Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, March 5, 2010

Melayu Penang Mundur Kerana UMNO, Bukan DAP

NOTA EDITOR: Di bawah adalah artikel yang saya ambil dari Harakahdaily berkaitan dengan usaha UMNO menyalahkan DAP di atas kemunduran Melayu Pulau Pinang.

Soalnya, DAP baru memerintah 2 tahun sahaja. Apakah yang DAP boleh buat yang mampu menyebabkan orang Melayu mundur di Pulau Pinang? Hakikatnya, Melayu Penang telah mundur semenjak Merdeka lagi, sepanjang-panjang UMNO memerintah Penang.

Kedudukan orang Melayu Penang yang terpinggir adalah HASIL KERJA TANGAN UMNO yang selama ini mengabaikan serta tidak mampu membangun orang Melayu di Penang. Kejayaan UMNO Penang hanyalah di dalam mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA sahaja.

Majoriti orang Melayu Penang hidup merempat di bumi sendiri sehingga mereka terhalau dari Pulau dan terpaksa duduk di Seberang. Ada Melayu Penang terpaksa lari duduk di Mahang, Kedah. Satu-satunya jasa UMNO pada orang Melayu Penang adalah “BORIA”. UMNO telah berjaya mempopularkan BORIA kepada orang Melayu Penang.

Dalam dok berboria, berlori-lori orang Melayu di Pulau telah terpaksa melarikan diri dan duduk di Seberang ataupun di Mahang, Kedah.

Lain dari Boria, jasa UMNO hanyalah kepada kroni dan UMNOPUTRA. Orang Melayu Penang kekal merempat di bumi sendiri.

Tulang Besi

Rencana BH kena batang hidung pemimpin Umno

Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 4 Mac: Apa yang ditulis dalam Berita Harian (BH) semalam kononnya 'Orang Melayu Pulau Pinang Semakin Terpinggir' ibarat meludah ke langit akhirnya terkena batang hidung kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut kesal terhadap penyiaran berita bermotif memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak pandai memerintah serta bersikap tidak mempedulikan orang Melayu Islam sehingga sanggup merampas hak mereka yang berniaga, meroboh gerai serta berlakunya kemerosotan ekonomi golongan minoriti itu sehingga menyebabkan mereka berpindah ke negeri lain.
"Apa yang berlaku bukan salah Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang sebaliknya Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana dasar yang menjadi amalan kerajaan terdahulu menyebabkan gejala tersebut berlaku.

“Kita baru dua tahun memerintah mana mungkin boleh melakukan kezaliman sedemikian rupa dan kita tidak akan mengamalkan dasar yang sama dengan BN," tegas beliau dalam sidang media di pejabatnya, semalam.

Katanya, penghijrahan orang Melayu berlaku sejak dulu lagi apabila Umno yang berkuasa tidak bertindak membantu masyarakat Melayu khususnya di Balik Pulau, Bayan Baru, Jelutong, Tanjung Bungah dan banyak lagi tetapi menekan dari belakang dengan memberi peluang golongan elit dalam Umno menikmati kemewahan manakala orang bawahan dibiarkan menderita kehilangan kampung halaman.

“Siapa yang harus dipersalahkan bila bilangan Melayu semakin mengecil melainkan Umno yang merupakan juara Melayu atau tulang belakang perjuangan orang Melayu. Orang ramai akan bertanya apa yang mereka laksanakan demi kebaikan masyarakat Melayu sepanjang 50 tahun memimpin bersama komponen dalam BN,” katanya.

Umno yang mempunyai 11 kerusi dan empat orang Exco Kerajaan BN termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri dahulunya tidak berjaya membawa Melayu keluar dari kepompong cuba sekadar mengheret tangan-tangan yang rapat dengan kroni sahaja.
"Umno hanya berjaya meningkatkan tahap sosial ekonomi Melayu Umno sahaja bukan rata-rata bangsa Melayu yang berada di bawah, " katanya.

Bercakap tentang tiga projek besar di Pulau Pinang kononnya kerajaan sekarang sengaja menghakis kedudukan Melayu, beliau berkata, tidak pernah Kerajaan Pakatan Rakyat berbuat demikian kerana semua projek seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Penang Global City Centre (PGCC) merupakan projek Kerajaan Pusat dan dilaksanakan pada era pemerintahan BN.

Semasa Pakatan Rakyat memerintah, sambungnya, langkah pertama ialah membatalkan projek PGCC yang bukan sahaja menguntungkan koporat tertentu bahkan merugikan kerajaan.

Begitu juga dengan NCER yang sampai kini sunyi bersesuaian dengan pengasasnya yang kini tidak berbisa lagi iaitu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau turut menjelaskan projek Tanjung Pinang di Tanjung Tokong juga dikaitkan dengan Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya menghalau orang Melayu dari situ secara halus.
"Sebenarnya projek besar dibuat oleh Kerajaan BN dan menyerahkan kepada Syarikat Uda untuk dibangunkan. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat cuma masuk campur mendesak Uda membina 'Kampung Warisan' seperti mana yang diinginkan oleh penduduk asal Tanjung Tokong," ujarnya.

Apa yang diperkatakan oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Karim, semua bermatlamat fitnah untuk mengais simpati terhadap perjuangan menegakkan benang yang basah.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat langsung tidak pernah menghalau penduduk Melayu dengan tujuan menjadikan pulau ini sebagai tempat tinggal orang Cina serta menaikkan taraf dan mempromosi pulau yang terkenal dengan panggilan Pulau Mutiara untuk didiami oleh penduduk yang kaya sahaja.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man ketika ditemui membidas kenyataan Jais Karim dengan menggelarkan golongan terbabit sebagai 'hero tua' kerana apa yang mereka perkatakan telah lama diperjuangkan oleh PAS ketika menjadi pembangkang di Dun Pulau Pinang.

Katanya, PAS waktu itu diwakili oleh Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman telah beberapa kali membangkitkan ke mana arah orang Melayu di Tanjung Tokong jika projek mewah dilaksanakan di situ.

Tetapi, isu berkenaan tidak mendapat reaksi daripada Umno malahan acap kali mempersendakan ucapan beliau yang menggangap ucapan itu melalut ekoran PAS tiada sokongan di Pulau Pinang.

"Apa yang diperjuangkan oleh GPMS semuanya ada dalam kocek PAS kerana selama ini kami bersuara pada BN tetapi malangnya tidak diberi perhatian," tambahnya yang juga Adun Permatang Pasir.

Soalnya, kenapa tiba-tiba Jais menjadi hero dalam soal itu.
“Dulu ke mana beliau menghilang seolah-olah tiada dalam negara ketika projek tersebut mendapat bantahan penduduk,” ujarnya.


11 comments:

zakwan said...

I guess we'll be having a clearer picture at this Sunday's Debat Perdana

If UMNO or any of their NGO dogs are not present or didn't bother to send a representative for the debate, then that will prove beyond a reasonable doubt that Malay UMNOs r a buch of cowards n liars

Anonymous said...

alahai..
1.nama besaq penang seperti pak lah dan anuar brahim!
2.Semua tak guna!

mosa said...

Buatkan perbandingan. Dalam sesuatu pekara tunjukkan kebaikan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan keburukan yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

Kebenaran mesti dijaja diseluruh ceruk negeri agar rakyat yang menyokong UMNO/BN buka mata dan telinga mereka bahawa apa yang didendangkan pemimpin UMNO kepada mereka adalah palsu.

Grand Marquis said...

TB,

Benar UMNO lah petualang yang memiskin kan melayu di Penang. Berapa lama Gerakan memerintah Pulau Pinang?. Sehari kah?. Dua hari kah?. Atau 15 tahun ?

Apa yang UMNO buat semasa Gerakan pegang ?. Yilek !.

Tanah melayu di songlap. Dan dijual kepada tokey untuk di bangunkan kondo-kondo dan rumah mewah. Lihat di Bayan. Lihat di Jelutong. Habis punah. Melayu di sana hanya makan sisa. Sisa-sisa tinggalam Cina dan Mamak.

Pendidikan agama semasa Gerakan ?. Yilek !. Peruntukan sangat sedikit berbanding DAP di bawak Lim Guan Eng. Ceramah agama di masjid?. Huhu. Lagi menyeramkan.

Di penang, melayu hanya menjadi alat. UMNO melacukan melayu kepada cina dan bangsa-bangsa keturunan mamak. Sehingga ada mesyuarat cawangan dalam bahasa tamil !.

Lihat lah pemimpin2 UMNO di penang. Ahli UMNO jelutong dikatakan meratah dan melantak lebih 10 wanita, walaupun puas menikmati danmeratah tubuh montok Noraniza Idris.

Apa yang orang UMNO Penang tahu ?. Seks, kuasa, duit.

Apa yang melayu dapat semasa Gerakan?. Sampah, sisa dan bangkai sahaja.

UMNO menjadikan melayu dipenang sebagai bangkai untuk diratah. Mereka di perkosa siang malam. Di ratah sehingga rata-rata melayu msikin, melarat dan memakan sisa-sisa tinggalan kaum lain.

UMNO hanya mengajar melayu cara-cara bergayong sahaja.

ps : alahai UMNO. Alahai MP Kinabatangan.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Anwar Ibrahim jadi MP UMNO selama 17 tahun, adakah melayu penang maju semasa itu?

Sekarang pun Anwar jadi MP permatang Pauh, bertambah kayakah org Melayu permatang pauh? Sudah dekat 20 thn Anwar dan ahli keluarga jadi ahli parlimen di sana, adakah org Melayu sana lebih kaya dr melayu2 penang yg lain?

Adakah Anwar nak salahkan penduduk permatang pauh psl pilih PAS tahun 1978?

Apabila maki UMNO penang, hampir 20 tahun dr 50 thn pemerintahan BN di Penang ditanggung oleh Anwar.

Kalau budak, umur 20 thn dah masuk Uni tak pun Poli.

Tinta Hitam said...

Aku setuju 100% TB

Anonymous said...

uhnnmno dan bennnnd memerintah dah 50 tahun berbanding .pakatan 2 tahun.... baru skg orang Uhmmno tahu melayu penang mundur... celoko betul pemimpin uhmmno ni.... tipu rakyat penang terutama keturunan mamak .... selama 50 tahun UMNo memerintah aper mereka buat .... fikir fikir .... betul lah org ada berkata Uhhmmno ni keturunan babi dann anjing... hancurkan uhhnmno ptualang agama dan bangsa di penang...

Anonymous said...

Maasalah melayu penang ni masaalah kita semua...cuma di penang orang cina lagi ramai..tu yang lebih nampak...parti politik tak mampu nak ubah..tak kira la umno..pas..pkr...balik kat diri kita sendiri..betul la...Allah tak ubah nasib sesuatu kaum,,kalau kaum tu tak ubah sendiri...parti tu hnya platform..mungkin lebih baik atau lebih buruk...bina la kekuatan dari diri sendiri..keluarga..masyarakat..kaum.
negara..agama...semua ini akan datang sendiri...contohilah kegigihan bangsa cina tak kira parti pun dalm negara kita..lu pikir la sendiri..

deepthroat said...

Tulang besi bangang. UMNO tak dak lagi pun boria dah ada la. Boria tu Melayu Pulau punya, bukan melayu seberang. Melayu pula campur mamak campur arab campur macam-macam jadi melayu rojak... tu geng boria.

Anwar tu pun Melayu celup. Datuk India nenek Melayu. Anwar + Wan Azizah dah 26 tahun jadi MP Permatang Pauh. Dari tempoh itu 14 tahun punya kuasa kerajaan.Jadi Menteri berapa potfolio sampai la jadi TPM sebelum dipenjarakan kerana SALAH GUNA KUASA. Sekarang lu mau bagi dia kuasa supaya boleh SALAH GUNA lagikah? Itu kes dia tak appeal.Tak masuk liwat. Habok pun tarak bikin. Jual sawah melayu jadi pekan Cina adalah. Sekarang jadi kawan baik Guan Eng dan Kit Siang.

Bila Penang dah jadi macam Singapore jangan nak salahkan Guan Eng pula. Kalau UMNO tak buat apa untuk Melayu di Penang dah lama, tak ada mesjid di Penang, tak ada Islam di Penang tak ada Mohamad di kalangan Melayu. Dulu Anwar masa dalam UMNO, DIA yang nak jual tanah wakaf, tanah mesjid untuk dimajukan. Sekarang dia kata UMNO pula yang buat, bukan DIA.

Anonymous said...

MAI LA TENGOK PULAU PINANG, SEMENJAK KHALIFAH AMIRUL MUKMININ UMAR ABD AZIZ KLON MEMERINTAH MACAM-MACAM AGENDA MENGHANCURKAN ISLAM. TU BARU 2 TAHUN MEMERINTAH KALAU 50 TAHUN TAK TAU APA NAK JADI LA. AKU DULU MASA UNDI PKR INGAT DI PP INI AKAN ADA PERUBAHAN TAPI LEBIH TERUK DARI BN MEMERINTAH BERATUS PERATUS.

Anonymous said...

Hello! saudara Anonymous
Apa yg hang dok merek nie, "agenda
menghancurkan islam" kepala bapak hang! Nampak snagat hang nie bukan kaki surau, bukan kaki masjig. Sejak PR naiklah jawatan kuasa2 masjid seluruh Penang lebih bebas mengatur agenda dakwah, bukan macam bawah rejim UMNO dulu, nak buat tu tak boleh, nak buat nie tak boleh, nak panggil pebceramah mesti yg pro UMNO saja. Hatta khutbah Jumaat pun kandunganya di sekat. Hang nie buta ka pekak???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.