Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 25, 2010

PAS Terengganu Ikut Perlembagaan Atau Tidak?

Bersambung dari artikel Tulang Besi “Apabila Lawyer Cabuk Mentafsir Perlembagaan PAS”, suka Tulang Besi menarik perhatian kepada PAS Terengganu.

Tulang Besi diserang kiri dan kanan kononnya Tulang Besi tidak mengikut Perlembagaan PAS Pusat kerana mengadu terus kepada SU Agung PAS Pusat.

Di Terengganu, pemilihan kepimpinan di peringkat Kawasan dan Negeri termasuk Dewan-Dewan dilakukan tidak mengikut perlembagaan PAS. Di Terengganu, mereka memilih pemimpin di peringkat Kawasan dan Dewan dengan menggunakan sistem yang serupa dengan DAP.

Mereka panggil sistem ini: Sistem Gugusan.


Secara mudahnya, para perwakilan Kawasan hanya akan memilih sebanyak 13 (atau lebih, saya tak ingat jumlah tepat) Ahli Jawatankuasa Kawasan.

AJK2 yang dipilih ini kemudiannya akan bermesyuarat dan memilih senarai kabinet baru mereka termasuklah YDP kawasan, TYDP Kawasan, NYDP Kawasan, Ketua Penerangan dan Bendahari Kawasan. Selain dari itu, AJK2 ini juga akan melantik AJK2 tambahan ke dalam kabinet mereka.

Ustaz Nasaruddin Tantawi pernah menerangkan sistem ini dalam artikel beliau ”Tahniah DPP Negeri Terengganu .” . Artikel tersebut saya bawa di bawah artikel saya ini.

Sesiapa sahaja yang membaca Perlembagaan PAS Pusat akan melihat bahawa jawatan-jawatan YDP, TYDP dan NYDP MESTI DIPERTANDINGKAN. Jawatan Ketua Penerangan, Bendahari dll sahaja yang tidak dipertandingkan dan dilantik oleh YDP dgn persetujuan AJK.

Dari Perlembagaan PAS:


(2) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua dan Ketua Urusan ‘Ulamak PAS Kawasan itu hendaklah dipilih dan dilantik tiap-tiap dua tahun sekali daripada ahli-ahli PAS Kawasan itu dalam mesyuarat agung tahunan yang ada pemilihannya.


Jadi, mereka yang marah dengan Tulang Besi kerana, kononnya, tidak mengikut Perlembagaan PAS Pusat, apa komen mereka terhadap PAS Terengganu?
Kalau mengikut Perlembagaan PAS Pusat, KESELURUHAN PEMILIHAN KAWASAN DAN DEWAN di Terengganu adalah TIDAK SAH!!!.

Sistem yang digunakan oleh PAS Terengganu adalah lebih mirip kepada Democratic Action Party (DAP). Ia bukannya sistem yang ditunjuk oleh Perlembagaan PAS Pusat.
Saya tak tau nak kata apa lagi. Bagaimana perlanggaran Perlembagaan PAS Pusat boleh dilakukan oleh sebuah negeri secara terang-terangan sebegini, saya pun tak tau. Apa pun alasannya, oleh kerana kita telah pun berada dalam zaman ini, maka PAS Terengganu WAJIB kembali ke sistem yang ditunjuk oleh Perlembagaan parti.

Kalau tidak, apa gunanya ada Perlembagaan PAS Pusat kalau sesiapa sahaja boleh melanggarnya seperti yang dilakukan oleh PAS Terengganu?

Juga, di mana akhlak PAS Terengganu apabila mereka memilih pemimpin dengan membelakangkan Perlembagaan PAS Pusat?

Seingat saya, sistem ini adalah atas cadangan dari Pemuda PAS Pusat sewaktu tahun 80an dulu. Setahu saya tiada pindaan perlembagaan dibuat ke atas cadangan Pemuda PAS Pusat ini. Mungkin dahulu alasan “trial” boleh digunakan tapi sekarang ini sudah lebih 30 tahun masa berlalu.

KAlau PAS Terengganu mahu kekal sistem “DAP” itu, maka wajiblah Perlembagaan PAS Pusat dipinda. Kalau tidak mahu dipinda, maka wajiblah PAS Terengganu mengubah sistem mengikut Perlembagaan PAS Pusat.

Tulang Besi

p.s. contoh yang diberikan oleh Ustaz Nasarudddin Tantawi adalah berkaitan dengan Dewan Pemuda Negeri. Peruntukan Perlembagaan adalah:

“(2) Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa yang disebutkan dalam ceraian (1)(g) Fasal ini hendaklah dipilih dan dilantik oleh Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri daripada pemuda-pemuda ahli PAS dalam negeri itu pada tiap-tiap dua tahun sekali atau pada mana-mana Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri yang ada pemilihannya.”


Bandingkan dengan pernyataan Nasruddin Tantawi dari artikel beliau:

“Setelah disyurakan , Al Fadhil Yb. Ustaz Mohd Nor Hamzah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu sementara Timbalannya disandang oleh Al Fadhil Ustaz Wan Shukairi Abdullah dan Naib Ketua ialah al Fadhil Ustaz Ridzuan Hashim ,
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 14:01”


Lampiran 1: Artikel Nasruddin Tantawi


































13 comments:

Anonymous said...

Setelah "Tulang Besi" mengeluarkan hujah mengatakan Di Terengganu, pemilihan kepimpinan di peringkat Kawasan dan Negeri termasuk Dewan-Dewan dilakukan tidak mengikut perlembagaan PAS tetapi mengikut "Sistem Gugusan" ala DAP.

Apakah tuduhan itu benar atau persepsi saja...?

Sebagai penyokong PAS, kita ingin melihat hujah balas dari pihak pemimpin Terengganu dalam blog ini mengenai pekara yang berkaitan.

Sila buat penjelasan pekara tersebut dan tidak melencong kepada pekara yang tidak berbangkit.

Anak Muda Perak(Ahli PAS) said...

Thanks Buat Tulang Besi kerana memberi informasi yang begitu bernilai sekali! Maka PAS Terengganu perlu ambil peduli dan tangunggjawab atas apa yang di dedahkan oleh Tulang Besi ini...Kita mendokong nilai undang-undang dan perlembagaan. kerana itu adalah nilainya sebuah pemerintahan dan kepimpinan!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
awang korok kering said...

TB, mun memang pandai cari hujjah. kesah pemilihan secara segugus nin dah lama di praktikan di trg, kerana ada ulama2 di sinung kata kaedah itu lebih mirip sistem syura islam, walaupun tidak menepati kehendak perlembagaan pas.. kerana mengikut tafsiran cgu pa perlembagaan bukan saja yg tertulis, tetapi kena kira juga semangat perlembagaan...

mcm kes di kawasan setiu dulu...YB ghani ambak lawan datok abu! nak tahu apa jadi pas setiu lepas tu...mung gi ah tanya batok abu or gani ambak..

Tulang Besi said...

Anonymous said...
tulang besi, sudahlah yuran RM3 pun tak bayar bertahun2...nak ek
.

Saya rasa orang yang buat kenyataan di atas ni sedang menggali kubur sendiri. Yuran ahli dibayar pada PAS Kawasan, bukan pada PAS Pusat.
Kalau nak tengok rekod yuran, kena rujuk PAS Kawasan.
Dalam kes saya, sila rujuk Hj Sulaiman yang jual rojak di REstoran Amjal. Hj Sulaiman bekas YDP PAS Kawasan Lembah Pantai.
Saya bayar yuran pada dia selama ini.
Nak bohong pun, tengok tempat lah.

Tulang Besi said...

TB, mun memang pandai cari hujjah. kesah pemilihan secara segugus nin dah lama di praktikan di trg, kerana ada ulama2 di sinung kata kaedah itu lebih mirip sistem syura islam, walaupun tidak menepati kehendak perlembagaan pas.. kerana mengikut tafsiran cgu pa perlembagaan bukan saja yg tertulis, tetapi kena kira juga semangat perlembagaan....

Awang,
Semangat Perlembagaan tak boleh lawan PERLEMBAGAAN tu sendiri.
Lagi satu, mana ada sistem syura Islam dalam pemilihan pemimpin? Islam tidak menetapkan bentuk dan kaedah syura untuk memilih pemimpin.
Perlembagaan PAS kata pemilihan dalam Mesyuarat Agung. Tu bukan Syura ke?

mcm kes di kawasan setiu dulu...YB ghani ambak lawan datok abu! nak tahu apa jadi pas setiu lepas tu...mung gi ah tanya batok abu or gani ambak...
Kawasan lain dalam Malaysia pun lawan jugak, tapi ok je. Kelantan tu majoriti kawasan lawan, tapi masih boleh menang eleksyen.
Semua ni bidaah yang diamalkan oleh PAS Terengganu. Mungkin pada mulanya niat baik, tapi sekarang ni kena ubah dah. PAS Terengganu tiada hak melanggar perlembagaan PAS Pusat.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tulang Besi said...

This post has been removed by a blog administrator.

March 25, 2010 12:53 PM
Anonymous Anonymous said...

Aku rasa TB ni gempak aja lebih. Berlagak macam gedebe. Kononnya dia ahli PAS yang sayang pada PAS..tapi hampes, yuran tahunan cawangan tak bayar bertahun-tahun. Malulah gaji RM30K tapi tak boleh bayar RM3 setahun. Padanlah dia minta duit kat orang ramai kononnya nak pasang peguam untuk kes aduan dia terhadap YB Dato’ Hassan Ali.
.

Yang ni aku ngaku la sebab aku takp pernah jadi ahli mana2 cawangan PAS

Keahlian aku terus ke Kawasan PAS Lembah Pantai

Hahahahahaha dah bodoh nak buat macamana?

sam raspiut said...
This comment has been removed by the author.
sam raspiut said...

crite ni di tganu lama dah jadi...

ni la yang jadikang punca awal perpecahang era sblum pru1999 ditgnu..

kemudiang kemas balik lepas pru1999 sbb sistem gugusan dah menyerap sampai keakar umbi dah.. mana-mana penentang dah kena cantas, potong, kerat... mana ada suara lagi..
kalau adapun diam kejap sbb menang pru1999 sbb org umno tganu pakat pangkah pas ramai kes faktor anwar..

lepas tu KO balik lebih teruk sebelumnya sbb geng umno dah balik sokong pak lah dan geng pas tak keluar ngundi sbb nak bg ajar pimpinan pas.

tapi pas Tganu peduli hapa!! demo bukan peduli lagi pasal menang tganu.. selera demo nak menang malaysia!! itu nak berpaduang tu..

sampai bila2 pun sisitem gugusang ni tganu bawah puak stopa... jangan mimpila nak tukar kepimpinan

apa lagi zaman pak lah selepas kalah pru11 puak-puak ni dah mula belajar... nok kayo tak perlu menang jd adun atau kuasai negeri!!
cukup lah kuasai Pas dan ber baik dgn Umno... lagi senang kayoo!!

sbb tu geng ni starang dok peduli
PR menang negeri waima malaysia skalipun... sbb wat pitih kalu umno merentah dari pr merentah.. cuba la check dgn hassan ali

september 16?? air liuq nuar tak dang kering demo tu dah titik!!

kalu sebut Pas tganu@ UG.. aku lebih rela bergaul dgn BERUK.. lagi mudah berjuang panjat pokok kelapa dari bergaul dgn puak ni.. 2x5 sekentut setaik dgn umno..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.