Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 4, 2010

Mohsin Banyak Hutang. Projek Banyak Gagal

NOTA EDITOR: Ini adalah satu artikel melaporkan kenyataan Ketua Keadilan Cabang Bagan Serai berkaitan dengan MP BAgan Serai, Mohsin Fadzil yang baru keluar dari PKR. Haii, kenapa la Bagan Serai ni banyak katak. Dulu Dato' Zainal, sekarang Mohsin.

Selamat membaca.


Mohsin Jumpa Najib, Pak Lah, Zahid Sebelum Keluar Parti

BAGAN SERAI 3 Mac- Parti KEADILAN Cabang Bagan Serai sudah lama menjangka akan berlakunya episod keluar parti oleh Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzil Samsuri setelah melihat reaksi beliau yang degil walaupun setelah ditegur berkali-kali mengenai sikapnya yang banyak membelakangi parti.

Melihat kepada prestasi beliau yang tidak memberangsangkan Ahli Parlimen kawasan itu, kepimpinan parti banyak memberi nasihat dan menegur berhubung sikapnya namun tiada perubahan positif yang ditunjukkannya.

Ketua Cabang PKR Bagan Serai Md Nasib Rahim berkata sikap Mohsin yang keras hati dan tidak boleh menerima teguran yang diberikan kepadanya jelas menunjukan bahawa beliau akan mengikut langkah Ahli Parlimen Bayan Lepas Datuk Seri Zahrin Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng yang mengambil keputusan yang sama.

"Apa yang berlaku hari ini ibarat seperti anjing yang buruk kepala sudah dikutip orang dan dipinang oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Beliau bukan sahaja mempunyai masalah disiplin, malah juga mempunyai masalah kewangan sehingga menyebabkan beberapa projek ternakan lembu dan kambing yang diusahakanya banyak terbengkalai," kata Nasib sewaktu ditemui dalam satu sidang media di Pusat Khidmat PKR Bagan Serai.

Tambah Nasib, disebabkan masalah kewangan dan kepentingan peribadinya Mohsin nekad meninggalkan parti yang telah menaikkan beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu.

Disoal mengenai bibit-bibit hubungan Mohsin dengan Umno dan BN, Nasib memberitahu Mohsin pernah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Zahid Hamidi tanpa pengetahuan parti.

Namun beliau percaya perjumpaan ini berkemungkinan untuk urusan tawaran harga yang akan diberikan oleh BN sekiranya beliau keluar dari PKR.

"Saya mendesak dan mencabar ahli Parlimen yang khianat ini meletakkan semua jawatannya termasuk Ahli Parlimen bagi memberi ruang dan kuasa kepada rakyat memilih wakil rakyat yang betul-betul diperlukan dan dengan mengadakan semula pilihan raya dan beliau boleh melihat adakah beliau akan diterima lagi atau tidak oleh rakyat," tegas Nasib lagi.



40 comments:

Grand Marquis said...

TB,

Kalau kita buang sampah, dan ada orang yang mentertawakan kita, pasti kita akan cakap orang itu gila bukan?

Atau jika kita buang sampah, dan ada yang mengambilnya membawa pulang rumah sambil berbangga kununnya dengan sampah-sampah ini dia akan menjadi lebih kaya, dan paling teruk dia menjemput semua orang datang kerumahnya kerana membuat kenduri kesyukuran, adakah patut kita marah akannya?

Ingat, orang-orang yang keluar dari PKR rata-rata mempunyai masalah. 2 ekor manusia di Perak mempunyai masalah rasuah seks. Si Fairus yang diterima masuk oleh gayung-gayung dimajlis yang mulia seni silat Gayong Malaysia sedang terpalit dengan rasuah Kuari. Si Salehuddin Hashim pula sedang merajuk kerana tidak dilantik menjadi CEO Perangsang. Tan Tee Beng pula sedang berdepan dengan along-along kerana hutang.

Jadi apa yang perlu dibangga bila dubuk-dubuk a.k.a UMNO rakus memakan sampah-sampah ini. Betul orang cakap, kita boleh membawa keluar melayu dari UMNO, tetapi sukar membawa keluar UMNO dari melayu.

Ini berbeza dengan segelintir orang yang keluar dari UMNO dan masuk PR. Zaid Ibrahim yang cuma membuat reformasi sistem kehakiman yang musnah akibat Tun Det Mahataik ditendang keluar. Anwar yang mencuba untuk membersihkan sarang dubuk dari dalam juga ditendang keluar. Ku Li begitu juga sehingga diawal tertubuhkan UMNo Baru, dia dilarang untuk mendaftarkan diri. Akhirnya tertubuh S46. Chua Jui Meng masih gagal dibuktikan menyalahgunakan kuasa semasa didalam MCA tidak seperti dubuk cina Chua Soi Lek dengan skandal seksnya diterima dengan tangan terbuka dan duduk dibawak payung payudara Rosmah.

Jadi apa yang ada di dalam UMNO?. Hanya Zizie Ezzati yang mengenal BUng Mokthar. ha ha ha.

2 ketul sampah iaitu Zulkifli Nordin dan Wee Choo Keong bakal dibuang dan duduk-duduk bercap UMNO sedia membaham sampah ini.

Akhirnya melayu terus dipaksa memakan sampah bersama dubuk dan terus bergayong.

Grand Marquis said...

TB,

Pelik bukan jika melihat dubuk-dubuk didalam UMNO melompat sakan dan menadah tangan kesyukuran kerana menerima orang-orang dari PR yang ternyata rosak dan sedia untuk dibuang. Zulkifli Noordin dan Wee Choo Keong sedang menunggu hari untuk diterajang. Dan UMNO akan meratah mereka seperti duduk meratah bangkai kuda.

Saya kita sedar, UMNO sekarang lebih kepada menjadi Pak Sanggup sahaja. UMNO tidak kisah samada orang itu telah hilang dara, bekas pelacur, anak luar nikah atau pernah mengangkang dengan ramai orang, umno sanggup menjadi Cina Buta nya. Pelik bukan?

Sebab itu saya ada mencadangkan kepada DSAI selepas ini jika mendapat keahlian dari luar, particular dari UMNO, hendaklah di buat temuduga dahulu. Biar sedikit ahli tetapi berkualiti. Lihat Singapura. Rakyatnya sedikit tetapi menteri mereka rata-rata berijazah dari Cambridge, MIT atau Oxford. Hasilnya, Pulau Batu Putih dapat pada mereka.

Malaysia apa ada ?. Tanya MP Kinabatangan, bagaimana rakusnya dia meratah tubuh montok Zizie Ezzati.

ps : Alahai UMNO.

Grand Marquis said...

“Cukuplah seorang itu disebut pendusta jika ia menyampaikan semua yang ia dengar (tanpa memeriksa dulu kebenarannya).” - Hadith Muslim.

Sekarang ni kita nak tau, TB dah siasat ke belum berita tersebut? Apakah TB yang mengaku diri sebagai pejuang Islam tak ikut hadith ke? Bukankah sudah banyak kali saya buktikan yang TB tak ikut hadith.

Saya teringat satu ketika dulu, masa YB Lunas keluar PKR, macam-macam tuduhan yang sama dikeluarkan. Sama saja cara operativenya.

Tapi tiba-tiba, bila Yb Zul keluar mempertahankan Yb Radzhi, lepas tu terus senyap. Korang boleh baca balik kat sini.

Cuma malangnya YB bagan serai ni mungkin tak seuntung YB Radzhi sebab tak de kawan yang mempertahankannya.

Ok la, kalau TB percaya sangat kat RPK, kita boleh bagi link blog untuk dia baca juga. Baca yang ni:

Kisah MP PKR Minta Berjuta-juta - 1

Kisah MP PKR Minta Berjuta-juta - 2

Kita tak suruh percaya, cuma sebagai bacaan ringan untuk kita fikir rasionalnya.

Apa pun kesimpulannya tak penting, yang penting ialah kita lihat sikap TB yang mengaku dirinya pejuang Islam. Menyampaikan berita sewenang-wenangnya tanpa memeriksa kebenarannya. Sama ada beliau ni jahil tentang hadith Nabi S.A.W. atau beliau ni sebenarnya tak kisah dengan hadith Nabi S.A.W.

Pendusta yang suka menyampaikan berita sedemikian dikatakan orang yang suka pada Qa la wa Qi la (yakni orang ni berkata dan orang tu berkata). Kalau kita lihat tulisan TB sendiri , memang dia akan selalu berkata "Saya mendapat maklumat", "Saya diberitahu", "Maklumat dari sumber saya". Itulah modal TB.

Anonymous said...

korang punya alasan bila Pakatan MP kluar memang mcm P****K....banyak hutang la...probelem itu lah tanpa melihat pada kelemahan diri sendiri....inilah BALA ALLAH turunkan pada PR, PKR dan PAss APABILA MEREKA jual AGAMA MEREKA KERANA kuasa..BAHKAN MEREKA jual NAMA allah UTK kuasa....SEMOGA allah TERUS hancurkan puak puak INI DGN SEGALA MACAM MUSIBAH AGAR MEREKA GAGAL DLM CITA CITA MEREKA...allah amat melaknati MEREKA INI SERTA YG SEWAKTU DGNNYA...TERMASUK tb!!!! inilah KUASA ALLAH ygv mengatasi KUASA RAKYAT sebagaimana yg sentiasa di war warkan oleh puak puak DAP, PKR...HIUNDRAFF makal SAKTHI!!!
ALLAH HUAKBAR!!!!

Anonymous said...

TB ....BALA ALLAH MENUNNGU PADA MEREKA YG MELAKNATI AGAMANYA...u are next? wallahualam...

Tulang Besi said...

Anonymous said...
korang punya alasan bila Pakatan MP kluar memang mcm P****K....banyak hutang la...probelem itu lah tanpa melihat pada kelemahan diri sendiri....inilah BALA ALLAH turunkan pada PR, PKR dan PAss APABILA MEREKA jual AGAMA MEREKA KERANA kuasa.
.

Agaknya macamana bala Allah turun pada UMNO selepas Najib lulus 10 lesen Special Draw baru?

Grand Marquis said...

Ramai orang berkata kununnya sembahyanh hajat yang dibuat oleh PAS selama ini terkena batang hidung sendiri bila berduyun-duyun MP PKR keluar parti.

Ini lah kejahilan orang-orang UMNO yang sebenar. Tak semestinya bile kita solat hajat, Allah akan bagi cash. Contohnya kalau kita berdoa seupaya UMNO jatuh, tidak semestinya orang-orang UMNO mati ditimbus tanah atau tenggelam dalam banjir.

Ada kalanya Allah makbulkan doa kita dengan membuka akal kita untuk berfikir.

Dahulu PAS membuat solat hajat supaya UMNO lingkup. Hari ini kita dapat lihat UMNO sedang memakan sampah-sampah PKR seperti dubuk. Allah tidak menjadikan orang-orang UMNO seperti seekor dubuk, dengan ekor dan bulu-bulunya. Tetapi Allah tunjukkan kepada kita yang UMNO sedang berperangan seperti dubuk. Malahan, pada satu tahap UMNO berkelakuan seperti cina buta atau Pak Sanggup.

Tergamakkah kita membawa balik sampah kerumah dan disimpan ?

Tergamakkah kita membawa balik sampah dan memberitahu jiran kita yang kita telah kaya raya dengan sampah-sampah itu ?

Hari ini, UMNO telah melakukan semuanya diatas. Tidak ubah seperti seekor dubuk yang menghurung bangkai kuda. Bangkai yang tidak dipatuk oleh ayam, tidak disudu oleh itik ini, UMNO bawa balik dan sanjung atas nama 'Ketuanan Melayu'

Sekali lagi melayu dipaksa mendubuk dan menggayong.

Laknat Allah kepada UMNO insyaAllah telah tiba apabila perangai mereka tak ubah seperti dubuk menghurung bangkai walaupun wajah mereka tetap seperti manusia.

ps : Hanya manusia yang boleh berfikir sahaja yang menyedarinya.

Tulang Besi said...

Aikk Grand Marquis,

Tiba-tiba kau pertahan katak ni apasal?

Tulang Besi said...

Pendusta yang suka menyampaikan berita sedemikian dikatakan orang yang suka pada Qa la wa Qi la (yakni orang ni berkata dan orang tu berkata). Kalau kita lihat tulisan TB sendiri , memang dia akan selalu berkata "Saya mendapat maklumat", "Saya diberitahu", "Maklumat dari sumber saya". Itulah modal TB..
Samalah macam masa GM Tak Ori kata di Selangor ada rumah-rumah urut. Ingat GM tak ori, hadeeth nabi:
“Cukuplah seorang itu disebut pendusta jika ia menyampaikan semua yang ia dengar (tanpa memeriksa dulu kebenarannya).” - Hadith Muslim.

setakat ni RPK tak pernah dibuktikan salah pun. GM Tak ori pernah cuba membuktikan RPK salah, dari segi maklumat politik, tapi gagal.

Anonymous said...

WTK

Tak payah la dok bising-bising.Kita tunggu dan lihat sahaja. Saya yakin tak lama dah PAS akan meninggalkan PR. Tunggu....tunggu .....tunggu....wee. tak payah banyak cakap.

Grand Marquis said...

Samalah macam masa GM Tak Ori kata di Selangor ada rumah-rumah urut. Ingat GM tak ori, hadeeth nabi:
“Cukuplah seorang itu disebut pendusta jika ia menyampaikan semua yang ia dengar (tanpa memeriksa dulu kebenarannya).” - Hadith Muslim.

setakat ni RPK tak pernah dibuktikan salah pun. GM Tak ori pernah cuba membuktikan RPK salah, dari segi maklumat politik, tapi gagal.


Orang yang hidup dalam syndrome of denial ni susah ubatnya. Bila TB buka bab special draw, rumah urut, kita tau, dia dah tak de hujah. Jadi dia main ulang benda yang sama supaya perbincangan jadi meleret-leret dan lari dari isu asal. Itu aje modal dia.

Dia tak ulas pun pasal orang kata dia ni main ambil cerita qa la wa qi la untuk dijadikan isi kandungan blog dia. Bukan main murahan tektik dia ni.

TB tak layak cakap pasal rumah urut sebab tak berani nak saman kosmo, roslan sms dan mufti selangor.

Tulang Besi said...


Orang yang hidup dalam syndrome of denial ni susah ubatnya. Bila TB buka bab special draw, rumah urut, kita tau, dia dah tak de hujah. Jadi dia main ulang benda yang sama supaya perbincangan jadi meleret-leret dan lari dari isu asal. Itu aje modal dia.
TB tak layak cakap pasal rumah urut sebab tak berani nak saman kosmo, roslan sms dan mufti selangor.
.

Kahkahkah GM Tak Ori dah pusing. Benda dia tulis kena balik muka sendiri. Aku mintak SATU ALAMAT RUMAH URUT HARAM di Selangor pun kau tak boleh bagi.

Pasal Roslan dan Mufti tu, aku dah terangkan sebelum ni. Mereka pun tak bagi bukti. Kemungkinan mereka pun tersilap dan hanya mendengar khabar2 angin.

Jadi, sila kemukan bukti GM,kalau tidak kau adalah seperti yang dikatakan dalam Hadeeth:

“Cukuplah seorang itu disebut pendusta jika ia menyampaikan semua yang ia dengar (tanpa memeriksa dulu kebenarannya).” - Hadith Muslim.”.

Tulang Besi said...

GM tak ori,

lagi satu aku nak tanya:

kenyataan umum tu datang dari Ketua Cabang Keadilan Bagan Serai sendiri.

Dia berani buat kenyataan umum dan setakat ni takda pun si Mohsin ni nafi statement dia.
.

Jadi, sebelum aku sampaikan perkara ni, aku check dulu sumbernya.

Dan sumber di sini adalah "berotoriti" sebab dia KETUA pada si Mohsin ni.

Berbeza dgn kau ambik kenyataan Roslan dan Mufti.

Kedua2 Roslan dan MUFTI bukan ahli ataupun bertanggungjawab atas Majlis2 Perbandaran ataupun Daerah.

Jadi, dari sudut otoriti, aku punya kenyataan lebih kuat berbanding kau.

Ingat lah hadeeth ni, GM tak ori sebab hadeeth ni kena muka kau:

“Cukuplah seorang itu disebut pendusta jika ia menyampaikan semua yang ia dengar (tanpa memeriksa dulu kebenarannya).” - Hadith Muslim.

Tulang Besi said...

TB tak layak cakap pasal rumah urut sebab tak berani nak saman kosmo, roslan sms dan mufti selangor..

Kahkahkah nak saman macamana? Bukan diorang fitnah aku. Tak sah saman diorang sbeab yang kena saman adalah Kerajaan Selangor. Dan Kerajaan Selangor terlampau sebuk untuk handle benda kecik macam ni

Tulang Besi said...

TB tak layak cakap pasal rumah urut sebab tak berani nak saman kosmo, roslan sms dan mufti selangor..

Kahkahkah nak saman macamana? Bukan diorang fitnah aku. Tak sah saman diorang sbeab yang kena saman adalah Kerajaan Selangor. Dan Kerajaan Selangor terlampau sebuk untuk handle benda kecik macam ni

Tulang Besi said...

"..dan kita tuntut supaya Mohsin letak jawatan, Mohsin untuk pengetahuan tuan-tuan adalah seorang pengkhianat kepada bangsanya sendiri, kulaan telah menipu kulaan. Beliau telah memaklumkan bahawa telah ditawarkan RM1.5 juta untuk keluar dari PR. Saya meminta kepada tuan-tuan agar dapat mengadakan solat hajat berterusan memohon Allah swt melaknat keatas beliau.." - Tan Kuda

Sebatang kara said...

UMNO-BN sekarang nih tengah sakit tenat. Barah mereka dah sampai ke usus. Tapi bila orang nasihat suruh makan ubat tak nak dengaq, ketegaq. Lepas tu pi pulak kutip sampah-sarap yang penuh ngan kuman untuk dijadikan kekuatan. Ini bukan akan menguatkan UBN, tapi akan mempercepatkan riwayat hidup depa tamat.

Memang masa tak lama dah. Kita tunggu sajelah nak buat majlis baca yasin ngan tahlil. Batu nesan dah siap dah (KLCC). Keranda ada dah (kapal selam). Lubang kuboq dah gali (jual tanah kat Singapore). Cuma kain kapan jer belum beli lagi.

Anonymous said...

kalau gini lah gaya politik ISLAM PAS...50 tahun lagi dgn sembahyang hajat berimamkan Lim Guan Eng ...mapuh keras ALLAH tak akan kabulkan doa org org MUNAFIK yg banyak dalam PAS.... Hudud entah mana....ISLAM entah mana...dalam masjid sibuk ceramah pasal Hukum Quran, kena buat hudud dan sebagainya....bila dok ngan karpal sigh dan Lim Guan Eng serta Dr Naser dan sanusi serta zaid brahim....ISLAM PAS dah tinggal sekerat malah lebih terok dari UMNO....Zaid brahim pernah kata "Hudud tak sesuai utk Msia"...masihkah PAS ingat????? tapi sekang depa PELOK cium itu zaid brahim....SO TUNGGULAH BALA ALLAH pada PAS dan PKR!!!!

Grand Marquis said...

Kahkahkah GM Tak Ori dah pusing. Benda dia tulis kena balik muka sendiri. Aku mintak SATU ALAMAT RUMAH URUT HARAM di Selangor pun kau tak boleh bagi.

TB minta alamat sebab TB tak dok kat Malaysia. Kalau nak tau, balik Malaysia la.

Pasal Roslan dan Mufti tu, aku dah terangkan sebelum ni. Mereka pun tak bagi bukti. Kemungkinan mereka pun tersilap dan hanya mendengar khabar2 angin.

Berbeza dgn kau ambik kenyataan Roslan dan Mufti.

Kedua2 Roslan dan MUFTI bukan ahli ataupun bertanggungjawab atas Majlis2 Perbandaran ataupun Daerah.


Roslan tu Adun Selangor, Ahli Majlis MPSJ dalam Kerajaan Tempatan Pakatan Rakyat di Subang Jaya. Dia jauh lebih berautoriti dari TB.

Mufti Selangor, seluruh selangor punya urusan agama dibawah tanggungjawab beliau. At least lebih berautoriti dari TB yang langsung tak dok kat Malaysia langsung.

TB kata:
Dan sumber di sini adalah "berotoriti" sebab dia KETUA pada si Mohsin ni.

Inikah standard keadilan hang? Kalau macam tu, bila Mahathir kata Anwar liwat, itu betul la sebab Mahathir kan ketua Anwar.

Sebatang kara said...

Anonymous said...
kalau gini lah gaya politik ISLAM PAS...50 tahun lagi dgn sembahyang hajat berimamkan Lim Guan Eng ...mapuh keras ALLAH tak akan kabulkan doa org org MUNAFIK yg banyak dalam PAS.... Hudud entah mana...


Inilah hasil didikan UBN selama 50 tahun lepas merdeka, penuh ngan dusta dan fitnah.

Dulu masa Kerajaan Terengganu ngan Kelantan nak laksanakan Hudud, siapa yang bermatian menentang dan menghina hukum hudud. Obama, Bush, Sharon, Peres, Blair atau TDM.

Grand Marquis said...

SK,

Jawapannya ialah Zaid Ibrahim

zakwan said...

The way I see it,both TB n Grand Marquis r in a state of denial
Though,Grand Marquis has a better track record of making a fool of himself through his comments

Sebatang kara said...

Grand Marquis said...
SK,

Jawapannya ialah Zaid Ibrahim


Zaid Ibrahim oghang suruhan jerrr. Ada lagi yang tahap firaun atas pada dia.

Tulang Besi said...



Roslan tu Adun Selangor, Ahli Majlis MPSJ dalam Kerajaan Tempatan Pakatan Rakyat di Subang Jaya. Dia jauh lebih berautoriti dari TB.
.

Roslan ADUN SElangor? Sejak bila?

Tulang Besi said...

No I am not Zakwan. Please read here .

Tulang Besi said...


Mufti Selangor, seluruh selangor punya urusan agama dibawah tanggungjawab beliau. At least lebih berautoriti dari TB yang langsung tak dok kat Malaysia langsung.
.

Otoriti dalam bab agama, bukan bab bilangan rumah urut di Selangor.

Grand Marquis said...

Hah lawak. Zakwan, si penyokong tegar TB boleh kata TB macam tu. Dah sah menunjukkan orang hang sendiri, dalam hati mereka pun sedar cara operative TB.

Lepas tu TB bagi contoh ni.

Ini tahap spin gaban. Tak kira berapa banyak lesen selangor isu, itu tak penting. Yang penting, pertumbuhan pusat HARAM.

Polis boleh kata kadar jenayah 0%, tapi hari-hari orang kena rompak, apa bezanya.

Ini tektik politician nak cover kelemahan mereka.

Grand Marquis said...

Sebab tu saya serik gila dengan UMNO..

Hanya tahu makan sampah

Anonymous said...

biar lah dia lompat.....nanti Uhmmno ambil tahi,,,,,

Anonymous said...

TB...biasa la kalau tak puas hati...serang la..keluar la...tapi dia org lebih bermaruah dari TB..Tak le jadi sampah pada pkr...proses pembersihan...tapi TB nasib baik duk dalam pas bawah pimpinan UG..lebih demokratik dari parti lain di malaysia..lihat nasib wee chee keong dalam dap..nasib sang kelambai dalam umno (dulu la)....TB terus kritik kepimpinan pas tanpa ada sebarang tindakan..nak harap TB keluar..bagi alasan baiah la..qunut nazilah la...biasa la..manusia macam TB tak pernah syukur...kuat bohong ada la..resume dah bagi..cv je yang belum...itu la TB..

Anonymous said...

ok..trojan horses aka fraksi umno dlm PAS pun ada masaalah ootang,contohnya si barua yg teringin sangat nak jadi Mb selangor..buat masa ni trojan horses dlm PAs telah tukar depa punya game plan..bikin tension dri dalam(sebab muzakarah dah fail)...Anwar awai2 dah bagi signal bahawa dia tak akan tolerate para oportunis,sebab tu dia sepak kelaur fairus,dan telah beri amaran kpd kpd barua barua UMNo dlm PKR..no surprisng/shcoking that couple of jack s elaving and decalring independent(PKR oredi know who they r and so its ok they f*k off)..one more thing..this 2/3 majority is noncentslah..nachibai hismelf got a shok when the voting for his dungu bujet plan was 66:63(?) in favour of BN..yes?..and hehe..arent they also pakatan syphatisers in UBN?;-)

Anonymous said...

Nachibai n geng dah desperate..terpaksa pakai wang cukai utk sabotaj..the cosequnce?..ekonomi negara lagi terok..sekarang pulak,dah ada open konflik with his dpm..man,it's Nachibai who is fighting a losing battle in many fronts..there is dsai n pakatan..there is Altantuya's time bomb ticking every 2nd..there is now conflict with his dpm(and mahataik oso kot)..hahahaha..habis pochee

Anonymous said...

aku rasa GM ni budak umno yg dah sewel...
mungkin dia malu tersangat dgn umno yg buruk tu... jadi dia pakat la tibai sama cover malu..

macam kisah orang malu terkentut, maka dia la paling kuat marah sapa yg kentut.. masalahnya yg makan petai dia sorang jer..

orang macam ni takde injap.. taklih buat kawan.. dan taklih buat lawan!! not up to stendet.. no klasss!!!

Anonymous said...

Aku dimaklumkan dulu Ust Ahmad Awang pun ada hutang ratusan ribu dengan PASTI Kelantan.Dah settle ke belum tak pasti. Yang pasti, lepas menang di Perak. UAA pakai Mercs !

Tulang Besi said...

Kau dimaklumkan salah

Anonymous said...

Mana yang salahnya. Aku dapat maklumat dari pimpinan Pemuda K'tan. Aku rasa Husam dan geng boleh confirm ataupun ianya telah dilupuskan. Wallahu'alam. Pasal Mercs tak da siapa boleh nafi. Pakai C200 warna biru bro !

izi said...

Roslan tu Adun Selangor, Ahli Majlis MPSJ dalam Kerajaan Tempatan Pakatan Rakyat di Subang Jaya. Dia jauh lebih berautoriti dari TB.

-------------========----------------
'kenyataan' paling menarik tahun ini. YB Roslan tu ADUN mana ya? teringin sangat nak tau. sungguh ni!

Grand Marquis said...

Ok, saya tersilap pandang jawatan Roslan kerana menulis dari ingatan. Jawatan beliau Yang DiPertua PAS Kawasan Kelana Jaya, Selangor, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor dan Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Tulang Besi said...

Yang DiPertua PAS Kawasan Kelana Jaya, Selangor, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, .

Sejak bila pulak Roslan SU Akhbar Presiden dan YDP PAS Kelana Jaya?

zakwan said...

Oh, thanx TB
I retract my earlier statement
Grand Marquis is the ultimate manifestation of idiocy and stupidity

Sorry,Grand Marquis(the Blogger one)
Your retaliation against TB hardly convinces anyone let alone me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.