Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, March 10, 2010

Populariti Najib Menjunam - TV3

NOTA EDITOR: Berikut adalah laporan berkaitan dengan tahap populariti Najib Tun Razak yang dikatakan sedang menjunam menuju ke bumi. Saya tidak hairan kerana Najib Tun Razak adalah seorang yang tidak pernah hidup susah. Beliau tidak mungkin dapat merasakan keperitan serta kesusahan hidup rakyat Malaysia kerana beliau tidak pernah hidup susah.

Maka, imej kepimpinan yang dibawa oleh beliau adalah imej yang sering tidak dapat diterima dan dikongsi oleh majoriti rakyat Malaysia. Secara mudahnya, Najib Tun Razak bukan seorang pejuang tetapi imej yang lebih kuat bersama beliau adalah imej anak orang kaya.

Maka, rakyat jelata secara mudahnya, tidak dapat menghubungkan diri mereka dengan imej Najib Tun Razak. Saya yakin 100% majoriti rakyat Malaysia tidak merasa Najib Tun Razak adalah sebahagian dari hidup mereka.

Sudah semamangnya rakyat Malaysia mencari seorang pemimpin baru dari parti yang baru.
Saya juga yakin trend populariti Najib merudum akan lebih ketara lagi dalam tahun-tahun mendatang, inshaalah.


Populariti Najib Menjunam - TV3

Populariti Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia semakin merosot meskipun pelbagai taktik digunakan oleh media arus perdana untuk melonjakkan imejnya sebagai pemimpin yang kononnya dekat dengan rakyat.

Malah jika berdasarkan kempen khusus yang diusahakan oleh TV3 untuk membina imej Najib sebagai pemimpin yang berwawasan dengan slogan 1 Malaysianya, langkah itu ternyata amat memalukan.

TV3 menerbitkan program yang diberi nama "Soal Jawab" yang ditayangkan di waktu "perdana" pada setiap Isnin sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun bilangan penonton atau "rating" yang diharap dapat membantu mengekang kemerosotan penonton stesen televisyen itu tidak berhasil walaupun yang diundang untuk bersoal jawab dengan hos sama ada Datuk Ahmad Talib mahu pun Datuk Manja Ismail ialah Najib Razak sendiri.

“Ini memberi gambaran bahawa rakyat tidak berminat dengan omong dan slogan kosong Najib. Kempen 1Malaysia langsung tidak menarik minat rakyat," menurut sumber penerbitan TV3.

Adalah difahamkan bahawa syarikat pemantauan data dan trend penonton televisyen, AGB Nielsen mencatatkan hanya 270,000 orang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu.

Ini adalah jauh lebih rendah daripada wawancara dengan sepupu Najib, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein yang mencatat 487,000 penonton pada Selasa 12 Januari. Difahamkan "Soaljawab" dengan menteri ini ditayangkan Selasa kerana beliau tidak sempat datang pada hari Isnin.

Sumber itu memberitahu "rating" yang dicatatkan bagi rancangan ini pada slot perdana amatlah mengecewakan. Lazimnya pada slot jam 10 hingga 11 malam "rating" yang dapat dipungut oleh TV3 ialah sekitar 1.5 juta hingga 2 juta penonton.

Yang pasti program "Soal Jawab" dilihat sebagai satu program propaganda politik dan ini menjengkelkan penonton kerana kandungannya kebanyakannya adalah dari sudut Kerajaan sahaja.

Sumber itu memberitahu bahawa apabila Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulfkifli Nordin dijemput untuk bualbicara, "rating"nya ialah jauh lebih baik daripada siaran yang menampilkan Najib. Difahamkan wawancara Zulkifli mencatat 438,000 penonton.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar berkata, wawancara dengan Perdana Menteri itu tidak mendapat sambutan kerana Najib tidak mempunyai kewibawaan dan kredibiliti di mata rakyat, malah dalam partinya sendiri.

"Keadaan itu menunjukkan bahawa masyarakat tidak dapat menerima dan ia merupakan satu protes secara jelas terhadap kepimpinan Najib. Ahli Umno sendiri yang dikatakan mempunyai keahlian lebih 2 juta tidak mengikuti rancangan itu,"katanya.

"Perkara ini sangat mengejutkan dan sekiranya perkembangan ini berterusan, ia akan membawa kepada satu lagi "grand design" untuk menjatuhkan Najib sepertimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah (mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi)apabila popularitinya jatuh merudum dan merosot teruk,"katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, rancangan soal jawab itu tidak menjurus kepada soalan-soalan asas mengenai Najib iaitu kredibiliti beliau dan hubung kaitnya dengan pelbagai skandal.

"Rakyat tidak yakin beliau sebagai perdana menteri kerana sehingga sekarang beliau tidak boleh membersihkan dirinya dengan pelbagai skandal dan tuduhan jenayah yang dihadapi beliau. Kita tidak tuduh beliau membunuh Altantuya, tetapi sehingga kini Najib tidak menafikan dan seolah ingin melindungi jenayah itu," katanya.

Menurutnya, kredibiliti Najib telah musnah teruk kerana dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk rasuah dalam pembelian kapal selam dan kehilangan enjin pesawat TUDM.

Mutakhir ini TV3 berusaha menerbitkan program yang boleh memperbaiki imej pemimpin kerajaan, terutama Perdana Menteri. Antaranya termasuk "Terubok Masin untuk PM".

Ahad lalu sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, TV3 menyiarkan slot wawancara Najib dengan kanak-kanak yang berlakon sebagai wartawan dan penyampai berita.

"Ini adalah cara terdesak TV3 untuk mengampu Najib. Dan Najib yang tidak ada modal ikutkan sahaja. Walhal itu adalah eksploitasi kanak-kanak untuk mengiklankan betapa peramahnya Najib dengan generasi muda," kata Johari.

Di peringkat sekolah pula, ada syarikat separa kerajaan menganjurkan pertandingan menulis "Warkah untuk PM" bagi membuat Najib dan rakyat umumnya berasa generasi muda amat kagum dengan anak bekas Perdana Menteri Malaysia kedua itu.

22 comments:

Anonymous said...

alahai..
1.tak suka la dengan pemimpin yang naik kerana populariti bapa atau keluarga seperti najib,hishamuddin,mukriz,nurul ezzah,guan eng,nik abduh dan sebagainya!!
2.faktor rosmah menyebabkan oghang meluat kat najib!
3.Walaubagaimanapun!bilangan penonton yang tenguk rancangan tu!tak semestinya mempunyai hubungan yang signifikan dengan populariti pemimpin atau tetamu rancangan tersebut!

Anonymous said...

rating soal jawab tidak boleh menjadi ukuran kerana najib dah menjadi kebiasaan kpd org ramai tidak seperti org lain yg membawa isu-isu panas.

berdasarkan rating agensi-agensi, kepercayaan org ramai kpd PR semakin merosot..PR perlu mengambil tindakan segera utk mengembalikan keyakinan rakyat.

Reformasi kepimpinan perlu dilaksanakan segera sekiranya tidak PRU 13 akan melihat kejatuhan PR

Anoinimuz said...

bro TB
yg sokong Najib nie org2 yg dpt status warganegara jek. indon yg mengundi.

Anonymous said...

Ye la anonimuz, apa barang sokong najib ye tak, baik sokong LGE, atau Nik Aziz yg bole jamin syurga utk pengikotnya.
Gua dari dulu memang sokong DAP, sebab gua sker komunis perintah , xde rasuah, xde judi, xde arak,kira2 lebih kurang pemerintahan Islam 100% la, pemimpin nya pon maksom2 belaka.

Grand Marquis said...

TB nak nafikan ke yang TB ni guna nick Truth Seeker? Menarik tengok patternnya.

Kalau betul TS tu TB, nyata cara operative politik TB dari dulu sampai sekarang ni sama aje.

Nak tau, kita tunggu dulu confirmation dari TB

Anonymous said...

WTK

Selagi kita bernama manusia. Kita bukannya insan yang sempurna. Iman kita sebagai orang mukmin awam, bukan rasul dan bukan wali sentiasa bertambah dan berkurangan. Justeru populariti kita pun begitu juga, ada kala naik dan ada kala turun. Ini adalah fitrah Allah. Ingatlah manusia itu tidak dapat lari daripada satu-satu masalah.Allah juga naugerahkan manusia lebih dari satu sudut dan kurang dalam satu sudut. Cuba kita cerminkan dii kita.

zakwan said...

"Terubuk masin Untuk PM"

Yeah, I saw it on TV too
The 1st thought that came 2 mind was:
"APCO sure is doing a good job 2 make a corrupt tyrant look good in the eyes of the young"

Another thought that came to mind was:
"I don't recall Mahathir or Pak Lah resorting 2 this stunt 2 score some points with the rakyat"

What would APCO come up with next?

Anonymous said...

rating Najib jatuh... mungkin ada kaitan dengan tangkapan ikan patin di sungai pahang nun. orang bangsawan melayu makan ikan kod, ikan salmon dan kaviar aje, ikan patin naik merajuk agaknye.

moral story, kena makan ikan patin!

Grand Marquis said...

Lepas check link, identity Truth Seeker memang tuju kat Tb. So 99% correct (kecuali kalau TB nak nafikan).

Cara operative TB sama saja. Beliau gemar target pada individu. Mottonya ialah "Orang-orang ini kena dibersihkan dari PAS".

Tengok cara TB hari ini dan dulu sama saja. Cuma individu yang menjadi target itu aje yang berbeza.

Saya tidak akan rasa hairan, orang yang bersikap sebegini, dalam jemaah mana pun pasti akan dikucar-kacirnya. Asal tak puas hati aje dengan orang tertentu, terus dia serang dan nak bersihkan orang dari Jemaah.

Modus operandinya pun sama. Orang ni belot, sebar fitnah. Itu aje modalnya.

Anonymous said...

Org yg menonton ‘soal jawab’ adalah mereka yang berintelek dan berminat betul dgn hal-ehwal negara.

Rating program tu juga bukan ukuran populariti PM. Cuma memberi peluang kepada pembangkang dan kerajaan untuk meluahkan pandangan melalui media.

Kenapa tidak, pemimpin pembangkang menawarkan diri untuk menyertai program tersebut?

Tulang Besi said...

Kahkahkah GM tak ori,

Kau tengok tarikhnya ke tidak?

KAlau Truth Seeker mestilah dia ni LEPAS blog Malaysiawaves ditubuhkan?

Setakat ni kao yang jelas bawak fitnah kat sini.

COntoh rumah urut kau bagi tu pun kau takda bukti ia menjalankan aktiviti pelacuran.

Betul tak?

Tulang Besi said...

Kahkahkah GM tak ori,

Kau tengok tarikhnya ke tidak?

KAlau Truth Seeker mestilah dia ni LEPAS blog Malaysiawaves ditubuhkan?

Setakat ni kao yang jelas bawak fitnah kat sini.

COntoh rumah urut kau bagi tu pun kau takda bukti ia menjalankan aktiviti pelacuran.

Betul tak?

Grand Marquis said...

Siapa truth seeker, hanya TB yang tau. Tapi jangan pula ingat orang jahil IT.

Nick ni boleh bertukar. Saya boleh pi kat blogger dan tukar nick saya. So tarikh lama tapi rujuk pada akaun yang sama tapi dengan nama lain.

Saya tak buat apa-apa tuduhan. saya kata 99% TB berdasarkan fakta teknikal. Kalau TB nafikan, kita terima. Tapi kalau hang tipu, itu antara awak dan Allah S.W.T.

Cuma boleh ke kita percaya kat orang yang sanggup dustakan hadith?

Anonymous said...

hahaha link aku beri TB delete takmboh org tahu sape sebenar TB, sudahlah TB semua org dah tahu sapa hang..

Tulang Besi said...

Siapa truth seeker, hanya TB yang tau. Tapi jangan pula ingat orang jahil IT.

Nick ni boleh bertukar. Saya boleh pi kat blogger dan tukar nick saya. So tarikh lama tapi rujuk pada akaun yang sama tapi dengan nama lain.
.

GM tak ori,

Sampai skrg kao tak boleh beri bukti adanya rumat urut haram seperti dakwaan kao sebelum ini.

Alamat pun kao tak boleh bagi.

Apasal kao nak sebuk pasal Truth Seeker la, apa la.

Kao buat tuduhan sebelum kao dapat bukti.

Itu bukti yang jelas kao ni kaki fitnah.

Tulang Besi said...

GM tak ori,

jangan lupa jawab soalan ini yang kao tak berani jawab sampai sekarang:

Tulang Besi said...

GM Tak Ori,

SIla kemukan bukti yang contoh rumah urut kau bawa tu menawarkan khidmat pelacuran?
March 10, 2010 2:35 PM
.

Tulang Besi said...

GM tak ori, aku tengok Truth Seeker tu tarikh dia November 29, 2007 12:13 AM

Sedangkan artikel aku yang pertama Friday, May 2, 2008

Artikel pertama aku 6 bulan lepas komen Truth Seeker tu.

Nampak macam buat fitnah lagi si GM tak ori ni.

Grand Marquis said...

TB, apa susah. Kalau hang bukan Truth Seeker, nafikan aje la. Kenapa nak mengelat sana sini.

Nick GM dah wujud kat blogger sejak 2009. Tapi sampai hari ni satu artikel blog pun saya tak buat posting lagi.

Kalau susah sangat, biar saya bagi soalan objektif.

Adakah TB ni truth seeker?
a. Ya
b. Bukan

p.s. Sila jawab dengan lafaz wallahi, wa billahi sebagaimana TB selalu bersumpah bila ada orang fitnah TB.

Tulang Besi said...

GM tak ori,

Oleh kerana perangai buat fitnah kau tak habis-habis, aku cabar kao bagi bukti.

Macam kes rumah urut kat Selangor la. Dah tuduh baru nak cari bukti.

Tu pun takda bukti pun, sekadar spekulasi dan persepsi sahaja.

Tulang Besi said...

GM tak ori,

Oleh kerana perangai buat fitnah kau tak habis-habis, aku cabar kao bagi bukti.

Macam kes rumah urut kat Selangor la. Dah tuduh baru nak cari bukti.

Tu pun takda bukti pun, sekadar spekulasi dan persepsi sahaja.

Tulang Besi said...

GM tak ori,

Oleh kerana perangai buat fitnah kau tak habis-habis, aku cabar kao bagi bukti.

Macam kes rumah urut kat Selangor la. Dah tuduh baru nak cari bukti.

Tu pun takda bukti pun, sekadar spekulasi dan persepsi sahaja.

Grand Marquis said...

Bila TB mengelat nak menjawab soalan yang senang, bererti dia sedang sembunyikan sesuatu. Soalannya senang aje, dia cuma perlu jawab a atau b. Tapi tak tau kenapa susah sangat untuk TB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.