Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, March 26, 2010

DAP Tolak Judi. UMNO Taja Judi. Mana Suara PAS?

Dalam sebuk-sebuk UMNO memperjuangkan “Kalimah Allah” sehingga terbakarnya beberapa gereja seluruh Malaysia, tiba-tiba “Musryidul Am” UMNO dilaporkan berkata:

Malaysia plans to review proposals to legalise sports betting ahead of the World Cup finals in South Africa, a report said Wednesday
"There are proposals, but we will see first," Prime Minister Najib Razak was quoted as saying by the New Straits Times.
The newspaper said sports betting may legalised in time for the World Cup which is played from June 11 to July 11.” .


Artikel yang sama dari AFP melaporkan bahawa projek ini (judi sukan) adalah tajaan Berjaya Group / Vincent Tan. Mungkinkah Najib mampu menolak permintaan Berjaya Group ini apabila Vincent Tan dilaporkan telah berjasa kepada Najib dalam pengambilan Perak.

Mengikut Raja Petta Kamaruddin:

Whatever it may be, the thing that prompted her to abandon the party that no longer appreciated her services was the RM25 million that Vincent Tan of Berjaya paid her. Yes, she was paid a cool RM25 million in cash, more money than any Malaysia Today reader will see it many lifetimes.
Dilaporkan oleh Raja Petra bahawa Vincent Tan telah membeli Timbalan Speaker Perak untuk melompat ke BN. Pelompatan Hee ini telah menjayakan “coup-de-tat” di Perak.

Maka, adat orang meniaga, apabila wang telah keluar, maka haruslah wang tersebut diganti semula dengan keuntungan. Mampukah Najib menolak permintaan Vincent Tan untuk mengadakan judi sukan sedangkan UMNO terhutang budi dan “body” dengan Vincent Tan.

(NOTA:Di Malaysia, tokeh judi dilayan dengan layanan istimewa berbanding ulama Islam i.e. Vincent Tan, Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dsbnya)

DAP YANG LAWAN. MANA PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN PAS?

Saya hairan mengapa isu ini tidak dimasukkan dalam ucapan Presiden sewaktu Perbahasan Titah Baginda Yang Dipertuan Agung baru baru ini.

Mengikut Twitter ZainulFaqar, ucapan Presiden lebih merupakan khutbah jumaat berbanding ucapan polisi seorang Presiden parti. Inilah masaalahnya apabila Presiden melantik orang yang tidak mengerti politik dan ekonomi seperti Dr Shamsuri sebagai Setiausaha Politik beliau. Hasilnya, dapatlah Presiden ucapan-ucapan bertaraf khutbah di kampung yang disediakan oleh SU politik beliau yang dunggu lagi terpalit skandal konspirasi.

Ucapan Timbalan Presiden juga tidak menyentuh soal ini. Sememangnya Timbalan Presiden PAS, kalau beliau hadzir, tidak pernah memberi ucapan yang baik pun selama beliau di Parlimen selama ini.

Yang menaikkan isu ini adalah wakil DAP, Anthony Loke yang bukan Islam. Nasib baiklah ada Dr Dzul Ahmad yang digelar sebagai pemimpin yang tidak wala’ menyelamatkan maruah PAS. Habis tu Presiden pun tak kesah pasal isu ni.

Sepatutnya Presiden atau Timbalan Presiden mesti mengeluarkan kenyataan yang KERAS menghentam Najib. Tapi, adakah Presiden takut isu seperti ini akan membuat ahli-ahli PAS lebih benci kepada UMNO sekaligus mengagalkan lagi agenda Perpaduang? Sudah tentu Dr Shamsuri mampu menjawab soalan ini.

Sekarang ini, orang Islam di Malaysia terpaksa bergantung harap pada Ahli-Ahli Parlimen dari DAP untuk memperjuangkan isu Judi dan Arak. Presiden dan Timbalan Presiden PAS seboleh-boleh mahu mengelak isu ini kerana mungkin ia membahayakan agenda “PERPADUANG”.

Anthony Loke dilaporkan berkata:
“Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil bagi menjawap di Dewan Rakyat berhubung laporan agensi berita asing bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini.


Ini kerana katanya, pertaruhan berkenaan akan menjadi punca kepada masalah gejala sosial yang lain, khusnya di kalangan masyarakat Cina.

Menurut Loke (kiri), untuk mempertimbangkan keputusan yang akan memberi impak sosial yang sebegitu besar, kerajaan seharusnya membuat pungutan suara.

Tulang Besi

Sports betting under review in Malaysia
(AFP) – 1 day ago

KUALA LUMPUR — Malaysia plans to review proposals to legalise sports betting ahead of the World Cup finals in South Africa, a report said Wednesday.
"There are proposals, but we will see first," Prime Minister Najib Razak was quoted as saying by the New Straits Times.
The newspaper said sports betting may legalised in time for the World Cup which is played from June 11 to July 11.
It said the Berjaya Group, a major Malaysian conglomerate with holdings ranging from lottery to casino operations, was seeking approval from the government to operate sports betting activities in the country.
Illegal betting on football is rife in Malaysia and the World Cup is expected to see a surge with millions of dollars changing hands.
The Berjaya Group made a similar proposal a few years ago, but then prime minister Abdullah Ahmad Badawi shot down the request. Gambling is forbidden in Islam and Malaysia has a large Muslim population.
A senior Malaysian sports official, on condition of anonymity, told AFP that the government could channel the revenue generated from legalising betting to promote sports.
The official, however, cautioned that it would not eradicate match-fixing.
"The fight against match-fixing is never ending. By legalising betting, it will not totally eradicate match-fixing. What we need to do is to remain vigilant," he said.
Corruption has long blighted football in Asia, particularly in Malaysia, Vietnam and China.
Asian Football Confederation chief Mohamed bin Hammam has previously described match-fixing as a "cancer" that is destroying the game in Asia.
Copyright © 2010 AFP. All rights reserved. More »

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Judi sukan, Pakatan minta Najib perjelaskan.

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil bagi menjawap di Dewan Rakyat berhubung laporan agensi berita asing bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini.

Ini kerana katanya, pertaruhan berkenaan akan menjadi punca kepada masalah gejala sosial yang lain, khusnya di kalangan masyarakat Cina.

Menurut Loke (kiri), untuk mempertimbangkan keputusan yang akan memberi impak sosial yang sebegitu besar, kerajaan seharusnya membuat pungutan suara.

MP Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang juga hadir pada sidang media di lobi Parlimen berkata tindakan mempertimbangkan judi sukan itu suatu pendedahan yang agak menggangu fikiran.

Katanya, adalah mengejutkan bahawa Najib cuba berganjak dari dasar Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution pula berkata Najib wajar menjelaskan kenapa beliau sanggup mempertimbangkan judi itu. Jika alasanya untuk meraih jumlah wang yang besar, katanya ia adalah bukti bahawa kerajaan mengabaikan rakyat.

19 comments:

zakwan said...

Legalized World Cup betting,huh?
I can't blame the government as tourists will flocking to Singapore once that casino at Sentosa Island is open

Malaysia as gambling central
That's Islam Hadhari to you
Oh wait!!!
Pak Lah has kicked the bucket
That's 1Malaysia to you
Oh wait!!!
Even the kafir DAP is against legalized gambling
That's Islam versi UMNO to you

Takbir!!!!
Allahu.....
Wait a minute!
Duit-lah HuAkbar!!!!

Anonymous said...

Buat apa TB tanya PAS? Kan ke PAS ni semenjak di pegang oleh geng Terengganu hanya sibuk dengan politik reban ayam nya.

dino.yp@gmail.com said...

Hoi TB, hang barunak perasan ke. PAS dari dulu nama jer Parti Islam, tapi isi dia ... entah apa2... macam hang ler nama Islam tapi isi... entah apa2..

Anak Perelih said...

Suara PAS...

http://malaysiakini.com/news/127447
MP Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad yang juga hadir pada sidang media di lobi Parlimen berkata tindakan mempertimbangkan judi sukan itu suatu pendedahan yang agak menggangu fikiran.

Takkan ni pun nak Pres dan T. pres yg cakap... sedangkan PKR Saifuddin yg buat statement dan DAP, Loke yg buat statement...

Lain le kalau LGE/LKS or Anwar/Wan Azizah buat Statement.. then baru Pres, T. Pres kena buat statement...

Lagipun itu perancangan strategi PR untuk naikan isu ni... dimana DAP akan bersuara supaya nampak ianya bukan tindakan yang boleh dilebel sebagai "TALIBAN" jika PAs yg mula bersuara.. dan dalam masa yg sama memperbaiki imej DAP yg diserang oleh UMNO sebagai anti Melayu/Islam... Tugas PKR dan PAS adalah utk support...

Ni hujah just to attack Pres/T. Pres saja tanpa mengkaji ni...

Anonymous said...

tak tahu ke pas masa kat tenganu dulu bersepah judi ada, pas mmg taja judi cam umno gak, betul dah klu ko tak bayar yuran ahli pas pun.. sbb pas penaja judi kan.. apa lah TB buat2 tak tahu pulak..

pas ni selalu tak ikut PR, mp DAP dan PK ada yg dah klur parti, bagaimana PAS pulak.. tak de yg nak ikut ke?

nana tanjung said...

salam TB..........

Hj hadi ni dah lama sangat dah...
dah tak dak ummpph lagi... baik dlm DUN mau pun dlm p'lemen....

idea perpaduang ni macam 'time bomb' saja......bila dia nampak orang lemah dan tak perasan....mula laa dia akan lepas asap....test market tengok...laa nie depa KIV dulu....

pasai tu nak cakap pasai judi pun terhege-hege........
puak t'ganu kite saja yg dok 'gila' ngan perpaduang ni........

orng Pas dah menyampah idea perpaduang ni......

TB tolong kautim sama itu Nasha....
dia ni laa duri dlm daging sebenarnya.........

geng perpaduang ni tunggu TGNA 'lena' saja.....lepas tu kita boleh tengok laa apa nak jadi ngan Pas.......

kalau berlaku laa idea perpaduang mabuk nie........kami ramai-ramai akan berhijrah....mufaraqah....tak akan bersekongkol ngan idea sasau nie.......

penyokong PAS said...

Salam.. Cantek betullah kamu panggil orang dungu, habis kamu tu siapa. Kamu ni baru bangun dari tidur ke... apa selama ini PAS sokong judi arak dan segala maksiat? takkanlah hari-hari kena sebut, fikirlah sendiri. Bila isu rampasan arak, siapa munafik yang menentang tindakkan Hassan Ali. Kamu ni memang jenis tidak berada dan sombong. Aku ada tulis satu komen dan komen aku duk atas sekali, tiba-tiba kamu padamkan komen aku. Tapi pandai pulak kamu jawab komen aku. Inikah sikap blogger yang tiada harga diri. Jika tak siarkan komen aku, jangan siarkan langsung. Lain kali janganlah nak berlagak pandai dari orang lain. Lepas siar komen pembaca, kemudian padamkan semula. Kamu fikirlah sendiri jika ramai blogger bersikap seperti kamu, hilanglah kepercayaan orang kepada blogger yang lain. Jangan jadi 'kerana nila setitik habis susu sebelanga'. Sebenarnya blogger macam kamu ni betul-betul memalukan.

Grand Marquis said...

Itulah UMNO. Hakikatnya kebanyakkan pemimpin UMNO amat ketagihan judi. Pemimpin UMNO sabah osu sukam kantoi lebih 2 juta akibat hutang judi. Ibrahim Ali sanggup bersengkongkol dan terlalu menyintai Vincent Tan si tauke judi. Najib amat memuliakan judi berbanding umat Islam kerana meluluskan lesen judi tahun lepas.

Akbar utusan, metro amat mengagung-agungkan judi sehingga judi dilihat lebih besar dan mulia dari pandangan ulama dan ustat2...

Bung Mothtar pula terlalu teruja bila meratah tubuh Zizie..

Grand Marquis said...

UMNO tahi judi.

UMNO sanggup merobohkan rumah melayu di Johor dan membunuh beramai2 umat melayu baling...

tetapi amat mengagungkan judi sedingga boleh diiklankan di utusan dan metro..

mana suara mufti perak yang berdegar2 macam tin kosong melalak kununya ramai melayu murtad tapi takut nak tegur iklan judi di utusan..

Ramai Orang Gila Judi - M Daud Kilau

Musafir said...

Apala hang, bila Presiden n Timbalan presiden x cakan hang hentam depa. Bila DAP cakap hang puji bagai nak rak.

GM,

Hang jangan kutuk mufti perak cam2. Ingat kalau x buat kenyataan dia sokong ka? Pikir la sikit. Adab pada Ulama' kena jaga. Ni semua mainan media yang inginkan perpecahan dalam negara.

john labu said...

aku nak jawap komen bodo orang ulu pereleh ni

Takkan ni pun nak Pres dan T. pres yg cakap... sedangkan PKR Saifuddin yg buat statement dan DAP, Loke yg buat statement...


abih tu nak suruh pesedent cakap pasai apa?? pasai kelebihan bercanda ditepian pantai??
kata Pas juara pembela islam.. tak kan nak tungu dap dulu cakap.. aku ingat pesiden ni klass makmun je lerr!!

Lain le kalau LGE/LKS or Anwar/Wan Azizah buat Statement.. then baru Pres, T. Pres kena buat statement...


heh heh heh kena ikut darjat kasta rupanya.. kena kufu dulu baru ikut?? ikut!!?? ikut tu makmun la plak.. sah la pesiden ngan timbalan ni makmun! semayang belakang najib.

Lagipun itu perancangan strategi PR untuk naikan isu ni... dimana DAP akan bersuara supaya nampak ianya bukan tindakan yang boleh dilebel sebagai "TALIBAN" jika PAs yg mula bersuara.. dan dalam masa yg sama memperbaiki imej DAP yg diserang oleh UMNO sebagai anti Melayu/Islam... Tugas PKR dan PAS adalah utk support...


kehkehkeh inilah analisis tahap babun.. fitnah lagi budak bodo piang ni..

Musafirlalu said...

Salam.... untuk makluman saudara, pengkomen dan pembaca TB, jangan disalahtafsirkan antara MUSAFIR dengan MUSAFIRLALU. Bukan apa saya takut tersalah anggap kerana saya jika ingin memberi komen, saya akan gunakan nama penuh MUSAFIRLALU. Sekian.

Anak Perelih said...

woit John Labu yabng perasan orang bandar tapi asai tah ulu mana tah....

aku ambik balik ayat ko...
abih tu nak suruh Anwar/ Wan Azizah/LGE/LKS cakap pasai apa?? pasai kelebihan bercanda ditepian pantai??
.. apa ingat ingat Anwar/ Wan Azizah/LGE/LKS ni klass makmun je ke!! Anwar pun semayang belakang Najib jugak ke???

yg betulnya pemimpin atasan macam TGHH/TGNA/LKS/LGE/Wan Azizah/Anwar ada peranan masing masing... isu ni diaorg bagi kat leftenan masing masing... ko ingat Dr. Zul tu cokia sangat ke???? Saifudin tu cokis snagat ke...? Yoke tu cokia ke??? Kalau semua pemimpin atasan nak kena buat.. yang bawah bawah ni buat kerja apa...?? goyang kaki??

Kalau PAs cakap dulu, puak puak liberal serta puak puak BN/UMNO mula la kata PAS ni TALIBAN... dan melaga lagakan bukan Islam dgn PAs.. so strategi dia.. DAP cakap, PKR dan PAs support... nama DAP pun baik dikalangan org Melayu/Islam yang selama ni BN/UMNO dok propagandakan sebagai anti Islam/Melayu... dalam politik ni mesti ada strategi... tak boleh lurus bendul sangat macam hang ni... kalau lurus bendul macam hang.. alamat asyik ditipu UMNO/BN le sampai bila bila.... Tak ada la chance PR nak menang...

Mentaliti hang ni mentaliti babun... bodoh piang...

Tulang Besi said...

musafirlalu,

mung ke yang beri "maklumat" pasal aku ke PapaGomo?

Anonymous said...

DAP should stand up and lead Pakatan to stand up agaisnt ALL forms of judi in Malaysia bcos this biz only benefit the rich and connected,the poor are lured to try thier luck by contributing to the prize money.Moreover, many families are destroyed by this gambling thing.Kenapa Ibrahim pekasa diam sje perkara ni?

Anonymous said...

PAS pun nak try nasib mereke dgn bersetubuh dgn UMNo..syook o..ada power..ada dui..ada mechedh..boleh keletong pasai firaun,piramid..akhir bulan ada gaji busat..parak kroni kasi kontlek..sign,dapat 10%...masok umno bolkeh pigi over seas(sponsered by vincent tan n co) 4 cuti2 plus bizniz plus kelentong pasai firaun,kafir,zioniz, n shedding crocodile tears for palestine..

Anonymous said...

PAs dah split in2 two..dah lama org dah tau hal ni..masalahnya,ahli2 PAS tak nak revolt..tak nak mutiny..tak nak bagi ultimatum..problem ni dah masuk usia 2 tahun..unless some sort of revolt happens,we r goin to dengar these type of sh!t over n over again..

Unifi said...

Sebenarnya di Malaysia terdapat tempat / orang yang menerima perjudian sukan yang haram.

Kerajaan setuju atau tidak bagi meluluskan perjudian sukan ini tidak menjadi halangan kepada sesiapa yang ingin berjudi dalam sukan seperti perlawanan bola sepak.

Tetapi yang rugi hanya kerajaan kerana wang perjudian ini tetap jatuh ke tangan orang yang memerima perjudian sukan yang haram ini.

Keuntungan ini perlu diambil oleh kerajaan dan salurkannya ke tempat kebajikan awam seperti menambahkan subsidi ke atas makanan asas seperti gula atau wujudkan internet percuma di seluruh Malaysia.

p/s: Ingat yang ingin berjudi tetap akan berjudi biarpun haram atau tidak disisi undang-undang

HeroTamil said...

Wakakakakaka...
Lawak penganut PIS...
hehehehe.."Mursyidul Am UMNO"..
memula sekali jawatan ini tidak ujud dalam UMNO...dia di lantik oleh perwakilan. Mursyidul PIS??..hahahaha..di lantik oleh segolongan Pembesar PIS.
Kedua.. Penyokong UMNO masih menegur perbuatan presiden UMNO jika mereka salah. PIS ada berani ka??

Heheheheheh..Berita dari AFP??
hehehehehe...Anyway, ianya belum di luluskan..dan ramai juga penyokong UMNO yg membantah. Penyokong UMNO bukanmacam penyokong PIS.

Hahahahahahahah...anyway, aku masih ingat lagi jawapan TBM..kenapa Kedai judi dan arak di Selangor dan Kedah belum tutup..

jawapan yang TBM beri...
Org Islam diharamkan berjudi dan minum arak.

so you guys can figure!!
LOL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.