Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 8, 2010

Mufti Perak Memberi Konfirmasi Wujud Fraksi UMNO Dalam PAS

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Walaupun Mufti Perak ni dibuktikan telah berbohong, namun kita tidak dapat nafi ada perkara yang dia kata tu adalah fakta yang tidak dapat dinafi. Misalnya, tidak mungkin Mufti Perak akan berani bercakap dengan Ustaz Ahmad Awang sekiranya beliau tidak mendapat “green light” dari beberapa pimpinan PAS Pusat. Ini kerana Ustaz Ahmad Awang sudah ada rekod yang panjang berbeza pendapat dengan Mufti PErak yang boleh di baca di sini.

Harussani dilaporkan berkata:

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
.

Saya juga merujuk kepada kenyataan Ustaz Ahmasa Awang sewaktu Muktamar PAS di Shah Alam tahun lepas:

“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”
.
ANALISA KEDUA-DUA KENYATAAN DI ATAS

Sebelum dianalisa kedua-dua kenyataan di atas, kita perlu ingat dua fakta utama:
1.0 Sewaktu kesemua usaha Harussani ini berlaku, PAS masih lagi berada di dalam Barisan Alternatif bersama Parti Keadilan Nasional (PKR)
2.0 Keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat selepas MAC 3, 2008 memutuskan menubuhkan kerajaan bersama-sama PKR dan DAP.
3.0 AJK PAS Pusat tidak pernah memutuskan untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO atau Barisan Nasional
Analisa saya adalah:
1.0 Terdapat beberapa kepimpinan PAS Pusat yang secara jelas dan terang melanggar keputusan mesyuarat PAS Pusat tersebut dengan melobi untuk memastikan kerajaan PAS-UMNO di Perak itu berjaya

2.0 Tuan Guru Haji Hadi TIDAK MENYOKONG lobi dari Harussani ini kerana di dalam artikel lain, Ustaz Ahmad Awang mendedahkan:
” Hari esoknya Dato’ Nik Aziz hubungi bersetuju hatta kalau PAS tidak menjadi MB, kita akan teruskan bersama PR. Sampai kepada satu tahap DAP negeri juga sanggup keluar dari DAP pusat jika diminta untuk berbuat demikian. Malah dua hari kemudian, presiden parti menghubungi saya, “Ustaz perlu pastikan ia diteruskan, jangan pedulikan orang lain”
.

Kemungkinan Tuan Guru Presiden mahu menjaga hati Harussani dengan berkata demikian.

3.0 Kewujudan “panggilan misteri” selepas keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dibuat itu MENGESAHKAN wujud “Fraksi UMNO” dalam PAS. Siapa yang membuat panggilan itu, ada dalam kenyataan Harussani di atas.
4.0 Selepas kegagalan di Perak dan Selangor, maka “Fraksi UMNO” meneruskan usaha mereka seperti:

a.Perjumpaan dalam gelap dengan UMNO,
b.Melabel mereka yang tidak selari dengan mereka sebagai “proksi Anwar”,
c.Memfitnah Husam Musa sebelum pemilihan tahun lepas,
d.Menyebar khabar fitnah kononnya Kepimpinan Ulama hendak dihapuskan
e.Menyebar fitnah terhadap kerajaan PR Selangor i.e. Teresa tidak izin azan di
kawasan beliau, ahli2 Majlis sudah tinggal 30% Melayu, ITZ, isu Arak, isu
sedekah lembu dan kereta MB dsbnya
f.BERMULA PERPECAHAN DALAM PAS
g.Melabel kesemua yang menentang perselingkuhan dengan UMNO sebagai tidak
wala’ dan tidak menghormati kepimpinan ulama
.
h.Menyebar fitnah kononnya Mursyidul Am dipengaruhi oleh pihak ketiga sehingga
menyebabkan Mursyidul Am tidak menyokong agenda”Kerajaang Perpaduang”
i. Agenda Muzakarah dan kemudiannya “Kerajaang Perpaduang”


dan sebagainya.
http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=5714589773403512045&postID=6669383684625055109
5.0 Puak Fraksi UMNO dalam PAS adalah “PENGKHIANAT PARTI” tapi mereka dilindungi kerana mereka berjaya memenangi kerusi Timbalan Presiden dalam pemilihan yang lepas. Kalau PAS mengekalkan mereka ini di tampuk kuasa PAS, maka PAS akan hancur dalam masa beberapa tahun yang akan datang ini. Percayalah

PENUTUP

Perlu kita membersihkan parti dari anasir-anasir UMNO yang dikenali sebagai ”Fraksi UMNO” dengan kadar segera kalau kita masih mahu mempertahankan kemurnian serta keluhuran Islam di Malaysia ini.

41 comments:

Grand Marquis said...

Apa yang jelas ialah disini TB telah mendedahkan semua ini sekadar persepsi beliau (yang dikatakan sebagai analisis) dan berdasarkan "kemungkinan".

Sejak bila pula mufti perak dibuktikan berbohong? Takkan semua yang TB tulis tu kira bukti? Kalau sekadar berdasarkan cakap Ahamd Awang, ia masih boleh dipertikaikan kerana apa jaminan pula Ahmad Awang bercakap benar?

Cuma yang pastinya ialah TB berbohong sebab sewenang-wenang mengatakan satu hadith tu muttawatir walaupun dia sebenarnya tak tau. Ini baru kira bukti yang tak boleh disangkal (kecuali kalau TB menyangkalnya dengan membuktikan hadith tersebut muttawatir).

Tulang Besi said...

Apa yang jelas di sini, GM tak ori membuktikan beliau tak reti baca dan suka sebar fitnah.

Mana dia bukti rumah urut yang aku mintak tu?

Fitnah yang tu kao tak settle lagi, ni nak buat fitnah baru.

Tulang Besi said...

Kahkahkah. Sesiapa sahaja boleh menilai dari riwayat tersebut bahawa ia adalah muttawatir kerana ia berlaku sewaktu Umar memberi Khutbah di depan khalayak ramai.

Kao belajar ilmu hadeeth ke tidak, GM tak ori?

Grand Marquis said...

Ha ha..

Kesian TB. Nampaknya anda makin kepanasan. Kerana terlalu banyak sangat tulis merapu dia asyik tak dapat jawab. Dengan itu dia asyik ulang rumah urut.

Untuk pengetahuan TB, yang kata Selangor banyak rumah urut tu bukan saya. Tapi:
1. Khir Toyo
2. Roslan SMS
3. Mufti Selangor
4. Wartawan Kosmo (setelah mereka buat penyelidikan)
5. Orang yang tinggal di selangor

TB yang duduk di indon tu tak payah menyalak la. Orang yang on the ground tu lebih tahu apa yang mereka dakwa.

Oklah, kalau TB mati-mati nak kata tak de bukti fine. Asalkan engkau bahagia. OK, untuk menangkan TB saya kata tak de rumah urut di Selangor. Selangor negeri paling bersih, tak de maksiat, tak de arak, tak de judi. Puas hati dah?

Kalau dah puas hati, sekarang boleh anda habiskan masa untuk carikan saya bukti yang kisah Umar dan Kain adalah hadith muttawatir.

Grand Marquis said...

TB, TB. Udahlah keadilan yang anda dok promote tu versi cap ayam. Hari ni hang nak cap ayamkan ilmu mustalah hadis.

TB, why you would stop at nothing to proof that you are right? Udahlah dustakan hadith, sekarang ni ilmu hadith pun hang nak rosakkan dengan ideologi sesat?

Bilalah anda ni nak bermuhasabah diri? Kemunafikan anda teramat terselah kerana sanggup dustakan apa saja hatta hadith atau ilmu mustalah hadith semata-mata nak menangkan hujah anda.

Engkau sendiri yang patut tanya diri, adakah anda ni belajar ilmu hadith.

Tulang Besi said...

jadi, gm tak ori cuma memanjangkan fitnah yang diungkapkan oleh sumber2 yang gm tak ori sebut itu. maknanya dari mula lagi dia tahu benda tu fitnah tapi dia tetap teruskan juga. jenis umno tak reti beza antara halal dan haram. fitnah jadi halal. lepas tu nak cakap pasal hadeeth.
lagi sekali saya cabar gm tak ori, sila kemukakan bukti atas tuduhan kamu itu. segala sumber2 kamu jelas tidak kuat dan boleh ditolak dgn mudah.

Tulang Besi said...

jadi, gm tak ori cuma memanjangkan fitnah yang diungkapkan oleh sumber2 yang gm tak ori sebut itu. maknanya dari mula lagi dia tahu benda tu fitnah tapi dia tetap teruskan juga. jenis umno tak reti beza antara halal dan haram. fitnah jadi halal. lepas tu nak cakap pasal hadeeth.
lagi sekali saya cabar gm tak ori, sila kemukakan bukti atas tuduhan kamu itu. segala sumber2 kamu jelas tidak kuat dan boleh ditolak dgn mudah.

Tulang Besi said...

apa nak heran, kalau mufti dia pun boleh bohong, inikan pula anak murid dia mcm gm tak ori.

Dawai Kokot said...

tak tanya kes balak Ahmad Awang??

Dawai Kokot said...

tak tanya kes balak Ahmad Awang? hehe

Grand Marquis said...

jadi, gm tak ori cuma memanjangkan fitnah yang diungkapkan oleh sumber2 yang gm tak ori sebut itu. maknanya dari mula lagi dia tahu benda tu fitnah tapi dia tetap teruskan juga. jenis umno tak reti beza antara halal dan haram. fitnah jadi halal. lepas tu nak cakap pasal hadeeth.
lagi sekali saya cabar gm tak ori, sila kemukakan bukti atas tuduhan kamu itu. segala sumber2 kamu jelas tidak kuat dan boleh ditolak dgn mudah.


Sejak bila pulak berita itu berita fitnah? TB ada bukti ke mereka ini fitnah?

Orang orang yang buat dakwaan itu adalah atas kapasiti authoriti mereka.
1. Khir Toyo - ex MB selangor, adun, ketua pembangkang
2. Roslan SMS - orang yang berurusan direct dengan kepimpinan agama Selangor.
3. Mufti Selangor - orang yang menjaga urusan agama selangor.
4.Wartawan kosmo - wartawan yang buat penyelidikan tentang satu-satu isu dan mereka boleh disaman kalau tulis tak betul.
5. Rakyat marheen selangor yang saban hari berada diatas jalan-jalan selangor dan mengunjungi tempat-tempat sekitar selangor.

Banding dengan mereka ini semua dan TB? Jumlah hari TB dok di bumi selangor mungkin boleh dibilang dengan jari. Jadi siapa yang lebih berautoriti?

Tapi TB senang-senang kata fitnah sebab tak sesuai dengan cita rasa TB. Itulah keadilan versi cap ayam.

Anonymous said...

Tak tanya ke Ahmad Awang dulu bankrup sekarang pakai E200 Merc?
DAP bagi babe...tengok baik nya DAP, kalo nak harap kan UMNO, mana dapat babe...caya la DAP..
Pendek kata pendekatan Ahmad Awang tu da memang betol la, watper kerjasama ngn UMNO, baik ngn DAP bole tarbiah halal haram senang sket, ngn UMNO xleh tarbiah babe...heeeee



JOJO

Tulang Besi said...

tak tanya kes balak Ahmad Awang??.

Kalau ada kes, buatlah laporan pada SPRM.

Kalau berani la.

Tulang Besi said...

Sejak bila pulak berita itu berita fitnah? TB ada bukti ke mereka ini fitnah?

Orang orang yang buat dakwaan itu adalah atas kapasiti authoriti mereka.
1. Khir Toyo - ex MB selangor, adun, ketua pembangkang
2. Roslan SMS - orang yang berurusan direct dengan kepimpinan agama Selangor.
3. Mufti Selangor - orang yang menjaga urusan agama selangor.
4.Wartawan kosmo - wartawan yang buat penyelidikan tentang satu-satu isu dan mereka boleh disaman kalau tulis tak betul.
5. Rakyat marheen selangor yang saban hari berada diatas jalan-jalan selangor dan mengunjungi tempat-tempat sekitar selangor.
.

Iye, tapi sampai hari ni, aku mintak alamat satu pusat urut yang kau tuduh wujud ni pun kau tak boleh. Kau memang pembohong. Dan semua sumber kau bagi pun, semua sumber tak kuat. Orang bodoh pun tahu ia sumber tak kuat.
Tapi sebab kau kaki sebar fitnah, kau sebarkan juga kesah fitnah ni. Lepas tu ada hati nak cakap pasal hadeeth.

Baca dulu hadeeth pasal berdusta, GM tak ori. Kaki dusta tak layak cerita pasal hadeeth.

Kalau tak salah aku, cerita Kosmo yang GM tak ori bangga sangat tu cerita pasal rumah urut di Kepong. Kepong ni bawah KL bukan Selangor.

Tulang Besi said...


DAP bagi babe...tengok baik nya DAP, kalo nak harap kan UMNO, mana dapat babe...caya la DAP..
Pendek kata pendekatan Ahmad Awang tu da memang betol la, watper kerjasama ngn UMNO, baik ngn DAP bole tarbiah halal haram senang sket, ngn UMNO xleh tarbiah babe...heeeee
.

Jadi apasal tak lapor pada SPRM?

Grand Marquis said...

Iye, tapi sampai hari ni, aku mintak alamat satu pusat urut yang kau tuduh wujud ni pun kau tak boleh. Kau memang pembohong. Dan semua sumber kau bagi pun, semua sumber tak kuat. Orang bodoh pun tahu ia sumber tak kuat.
Tapi sebab kau kaki sebar fitnah, kau sebarkan juga kesah fitnah ni. Lepas tu ada hati nak cakap pasal hadeeth.


Kenapa orang perlu bagi alamat kat hang? Hang nak pi tutup rumah urut ke? Kalau hang nak alamat, kena turun padang. Pergi tengok sendiri. Ini dok indon, tapi menyalak kat internet. Buang karan. Kita tak nak bazirkan masa buat sesuatu yang tiada manfaat. Kalau bagi alamat kat hang lepas tu boleh tutup rumah urut tu baru mai cerita.

Hang senang-senang kata sumber tak kuat. Apa modal hang? Air liur. Hairan, bila Ronnie Liu bercakap, sumbernya jadi kuat. RPK (the compulsive liar) bercakap, sumbernya jadi kuat. Tapi hang sendiri kata RPK tipu pasal agama. Tapi masih jadi sumber kuat.

Isunya bukan apa fakta atau authority, tapi ialah apa dan siapa yang anda anggap betul. Bagi anda, nothing is more important than what you say is right. Apa yang TB cakap, dia anggap orang mesti telan sebagai kebenaran. Kalau TB kata hadith tu muttawatir, maka semua orang kena terima. Pesetan semua ulama hadith dan segala ilmu mustalah hadith. Yang penting, apa TB cakap mesti betul.

Itu sebenarnya attitude anda. Itulah sebabnya saya kata anda ialah the most obnoxious blogger. Cuma malangnya masih ada tukang sorak yang dok sokong dan percaya kat TB lagi. Entah dimana IQ dan otak mereka sampai TB terang-terang bohong pasal hadith pun mereka masih tak nampak.

Grand Marquis said...

TB,

Saya sudah lama muak dengan politik maha kotor UMNO/BN.

Dan mufti perak adalah salah satu contohnya.

Dulu dia mengatakan lebih 10 ribu telah murtad?. Adakah dia perasan waktu dia berkata tu, UMNO/BN masih memegang 2/3 kerusi parlimen.

Dan sekarang dia kununnya mengatakan lebih baik PAS bergabung dengan UMNO. ha ha ha.

Jika kita normal, bila kita tgk sebuah kumpulan tu dan terang2 memurtadkan dan merosakkan orang melayu, adakah kita patut mengajak orang lain bergabung dengan kumpulan yang rosak itu?..

Harussani masih menebal asobiahnya. Melayu paling utama kemudia islam.

Sedangkan nabi ada berkata yang bukan dikalangan umatnya orang-orang yang assobiah.

Grand Marquis said...

TB,

Isu rumah urut di selangor.

Sebelum ini, dibawah Khir Toyol, rumah urut adalah kurang atau terkawal. Tetapi perlu diingat, rumah-rumah urut haram terlalu banyak. Ianya didiamkan semua pemimpin2 negeri termasuk Khir Toyol sendiri. Dan pegawai-pegawai kerajaan terutama polis-polis berpangkat melindungi mereka ini.

Apabila PR ambil alih sahaja, sebahagian rumah urut ini di berikan lesen. Bila diberi lesen, maka mereka perlu mematuhi undang-undang PBT yang telah dibuat.

Yang menjadi masalahnya, apabila ada pegawai/penguatkuasa yang masih bersengkongkol dengan orang-orang UMNO seperti Khir Toyol. Maka mereka mensabotaj kerajaan PR di Selangor dengan tidak menjalankan penguatkuasaan, malah membiarkan rumah-rumah urut tunbuh secara haram.

Untuk menghapuskan semua ini cuma ada satu solution sahaja iaitu, PR harus ambil alih Putrajaya dan singkirkan Harussani dari jawatan mufti perak.

Tulang Besi said...

Kenapa orang perlu bagi alamat kat hang? Hang nak pi tutup rumah urut ke? Kalau hang nak alamat, kena turun padang. Pergi tengok sendiri. Ini dok indon, tapi menyalak kat internet. Buang karan. Kita tak nak bazirkan masa buat sesuatu yang tiada manfaat. Kalau bagi alamat kat hang lepas tu boleh tutup rumah urut tu baru mai cerita..
KAhkahkah GM tak ori dah kepanasan. Satu permintaan yang mudah pun dia tak berani buat. Fitnah yang dia sebar sudah terdedah kebenarannya.
GM tak ori, kao berenti buat dusta dulu sebelum kao nak bercerita pasal hadeeth, pasal Quran, pasal Islam. Benda basic pun kao tak buleh buat.

Tulang Besi said...

Yang menjadi masalahnya, apabila ada pegawai/penguatkuasa yang masih bersengkongkol dengan orang-orang UMNO seperti Khir Toyol. Maka mereka mensabotaj kerajaan PR di Selangor dengan tidak menjalankan penguatkuasaan, malah membiarkan rumah-rumah urut tunbuh secara haram..

Betul, Grand Marquis ori,
Namun hakikatnya, rumah-rumat urut yang dikatakan berleluasa di Selangor ni pun sampai sekarang UMNO tak berani nak laporkan kepada pihak penguasa.
Sesungguhnya kalau ada laporan, Majlis Daerah dan Perbandaran akan terpaksa mengambil tindakan keras ke atas tempat2 ini.
Khir Toyo mainkan isu ni dalam DUN tapi bila disuruh buat laporan rasmi, dia pun tak berani.
Isunya tiada isu tapi UMNO saja nak sebar fitnah

Tulang Besi said...

Dulu dia mengatakan lebih 10 ribu telah murtad?. Adakah dia perasan waktu dia berkata tu, UMNO/BN masih memegang 2/3 kerusi parlimen.

Dan sekarang dia kununnya mengatakan lebih baik PAS bergabung dengan UMNO. ha ha ha.
.

Haramsani naikkan isu-isu ni sebab nak naikkan sentiment orang Melayu untuk mengundi Barisan NAjis dan UMNO.

IAnya agak berkesan kerana PRU 2008, orang MElayu masih kekal majoriti mengundi UMNO/BN.

Tulang Besi said...

Isunya bukan apa fakta atau authority, tapi ialah apa dan siapa yang anda anggap betul. Bagi anda, nothing is more important than what you say is right. Apa yang TB cakap, dia anggap orang mesti telan sebagai kebenaran. Kalau TB kata hadith tu muttawatir, maka semua orang kena terima. Pesetan semua ulama hadith dan segala ilmu mustalah hadith. Yang penting, apa TB cakap mesti betul..

Laaa isunya siapa yang cakap betul. Kalau hang yakin hang cakap betul, wahai GM tak ori, apasal aku mintak satu alamat pun kau tak boleh bagi? Benda senang aku mintak pun kao fail.

Ini nak cerita benda2 lain yang besar2. Kao tak malu ke?

Tulang Besi said...

Itu sebenarnya attitude anda. Itulah sebabnya saya kata anda ialah the most obnoxious blogger. Cuma malangnya masih ada tukang sorak yang dok sokong dan percaya kat TB lagi. Entah dimana IQ dan otak mereka sampai TB terang-terang bohong pasal hadith pun mereka masih tak nampak..

Hadeeth kau bawak tu sampai skrg kao tak bagitau taraf kesahihannya. Itu pun aku mintak juga, tapi kao tak bagi pun???

Anonymous said...

TB ni otak dia penuh dengan TAHI BABI.Pergi mampuslah.

Grand Marquis said...

Tiba-tiba GM penyamar muncul. Paling menariknya ialah dia ni kontradik segala apa yang TB dakwa.

1. GM penyamar kata:
Sebelum ini, dibawah Khir Toyol, rumah urut adalah kurang atau terkawal. Tetapi perlu diingat, rumah-rumah urut haram terlalu banyak. Ianya didiamkan semua pemimpin2 negeri termasuk Khir Toyol sendiri. Dan pegawai-pegawai kerajaan terutama polis-polis berpangkat melindungi mereka ini.

Menyanggahi fakta yang dijaja TB selama ini. GM penyamar, hang tak nak bagi alamat kat TB ke?

2. GM penyamar kata:
Apabila PR ambil alih sahaja, sebahagian rumah urut ini di berikan lesen. Bila diberi lesen, maka mereka perlu mematuhi undang-undang PBT yang telah dibuat.

Ini menyanggahi tulisan TB di sini yang kata tak de lesen dikeluarkan.

Sekarang ni siapa tipu siapa?

Yang hairannya, TB tak pula menyanggahi tulisan GM penyamar ni sebagaimana dia dok minta bukti dan alamat.

Lepas tu dia sendiri mengiakan apa yang GM penyamar cakap. Maknanya dia selama ini mengaku memang banyak rumah urut di Selangor. Tapi berpura-pura sebab nak debat punya pasal. Inilah dasar manusia munafiq.

Inilah hipokrisi golongan yang mengakui mahu menjuarai keadilan. Memang dasar keadilan mereka ni dasar cap ayam.

Grand Marquis said...

Hadeeth kau bawak tu sampai skrg kao tak bagitau taraf kesahihannya. Itu pun aku mintak juga, tapi kao tak bagi pun???

Adakah awak nak bagi bukti hadith Umar dan Kain tu muttawatir kalau saya bagi status hadith yang saya bawa tu?

Jawab yang ni dulu.

Grand Marquis said...

Lagi satu,
Di zaman Khir toyo, bukan sahaja rumah urut haram terus bermaharajalela, tetapi yang paling sadis sekali, khir toyo menggalakkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan seperti polis-polis dan PBT-PBT melindungi mereka. Khir toyo telah menjual tanah melayu selangor kepada tauke-tauke rumah urut selama lebih 5 tahun dengan menutup sebelah mata apabila ada segelintir polis-polis melayu yang berpangkat tinggi melindungi industri haram ini.

Waktu itu kita boleh lihat bermulanya ayam-ayam cina yang dibawa masuk, yang mana tidak ianya tidak pernah berlaku sebelum khir toyol dilantik MB. Bahkan Mike Tyson yang pelahap dan gian rausha itu pun masih boleh mengawal kemasukkan ayam-ayam cina untuk bekerja di industri-industri haram.

Dan PR terpaksa membersihkan Selangor. Walaupun exco-exco Selangor bertukar ganti, tetapi pegawai-pegawai kerajaan di jabatan polis, PBT, JAIS masih lagi tebal UMNOnya. OLeh itu, bukan suatu yang pelik bila mereka mensabotaj kerajaan negeri selangor bila mereka tidak melakukan penguatkuasaan.

Kita bole keluarkan melayu dari UMNO, tetapi kita tak mungkin keluarkan UMNO dari melayu

Tulang Besi said...


Adakah awak nak bagi bukti hadith Umar dan Kain tu muttawatir kalau saya bagi status hadith yang saya bawa tu?

Jawab yang ni dulu.
.

Tak, saya nak bukti pasal rumah urut tu dulu

Tulang Besi said...

Tugas GM tak ori lebih berat sebab dia kena buktikan rumah2 urut ni TIDAK WUJUD sebelum PR ambil alih pemerintahan

Grand Marquis said...

Tak, saya nak bukti pasal rumah urut tu dulu

Saya dah agak dah, TB ni main-main aje. Tak nak bagi ke tak dapat bagi?

Apa pun, hang tipu pasal hadith, hang kena jawab bukan dengan saya, tapi dengan Allah S.W.T.

Jangan lupa pula hadith Nabi S.A.W.

Sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja dia sudah menempah tempatnya dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Grand Marquis said...

Tugas GM tak ori lebih berat sebab dia kena buktikan rumah2 urut ni TIDAK WUJUD sebelum PR ambil alih pemerintahan

Apa ni, TB, bila puak hang kata rumah urut wujud, hang kata ya. Tapi bila dengan orang lain hang kata tidak. Sekarang ni nak tukar cerita pulak. Nak bukti rumah urut tidak wujud sebelum PR ambil alih. Hang ni memang kaki putar alam la.

Siapa kata rumah urut tak wujud sebelum PR ambil alih. Yang orang dok kata ialah ia bertambah dan tumbuh macam cendawan selepas PR ambil alih.

Grand Marquis said...

Saya sambung sikit lagi TB,

Di zaman Khir toyo, rumah urut HARAM tumbuh bagai cendawan, begitu juga jenayah-jenayah lain kerana pelindung-pelinding mereka seperti pegawai polis pangkat tinggi dan pegawai tinggi PBT. Waktu itu cukup mudah nak buka rumah urut hatta kedai mesin judi dan cybercafe. Kerana perniagaan mereka di lindungi dan khir toyol tidak akan buat apa-apa.

HAri ini kerajaan PR telah cuba untuk menutup semua tempat2 haram tetapi ada sesetengah pegawai-pegawai PBT dan pegawai tinggi polis yang mensabotaj dengan tidak melakukan penguatkuasaan. Maklum la, mereka ini telah diikat telur oleh toke2 cina.

Melayu sekarang memang bangkai lah !. Senang kena liwat dengan cina. Kebanyakkan orang UMNO.

Cuma ibrahim ali sahaja yang masih dara. ha ha ha ha

Grand Marquis said...

Nak tengok hipokrisi TB ialah kita tunggu sama ada TB akan menyanggah tulisan GM Penyamar.

Anonymous said...

alahai..
1.dah lama nampak!TB ni jenis apa!tak tau nak masuk dalam kategori manusia jenis apa!
2.bukan main lagi dia kutuk mufti perak seperti entry dibawah!
3.Last sekali dia guna fakta mufti perak untuk menyerang puak pas yang tak sealiran dengan dia!!
3.Kes Ahmad awang!bila orang pertikai ahmad awang!dia suruh buat laporan kat SPRM pulak!sedangkan selama ni dia asyik kutuk SPRM!!
4.Manusia jenis cakap berbelit!nak jadikan teladan!jauh sekali!nak dijadikan imam sembahyang!rasanya......!!!!!

Anonymous said...

ini buat ramai bingung ni..... sokong mat rock ajeeee

drabdulwahid said...

apa masalahnya ada rumah urut? berdosa ka pergi mengurut? kat kg kg pon ada tok2 bomoh dgn mak2 bidan mengurut, xda org kecoh pon.

Anonymous said...

Oii TB. Kau ni sah tulang babi la. Tak abis ngan fitnah bodoh kau. Pegi mampusla laknatullah.

tulang asli said...

takpayah lagi nak komen lagi kalau ekadar presepsi..buat sesak atau buat laku blog....saya pun tahu hampir 95%..apa kah sebenarnya isu...kalau dah pembohong mmg akan terus bohong untuk tutup satu lagi pembohong..mufti atau ufti sama saja...buang masa baca dan komen..

Tulang Besi said...

GM ori,

Hakikatnya kalau sudah wujud rumah urut haram, ia wujud zaman BN memerintah lagi.

Tapi, suratkabar milik UMNO tidak mahu mensensasikan isu ini kerana mahu mempertahankan UMNO.

Hakikat lagi satu, TIADA SATU lesen rumah urut diluluskan oleh Kerajaan PR Selangor.

Kalau lulus urut refleksi pun apa salahnhya sebab itu urut kaki je, kan?

Anonymous said...

alahai..
"Kalau lulus urut refleksi pun apa salahnhya sebab itu urut kaki je, kan?"-TB.
1.Hang pi la check tenguk!urut refleksi ka!urut apa!!
2.Kalau urut kaki je!buat apa kena serbu memanjang!!penuh dengan pekerja haram dari China!!
3.Puak kapiaq ni!pandai la!hang je!saja buat-buat bodo atau memang bodo!!

Anonymous said...

TB,

Kadang-kadang heiran mengapa saudara masih mau melayan pihak-pihak yang banyak membuang masa dan ruang dalam blogg saudara.Lihat apa yang berlaku,tajuk yang saudara kemukakan telah "dialih pandang" oleh pihak-pihak ni.Isu Fraksi UMNO sudah bertukar kepada isu rumah urut.Inilah caranya gulungan ni coba menutup dan mengalihkan tumpuan orang agar tidak membincangkan isu yang sebenarnya.Ada yang telah dan akan menulis betapa isu Fraksi UMNO dalam PAS ini merupakan isu lapok.Hakikatnya mereka amat takut dan khuatir isu ini terus dihidupkan dan akan menggugat kedudukan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.