Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 29, 2010

Tok Guru Nik Aziz Kekal Mursyidul Am. Ahmad Awang Terpecat

Syukur Alhamdulillah. Namun, kita masih bersedih kerana nama Ustaz Ahmad Awang telah dibuang dari senarai Ahli Majlis Syura yang terbaru, walaupun Ustaz Ahmad Awang masih bersedia untuk terus memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Syura.

Nampaknya, Tok Guru berkeseorangan di dalam Syura kerana hanya beliau (dan mungkin seorang lagi) yang jelas penentangannya terhadap “Kerajaang Perpaduang”.

Saya juga pernah meminta Unit IT PAS Pusat supaya mengadakan khidmat “Videoconferencing” serta “Teleconferencing” dari Kota Baru ke Kuala Lumpur supaya Tok Guru tidak perlu datang ke Kuala Lumpur bila mahu mengendali mesyuarat Majlis Syura. T

Ini memandangkan kesihatan serta kesibukan Tok Guru Nik Aziz. Tiada lagi alasan untuk tidak mengadakan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS Pusat. Juga, apa salahnya mesyuarat Majlis Syura diaadakan di Kota Baru setiap kali? Saya tak nampak sebab mengapa tidak.

Saya telah pun mengutarakan perkara ini kepada beberapa ahli Unit IT PAS Pusat sebelum ini. Saya berharap fasiliti ini akan diadakan dengan kadar segera.
Saya juga memohon kepada Allah SWT supaya memberi Taufik dan Hidayah serta kekuatan kepada Tok Guru didalam menjalankan tugas beliau sebagai Mursyidul Am.

Saya juga ingin menyatakan kehairanan mengapa Dr Harun Din dilantik semula sedangkan Dr Harun Din telah melakukan pelanggaran disiplin parti yang amat besar sebelum ini dan belum lagi memohon maaf kepada parti.(Sila rujuk di sini.)

Adakah ini bermakna setiap ahli PAS tidak perlu risau kalau melanggar keputusan rasmi parti kerana mereka tetap akan dilantik semula ke jawatan mereka kalau melakukan perkara tidak bertanggungjawab dalam parti?

Akhir kata, syukur kerana Tok Guru dilantik semula sebagai Mursyidul Am. Nampaknya, dengan tiada Ustaz Ahmad Awang di dalam Syura, tugas Tok Guru akan menjadi lebih berat.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

Nik Aziz, Harun Din kekal Mursyidul Am dan timbalan 
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (PIC) dan Datuk Dr Haron Din mengekalkan jawatan mereka masing-masing sebagai Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am PAS untuk sessi 2010-2015.
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat kedua Majlis Syura untuk sessi ini yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut pagi ini.
Selain mereka berdua, turut dilantik ke dalam Majlis Syura dalam mesyuarat mereka yang pertama adalah Datuk Seri Azizan Razak, Ustaz Hashim Jasin dan Ustaz Hassan Syukri. Kelima-lima mereka dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam mesyuarat pertama mereka minggu lepas. Mesyuarat hari ini membuat perlantikan untuk dua jawatan utama iaitu Mursyidul Am dan timbalannya.
Selain mereka ahli Majlis Syura adalah Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (mewakili Jawatankuasa PAS Pusat).
Mewakili Dewan Ulamak adalah Datuk Harun Taib, Datuk Ahmad Yaakub, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, mewakili Dewan Pemuda Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Zaharudin Mohamad dan dua wakil Dewan Muslimat yang nama mereka belum diperolehi.
Sessi baru Majlis Syura bermula dengan mesyuarat pertama mereka minggu lalu. Dalam mesyuarat di kalangan 12 anggota yang telah dilantik oleh AJK PAS Pusat (4), Dewan Ulama (4), Dewan Pemuda (2) dan Dewan Muslimat (2) itu, lima anggota tambahan dilantik.
Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam PAS. Mengikut pindaan terbaru Perlembagaan PAS, anggotanya menjadi 17 orang berbanding 12 sebelum ini.

60 comments:

zink aluminium said...

Ini untuk ustaz ahmad awang :

Ditanya berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz semalam yang bersedia berundur, Abdul Hadi berkata ianya menunjukkan sikapnya yang tinggi akhlaknya sesuai dengan tuntutan Islam yang mengajar umatnya untuk tidak meminta jawatan.

"Itu satu moral yang tinggi yang sangat kami hargai. Memang kita dalam Islam diajar kita tidak meminta jawatan, kita tidak berebut jawatan dan islam mengajar orang yang tidak meminta jawatan itu yang layak kita lantik," jelasnya lagi.

zink aluminium said...

insaf lah ahmad awang...

Anonymous said...

Pakatan rakyat in principle dasarnya tidak bersongkokol with bn/umno.
However in the new line-up of this majlis syura,very likely pas is most incline to user friendly with these morons bn/umno.More so now TGNA is old, the only one left.Ahmad awang had been booted,giving a field day for all pas members of syura to open wide their goalpost for talks of perpaduang with morons bn/umno.ITS TRUE ENOUGH PAS FOR ALL MEANT TO BE PAS FOR ALL BN/UMNO MORONS.WELCOME BACK PAS MORONS INTO BN/UMNO.

Grand Marquis said...

Hebatnya TB, walaupun tiada jawatan dan tiada tanggungjawab dan juga ahli tidak aktif, tapi mahu mencatur segala urusan PAS.

Majlis syura, kalau boleh pun kena ikut saringan TB supaya hanya orang yang diterima beliau saja boleh dipilih.

Itulah orang kata TB tak tahu adab berjemaah. Tak tau menghormati keputusan yang dibuat oleh pemimpin. Kalau pas nak layan setiap permintaan ahli macam TB, alamatnya pas takkan dapat buat apa-apa.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ANTI BABI said...


Majlis syura, kalau boleh pun kena ikut saringan TB supaya hanya orang yang diterima beliau saja boleh dipilih.

Itulah orang kata TB tak tahu adab berjemaah. Tak tau menghormati keputusan yang dibuat oleh pemimpin. Kalau pas nak layan setiap permintaan ahli macam TB, alamatnya pas takkan dapat buat apa-apa.
.

Org mana yang kata tu, GM tak ori?

Orang sewel mcm hang ka?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
korok hang said...

Aku nak tanya sikit sama Rahmang TB, apakah hebat majlis syura pas jika jawatan2 utama dalam Majlis Syura Ulama termasuk mursyidul am jika ianya DILANTIK oleh ahli syura yang DIPILIH (daripada kalangan AJK Pas Pusat dan Dewan Ulama Pusat.

Mun ingat org yang DILANTIK akan jadi lebih berkuasa daripada orang yg MELANTIK??

Kuasa majlis syura akan kembali semula kepada orang yang berkuasa MELANTIK... dan mereka adalah AJK PAS PUSAT DAN AJK DEWAN ULAMA...

Musafir said...

TB bagi komen macam la dia mastermind untuk mencorak hala tuju PAS. Senang2 je hukum orang salah walaupun belum tentu salah. Orang yang bersalah hanya dalam mahkamah TB je.

Dawai Kokot said...

tu lah Tb..aku dah cakap..jomlahmasuk PKR.perjuangan yg sebenar bersama Anwar..Tokoh akhir zaman..tade UG..takde perpaduang..sangat sesuai dengang kita..PAS dah hancur..dah macam UMNO

zink Aluminium said...

Majlis Syura lebih tenang tanpa blogger ulamak akhir zaman Ahmad Awang..

Ahli PAS said...

Ahli Majlis Syura mesti bersih terutamanya dari segi hutang. Tak pasti samadaa hutang AA dengan PASTI Kelantan yang berjumlah RATUSAN ribu dah langsai ke belum. Mungkin tulang babi boleh semak kot.

Hutang ini tertunggak agak sekian lama.Diriwayatkan Nabi s.a.w. tidak mahu ikut solat dibelakang orang yang berhutang. Inikan pula hutang dengan budak-budak PASTI !!!! Aku pun tak mahu

Dawai Kokot said...

Sokong TB masuk PKR..takde perpaduang..takde Haji Hadi, takde stopa ali, takde geng ganung..
Yang ada Anwar yang paling benar

Musafir said...

TB buat parti sendiri lagi bagus.. biar dia jadi presidennya..

Ali Zaidan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Saya bersyukur TGNA dan Dr Harun Din dikekalkan dalam jawatan masing2. Pada masa yg sama saya sedih kerana tiada tempat utk Ust Ahmad Awang.

Pada saya, majlis syura ulama ini mestilah dianggotai oleh mereka yang bertaraf 'scholar'. Saya beri makna kamusnya di sini:

- a learned person ; someone who by long study has gained mastery in one or more disciplines.

- usually elderly person noted for wisdom, knowledge, and judgment.

Berdasarkan takrifan ini, saya cenderung untuk tidak bersetuju dgn dasar keahlian sekarang iaitu 2 wakil dari Pemuda dan 2 wakil dari Muslimat.

Perwakilan Dewan-Dewan tidak wajar menjadi kriteria. Walau bagaimanapun sekiranya ada Pemuda atau Muslimat yang 'learned' dan terserlah kebijaksanaan, keilmuan dan pertimbangannya, maka mereka wajib diberikan tempat tanpa quota.

Majlis Shura Ulama is for the best brains. Wallahua'lam.

hussin said...

saya sangat bersetuju dengan komen anon 3:35 kecuali harun din (lihat komen no 2 di bawah).

perhatikan komposisi majlis syura ulama yang terbaru (selepas pindaan perlembagaan yang dipersoalkan (tindakan mustafa ali perlu disiasat - http://greenboc.blogspot.com/). (1) berapa ramai dari kalangan mereka ulama? (2) bagaimana penentang keputusan parti berkaitan isu kalimah Allah dipilih semula? (3) bagaimana dengan yang berbohong dalam isu pertemuan dalam gelap dengan umno?

wallahu'alam

Anonymous said...

hentam habis habis..jan tak hentam...

Tulang Besi said...

Ali Zaidan said...
Jawapan kepada isu ini:
.

Ali, kalau nak komen, tulis di sini. Jangan cuba nak promosi blog kao melalui blog ini. Kalau berani, kita berdebat di sini.
Isu yang lepas pun kao masih tak dapat jawab lagi:

“MUSLIM SAHAJA TIDAK CUKUP”

Tulang Besi said...

Musafir said...
TB buat parti sendiri lagi bagus.. biar dia jadi presidennya..
.

Soalan aku sebelum ni kao belum jawab. Kao ke yang bagi maklumat aku ke Papa GOmo supaya Papa Gomo hentam aku?

Tulang Besi said...

Sokong TB masuk PKR..takde perpaduang..takde Haji Hadi, takde stopa ali, takde geng ganung..
Yang ada Anwar yang paling benar


Apa kata Dawai Kontot masuk UMNO. Dalam tu takda husam, dr dzul etc

Musafir said...

Sedap je ko tuduh2 orang, Papo gamo pun aku x kenal. Ko ni buruk sangka dengan orang kuat sangat. sampai semua x sealiran dengan ko jadi UG la, perpaduang la. apala.

Tulang Besi said...

Mari kita lihat kebodohan Ali Zaidan.

Ali cuba salah gunakan kenyataan saya:

""Khabar angin biasanya lebih benar dari khabar rasmi"

Ni contoh manusia TAK PAHAM bahasa Melayu.

Saya guna perkataan "biasanya" bukan "setiap kali".

Mungkin Ali Zaidan perlu balik ke sekolah tadika semula dan belajar bahasa Malaysia.

Musafir said...

Dah tau khabar angin buat pe nak tulis. ko la salah. nak salah kan orang plak. Patut khabar angin ko p siasat dulu. Ni ke akhlak ahli PAS? bagi aku ko bukan ahli PAS.

Tulang Besi said...

Aku nak tanya sikit sama Rahmang TB, apakah hebat majlis syura pas jika jawatan2 utama dalam Majlis Syura Ulama termasuk mursyidul am jika ianya DILANTIK oleh ahli syura yang DIPILIH (daripada kalangan AJK Pas Pusat dan Dewan Ulama Pusat.
.

Ni cakap fraksi UMNO. Dah lama dah puak2 ni cakap macam ni. Nampaknya Fraksi UMNO/geng Tranung tgh bengang sbb Tok Guru dapat jadi Mursyidul Am lagi sekali.

Tulang Besi said...

Baca lagi kebodohan Ali Zaidan dalam artikel terbaru beliau: http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/pemilihan-parti-berasaskan-syura-tb.html
Saya tak tau nak cakap apa. Kalau sudah berlawanan dengan perlembagaan pun mamat ni nak pertahan, apa punya orang PAS pun kita tak tau dia ni.

Patutlah boleh pertahan orang jumpa UMNO dalam gelap. Manusia jenis takda disiplin macam ni.

Tulang Besi said...

Ali Zaidan kata;
TGHH sebut.+- Muslim saja tak cukup, kena Melayu juga. Maknanya 'Melayu' itu hanya 'penyedap', mengambil kira uruf dan strategi politik semasa. Muslim itu yg utama. Saya fikir, kalau kerajaan PR bermajoriti non muslim non malay, penduduk melayu akan rasa kurang selesa dan masa tu provokatif mudah timbul..

Kahkahkah ni contoh org tak baca interview TGHH di Ummahonline. Terus buat “andaian” sendiri dgn membelakangkan fakta.

Memang la kao ni kaki putar belit, Ali zaidan

mat terkilan said...

Walau pun Perlembagaan PAS 4(b)mensyaratkan 4 orang hendaklah dipilih dari AJK PAS Pusat menduduki Majlis Syura Ulamak,agak tak kena dan janggal kalau diantara yang 4 orang itu terdiri dari Presiden dan Tim.Presiden.Ini bermakna Majlis Syura Ulamak dapat dipengaruhi oleh Presiden dan Tim.Presiden sebagaimana yang berlaku dalam isu "perjumpaan dalam gelap dengan UMNO" tempuh hari.
Hakikatnya.Majlis Syura Ulamak berkuasa menegur Presiden dan Tim.Presiden sekiranya mereka berbuat "salah-laku".Bagaimana Majlis Syura nak membuat teguran sekiranya kedua-dua pihak ini hadzir bersama dalam mesyuarat Majlis Syura.Kehadiran Presiden dan Tim.Presiden dalam Majlis Syura pada praktiknya sudah tidak menjadikan Majlis Syura itu benar-benar bebas dan adil.
Pandangan Anon 3.35pm wajar diberi perhatian yang serious dan wajar dipertimbangkan.

Ali Zaidan said...


Ali, kalau nak komen, tulis di sini. Jangan cuba nak promosi blog kao melalui blog ini. Kalau berani, kita berdebat di sini.
Isu yang lepas pun kao masih tak dapat jawab lagi:

“MUSLIM SAHAJA TIDAK CUKUP”


Aku dah jawab soalan kau. Kau je yg bodoh tak faham analogi. Lihat saja diruangan komen.

Sori, aku takkan jawab kat sini. Xpayah kecut, biarkan semua orang nilai. Aku pun tak pernah padam link kau di blog aku.

Jawapan:

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/rahman-talib-telanlah-ludah-sendiri.html

Tulang Besi said...


Aku dah jawab soalan kau. Kau je yg bodoh tak faham analogi. Lihat saja diruangan komen.

Sori, aku takkan jawab kat sini. Xpayah kecut, biarkan semua orang nilai. Aku pun tak pernah padam link kau di blog aku.
.

mana ada kao jawab, Kao putar ada la.

Aku punya soalan asal kau tak jawab:

"kalau majoriti Muslim, jadi tak Presiden sokong September 16?"

Soalan ni sampai skrg kao tak berani jawab.

Anonymous said...

Eh..Ali Zaidan bukan bodoh..dia tu bodohh campur kaki pit..kahkahkah..f*kin skunk tu pikiaq dia tu same as tesla,edison..born t b a moron always like to hallucinate..lol!!

Anonymous said...

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz
Harakahdaily

KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

Anonymous said...

Ini berita cukup cukup bes!!

Lim: RM52 Billion Saham Bumiputera Hilang
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Agenda Baru, Aktiviti, Analisis, Antarabangsa, Anwar, Demokrasi, Ekonomi, Hebahan, Islam, Isu Semasa, KeADILan, Malaysia, Pakatan Rakyat, Parlimen, Sidenotes and Umno
3 Comments Dari Malaysiakini
Oleh Hazlan Zakaria

Ahli parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 billion saham bumiputera yang dilaporkan ‘hilang’ daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Lim berkata permohonan penjelasannya itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.
Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 billion saham bumiputera yang diperuntukan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 billion yang masih dipegang oleh bumiputera.”

Lim menggesa kerajaan menyiasat apa yang berlaku dengan saham berkenaan yang didakwa lazimnya diagihkan kepada kroni BN.

Tulang Besi said...

Mari kita lihat bagaimana kaki putar alam Ali Zaidan ni beroperasi.

Aku cakap:

a. Dengar khabar angin Tok Guru kena pecat

b. Kat Malaysia biasanya khabar angin ni betul

c. HArap2 khabar angin ni tak betul

Apa fitnahnya?

Ni lah kalau dah keturunan putar alam. Segalanya nak chong. LAst2 jadi kaki fitnah.


Isu "MUSLIM SAHAJA TIDAK CUKUP" sampai sekarang kao tak dapat jawab.

Aku cakap, SEPT 16 ditolak PRESIDEN sebab MELAYU bukan ISLAM.

Jawab ni.

Oh satu lagi: Khabar Angin Ustaz Ahmad Awang dipecat tu BETUL TAK?

Kau ni bapak putar alam, la.

Anonymous said...

lemme guess..mana pi RM52 billion..aah.. R&D untuk biomekanicks silat menyilat,tubuh dangdut roggue roggue club(san miguel beer for free during appy hour!!) dan rumah urut holistik ala thai(2 in 1 servis ya),bikin macam2 pil biotek utk kasi kote keraih 1 kaki,hedge betting funds utk mereka mereka yg suka hidu kentot UMNO,program2 raksaksa utk mempromosi Stalinism UMNO..

Anonymous said...

bapa putar alam plus bapak ayam..lol!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

TB.. TB.. tahu dok.. ni maklumat aku terima.. sebenarnya kan.. kan.. kan.. HH sengaja kekalkan TGNA, tahu dok sebab apa.. sebabnya HH nok seksa NA, dia tahu dah NA tu anti UG, dia lantik gak.. pah tu dgr kabar, dia org dah sok set sok set, masa meeting majlis syura dia org nok buli NA.. teruk kan puak2 UG ni kan.. kan.. kan..

Adake patut HH yg lantik NA, apa kelas HH, dgn ko pun dia tak setaraf, ni kan pulak NA, pas tu ada hati nak lantik NA.. TB kan.. kan.. kan..

tapi kan.. kan.. sebenarnya puak UG ada usur nak buang org yg tak bayar yuran.. tapi kan.. kan.. kan.. NA tentang.. NA kata kan.. kan.. kan.. klu buat juga dia pun nak klur PAS..

tapi aku tak tahu lah sapa yg puak2 UG ni maksudkan, tapi kan..kan.. kan.. aku tak rasa ko.. mungkin ali zidan kot.. sbb ko bayar yuran.. kan.. kan.. kan.. mamat rojak je selebet songlap yuran ko.. kan.. kan.. TB kan.. kan..

ko masuk lah tanding jwtan apa.. kita ator stratigy baru lak.. kita singkirkan semua puak2 UG ni.. bila semua dah tiada.. senang lah kita ambik balik jawatan CEO ko tu.. TB kan.. kan.. kan..

CodeNameSomaliPirate said...

Sdr TB

Barangkali Ahmad Awang terpaksa telan bala' sembahyang hajat 7 hari tujuh malam yang dianjurkannya !!!

john labu said...

sdr TB,

cuba tengok pengkomen ug yg ramai tu..
itulah mentaliti, tahap kebijaksanaan majoriti dio orang... tersangat-sangat lah rendah!!

orang kata kalau murid kencing berlari misti guru kencing menari.. inilah gamak contohnya!

aku rasa geng ni cuma setaraf dengan hindu kat batu cave..
aku cuma tunggu bila pulak dia orang anak ngkat kavadi tawaf kat rusila..

aku rasa juga dah sampai masanya TB had kat ruangan ini utk blogger2 je... letih dah mata nak baca komen puak ni..
aku rasa memang itupun tujuan puak ni!

Anonymous said...

TB aku ingat kau dah kalah TKO bila TGNA dilantik semula...hahaha..betul kata Ali zaidan, kau jilat ludah kau sendiri

Anonymous said...

hahaha...TB jilat ludah sendiri, padan muka kau

Anonymous said...

Kalau anda hendak PUKUL Tulang Besi, si penabur fitnah, boleh lawat di sini

http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/bermain-dengan-games-gila-1.html

http://macamoranggila.blogspot.com/2010/03/bermain-dengan-games-gila-2.html

Dawai Kokot said...

Tb..aku rasa Ahmad Awang pung nk masuk PKR dah..jadi ahli majlis syura PKR..ko join la PKR dengang kitaorg..buleh tegak negara Islam dengang PKR..harap PAS dah tak leh harap..ada negara perpaduang je dalam kepala diorg nih

Anonymous said...

TB.. TB.. sungguh.. baik kita tutup saja komen2 jgn bagi org komen banyak2.. ya lah.. banyak yg TB tak leh jawab kan nampak sangat puak2 kita ni menipu.. tapi kan TB kan.. kan.. klu TB tutup kurang meriah lah blog TB nanti, pulak tu nanti org kata TB tak de telor pulak.. ish! susah gak kan.. kan.. kan..

Kenapalah majlis syura gi lantik sangat TGNA, klu tak lantik kan best kita boleh sping cam gasing ah.. baru puak2 UG tak terjawab.. kan.. kan.. kan.. TB kan..

tapi tak pe.. jangan TB lekas putus asa.. kita cari isu lain pulak kay.. biar akhir sekali CEO dlm gengaman TB juga.. apamacam stuju?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dawai Kokot said...

TB..adaka diorang kata ko Tulang Babi...Tulang Babi..ish ko dia ckp mcm Babi..nak tegak negara Islam mcm mana? ko yg berjuang bermati2an untuk Islam dia ckp ko Tulang Babi?? gerang aku TB..

Jomlah Tb masuk PKR..takde agenda perpaduang, takde Orang gelar ko Tulang Babi..

ko akan dianggap hero..bukang tulang Babi mcm skrg nih..

Ko jusga akang dapat CEO dari Anwar lepas nih

Dawai Kokot said...

ya jom la Tb masuk PKR...takde agenda perpaduang, takde UG yg ada CEO untuk ko..
Khalid Ibrahim nak sain dah ko CEo..janji ko masuk PKR..

ko juga mungkin akang dapat jawatang ketua unit amal PKR..fooh hebat ko Tulang besi..

Ahmad Awang pung aku dgr nak dilantik sbg ahli majlis syura PKR, sbb dah disingkirkan oleh puak2 UG..

JOM BERSAMA PKR BERJUANG UNTUK ISLAM

Dawai Kokot said...

HIDUP PKR...HANCUR PAS...HIDUP TB

Anonymous said...

TB.. TB.. jangan layang sangat ali zidan tu.. ada ke patut dia kata ko jilat ludah sendiri.. ada ke patut dia kata gitu.. tak tahu ke dia ludah tu kan keji.. ish! nakmuntah aku.. mana ada.. B tak jilat pun ludah sendiri.. mengada2 betul si ali ni kan.. kan.. kan..

sebanranya bukan salah TB, org yg beri maklumat tu saja nak kenakan TB, kan TB kan.. kan.. kan.. ada ke dia kabor ke TB kata TGNA dipecat.. tapi kan TB kan.. kan.. kan.. aku rasa ni semua ona puak2 UG, dia saja bagi maklumat salah kat ko, supaya nampak ko ni cam buat fitnah.. terk betulah dia org ni kan.. kan.. kan..

tah tah.. ali dgn fire stone yg punya angkara tak? geram aku ni.. kat mereka tu..

tapi tak pe TB, ko sabor kay.. baru satu maklumat ko dapat tak betul, tu pun dekat2 dah nak betul, klu lah betul melopong dia org kan.. TB kan.. kan.. kan..

Tulang Besi said...

Dawai kontot,

Kau bila nak masuk UMNO. Kan dalam UMNO ada semangat perpaduang yang erat dan kuat.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
john labu said...

sdr TB,

saya rasa misi TB telah pun berjaya!!
saya salute TB, dan saya rasa geng dawai tu semua belum pun apa sebenarnya misi TB..
walau camne pun saya ucapkan tahniah.. kerana takutkan ramalan artikel TB sebelum ini jadi kenyataan dan membangkitkan kemarahan penyokong pas.. ahkir mereka terpaksa batalkan pelan mereka utk buang TGNA!
heh heh terkena mereka.. tahniah dan tahniah!

Anuar Ibnu Sufyan said...

As salam kepada semua saudara di atas sana. Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah selamanya.. kepada saudara-saudara semua, belajar lah dari sejarah. sesuatu yang berlaku ada ikhmahnya. Contohilah penjuang Islam dahulu seperti mana Khalid Al-Walid. walaupun beliau di pecat, beliau masih meneruskan perjuangannya. pemecatan khalid tidak dimaklumkan kepada semua pejuang Islam agar tiada pemecahan berlaku. Ada sebab mengapa beliau tidak dipilih oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Belajarlah..

Anonymous said...

sungguh lah john labu.. TB tak salah pun kan.. kan.. kan..

TB saja je buat2 cerita seolah2 TGNA nak dipecat supaya puak2 UG jadi takut nak pecat TGNA kan.. kan.. kan..

TB.. TB.. kelas ah TB.. tapi kenapa TB tak tlg Ustz Ahmad Awang atek.. buat ah cerita UAA org UG nok kipnet ke.. apa ke ikut ah,.. biar akhirnya UAA dilantik semula? tapi tak pe satu2 ah kan.. TB kan.. kan.. kan.. Janji CEO tu dapat balik..

nawari said...

Salam TB...niat ko adalah jika ko okhlas tanpa ada dendam dan prejudis tp metod yg ko guna tak tepat.
beradapat lah sikit kita sesama ahli jemaah. Jika mereka salah dan kita rasakan kita perlu singkirkan mereka, aku rasa adalah lebi baik kita mencari punca kekuatan mereka bukannya kita menghilangkan terus siqah ahli dan masyarakat pada mereka. kini aku tgk ko bergerak ke arah itu.
Bro TB aku cadangkan ko cari kekuatan mereka dan hanya serang org belakang tabir saje..hatta kalau ko rasa dah tak boleh buat ape ko nak tumbuk dan belasah org tu pun takpe tp ko jgn lah duk maki ust HA(hadi awang) dan Ust HD (harun Din) lebih2.
Harap ko cuba hentikan seketika serangan bertubi2 pd pimpinan pas kerana beri laluan pada PRK ok.
aku harap ko rasional bro

Tulang Besi said...


beradapat lah sikit kita sesama ahli jemaah. Jika mereka salah dan kita rasakan kita perlu singkirkan mereka, aku rasa adalah lebi baik kita mencari punca kekuatan mereka bukannya kita menghilangkan terus siqah ahli dan masyarakat pada mereka. kini aku tgk ko bergerak ke arah itu.
.

Woooo beradab jemaah ni yang saya suka sgt dengar.

Cuba pegi tanya geng kayu adab apa mereka ikut bila mereka sebar fitnah kata ada proksi Anwar dalam PAS?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

http://misabah.blogspot.com/2010/03/ahli-majlis-syura-ulama-pas-kalau-tidak.html bawah judul PERLANTIKAN AHLI MAJLIS SYURA ULAMA PAS – KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH BAIK DIAM)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.