Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, March 5, 2010

Mufti Perak Meroyan Lagi….

Mufti Perak, Harussani, dilaporkan berkata:

“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.


Saya ingin bertanya kepada kepada Mufti Perak, apa bezanya UMNO dengan DAP kalau kita lihat ayat ini:

05:44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat didalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang dengan kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS. 5:44).

Saya merujuk kepada Tafseer Ibnu Katseer bagi ayat ini yang boleh dibaca di akhir artikel ini. Ia memberitahu bahawa:

1.0 Ibnu Katseer menyatakan bahawa ayat ini tidak terhad kepada kaum Bani Israel semata tetapi juga tertakluk kepada orang Islam.
2.0 Sesiapa yang menolak hukum Allah hukumnya kafir. Sesiapa yang menerima hukum Allah tetapi tidak melaksanakannya, dia adalah zalim dan fasiq.

Bukankah UMNO yang telah memberi amaran kepada Kerajaan Kelantan dan Terengganu, sekiranya dilaksanakan hukum “hudud”, nescaya akan dikenakan tindakan yang keras?
Jadi, saya nak tanya Harussani, apa bezanya UMNO dengan DAP? MAlahan DAP lebih baik kerana DAP tidak pernah menghalang aktiviti agama dan Islam di Perak , Penang ataupun Selangor. UMNO biasa tangkap ulama dan ustaz sewaktu mereka memerintah.

DAP menolak hukum Islam kerana mereka jahil dan tidak mengerti hukum Islam. Apa alasan UMNO untuk menolak hukum Islam?

HARUSSANI TAK KOMEN PASAL PEMBUNUHAN IBRAHIM LIBYA

Harussani juga dilaporkan berkata:

“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.”


Saya nak tanya Harussani, masa Ustaz Ibrahim Libya dibunuh dengan kejam dahulu, apa yang Harussani buat?

Bukan kah Harussani yang keluar fatwa (bersama rakan2) pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya adalah harus dan sah dari segi syarak?

Jadi, sebagai Ustaz Ahmad Awang, bolehkah beliau bersetuju dengan Harussani bila Harussani keluar fatwa untuk PAS tubuh kerajaan dengan UMNO di Perak?

HARUSSANI DAN TUAN GURU HAJI HADI

Harussani kata lagi:

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu”
.

SAya telah diberitahu oleh orang-orang UMNO sewaktu saya aktif berdebat dalam MyKMU net Forum, bahawa Harussani pernah mengeluarkan fatwa bahawa Tuan Guru Haji Hadi adalah sesat kerana mengeluarkan “Amanat Haji Hadi”. Malahan, ada laporan dari Utusan Malaysia yang menyatakan tentang fatwa Harussani terhadap Tuan Guru Presiden.

Maka, sebab itulah dia tidak berapa rapat dengan Tuan Guru Haji Hadi Awang kerana dahulunya dia pernah keluar fatwa akan kesesatan Presiden PAS.

Namun, saya masa itu mempertahankan Presiden dan mencabar puak2 UMNO mendakwa Presiden PAS di Mahkamah Syariah secara terbuka.

Saya kemudiannya berkata , mereka semua bachul sebab kalau Tuan Guru Presiden didakwa, maka Mahkamah Syariah akan mengkonfirmasi akan kekufuran UMNO.

Maka, Tuan Guru Presiden TIDAK PERNAH didakwa di mana mana mahkamah walaupun sudah dekat 30 tahun isu “Amanat Haji Hadi” dimainkan oleh UMNO laknatullah.

PENUTUP

Syukurlah Ustaz Ahmad Awang menolak ajakan Haramsani. Selama PAS lemah, dimana Harussani? Apabila Tuan Guru Presiden dan Tok Guru Nik Aziz dimaki dan dinista UMNO selama ini, di mana Harussani?

Kenapa baru sekarang Harussani nak tunjuk baik pada PAS, nak offer jawatan MB konon, nak bincang pasal orang Islam dan persaudaraan Islam.
Sehingga Harussani tidak pergi dan minta maaf pada balu Memali, sehingga itulah kita tidak boleh percaya kepada manusia ini.

Telunjuk lurus kelingking berkait.

Tulang Besi

ps Tafseer Ibnu Katseer

>“Al-Bara' bin `Azib, Hudhayfah bin Al-Yaman, Ibn `Abbas, Abu Mijlaz, Abu Raja' Al-`Utaridi, `Ikrimah, `Ubaydullah bin `Abdullah, Al-Hasan Al-Basri and others said that this Ayah was revealed about the People of the Book. Al-Hasan Al-Basri added that this Ayah also applies to us. `Abdur-Razzaq said that Ath-Thawri said that Mansur said that Ibrahim said that these Ayat, "Were revealed about the Children of Israel, and Allah accepted them for this Ummah.'' Ibn Jarir recorded this statement. `Ali bin Abi Talhah also stated that Ibn `Abbas commented on Allah's statement,
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَـفِرُونَ﴾
(And whosoever does not judge by what Allah has revealed, such are the disbelievers,) "Whoever rejects what Allah has revealed, will have committed Kufr, and whoever accepts what Allah has revealed, but did not rule by it, is a Zalim (unjust) and a Fasiq (rebellious) and a sinner.'' Ibn Jarir recorded this statement. `Abdur-Razzaq said, "Ma`mar narrated to us that Tawus said that Ibn `Abbas was asked about Allah's statement,
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم﴾
(And whosoever does not judge...) He said, `It is an act of Kufr.' Ibn Tawus added, `It is not like those who disbelieve in Allah, His angels, His Books and His Messengers.' Ath-Thawri narrated that Ibn Jurayj said that `Ata' said, `There is Kufr and Kufr less than Kufr, Zulm and Zulm less than Zulm, Fisq and Fisq less than Fisq.''' Waki` said that Sa`id Al-Makki said that Tawus said that,
﴿وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ اللَّهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَـفِرُونَ﴾
(And whosoever does not judge by what Allah has revealed, such are the disbelievers,) "This is not the Kufr that annuls one's religion.''


ps Laporan The Malaysian Insider

Mufti dakwa PAS angkuh tolak kerajaan perpaduan di Perak
KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.
Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

“Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

“Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya.

Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dengan menteri besar dari PAS hanya bertahan 10 bulan.

Ia digulingkan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat keluar PKR dan DAP, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.

42 comments:

Anonymous said...

alahai..
1.mufti perak tak meroyan!hang!TB yang meroyan!
2.Apa jenis hangni!tak mau tenguk umat islam bersatu!Hang ni bukan saja meroyan!tapi bertaraf bengong!Sebab tu hang aibkan harun din,hadi awang dan sebagainya!
3.Apa kaitan mufti perak dengan Ustaz Ibrahim Libya!Dia mufti perak!bukan mufti kedah atau Menteri dijabatan Perdana Menteri!
4.Hang pas sekular!tak yahlah petik hadis dan dalil Al-Quran sana-sini!nampak janggal!Dalam bab ni serah pada pakar hadis!atau pakar tafsir!hang pakar apa!takat jadi konsaltan jee!pandai teori je!praktikal!hang pandai ka!mana jasa hang!modaii!ayaq leoq jee!!
5.Hang ni manusia jenis apa!semua ulamak termasuk dalam Pas sendiri!hang hina begitu rupa!hang alim sangat ka!Ada juga manusia jenis hang yang sanggup tenguk umat islam berpecah!
6.Tak yah lah hang nak buat ikhlan dan tonjolkan diri yang hang kenai pas semenjak umuq 12 tahun!bodohnya hang!nak tunjuk bahawa hang begitu setia pada Pas!tapi walaupun hang masuk pas begitu lama!tak dak sapa pemimpin pas yang percaya pada hang untuk jadi barisan pemimpin pas!
7.Pasai apa agaknya!Sebabnya,Allah tak berkenan hang jadi pemimpin pas tau YB pas!sebab kalau hang jadi YB pas atau pemimpin pas!hancur umat islam malaysia!

Anonymous said...

haha setuju dengan anon di atas. Mufti perak memang tk meroyan, malah dia cakap berdasarkan fakta yang PAS mmg angkuh.

Tapi apa nak heran PAS perak skrg dh jadi kuda tunggangan DAP, ini hal satu malaya pun sudah tahu.

TB ni gaya menulis macam berpendidikan agama lebih tinggi dari mufti perak. tapi hakikatnya TB ni tin kosong je, semua tulisan dia adalah andaian dan cerita dongeng yang beliau sendiri wujudkan untuk naikkan pemimpin yang dia sayang ( khalid gereja)

Grand Marquis said...

Ayat Al-Maidah inilah yang digunakan oleh khawarij untuk mengkafirkan umat Islam termasuk Ali r.a.

Kita patut tanya pada TB, apa beza TB dengan puak khawarij?

Anonymous said...

TB..tolong jangan kaitkan ustaz ibrahim libya dan ustaz ahmad awang dalm masalh peribadi TB...terlalu jauh untuk bendingkan dua insan ini..Allahyarham Ustaz Ibrahim libya sanggup meninggalkan segala pangkat dan kesenangan dalm kerajaan untuk berjuang ke jalan Allah...Ustaz Ahmad Awang bekerja dengan kerajaan yang zalim sampai bersara..nanti ada hati yang terluka.....perbandingan yang salah....Mufti Perak boleh bagi cadangan tapi hak mutlak PAS untuk terima atau tidak..inikan demokrasi.. tapi TB terus juga meroyan...

Grand Marquis said...

Baru-baru ni timbul pula isu ulama E-Class.

TB tak nak komen ke?

tulang besi said...

GM tak ori, hasan basri pun khawarij ke?

Tulang Besi said...

ulama e class mana tu?

Anonymous said...

alahai..
1.termasuk ulamak C200k yang warna biru tu kot!!
2.Menangis Tok Kenali tenguk ulamak sekarang!

Anonymous said...

TB ni jenis manusia GILA BABI KOT.

Anonymous said...

TB ni manusia ke SYAITAN

Anonymous said...

TB meroyan :
ulama e class mana tu?



TB...tak nak wat posting ke....

zakwan said...

Ahh yes
Harussani Zakaria,UMNO's whore of the highest order
He couldn't stand the sight of non Malays leading a government
May I suggest,Harussani the whore 2 berhijrah to a Middle East country which is not multiracial?

What credibility he has left as a scholar?
Remember that expedition 2 the Middle East wit UMNO Perak that includes the two frogs,Osman Jailu n Jamaluddin Radzi,who was charged with corruption, one of them also charged of "sedekah seks"?

Remember how he issued the fatwa stating that Karnival Sure Heboh/Jom Heboh was haram?
Now that same carnival took place months after the Perak coup de tat,he was silent on the matter
What a flip flop

Judging by the comments on this article, I see that when you messed with tokoh agama under UMNO's payroll,the UMNO ass kissers will surely attack you,noj stop,TB

Ali Zaidan said...

Ada satu benda yg menarik minat aku:

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kalau betul kenyataan Harussani ni, maknanya tgna pun fraksi umno la kan? Pasal dia setuju idea kerajaan Pas-Umno kat Perak. Sebab Us ahmad Awang ada kata (seperti yg disebut oleh TB)

Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”

Raman, kasik pecah sikit!

Anonymous said...

HA..HA..HA...

NIK AZIZ PUN SAMA SOKONG KERAJAAN PERPADUAN..
HABIS TU NAK PERCAYA SAPA LAGI....
NIK AZIZ TALI BARUT UMNO KA?
TB KENA LA JATUH NIK AZIZ JUGA SEKALI..BUKAN HJ HADI AND THE GENG SAHAJA...

HA...HA...HA....

Anonymous said...

AHMAD AWANG MEMANG CALON PALING SESUAI JADI MURSYIDUL AM DAP. TAHNIAH !

Grand Marquis said...

Kepada Zakwan,

Berhentilah dari bersembunyi dibalik tulisan bahasa inggeris. Nak tunjuk English hang ni hebat sangat ke? Atau rasa jijik sangat nak tulis dalam Melayu?

Dari tulisan anda, nyata anda ni orang yang sangat jahil dan ala ala pendokong Islam liberal. Anda senang-senang aje panggil orang whore of the highest order. Inikah sikap orang yang kononnya nak tegakkan Islam? Sepatutnya anda banyak muhasabah diri dulu sebelum nak cuba betulkan orang lain.

anti royan said...

TB,

Amacam? Rupa2nya Nik Aziz pun sokong kerajaan perpaduan. TB je ganti jadi Murshidul Am. Akhir2 ni TB pun rajin pakai Quraan dan hadith. Tapi ada orang kata hang ni main wayang untuk Umno. Tugas hang sampai Pas berjaya dipecah dan diracik.

Buat kerja baik2 nanti dapat upah E Class. Nak tanya sikit kt TB .Zakwan dengan hang adik beradik kembar kah?

TB. You good boy.

Anonymous said...

DUNIA DAH TERBALIK..NIK AZIZ KATA HJ HADI, USTAZ NASA, MUSTAFA AND HASAN ALI TALI BARUT UMNO..RUPANYA DIA TALI BARUT UMNO PALING BESAR..DIA YG CALL HJ HADI SUPAYA SOKONG KERAJAAN PERPADUAN..

TB KENA HANCURKAN LAH TALI BARUT UMNO BESAR TU YA..

APA MACAM? TERKENA TAK? HE...HE...HE...

Tulang Besi said...


Kalau betul kenyataan Harussani ni, maknanya tgna pun fraksi umno la kan? Pasal dia setuju idea kerajaan Pas-Umno kat Perak. Sebab Us ahmad Awang ada kata (seperti yg disebut oleh TB)
.

Ataupun TGNA dah malas nak bercakap dgn orang tua tu??

Yang saya tahu lepas tu TGNA yang terkehadapan belasah puak UG.

Tulang Besi said...

GRand Marquis tak ori,

Awak sokong parti yang halalkan judi. Tu tak liberal ke?

Tulang Besi said...

orang gila meroyan sahaja yang kata Tok Guru Nik Aziz sokong UG

Tulang Besi said...

orang gila meroyan sahaja yang kata Tok Guru Nik Aziz sokong UG

Anonymous said...

sebab tu kalau kita tidak ada skrip yang penuh, jgn tuduh orang sana sini. kan dah termalu....

macam kes nak meriwayatkan satu-satu hadith, kalau ada yang terputus perawinya....maka hadith tu tak boleh diterima...

sebab tu kalau tak tahu mana punca kerajaan perpaduan ini muncul...atau pun kerajaan campuran yang dikehendaki oleh umno-bn, jgn cakap byk.

dengar penjelasan dari tghh----dia ckr kerajaan perpaduan ke...atau kerajaan campuran

Grand Marquis said...

macam kes nak meriwayatkan satu-satu hadith, kalau ada yang terputus perawinya....maka hadith tu tak boleh diterima...

Ya. Sekarang ni tengah tunggu TB buktikan kisah Umar dan kain itu dari hadith muttawatir.

john labu said...

Tuan TB,

Aku rasa kenyataan Harussani adalah kenyataan sebelah pihak kecuali kenyataan beliau disokong dengan follow-up dari TGNA,TGHA dan Ustaz Ahmad Awang.

Dengan repo penglibatan Harussani di dalam tragedi Memali, orang tua ini tak boleh dipercayai dan bolehlah dianggap kenyataan beliau adalah spin politik untuk memberi kredit kepada UMNO. Dah lama cerita ni.. ngape baru skang Word by word disusun memihak pd umno? serasi dgn kaedah spin dia sebelum ni.. hafal skrip ke?

Seperti mana beliau memfatwakan pemimpin PAS sesat, fatwa mengharuskan assobiyyah Melayu dan sebagainya maka bolehlah dikatakan Harussani adalah ulamak spinner upahan Umno yang tidak harus dirujuk sebagai sumber berita..

crita haramsani ni macam bagi bangkai kat dubuk umno supaya lebih rajin menyalak.. tersonggih serma.

Anonymous said...

alahai..
1.Mufti perak tu ahli umno ka!
2.Kalau dia tak jadi ahli umno!rasanya dia lebih dipercayai dari ulamak yang menjadi ahli mana-mana parti politik!
3.Ulamak yang jadi ahli mana-mana politik!tak boleh dipercayai!cakap belit-belit!
4.Tenguk kes diatas!nik aziz mulanya sokong!kemudian tak sokong!ulamak apa !cakap belit-belit!begitu juga dengan kes penggunan nama Allah!mula tak setuju !kemudian setuju!kemudian tukaq lagi!ulamak jenis apa ni!tak dak prinsip!
5.Dari segi kejernihan raut wajah!tanda-tanda orang beriman!rasanya muka mufti perak lebih jernih dari raut muka Tb apatah lagi dengan muka john labu!John labu ni!bukan sahaja muka tak beriman!dari segi tingkahlaku pun teruk!bukan ciri-ciri pejuang islam!

Ali Zaidan said...

TB said..

Ataupun TGNA dah malas nak bercakap dgn orang tua tu??

Yang saya tahu lepas tu TGNA yang terkehadapan belasah puak UG.


Maknanya kau pun main agak2 saja la. Boleh pulak kau husnuzzan dgn tgna dlm isu ni.

TGNA belasah UG? TGk Nik Abduh punya tulisan la. TGNA belasah "UG yg difahamkan oleh pembantu2nya yg jahat".

btw, xde aku kata aku setuju kerajaan umno-pas. Tp, idea memberikan pas mengetuai umno tu satu idea yg perlu dipertimbangkan. Kalau umno mengetuai pas mmg aku takkan setuju. Melainkan UMno dah betul balik.

Tulang Besi said...

Ya. Sekarang ni tengah tunggu TB buktikan kisah Umar dan kain itu dari hadith muttawatir..

Selepas GM tak ori buktikan hadeeth beliau sahih dahulu.

Buat apa nak ikut cakap GM tak ori. Hari tu punya bukti pasal rumah urut pun tak bagi-bagi lagi sampai sekarang.

Tulang Besi said...

GM tak Ori, apasal kao tak sebut hadeeth ni ye?

“Tidak ada (kewajipan) taat pada makhluk dalam hal
berbuat maksiat kepada Allah” [HR Muslim].
.

In the first place, sejak bila UMNO ni dikira sebagai pemimpin Islam?

UMNO halalkan judi

Tulang Besi said...


Maknanya kau pun main agak2 saja la. Boleh pulak kau husnuzzan dgn tgna dlm isu ni.

TGNA belasah UG? TGk Nik Abduh punya tulisan la. TGNA belasah "UG yg difahamkan oleh pembantu2nya yg jahat".
.

Bang, bukan lepas tu TGNA menentang idea PERPADUANG dan MUZAKARAH secara terbuka ka?

Hang tak tau baca ka?

Anonymous said...

Tulang Besi said...
GM tak Ori, apasal kao tak sebut hadeeth ni ye?

“Tidak ada (kewajipan) taat pada makhluk dalam hal
berbuat maksiat kepada Allah” [HR Muslim]..

In the first place, sejak bila UMNO ni dikira sebagai pemimpin Islam?

UMNO halalkan judi


TB hendak bukti rumah urut mane ni? ke nak bukti yang Ronnie liu halang polis serbu hotel chile? Dia sendiri cakap berdasarkan andaian, lagi nak bukti rumah urut, kilang arak tk tutup sampai skrg.

Dah depan mata pun lagi nak spin, betul la orang cakap TB ni MUNAFIK!

Tulang Besi said...


TB hendak bukti rumah urut mane ni? ke nak bukti yang Ronnie liu halang polis serbu hotel chile? Dia sendiri cakap berdasarkan andaian, lagi nak bukti rumah urut, kilang arak tk tutup sampai skrg.
.

Iye aku nak bukti semua tu. SILA bawa bukti.

Grand Marquis said...

Macam tu lah sikap TB. Apa akan jadi kalau orang macam dia di beri jawatan kepimpinan apatah dipertanggungjawabkan dengan urusan agama.

Dia dustakan hadith dengan sewenang-wenang kata hadith sekian-sekian muttawatir, lepas tu, nak tutup kes dia, dia suruh orang buktikan hadith lain sahih.

Lepas tu buat alasan tak perlu ikut cakap orang. Hang nak ikut cakap saya atau tidak saya tak kisah. Tapi hang dustakan hadith hang kena jawab. Benda ni bukan melibatkan saya dan awak. Ia melibatkan antara awak dan Islam kerana pendustaan terhadap hadith adalah satu pendustaan yang sangat serius.

Ramai orang lain yang baca blog hang menilai sikap dan peribadi hang ni. Kalau orang tu hadith pun dia dustakan apa tah lagi dengan isu lain.

zakwan said...

Well,Grand Marquis(blogger one)
You don't be seem to strike me as a honest "defender of Islam" when you can't even debate with Tulang Besi with solid and credible information

Everytime TB called for proof to prove him wrong,You chickened out and keep prolonging the debate by resorting spewing unnecessary crap

You just hated the guy 4 his numerous exposes on the "Geng Perpaduang", Fraksi UMNO n of course,Najib's love 4 gambling as an economy booster

Well, me writing in English is as a result of ur beloved UMNO's Science and Mathematics in English policy
You can say that I'm a successful product of that policy

I can't say I'm a genuine defender of Islam myself
But I can assure you that I'll be the better man than you

Ali Zaidan said...

Tulang Besi said...

Bang, bukan lepas tu TGNA menentang idea PERPADUANG dan MUZAKARAH secara terbuka ka?

Hang tak tau baca ka?


Hang pun ada baca Nik Abduh punya tulisan? Bhw TGNA menentang "UG yg difahamkan oleh pembantu2nya yg jahat".

Tulang Besi said...

Agreed Zakwan.

I've come to a point whereby i'm more than convinced that GM tak ori is a born loser.

He tries to hate the fact by attacking my writing with weak and false argument.

But, in the process he makes a jackass out of himself

Tulang Besi said...



Hang pun ada baca Nik Abduh punya tulisan? Bhw TGNA menentang "UG yg difahamkan oleh pembantu2nya yg jahat".
.

Hang tak baca tulisan aku jawab Nik Abduh?

Hang tak baca ni: saya sudah tua untuk didalangi.

Grand Marquis said...

To Zakwan,

People who read this blog know that whatever requested by TB has been given. It is just that TB deliberately not wanting to accept it for the sake of winning argument. By that, he can use it as a basis to discredit his opposer.

Well I cannot force him to accept what I give, but I have done my part. So it is up to him. I cannot forever entertain his endless whims and fancies.

You can claim you are the better man than anyone else. No one will stop you for doing so. But calling another Muslim as whore of the highest order certainly explains everything about yourself.

Even a kafir will say that he will go to heaven. Does heaven forbid? Only Allah knows.

Ali Zaidan said...

Di dalangi dan di berikan maklumat yang salah tu lain la Raman.

Bukti bhw TGNA di berikan mklumat yg salah ialah dia menentang muzakarah, tp lepas pertemuan dgn TGHH, dia setuju, cuma kena tukar kepada muqabalah.

Eh, xkan cerita popular ni kau boleh terlepas?

Tulang Besi said...


People who read this blog know that whatever requested by TB has been given. It is just that TB deliberately not wanting to accept it for the sake of winning argument. By that, he can use it as a basis to discredit his opposer.
.

Yup, if you call KOSMO a legitimate source.

hahahahahaha

Vagabond said...

Seriously, Harussani ni pelik...jap kata ramai org melayu murtad, lepas tu nak jadikan perak fully dipimpin oleh org melayu...tak pahem le...

lepas tu, pi menjaja pasei pas tak betui...sebagai org perak...this is embarassing ada "mufti" mcm ni...this is a problem when the mufti is being appointed by the ruling govt....memang tak betui clear cut.

kalau negara ni unutk org melayu then kita ni macam org amerika. Org original (org asli) tak diiktirafkan sedangkan penjajah(iaitu org berketurunan dari indonesia, china (hunan), kerala, arab dll...belajar sejarah sikit baru response..ye...kalau tak aku tak layan) di anggap sebagai the native people.


kan senang kalau kata org islam (tak kisah le dia bangsa apa) aje yg memerintah....nanti previous pm dari india tu merajuk lagi...

Anonymous said...

meluat betul dgn org yg suka guna 'alahai...' (juga yg seangkatan dgnnya). alahai ni tulis panjang berjela dgn sampah, mengacau betul ketenangan org nak baca tulisan TB dan komen2 yg elok kat sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.