Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, March 6, 2010

Mufti Perak Pembohong!!!!!!

(Komen kawan saya)Masya Allah...

Baru2 nie dia datang ke ********** menceritatakan, dan memburukkan PAS juga...
Dia sangat marahkan PAS tak mahu kerjasama dengan UMNO di Perak selepas PRU12, atas nama Islam dan Melayu katanya.

Yg anjurkan adalah ISMA dan UMNO... Stand dia sama, kerjasama dgn UMNO jadi wajib, dengan DAP adalah HARAM. Macam biasa dengar jer perbincangan sedemikian lepas PRU12 lepas.

Skrg ISMA menjadikan segala hujjah perjuangan mereka menolak PAS dan DAP antaranya bersandarkan apa yg mufti ini sebut.

Utk sahabat nak tahu details byk lagi ceritanya, blh rujuk Malah I bulan Mei 2009, dan reply dalam bulan Ogos 2009.

Wallahu'alam...

p/s - banjar di bg serai tu dah lompat sokong umno, banjar kampung saya ini masih tak kata masuk umno walau dah terang2 sokong umno.

Ahmad Awang dakwa mufti Perak 'tokok tambah cerita'
Abdul Rahim Sabri Mac 5, 10 8:09pm
.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.

Ahmad (kiri) mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani (kanan) - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.

Menurut Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

45 comments:

Anonymous said...

ISMA ini Mursyidul Amnya Dr Zul Ahmad. Antara ahli syuranya Shaari Sungip yang masih menjalan usrah JIM dalam gelap tapi kata wala' pada PAS. Musuh dalam selimut PAS !! Dia orang ini lah tengah buat grand design untuk membunuh pas. Itu sebab Dr Zul diam sebab telah memperkudakan kader-kadernya untuk menyerang PAS. Hati-hati agenda besar mereka !!!

Saya rasa sampai sekarang kalau tanya Ust Shukri matian dia tak percaya puak JIM ni.

Anonymous said...

alahai...
1.Tenguk!!
2.Kali ini sumber dari "kawan saya"!!
3.Mana prinsip hang TB!!
4.Senang saja prinsip hang!kalau sumber salah!hang boleh kata nanti!bukan saya yang kata!kawan saya yang kata!!

Anonymous said...

alahai..
1.kawan kata!duit derma yang hang kutip !digunakan untuk kegunaan hang!guna untuk tambang balik ke malaysia!bukan untuk upah peguam!
2.MasyaAllah!

Anonymous said...

Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka.

Well,he's gonna be "mati pucuk" soon if he keeps prostituting to his UMNO masters at the expense of democracy and the Islamic values when it comes 2 good governance frequently preached by Rasulullah SAW

Anonymous said...

golongan ulama cth mufti jika berbohong masuk neraka jahanam di bawah sekali.....diseksa dahulu... terutama mufti atau ulama ada ciri 2 cinta dan kejar dunia.... tunggulah.. kadang kadang mat rock ni cakap lebih betul daripada ulama dunia ni.

Grand Marquis said...

TB, bila nak bagi bukti kisah Umar dan Kain tu dari hadith Muttawatir?

Mendustakan hadith ni jauh lebih besar bohongnya dalam hal duniawi.

tulang besi said...

gm lepas kau bagi yang aku mintak tu. kau bila nak bagi bukti kat selangor ada pertambahan rumah urut?

Anonymous said...

CELAKO...CELAKO...CELAKO... (3 X CELAKO)

RUPANYA NIK AZIZ NI BALING BATU SEMBUNYI TANGAN, DIA YG ORG PERTAMA SETUJU KERAJAAN PERPADUAN LEPAS TU TUDUH PRESIDEN KITA HJ HADI, UST NASA, MUSTAPHA DAN HASAN ALI TALI BARUT UMNO.



CELAKO..CELAKO..CELAKO.. (3 X CELAKO)

Anonymous said...

EH BILA PULAK AHMAD AWANG JADI MURSYIDUL AM DAP... TAHNIAH !

Anonymous said...

siapa tu ISMA..TB tolong beri detail

Grand Marquis said...

TB kata:
gm lepas kau bagi yang aku mintak tu.

Ok boleh tak confirm balik apa yang hang minta supaya lepas ni hang tak boleh spin.

Tulang Besi said...


Ok boleh tak confirm balik apa yang hang minta supaya lepas ni hang tak boleh spin.
..

Bukti bertambah rumat urut di Selangor

Grand Marquis said...

Ha ha. Saya dah agak dah.

Mula-mula (dalam thread yang lepas) TB kata

Selepas GM tak ori buktikan hadeeth beliau sahih dahulu.

Tiba-tiba sekarang ni dia ubah ke bab rumah urut. Nasib baik dia sedar, kalau dia minta sama ada hadith tu sahih atau tidak, dia pasti akan dimalukan sekali lagi.

Oleh itu, tektik biasa, terus main isu rumah urut. Ni macam kes Anwar la. Terus main isu konspirasi. Tapi suruh pi defend kat mahkamah tak mau. Hang ni dah makin menyerupai Anwar.

Apa pun hang minta tak penting, sebab kerana mulut badan binasa. Hang boleh minta segala yang hang nak, tapi selagi hang tak buktikan kisah Umar dan Kain tu kisah muttawatir, hang akan kekal sebagai seorang yang kerana nak menang debat sanggup mendustakan hadith mengenai sahabat r.a.

Kalau orang tu hadith pun dia sangup dustakan semata-mata nak menang debat, apa lagi yang kita boleh harap dari orang sedemikian. Saya terus menerus menjawab segala posting TB kerana tulisan TB banyak sangat maklumat terpesong, double standard, persepsi yang bias, termasuklah kejahilan serta salah faham dalam hukum-hukum agama. Kemuncaknya ialah bila anda sanggup dustakan hadith semata-mata nak menang debat.

Kepada orang yang baca blog ini, apakah anda masih tidak nampak kelibat TB ni? He will stop at nothing to proof that he is right. PAS, UMNO, UG or Erdogan are just secondary. The point is that he is always right and must be right. If he says UG is evil, everybody must accept his view. If he says DAP are championing Islam, everybody must agree with him. If he says this person is a liar, then nobody can oppose him and if he says this person is trustworthy, everybody must believe him (although he contradicted himself like the case of RPK).

Kepada TB, kalau anda masih mahu dihormati, insaflah. Bukan susah, mengaku aje anda terlanjur cakap. Benda hadith ni bukan benda yang boleh dibawa main-main. Debat-debat juga, tapi jangan sampai main dustakan hadith. Kalau betul anda ni pejuang Islam dan sayang pada Islam, anda kena berani mengaku kesilapan anda. Tiada manusia yang sempurna. Dalam banyak hal, saya pun pernah buat kesalahan, umpama kes presiden Turki dan baru-baru ni pasal jawatan Roslan SMS. Kalau saya salah tu saya mengaku. So what is the problem?

Yang jelek ialah bila dah salah tu tak nak mengaku. Terus menerus main putar alam dan cuba menegakkan benang yang basah. Antara sifat orang munafik ialah bila berdebat mereka kerjanya nak menang aje. Itu yang dah tak kira lagi hadith atau tidak. Main sebat aje asalkan hujah nampak kuat.

Anonymous said...

taaak punnn... gua tengok tb ook je..
tapi, lu gua tengok betul2 grand spinner beb..
kami pembaca tak bodohh.. sbb tu kami tak suka spinner!!
errr lu cakap member umno dubuk? lu jenis mana GM??

Anonymous said...

lu cakap nak jawab tb Gm.. kasi henti tb punya peook...
mana?? tak jawap pun.. ek ek elehh

Anonymous said...

TB baru tahu yang Mufti berbohong.. dulu dia yang jaja cerita Mufti Perak tentang UG

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tulang Besi said...

testing

Anonymous said...

Btter late than never.Walaupun hampir setahun Zulkifli Nordin wat hal, akhirnya pkr ambil langkah yg paling dinanti-nantikan dgn pecat Firaun besar ini.
PAS bile lagi? Kes hasan ali kautim.tp khalid samad yg kena.

Tk heran knp ustaz ahmad awang tk dilantik sbg pesuruhjaya pas perak.sbb tk izinkan pas gabung dgn umno slps pru ke 12 tempohari.

Tp agaknya pas ari tu bergabung dgn umno bentuk kjaan negeri perak, apakah suasana politik skrng?

apakah dlm pilihanraya kecil yg berlangsung dr penang, kedah, tganu..PAS akan berjaya..belum tahu lg kawan..silap hari bulan semua plhnraya kecil tu pas lingkup sbb pengundi tk puashati dgn keje belot pd pengundi pr.

Saudara TB, susah2 ni lpskan je geng UG ni berkawan dgn umno..biarkan....sy tahu ramai disini marah pd anda.mrk kata anda fitnah no.1.mrk ni semua hati mcm umno jugak...bangsa keutamaan mrk.agama no.2.sy tahu geng ug ni jauh dihati mrk sanggup baik dgn umno drpd dap.atas alasan sebangsa.

kononnya atas alasan kuatkan bangsa dan agama.bg sy biarkan..

biar mrk kena penangan drpd pengundi termasuk pengundi pas sendiri.mrk ingat pengundi dibhw sana suka sgt? maklumlah ahli pas wala membuta tuli.mana nk lwn.cuma mampu protes melalui undi.

Klu team ug kuat sgt...buat AGM mcm tok guru nik aziz minta.ada berani.tk berani sbb kesemua team ug yg utama ni akan bungkus ..sy ulang semula ..BUNGKUS

Anonymous said...

TB,
Waspada.Khabarnya UMNO dah dapatkan khidmat hampir 200 Cybertrooper untuk menggodam blogg-blogg yang pro-PAS.Diantara tugas mereka ialah "menolong dan membantu Geng UG".Itulah sebabnyakebelakangan ni,hang,Pak Bakaq dan Aduka Taruna teruk digodam oleh wira upahan ni.Kita dapat menjejak "kerja" mereka kerana komen-komen mereka tak ada "isi" cuma menghentam saja.Maklumlah "askar upahan".

Tulang Besi said...

GM tak ori.

Apasal kao melalut panjang sangat. Aku mintak benda simple: MANA BUKTI WUJUD RUMAH URUT YANG BANYAK DI SELANGOR.

Benda ni kao yang dakwa wujud. Silalah bawa bukti kao

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Grand Marquis said...

TB, teruskan bersandiwara. Daripada hang buang masa, lebih baik hang pergi cari bukti yang kisah Umar dan Kain tu kisah muttawatir.

Hang kan ditarbiah dari umur 12 tahun. Takkan orang yang sudah begitu lama kena tarbiah sanggup mendustakan hadith.

Tajuk posting ni Mufti Perak Pembohong. Tapi TB bohong pasal hadith macam mana pulak?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

hang x yah lagi jadi bodoh ..ikut cakap mufti perak...hang dulu syok puji mufti ni..la hang bantai mufti ini...dulu mufti ni dok buat cerita konon PAS nak masuk UMNO. Hang bodoh ikut, hari ni baru hang tau dia pembohong...tu lah hang x mau dengar cakap aku...

Tinta Hitam said...

Sebagai penjelasan ISMA tiada kena mengena dengan JIM.Sebaran tindak tanduk pertubuhan ini adalah atas tindakan persendirian.Saari Sungip dan Dr Zul Ahmad tiada kena negena dgn ISMA lagi.ISMA telh pun bergerak sendirian semenjak beberapa tahun yg lepas

Sebeanrnya anonymous ini adalah agen UMNO yg mesentiasa menyebarkan fitnah sebegini mengenai JIM semanjak tahun 80an lagi utk memecah belahkan kesatuan perutbuhan pertubuhan ISlam semenjak dulu lagi

Grand Marquis said...

Kita bandingkan cerita TB dan <a href="http://www.anwaraidc.com/2010/03/anwar-kembali-perangai-lama---salehuddin.html>jawapan Salehuddin</a>

Kita tengok siapa yang bohong dan siapa yang tergesa-gesa sebar berita yang tak sahih.

Tulang Besi said...

Kahkahkah GM tak ori.

Si Salehuddin ni kao pecaya cakap dia.

Kahkahkah

Misalnya, dia kata:

"Saya marah kerana enam tahun saya bertungkus lumus membentuk satu organisasi parti yang mengikut lumrah perjalanan secara saintifik. Tetapi saya kecewa selama itu, parti ini masih ketinggalan jauh..

Dia nak bawak PKR macam dia bawak Kedah Marble....ke lubang jamban.

Memang lah tiada siapa nak ikut dia.

Hahahahaha kelakar la kau ni GM tak ori.

Mana bukti aku mintak tu. DAh ada ke belum?

Grand Marquis said...

Tu la orang kata, bagi TB, siapa yang dia kata kena percaya, kita kena percaya (macam RPK) dan siapa yang dia kata tak boleh percaya, maka orang lain tak boleh percaya.

Kita mungkin tak boleh percaya kata Salehuddin sebab dia ahli politik, tapi adakah kita nak percaya cakap seorang pendusta hadith?

Anonymous said...

alahai..
1.GM!hang oghang akademik!tak payah buang masa layan oghang macam TB ni!!
2.Cakap atau berdebat dengan dia macam lawan cakap dengan budak-budak kelas-kelas hujung!layaq bughuk memanjang!!
3.Kalau dia ada ciri-ciri akademik sikit!dah lama Pas ambik dia jadi barisan kepimpinan Pas!
4.Hairan juga macammana dia boleh belajaq kat US dulu!guna kabel kot!
5.Dia petik hadis dan dalil Al-Quran macam burung tiong jee!ala macam puak Yahudi yang hafal Quran tu!!
5.Tambahan zaman komputer sekarang!dia dah siap segala hadis dan dalil Al-Quran yang selari dengan fahaman dia!kemudia dia bantai jee!6.Macam budak-budak lawan pertandingan pantun!dah siap baris-baris ayat pantun!padankan saja!ingatkan pandai berpantun betuii!rupanya macam burung tiong jee!!
7.Dah tak percaya dia!semenjak isu kalimah Allah!!pendapat dia semua kontra dengan hampir semua ulamak dimalaysia!!Dia bukan pakar hadis maupun pakar tafsir Al-Quran!
8.Dulu!ada dua tiga orang budak India ambik subjek agama islam SPM!dapat A lagi!hafal segala ayat Al-Quran dan hadis!dapat jawab SPM!TB macamtu lah jugak!!
9.Masuk blog dia!untuk hilangkan stress jee!

Tinta Hitam said...

Anyway pasal Sang MUfti Perak ni.Pada saya itulah akibatnya bila kita bercampur dgn org org yan gtidak pernah mendekatkan diri dengan Allah.Akhirnya Sang Mufti semkain menjadi teruk.

Ingat pd hadis mengenai jenis jenis kawan yang diibaratkan tukang besi atau penjual minyak wangi.Sapa sapa yg berkawan tukang besi paling minima pun terkena percikan apinya dan merosakkan pakaian.Manakala penjual minyak wangi pulak paling kurang pun dia calit sikit minyak wangi pd kita dan dapat bau wangi..

Terpulanglah pd Sang Mufti.Dia dah pilih kawannya sendiri siTukang besi.Api tukang besi dah membakar pakaiannya sekarang

Grand Marquis said...

Terima kasih pada alahai. Lepas ni kena kurang layan si TB melalut.

Cuma bila dia buat kelentong lagi, kita bongkar.

Kepada Tinta, saya rasa hairan dengan golongan penyokong PR ni. Kenapa bicara mereka ni senangtiasa ada sikap riak semacam. Sikit-sikit mereka akan mendakwa orang lain tak mendekati diri dengan Allah, seolah-olah mereka lah orang yang paling mendekatkan diri dengan Allah.

Kadang-kadang saya rasa meluat sangat dengan sikap riak korang seolah-olah korang tahu siapa yang paling dekat dengan Allah.

Anonymous said...

alahai..
GM,
1.Tentang oghang yang rasa diri dia alim melebihi dari oghang laintu!
2.Teringat zaman 80an dulu!waktu jemaah Arqam ada dimana-mana!
3.ahli yang baru masuk Arqam tu!selalunya pengetahuan agama kosong!Kemudian masuk Arqam!dia rasa bila dia masuk Arqam!pakai jubah dan serban!dia rasa dia outomatik alim segalanya!
4.Dia akan pandang semua orang jahil!tak berilmu!tambahan pada orang yang tak pakai jubah dan serban seperti dia!Sedangkan sebenarnya dia masih jahil!
5.Lama-lama !bila bertahun dia masuk Arqam!dah berkoyan-koyan dia jahilkan orang!dia sedaq sendiri!walaupun dia berjubah dan berserban!dia rasakan dia tetap jahil!dan diapun tak jahilkan orang lain lagi!dia belajaq dengan lebih mendalam mengenai ilmu agama!
6.Tenguk perangai TB!tinta hitam!tenguk latarbelakang depa!depa bukan lulusan agama!depa menjadi blogger pas!dan depa dapat sindrom macam pengikut Alqam diatas!rasa diri alim melebihi dari orang lain!
7.Mereka kalau diberi peluang!bolehkan jadi imam sembahyang!jadi peneraju bacaan tahlil!jadi peneraju bacaan yassin!menjadi imam jenazah dan sebagainya.
8.atau kalau depa pergi keJohor!bolehkan mereka!tb atau tinta hitam!menjadi peneraju majlis berjanzi,maharban dan sebagainya!atau depa akan beri alasan yang paling senang!bidaah!sebab untuk menutup kelemahan mereka!
9.tepuk dada!tanya selera!

Anonymous said...

alahai..
silap..
10.Tepuk dada!tanya keimanan diri sendiri!

Anonymous said...

alahai..
1.tenguk contoh aduka taruna!
2.Bukan main!dia jahilkan semua orang!
3.Dialah alim segalanya!
4.Allah Maha segalanya!Gambaq dia dengan tunang dia waktu buat laporan polis diKB tempohari!
5.Masya-Allah!!senyum kambing orang yang dia jahilkan!!

yasmin said...

Setahu saya, ISMA bukan JIM dan Mursyidul amnya bukan Dr Zul. Saari Sungib pun tak ada kena mengena dengan ISMA. saya rasa setengah komentar terutama dari beberapa anonymous adalah tidak tepat dan tidak mengetahui secara benar mengenai ISMA atau JIM.

ISMA adalah singkatan Ikatan Muslimin Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1997. NGO ISMA ini sedang menumpukan usaha untuk memberi perhatian kepada isu Melayu Islam di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ISMA dan aktivitinya, sila layari laman web ISMA di ismaweb.net

AyahDi said...

ISMA tiada kaitan langsung dengan JIM. ISMA hanya menangguk di permatang saja. Ramai di kalangan mereka yg ditarbiyah oleh JIM masa di kampus telah dipujuk dan 'diumpan' oleh ISMA utk menyertai mereka.

Setelah menyertai ISMA, mereka akan diprogramkan semula supaya 'menjauhkan' diri dari brother2 JIM. Bahkan ada yg sanggup memburukkan pula sahabat seperjuangan dahulu.

ISMA merasakan mereka adalah NGO elit & terpelajar. Selebihnya Allah yang lebih tahu.

Anonymous said...

TB...lu kena lapur salah laku nik aziz..pasal kerajaan perpaduang ni..sumber rujuk..mufti perak...nik aziz tak nafikan pung mufti ada cakap hal ini sama dia....tapi dia duk belit kot lain..cabar tak tentu pasal..cakap pasal sekular plak..jauh tu lari.....baik lu siasat dan buat aduan kat mustaafa ali...buat tabung lagi pung boleh jugak...tapi jangan lupa kasi audit...lepah ni TB ada chance jadi presiden..mursyidul am..tak pun PJ Selangar.nanti lu ambil balik KS jadi lu punya assistant...

Anonymous said...

Jawapan TGNA mengenai ucapan Datuk Harusani (dari Malaysiakini)

Mufti atau Mufta?
Nik Aziz Nik Mat | Mar 7, 10 11:16pm
Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang.

Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika.

Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata, “Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak.

Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik?

Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur?

Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku. Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik.

Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS.

Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul?

Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran.

Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen.

Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.




--------------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Mursyidul Am Pas dan juga Menteri Besar Kelantan.

Anonymous said...

Wtk

Dulu ketika Mufti Perak kata Anwar tak perlu bersumpah. Mereka kata “benar , benar, benar” hidup Mufti Perak. Tapi sekarang apabila Mufti Perak kata dia dah cuba utk satukan Umno dan PAS di Perak pada selepas PRU ke 12 mereka kata : “ bohong,bohong,bohong”. Tapi apabila Nga Kor Meng kata apa saja “betul, betul, betul” beliaulah pewaris nabi (Lim Guan Eng Pewaris Umar).
Setujukah anda kalau kita lantik Nga Kor Meng sebagai Mufti Perak ? Manakala Lim Kit Siang pula Mufti Pakatan Rayat kerana semua Mufti di Malaysia tak betul sbb kata nama Allah tak boleh digunakan untuk tuhan agama lain. Baru senang dia kata “Para Allah Pakatan Rakyat ( Allah Tuhan Anwar, Allah Tuhan Lim Kit Siang, Allah Tuhan Makkal Sakti) sedang bersidang untuk memenangkan PR pada PRU ke 13 nanti”.
Kalaulah lagu ni sikapnya. Hancurlah Islam di Malaysia. Mufti Perak cuba nak lakukan perkara terbaik demi perpaduan umat Islam dikatanya “Pembohong” …Subhanallah. Sepatutnya mereka jelaskan kenapa tak terima…itu saja..tak payahlah nak serang Mufti…

Anonymous said...

alahai,..
1.Sokong anoy 11.10

Tinta Hitam said...

GM dan lain lain,

Tak tau pula korang ni ada kashaf.Boleh tau orang tu riak ke tidak.Sebab riak ni cuma siempunya diri dan Allah SWT shj aje yg tau.Kdg kdg siempunya diri pun tak perasan dia riak.Org lain lagi la tak tau.

Grand Marquis said...

Riak tu tak perlu kashaf. Riak tu boleh dinilai dari bahasa dan tingkah laku. Misalnya mengangap orang lain tak mendekatkan diri dengan Allah adalah satu sikap riak.

Tulang Besi said...

Grand Marquis said...

Riak tu tak perlu kashaf. Riak tu boleh dinilai dari bahasa dan tingkah laku. Misalnya mengangap orang lain tak mendekatkan diri dengan Allah adalah satu sikap riak.
.

Menghalalkan judi dan arak macam UMNO buat pun riak la jugak kan?

Anonymous said...

Perhubungan baik di antara 2 party islam memerlukan
give and take supaya ada kesamarataan di
dalam perhubunganm itu. Nampaknya ameno hanya mahu 'take ' aje di dalam relationship
ini dan tak mahu give langsong 'give' apa apa!

Sebagai contoh. pihak ameno memegang teraju kerajaan
persekutuan. Dengan itu ameno memegang kuasa
atas pengagihan hasil minyak negara melalui akta
petronas. Sekarang ini semua orang maklum orang
kelantan dan ganu adalah yang termiskin di malaysia.
mereka ini adalah orang melayu lagi islam.
Apalah salahnya jika ameno dengan kuasa mutlak
menggunakan kuasanya meng'interpret' undang undang
akta petronas itu memberi wang petroleum sepenuhnya
kepada kelantan. Dan wang petroleum untuk ganu perlu
diberi sepenuhnya kepada mb untuk diuruskannya
-diagihkan kepada semua yang memerlukan tanpa
sebarang tali atau talibarut yang berkaitan.

Walaupun n h chan itu ah pek chingkie , sebagai bekas
hakim dia sedar bahawa hak orang
awam diperlekehkan olih sistem kehakiman yang ada. jadi
apalah nak di laong laongkan pasal unity gomen dan
kerjasama erat bila pihak ameno hanya mahu 'take' aje.


Adakah penaja ide ide ini kurang bijak atau kurang mental horsepower [mhp] untuk memahami permainan catur pucuk pimpinan ameno [ppa] ? Dah bosan saya nak menamakan nama nama mereka dan berdoa mereka terang hati
dengan ayat qoran supaya bolih faham apa yang saya maksudkan di nukilan ini.

Kalaulah ada rasa sayang sedikit dari ppa keatas rakyat
miskin islam apalah salahnya jika interpretasi akta petronas dibuat dengan spirit of liberalisation untuk
menolong si miskin di kelantan. Adakah ppa takut sichingkie dan keling dalam kabinet akan buat bising>

Untuk makloman semua , hampir semua chingkie dan keling
dalam kabinet memegang jawatan dengan ihsan aje.Translation: dema tak menang dalam pilihan raya pru12!

Tambahan pula ada banyak sebab dan fakta yang menunjukkan
kelantan ada hak untuk meminta wang petoliam. Had 3km
yang digunakan olih ppa hanyalah rekaan ppa aje seperti
kuasa yang konon ada pada sultan untuk memecat mb ! [nukilan n h chan fasal hal ini adalah jelas]

Akhir kata mufti atau mufta , berahim jika anda mempunyai sindrom kurang mhp , berdoalah kepada ilahi
agar dapat petunjuk supaya dapat berjasa kepada agama
dan kaum kita yang miskin lagi daif.

notoktok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.