Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 22, 2010

Mazlan Aliman Menggangu Sarang Tebuan..

NOTA EDITOR: Penangkapan Mazlan Aliman telah saya jangkakan. Malahan, Mazlan Aliman bukan yang pertama digunakan kekerasan terhadapnya. Semenjak 1988 lagi, sewaktu itu Haji Suhaimi Said telah mencuba untuk mengadakan Seminar Felda peringkat Antarabangsa. Tidak sampai 2 minggu sebelum program tersebut bermula, Haji Suhaimi Said ditangkap di bawah ISA di bawah Operasi Lalang.
FELDA adalah “Bank Undi” untuk UMNO. Kalau tidak kerana Felda, UMNO sudah mati lama dah di Terengganu. Kawasan2 di Terengganu dipecahkan supaya kawasan2 Felda wujud dalam majoriti DUN. Kawasan Felda memberi “Bank Undi” yang cukup besar untuk UMNO setiap kali pilihanraya.

PAda 2008, kalau tidak kerana undi Felda, nescaya Negeri Sembilan sudah jatuh berderai untuk UMNO. Begitu juga di Utara Selangor dan di Perak, Kedah dan seluruh Johor dan Pahang.

Mazlan Aliman sedang mengusik sarang tebuan. Kalau Felda bubar, maka UMNO akan bubar sepenuhnya. Felda adalah KUBU TERAKHIR UMNO bagi menjamin UMNO mampu bersaing dalam pilihanraya seterusnya.

Tindakan Mazlan Aliman WAJIB disokong dan dipertahankan. Saya menyeru pihak PAS menubuhkan tabung guaman untuk Mazlan Aliman bagi menampung kos guaman serta kos ditahan oleh polis.

FELDA wajib disedarkan bahwa mereka dipergunakan oleh UMNO untuk memenangkan kroni dan UMNOPUTRA. Mereka sendiri hidup dikongkong hutang keliling pinggang dan sentiasa dipaksa mengikut kehendak UMNO dan Barisan Nasional.
Syabas Mazlan Aliman. BEBASKAN MAZLAN ALIMAN!!!!

Edisi Pahang: Mazlan Aliman Dedahkan Akta GSA Digunakan Oleh Felda Dan Kerajaan UMNO Untuk Mengugut Serta Menindas Masyarakat Peneroka !! .

KUANTAN, 26 Dis [12.45 am] - Akta GSA yang diperkenalkan oleh Felda semenjak tahun 1960 dulu dipercayai menjadi alat kepada kerajaan UMNO BN untuk mengongkong kebebasan para peneroka sebenarnya. Akta itu jelas merupaka satu agenda jahat mereka untuk menjadikan rakyat sebagai "kuli batak" biarpun mereka telah memperolehi geran hak milik tanah masing-masing. Kenyataan itu didedahkan oleh Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman (foto), dalam ceramahnya di Felda Sg.Panching Selatan malam tadi. Biarpun kehadiran para peneroka agak kurang memberansangkan, namun ia sudah menjadi lumrah dalam setiap ceramahnya sebelum ini. "Peneroka takut untuk hadir mendengar ceramah saya kerana ditekan oleh pihak pengurusan Felda. Malah, mereka juga risau akan dipantau oleh pegawai dan pengurus Felda jika hadir. Hanya yang berani sahaja akan duduk dengar di depan dan yang kurang berani akan duduk jauh-jauh" katanya. Sementara itu, Mazlan turut menegaskan bahawa Felda kini telah jauh menyeleweng dan tersasar dari matlamatnya. Peneroka terus dibelenggu dan ditipu mungkin sampai bila-bila jika senario ini tidak diubah. "Banyak kes-kes seperti peneroka yang mahu tanam semula tidak melalui Felda, diugut dengan berbagai tindakan oleh pihak Felda. Pengurus dan pegawai dijadikan senjata untuk mereka memeras kudrat peneroka. Hasilnya, ramai peneroka yang memberontak dan cuba untuk melawan. Namun mereka tidak mendapat pembelaan kerana bergerak secara sendirian. Lantaran itulah ANAK ditubuhkan bagi membela nasib dan masa depan mereka" tegas Mazlan.

Peneroka katanya perlu bertindah mempertahankan hak mereka, bukan sahaja mengikut telunjuk Felda dengan membabi buta. Banyak tindakan seperti tanaman semula yang dilakukan oleh Felda Techno Plant, jelas sekali menipu peneroka apabila mengenakan caj yang terlalu tinggi daripada kadar harga yang sepatutnya. "Bayangkan, untuk bayaran membaja sahaja Techno Plant mengenakan caj sehingga mencecah RM8,000. Itu belun termasuk caj-caj tersembunyi yang lain lagi" tambahnya. Mazlan turut menegaskan, masalah lain yang perlu diberi perhatian serius ialah masalah generasi kedua Felda yang seolah-olah terus dipinggirkan sekarang ini. "Felda Plantations perlu dimansuhkan dan tanah rancangan terbabit perlu diserahkan semula kepada generasi kedua untuk diusahakan. Jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran negara semua ini akan dilakukan segera. Lebih 70,000 peneroka baru yang terdiri dari kalangan generasi kedua akan mendapata tempat jika ini dilaksanakan" katanya. Disamping itu Mazlan turut menempelak kewujudan Gabungan Persatuan Wanita (GPW) di tanah-tanah rancangan Felda sekarang ini. Menurutnya, GPW banyak memecah belahkan masyarakat dan keluarga peneroka itu sendiri. Mereka melaksanakan agenda kerajaan untuk memaksa para peneroka terus menjadi hamba kepada Felda "Banyak program anjuran GPW lebih banyak membawa kerosakan akhlak sebenarnya, program seperti poco-poco yang mengajak isteri peneroka bergalak, berjoget atas nama riadah jelas sekali terpesong daripada ajaran Islam. Adalah lebih elok isteri peneroka diajar mendekati Al-Quran daripada terkinja-kinja tidak tentu pasal" katanya. Sementara itu beliau turut mengatakan bahawa ANAK akan mendesak Felda supaya memberi ruang jawatan-jawatan utama dalam agensi itu kepada anak-anak peneroka Felda sendiri.

"Lihat saja, Tan Sri Yusof Noor (foto). Beliau bukan anak Felda tetapi telah dilantik sebagai Pengerusi sedangkan beliau tidak tahu apa-apa tentang kehidupan masyarakat peneroka Felda itu sendiri. Orang seperti Yusof Noor yang pernah dikaitkan dengan kehilangan wang Baitulmal itu kini dipilih pula sebagai Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini. Bukankah ini sukar diterima sebenarnya" kata Mazlan. Diakhir ceramahnya, Mazlan turut mendedahkan bahawa ramai pemimpin UMNO dikalangan peneroka Felda kini mula percaya dengan kewujudan ANAK. Malah mereka sudah jemu mengharapkan bantuan daripada parti itu sendiri yang ternyata gagal membela malah mengutamakan masalah yang dihadapi oleh para peneroka. Mereka lebih seronok berpolitik daripada membela rakyat sebenarnya. Banyak juga permasalah peneroka yang terdiri dari kalangan orang UMNO telah berjaya dibawa ketengah dan diselesaikan. Ia membuka ruang kepada mereka untuk memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat selepas ini. Rakyat terutamanya generasi kedua Felda diseru membuat perubahan dan menyakinkan ibu bapa mereka tentang perkara ini. Jika tidak mereka akan terus menjadi hamba kepada Felda buat selama-lamanya, biarpun sudah memiliki hak terhadap 10 ekar tanah yang diusahakan selama ini. Generasi muda tidak boleh terlalu takut dalam mempertahankan hak masing-masing sebenarnya.


2 comments:

Anonymous said...

Ko nie tau ke tak tau Rahman?
Ko pernah tanya ke orang felda adakah mereka di perbodohkan oleh umno?
Ko tau tak orang2 felda ni kalo tak kerana kerajaan pada ketika itu membuka felda , peneroka2 ni pasti masih tggl di estate2 jadi kuli trus menerus..ko tau apa?
Da sekarang senang, ada tanah 10 ekar, da abes utang terpulang pada mereka nk hutang lg ngn felda atau tidak..ko ni memang la tak tau apa2 main tulis jer,
nak harapkan DAP, PAS, PKR ..pikir utk org2 melayu supaya dapat tanah..hampeh...besarkan perut dia org ada ler...
Aku tau pasal aku orang felda, rasa mamcam mana mak bapak aku dulu duduk estate jadi kuli , takde tanah..ko apa tau!

Anonymous said...

ntah apa2 la ko ni Rahman!..aku anak peneroka aku tau la mcmna susah sng jd peneroka..Alhmdulillah berkat doa & hasil bantuan kerajaan skrg peneroka dh byk berubah..dulu masa tun razak buka felda DAP & PAS kutuk abis2..dulu Pas ckp kt org UMNO suruh org MCA & Gerakan semayang mayat org UMNO..skarang ko suruh la..lim kit siang & karpal singh tu smayang mayat ko plk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.