puak-puak liberal di Malaysia.

Saya rela berhujjah dengan geng-geng liberal seperti Sivarasah Rasiah hatta dalam sebuah majlis forum yang terbuka di mana sahaja baik dalam bahasa Inggeris mahupun Melayu.

Namun, saya yakin, Zul Nordin ni TIDAK MEMPUNYAI ILMU AGAMA yang cukup untuk berhujjah. Beliau cuma bertindak atas emosi dan bukan ilmu. Ini kerana tujuan beliau bukan memperjuangkan Islam tapi membuat kacau dalam Pakatan Rakyat.

ISU KALIMAH ALLAH MENDEDAHKAN KETAATAN ZUL NORDIN YANG SEBENARNYA

Misalnya dalam isu Kalimah Allah, siapa beliau kalau dibandingkan dengan Sheikh Yusuf Qardhawi? Kenapa beliau terlampau emosi sangat dalam isu yang Islam tidak mengharamkannya?

Jawapannya adalah isu Kalimah Allah ini adalah isu “klimaks” UMNO yang telah dirancang sejak sekian lama. Saya pernah mendedahkan email Mahaguru58 yang menceritakan mesyuarat beliau dengan Zahid Hamidi berkenaan dengan isu “Kalimah Allah” ini semenjak Februari 2008 lagi. Ertinya, isu ini memang sudah dirancang sejak sekian lama dan Zul Nordin adalah antara “aktor” utama isu ini.

Kita lihat waktu mula-mula isu ini meletup, dalam PAS sendiri melihatkan mereka yang terkait dengan konspirasi membawa PAS kepada UMNO yang terlampau kehadapan sangat memperjuangkkannya (kecuali Ustaz Taib Azamuddin). Sehingga Ustaz Harun Din mengeluarkan fatwa kufur kepada mereka yang mempersetujui dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Syukur PAS lebih rela mengikut Islam dari mengikut emosi beberapa NGO Melayu dan Islam yang rela melacurkan diri mereka untuk kepentingan UMNO.

Keadaan sekarang telah berubah. Rakyat Malaysia yang Krisitan lebih mempercayai PAS dari UMNO dari segai mempertahankan hak asasi mereka. Sikap PAS mengikut AL Quran menyebabkan UMNO jatuh dalam perangkap mereka sendiri.

PENUTUP

Anwar Ibrahim WAAJJJIIIIBBBBB menapis dengan lbih ketat siapa yang naik dan siapa yang turun dalam perjuangan PKR. Sebelum ini ramai yang telah memberi amaran kepada DSAI berkenaan dengan Dato Salehuddin Hashim. BEtapa beliau tidak mempunyai akhlak Islami dan kuat mengerjakan benda-benda haram. Beliau juga tidak menjaga ibadah puasa dan solat beliau dan beliau juga bukanlah seorang korporat yang baik.

Tapi, Anwar kononnya merasakan beliau mahu menjaga dan mendidik Salehuddin Hashim dan menukarkan Salehuddin menjadi lebih baik. Anwar kena belajar dari Ustaz Fadzil yang lebih bijak dalam memberi kepercayaan.

Walaupun ada orang yang Ustaz Fadzil dahulu tak menjadi, tapi rata-rata mereka2 yang diberi kepercayaan oleh ustaz Fadzil kekal dan istiqamah. Misalnya adalah Amiruddin Anak Bukit yang skrg ini menjadi Exco Kedah.

Biarkan Zul Nordin ini keseorangan. Biarkan dia kembali ke tempat asal sebenar beliau, yakni kembali ke pangkuan UMNO Bahagian Bukit Bintang bersama-sama Azalina Othman dan Syed Hamid Albar. Tapi, silap besar juga kalau dia balik ke geng asal beliau itu sebab Najib Tun Razak tak percaya pada bekas2 UMNO Bukit Bintang ni.

Tulang Besi

ps ikuti kesah Zul Nordin di pecat dari PAS di sini



14 comments:

Grand Marquis said...

Apa jadi kalau TB berhujah dengan mereka, lepas tu TB kalah berhujah? Dari cara TB berhujah dalam blog pun, ternyata TB lemah dari segi ilmu agama, logik dan mantik. Dalam blog ni pun TB asyik kalah berhujah sehingga terpaksa menggunakan kaedah yang keji, kebudak-budakkan dan tak islamik untuk berhujah.

Tulang Besi said...

.Blogger Grand Marquis said...

Apa jadi kalau TB berhujah dengan mereka, lepas tu TB kalah berhujah? Dari cara TB berhujah dalam blog pun, ternyata TB lemah dari segi ilmu agama, logik dan mantik. Dalam blog ni pun TB asyik kalah berhujah sehingga terpaksa menggunakan kaedah yang keji, kebudak-budakkan dan tak islamik untuk berhujah.M
.

GM tak ori. Kenapa kao melalut ni.

Mana bukti yang aku mintak tu.

Satu alamat pun kao tak boleh bagi.

Dah pegi tempat lain kalau nak buat fitnah. Jgn menoyibuk kat sini.

Anonymous said...

WTK

Alhamdulillah. nampaknya semakin hari semakin ramai pemimpin PKR tidak boleh dipercayai. Bermua dengan Ezam, Lokman Adam, Zahrain, Fairuz dan lain-lain lagi. Kini Zul Nordin pula. Satu demi satu yang akhirnya sampai kepada Anwar Ibrahim. Hari ni yang keluar PKR semua dah tak percaya kepada Anwar. Mungkin setahun lagi separuh ahli PKR tak percaya kepada Anwar. 3 tahun mungkin 80peratus yang tak percaya. Akhirnya PKR terkubur atau jadi Parti Kumaresan Ramasamy. Kesian pemimpin PKR tak ada haluan perjuang.Sekarang ni dah mua minta tolong Qaradawi. Kesian ulama tua tu di buat alatnya.

Anonymous said...

Salam,

Rasanya memang ada unsur2 berbaur fitnah dalam artikel ini. Entahlah, Allah maha mengetahuinya. Kenyataan 'tidak mempunyai ilmu agama yang cukup' juga merupakan satu pendapat peribadi dan tidak ada justifikasi yang jelas.

Tentang pemecatan beliau, satu perkara yang tidak kena bagi saya ialah beliau tidak diberikan ruang untuk membela diri berkenaan dengan isu tersebut. Umum mengetahui beliau membuat laporan polis adalah sebab kalimah Allah. Jadi perkara tu memang ada kaitan antara satu dengan lain.

Ketika DSAI menuntut keadilan dari mahkamah dan mendakwa banyak pihak tak betul dalam mengadili kesnya, parti KEADILAN juga nampaknya berlaku tidak adil dengan memecatnya sebelum memberi peluang untuk beliau membela diri. Telah menghukum beliau walaupun belum dibicarakan dengan mangatakan beliau bersalah. Sama seperti puak2 UMNO buat kepada DSAI sendiri. Inikah parti yang dikatakan memperjuang keadilan untuk semua?

Dalam isu kalimah Allah, beliau mempunyai pendapat beliau sendiri berdasarkan ilmu agama yang beliau ada (yang pasti lebih tinggi dari saudara). Beliau bukan mengikut puak2 UMNO spt yang dikatakan oleh pihak2 yang mengutuk beliau termasuk saudara.

Cuba baca pendapat beliau berkenaan dengan perkara ini dengan hati yang tenang tanpa prejudis :

http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/allah-hu-ahad.html

Kalau saudara orang yang berakal tentu saudara boleh membezakan kenyataan fitnah ini dengan hakikat sebenarnya. Semoga Allah melindungi kita semua dari bencana fitnah. Wallahua'lam

-yang neutral-

Anonymous said...

alahai..
1.bagi puak atas pagaq!zul merupakan seorang pejuang islam terutama dalam isu kalimah Allah.Dia sanggup pegang pada prinsip walaupun sedar Kulim bukan merupakan kawasan majoriti melayu dan islam.
2.Dia sependapat dengan hampir semua ulamak diMalaysia terutama dalam isu kalimah Allah!Walaupun dia tahu mungkin pengundi cina atau pengundi india tak kan mengundi dia lagi!dia tidak takut!yang penting Islam dipertahankan!Dikalangan umat islam dimalaysia !zul adalah pejuang islam!sama seperti harun din!dalam kes penggunaan kalimah allah!
3.Yussof Qardawi!mungkin dia tak tau situasi dimalaysia!dia dapat maklumat yang salah!Dia pun bukan maksum!DiMesir!yang dok tolong Israel tu!dia ada teguqka!!Dia pi nasihatka pada pemimpin Mesir supaya jangan dok bantai puak Palestin!Jadi pencacai Mesir!
4.GM!TB dah panas!!hang jangan mengalah!ajaq dia sikit!dia dok pecahbelahkan sesama islam!sesama pas!!Budak igusan bolehlah di dok bohong!!dia dok guna hadis dan dalil ikut nafsu dia jee!!
5.Akhir zaman akan lahir manusia yang akan gunakan hadis dan ayat Al-Quran untuk kepentingan diri!!

Tulang Besi said...

Ikuti kesah Zul Nordin di pecat dari PAS di sini .

Tulang Besi said...

yang neutral,

Lebih mudah kalau saudara boleh "pin-point" secara spesifik di mana unsur fitnah yang saudara kata ada dalam artikel saya ini?

Instead off buat tuduhan liar sebegini.

Anonymous said...

Kk sy cuba senaraikan :

1.Zul Nordin adalah agen UMNO dan Special Branch

2.Perjuangan beliau yang sebenar: Memenangkan UMNO.

3.Ustaz Fadzil akan cari jalan supaya tidak bertemu dengan Zul Nordin selagi beliau boleh.

4.Saya yakin, Zul Nordin ni TIDAK MEMPUNYAI ILMU AGAMA yang cukup untuk berhujjah.

5.Zul Nordin adalah antara konspirator yang terawal dalam usaha mewujudkan kerajaan PAS-UMNO

Kenyataan tersebut bagi saya mempunyai unsur fitnah yang masih belum dapat dibuktikan melainkan ia hanya pendapat saudara semata2. Kerana ia mempunyai niat yang tak baik untuk menjatuhkan nama baik beliau.

Saya bukanlah penyokong kerajaan UMNO yang penuh kejahatan tu tapi sy adalah penyokong keadilan dan kebenaran. Terima kasih.

-yang neutral-

Tulang Besi said...

Kk sy cuba senaraikan :

1.Zul Nordin adalah agen UMNO dan Special Branch
.

Saya menceritakan cerita-cerita yang saya dengar, bukan saya buat tuduhan itu. Baca balik artikel saya itu.

2.Perjuangan beliau yang sebenar: Memenangkan UMNO..

Ini kesimpulan saya dari penilaian saya terhadap tindak-tanduk Zul Nordin selama ini. Sila rujuk artikel-artikel saya sebelum ini yang menerangkan konklusi saya ini dengan lebih mendalam:

1.0 http://www.malaysiawaves.com/2010/01/tulang-besi-tukar-pendirian-zul-nordin.html
2.0 http://www.malaysiawaves.com/2010/01/zulkifli-nordin-dah-jadi-barua-umno.html
3.0 http://www.malaysiawaves.com/2010/02/3-wakil2-rakyat-pkr-bermasaalah-akan.html

3.Ustaz Fadzil akan cari jalan supaya tidak bertemu dengan Zul Nordin selagi beliau boleh.

Sila rujuk pendedahan Bakaq@Penarik Beca di Anwar Mahu Menabalkan Hero Baru UMNO .

4.Saya yakin, Zul Nordin ni TIDAK MEMPUNYAI ILMU AGAMA yang cukup untuk berhujjah.

Sebab dia memperjuangkan isu yang tidak diharamkan oleh Islam i.e. Isu Kalimah Allah digunakan orang Krisitian.

DIa macam Khawarij mengharamkan apa yang Allah SWT tidak haramkan.

5.Zul Nordin adalah antara konspirator yang terawal dalam usaha mewujudkan kerajaan PAS-UMNO.

Iye sebab saya dapat maklumat ni dari pimpinan2 PAS dalaman sendiri yang mereka sendiri terlibat dalam konspirasi itu. Tak percaya sudahlah, tapi ia bukan bukti saya memfitnah Zul nordin. Saya bertanggungjawab atas maklumat ini.

Jadi, di mana buktinya saya memfitnah Zul Nordin?

anti fitnah said...

Iye sebab saya dapat maklumat ni dari pimpinan2 PAS dalaman sendiri yang mereka sendiri terlibat dalam konspirasi itu. Tak percaya sudahlah, tapi ia bukan bukti saya memfitnah Zul nordin. Saya bertanggungjawab atas maklumat ini.


Yang ni sah fitnah.. kalau dah takde bukti, memamg sah fitnah.. kalau setakat nak kata Tb bertanggungjawab terhadap maklumat itu, itu bukan point yang boleh di sandarkan sebagai bukti.. kalau masuk mahkamah pun sah Tb kalah... tunjukkan lah maklumat bertulis ke, gambar pertemuan ke, minute mesyuarat ke, tapi tidak.. setakat hearsay atau khabar angin atau org kata seperti hadis palsu (benda diciptakan atas sebab peribadi atau nafsu)

zakwan said...

Now, let's see:
Zul Nordin adalah agen UMNO dan Special Branch

Don't think he's a SB
But BTN sure brainwash him good
UMNO agent?
Don't think so but he is sympathetic 2 their cause

Perjuangan beliau yang sebenar: Memenangkan UMNO..

Pretty obvious,don't u think

Ustaz Fadzil akan cari jalan supaya tidak bertemu dengan Zul Nordin selagi beliau boleh

Well,there's a reason why PAS gave didn't field him as a candidate n gave him the boot

Saya yakin, Zul Nordin ni TIDAK MEMPUNYAI ILMU AGAMA yang cukup untuk berhujjah

I believe he can argue well with others concerning religious matters in his blog
But when it comes 2 face 2 face, not a chance
For example, during the gathering of prominent Muslim academicians and Pakatan rakyat leaders(Tuan Ibrahim,Khalid Samad etc)at Anwar's house to discuss on the "Allah" issue, he did not speak out at all
This shows that he doesn't hav the guts 2 debate face 2 face

Zul Nordin adalah antara konspirator yang terawal dalam usaha mewujudkan kerajaan PAS-UMNO.

Very likely
Like Hassan Ali,the prospect of Malays, Chinese n Indians achieving equality in terms of political power and economical status must hav scared the living daylights out of him

Grand Marquis said...

GM tak ori. Kenapa kao melalut ni.

Mana bukti yang aku mintak tu.

Satu alamat pun kao tak boleh bagi.

Dah pegi tempat lain kalau nak buat fitnah. Jgn menoyibuk kat sini.


Apakah orang macam ni layak pergi debat dengan orang kafir? Nanti bila dia tak de hujah dia akan main pusing-pusing. Last-last dia suruh orang pi tempat lain.

Lihatlah tektik murahannya. Dia tau, orang lain tak de kerja nak pi ambil alamat semata-mata nak bagi kat dia (bukan dia nak tutup rumah urut pun). Dengan itu, dia terus main isu ini supaya dia dapat menutup malu dia mendustakan hadith.

Takkan hang nak buat tektik macam ni bila debat dengan orang bukan Islam. Last-last yang akan terfitnah ialah Islam.

Itulah saya dah kata dulu, orang seperti anda ni TJTJ. Tak de jawatan dan tak de tanggungjawab. Oleh itu, bolehlah cakap berdegar-degar sebab tak perlu bertanggungjawab.

zakwan said...

Tentang pemecatan beliau, satu perkara yang tidak kena bagi saya ialah beliau tidak diberikan ruang untuk membela diri berkenaan dengan isu tersebut

Really?
Tell that Khalid Samad
He too was not given the chance to explain his actions in calling the guideline by JAIS concerning the usage of Islamic terms as "outdated"

As a fellow MP,Zul Nordin should hear out first what he had to say before stepping over the line and lodge a police report against Khalid

The way I see it, Zul Nordin is having a taste of his own medicine

Anonymous said...

Biarkan jer si ZUL tu , da kat PKR mana boleh nk lebih2 kan agama ISLAM, kan liberal katanya, yg nyata dlm PR kalo ko sebut nak perjuangkan agama jer akan di cap pengkianat ..heeee...


JOJO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.