Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 11, 2010

Nama Husam Tiada Dalam Rombakan Exco Kelantan Yang Baru

Malam semalam saya bercakap dengan sahabat saya yang biasa saya bertanya berkenaan dengan kes dan permasaalahan politik di Kelantan. Beliau mendengar khabar berkenaan dengan kemungkinan berlaku rombakan Exco dalam bulan Mac ini.
Khabarnya, MB Kelantan yang ada sekarang akan dipaksa untuk meletak jawatan serta bersara dan MB baru akan ditabal di Kelantan. Calon MB baru adalah Dato Ahmad Yaakob, TMB yang ada sekarang.

Khabarnya, MB yang bakal angkat sumpah ini akan memberikan senarai exco yang baru dan dalam senarai ini nama Husam Musa tiada. Sahabat saya memberitahu mereka merancang untuk menjalankan tindakan ini dalam bulan Mac 2010.

Mengikut sahabat saya ini, perlantikan TMB sekarang menjadi MB baru serta pembuangan nama Husam Musa dari menjadi exco Kelantan telah mendapat restu dari Presiden PAS sendiri.

Namun, mengikut sahabat saya ini juga, perancangan mereka ini setakat ini gagal dengan kembalinya Tuanku Sultan Kelantan menduduki takhta Kelantan semula.
Saya tak paksa para pembaca mempercayai khabar ini, namun sahabat saya ini tidak pernah salah atau berbohong kepada saya.

PETANDA-PETANDA DARI KHABAR INI

Sekiranya maklumat ini benar:

a.Ia bermakna kumpulan “Fraksi UMNO” di Kelantan masih terus aktif di dalam
percubaan membuang Husam Musa dalam tong sampah
b.Agenda “Kerajaang Perpaduang” masih aktif dan kuat berjalan
c.Gerakan “Kerajaang Perpaduang” berjalan dalam senyap. Mereka dalam fasa
membuang “tokoh-tokoh” yang mereka anggap boleh membahayakan agenda mereka
d. Kepentingan parti sudah tidak menjadi kepentingan lagi bagi kumpulan
“Fraksi UMNO” ini.
e.Percubaan untuk membuang Tok Guru sedang berjalan lancar dan rapi

PERLU BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA PAS DISELAMATKAN

Dengan kembalinya Tuanku Sultan Kelantan ke takhta beliau adalah petanda bahawa Allah SWT membantu melindungi PAS dari mereka yang mahu menjadikan PAS kuda tunggangan mereka. Tugas seluruh penyokong serta pendokong PAS adalah berdoa supaya PAS Allah SWT menurunkan bala dan bencana kepada puak2 yang kemaruk nak duduk sekelambu dengan UMNO ini sebagaimana Allah SWT menurunkan bala kepada kaum Nabi Nuh dan Kaum Nabi Lut.

AMINNNNN

Tulang Besi

93 comments:

Anonymous said...

TB...hang tak payah memandai la urusan kelantan..org kelantan lagi arif..ramai yang layak...bukan husam saja..ramai lagi..jangan duk kaitkan UG hang dengan urusan kelantan...selama ini pun pas dah perintah kelantan lebih 20 tahun..tak de masalah..hang baru je timbul....lepas isu resume @ cv tu...

Anonymous said...

doh yg ko sibuk tu apsal? ko rakyat kelantan ke? bengong!

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Saya rasa mungkin khabar rakan anda itu ada benar nya:

1. Sheikh Kickdefella telah menyerang TGNA dengan hebatnya. Hinggakan TGNA tidak kerap pergi ke Singapura melawat Sultan disifatkan sebagai derhaka walhal TGNA pernah melawat sebelum ini.

2. Cubaan melaga-lagakan TGNA dan Husam. Mungkin Fraksi UMNO mahukan penyokong Husam dan TGNA bergaduh sama sendiri.

3. Nik Abodoh dalam tulisannya mengancam akan memanggil sesiapa sebagai bodoh jika cuba menghalang TGNA bersara (macam la orang takut).

4. Tidak dapat menggunakan fraksi UMNO dalam rumah TGNA, mereka memperguna dan memanipulasi pula pihak kayangan. Walaupun saya memang tak suka dengan golongan kayangan ini, bagi saya apa pun yang berlaku adalah urusan dalam keluarga dan sepatutnya dihormati begitu dan tidak patut mana-mana pihak memanipulasi keadaan ini menjadi senjata politik.

Mereka ini makin cuba mengasak TGNA kiri dan kanan sebab TGNA satu-satunya hingga saat ini begitu lantang menentang sebarang kerjasama dengan orang yang zalim.

Nizam Mahmud said...

Saya ingin memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa:

1. Pendapatan negara kita 40-45% adalah dari sumber Petroleum.

2. Rizab Petroleum kita adalah dianggarkan sebanyak 4 billion barrel saja.

3. Dengan kadar pengeluaran sebanyak 600,000 barrel sehari, minyak kita cuma akan bertahan selama 14-15 tahun saja (itupun kalau pengeluaran tak meningkat)

4. FDI kita selalu dibelakang dan selalu menurun. Jangan cakap psal memo yang ditandatangani tapi cakaplah mengenai jumlah sebenar FDI. Semua nya nak pergi negara yang kos buruh adalah murah - China, Indonesia, Vietnam dll.

5. Kita masih berbelanja mewah. Contohnya Petronas menaja hingga ratusan juta RInggit untuk F1.

6. Rizab negara, seperti emas, tukaran matawang asing dan sebagainya dilaporkan berkurangan (entah pergi mana celaka-celaka ini belanjakan)

7. Kita makin jatuh dalam index rasuah. Bila rasuah meningkat, wang lebih dibelanjakan dari apa yang patut. Contohnya bina lebuhraya di Malaysia 2-3 kali ganda kos berbanding bina lebuhraya dengan besar dan jarak yang sama di Australia.

Saudara-saudara semua,

Tak lama saudara semua, 15 tahun lagi. Bila sumber emas hitam dah habis (minyak), dengan FDI tak mau datang Malaysia, dengan rizab negara makin berkurang sehari ke sehari dan dengan penyelewengan dan rasuah yang makin meningkat yang menyebabkan kos juga meningkat, apa yang akan berlaku?

Fikir lah, tolong lah fikir untuk anak-anak kita. Tak payah fikir sampai cucu sebab 15-20 tahun BUKANNYA LAMA pun.

Jangan tunggu hingga 10-15 tahun lagi baru nak tukar kerajaan. Kalau dah 10 tahun lagi baru nak tukar kerajaan, suruh saya jadi PM pun saya tak mahu sebab tak tau macamana nak betulkan apa yang dah terlalu rosak.

Untuk anak-anak kita, sokonglah pemimpin yang hendak memunsnahkan UMNO seperti TGNA.

Jangan lah kita gelapkan masa depan anak-anak kita. Janganlah kita musnahkan hidup mereka sebab hari ini kita bodoh sebab sokong pemimpin yang salah.

Wahai orang Melayu, orang Cina dah kumpul duit dari generasi ke generasi. Pemimpin UMNO ramai dah kaya raya kumpul duit sekelip mata. Kalau mereka nak migrate, mereka mampu. Negara lain pun sanggup terima mereka yang berduit dan mempunyai kemahiran untuk datang.

Orang Melayu cukup ka duit untuk migrate? Cukup ka kemahiran dengan sijil-sijil dari Universiti tempatan yang tecorot ranking nya di dunia?

Demi masa depan anak kita, sokong lah PAS, PKR dan DAP. Jangan takut sokong DAP, apa nak takut, dalam SELCAT secara terbuka mereka sanggup gaduh sama sendiri sebab tegur psal perbelanjaan.

Apakah anda lebih rela anak anda nanti merempat, dan berhijrah ke negara lain sebagai pelacur (Nau'zubillah) seperti yang saudara Rahman pernah kata kan?

Demi anak-anak kita, tolong lah.

Nizam Mahmud said...

Saya ingin merayu silent reader (pembaca senyap) dalam blog ini.

Sokonglah pemimpin yang hendak memusnahkan UMNO.

Lawan habis-habisan pemimpin yang hendak memanjang hayat UMNO tak kira sama parti sekalipun.

Saya merayu saudara-saudara, demi masa depan anak-anak kita.

Sebatang kara said...

Mengikut sahabat saya ini, mengikut sahabat saya ini, mengikut sahabat saya ini,
mengikut sahabat saya ini.


Eeeii, berapa banyak mengikut sahabat saya ini daaa....

yat said...

Nizam,

UMNO akan terus wujud, begitu juga PAS, UMNO dah melaui pecahan dari parti negara, 46 dan PKR dan masih wujud...

begitu juga PAS dgn perpecahan Hamim, Berjasa dsbgnya....dua2 parti ni dah melalui tempoh2 sukar dan masih berdiri tegak...dua2 parti ni dah melalui zaman sukar tetapi masih wujud, 'sustainability' sgt kuat, akar umbi kedua2 jugak kuat....bukan senang dua2 ni nak jatuh wei...that's the fact...

biarlah dua2 parti ni ada, kalo yg nu x elok kita sokong ini, kalo ni hodoh kita sokong sinun lak...bnyk pilihan adalah rahmat.....masing2 akan berlumba utk berkhidmat pada rakyat...

masalhnya PAs selalu cakap menguburkan UMNO, UMNO xdr la pulak cakap nak mentalqinkan PAS...benci tu sudah lah, tapi xyah la sampai nak mejahanamkan satu sama lain....

zakwan said...

Husam's talents can be very useful and should not be confined to state level administration

InsyaAllah, once Pakatan Rakyat comes to power, Husam should be given a post in the cabinet

There r many other talents in PAS that can run Kelantan

As for the sacking of Tok Guru, I for one do not believe this
An unceremonious sacking of one of the most revered figures in Malaysian politics and PAS might as well sign its death warrant in Malaysia's political landscape

Nizam Mahmud said...

dua2 parti ni dah melalui zaman sukar tetapi masih wujud, 'sustainability' sgt kuat, akar umbi kedua2 jugak kuat....

Bro,

Bila la UMNO pernah mengalami zaman sukar yang sama macam PAS?

Boleh highlight?

UMNO berkuasa di peringkat persekutuan yang paling banyak kuasa - kewangan, keselamatan dan dll semenjak merdeka lagi.

Cuba tarik balik kuasa tu (kuasa di peringkat persekutuan), aku nak tengok 'sustainability' macam mana.

Kalau UMNO masih dapat tegak 5 tahun jer (tak yah main puluh tahun) lepas hilang kuasa persekutuan, aku sendiri akan akui UMNO ada sustainability yang kuat.

Parti macam PAS, DAP dah berpuluh tahun tak pernah pegang kuasa persekutuan malah pernah cuma ada beberapa kerusi parlimen jer (boleh kira dgn jari), pernah tak pegang negeri pun puluhan tahun lama nya, masih berdiri tegak.

Itu baru 'sustainability'. Sustain bila tak ada kuasa, tak ada duit. Sustain bila pegang kuasa tak kira daaa.

Grand Marquis said...

Welcome to selangor

Nak tunggu TB komen.

Sebatang kara said...

Bila UMNO kalah dalam PRU13 nanti. Talian hayatnya yang terakhir adalah saki-baki duit yang telah disonglap sebelum. Bila duit nih dah abis alamak berkuburlah dengan sendirinya UMNO.

Tapi bila berkubuqnya UMNO nanti berkemungkinan boleh membahayakan kepada PR dalam dua cara:

1. Apabila UMNO-BN berkuboq, maka bertebarlah ahli dan pemimpin mereka mencari perlindungan di bawah payung PR dengan nama untuk perpaduang. Ini yang harus kita waspada. Geng2 ini yang sudah dipenuhi dengan pelbagai penyakit seperti rasuah dan mentahkedarah duit rakyat berpotensi besar untuk menyebarkan penyakit-penyakit, virus-virus, bakteria-bakteria yang boleh mengjahanamkan PR sendiri.

2. Jika PR di puncak kuasa tanpa musuh ketat yang saya kira boleh menjadi countercheck kepada kerajaan, ini boleh menjadikan sarang PR sarang pembiakan virus-virus dan bakteria-bakteria yang boleh mengjahanamkan rakyat dan negara. Banyak contoh di mana bila sesuatu pemimpin atau geng yang terlampau lama memerintah mereka akan lupa daratan dan penyakit kanser akan melanda. Oleh itu satu pembangkang yang kuat adalah diperlukan untuk menjadikan kita lebih kuat. Bukan apa, manusia bersifat leka dan alpa.

Sekadar renungan.

Tulang Besi said...

Grand Marquis tak ori,

Sila hadkan komen anda kepada tajuk artikel.

Oleh kerana GM sudah banyak kali buat macam ni, saya bagi amaran terakhir.

Kalau terus begini dengan memberi komen luar tajuk, SAYA AKAN DELETE KOMEN ANDA.

Kalau anda ada maruah, anda akan DELETE komen anda sendiri seperti di atas

Anonymous said...

Memang orang tau PAS Kelantan dah bermasalah. Kepimpinan TGNA yang sebelum ni dikatakan bagus pun diragui oleh orang-orangnya sendiri. Konspirasi orang-orang PAS sendiri terhadap pemimpin mereka pun teruk.

PAS cuba muhasabah diri dan tidak patut menyalahkan orang lain.

Sebatang kara said...

Laaa GM bagi blog Khir Toyo rupanya. Kalau kat Selangoq orang orang no.1 takleh caya tu lah orangnya.

Anonymous said...

Apasal Khir Toyo tak jawab pasal RM1.5 juta dia belanja untuk pergi DIsneyland?

Pasai apa dia sebuk isu ni, isu Disneyland dia senyap sunyi nooo

Tulang Besi said...


2. Jika PR di puncak kuasa tanpa musuh ketat yang saya kira boleh menjadi countercheck kepada kerajaan, ini boleh menjadikan sarang PR sarang pembiakan virus-virus dan bakteria-bakteria yang boleh mengjahanamkan rakyat dan negara. Banyak contoh di mana bila sesuatu pemimpin atau geng yang terlampau lama memerintah mereka akan lupa daratan dan penyakit kanser akan melanda. Oleh itu satu pembangkang yang kuat adalah diperlukan untuk menjadikan kita lebih kuat. Bukan apa, manusia bersifat leka dan alpa.
.

Setuju, bila UMNO berkubur, pastikan yang duduk di kepimpinan adalah mereka yang tahan uji semata-mata.

anti umno said...

aku bukan org klantan.Tapi aku mengikuti rapat crita PAS klantan..bagi aku kalu PAS klantan tumbang pada puak PAS UG,PAS akan tegolek kat negeri2 lain... yg ni aku brani jamin!

Alahai khir toyo.... ko ngarut apa mendenya...?? taik penuh buntut,ada hati nk ngata org lain busuk...p cuci taik kt buntut ko dulu..

Anonymous said...

siapa dia 'The Truth Seeker' ?

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Kalau hang nak delete komen org yg tak berkenaan dgn artikel, aku rasa patut hang delete komen Nizam Mahmud:

March 11, 2010 10:45 AM

takde kaitan pun dgn artikel.

Berita2 yg hang cerita ni hanyalah hearsay. Sebagaimana yg hang tolak Afyan, cerita hang ni sama nilai saja dgn tulisan Afyan.

Kebelakangan ini, Kickdefella byk menulis ttg "derhaka" TGNA terhadap paduka tuanku Sultan. Seperti biasa, Kickdefella memprojeksi si Husam dan mensetankan TGNA.Keaktifan si Kickdefella mensetankan TGNA tidak pun diulas oleh Tulang besi.

Boleh dikatakan tiada desakan dari TB dan puak2 erdogan kepada Husam supaya menyuruh Kickdefella menghentikan penghinaan terhadap TGNA, padahal kalau Husam mahu, jeling saja mesti Kickdefella diam, tapi Husam nak angkat kening pun tak larat apa sebab?

Jadi, tidakkah ini petanda TGNA sudah membau gelagat Husam dan konspirasi politiknya?

Nizam, TB, hang nak pilih sapa? TGNA ke Husam?

Tulang Besi said...



Berita2 yg hang cerita ni hanyalah hearsay. Sebagaimana yg hang tolak Afyan, cerita hang ni sama nilai saja dgn tulisan Afyan.
.

Macam masa saya sebut pasal perjumpaan dalam gelap dulu la.

Semua kata hearsay, last2 betul.

PErcayalah, dia bukan hearsay. Sumber saya ni cukup kuat.

Jangan menyesal nanti sudahlah

Nizam Mahmud said...

padahal kalau Husam mahu, jeling saja mesti Kickdefella diam, tapi Husam nak angkat kening pun tak larat apa sebab?

Sahabat kiri,

Mana hang tau Husan angkat kening pun tak larat?

Licik nya fraksi UMNO di bawah kepimpinan defacto Presiden Tok Pa sudah terserlah.

Matlamat akhirnya cuma satu, TGNA disingkirkan, Husam terkeluar (tak yah percaya Kickdefella yg kononnya kalau TGNA bersara Husam akan jadi TMB).

Fraksi UMNO di Kelantan boleh lah bersorak bersama fraksi UMNO di Terengganu. Isu royalti senyap, rakyat Kelantan dapat hampas dari hasil bumo. PAS dapat berpadu dengan UMNO dalam keadaan yang harmoni sekali dengan Tok Pa merasa menjadi menteri sekali lagi.

15-20 tahun lagi, apabila 45% hasil negara dah habis, apabila rasuah mencanak2 hingga kos hidup tak tertanggung, apabila makin ramai orang bukan Melayu lari ke luar negara dan pembayar cukai makin berkurangan (Tun M kata 90% cukai datang dari bukan Melayu), apabila FDI tak mau datang sebab kos lebih murah di tempat lain dan teknologi kita dah kebelakang negara lain mcm Vietnam.

Seperti kata Hishamudin Rais, orang Melayu cuma akan sedar apabila tinggal seluar dalam saja.

Siapa nanti yang akan tinggal seluar dalam saja? Anak-anak kita. Keturunan kita. Tak lama lagi sebenarnya nak tinggal seluar dalam ini, 15-20 tahun lagi.

Inikah yang kita mahukan untuk anak-anak kita? Fikir-fikir kan lah saudara semua.

Grand Marquis said...

Ha ha. TB, hang saja nak delete komen saya sebab hang dah tak tau macam mana lagi nak senyapkan GM. Mungkin ini tektik terbaru setelah tektik menghantar penyamar, anti babi dan rumah urut tak jadi.

Posting saya memang tak de kaitan dengan post ni, tu saya keep it short and simple. Saje nak highligh kat TB supaya boleh jadi modal untuk next topic. Then baru bincang betul-betul.

Apa pun ia tetap relevan dengan blog TB sebab blog TB ni kan kata PR Selangor ni adalah negeri contoh pimpinan PR. Jadi saya nak tengok apa yang anda nak jawab.

Kepada geng PR, tak perlulah kritik character Khir Toyo tu. Kritik hujahnya.

Bab Disneyland tu saya rasa dia dah jawab. Dah disiasat oleh SPRM pun, tapi tak de apa-apa charge sebab dapati tak bersalah. Cuma korang aje asyik dok ulang cerita basi. Ini kerana korang ni hanya bermodalkan cerita basi.

Macam TB. Cerita basinya ialah selangor tak de rumah urut. Dia dok ulang benda tu setiap kali nampak posting GM. Tapi nyata tak laku. Sampai dia dustakan hadith pun dikira ok sebab dia tak dapat alamat rumah urut di selangor.

Anonymous said...

Apasai tak nak memberontak menentang fraksi dan jugak presiden?PKR tlh dah start,bila PAS nak rebel?

Nizam Mahmud said...

Crita ko tue yg basi GM oii.

SPRM kat Selangor tak payah citer, sapa nak percaya. Orang DAP nak kawin esok hari, tiba-tiba malam dia terjun bunuh diri.

Orang tue kononnya terlibat dalam kongsi gelap. Tapi bila cek akaun, cuma ada beribu tak sampai 5 ribu pun dalam akaun. Kongsi gelap apa tak sampai 5 ribu dalam akaun. Baik tak yah jadi kongsi gelap. Tapi 'soal siasat' 14 jam. Dari petang hingga ke pagi.

Soal siasat Khir Toyo baper jam? Bawak anak beranak pergi Disney Land siap dengan orang gaji. Ohhh luper, SPRM kata tak ada kes so mana-mana pegawai kerajaan kalau travelling bawak lah anak bini dan orang gaji sekali. Pergi ke tempat macam Disney Land. Lawatan sambil belajar la katakan. Boleh belajar tentang Mickey Mouse dan Donald Duck. Penting untuk bangsa Melayu oii!

Siapa nak percaya SPRM? Pilihan di tangan saudara semua. Kalau sesiapa nak jadi bodoh, sila kan. Jangan kata orang lain tak warning pulak.

Nizam Mahmud said...

Wahai orang Melayu,

Kalau nak anak-anak saudara tinggal seluar dalam saja 15 tahun lagi, sila la percaya cakap GM.

Sila la sokong penyatuan PAS dan UMNO.

Tulang Besi said...


Posting saya memang tak de kaitan dengan post ni, tu saya keep it short and simple. Saje nak highligh kat TB supaya boleh jadi modal untuk next topic. Then baru bincang betul-betul.
.

So nak saya delete atau awak delete?

Tulang Besi said...

Sokong Nizam Mahmud. Si GM tak ori tak kenal sapa Nizam Mahmud lagi, sebab tu dia berani sgt

Nizam Mahmud said...

Kononnya rumah urut bersepah di Selangor.

Tapi orang DAP yang dikata terlibat dalam kongsi gelap cuma ada beribu dalam akaun.

Sekali urut bayar 50 sen ka?

Bodoh punya GM.

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman jangan sesekali berundur dari menghentam fraksi UMNO ini.

Teruskan perjuangan.

Grand Marquis said...

Lepas ni bila tak boleh jawab, delete aje untuk tutup malu.

Mungkin yang ini relevan kot.

Grand Marquis said...

Nizam,

hang ni memalukan TB la. Yang percaya kat SPRM ialah TB. Jadi hang kena bantai dia dulu.

Nizam Mahmud said...

GM,

Kalau ada salah laku pembangkang, sila lapor! Saya sokong saudara Rahman. Sebab kalau pembangkang yang disiasat, SPRM akan jadi 'terlebih cekap'.

Macam mendiang Teoh yang disoal siasat 14 jam. Konon-kononya terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan kongsi gelap. Orang yang bergaji RM2 ribu sebulan dan cuma ada tak sampai RM5 ribu ringgit dalam akaun bank (lepas simpan beberapa bulan dari saki baki gaji) itu memang patut disiasat habis-habisan! Sehinggakan mendiang kononnya tak tahan menanggung malu lalu terjun!

Tapi Khir Toyo yang menghabiskan RM1.7 juta untuk lawatan ke Disney Land di Amerika dan Peranchis bersama-sama dengan isteri, anak-anak dan orang gaji sekali (entah-entah Khir Toyo kalau ada kucing dia bawak sekali) itu pun tak ada kes. Hidup SPRM!

Betul, saya setuju. Kalau pembangkang, sila laporkan pada SPRM sebab SPRM akan jadi 'terlebih' cekap mengalahkan FBI dan CIA.

Saya sokong saudara Rahman dalam soal penyelewengan pembangkang. Memang patut lapor pada SPRM

Tulang Besi said...

Wow hebatnya spin GM tak ori. Satu pun fakta yang disebut sdr Nizam Mahmud dia tak berani komen. Saya memang menyokong sesiapa sahaja dari pembangkang yang didapati korup dilapor pada SPRM, termasuk Husam Musa, kalau ada.

Namun, takda orang pun berani report sebab tak kes. GM tak ori, dari melalak kat sini, aku cabar buat laporan rasmi ada nya pusat2 rumah urut haram di Selangor yang menawarkan khidmat seks.
SAYA CABAR GM TAK ORI

Anonymous said...

SOPP SPRM. Bila kes melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO, OTOMATIK TAKDA KES

Anonymous said...

SOPP SPRM. Bila kes melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO, OTOMATIK TAKDA KES

Anonymous said...

SOPP SPRM. Bila kes melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO, OTOMATIK TAKDA KES

Nizam Mahmud said...

Ahh lupa nak sebut. Si sheikh kawan hang boleh sebut tentang betapa cekapnya SPRM menyiasat mengalahkan FBI dalam kes penyelewengan Husam Musa.

Dalam siasatan SPRM yang menyelongkar dan meneliti semua dokumen, mereka akhirnya dapat membongkar kemungkaran Husam. Didapati Husam terlambat bayar satu bil dan menyebabkan negara kerugian dari segi pendapatan cukai. Jumlah bil air tersebut boleh dikatakan besar juga yakni dlm RM200.

Begitu telitinya SPRM apabila menyiasat kes membabitkan mereka yang anti UMNO dan anti fraksi UMNO.

Tahniah!

Nizam Mahmud said...

Gaji mendiang Teoh sebulan RM1,800

Simpanan beliau RM3,611.36

Jawatan: Pembantu Khas Exco DAP.

Orang macam ini SPRM boleh siasat 14 jam. Kononnya terlibat penyelewengan lah, kongsi gelap lah.

Khir Toyo dengan istana dan lawatan sambil belajar dengan keluarga ke berapa buah Disney Land di seluruh dunia: tak ada kes.

Cekap, memang cekap.

Saya nak tanya orang PAS di sini, orang macam ini kamu nak wujudkan perpaduan?

Anonymous said...

sokong Tulang besi dan Nizam Mahmud. Keep up the good work! Bravo!

Anonymous said...

alahai..
1.Teoh disiasat oleh SPRM malaysia bukan kerana dia makan rasuah!dia disiasat untuk memberi keterangan bukan terus dituduh makan rasuah!!
2.Mana bukti atau kenyataan yang nenunjukkan bahawa teoh makan rasuah oleh SPRM!
3.Hang nak spin apa pulak Nizam!
4.Kes Khir Toyo dan hussam sama jee!depa dikatakan makan rasuah!tapi tak dak bukti!!Khir toyo kes disneyand!Hussam kes balak di kelantan!!

Anonymous said...

i m not surprise in 15 years time, anak-anak gadis kita pulak terpaksa merempat tepi jalan, nak bekerja sebagai maid kat Indon, depa negara kaya, hasil bumi mereka masih banyak! Tersangat banyak. Need to confirm with TB about that since you are in Indonesia.

Siap la rakyat indon lah pula menghina rakyat malaysia seperti mana kita menghina mereka!

Kalau kerja maid tak pe ni nanti ada yang terpaksa jadi GRO jugak kat indon.

Wahai rakyat malaysia bangunlah dari tido. Undilah pemimpin yang betul-betul memperjuangkan rakyat.

Pemimpin UMNO semua memperjuangkan periuk nasi mereka. Anak-anak mereka semua dah selamat, yang masih bodoh yang masih nak sokong mereka.

Ni harga minyak naik horay sorak macam orang bodoh, GST nak diimplementkan sorak lagi yang jadi kaya tu siapa? Kita ke?

Ada akal pakai lah jangan dok nak syok sendiri aje and mengelamun aje.

Pakai akal. Islam mewajibkan kita memakai akal untuk berfikir! Bukan untuk berfikir camana nak masuk Akademi Fantasia! Masuk one in a million dsb. Takkan nak jadi umat yang khayal dan malas mau berfikir!

Apa yang diutarakan oleh tulang besi dan nizam mahmud tu perlu difikirkan.

Saya bangga mempunyai orang-orang seperti Tulang Besi dan Nizam Mahmud yang tidak jemu menulis dan mengeducate orang ramai. Saya juga banyak belajar dari blog ini.

Kalau kita tak tahu tak pe yang penting jangan butakan hati! Allah berfirman di dalam ayat Quran- golongan yang banyak di neraka ada lah orang yang buta hati dan tidak mahu terima kebenaran dan kita sendirilah yang menzalimi diri kita sendiri. Kebenaran itu ada di mana-mana jika kita mau cari

But sadly kebanyakkan melayu are either couldn't be bothered or just plain stupid!

Yang couldn't be bothered tu satu hal, kalau kita cakap aje pasal politik, terus potong cakap kita dan kata mereka tak interested nak dengar pasal politik, agaknya golongan ini juga tak kisah kalau mereka juga tinggal sehelai sepinggang dalam masa 15 tahun lagi.

Yang bodoh pulak yang dok menyokong pemimpin yang munafik! Depan cakap lain belakang buat lain. Ni pun satu spesies bebal jugak.

Anyway thank you Tulang besi and nizam mahmud for opening my eyes.

Anonymous said...

alahai,

Takda sapa yang spin. kao yang spin. Benda kao cakap tu semua spekulasi bukan fakta.

Sedarlah diri sikit.

Anonymous said...

Nizam Mahmud mengganas lagi dengan ayat kurang beretika tapi dilepaskan oleh TB

Kononnya rumah urut bersepah di Selangor.

Tapi orang DAP yang dikata terlibat dalam kongsi gelap cuma ada beribu dalam akaun.

Sekali urut bayar 50 sen ka?

Bodoh punya GM.:


Nizam mahmud..mana hang tahu semua akaun ini...mana hang tahu bayar 50 sen...walaupun 50 sen kalau haram tetap haram..hang jgn main dgn hukum ...kerana nak depend kawan dap hang tuuu...

Anonymous said...

Nizam Mahmud merapu :
Gaji mendiang Teoh sebulan RM1,800

Simpanan beliau RM3,611.36

Jawatan: Pembantu Khas Exco DAP



OOIII Nizam Mahmud...hang ingat rasuah tu kira berapa ringgit ke...macam income tax ke...kurang rm2000 tak payah siasat...apa punya hukum lu pakai..ini macam otak nak memerintah ke..jadi pembangkang boleh le...


OOOIIII Nizam Mahmud...kalau pegang jawatan DAP kira tak rasuah le..tak kronisme le..tak nepotisme le..patut la guang eng dan kiat siang boleh hidup bangat...lu memang double standard lee..patut la kawan TB...

Anonymous said...

alahai..
1.Memang la semua perkara tersebut spekulasi belaka!kes nizam dibunuh!kes khir toyo!dan kes hussam!
2.Kalau ada fakta!dah lama tertangkap la!!
3.Sedaq-dedaqla jugak!tapi kena nilai sama la!tak kira mana-mana parti!!
4.Bukan sokong membabi buta jee!Semua parti ada kelebihan dan kelemahan oii!bukan boleh tangkap muat semua!!lingkup nanti!!
5.Alahai..TB dah pandai delete koomen!komen tentang nik aziz tempohari! dia delete!!Ikut suka tuan rumah la!!pakat-pakat yang baca blog ni dah pandai!bukan sokong apa saya yang ditulis!Yang baik!kita sokong!yang teruk!kita bantai!!tak kira!mana-mana parti!!

Nizam Mahmud said...

alahai..
1.Teoh disiasat oleh SPRM malaysia bukan kerana dia makan rasuah!dia disiasat untuk memberi keterangan bukan terus dituduh makan rasuah!!


Hello la brader,

Masih tak jemu nak membodohkan Melayu?

Sudah-sudah lah. Isu masa depan anak-anak kita lebih penting brader.

Mendiang disiasat selama 14 jam. Dari petang hingga ke pagi. Seorang lagi ahli DAP juga disiasat pada ketika itu dan beliau telah membuat laporan polis bahawa beliau diugut, dan diancam nyawanya oleh pegawai-pegawai SPRM.

Kalau kawan mendiang diugut dan diancam dan beliau sanggup membuat laporan polis, apa pula ancaman yang diterima oleh mendiang si mati?

Sudah-sudah lah membodohkan orang Melayu.

4.Kes Khir Toyo dan hussam sama jee!depa dikatakan makan rasuah!tapi tak dak bukti!!Khir toyo kes disneyand!Hussam kes balak di kelantan!!

Apa yang sama? Husam bawak isteri, anak pinak dia dan orang gaji sekali pergi makan angin dan dibayar oleh kerajaan negeri ka?

Husam dah habiskan RM1.7 juta untuk lawatan ke Disney Land di serata dunia ka? Orang pergi Disney Land untuk bersuka ria la brader, siapa pun tau.

Nizam Mahmud said...

Nizam mahmud..mana hang tahu semua akaun ini...mana hang tahu bayar 50 sen...walaupun 50 sen kalau haram tetap haram..hang jgn main dgn hukum ...kerana nak depend kawan dap hang tuuu...

Hello la brader. Kononnya orang DAP yang luluskan rumah urut merata-rata di Selangor. kononnya DAP la di sebalik rumah-rumah urut.

Aih, orang DAP yang melindungi rumah urut pun cuma ada RM3 ribu dalam akaun.

Kongsi gelap apa ni.

Sudah la membodohkan orang Melayu.

Nizam Mahmud said...

OOIII Nizam Mahmud...hang ingat rasuah tu kira berapa ringgit ke...macam income tax ke...kurang rm2000 tak payah siasat...apa punya hukum lu pakai..ini macam otak nak memerintah ke..jadi pembangkang boleh le...

Aikkkkk.. Gaji RM1,800. Simpan punya simpan berbulan-bulan, jimat cermat, dapat la RM3,600.

Kesimpulan: Cerita penyelewengan, kongsi gelap dan rumah urut adalah fitnah semata-mata.

Anonymous said...

alahai..
1.Nizam ni!kalau melibatkan puak yang dia dokong!fitnah semata!
2.kalau melibatkan puak seteru dia!fakta belaka!
3.Hang ni ngaji ka!sapa kata kes hussam dan khir toyo sama!itu contoh persepsi orang!puak umno kata hussam makan duit rasuah balak!puak pas kata khir makan rasuah pi disneyland!ceritanya sama!rasuah!!
4.Teoh disiasat atas penyelewengan duit peruntukan parlimen!Bukan bermakna dia yang seleweng duit tu!!
5.Sapa yang nak perbodoh orang melayu ni!!

Anonymous said...

alahai,

pekung dah terbuka. Buat tuduhan kat Nizam Mahmud, semua takda asas

alahai

Nizam Mahmud said...

Annoymous March 11, 2010 4:23 PM

Masa untuk menjadi pemerhati dah berakhir.

Figure saya berikan ada betul, insya Allah. Pendapatan negara kita sekarang, rizab minyak brapa, pengeluaran sehari berapa, bila rizab dijangka habis, bila Malaysia akan jadi net importer minyak.

Rizab emas dan tukaran asing juga telah susut dengan banyak nya dan amat menakutkan.

Rizab emas pada tahun 1998 sebelum Anwar dipecat adalah pada 72.7 tan. Setelah Anwar dipecat, dilaporkan rizab emas adalah pada 36.3 tan pada Ogos 1999.

Separuh telah dijual. Mungkin untuk menangani krisis matawang pada ketika itu.

Pada tahun 2009, dilaporkan pula rizab adalah pada 12 tan. Itu pun ada pertikaian sebab mungkin lebih rendah dari itu.

15 tahun akan datang:

1. Berapa rizab emas pada masa itu? 1 tan? 1/2 tan saja untuk 30-35 juta rakyat?

2. Setelah 40% pendapatan negara habis (minyak), kita nak gantikan dengan apa?

3. Makin ramai bukan Melayu lari luar negara. Tun Mahathir pernah kata 90% cukai adalah dari bukan Melayu. Makin kurang la pembayar cukai maknanya makin kuranglah pendapatan negara.

Pendapatan makin kurang, simpanan makin sedikit. Anak kita nak makan apa? Anak kita nak kerja apa?

Nak pergi luar negeri? Kalau bawa ijazah dari Universiti yang ranking nya rendah alamatnya ada Master atau PHD tapi kerja cuci kereta di luar negara.

Anak saudara saya baru dapat keputusan SPM. Setahu saya ayahnya dah simpan duit untuk pendidikannya semenjak dia belum lahir lagi. Kalau saudara-saudara semua macam itu mungkin boleh hantar anak ke luar negara.

Fikir-fikir kan lah wahai orang Melayu.

Grand Marquis said...

Tulisan Nizam ni tak perlu di jawab sebab dia merapa main bantai aje.

Tengok contoh ni:

Macam mendiang Teoh yang disoal siasat 14 jam. Konon-kononya terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan kongsi gelap. Orang yang bergaji RM2 ribu sebulan dan cuma ada tak sampai RM5 ribu ringgit dalam akaun bank (lepas simpan beberapa bulan dari saki baki gaji) itu memang patut disiasat habis-habisan! Sehinggakan mendiang kononnya tak tahan menanggung malu lalu terjun!

Sejak bila Teoh dikatakan terlibat kongsi gelap? Sejak bila pula dia terlibat dalam penyelewengan? Teoh ke SPRM sebagai saksi, sebagai pemberi maklumat, macam mana dia boleh spin sampai Teoh jadi penyeleweng dan kongsi gelap.

Kalau kita tengok tahap berhujahnya macam ni, melayan dia memang buang masa. Dia main bantai fakta dia asalkan dia nampak ada hujah, padahal tak tau apa pun.

Lepas tu kata:
Siapa nak percaya SPRM? Pilihan di tangan saudara semua. Kalau sesiapa nak jadi bodoh, sila kan.

Alih-alih kena kat spin master dia. Itulah, bila dah terlalu banyak spin, last-last bumerang tu pusing balik kena diri sendir.

Anonymous said...

Nizam Mahmud kata :
Kesimpulan: Cerita penyelewengan, kongsi gelap dan rumah urut adalah fitnah semata-mata.


Nizam Mahmud..hang cepat sangat buat kesimpulan..kalu la kuasa ditangan anda nescaya anda tidak akn berlaku adil...tak payah fikir la masa depan anak cucu..kalau masa depan anda pun belum tentu...masalah penyakit hati ini akan diwarisi oleh anak anda..generasi ini akn membesar dgn sikap dan mentaliti anda..salah siapa..salah anda 100% bukan salah orang lain...

Anonymous said...

alahai.
"Anak saudara saya baru dapat keputusan SPM. Setahu saya ayahnya dah simpan duit untuk pendidikannya semenjak dia belum lahir lagi. Kalau saudara-saudara semua macam itu mungkin boleh hantar anak ke luar negara."

1.Dah ramai orang melayu dah buat simpanan untuk anak-anak!beli takaful pendidikan!
2.Lagipun yang kerja kerajaan RM5000.00 keatas!mana boleh pinjam PPTN!
"Nak pergi luar negeri? Kalau bawa ijazah dari Universiti yang ranking nya rendah alamatnya ada Master atau PHD tapi kerja cuci kereta di luar negara."-nizam.
1.Kerja dimalaysia pun belambak!universiti bercambah!pastikan masters dan Phd yang berkualiti jee!
2.Kat UNIMAP!perlis!berlambak pensyarah dari Indon dan India!




.

Nizam Mahmud said...

Sejak bila pula dia terlibat dalam penyelewengan? Teoh ke SPRM sebagai saksi,

GM, anda pendusta dan penipu.

Hakikatnya, pegawai SPRM mendakwa bahawa Teoh terlibat dalam kelulusan 'penyelewengan' dalam inkues kematiannya itu.

Rujukan:

http://www.malaysiakini.com/news/111440

SPRM dakwa Teoh terlibat lulus projek palsu

Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini mengenai kegiatan empat syarikat Bumiputera yang menurutnya meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yang tidak wujud yang mendapat kelulusan Teoh dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Nizam Mahmud said...

Dan nak tambah..

Keterangan pegawai SPRM - Mendiang Teoh terlibat luluskan projek palsu. Bukan satu tapi berbelas-belas projek.

Tapi simpanan cuma ada RM3,600.00 Satu projek dia dapat berapa? Seratus ker dua ratus? Duit minyak pun tak lepas. Baik buat kerja lain.

Sudah-sudah la membodohkan Melayu

Grand Marquis said...

Nizam Mahmud..hang cepat sangat buat kesimpulan..kalu la kuasa ditangan anda nescaya anda tidak akn berlaku adil...tak payah fikir la masa depan anak cucu..kalau masa depan anda pun belum tentu...masalah penyakit hati ini akan diwarisi oleh anak anda..generasi ini akn membesar dgn sikap dan mentaliti anda..salah siapa..salah anda 100% bukan salah orang lain...

PR ni, dari sekecil-kecil pencaci sehinggalah sebesar-besar de facto leader, satu saja perkataan sudah cukup menterjemahkan mereka ini semua. Perkataan itu ialah hipokrisi. Lihat sendiri bertapa hipokritnya TB sendiri. Dia kata orang lain dusta, tapi dia dustakan hadith dia buat tak tau. Dia delete post yang tak sokong dia, tapi dia lepas post yang ada caci maki lawan dia. Dia nak delete komen yang dikatakan tak relevan, tapi dia biarkan komen puak dia yang langsung tak relevan. Dia suruh orang praktis Islam, tapi dia sendiri tak praktis Islam.

Nizam Mahmud said...

1.Kerja dimalaysia pun belambak!universiti bercambah!pastikan masters dan Phd yang berkualiti jee!

Hello la brader.

Pengangguran di kalangan graduan semakin meningkat dari tahun ke tahun.

1.Dah ramai orang melayu dah buat simpanan untuk anak-anak!beli takaful pendidikan!

Alhamdulilah! Sebelum hantar anak masuk universiti, kaji selidik ranking universiti itu terlebih dahulu.

Kalau ranking bagus, tak perlu cuci kereta di luar negara.

Tulang Besi said...

GM tak ori, bila dah kering hujjah, mula tuduh orang berbagai bagai.

Mencaci la, itu la, ini lah.

BIla suruh bagi hujjah, bukti semua takdak.

Dia tuduh dulu baru nak cari bukti.

Itulah dia standard UMNO. Bapak spin cerita sampai terdedah.

Spin punya spin, diri sendiri telanjang

hahahahaha

kesian dia kesian dia

Nizam Mahmud said...

GM,

Hang yang hipokrit.

Pegawai SPRM sendiri terang-terang menuduh mendiang Teoh terlibat meluluskan projek palsu.

Boleh lagi hang kata "Sejak bila pula dia terlibat dalam penyelewengan? Teoh ke SPRM sebagai saksi"

Hang pendusta dan pembohong.

Grand Marquis said...

Nizam, nizam,

Teoh tu setiausaha kepada Ean. Bila dah ada penyelewengan dari pejabat Ean, dah tentu Teoh akan dipanggil. Dia di panggil untuk beri keterangan. Tapi adakah itu sudah menunjukkan Teoh terlibat dalam penyelewengan? Adakah perkataan "dakwa" itu sama dengan "terlibat"? Tanya TB, sebab dia pakar bahasa.

Lepas tu dari mana datang pula dia terlibat kongsi gelap?

Yang jadi 14 jam tu mungkin sebab banyak sangat Teoh dedah kat SPRM kot.

Grand Marquis said...

BIla suruh bagi hujjah, bukti semua takdak.

Ya, kepada orang main kata hadith itu ini muttawatir, sila bagi bukti sebab mendustakan hadith ni adalah satu kesalahan yang serius.

Nizam Mahmud said...

Wahai saudara-saudara orang-orang Melayu.

Sampai bila kita nak diperbodohkan?

Sanggupkah kita lihat anak-anak Melayu suatu hari nanti cuma tinggal seluar dalam saja baru kita nak sedar?

Saya merayu sungguh-sungguh. Sokong lah pemimpin yang hendak memusnahkan UMNO. Lawanlah pemimpin yang hendak berkawan dengan UMNO.

Tolong lah. Demi masa depan anak-anak kita saudara.

Nizam Mahmud said...

Dia di panggil untuk beri keterangan. Tapi adakah itu sudah menunjukkan Teoh terlibat dalam penyelewengan?

Hello la GM, dah terkantoi ka?

Pegawai SPRM dalam keterangan bersumpah di sebuah inkues mengesahkan bahawa SPRM menuduh bukan saja Ean tapi mendiang Teoh sekali yang meluluskan projek palsu. Ingatlah bahawa Ean berhak untuk delegate kuasa kelulusan pada pegawai-pegawai beliau.

Keterangan hang ini hang dapat dari mana? Dari atas angin ka?

Nizam Mahmud said...

Wahai GM, sudah-sudah lah membodohkan orang Melayu.

Kesian lak aku tengok hang ini. Elaun bulan ni bila dapat?

Tulang Besi said...


Pegawai SPRM dalam keterangan bersumpah di sebuah inkues mengesahkan bahawa SPRM menuduh bukan saja Ean tapi mendiang Teoh sekali yang meluluskan projek palsu. Ingatlah bahawa Ean berhak untuk delegate kuasa kelulusan pada pegawai-pegawai beliau.
.

Kahkahkah terkantoi lagi budak GM Tak Ori ni. Main serkap jarang jadilah macam ni. MAcam dia tuduh Selangor ada banyak pusat urut la. Bila desak-desak dia bawak la satu bukti. Lepas tu, bukti tak jelas pulak tu.

Dia main tuduh baru cari bukti. Itulah standard GM tak ori ni. Itulah MO dia sepanjang masa.
Jugak, bila dah takda hujjah, dia cuba sebar keraguan dengan menggunakan perkataan “PERSEPSI”.

Itulah modal dia pusing2 sampai sekarang. Takda modal lain.

Tulang Besi said...

Nizam Mahmud,

Si GM tak ori ni bukan cuba membodohkan orang Melayu. Dia cuma menyebarkan kebodohan beliau yang memang sudah lama bersarang dalam otak dia. Jadi, tak boleh kita salahkan dia sangat.

Grand Marquis said...

Ingatlah bahawa Ean berhak untuk delegate kuasa kelulusan pada pegawai-pegawai beliau.

Ini hang yang buat cerita ke hang tau ia betul-betul berlaku? Apa punya cerita exco selangor sampai kuasa meluluskan projek boleh delegat kat setiausaha?

Hang bacak balik apa yang hang tulis
Macam mendiang Teoh yang disoal siasat 14 jam. Konon-kononya terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan kongsi gelap.

Itulah orang tanya, apa beza "dakwa" dengan "terlibat".

Lepas tu, mana datang kongsi gelap tu.

Modal hang sekarang ni ialah Spender. Dia ingat dengan undi PR semua masalah dunia ni akan selesai.

Tulang Besi said...


Itulah orang tanya, apa beza "dakwa" dengan "terlibat".

Lepas tu, mana datang kongsi gelap tu.

Modal hang sekarang ni ialah Spender. Dia ingat dengan undi PR semua masalah dunia ni akan selesai.


Nizam pun tak kata Tan tu didakwa. Dia kata Tan disoalsiasat 14 jam berturut-turut. Kao reti baca ke tidak, GM tak ori?

Anonymous said...

alahai..

"Pengangguran di kalangan graduan semakin meningkat dari tahun ke tahun."-Nizam.

1.Yang menganggur tu bidang apa!Lain kali belajaq elok-elok dalam SPM!pilihla bidang yang kompetatif!bidang yang kritikal!Bukan bidang yang kena lelong!
2.Medic!sampai lani tak cukup doktor!jurutera!unimap!masih import pensyarah luar!yang penting mempunyai ijazah!masters dan Phd yang berkualiti!kalau ijazah 3.00 keatas!rajin usaha sikit!dapatlah kerja!
3.Kerja belambak kat malaysia!yang tak dak kerja tu sebab pilih kerja!nak kerja dengan kerajaan memanjang!!berangan!ada ijazah!kerja lekeh sikit tak mau! dahla ijazah bidang arts je!CGPA pulak bawah 3.00!sapa nak ambik kerja!

Nizam Mahmud said...

Keterangan pegawai SPRM.

"Berdasarkan siasatan SPRM, syarikat Fizami telah memperolehi 26 projek bernilai RM147,812, syarikat Aris mendapat 14 projek bernilai RM88,275.30, syarikat MKMN dengan enam projek bernilai RM50,765 dan M A Bina Melor memperolehi tujuh projek dengan nilai RM69,010.

"Semua projek ini akhirnya pergi kepada Teoh dan Ean untuk tujuan kelulusan," kata Mohd Anuar.

Peguam keluarga mendiang Teoh, Gobind Singah membantah. Belia berkata:

"Apa yang berlaku hari ini seolah-olah SPRM hendak mendedahkan semua bukti siasatan mereka. Saya mahukan perintah mahkamah sekarang untuk menangguhkan prosiding ini supaya kami dibekalkan semua dokumen dan jadikan prosiding inkues ini sebagai perbicaraan rasuah Teoh Beng Hock," katanya.

Rujukan: Malaysiakini dan BERNAMA

Apa rujukan hang wahai GM. Keterangan yang diberikan di dalam sebuah inkues adalah sama dengan keterangan yang diberikan dalam mahkamah. Iaitu keterangan bersumpah.

Saya tanya sekali lagi wahai GM, apa rujukan hang. Kalau hang tak ada rujukan yang sama taraf- keterangan bersumpah, tak payah lah.

Anonymous said...

alahai..sikit lagii
1.Dah lari tajuk oiii!
2.hangpa tenguk!Puak Pas Kelantan pun berpecah!berebut kuasa!!
3.Boleh perintah negara ka!!
4.Perintah negeri yang 95% melayu pun!asyik bergaduh!berebut harta perang!!
5.Perintah negara!lingkupla oii!kena cucuk idung dengan puak kapaiq harbi nanti!!

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Saya rasa GM memang hopeless case. Kita bagi keterangan bersumpah Pegawai SPRM yang mengatakan mereka menyiasat kelulusan projek palsu oleh mendiang Teoh dan Ean.

Tapi dia apa keterangan pun tak ada nie. Main rembat dari kepala dia jer.

Mungkin GM kena buat juga sebab nak cari makan walaupun nampak sangat dah menipu dan berbohong.

Kalau tak buat, nanti elaun tak masuk la pulak.

Kesian tengok life GM ni.

Nizam Mahmud said...

2.hangpa tenguk!Puak Pas Kelantan pun berpecah!berebut kuasa!!

Dari tahun 1990 lagi dah pecah dah.

Siapa pun tau. Kalau tak tau maknanya hang ni muda sangat kot time tu.

Tapi dapat bertahan sebab TGNA tegas dalam lembut. Dan masih ramai penyokong TGNA adalah terdiri dari orang yang ikhlas.

Grand Marquis said...

Nizam,

Bila berbicara, tak semestinya semua perlu rujukan. Kecuali kalau bicara bab hadith, itu memang perlu rujukan. Bukan boleh main dakwa hadith ni muttawatir secara sembarangan.

Asal isu, hang kata
Macam mendiang Teoh yang disoal siasat 14 jam. Konon-kononya terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan kongsi gelap.


Lepas tu ikut logik hang, hang kata Teoh tak terlibat sebab dalam bank dia cuma ada kurang dari 5000.

Sekarang ni, ada siapa-siapa yang kata Teoh terlibat ke? Semua rujukan yang awak bagi tu sekadar kata ia menuju kepada pejabat Ean dan Teoh adalah setiausaha kepada Ean, dah tentu beliau turut di dakwa. Di dakwa tak semestinya terlibat. Kena siasat dulu. Tu yang tengah siasat tu tiba-tiba mati.

Logiknya kenapa SPRM nak bunuh orang yang mereka tengah siasat? Yang ada motif nak bunuh beliau ialah orang yang takut Teoh akan mendedahkan penyelewengan mereka.


p.s. Mana rujukan hang pasal kongsi gelap pulak?

Tulang Besi said...

Nizam Mahmud,

Si GM tak ori ni bukan cuba membodohkan orang Melayu. Dia cuma menyebarkan kebodohan beliau yang memang sudah lama bersarang dalam otak dia. Jadi, tak boleh kita salahkan dia sangat.

Grand Marquis said...

Nizam ni bangga sangat sebab kononnya dia ada rujukan. Cuma malangnya dia tak paham apa isu yang sedang dibincangkan.

Bagi rujukan tak semestinya berguna. Misalnya minta rujukan untuk rumah urut bagi menjawab isu pendustaan terhadap hadith adalah kerja yang sia-sia.

Rujukan berguna bila kita dakwa orang tu terlibat kongsi gelap, tapi tak de rujukan.

Begitu juga rujukan penting bila kita nak kata hadith itu muttawatir.

Isu disini ialah perkataan "dakwa" dan "terlibat". Kalau awak tak faham apa beza dakwa dan terlibat, bawalah 1 juta rujukan pun tak ada apa makna.

Tulang Besi said...



Begitu juga rujukan penting bila kita nak kata hadith itu muttawatir.
.

Macam dia kata ada rumah urut yang banyaakkkk selepas PR memerintah lah.

Hahahahahaha

Hadeeth ke atsar? Cuba jawab sikit.

Tulang Besi said...

Saudara Nizam Mahmud,

Si GM tak ori ni bagi mandi air tujuh masjid pun tak boleh obat lagi dah.

Tinggal nak hantar masuk Tampoi je lagi ni. Dah teruk sangat penyakit dia ni

hehehehe

Concern Malaysian said...

It has always been my hope that TGNA and Husam Musa lead PAS. We need their farsight and wisdom to lead this country, together with Anwar (PKR) and Lim Kit Siang (DAP).

My Fellow Malay brothers/sisters, the non-Malay are not your enemy. It’s UMNO and its cronies in MCA/MIC that blunder and rob our country’s wealth.

Ask yourself :

“What has happened to the billions in income and profits from the state owned energy giant, Petronas?”

My Fellow Malay brothers/sisters, you have to unite together with your right-thinking non-Malay brothers/sisters to save this country from further ruins. This country belongs to us – the Rakyat. Let’s do it for the future generation.

These are the wise words from Tengku Razaleigh:

“Of course it's about more than oil. It's about the direction this country is headed.”
“Young people must rise to save Malaysia, restore Constitution”
“This is beyond politics. We need a movement to save this country”
“I often stay up late wondering how we lost the country to a troupe of clowns”
“This country belongs to you! Get informed! Organise! Publicise! Act!”

Surely these words coming from Tengku Razaleigh, an UMNO veteran, are good enough to wake you up?

Anonymous said...

Khabar dari kawan TB ni munkin ada kebenarannya sebagaimana kata Nizam Mahmud 10.42am.Geng UG bukan saja sudah bertapak dirumah TGNA malah sudah masuk juga kepejabat MB Kelantan tu.Semoga Allah selamatkan TGNA dan PAS Kelantan.

Grand Marquis said...

Hadeeth ke atsar? Cuba jawab sikit.

Antara cara TB nak kelihatan banyak ilmu agama ialah dia akan guna istilah bombastik dalam agama. Itu yang tiba-tiba timbul muttawatir tu. Tapi TB ni faham ke maksud istilah tu? Jangan jadi macam Ken Lee pulak.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Sahabat kiri,

Mana hang tau Husan angkat kening pun tak larat?


Ini kenyataan sindiran saya.

Polemik Nik Aziz dan Syed Azidi boleh diselsaikan secara mesyuwarah.

Ada kenyataan akhbar ataupun suruhan Husam secara terang dan jelas menyuruh KIckdefella berhenti menyerang Nik Aziz?

Licik nya fraksi UMNO di bawah kepimpinan defacto Presiden Tok Pa sudah terserlah.

Matlamat akhirnya cuma satu, TGNA disingkirkan, Husam terkeluar (tak yah percaya Kickdefella yg kononnya kalau TGNA bersara Husam akan jadi TMB).


Jgn hanya tgk the so called fraksi UMNO sahaja syeikh Nizam,tgk jugak fraksi JIM-IRC professional dalam PAS ni.

Saya telah dedahkan bahawa Kickdefella telah mula main bunga2 menyerang TGNA dari bulan 10 tahun 2009, sebelum meletup kes PMBK. Kickdefella dan Husam telah tamat meronda2 kawasan minyak di pantai.

Jadi apa tujuannya serangan2 terhadap TGNA ini? lawatilah log kickdefella, kononnya husam baik dgn sultan dan sebagainya, dan TGNA dipersetankan oleh Kickdefella. Org cerdik mcm kau takkan tak perasan bab ni wahai syeikh Nizam?

Fraksi UMNO di Kelantan boleh lah bersorak bersama fraksi UMNO di Terengganu. Isu royalti senyap, rakyat Kelantan dapat hampas dari hasil bumo. PAS dapat berpadu dengan UMNO dalam keadaan yang harmoni sekali dengan Tok Pa merasa menjadi menteri sekali lagi.

Minta maaf, maksud Nizam,Cikgu PA ataupun Tok Pa.

Jikalau Cikgu Pa,ini ada unsur mala fide ataupun unsur jahat terhadap Cikgu Pa.

Tapi kalau Tok PA, wajar rujuk gambar ini:

http://3.bp.blogspot.com/_hi0nllTBV5U/S4-2vdUcBdI/AAAAAAAAHMI/G6uf4T8GMRs/s1600-h/Husam+dan+Stopa.jpg

15-20 tahun lagi, apabila 45% hasil negara dah habis, apabila rasuah mencanak2 hingga kos hidup tak tertanggung, apabila makin ramai orang bukan Melayu lari ke luar negara dan pembayar cukai makin berkurangan (Tun M kata 90% cukai datang dari bukan Melayu), apabila FDI tak mau datang sebab kos lebih murah di tempat lain dan teknologi kita dah kebelakang negara lain mcm Vietnam.

Adakah dengan mengundi Pakatan Rakyat FDI akan meningkat dan sebagainya?

Nizam,kerajaan bukan hanya UMNO dan BN semata2. Kerajaan ada 1.3 juta staf, kalau UMNO dan BN tumbang,struktur yg ada yg masih sama,maka jgn harap apa2 pun berubah. Adakah Nizam nak cadangkan pecat 1.3 juta staf?Korupsi bukan setakat UMNO tapi di kalangan pegawai2 kerajaan. Ini yang pihak pembangkang uat2 tak nampak.

Ekonomi kita makin teruk apabila pembangkang menafikan 2/3 majoriti BN. sebelum ini,walaupun reformasi dsb tetapi rakyat cukup mkn, malahan perkara pertama yg dieri tumpuan oleh Tun Mahathir ialah pastikan rakyat ada kerja, cukup makan. Jika tidak, Malaysia dah lama hancur mcm Indonesia.

Cnthn paling jelas, dakwaan kononnya kejayaan Pakatan Selangor meraih FDI. Jika Khir Toyo salah, kerajaan selangor boleh dan sila saman Khir.

Seperti kata Hishamudin Rais, orang Melayu cuma akan sedar apabila tinggal seluar dalam saja.

Yg tinggal seluar dalam adalah org2 melayu. selama ini negeri yg ramai org tubik dr negeri adalah org klantan,simple explaination adalah dari 50thn merdeka, kebanyakan masa diperintah oleh pembangkang.

walapaun ada rakyat mengaji pandai, tapi sebab negeri takde kerja, gol ini pakat kerja diluar k'tan.

Siapa nanti yang akan tinggal seluar dalam saja? Anak-anak kita. Keturunan kita. Tak lama lagi sebenarnya nak tinggal seluar dalam ini, 15-20 tahun lagi.

Yg tinggal seluar dlm nanti adalah anak cucu kita kalau kita pilih PR.

Ingat Anwarlah bermain spekulasi matawang semasa menjadi TPM, Anwar juga menaikkan interest sehingga ramai yg tak mampu menjelaskan pinjaman rumah tatkala beliau menjadi M kwangan mengikut formula ala IMF anwar.

Dan sekarang, Anwar memburukkan Malaysia dengan bermacam2 tohmahan kepada negara hanya utk kepentingan dirinya sendiri.

Inikah yang kita mahukan untuk anak-anak kita? Fikir-fikir kan lah saudara semua.

Adakah nanti bila dah hancur semua baru puas hati Nizam dan tulang besi?

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Macam masa saya sebut pasal perjumpaan dalam gelap dulu la.

Semua kata hearsay, last2 betul.

PErcayalah, dia bukan hearsay. Sumber saya ni cukup kuat.


Mcm cerita JIM dalam PAS,tulang besi kata hearsay tapi memang betul sebab sumber2 ini mmg kuat, cnthnya dr bekas pengikut IRC, ayah hasan firdaus yang menulis buku gerakan Islam:sejarah dan pengalaman.

Tulang Besi said...

Sahahbat kanan,

Kao ingat tak kau pernah buat sumpah palsu dahulu berkaitan isu IRC dalam PAS?

Kao kata Mujahid Yusuf Rawa tu IRC?

Nizam Mahmud said...

GM, mula-mula hang sebut nie:

p.s. Mana rujukan hang pasal kongsi gelap pulak?

Kemudian hang sebut nie:

Bagi rujukan tak semestinya berguna.

oi GM, Hang dah makan ubat hari nie? Bimbang lak aku tengok hang.

Nizam Mahmud said...

Ingat Anwarlah bermain spekulasi matawang semasa menjadi TPM,

Anwar dah menafikan lama dah. Sekarang ini aku cabar hang bwk bukti.

Orang tuduh dia, dia dah nafikan. Siapa nak tuduh sekarang bawak lah bukti. Aku pun nak tengok.

Mana penafian Tun M bahawa Bank Negara rugi RM30 billion bermain dengan spekulasi wang di bawah Tun Daim?

Adakah Nizam nak cadangkan pecat 1.3 juta staf?Korupsi bukan setakat UMNO tapi di kalangan pegawai2 kerajaan. Ini yang pihak pembangkang uat2 tak nampak. Korupsi bukan setakat UMNO tapi di kalangan pegawai2 kerajaan.

Siapa suruh pecat semua penjawat awam?

Adakah hang kata 100% penjawat awam korup?

Pembangkang pun tak tuduh macam itu sekali. Mana hang dapat idea ini?

Jika tidak, Malaysia dah lama hancur mcm Indonesia.

Aku mintak sekali lagi, tolong lah berhenti membodohkan orang Melayu. Tolong lah.

Tahun 2009 pertumbuhan ekonomi Indonesia adalah yang terbaik pada peringkat Asean.

Belum campur dengan FDI. Tahun 2008 misalnya, peningkatan FDI di Indonesia adalah pada kadar 43.8%.

Siapa yang nak hancur? Malaysia ker Indonesia.

Hasil usaha memulihkan negara selama lebih 10 tahun selepas pemerintahan korup Suharto sudah menampakkan hasil.

Malaysia bila lagi? Nak tunggu jatuhkan UMNO bila hasil bumi dah habis? Ingat pemulihan ini boleh berlaku sekelip mata ker? Ingat ambik masa setahun dua jer ker?

Yang lain aku akan ulas kemudian. Sibuk sikit hari ini. Bukannya susah nak tunjukkan kedangkalan pemikiran fraksi UMNO ini.

Anonymous said...

Sahaat kanan

Kao ingat tak kau pernah buat sumpah palsu dahulu berkaitan isu IRC dalam PAS?

Kao kata Mujahid Yusuf Rawa tu IRC?


Aku bab ni sumpah 3 ribu kali pun aku sanggup,memang Mujahid YUsuf Rawa tu IRC. Aku confident dia tu IRC mcm kau tu ahli PAS.

Anonymous said...

Sahabat Kanan,

Satu soalan aku, tahun2 Anwar masuk UMNO,kau nizam di belah mana?

Sedang berenak2 dengan ABIM, takpun dengan JIM, majlis syura muslimun dsb, takpun tengah2 berhingus-hingusan baru belajar abc kat tadika.Minta maaf tanya, sebab jwpn kau penting, utk aku faham apa psal kau ni seotak dengan Tulang besi.

Kau dgn Tulang besi apa kaitannya Anak usrah ke?

Anwar dah menafikan lama dah. Sekarang ini aku cabar hang bwk bukti.

Kau oleh rujuk buku:"PAS zaman Anwar : Memo untuk bakal PM", Penerbitan Pemuda, 1993 tulisan Ahmad lutfi Othman.

April 1993,bank negara mengalami kerugian 9.3 billion.Org yg dikontek oleh Ahmad lutfi utk komen adalah KuLi,ketika itu Pres S 46.

Tengku Razaleigh, melalui kenyataannya kepada Harakah, berkata kerugian yang ditanggung oleh kerajaan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kerugian terkumpul yang melibatkan skandal BMF, Manimco dan koperasi pengambil deposit : “Bahkan jumlah RM9.3 bilion itu hampir sama dengan seluruh anggaran perbelanjaan pembangunan negara bagi tahun 1993. malah negara tidak pernah menanggung kerugian sebanyak itu.”

“Kalau di negara-negara lain, menteri yang bermaruah sudah meletakkan jawatannya kerana kerugian,” tegas Tengku Razaleigh.


Ahmad Shaery Chik sebagai Ketua Penerangan S 46 berkata dengan tajuk “Wang Rakyat Diperjudikan” saya pilih tajuk utama Harakah, 23 April.

“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata. Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,” tegas Shabery.

Anonymous said...

Sahabat kanan,

Siapa suruh pecat semua penjawat awam?

Adakah hang kata 100% penjawat awam korup?

Pembangkang pun tak tuduh macam itu sekali. Mana hang dapat idea ini?


Saya rasa saudara Nizam tergamam apabila menyedari hakikat bhw tiad yg akan berubah bila Pakatan rakyat bakal memerintah apabila mewarisi the same old govt from BN.

Aku nak tanya hang,adakah dengan hanya "memecat" UMNO dapat mewujudkan kerajaan yg tidak korup?

Aku jawab soalan hang, tidak 100% penjawat kerajaan korup. Dan adakah hang mengatakan 100% ahli umno itu korup dan rasuah dari kenyataan hang ni?

Korupsi bukan setakat UMNO sahaja, tetapi penjawat kerajaan, peniaga2 dan pelbagai lagi. Bolehkah PR menghapuskan rasuah seolah2 mcm Nabi Isa turun dari langit?

Pembangkang menuduh agensi kerajaan seperti polis, kehakiman,sprm, sebagai korup,jadikah saya refine soalan saya,adakah Pakatan Rakyat akan pecat mereka ini?

Kerana Pakatan rkyt perlu bekerja dengan mereka ini selepas berkuasa. Dan tidakkah sia2 kpd rakyat bahawa rakyat terpaksa pada masa yg sama masih berhadapan dengan korupsi yg sama?

Tulang Besi said...

Sahabat Kanan.

DUlu bukan hang ke buat sumpah palsu pasal Dr Mujahid.

Hang bersumpah Dr Mujahid tu JIM nak perosak PAS?

Nizam Mahmud said...

Sedang berenak2 dengan ABIM, takpun dengan JIM, majlis syura muslimun dsb, takpun tengah2 berhingus-hingusan baru belajar abc kat tadika.

Jawapan:

Saudara Annoymous,
Saya heran sikit, kenapa soalan ini yang ditanyakan. Apakah penting kalau saya ini orang ABIM atau JIM atau apa-apa saja.

Saya jawab ringkas, saya kenal lah beberapa orang JIM dan juga ABIM tetapi saya tak pernah masuk usrah kedua-dua jemaah ini.

Mengenai tuduhan bahawa Anwar bermain spekulasi wang pada awal tahun 90an, sudah saya katakan bahawa Anwar sudah menafikan kenyataan ini.

Beliau, seingat saya, berkata bahawa beliau tidak tahu menahu tentang perkara ini dan apabila beliau tahu, beliau telah mengarahkan Gabenor Bank Negara dan penolongnya untuk meletakkan jawatan.

Kalau saya tidak silap, penolong Bank Negara pada masa itu adalah Nor Mohamad Yakup, Menteri Kewangan II.

Jika saudara mahu menuduh Anwar sebagai berbohong, silakan. Tetapi berilah bukti bahawa Anwar sememangnya tahu dan merestui atau pun yang mengarah Bank Negara terlibat dalam spekulasi wang.

Saya terus terang katakan saya bukanlah peminat Anwar sewaktu beliau di dalam UMNO.

Nizam Mahmud said...

Saya rasa saudara Nizam tergamam apabila menyedari hakikat bhw tiad yg akan berubah bila Pakatan rakyat bakal memerintah apabila mewarisi the same old govt from BN.

Jawapan saya:
Saya tidak tergamam dan saya yakin dengan keyakinan saya bahawa banyak yang akan berubah apabila PR memerintah di peringkat persekutuan

Aku nak tanya hang,adakah dengan hanya "memecat" UMNO dapat mewujudkan kerajaan yg tidak korup?

Aku jawab soalan hang, tidak 100% penjawat kerajaan korup. Dan adakah hang mengatakan 100% ahli umno itu korup dan rasuah dari kenyataan hang ni?


Jawapan saya:
Insya Allah, jika kita pecat UMNO di peringkat persekutuan kita akan dapat mewujudkan kerajaan yang tidak korup.

Banyak yang boleh dibuat di peringkat persekutuan, misalannya, membebaskan SPRM dari cengkaman Eksekutif dan melantik pegawai atasan yang amanah.

Di peringkat persekutuan boleh diwujudkan persidangan terbuka seperti SELCAT yang boleh disaksikan oleh orang ramai supaya rakyat tahu di mana duit dibelanjakan.

Banyak yang boleh dibuat, yang UMNO sekarang tidak mahu buat sebab jika mereka buat, orang mereka juga yang akan kena.

Saya yakin, insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.