Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 16, 2010

Laporan ZainulFaqar Berkenaan Pertemuan Tulang Besi dgn SU Agung

Terima Kasih Zainul Faqar atas laporan yang baik ini.




Tulang Besi: Layanan Mustafa Ali profesional!

Salahuddin Ayub seperti memperkatakan sesuatu supaya niat baik blogger Tulang Besi untuk melihat PAS terus dipercayai bakal berbuah hasil.

SEKiAN lama mengkritik PAS secara terbuka dalam internet, Abdul Rahman Talib, 36, petang tadi menyuarakan rasa berpuas hati dengan maklum balas Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali berhubung aduan salah laku disiplin beliau yang membabitkan beberapa pemimpin tertinggi dalam PAS.

“Setakat ini, saya tengok segalanya mengikut prosedur, jadi tiada sebab untuk saya tidak berpuas hati,” jelas beliau petang tadi di lobi Pejabat Agong, di sini.

Beliau yang juga dikenali sebagai blogger ‘Tulang Besi’ berkata, tindakan Mustafa untuk mengetengahkan aduan-aduan tersebut pada Dewan Mesyuarat Harian membuktikan Mustafa seorang pemimpin PAS yang profesional.

“Datuk Mustafa (Setiausaha) member jaminan bahawa kes ini akan dibuka dan diserahkan pada Dewan Mesyuarat Harian untuk meneruskan (perbicaraan) atau tidak.”

“Bagi saya, (Mustafa) seorang pemimpin PAS yang begitu terbuka, tidak seperti pemimpin PAS tertentu yang selalu marah kepada blogger-blogger seperti saya,”jelasnya.

Menurut pemilik blog Malaysia Waves, http://www.malaysiawaves.com itu lagi, selama lebih 45 minit berdepan dengan Mustafa bersama-sama Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Setiausaha Kerja I PAS Haji Abdul Rahim Saidin, beliau diminta menjelaskan motif di sebalik aduan-aduan yang dibuatnya itu.

Menjawab pertanyaan tersebut, beliau menegaskan bahawa tujuan beliau membuat beberapa aduan-aduan tersebut demi memelihara nama baik Islam dan PAS sendiri.

“Tujuan saya buat laporan ini bukan (bersifat) peribadi, tapi semata-mata kerana sayang parti (PAS),” jelasnya.

“Yang penting adalah jangan PAS dilihat sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai (dan) jika PAS mula tidak dipercayai, imej PAS hancur dan imej Islam juga hancur.”

Sehubungan itu, beliau meminta Jawatankuasa Disiplin PAS supaya melaksanakan hak-hak keadilan seperti yang dijamin oleh Perlembagaan PAS.

Tambahnya lagi, dengan melaksanakan hukuman secara adil kepada pemimpin-pemimpin yang sah didapati bersalah, secara automatik mampu menjadi pengajaran kepada ahli-ahli PAS yang lain.

12 Februari lalu, Abdul Rahman mendakwa Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Islam dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Mohd Hassan Ali mendedahkan ‘bai’ah taalik’, yang dianggap rahsia parti.

Dr. Hassan juga didakwa mendedahkan rahsia-rahsia tertentu tentang PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam suatu majlis pertemuan blogger, termasuk blogger-blogger pro Umno.

Manakala, Timbalan Presiden PAS pula didakwa membelakangkan ketetapan PAS yang membenarkan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ dengan menyertai perhimpunan ‘anti kalimah’ bersama-sama 64 badan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat pro Umno.

Di samping itu, anggota Majis Syura Ulama turut diminta memberi penjelasan berhubung kertas kerja ‘tahalluf siyasi’ yang menghalalkan PAS bergabung dengan Umno dua tahun yang lalu. -END

18 comments:

Grand Marquis said...

Pertama, garangnya muka TB. Macam nak makan orang aje :-P

Kedua, TB kata:
“Tujuan saya buat laporan ini bukan (bersifat) peribadi, tapi semata-mata kerana sayang parti (PAS),” jelasnya.

“Yang penting adalah jangan PAS dilihat sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai (dan) jika PAS mula tidak dipercayai, imej PAS hancur dan imej Islam juga hancur.”


Semua orang akan cakap tindak tanduk mereka bukan kerana peribadi sebab kalau cakap kerana peribadi dah tentu kena masuk tong sampah.

Tetapi tidak dinafikan bahawa segala tindak tanduk TB adalah berdasarkan intepretasi peribadi tentang bagaimana PAS perlu diuruskan. Misalnya dalam hal kerja sama dengan UMNO, TB kata No dan ia semata-mata intepretasi peribadi TB sedangkan ada juga pemimpin mahupun ahli pas yang kata YES.

Jadi, mahu tidak mahu, hakikatnya ialah tunjang tindakan TB adalah kecendurungan peribadi. Cuma kes TB ialah bila TB merasakan bahawa hala tuju pas tidak menepati selera peribadi TB, TB membuat aduan supaya diambil tindakan terhadap orang yang tidak sehaluan dengan TB. As simple as that.

Semua orang pun boleh mengaku (dan pasti akan mengaku) yang segala tidakan adalah kerana sayangkan parti, tetapi perkara itu perlu dinilai secara objektif adakah rasional tindakan seperti itu.

Bagi TB, mungkin TB melihat pas tidak boleh dipercayai sekiranya bekerjasama dengan UMNO. Tapi oleh siapa? Bagaimana dengan pengundi Islam yang melihat pas mengkhianati perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam semati-mata kerana mahukan undi bukan Islam? Dalam hal ini, sama ada pas mahu dipercayai oleh orang bukan Islam atau pas mahu dipercayai oleh orang Islam perlu difikirkan oleh kepimpinan pas, bukannya melayan kecerendungan peribadi TB yang merasakan kepercayaan orang Islam tak penting asalkan dapat undi bukan Islam.

Pas ada beribu ahli. Kalau setiap ahli seperti TB yang mahu melihat agenda parti sesuai dengan citarasanya, alamatnya pas akan jadi pening. Disinilah letaknya adab berjemaah.

ikhlas said...

PERCAYA ATAU TIDAK JANJI SU AGONG KITA CUMA JANJI SHJ SEPERTI SEBELUM INI KRN SEMEMAGNYA KITA DISINI TAHU BHW SU AGONG ADALAH KRONI PRESIDEN DAN KUMPULAN UG.

TB KENA BERI ULTIMATUM SAMPAI BILA TINDAKAN PERLU DIAMBIL DAN JGN ADA LAGI TOLAK ANSUR LAGI SELEPAS INI

TAPI APA APA PUN ANA SALUTE TB

Anonymous said...

Sdr/sdri Grand Marquis said

Bagi TB, mungkin TB melihat pas tidak boleh dipercayai sekiranya bekerjasama dengan UMNO. Tapi oleh siapa? Bagaimana dengan pengundi Islam yang melihat pas mengkhianati perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam semati-mata kerana mahukan undi bukan Islam? Dalam hal ini, sama ada pas mahu dipercayai oleh orang bukan Islam atau pas mahu dipercayai oleh orang Islam perlu difikirkan oleh kepimpinan pas, bukannya melayan kecerendungan peribadi TB yang merasakan kepercayaan orang Islam tak penting asalkan dapat undi bukan Islam.

Pas ada beribu ahli. Kalau setiap ahli seperti TB yang mahu melihat agenda parti sesuai dengan citarasanya, alamatnya pas akan jadi pening. Disinilah letaknya adab berjemaah

komen sikit
GM barangkali
1. belum mengenali lagi UMNO ?
2. masih mengharapkan UMNO [ islam ?] benar2 ikhlas menghulurkan tangan kpd PAS , dan tidak ada apa2 muslihat atau agenda tersembunyi atau niat tidak baik.
3. percaya bahawa kerjasama PAS dgn bukan islam [ DAP & PKR [ bukan islam ] ], mcm lain2 kerjasama spt UMNO dgn MCA & MIC

Tulang Besi said...

GM tak ori,

Kau dah makan ubat ke belum?

Tulang Besi said...

GM tak ori,

Kalau ahli PAS ni majoriti nak duduk sekelambu dengan UMNO, dah lama dah PAS ni bubar.

Kao ada otak tapi tak boleh pikir. Sedihnya aku tengok kao, GM tak ori

Anonymous said...

Shabas TB,
Ana setuju dengan amaran ikhlas(diatas) sebab kita tak boleh nak percaya sangat Mustafa Ali ni.Diantara laporan yang dibuat oleh TB termasuk laporan tentang dirinya(Mustafa Ali).Dia ni ahli politik veteran dan amat pintar main drama.Cuma buat masa ni belum ada syarikat perfilaman nak tawarkan dia berlakun.TB wajar beri dia "time frame" untuk dia beri jawapan.Sekali lagi diucapkan syabas kepada TB.

Anonymous said...

niat yang baik teruskan

john labu said...

Bagi TB, mungkin TB melihat pas tidak boleh dipercayai sekiranya bekerjasama dengan UMNO. Tapi oleh siapa? Bagaimana dengan pengundi Islam yang melihat pas mengkhianati perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam semati-mata kerana mahukan undi bukan Islam? Dalam hal ini, sama ada pas mahu dipercayai oleh orang bukan Islam atau pas mahu dipercayai oleh orang Islam perlu difikirkan oleh kepimpinan pas, bukannya melayan kecerendungan peribadi TB yang merasakan kepercayaan orang Islam tak penting asalkan dapat undi bukan Islam.

GM,
kou punya intepretasi LAgi teruk, hampas!!
sepatutnya sebagai orang umno kau tak layak menilai fikiran dan hasrat penyokong pas...
kou takleh nilai.. sbb kou umno nilaikan islam pun hancurrr..

kou pegi main jauh jauh cerita pasai sekularisma je.. bab tu korang handal!!

john labu said...

Tapi oleh siapa? Bagaimana dengan pengundi Islam yang melihat pas mengkhianati perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam semati-mata kerana mahukan undi bukan Islam?

suku sakat aku dan orang pas (bukan UG) yakin pas perlukan pengundi bukan islam dalam masyarakat majmuk dan keadaan orang melayu dah jadi minoriti...
kerajaan madinah juga berdiri bersama kafir dan yahudi.. jadi tak timbul isu khianat atau belot!!

negara islam bukan bermakna 100% misti orang islam.. habis bukan islam nak halau mana, Gm?
orang melayu pun dah ramai murtad.. lagi teruk dr kaum LGE..
belum kira lagi melayu munafik yg memusuhi gerakan islam..

kou dari awal wisel lagi dah belot GM... kou pun tau kan. sbb tu kau nilai agama ikut selera!

j said...

orang islam sejati tidak akan terfikir menerima sesuatu yg lain dari islam atau meletak islam sebagai kepercayaan sampingan, sepertimana Umno menerima gagasan lord reid mentadbir urusan islam dan umno berjuang bermatian wala'kan nya..
adakah lord reid itu imam muktabar bagi umno?

Anonymous said...

grandy markuisss..

Aku sokong..kalau betul isu tu adalah perjuangan peribadi TB

sebab sama dengan perjuangang peribadi aku dan riburiban lagi penyokong pas

kalau bukan untuk peribadi utk sapa lagi.. untuk rakyat? orang pas?... akula rakyat, akula orang pas.. okeyyy paa??

Grand Marquis said...

Bagi TB, mungkin TB melihat pas tidak boleh dipercayai sekiranya bekerjasama dengan UMNO. Tapi oleh siapa? Bagaimana dengan pengundi Islam yang melihat pas mengkhianati perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Islam semati-mata kerana mahukan undi bukan Islam? Dalam hal ini, sama ada pas mahu dipercayai oleh orang bukan Islam atau pas mahu dipercayai oleh orang Islam perlu difikirkan oleh kepimpinan pas, bukannya melayan kecerendungan peribadi TB yang merasakan kepercayaan orang Islam tak penting asalkan dapat undi bukan Islam.

Nampaknya tag line ini menjadikan ramai orang disini kepanasan.

Memang PAS tak boleh perintah tanpa sokongan orang bukan Islam. Tapi PAS juga takkan dapat perintah kalau tak de sokongan undi atas pagar. Kalau setakat harap ahli pas, berapa kerat aje. Pas takkan ke mana.

Orang melayu jadi minoriti sebab sikap orang-orang seperti TB. Lebih rela melutut mengharap dari orang kafir daripada bersatu dengan saudara seagama.

Anonymous said...

"suku sakat aku dan orang pas (bukan UG) yakin pas perlukan pengundi bukan islam dalam masyarakat majmuk dan keadaan orang melayu dah jadi minoriti...
kerajaan madinah juga berdiri bersama kafir dan yahudi.. jadi tak timbul isu khianat atau belot!!"-John Labu.

alahai..john labu!
1.Berapa kerat je oghang pas sealiran dengan puak hangpa!tak tenguk keputusan pemilihan pas tempohari!dok harap pada nik aziz je oii!nik aziz lani!puak pas kelantan pun dah tak mau la!
2.Tak payah banding pas dengan zaman Rasullullah la!jauh beza macam langit dengan bumi!hang nak banding pemimpin pas dengan Nabi!para sahabat!jauh la oii!!Para sahabat dulu juai harta untuk islam!puak pas lani!juai islam untuk harta!terbalik la!Para sahabat dulu juai harta untuk zuhud!puak pas lani!bertopeng zuhud untuk tipu pengikut!Kalau puak pemimpin pas betui-betui berzuhud macam para sahabat!tanggaikanlah "gelaran" dunia tu!lagi orang hormatlah!juaila mercedes tu!lagi oghang respectla!
3.Nak termuntah la dengaq!zaman para sahabat atau zaman Rasullullah dulu!puak yahudi setuju dengan undang-undang islam!piagam madinah!puak kapiaq harbi sanjungan hangtu!mauka depa dengan undang-undang islam !tak payah nak pebodoh oghang kampungla!oghang kampung pun tau la!perangai kalpal singh!kit siang!guan eng!hangtu je dok tak dak akai!!kata bodoh!maghah pula nanti!
4.Ish!ish!ish!dulu zaman Rasulullah!Abdullah Ubai !oghang yahudi!menyamaq islam!untuk hancurkan kerajaan Islam!lani!"Abdullah Ubai"!oghang islam!dok hancurkan sesama islam!Naikkan puak kapiaq harbi!!

Tulang Besi said...

Orang melayu jadi minoriti sebab sikap orang-orang seperti TB. Lebih rela melutut mengharap dari orang kafir daripada bersatu dengan saudara seagama...

Kenapa sebelum 2008 UMNO tak bising nak buat perpaduan dengan PAS?

Orang Melayu akan tetap dilihat sebagai bodoh disebabkan oleh orangp-orang macam GM tak ori.

Bukan UMNO ni hamba tokeh judi ke sehingga Berahim Ali pun pernah jadi hamba pada tokeh judi Vincent Tan.

Bukan Ustaz Ibrahim Libya tu melayu jugak ke?

GM tak ori mahu kebodohan dalam dirinya disebarkan dan diikuti oleh semua orang.

Dia tak puas hati jadi bodoh sendirian, dia mahu orang Melayu lain mengikuti kebodohan dia.

mie said...

Salam..Man@ TB, selama ni aku ingat TB @ Rahman ni siapa le,
lepas tengok foto kau,rupanye org yg pernah aku kenal..
Semoga selamat semuanye..
Teruskan usaha dgn ikhlas dan murni, cuma kekadang jgn byk sgt bongkar dlm blog, nanti pihak "musuh" ambil kesempatan..

dari : aku jadi drebar masa balik dari Alor Setar ke KL,masa pilihanraya kecil Anak Bukit & Pendang (arwah Ust. Fadhil Noor)..ada ingat?

Tulang Besi said...



dari : aku jadi drebar masa balik dari Alor Setar ke KL,masa pilihanraya kecil Anak Bukit & Pendang (arwah Ust. Fadhil Noor)..ada ingat?
.

Laaa aku ingat. Macamana nak contact hang?

Jom kita borak.

Hang punya email macamana? Lamaaa dah aku nak contact hang ni.

Aku punya nombor telefon macam dulu jugak tak berubah.


Kao sms no handphone kao.

Ataupun email kat malaysiawaves@rocketmail.com

Alhamdulillah, hang punya operasi kat Anak Bukit tu berjaya.

Ingat lagi kesah Putri UMNO kena kepung kat Anak Bukit dgn org kampung pasai depa kempen takdak borang E.

Lepaih tu, UMNO pi buang syarat Boran E tu pasai depa punya Putri asyik jem tak dapat kempen sebab takdak Borang E.

Hahahahaha jangan lupa hantaq email hang kat aku. Kita kena borak panjang ni.

zakwan said...

Kenapa sebelum 2008 UMNO tak bising nak buat perpaduan dengan PAS?

Orang Melayu akan tetap dilihat sebagai bodoh disebabkan oleh orangp-orang macam GM tak ori.


You got a point there,TB?
After the beating received by the opposition back in 2004 and UMNO having a very comfortable position, I don't see Pak Lah personally invited Uztaz Hadi or Tok Guru Nik Aziz to have dialogue discussing on ensuring the future of malays and Islam

All is takes are the lose 5 states( plus KL) and deprived of 2/3 majority for UMNO to start begging on their knees to PAS for the sake of Malays and Islam

After the being screwed once,UMNO's sincerity of a unity government is highly doubtful

Good Luck,TB
Keep up the good work
PKR has done their house cleaning(my hats off 2 the PKR leadership)
Now,time for PAS to take out the trash

Grand Marquis tak ori,
I take what I said a few weeks ago
Harussani Zakaria is not the whore of the highest order
You, Grand Marquis tak ori are most deserving of that honor

Anonymous said...

kami org pas yg lain2 pun benci UG, kami tak mau UG, tak mau! dan kami benci org yg hendakkan UG, kami benci menatang tu tahap tak tau nak cakap dah, kalau sebut ja menatang tu semuanya busukkkkkkkk. pengalaman mengajar menjadi matang bukannya sentiasa boleh diperbodohkan.

dlm 1 kg ada samseng kaki belit, boleh pecaya ka kalau samseng tu ajak benega? dia tunggu masa ja nak belit, bodoh lah kalau pecaya. sedang bunuh org pun sanggup, inikan tipu menipu, tak dak hal punya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.