Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 1, 2010

Ibu Pejabat PAS Temui Blogger Dakwa Salah Laku 3 Pemimpin PAS - Malaysianinsider

Ibu Pejabat PAS Temui Blogger Dakwa Salah Laku 3 Pemimpin PAS - Malaysianinsider
Fri at 9:46pm | Edit Note | Delete
Ibu pejabat PAS temui blogger dakwa salah laku 3 pemimpin
Oleh G. Manimaran.

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Blogger yang seringkali mengkritik tindakan pemimpin PAS menyokong idea kerajaan perpaduan Umno-BN berkata, setiausaha agung parti sudah memberi “lampu hijau” ke atas aduan rasmi dibuat membabitkan tiga pemimpin kanannya, mendakwa wujud salah laku menjejaskan nama komponen Pakatan Rakyat itu.

Pengendali blog malaysianwaves.com, Abdul Rahman Talib yang turut dikenali sebagai “Tulang Besi” memberitahu The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali telah menyatakan kesediaan untuk menemui beliau sambil menyifatkannya sebagai “langkah positif.”


“Saya menerima panggilan daripada pejabat setiausaha agung beberapa hari lalu mengatakan bahawa Datuk Mustafa mahu menemui saya berhubung aduan yang dibuat (awal bulan ini)... saya melihat kesediaan beliau sebagai satu langkah baik,” kata beliau ketika dihubung di Jakarta.

Langkah itu disambut baik beliau kerana setiausaha agung yang mempunyai kata putus sama ada sesuatu aduan mempunyai merit untuk disiasat ataupun sebaliknya pernah mengetepikan beberapa aduan sebelum ini termasuk yang dikemukakan oleh Exco Pemuda PAS Abdullah Abdul Karim.

Beliau selain mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin parti itu menggantung Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad enam bulan sedangkan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hanya diberi amaran juga mendakwa aduannya pernah ditolak Mustafa.

Tindakan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan segelintir pemimpin dan ahli PAS.

Abdul Rahman yang berada di Indonesia kerana urusan perniagaan memberitahu beliau akan terbang ke Kuala Lumpur hujung minggu depan jika masalah pasportnya selesai segera.

Difahamkan ini kali pertama sejak pertengahan tahun lalu pengadu yang membuat aduan ditemui setiausaha agung untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Mungkin Datuk Mustafa ingin mendapatkan maklumat lanjut dan mungkin hendak tanya beberapa soalan,” kata beliau sambil menambah sepatutnya “ini merupakan kaedahnya jika aduan rasmi dibuat.”

“Biasanya pendakwa raya akan menemui orang yang membuat aduan... akhirnya setiausaha agung (PAS) mengambil langkah yang betul,” katanya.

Dalam aduannya pada 12 Feb lalu, Abdul Rahman turut menyenaraikan supaya keseluruhan anggota Majlis Syura PAS yang menyokong usaha meneruskan dialog kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke-12 disiasat jawatankuasa disiplin parti.

Tiga pemimpin yang dimaksudkan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Hasan yang bulan lalu dikenakan tindakan amaran oleh jawatankuasa disiplin.

Idea dialog kerajaan perpaduan membabitkan PAS-Umno mendapat sokongan berbelah bahagi dalam parti itu.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mereka yang menyokongnya menentang usaha sedemikian.

Nasharudin dan Hasan merupakan antara pemimpin dirujuk Nik Aziz agar ditukar dengan diadakan pemilihan khas menerusi Muktamar Agung Khas.

Muktamar khas tidak diadakan sebaliknya Hasan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin di mana keputusan diumumkan 29 Jan lalu.

Isu idea kerajaan perpaduan turut mendapat perhatian Muktamar Agung PAS 2008 dan 2009.

Beberapa pihak dalam dan di luar PAS selain Nasharudin turut menyokong idea berkenaan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mereka berkali-kali telah menafikannya.

Akhir tahun lalu Abdul Rahman mencetuskan kejutan dengan mendedahkan rakaman yang didakwa pengakuan dan kenyataan menyokong idea kerajaan perpaduan.

Dalam blognya, Abdul Rahman minggu lalu berkata beliau akan melantik peguam jika tiada perkembangan daripada sekretariat PAS berhubung aduan yang dibuat.

Bagi membantu langkahnya itu dia memohon sumbangan daripada orang ramai dan setakat ini lebih RM10,000 telah dikumpulkan.

9 comments:

Anonymous said...

Aku tak faham la dgn ko TB, ko tu cuma ahli PAS ajer..tapi awak punya paln dan rancangan nk Majlis Syura, AJK Disipilin Pusat, pimpinan PAS pusat dengar kata awak sampaika Majlis Syura pun perlu dibawa ke muka pengadilan..jahat benar Majlis Syura berbanding dengan awak sorang ni..sedangkan sekor2 pemimpin PKR melompat, x sekelumit kritikan awak lemparkan kpd PKR dan DAP..Sebab itu saya yakin, awak tk ikhlas dlm perjuangan..tapi awak ada agenda utk runtuhkan PAS dari dalam..siapalah Abdulllah Karim yg pandai kritik lepas tu lari ke luar negara ikut buntut bini..tambahan lagi orang spt awak..sikit saya x hormat..

zakwan said...

All the best,TB
U need all the luck in the world
May Allah be with u in these trying times

Grand Marquis said...

TB di indonesia atas urusan perniagaan? ha ha... betul ke?

Nanti bila TB balik malaysia, duit tiket guna duit mana? Jangan pula sebat duit tabung, sebab tabung itu untuk duit peguam. Nak buat tabung untuk TB pi balik Malaysia-Indon ke?

Bagus juga TB di panggil. Boleh dia orang bagi pukulan KO kat TB. Sebab memang mudah sangat nak bagi KO kat TB. Segala tuduhan beliau adalah semata-mata berdasarkan persepsi dan interpretasi beliau yang selektif. Kalau kepimpinan PAS bijak sikit, insha Allah boleh bagi KO kat dia.

Cuma kepimpinan PAS perlu bijak menangai orang macam TB. Segala apa yang berlaku antara mereka perlu di rakam/transkrip kan dan dipubish pada semua ahli pas supaya selepas ini, TB tak boleh nak kelentong kat blog dia andainya keputusan tidak menyebelahi beliau.

Tulang Besi said...

kahkahkah GM tak ori.

Bukti2 aku mintak tu bila nak bagi?

Tinta Hitam said...

Apa apa pun aku ucapkan "Good Luck to TB"...Semoga pertemuan tu dapat menyelesaikan persoalan persoalan yang timbul

Sebatang kara said...

Dalam post yang sebelum-sebelum ini TB cakap kebanyakan Lawyer2 pro PAS tak berani. Mereka bukannya tak berani TB, tapi mereka tak nak bersubahat dengan TB dalam memecahbelahkan jemaah PAS sebenarnya. Sekadar persepsi.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.