Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 2, 2010

Kisah Kenapa Salehuddin Hashim Marah Sangat Pada PKR…..

Dia adalah bekas SU Agung PKR. Namun, sekarang ini dia telah belot dan menentang PKR semula. Baru-baru ini dia bersama Tan Tee Beng apabila Tan Tee Beng mengisytiharkan diri keluar PKR dan jadi bebas.

Baru-baru ni juga, Salehuddin Hashim membuat kenyataan ada 10 lagi MP PKR yang akan keluar parti. Kenyataan beliau boleh dibaca di sini .

Namun ada sesiapa tak yang persoal kenapa si Salehuddin Hashim ni letak jawatan dan lari dari PKR. Di sini, Tulang Besi ingin membawa perhatian Tuan/Puan sekelian terhadap satu artikel yang Tulang Besi tulis lama dahulu, sebelum si Salehuddin ni lari.

Cumanya, silap Anwar bila dia percaya kat si Salehuddin ni. Kalau bapak dia boleh berjoget di Parlimen dan kena pecat oleh PAS, apa yang nak diharap dengan anaknya. Bapak tak tau jaga disiplin parti, anak ikutlah rentak bapak. (Maaf saya kasar sedikit).

Iye, bapa Salehuddin Hashim adalah Hashim Gera, Ahli Parlimen PAS bagi Parlimen PArit pada tahun 1969. Bapa beliau telah dipecat dari PAS kerana telah melanggar disiplin parti dengan berjoget dalam satu majlis di Parlimen.

Cumanya, anaknya tak mewarisi “skill” bapanya yang “terror” berpantun. Haji Hashim Gera ni kalau berceramah, dia akan berpantun. KAlau satu jam ceramah, satu jam dia boleh berpantun. Hebat Haji Hashim Gera ni. Sayang, PAS terpaksa pecat dia.

Anyways, di bawah adalah artikel yang Tulang Besi pernah tulis walaupun masa ityu si Salehuddin ni masih SU Agung PKR. Selamat membaca

Tulang Besi

Motif Sebenar Salehuddin Hashim Menyerang MB Selangor dalam Isu Talam Corp

Baru-baru ini terdedah dalam media email yang dihantar oleh Salehuddin Hashim kepada ADUN2 dan MP2 KeAdilan dari Selangor. Email tersebut memprotes tindakan kerajaan negeri Selangor membeli hutang-hutang milik Talam Corp.
Salehuddin menyatakan ini adalah “trick” biasa para ahli korporat di dalam membuat keuntungan atas angin.

Saya membuat beberapa pengkajian. Satunya, tindakan kerajaan Negeri Selangor itu diperbincang secara terbuka dalam siding DUN Selangor. Hakikatnya, para ahli pembangkang dari UMNO dan MCA juga tidak dapat mencari salah dari tindakan kerajaan negeri Selangor ini.

Ini kerana tujuan pembelian hutang ini adalah supaya Kerajaan Negeri Selangor dapat mengutip semula hutang-hutang tersebut dan seterusnya menyelamatkan duit rakyat.

Penerangan yang cukup bagus berkaitan dengan pembelian hutang Talam Corporation boleh dibaca di sini dan ia diberikan oleh Ronnie Liu.

Motif Sebenar Salehuddin Hashim

Yang sebenarnya, Salehuddin ni “bengang” dengan Tan Sri Khalid kerana menghalang Perangsang dari mengambil beliau bekerja.

Beberapa minggu sebelum siding DUN Selangor, Salehuddin telah pergi menghadiri temuduga kerja dengan Perangsang milik Kerajaan Negeri Selangor. Khabarnya, Perangsang sudah pun mahu menawarkan kerja tersebut kepada Salehuddin Hashim
Khabarnya, gaji dan “benefits” yang Salehuddin akan dapat adalah sangat lumayan. Kalau kita ingat, beberapa minggu lepas terdapat khabar-khabar angin bahawa Salehuddin akan meletakkan jawatan beliau sebagai SU Agung Parti KeAdilan Rakyat (PKR). (http://www.malaysiakini.com/news/116017)

Apa yang berlaku adalah MB Selangor dengan tegas telah menolak perlantikan tersebut. MB Selangor tidak mahu ahli-ahli dan aktivis-aktivis parti menjadi terhutang budi dengan mana-mana anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor atau mana-mana badan atau agensi milik negeri Selangor.

Ini akan menyulitkan lagi gerak kerja MB untuk membuat perubahan dalam parti. Walaupun Salehuddin Hashim menawarkan diri untuk meletak jawatan namun fakta yang jelas adalah Salehuddin Hashim mempunyai “kabel” yang kuat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

MB tidak mahu anak-anak syarikat Kerajaan Negeri ini nanti menggunakan “kabel” kuat Salehuddin Hashim untuk mengacau pentadbiran kerajaan negeri. Apa sebab Perangsang mahu menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan kepada Salehuddin Hashim melainkan kerana “kabel” yang kuat milik Salehuddin Hashim kepada penasihat PKR.

Jadi, penolakan MB Selangor ini adalah penolakan bersifat professional. Reaksi dari Salehuddin Hashim pula adalah reaksi kebudak-budakan. Kita tahu lah dia marah, tapi jangan lah sampai kemarahannya menjatuhkan imej serta prestasi Pakatan Rakyat di Selangor.

Lebih-lebih lagi komplen Salehuddin Hashim tersebut tidak mempunyai apa-apa asas yang menunjukkan berlakunya korupsi. Hanya spekulasi semata-mata.
Saya tak faham la kenapa seseorang itu mahu menguntungkan UMNO dengan berbuat seperti yang dilakukan ini.

Tulang Besi

Exco Liu: I shall attend Selcat hearing if hauled up (http://www.malaysiakini.com/news/118247)


Hazlan Zakaria
Nov 24, 09
5:49pm

Pandamaran assemblyperson Ronnie Liu has no qualms about appearing before the Selangor Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat), if required to do so.

Unofficial reports have been circulating that the Selangor exco member is among those who will be called up by Selcat.

Liu confirmed today that he had heard of this via word of mouth, but that he has not received any official notification.

Asked if he knows why he is being called up, he disclaimed knowledge of the reason.

While conceding this could damage his image, he said: “I shall try to make this into something that will come out positive for myself.”

On a separate matter, Liu defended the Selangor government's RM392 million debt-purchase exercise (http://www.malaysiakini.com/news/118247) to recover the money owed by Talam Group Corporation to state-owned companies and subsidiaries.

He told a press conference at the Selangor secretariat that he needs to clear the air after being “bombarded with questions (http://www.malaysiakini.com/news/117879) from the public and from politicians from other states”.

Liu claimed that “a lot of people” were jealous of the Selangor government's plan. Those people included “a former Selangor menteri besar who make all sorts of speculation” on his blog.

He reiterated that no consultant had been hired for the move, and that Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim (left) was the only consultant.

He also refuted claims that the state will pay high interest to CIMB in borrowing RM392 million.

Liu said that, in a 'round-tripping' exercise, the money never leaves the bank. The government will not have to pay interest, except perhaps for the two days the money is made available for accounting purposes.

'Assets can be appropriated'

On speculation that Talam will not be able to repay the state government, Liu said the property developer does not have cash, but does have substantial real estate assets.

“Talam has a very substantial land bank. We will recover the RM392 million by appropriating its real estate assets.”

Liu also said the Selangor government is only recovering the money owed to the state agencies, not buying Talam's debts or acquiring the company.

He explained that the exercise was not announced earlier was because its success depended on secrecy, as is common with corporate financial transactions.

“There is no hanky-panky involved, everything is transparent,” he added.


24 comments:

Anonymous said...

Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.

Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro Politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.

Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

SEE WHAT TB SAID IS TRUE !!!

http://anwaribrahimblog.com/2010/03/02/apa-hal-salehuddin-hashim/

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Bukan saja Hashim Gera pandai joget, kawan kita di bwh pun pandai joget:

Pemimpin besar joget 1

Pemimpin besar joget 2

Pemimpin besar nyanyi

Dalam politik begitulah, takda kawan kekal dan musuh yg kekal. Cuma musykil, adakah pasal gaji saja org boleh turnover padahal kwn bukan sedikit punya lama.

Anonymous said...

Ini kes lebih kureng ngn kes TB la nie..mintak jadik CEO tak dapat , majuk pastu ushakan nk jatuhkan orang tu...betul ke TB?

Anonymous said...

Bila yang permohonan TB ditolak? Ada bukti tak?

Tulang Besi said...

Itu betul ke Anwar Ibrahim? Bukan nampak tak real je footage tu?

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Itu betul ke Anwar Ibrahim? Bukan nampak tak real je footage tu?

Kalau Hassan Ali mesti real kan, walaupun nampak kuku dia saja...

Tb..ooh TB..

Tulang Besi said...



Kalau Hassan Ali mesti real kan, walaupun nampak kuku dia saja...

Tb..ooh TB..
.

Kalau Hasan Ali pun aku tanya soalan yang sama.

Grand Marquis said...

,

Kita boleh lihat yang Parti UMNO ini tak ubah seperti parti dubuk. Asal nampak apa sahaja tak kira sampah ka, najis ka, nasi ka semua dia tibai.

2 ekor ADUN di Perak yang ada kes terima rasuah seks di terima bulat-bulat oleh UMNO/BN. Fairus yang terlibat dengan rasuah kuari di Penang juga diterima. Siap dengan songkok dan baju melayu lagi. ha ha ha. Buat malu geng2 silat Gayong je. Pandai berGayong tapi makan rasuah.

Ini lah dia ketuanan Melayu kalau TB nak tahu. Ketuanan Melayu adalah bermaksud, Melayu mesti menjadi dubuk. Menjadi hamba kepada orang asing. Menjadi hamba kepada rasuah.

PS : Silat melayu adalah seni mempertahankan diri yang kuno. Kalau bergaduh, jenuh la nak keluarkan bunga-bunga. Satu-satunya seni mempertahankan diri yang lembab, lemau dan lesu adalah silat. Dan bila perasuah diterima menjadi ahli UMNo didalam satu pertunjukan silat, maka secara tidak langsung, seni silat adalah seni mempertahankan diri yang teramat hampas dan bersifat dubuk.

Sebab tu saya insaf dari menyokong UMNO dan berhenti belajar silat.

Anonymous said...

Sahabat kanan

Kalau Hasan Ali pun aku tanya soalan yang sama.

aku tak perasan jawapan2 sebelum ni, tapi ini adalah jawapan hg yg paling adil. Alhamdulillah.

Anonymous said...

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 2 Mac 2010

APA HAL SALEHUDDIN HASHIM?

Saya tidak tahu dan tidak ingin tahu apakah peranan yang dimainkan oleh bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Salehuddin Hashim. Beliau menafikan tuduhan sesetengah pihak bahawa beliaulah di belakang tindakan Anggota Parlimen (AP) yang keluar Parti dan saya mempercayainya.

Orang sudah tahu semua ADUN dan AP yang keluar mempunyai masalah kewangan ataupun masalah disiasat oleh SPRM. Namun tidak dinafikan ada juga masalah pribadi dengan pimpinan parti atau kerajaan negeri. Boleh dikatakan semuanya menemui PM Najib Razak dan ada kalanya isteri beliau, Rosmah Mansor, sebelum bertindak keluar.

Saya sentiasa berpendapat bahawa apabila daki sudah dibersihkan, kulit akan lebih menarik dan badan lebih sihat. Kita harus jangan lupa bahawa dalam sejarah permulaannya PAS, DAP dan bahkan UMNO menghadapi masalah Presiden, Setiausaha Agung dan pemimpin lain mereka berhenti. Akhirnya semua parti muncul lebih kuat.

Salehuddin telah memberikan khidmat baik kepada KEADILAN selama kira-kira enam tahun, tiga tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan tiga lagi sebagai Setiausaha Agung. Biro Politik telah mencatatkan terima kasih atas jasanya.

Ada anggapan kononnya Parti mendapat khidmat Salehuddin secara percuma. Saya ingin merakamkan yang sebenar, iaitu Salehuddin bersetuju dibayar RM9,000 sebulan, walaupun asalnya beliau meminta US3,000 sebulan. Bayaran ini dibuat bukan oleh Parti tetapi oleh salah seorang penyokong.

Saya memang tahu selama beliau berkhidmat dengan baik, sikap Salehuddin terhadap Parti, terutama pimpinannya, sering turun naik. Akan tetapi kemarahan beliau memuncak apabila “permohonannya” untuk menjadi CEO Syarikat Perangsang, yang membawa gaji lebih dari RM50,000 sebulan, ditolak tidak lama sebelum beliau meletakkan jawatan.

Kini Salehuddin meramalkan kira-kira 10 orang lagi AP akan keluar Parti. Biarkanlah Salehuddin dengan ramalannya dan hanya masa saja yang akan membuktikan sama ada ramalan itu akan terbukti tepat atau tidak. Namun, dengan maklumat yang ada pada saya, saya percaya ini hanya sebagai tuduhan melulu bersifat perang urat saraf yang tidak mempunyai asas kukuh.

DR. SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN

Anonymous said...

TB kata:
Cumanya, silap Anwar bila dia percaya kat si Salehuddin ni. Kalau bapak dia boleh berjoget di Parlimen dan kena pecat oleh PAS, apa yang nak diharap dengan anaknya. Bapak tak tau jaga disiplin parti, anak ikutlah rentak bapak. (Maaf saya kasar sedikit).

Kalau ikut falsafah TB..anak TB esok confirm jadi penyebar fitnah hidup..kalau nak apply jadi ahli pas..kena reject la..takut jadi macam bapak dia...

Anonymous said...


Kalau ikut falsafah TB..anak TB esok confirm jadi penyebar fitnah hidup..kalau nak apply jadi ahli pas..kena reject la..takut jadi macam bapak dia...

March 2, 2010 4:01 PM
.

Kahkahkah cakap orang kecewa sebab tak dapat bukti TB buat fitnah

Sebatang kara said...

Biaq pi la kat depa TB. Dah depa nak kuar, nak buat macamana.

Kapten Zero said...

Lama sudah ku katakan bahawa memang betul kata orang Parti Keadilan banyak sampah sarap belbagai bjenis, dan sangat busuk dan membusuk dalam keadilan ; Perlu di cuci bersih dan ambil yang jernih bersih dan berqualiti, agar ia menyucikan parti. Bukan senang untuk hidup dalam parti pembangkang walaupun perintah negeri, banyak rintangan, tekanan, cubaan dan cabaran yang dikenakan olih UMNO/BN yang kontrol pusat. bahkan Kelantan bukan saja manusia atau makhluk berjuang bersama PAS akan kena sekatan dan tekanan; Rakyat terbanyak yang menyokong PAS disiksa dalam pelbagai bentuk olih BN/UMNO ; spti Makhluk Padi terpaksa makan baja jenis cap BN dacing, Rumah pprt hanya pada KRONI UMNO ketua cawangannya; Jawatan PPD dan Guru Kanan atau pangkat dalam Jabatan Pelajaran Negeri Misti kuat UMNO hatta terdiri dari mereka yang bodoh atau GD IJAZAHnya,kaki ponpuan/betina maka dapat pangkat tinggi dalam sistem pelajaran Negeri kelantan.Guru yang cenderong pada ajaran ikuti Islam akan disiksa hantar ke hulu dan ke sabah/serawak. 1001 jenis tekanan pada pimpinan dan rakyat kelantan olih UMNO tapi kami tetap berjuang hatta mempetaruhkan nyawa seperti Nordin Matop. Lawan UMNO/bn tetap utuh hingga ke akhir hayat. Moga ahli keadilan semalaysia harus tabah dan bersedia berkorban demi masa depan negara yang akan hancur bawa UMNO/BN. Banyak lagi ingin di sampaikan untuk tatapan smua tapi masa terlalu menyinggung daku dari berada sini.Wassallamm.

Kapten Zero said...

Lama sudah ku katakan bahawa memang betul kata orang Parti Keadilan banyak sampah sarap belbagai bjenis, dan sangat busuk dan membusuk dalam keadilan ; Perlu di cuci bersih dan ambil yang jernih bersih dan berqualiti, agar ia menyucikan parti. Bukan senang untuk hidup dalam parti pembangkang walaupun perintah negeri, banyak rintangan, tekanan, cubaan dan cabaran yang dikenakan olih UMNO/BN yang kontrol pusat. bahkan Kelantan bukan saja manusia atau makhluk berjuang bersama PAS akan kena sekatan dan tekanan; Rakyat terbanyak yang menyokong PAS disiksa dalam pelbagai bentuk olih BN/UMNO ; spti Makhluk Padi terpaksa makan baja jenis cap BN dacing, Rumah pprt hanya pada KRONI UMNO ketua cawangannya; Jawatan PPD dan Guru Kanan atau pangkat dalam Jabatan Pelajaran Negeri Misti kuat UMNO hatta terdiri dari mereka yang bodoh atau GD IJAZAHnya,kaki ponpuan/betina maka dapat pangkat tinggi dalam sistem pelajaran Negeri kelantan.Guru yang cenderong pada ajaran ikuti Islam akan disiksa hantar ke hulu dan ke sabah/serawak. 1001 jenis tekanan pada pimpinan dan rakyat kelantan olih UMNO tapi kami tetap berjuang hatta mempetaruhkan nyawa seperti Nordin Matop. Lawan UMNO/bn tetap utuh hingga ke akhir hayat. Moga ahli keadilan semalaysia harus tabah dan bersedia berkorban demi masa depan negara yang akan hancur bawa UMNO/BN. Banyak lagi ingin di sampaikan untuk tatapan smua tapi masa terlalu menyinggung daku dari berada sini.Wassallamm.

Anonymous said...

alahai..
1.Tak dapat bayangkan!bila semua oghang melayu dan islam keluaq dari PKR!!tinggai sapa lagii!!
2.Kalau nak buat bacaan Yassin ka!buat solat hajat ka!sapa yang akan jadi tok imam nanti!!
3.Takkan nak sughuh tin chua atau sivarasa kot!!
4.Peluang baik untuk TB!masuk PKR!ada peluang jadi tok imam dan bakal calon PKR nanti!sebab YB yang islam semua akan lari keluaq!

Tulang Besi said...

Betullah Sebatang Kara. Syukur sangat kita berijtihad dengan sistem “Baiaah Taklik”. Kenapa ntah nak rasa hina pasal “Baiaah Taklik” ni? Ngaku je pada umum. Takda benda yang kita nak rasa malu dan hina.

Anonymous said...

Salam TBesi,

Agaknya PKR skarang sudah bersih atau masih ada yg bertaraf sampah. Janganlah bila ada yg keluar di tuduh sampah. Tuan Syed Husin pun boleh dianggap sampah sosialis kerana keluar dari parti asalnya. Ada yg tukar parti pasal nak jadi senator, kalau tunggu parti lama satu kerusi pun tak pernah menang.

Masing2 ada yg dikejarnya. Biasalah dalam politik. Orang politik kan kotor. Dengar cerita wakil rakyat Pas di kelantan banyak pakai kereta mewah dan rumah besar2. Pegi sana sini ada yg sponsor. Biasalah tu. Nak harap gaji mana cukup. Derma sana sini gaji habis.

Anonymous said...

Grand Marquis,

Pertubuhan Seni Silat Gayong jangan kau libatkan dalam hal ini. Kau jangan kurang ajar dgn kami!

Anonymous said...

Saudara Tulang Besi,

Saya sentiasa menyokong pandangan anda.

Dlm isu TS Khalid/Perangsang/Salehudin Hshim ...sy tertarik nk tanya...

knp sehingga ke hari ini, dah dua tahun pr memerintah sgor...CEO dan ramai org berkuasa dlm anak sykt kjaan sgor mash org lama umno lagi? masih kroni umno lg?

sy difhmkan kontraktor atau pembekal yg merupakan ahli atau penyokong pas/pkr/dap masih mengemis utk dptkan sesuatu tender/projek/job.

Malah sy difahamkan exco Hasan Ali begitu galak bg projek pd kroni umno sehingga ada diantara yg tk puas hati ini mengadu pd pihak pas pusat.

TS Khalid bila nk lakukan pembersihan dlm anak sykt kjaan sgor ni...dia ni tk pernah blajar ddr kesilapan.....esok kalau gov sgor dilingkupkan..jgn hrp org2 yg dia masih bela ni nk tlng dia...

nk tanya..andaikata kjaan sgor bertukar tgn kpd umno semula....ingat ceo dan org/pegawai berkuasa dlm anak skyt sgor ni akan insaf ke? ingat apakah pd ketika itu mrk akn bg tender/kontrek pd ahli/pnykng pakatan rakyat atas alasan kjaan PR sgor tk pernah aniya kontraktor umno?

BOLEH BELAH LAH TS KHALID..TU ANGAN2 ANDA..JGN HRP BENDA SEBEGITU BERLAKU.

lg satu nk tanya..YDP majlis bandaraya shah alam, petaling jaya dan ydp majlis perbandaran...lantikan dia kjaan pusat atau lantikan kjaan negeri..diminta tulang besi boleh clarify.

kalau lantikan negeri bermakna memang khalid ni dungu.

maaf krn terkasar bahasa.tp sy marah krn kami melantik dan mengundi anda utk wat prubahan.tp perubahan drastik tiada.

Reformis PR

Tulang Besi said...

Reformis PR,

Maklumat yang saya dapat adalah Kumpulan Peransang ni memang suka buat perangai begini.

Mereka suka ambik orang2 yang rapat dengan orang2 besar parti, dan selepas itu mereka akan jadi raja dan boleh membuat apa sahaja.

Hujjah ini telah disampaikan kepada DSAI dan DSAI telah menerima.

Salehuddin pun telah diterangkan hujjah ini dan beliau tidak sepatutnya marah.

Yang penting adalah perjuangan bukan pangkat.

zakwan said...

I guess one of Anwar's shortcomings,despite being a terrific leader,is that he trust other people too much

He entrusted Salehuddin wit the responsibility as Sec-Gen n look where that got him

He hired a dropout 2 be his coffee boy
Now, he has 2 endure career ending trial against that same bastard

He brought in Gabriel Adit as means for PKR 2 make inroads in Sarawak
Now,that opportunist swindler went 2 prostitute himself 2 Parti Cinta Malaysia

Perhaps,this is one of Allah's test on His followers
May Allah grant him the strength 2 overcome these trials and tribulations

Grand Marquis said...

Najib telah mencemarkan Gayong dengan menerima perasuah sebagai ahli UMNO di majlis Gayong.

Ayuh Gayong !. Buangkan sahaja gayong anda jika menerima tindakan Najib ini dimajlis suci Seni Silat Gayong.

ps : Lebih baik belajar Tai Chi sahaja.

Anonymous said...

joget din jangan tak joget.... bapak borek annakk boget....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.