Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 22, 2010

Konspirator Di Belakang Blog Anti-Husam

NOTA EDITOR: Saya mendapat email dari salah seorang pembaca saya. Sekiranya benar pendedahan ini, saya meminta supaya penulis sanggup menjadi saksi. Kalau beliau sanggup, saya akan membuat aduan rasmi salah laku kepada SU Agung bagi diambil tindakan disiplin diambil terhadap para konspirator ini.

Sila hubungi saya pada bila-bila masa. Saya bersedia berbincang.

(BERMULA) Salam Tulang Besi,

Syabas sebab dedahkan Dr Shamsuri dalam konspirasi menjatuhkan MB Selangor. Sebenarnya, kes Dr Shamsuri ini lebih mendalam lagi perkaitannya. Saya salah seorang yang menghadiri siri-siri mesyuarat dan perbincangan mereka sebelum pemilihan PAS 2009 (dan selepas).

Blog Anti Husam adalah sebahagian dari perancangan mereka. Ketua kepada Blog Anti Husam ialah Suhaimi Embong dan Dr Kamaruzzaman (Dr Kayu).

Mereka-mereka yang terlibat dalam konspirasi ini antaranya Dr Khazani Abdullah-CEO Sigtech, Dr Supyan Husin(pensyarah UKM), Dr Kayu, Suhaimi Embong, Mohad Adram, Dr Shamsuri (SU Politik Presiden), Roslan SMS, Najman dan ramai lagi.

Juga ada diantara mesyuarat ini telah dijemput SU Sulit Presiden PAS, Sdr Zaihan. Mereka ini ada buat satu NGO nama “Kumpulan Ilmuan” yang banyak mencuba untuk mendapat kontrak dari Kerajaan Selangor.

Dr Kayu adalah “Naqib” mereka semua ni. Saya hairan apa hebatnya ilmu Dr Kayu kerana beliau bukan pun Pensyarah Fakulti Islam UKM.

Mereka buat banyak pertemuan-pertemuan. Ada di Bangi, di Serdang, di SIGTECH dan banyak lagi. Tujuan pertemuan untuk menjatuhkan geng Erdogan yang mereka benci.

Ramai betul SU-SU yang berkaitan dengan pejabat Presiden terlibat dalam konspirasi ni. Tujuan utama konspirasi ini adalah menjatuhkan geng “Erdogan” dalam PAS.

Perkataan “Geng Erdogan” ini mereka yang cipta untuk melabel orang-orang seperti Husam Musa, Dr Syed Azman, Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Dzul Ahmad dan beberapa orang lagi. Misalnya, pengunaan Pemuda Gombak untuk menjatuhkan Dr Hatta Ramli di Gombak adalah salah satu rancangan mereka. Saya ada merakam beberapa pertemuan ini secara rahsia dan bila waktu nya sesuai saya akan dedahkan rakaman itu.

Apa dosa "Geng Erdogan"? Mereka tak setuju PAS bekerjasama dengan UMNO dan tidak menguatkan Pakatan Rakyat. itu aje.

Perancangan-perancangan mereka cukup jijik dan tidak ada akhlak Islam. Termasuk perancangan mereka:

a. Menyebar fitnah terhadap Husam Musa melalui blog Anti Husam
b. Menjatuhkan Dr Hatta di peringkat Kawasan Gombak dengan menggunakan Pemuda Gombak
c. Memastikan Dr Syed Azman tidak menjadi calon di PRK Kuala Terengganu
walaupun majoriti cawangan di sana menyokong Syed Azman
d. Menyebarkan khabar fitnah kononnya ada “Proksi Anwar” dalam PAS
e. Mengagalkan Sept 16 dengan nasihat-nasihat songsang mereka
f. Memacu konspirasi menjatuhkan MB Selangor
g. Kononnya kepimpinan ulama akan dihancurkan
h. Kononnya ulama PAS akan dibuang
i. Kononnya kepimpinan ulama wajib dipertahankan dari diserang.

dan banyak lagi. Segala fitnah yang mereka sebarkan terhadap Husam Musa dan kumpulan “Erdogan”adalah bersumber dari puak-puak ini.

Yang saya nampak, mereka mendapat sokongan yang padu dari Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, di dalam melakukan kerja-kerja fitnah mereka.

Saya sendiri terlibat dalam menyebarkan beberapa fitnah ini dan saya merasa amat tertekan. Saya berharap dosa saya akan diampunkan Allah SWT hendaknya.

Syukur Dr Shamsuri telah didedahkan konspirasi beliau di dalam menjatuhkan MB Selangor. Semoga Allah menurunkan hukuman yang setimpal dengan kerja jahat Shamsuri.

Dua sebab utama mengapa geng mereka (Kumpulan Ilmuan) benci dgn MB Selangor:

1.0 Kumpulan Ilmuan dibuang dari senarai program “SPICE”
2.0 Percubaan mereka meletakkan orang-orang mereka untuk menguasai Kolej
Universiti Islam Selangor ditolak oleh MB Selangor

Maka, tidak hairanlah Dr Shamsuri begitu bersemangat untuk menjatuhkan MB Selangor kerana membalas dendam.

Saya diberitahu, Dr Khazani melalui SIGTECH sedang dalam proses untuk mendapat kontrak-kontrak dan projek-projek yang besar-besar dari UMNO terutamanya UMNO Terengganu. Itulah sebabnya dia sokong sangat menubuhkan kerajaan UMNO-PAS. Supaya projek senang dapat.

Mudahnya, mereka adalah kaki-tangan kepada Harun Taib dan Geng Terengganu untuk menghancurkan kumpulan yang Harun Taib tak suka. Oleh kerana Harun Taib mahukan kerjasama dengan UMNO, maka mereka pun buat kerja hancurkan kepala-kepala penentang kerjasama dengan UMNO yang digelar “Geng Erdogan”.

Suhaimi Embong terus menerus berbohong kononnya dia terlibat dalam blog AntiHusam. Kalau dia terus menerus berbohong begitu, saya akan serahkan bukti pada TB akan keterlibatan beliau dan Dr Kayu.

Mereka ini sudah macam tiada agama. Saya menyesal ikut mereka. Saya tak tau berapa banyak dosa fitnah telah saya lakukan. Saya tak tau samada dosa saya akan dimaafkan oleh Allah atau tidak. Saya masuk PAS untuk berdakwah dan berbuat pahala, bukan untuk menyebar fitnah dan bohong macam ni.

Sekian

Ahli Geng Terengganu


68 comments:

Anonymous said...

alahai..
1.Nak habaq kat hangpa la no!memang suka la puak bukan pengajian islam masuk Pas ni!kalau nak harap puak pengajian islam dalam pas!lingkup!puak pandai cakap je yang lebih!teori je pandai!praktikal tak ketawan hala!bila puak pro.seperti doktor,jurutera,dan sebagainya masuk dalam pas!pas nampak educated sikit!tak nampak sebagai parti kekampungan seperti dulu!
2.tak kisahla!puak abim!puak jim!puak islah!nak masuk pas ni!
3.Tapi bila tenguk puak Edorgan ni!dok puji puak kapiaq harbi!dok sokong puak kristian pakiam guna nama Allah!TERUS TAK JADIK S0KONG PUAK HAMPA!!hangpa gunalah dalil Al-Quran atau hadis berjuta pun!tetap berpendapat seperti harun din!
4.Tapi hangpa tengukla!di kelantan!hussam lebih baik dari puak pas yang lulus agama!tapi!hussam tak akan dilantik sebagai MB punya!
5.Tak percaya!pakat-pakat tengukla!!

Abd Razak said...

aik dh gelabah nampak...maklumler tembelang dh nk pecah satu persatu kn...dulu dok kutuk2 umno psl projek le...la ni sama gak perangai...lebih umno dr umno tu sendiri...xpe hangpa meroyan le puas2 b4 satu persatu keje jahat korang terdedah ye...

Anonymous said...

hahahahah
hahahahha
hihihihihi

majalah gila2 ke ni...

hahahaha
hahahaha

Anonymous said...

aku mendapat email dari salah seorang org kuat pas mengatakan bahawa pas diketuai TGNA, TGHH dan Harun Din sudah memutuskan untuk meninggalkan PR.. dan kita mintak TGNA, TGHH dan Harun Din menafikan, mereka boleh sms atau helo TB, untuk membuktikan mereka tidak bersalah..

sam raspiut said...

yang ni aku percaya sangat-sangat!!
dah jadi open secret bg orang pas pantai timur.. tapi
sebab nak jaga masa depan maruah pas dan kekurangan bukti solid macam ni ramai aktivis pas diam saja..
dengan ada bukti solid macam ni rasanya tb harus usaha sdr kita tesebut tampil buat aduan.
kalau pas tidak dibersihkan maka masa depan pas akan sampai kehujung jalan!
seperti kata pak bakaq pas dipenuhi oleh bunch of idiots pengundi muda hilang selera!!

sam raspiut said...

'bunch of idiots' ini bukan takat perumpamaan, tapi memang betui2 idiot.
nampak pandai sikit sebab pasang eksosri serban dan jubah..
tengok je harun tayib, bakar chick dll geng tgnu, kecuali pencacai idiot juga yg anggap geng ni pandai..
jadi tak heran la kalau depa panggil pakar strtegi depa cikgu pa sebagai ostadz!!

sam raspiut said...

jadi strategi yg paling bagus bagi geng idiot adalah FITNAH..
kerja fitnah ni dah bermula lama sebelum pru1999 lagi..
boleh ceck dgn orang jerteh, besut pristiwa cikgu pa di tampar dibesut dari mana pertikaian ini.. sejarah geng ni dah lama.. cuma aktivis pas muda yg disaring dan di tarbiahkan mereka sahaja jadi penyelamat!! sbb wala' wala' dan wala'..

sam raspiut said...

jangan takut pas kecundang kalau dibersihkan..
baik pas mati dari menanggung bangkai..

Abdullah said...

TB,

Adakah ini akhlak Islami yang anda selalu perjuangkan? Belum ditentukan kebenarannya cerita ini, anda sudah post di dalam blog ini.

Ahli Geng Terengganu (AGT) telah menghantar e-mail kepada anda maka amat mudahlah untuk menghubungi AGT untuk meminta bukti2 bagi menyokong pendedahan ini.

Kata everything that you do is for Islam and Parti. But is it Islamic to be the continuation of information that is yet to be verified as truthful?

sam raspiut said...

bang,
entry ni cuma bg tambah masin je..
rasanya sapa-sapa yg terlibat dgn pas misti dengar dah fitnah ni dijaja merata-rata.. cuma sumbernya saja tak jelas..
kami dengar dari orang pas dan orang pas tu pun dengar dari orang pas dalam majlis2 usrah pulak...
kami dah tahu dan percaya lama dah akan fitnah..
samada percaya kpd fitnah puak ni atau percaya berita dr puak ni adalah pemfitnah..
pilih.. tanya selera nak percaya geng mana. umno tak terlibat isu ni, depa cuma tukang sorak je..

Tulang Besi said...

abdullah, dlm politik malaysia, khabar anngin selalunya betul khabar angin lebih bena berbanding khavbar rasmi. takkan buat2 lupa kot?

Anonymous said...

kabar angin aku terima TB sekarang sedang rapat dgn LGE dan DSAI, kerana Keadilan dan DAP merancang untuk mengadakan satu lagi pilihanraya dan dan TB akan dijadikan calon, tak tahu lagi samada untuk keadilan atau DAP, kerana masing2 berebut nak kan TB...

sungguh kabar angin ini bertiup kencang di PP dan utara tanah air

Anonymous said...

kabar anging ini lebih betul.. sungguh percaya lah..

kita semua akan sokong TB.. TB suara kita di parliment

Anonymous said...

eleh..khabar angin, mencipta isu, penuh rekaan..alau zaman 13 mei dulu, orang sebar khabra angin, akan terus dimasukkan dalam penjara..kabar angin mana boleh pakai, semua orag boleh claim, terima email dari seorang pembaca, gaya tulisan dan nada adalah gaya tulisan nada tulang besi...jangan padam ok

mamahakim said...

salam bro
saya sokong penuh usaha anda. mmg annoying puak2 syok sendiri ni.
salam pd kak ani.
regards

Anonymous said...

Dengan adanya pendedehan seperti ini memang bagus bagi ahli PAS membuat penilaian sama ada ceritanya itu benar atau fitnah.

Kita berharap Tulang Besi dapat mempaparkan gambar orang-orang yang disebut sebagai "konspirator dibelakang blog anti Husam"

Kami sebagai penyokong PAS juga ingin mengenali wajah ahli PAS yang bernama:
- Dr Shamsuri
- Suhaimi Embong
- Dr Kamaruzzaman (Dr Kayu)
- Dr Khazani Abdullah-CEO Sigtech
- Dr Supyan Husin(pensyarah UKM)
- Mohad Adram
- Dr Shamsuri (SU Politik Presiden)
- Roslan SMS
- Najman

IbnuQalil said...

Marilah sama-sama kita BERIMAN dengan khabar angin dan persepsi seperti yang dibawa oleh Pakcik Rahman. Tiada lagi kebenaran yang benar di Malaysia melainkan khabar angin dan persepsi. Tak gitu Pakcik Rahman?

Lupakan Al-Quran dan Hadith yang mencela perbuatan fitnah. Lupekan Ijma' dan Qias serta nasihat dr alim ulama kerna mereka hanya pandai berkata-kata tp tidak sehebat Pakcik Rahman yg bukan saja pandai berkata bahkan pandai mereka kata. SYABAS Pakcik Rahman.

Fadli Ampang said...

ASKM,

Saya pening dengan TB ni. Bukankah dulu TB dan Suwardi bergaduh sampai tahap saman menyaman ttg blog antihusam. Bukankah waktu tu TB tuduh Suwardi dalang disebalik blog antihusam?

Sikalang, tuduh Shuhaimi Embong lak dalang blog antihusam. Yg mana satu ni TB? Poning den dengan TB ni.....adushhhhh.

Anonymous said...

Tu dia! When the shit hits the fan, mcm berok kepanaasan puak2 ni. Main kata2 shj. Mcm gila maki hamun org yg bongkar! Apa lu tunggu? Abdul Rahman Abdul Talib lu orang sume kenal, samanlah! Biar dipanggil semua saksi siap dgn rakaman semua sekali.Ada berani ke?

Soalan penting, adalah Dr Shamsuri bertindak tanpa pengetahuan atau dengan pengetahuan bosnya, Presiden PAS?

Tulang Besi said...

kabar angin aku terima TB sekarang sedang rapat dgn LGE dan DSAI, kerana Keadilan dan DAP merancang untuk mengadakan satu lagi pilihanraya dan dan TB akan dijadikan calon, tak tahu lagi samada untuk keadilan atau DAP, kerana masing2 berebut nak kan TB...

sungguh kabar angin ini bertiup kencang di PP dan utara tanah air
.

Ni bukan khabar angin. Ni khabar kelakar.

LGE dan DSAI tak kenal aku pun

kahakahkahkahkah

Tinta Hitam said...

TB,

Berita berita sebegini perlu berhati2.Bukan tak boleh percaya terus tapi perlu sisatan lebih mendalam sebelum sebarang rumusan dibuat.

Tulang Besi said...

Betul, Tinta Hitam tapi maklumat ni saya dah dengar dari berbagai pihak sebenarnya.

Dan bukan hari ni dengar, dah lama dah dengar nya.

Dan saya tak paksa sapa-sapa percaya pun. Kerana saya sendiri publish sebab mahukan "informer" ini tampil ke hadapan untuk jadi saksi.

Saya sanggup membuat laporan disiplin pada SU Agung

Tulang Besi said...

WOWWWWWW

tiba-tiba ANON2 yang sering berkeliaran membuat kacau senyap seribu bahasa.

Mana dia tuduhan TB ada ambik pelacur? TB nak jadi CEO? TB benci ulama?

Tiba tiba tidak kedengaran hendaknya.

Tulang Besi said...

IbnuQalil said...
Marilah sama-sama kita BERIMAN dengan khabar angin dan persepsi seperti yang dibawa oleh Pakcik Rahman. Tiada lagi kebenaran yang benar di Malaysia melainkan khabar angin dan persepsi. Tak gitu Pakcik Rahman?

Lupakan Al-Quran dan Hadith yang mencela perbuatan fitnah. Lupekan Ijma' dan Qias serta nasihat dr alim ulama kerna mereka hanya pandai berkata-kata tp tidak sehebat Pakcik Rahman yg bukan saja pandai berkata bahkan pandai mereka kata. SYABAS Pakcik Rahman.
March 22, 2010 4:09 PM
.

Kesah Rahim Nor pukul Anwar dalam penjara tu bukan bermula sebagai khabar angin ke?

Tulang Besi said...

Anak si sikit (Ibnu Qalil) bengang sebab geng2 dia banyak disebut dalam surat ni

Grand Marquis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Grand Marquis said...

Kesah Rahim Nor pukul Anwar dalam penjara tu bukan bermula sebagai khabar angin ke?

Adakah kerana itu maka semua khabar angin itu benar? Apa punya logik la.

TB pernah dustakan hadith. Kalau ikut logik TB, semua yang TB cakap itu dusta.

Anonymous said...

SAH:UMNO BERGOMOL DENGAN YAHUDI!!!

BUKTI SINI........... !!! OI UMNO TERNGAH-NGAH KE????

http://2.bp.blogspot.com/_qqE6FBwEG-E/S6KeQJChWqI/AAAAAAAAMdc/z4xd34ea-us/s1600/suratisrael.JPG

Anonymous said...

Nak bagi tau sikit.Pendedahn TB ni ramai yang dah tau,cuma tak berani nak "ketengahkan" sebab ada 3 orang kuat PAS yang terlibat dengan konspirator-konspirator ni.Hadi Awang - S/U Politik dan S/U Akhbarnya(Roslan SMS) terlibat.Harun Taib jadi penggalak.Dan Mustafa Ali sebagai "Godfather" Geng Perpaduang.Suhaimi Embung yang sekarang jadi Ketua IT PAS Pusat memang kuncu Mustafa Ali.Tak tau apa-apa pun boleh dilantik sebagai Pegawai Pemasaran Harakah.Nak tengok gambar dia ada dalam kolum Harakah "Al Maniri".
Kalau TB nak buat aduan,nampaknya General-Genaral PAS ni akan dihadapkan kemuka JK Disiplin.Boleh Ke? Cara yang senang,ringkas dan berkesan - Muktamar Khas sebagai mana yang dicadangkan oleh TGNA.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
asyMok_Aambo said...

jom kita main... LET'S PLAY!

john labu said...

bila mula-mula timbul isu berbincang dalam gelap yg meletakkan geng perpaduang kepanasan.. boleh dikatakan semua pemimpin tertinggi campur tangan untuk menghentikan khabar angin.. sampai SU Pas mendahului presiden keluarkan arahan hentikan perbincangan dan khabar angin! tapi,

isu memburukkan pemimpin yg digelarkan edorgan bemula lama dulu sebelum isu UG... dan takde mana-mana pemimpin tertinggi mengambil usaha menghentikan malah dijadikan modal didalam muktamar utk menjatuhkan pemimpin tsbt..

jadi, boleh dikatakan presiden dan para pemimpin tertinggi merestui dan terlibat menyemarakkan khabr angin ini.. sedangkan mereka berkuasa utk menghentikannya!!

siapa konspirator tidak lah penting sangat... asalkan kewujudan dan kerja mereka mendapat restu presiden.

awang korok kering said...

Pendedahan oleh TB dah masuk tahap baham rambang..molek benor lah jika ada pehak2 yg sanggup berselingkuh dgn TB untuk telanjangkan Dr. KaYu and his geng hingga ke seluar dalam terkahir!

bermula lah kesah yg tersebut dalam Persatuan Anak Trg di Perantaun aka Perantau yg didokongi oleh Kayu, Altakiri, Suhaimi Embong dan mereka2 yg dinyatakan di atas sgb nukleas pas trg selepas trg jatuh ke tangan umno pada tahun 2004. perantau menjadi platform utk kayu and his gang utk mencaturkan halatuju pas trg dalam p'raya 2008..

maka dari situlah timbul perencaan mengadakan "kabinet dapur kayu" yg bakal menjadi otak kpd pas pusat...mustafa ali amat tertarik dgnidea kayu reput itu lantas melantik dr samsuri sbg SU politik presiden, dan suhaimi embong sbg pengurus harakah...

jeng..jeng...bersambung...


~awang korok kering

UG yang Baik said...

Bangi merupakan pengkalan kepada puak-puak ni untuk menguasai Jabatan Presiden PAS dan seterusnya menguasai PAS Pusat dan mempeorakperandakan Pakatan Rakyat (Dr Shafie Abu Bakar tak terlibat walaupun selalu kena tipu dengan puak ni). Sebab itu kita lihat, kebanyakan nama yang disebut, tinggal di Bandar Baru Bangi.

1. Dr Kamaruzzaman (Dr Kayu): Duk di Seksyen 3, Bangi
2. Adram: Duk di Teras Jernang, Bangi
3. Suwardi: Duk di Bangi, Ofis di Bangi
4. Suhaimi Embong: Duk di Bangi
5. Dr Supyan: Duk di Bangi
6. Dr Shamsuri: Sebelum jadi SU Pres duk kat Bangi
7. Ust Nasha MAt Isa: Duk kat Bangi

Ust Haron Din pun duk kat Bangi. Geng diorang selalu berkepit dengan Ust Haron Din untuk mengelirukan Ust Haron Din dengan pelbagai fakta kononnya Islam di Malaysia terancam dengan Anwar dan Pakatan Rakyat. Ust Haron Din termakan hasutan mereka.

Itu semua perancangan mereka yang licik untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kapten Zero said...

Dalam dunia maya ini orang Islam yang daif dan bodoh jadi makanan kpd mereka sekeliling Presiden. Juraga anak pinak dan kroni Pas Pusat akan menjatuhkan orang yang kerja kuat dan berpotensi dalam parti. Mereka yang berkebolehan dan krismatik bijak dalam menjalankan tugas jadi makanan puak 2 munafik ni. Dato' Husam dan gengnya orang yang bertanggungjawab dalam menghidupkan jentera parti dan sokongan Pas berterusan diperolehi dari pelbagai geraksaraf. Tanpa Husam Senang lah Pas dijatuhkan oleh UMNO. khususnya dikelantan.

Kapten Zero said...

Dalam dunia maya ini orang Islam yang daif dan bodoh jadi makanan kpd mereka sekeliling Presiden. Juraga anak pinak dan kroni Pas Pusat akan menjatuhkan orang yang kerja kuat dan berpotensi dalam parti. Mereka yang berkebolehan dan krismatik bijak dalam menjalankan tugas jadi makanan puak 2 munafik ni. Dato' Husam dan gengnya orang yang bertanggungjawab dalam menghidupkan jentera parti dan sokongan Pas berterusan diperolehi dari pelbagai geraksaraf. Tanpa Husam Senang lah Pas dijatuhkan oleh UMNO. khususnya dikelantan.

Fadli Ampang said...

Wah, nape byk sgt komen kene remove dr TB ni? Mesti hujah2 mereka x dpt TB patahkan. Tu yg remove komen depa tu. Jalan selamat bg TB. Huhu. Kesian TB. Cam dah gile meroyan dah tengok. Baik you diam2 kat Indonesia dah la. Sbb bila you berkata-kata atau menulis, nampak sgt kebodohan you.

Fadli Ampang said...

To Kapten Zero,

1. Sapa yg membawa blogger UMNO ke dlm Kerajaan Kelantan? Yang akhirnya kini blogger cabuk itu asyik menghentam PAS dan TG Nik Aziz. Cuba jawab sapa?

2. Sapa yg mencadangkan Ariff Fahmi jd CEO PMBK? TG Nik Aziz asalnya tak setuju. Tp sape yg convince TG Nik Aziz agar lantik Ariff Fahmi? Cuba jawab sapa?

HUSAM MUSA!!!!!!!

Kalau you tak tahu, dan sokong membuta tuli pekak, memang la nampak Husam sume baik. Sekrg, sbb kerja2 Husam, TG Nik Aziz pulak kene hentam. Mane Husam time TG Nik Aziz kene lanyak ngn blogger peliharaannya?

Bersambung.........

Anonymous said...

Best nya...Rahman..ko memang da bomb..ada harapan la PAS akan kuacar kacir ko kerjakan..caya la...
ejen umno...celako..celako..celako..

Kulil Haq said...

ASKM,

Saya rasa TB ada niat buruk dengan nama-nama yg disebut. Sepatutnya TB yg mendokong aspirasi PR berterima kasih kpd ILMUAN yg byk mendokong dan membantu PR khususnya di negeri2 yg diperintah PR.

Mengikut maklumat saya, kumpulan ini bukan terdiri dr 7-8 org individu ini shj bahkan melibatkan beberapa lg org penting:

1) Ust Ahmad Awang (Bekas PJ Perak)
Beliau bertanggungjwb membawa ILMUAN sbg perunding dan membantu dalam merancang Pelan Strategik Pas Perak.

2) Ust Dr. Mahfoz (PJ Johor)
Merupakan ind yg banyak memberikan nasihat kpd Dr KaYu dan mereka sama-sama terlibat dalam pembentukan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad.

3) Dr Halimah Ali (Exco Selangor)
Membawa ILMUAN sbg perunding utama bagi merancang dan menjayakan akt2 Kerajaan Negeri Selangor khususnya dibidang pendidikan dan keilmuan.

4) Dr Syed Azman (Bekas Setpol Pres)
Merupakan antara ind yg mencadangkan Dr Samsuri sebagai Setpol TGHH yg baru.

5) Zulkifli Omar (PJ N9)
Terlibat dgn beberapa ind dlm ILMUAN dalam beberapa projek termasuk projek gaharu)

6) YB Salahudin (Naib Pres)
Membawa ILMUAN mmberikan pembentangan semasa Liqa' Wakil2 rakyat PAS di Ipoh, beberapa bulan selepas PRU12. Program pertama ILMUAN peringkat Pusat.

Nah, jika individu yg dituduh itu niat jahat terhadap PR kenapa jasa mereka byk terhadap PR dan PAS? Bahkan mereka diakui oleh nama2 yg saya sebut diatas. TB kata rapat dgn AJK Pas Pusat, cuba tnya individu terbabit. Tnya Syed Azman, sape yg cadang Dr Samsuri sbg Setpol baru.

Saya lihat, isunya bukan ILMUAN atau ind2 yg dituduh. Tetapi isunya ialah agenda terselindung TB. Allah itu Maha Mengetahui.

Anonymous said...

Tulang Besi punya naqib usrah dulu jurusan apa? Pengajian Islam ke?

noor said...

Masa saya tadika dulu2...
Nenek Saya ade berpesan...
Jangan buat jahat pada orang
sebab kita akan terima semula kejahatan tersebut...
ntah esok, lusa, atau sekejap lagi..
sape yang tahu?

sehingga hari ini, saya masih ingat pesan nenek saya ini

Semoga Allah merahmati Kita
dan menunjukkan kita jalan
Kebenaran. amin.

walau kaana murra said...

Kepada Saudaraku Kulil Haq

Kuli Haq cuba mengelirukan pembaca dengan memasukkan fakta umum untuk menjadi penghujahan khusus. Saya ingin memberitahu di sini bahawa ia adalah cara logic dan penghujahan yang salah. Masuk university dan belajar lagi untuk berhujah dengan betul. Saya yakin bahawa yang menulis ini adalah geng Dr KaYu juga.
Berkawan dan berbincang secara formal dengan geng Ilmuan tidak bererti tokoh-tokoh di atas bersetuju dengan gagasan Anti Pakatan Rakyat ILMUWAN. Cubalah Tanya kepada tokoh-tokoh seperti Ust Ahmad Awang, Salahudin Ayub dan semua nama yang saudara sebut, adakah mereka redha dengan perancangan jijik anti Anwar dan anti Pakatan Rakyat ILMUWAN. Cuba Tanya mereka. Jawapannya adalah tidakkkkk!!!!!!!!!! Tetapi nama-nama seperti Dr Kayu, Suhaimi Embong, Suwardi memang terkenal sebagai tokoh anti Pakatan dan anti Anwar serta terlibat di dalam perancangan dalam gelap. Statement yang keluar dari mulut mereka didengar dan difahami oleh ramai orang. Manakan sama puak ILMUWAN yang rakus dengan projek dengan golongan yang siang-malam berjuang untuk membela rakyat marhain. Walaupun kadang-kala mereka bertemu dan berbincang.

Kulil Haq said...

Saya yg cuba mengelirukan pembaca atau TB mereka cerita? Apa yg saya kemukakan adalah fakta. Jika tidak setuju, patahkan fakta saya dengan hujahan fakta saudara. Tak perlu berbicara terlalu akademik sbb fakta dan hujahan saya mudah difahami secara rasional.

Ingat yg masuk university je ke boleh berhujah? Saya lepasan universiti tp saya kagum kpd yg bukan lepasan universiti drp saudara yg hnya pandai mempersenda. Jgn lari dari hujahan usul dengan membawa kepada perkara furu'.

Saya bukannya geng Dr KaYu dan saya menulis atas kapasiti ind yg punya maklumat secara direct.

Soalnya skrg, dimana hujahan saudara ttg tuduhan yg diberikan. Dalam Islam, org yg menuduh wajib kemukakan bukti dan saksi. saya cabar saudara 'Walau Ka Na Murran' @ TB tampilkan sesiapa sahaja yg memberikan maklumat dan tuduhan bahawa ILMUAN punyai rancangan utk menjatuhkan PR. Saya cabar.

Jgn tnaya kepada Ust Ahmad Awang, Salahudin Ayub dan semua nama yang saya sebut, saya sendiri tidak redha dengan perancangan jijik anti Anwar dan anti Pakatan Rakyat jika ia dari ILMUAN.

Sekali lagi saya cabar TB dan saudara pengomen agar kemukan bukti atas tuduhan yg dilemparkan.

Anoinimuz said...

bro TB, nampak gayanya. Sudah sampai ke tahap ini. Apa lagi. LETUPKAN SEMUANYA. Biar mampos puak-puak tangan gelap ni.

walau kaana murra said...

Kepada Kulil Haq

Saya dah tulis sebelum ini. Apa yang saudara kemukakan bukanlah hujah. Sebaliknya saudara mengelirukan pembaca dengan fakta-fakta lain yang tidak ada kena mengena. Kesimpulan yang saudara buat sangat jauh. Kita semua tahu bahawa Ust Ahmad Awang adalah penentang gagasan UG. Tetapi saudara cuba kaitkan seolah-olah Ust Ahmad Awang bersama-sama dengan geng Dr Kayu yang anti Anwar.

Kalau nak bukti, cubalah saudara Tanya sendiri dengan Dr Kayu dan Dr Supyan, apa pandangan mereka tentang Anwar dan Pakatan Rakyat. Di situ saudara akan dapat memahami betapa mendalamnya kebencian mereka kepada Pakatan Rakyat. Kami di Gombak ni telah mengenali dan mendengar banyak kali daripada mulut mereka sendiri.

Hendakkan bukti sabotaj Pakatan Rakyat daripada Geng Kayu. Tunggguuuuu!!!! Sebab nanti Nazree Gerak akan bagi statement tentang penglibatan puak ini di dalam sabotaj Pakatan Rakyat. Sabar separuh daripada iman sheikh. Tergopoh gapah daripada Syaitan.

Asilah said...

Abang rahman Besi...

harap abang rahman Besi dapat kemukan bukti terhadap tuduhan tu, baru best sikit..baru kita tahu sapa dia puak-puak ni..

tapi kalau abang rahman besi cakap kosong begini, sapa-sapa pun takkan percaya..

kalau abang rahman besi kemukakan bukti..saya mintak cawangan saya buat aduan ke lembaga disiplin parti untuk menyahkan golongan ini.

tapi kalau abang rahman besi menuduh tanpa bukti, nampaknya saya terpaksa cadang cawangan saya untuk menyahkan abang rahman besi lah...kalau terpaksa..sebab fitnah ni teruk.,

ok....saya cabar kemukakan bukti spesifik untuk tuduhan kali ini..saya tak sabar-sabar menunggu ni

Asilah said...

satu lagi..hari tu, abang rahman besi sebut nak yang Dr.Samsuri nak jumpa..

bila nak berjumpa tu.???.

kalau jumpa jangan lupa ajak saya sekali yee..sebab nak rakam..jadikan bahan bukti tu..untuk cek saper yang benar..

bukan apa, untuk kebaikan abang rahman besi jugak..taklah tertipu kali kedua, ye tak.

nanti orang kata abang rahman Besi merapu pulak..

saya ni bukan apa, tak suka saper-saper kutuk abang rahman besi ni...hero PAS katakan

Kulil Haq said...

Kepada Walau Kaana Murra,

Saya kemukakan adalah fakta-fakta berkaitan. Semuanya ada kene mengena. Yg menunjukkan ILMUAN tidak punya agenda merosakkan PR. Membantu kerajaan PR di Selangor dan Perak, ini jelas ILMUAN membantu memperkasa bukan menjatuh atau menjahanamkan PR. Sheikh, org bodoh pun boleh fikir la. Saya tidak langsung menuduh Ust Ahmad Awang dan yg lain2 bersekongkol dgn ILMUAN menjatuhkan PR tetapi mereka bersekongkol memperkasakan PR. Jgn jadi bangang dek kerna maklumat sebelah pihak.

Bab UG ni, anda lebih baik berdiam diri dr bercakap tak tahu ape. Saya tau, anda ni TB. Saja menggunakan nama lain. Disebabkan anda bangkitkan isu UG, saya nk bg beberapa fakta.

1. Org yg mula2 sebut UG adalah Dr Zulkifli Ahmad.

2. UG dibincang di dlm AJK Pas Pusat sblm TGHH lontarkan kpd umum idea tersebut.

Kalau tak percaya, saya cabar anda berjumpa Ust Mad Sabu SUK Pas Pusat. Dan saya cabar saudara berhenti menulis kerja2 jahat ini selepas anda berjumpa dgn Ust Mad Sabu.

Sheikh, nta x yah gune name ahli Pas Gombak la sheikh. Buat malu je. Cuba bgtau, berapa kali geng Kayu turun ke Gombak mengadakan aktiviti? Kalau nta org Gombak, nta boleh bgtau skrg.

Bab kemukakan bukti ni, xyah tunggu. Ke nk reka bukti dulu? Sheikh, pertuduhan dibuat bila ada bukti. BUKAN TUDUH DULU BARU CARI BUKTI. Itu sama macam UMNO. Soal sabar tu lain, ni soal hang tu xtau kaedah perundangan dalam Islam. Ada bukti dan ada saksi, br buat pertuduhan.

Pesanan saya, x yah berlakon nk jaga dan sayang Pas la kalau najis fitnah sesama jemaah dibiar membusuk di hati. Wallahua'lam.

IbnuQalil said...

Salam a'laik,

Senyap jek Pakcik Rahman ni, xde hujah dah kot. Kulil Haq, xyah dedah sume, nnti kene delete lak nta punyer komen. Hehe.

Pakcik Rahman, seronok ke kat Indonesia tu? Kerja ke melancong. Banyaknya duit. Hari tu minta derma sebab nk balik ke Malaysia. Hehe.

Pakcik Rahman, saya mendoakan kebaikan kpd Pakcik Rahman dan hidayah agar berhenti dr terpalit dosa-dosa fitnah. Ingat, neraka itu tak best sangat....

Anonymous said...

Salam,

Ini first time saya masuk blog TB. Saya ni ahli PAS tapi dah lama tak aktif sebab sibuk keje dan benci dengan fitnah taburan kaum blogger, malas nak layan.

Saya rasa puak blogger ni biasanya syok sendiri, suka tabur fitnah dan kebanyakkannye giler glamer jadi suka ambil berita separuh masak dan tabur sana sini.

Walaupun saya pun tak setuju dengan geng UG, tapi saya kenal mereka dan betul la kata Kulil Haq, mereka ni banyak membantu PR walaupun mereka memang tak suka Anwar jadi PM. Mereka kalau boleh nak TGHH jadi PM, salah ke?

Berbeza pendapat itu tak salah, tapi tabur fitnah tu kerja dosa besar. Saya kenal geng-geng UG ni, takde la mereka sekeji blogger yang suka tabur fitnah, termasuk blogger Anti-Husam ...

akalu ada bukti, tolong adukan Husam pada parti, bukan sibuk tulis dalam blog .... giler glamer betul

Tulang Besi said...

Nah, jika individu yg dituduh itu niat jahat terhadap PR kenapa jasa mereka byk terhadap PR dan PAS? Bahkan mereka diakui oleh nama2 yg saya sebut diatas. TB kata rapat dgn AJK Pas Pusat, cuba tnya individu terbabit. Tnya Syed Azman, sape yg cadang Dr Samsuri sbg Setpol baru..

Mungkin pada masa itu orang tak nampak perancangan sebenar ILMUWAN? Semua ingat mereka ikhlas nak menyumbang pada Islam, padahal mereka ada agenda yang orang tak tau?

Semua yang berlaku di atas sebelum atau selepas berita perjumpaan dalam gelap didedahkan? Boleh tanya tak?

walau kaana murra said...

Kepada Kulil Haq (yang bercakap bohong)

Nampaknya Kulil Haq kasyaf tahu saya adalah TB. Malangnya tekaan tersebut tidak benar. Untuk pengetahuan, saya bukanlah TB. Cuba lagi lain kali. Mudah-mudahan Berjaya.
Kamu jangan cuba putrbelitkan fakta.
1. Sebut UG tidak sama dengan memperjuangkan UG dan agenda pakatan rakyat. Sanggahan keras Dr Dzul terhadap agenda UG dan anti PAkatan Rakyat membuktikan bahawa beliau tidak satu geng dengan puak Ilmuwan Terengganu.
2. Fakta 2, kalau dibincangkan pun, adakah ia dipersetujui? Bahkan Ust Abd Halim Rahman telah menafikan bahawa di PArlimen bahawa ianya telah diperbincangkan dalam mesyuarat.
3. Mat Sabu Junior pun satu geng dan satu puak dengan korang. Apasal aku nak dengar dia cakap.
Ko ni kaki puter belit dan kaki kelentong. Ingat sikit dosa pahala. Apa nak susah. Ko pergi ajelah telefon Suhaimi Embong tu, Tanya dia sama ada dia terlibat atau tidak dengan Anti Husam.blogspot. Minta dia bersumpah. Tengok dia berani ke tidak. Korang bila puak UG buat fitnah macam-macam terhadap Dr Dzul dan kawan2, korang tak sebut pasal bukti. Sekarang sebut pasal kaedah Fiqh. Ini pernagai munafik. Ada orang munafik rupanya dalam PAS ni ye.
Lepas tu, putar belit fakta, kata orang itu dan orang ini terlibat sama dengan perancangan keji korang.

Aku nasihatkan, lebih baik ko cari sapa yang buat antihusam.blogspot yang merupakan pemfitnah utama sebelum bercakap pasal fitnah di sini.

walau kaana murra said...

Tukang Besi

Puak-puak ni tak layak bercakap soal fitnah dan bukti sebab selama ini puak-puak ini tidak pernah menghormati adab menyatakan tuduhan dalam Islam. Berapa ramai yang menjadi mangsa perang saraf mereka. Bila terkena kat batang hidung sendiri, barulah bercakap tentang fakta dan bukti.

Kulil Haq said...

Kepada TB,

Mungkin????? Kenapa guna perkataan mungkin??? Mungkin atau kot ni xleh guna pakai sgt. Apatah lg dlm pertuduhan2 dan fitnah jahat mcm ni. Nampak sgt TB bukan yakin dan ade bukti pun. Semuanya adalah KEMUNGKINAN. Betul x?

Semua yang berlaku di atas sebelum dan selepas berita perjumpaan dalam gelap didedahkan. Tnya YB Nizar sekali, die hadir beberapa program bersama ILMUAN.

Kulil Haq said...

Kepada Walau Kaana Murra,

Saya tak kasyaf, saja nk tau sape sebenarnya. Ini dipanggil provokasi. Takkan x paham kot. Hehe. Kalau salah tekaan saya, xpelah sbb mmg saya meneka je anda ni TB. Kalau betul pun, xde org tahu gak sbb nmpak awak ngn TB same je, kaki kelentong. Maaf kasar. Kdg2 nk bg org sedar, bukan dgn nasihat je. Kalau jenis anda dan TB ni, mmg kene buat mcm ni.

Sheikh, jgn dok pusing mcm Che Det dan Zainudin Maidin la. Hang nak pusing ikot mana?

1. Sebut UG tidak sama dengan memperjuangkan UG dan agenda pakatan rakyat. Sanggahan keras Dr Dzul terhadap agenda UG dan anti PAkatan Rakyat membuktikan bahawa beliau tidak satu geng dengan puak Ilmuwan Terengganu.

1. Dah kalau Dr Zul x nmpak penyelesaian kemelut politik tanahair adalah dgn UG, yg die gatai mulut lontarkan idea UG ni pasai apa? Die Dr la sheikh. Xkan bodoh mcm saya. Dah die lontar, tentu la die nampak keperluan dan positif UG. Saya sendiri x nmpak dgn jelas. Tp die Dr, otak geliga apa. Kalau x, x jd la pengarah PPP. Lainla kalau dok goyang kaki je. Kalau goyang kaki ja, baik bg kt TB jd pengarah PPP. Kan3?

2. Habaq kt Dr Zul, kalau die nk jd hero selamatkan kes culik, jgn la die plan kes culik anak dia. Itu bangang namanya.

2. Fakta 2, kalau dibincangkan pun, adakah ia dipersetujui? Bahkan Ust Abd Halim Rahman telah menafikan bahawa di PArlimen bahawa ianya telah diperbincangkan dalam mesyuarat.

Cuba tnya Ust Halim, waktu dibincang tu dia hadir ke x hadir?

3. Mat Sabu Junior pun satu geng dan satu puak dengan korang.

Saya x tau la Mat Sabu Jr ni geng dgn dorang atau x. Tp saya ni bkn kaki geng mcm hang dan TB. Saya x suruh dgr cakap die pun. Saya suruh dptkan bukti dr dia. Kan skrg hang tgh kumpul bukti. Minit mesyuarat PAS Pusat boleh jd bukti. Ke hang takut nk p jumpa? Takut kebenaran terserlah.

Ko ni kaki puter belit dan kaki kelentong. Ingat sikit dosa pahala. Apa nak susah.

Saya tahu dosa pahala menipu dan kelentong. Tu yg saya nk hentikan hang dan TB dr dok putar alam dan kelentong sana sini. Lebih keji, menfitnah dan adu domba.

Ko pergi ajelah telefon Suhaimi Embong tu, Tanya dia sama ada dia terlibat atau tidak dengan Anti Husam.blogspot. Minta dia bersumpah. Tengok dia berani ke tidak.

Pasai apa saya lak nk kena pegi suruh Suhaimi bersumpah. Mai nk habaq, hang dan TB yg kene bersumpah laknat dulu bhw pertuduhan itu adalah benar.
Dulu dok suruh si Seepol bersumpah laknat sbb tuduh Anwar liwat. La ni, hangpa kene bersumpah laknat tuduh Shuhaimi dalang anti-husam.

Korang bila puak UG buat fitnah macam-macam terhadap Dr Dzul dan kawan2, korang tak sebut pasal bukti. Sekarang sebut pasal kaedah Fiqh. Ini pernagai munafik. Ada orang munafik rupanya dalam PAS ni ye.

Amboi, bab saya bg fakta ttg Dr Zul sikit ni pun dah kata saya munafik. Yg hangpa dok kutuk dan fitnah TGHH dll tu apa dia? Mendulang paku serpih. Satu jari hang tuju kt saya, 4 jari balik kt hang.

Aku nasihatkan, lebih baik ko cari sapa yang buat antihusam.blogspot yang merupakan pemfitnah utama sebelum bercakap pasal fitnah di sini.

Nasihat hang saya xmau terima. Buat apa nk sibuk2 g cari mende tu. Byk lagi kerja lawan Umno saya kene buat. Cawangn, Kawasan, kerja cari makan lg. Lainlah TB, dibayar berkali2 ganda oleh Dato' X. Skrg bekerja di Indonesia. Keje apaan sih? Hehe.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Walau Kaana Murra said...

Kepada Kulil Haq

Anda tidak menjawab kebanyakan isu yang saya bangkitkan. Point anda yang mula-mula tentang penglibatan Ust Ahmad Awang dll dengan perancanga anti Pakatan Rakyat dah hilang. Keluar pulak point lain.

Ko nak surh amik minit mesyuarat PAS Pusat buat apa? Sekarang ni kan dosa yang paling besar dalam PAS ialah menceritakan isi mesyuarat. Itu yang berlaku kepada Khalid Samad. Ooo, bila geng korang dedah minit mesyuarat, tak kena pulak tindakan disiplin.

Lagi satu, cuba post kat sini artikel Dr Dzul yang memperjuangkan UG?? Kalau ada la. Tapi puak-puak korang ni memang memfitnah orang menjadi darah daging.

Nak tanya sikit, UG tu keputsan mesyuarat PAS Pusat ke? Cuba jawab sikit?

Dan satu lagi, tulisan saudara memang menggambarkan tulisan geng UG yang penuh kebencian kepada DR Dzul dan lain-lain. Saya nak bagitahu kepada pembaca lain, inilah sikap diorang. Dah terzahir dah pun sekarnag.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

naqib usrah TB ialah khalid samad. pembantu naqibnya norman toha

IbnuQalil said...

Salam a'laik,

Kulil Haq dan Walau Kaana Murran berbalas hujah. Akhirnya Pakcik Rahman sengeh sorang2. Sudah-sudahlah bergaduh sesama sendiri. Penyelesaian yg perlu kita lakukan adalah hentikan segala fitnah. Jika benar tuduhan itu berasas, sila salurkan mengikut prosedur, apa masalahnya.

Saya merayu kpd Pakcik Rahman, niat Pakcik Rahman hendak membetulkan tindakan segelintir pimpinan (walaupun tuduhan tu tidak betul) melalui blog bukan satu hikmah. Sedarlah bahawa Ikhwan Mesir berpecah juga krn blog. Jadilah blog yg menyatukan jemaah Islam bukan memecahkan jemaah. Allah menyuruh kita berjuang dlm satu Saff (Rujuk Surah as-Saff). Tp Pakcik Rahman and the geng memecahkan saff dgn pendedahan dan pertuduhan yg berniat jahat. Logiknya ia umpama melawan perintah Allah agar berjuang dlm satu saff.

Bukankah naqib Misna dulu ajar Pakcik Rahman erti tarbiyyah, thiqah, mahabbah, sir wa hazar? Di mana semuanya itu? Kembalilah kpd fitrah. Kembalilah kpd Allah. Ana khuatir tindakn Pakcik Rahman adalah satu usaha menjayakan perancangan ind tertentu. Wallahua'lam.

Tulang Besi said...

Jadilah blog yg menyatukan jemaah Islam bukan memecahkan jemaah. Allah menyuruh kita berjuang dlm satu Saff (Rujuk Surah as-Saff). Tp Pakcik Rahman and the geng memecahkan saff dgn pendedahan dan pertuduhan yg berniat jahat. Logiknya ia umpama melawan perintah Allah agar berjuang dlm satu saff..

Untuk bersatu, kita nak biar sesiapa sahaja berlaku sewenangnya?

Apa beza kita dgn UMNO? UMNO sebut bersatu sebab dia tidak mahu ahli2 mempersoalkan tindakan pimpinan mereka merompak harta rakyat.

Kalau tak nak ditentang, jangan khianat pada parti.

Silap besar kalau salahkan blog. PAS pecah kerana sikap segelintir pemimpin yang menyalahgunakan kedudukan mereka dan sikap ahli yang mahu menyokong penyelewengan pemimpin

Tulang Besi said...

Ibnu Qalil,

Terima kasih atas nasihat saudara. Saya faham, saudara mahukan aman damai dan ketenteraman dalam jemaah.

Namun, malangnya, ada yang menyalahgunakan ketenteraman dalam jemaah untuk kepentingan pribadi mereka.

Anonymous said...

Semakin fed-up dengan gelagat sumbang saf pimpinan PAS yang baru ni.... Pemimpin & konco2 yang terperasan hebat, "mangak" dan mabuk kuasa.... asyik dok berkira2 sapa jadi PM, mentri dsb...wek...wek.... Hilang fokus untuk Islam, Ummah & Sejagat... macam perangai melayu UMNO... Sedangkan rakyat majoriti masih dok sesat & jauhi amalan Islam jugak.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.