Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 16, 2010

Laporan Pertemuan Dengan SU Agung

NOTA EDITOR: Salam pada kesemua pembaca. Tulng Besi baru sampai ke rumah dan dalam keadaan penat lagi. Jadi, Tulang Besi akan memakan masa sikit di dalam memberi laporan berkaitan pertemuan dengan SU Agung berkaitan aduan dan laporan Tulang Besi.

Buat masa ini, Tulang Besi cuma ingin mengatakan:

a. Pujian pada SU Agung kerana sanggup berjumpa TUlang Besi dan nanti dengan Abdullah Karim berkaitan aduan2 kami walaupun ada pendapat dalam Dewan Harian hanya Kawasan dan Cawangan sahaja yang boleh melaporkan.

b. Cikgu Pa serta YB Salahuddin memberi jaminan bahawa kes ini akan di bawa ke DEwan Harian PAS Pusat untuk diputuskan samada akan diteruskan ke JK Disiplin atau tidak.

c. Ertinya aduan Tulang Besi tidak ditolak oleh SU Agung mahupun aduan Abdullah Karim. Cumanya, Abdullah KArim kena book tiket siap2 untuk pulang ke Malaysia bertemu SU agung

d. Tulang Besi ingin meminta maaf pada YB SAlahuddin, Cikgu Pa serta Akhi Khairul sewaktu isu "Loci Standi" Tulang Besi dibahaskan. Tulang Besi tidak marah pada Cikgu Pa mahupun YB Salahuddin. Tulang Besi cuma marah dengan beberapa "lawyer cabuk" seperti di sini yang mentafsir Perlembagaan PAS macam kanak-kanak Ribena. Lawyer2 cabuk ni kemudiannya "meracun" pemikiran beberapa ahli Dewan Harian.

Cukup Tulang Besi tanya: Apa "Loci Standi" Dewan Harian PAS Negeri Selangor untuk membuat laporan terhadap Khalid Samad tempohari yang membawa kepada hukuman pergantunggan 6 bulan?

Sila jawab wahai lawyer2 cabuk sekelian. Malunya saya kalau saya jadi Universiti yang mengeluarkan ijazah kepada lawyer2 cabuk seperti ini.

Cukuplah setakat ini. Tulang Besi akan mula memberi laporan sejurus selepas penat Tulang Besi hilang nanti, inshaalah.

Tulang Besi



Tulang Besi dipanggil beri penjelasan
Salhan K Ahmad
Mac 15, 10
4:50pm


Penulis blog PAS Abdul Rahman Talib dipanggil memberikan penjelasan berhubung aduan salah laku terhadap tiga pemimpin kanan parti itu yang dilaporkannya sebelum ini.

Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Tulang Besi tampil di pejabat agung PAS di ibu negara kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau sebelum ini membuat laporan laporan salah laku itu terhadap timbalan mursyidul am, Datuk Haron Din, timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Bercakap kepada media hari ini, Abdul Rahman berkata beliau secara umumnya berpuas hati dengan proses merakam kenyataan yang dijalankan oleh setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali.

"Setakat ini saya tengok semuanya ikut prosedur, tak ada sebab untuk saya tidak puas hati. Saya beri justifikasi kepada aduan saya dan (Mustafa) ambil nota dan beri komen beliau.

"(Mustafa) beri jaminan untuk putuskan sama ada aduan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat, sama ada akan diambil tindakan atau tidak," katanya.

Tambahnya lagi, keputusan sama ada aduan itu mempunyai merit untuk diketengahkan sebagai kes, hanya boleh diputuskan oleh Mustafa Ali.

"(Mustafa) beritahu, ini berdasarkan pindaan baru dalam perlembagaan parti tahun 2008. Jadi setiausaha agung bertindak seperti peguam negara dan dia berhak buat keputusan.

"Saya sedang cuba dapatkan apa kandungan pindaan ini dan akan dapatkan pandangan peguam," katanya lagi.

Tambahnya, beliau membuat aduan tersebut bukan atas dasar peribadi tetapi untuk menyelamatkan PAS.

Beliau dalam pada itu, juga menuntut supaya ketiga-tiga orang yang dinamakan dalam aduannya itu meminta maaf secara terbuka kepada ahli parti kerana didakwanya telah memburuk-burukkan parti dengan tindakan 'tikam belakang' mereka.

Sekiranya perkara ini tidak dibendung, katanya, beliau bimbang akan ada kesan lebih buruk kepada parti dan juga Pakatan.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah seorang naib presidennya Salahuddin Ayub.


5 comments:

Anonymous said...

alahai..
1.Apa pun laporan hang!tetap sokong dr harun din dalam isu kalimah Allah.
2.Hang tenguk ramai AP PKR dah dan akan keluaq parti!sebab apa!sebab depa tak puas hati dengan isu kalimah Allah tu!Kalau Yusmadi balik pulau pun keluaq PKR!PKr akan tinggai batu nesanla!semua oghang melayu dan islam akan keluaq PKR!
3.Hang pun dok menongkah arus dalam isu kalimah Allah ni!Kalau semua pemimpin pas ikut hang!hancoq Pas nanti!
4.Tapi pemimpin pas cerdik sikit!depa tak terpengaruh dengan dakyah hang dan khalid samad!Rasanya pada pilihanraya ke13 nanti!khalid samad akan tinggai sejarah!sejarah yang menunjukkan kebodohan pemimpin yang kononnya pejuang islam dalam isu kalimah Allah ni!!Dah cakap dulu!ramai orang islam kecewa dan terluka dengan isu ni!tunggu masa je!nak hukum khalid samad!!
5.Isu hang dengan SU agong Pas ni!tak kemana!Pas akan bermasalah besaq jika layan hang!!Terutama yang berkaitan dengan dr harun din!Pas tak akan berani punya!!tambahan bila pas tenguk apa yang terjadi dengan PKR!disebabkan isu kalimah Allah ramai AP PKR keluaq parti!!
6.kalau Pas senada dengan hang!Wala tak ketawan hala dengan PR ni!terutama dengan isu kalimah Allah!!Tenguklah nanti!tak silap kedah pun akan dapat kat puak umno!
7.Ingatkan dalam PKR tak dak pejuang Islam!ramai rupanya!tabik kat zul kulim!Puak pas seperti khalid samad,hang!pulak yang jadi PENGKHIANAT ISLAM!KALAU RAMAI PUAK MACAM HANG DALAM PAS ATAU UMNO AKAN HANCUR ISLAM KELAK!!

Perak Reform said...

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Blog Perak Reform diwujudkan atas dasar hasrat untuk melihat PAS kembali memerintah
Perak dengan aman dan jayanya.

Kami hanyalah kumpulan kerdil yang hanya mahukan KEADILAN dan melihat IDOLA kami
Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menerajui Perak. Demi menolak kerajaan
kudeta UMNO/BN di Perak, kami rasakan sudah tiba masanya kami turun berjuang bersama-sama
rakan bloggers yang lain.

Atas dasar perjuangan untuk menepis segala tohmahan dan tipu helah kerajaan kudeta
Perak, kami yakin dengan satupadu dan bantu-membantu antara semua bloggers di
Malaysia ini akan dapat sama-sama kita bersepakat dalam menghebahkan isu senario
politik Perak YANG SEBENARNYA.

Segala maklumat di blog kami adalah BENAR dari sumber dalaman yang kuat.Insyallah.Cuma
penghebahan yang lebih telus adalah harapan kami agar dapat disalurkan kepada
semua rakyat khususnya rakyat Perak untuk menilai INIKAH KERAJAAN YANG
MEREKA MAHUKAN?


Dalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan
ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,kami mohon jasa baik tuan/puan untuk letakkan
blog kami,

http://perakreform.blogspot.com/


dalam blog list tuan/puan.Blog tuan/puan juga telah kami masukkan dalam list kami
agar kita dapat sama-sama berkongsi informasi dalam memartabatkan agama dan bangsa
tercinta.

Dengan ini, Perak Reform secara rasminya menjadi FOLLOWERS blog
tuan/puan.

Menjadi FOLLOWERS PerakReform di http://perakreform.blogspot.com,
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Salam ukhwah dari Perak Reform..Assalamualaikum.

Anonymous said...

mu ni otak sewel dah.aku pun orang pas juga,tapi pas serupa HARUN DIN,tidak serupa pas gila serupa mu

Anonymous said...

Perak Reform,

Hang kata 'hasrat untuk melihat Pas kembali memerintah Perak'.

Nak tanya sikit. Berapa kerusi Pas kt Perak dan berapa ramai adun Pas yg jadi exco? Kalau istana tak tolak cina jadi MB hang jgn mimpi Pas dpt jawatan tu. Sedar diri. Kalau kata PR memerintah Perak okaylah sikit. Ini dok kata Pas kembali perintah Perak. Tak malukah.

Macamana nk tepis tomahan dan tipu helah sedangkan hang buat tipu helah kata Pas perintah Perak. Dari kerajaan Pakatan Rakyat pi ubah kerajaan Pas. Reform pebenda?

Anonymous said...

alahai..pas reform.
1.Puak macam hang ni!senang la kena cucuk idung dengan puak kapiaq harbi!bagi duit lima duit jee!!tergadai perak nanti!!
2.Dapat 6 kerusi!kawasan melayu!puak dap pilih nizar sebagai mb dulu sebab tak dak pilihan!jadi mb !sinizartu!perangai mengalahkan puak dap pulak tu!nak termuntah!tenguk dia menyanyi lagu cina tu!muhasabah diri la nizar!kemalangan tempohari!Allah dah bagi "hind" sikit!!Tobatla!
3.Kalau nak jadi MB!jadilah mb yang sebenaq!pastikan Pas menang majoriti nanti!bukan dok jadi balaci oghang jee!!macam Kedah dan kelantan!sapa pun tak kata apa!menang atas kekuatan sendiri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.