Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 25, 2010

Selamatkah RAHSIA2 PAS Di Bawah Penguasaan Fraksi UMNO?

Bila maklumat-maklumat sensitif seperti maklumat keahlian berada di tangan dan kekuasaan pemimpin-pemimpin PAS yang kita tahu pro kepada UMNO, maka keselamatan dan kerahsian maklumat tersebut dalam bahaya yang amat sangat.

Bukti awal adalah bagaimana mudahnya blogger Batu Api yang pro kepada “Kerajaang Perpaduang” secara mudah dapat mengeksploitasi maklumat rahsia keahlian PAS Tulang Besi.


Mereka cuba membuat alasan sebegini yang mereka tinggalkan di blog saya:

mana tau maklumat ni didedahkan oleh pejabat SUA. ntah2 dari tempat lain. bersangka baik lah sikit. TB pun pernah dedah maklumat keahlian dia kat sini.
http://www.malaysiawaves.com/2010/02/aduan-rasmi-tindakan-melanggar.html
”.

Cuba jawab, bagaimana seekor blogger picisan bernama Batu-Api boleh tahu alamat kediaman saya yang telah saya lupa, yakni:

“No. 61, Jalan Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur”

Maklumat ini hanya terkandung dalam pengkalan data PAS Pusat yang sepatutnya bertaraf "RAHSIA". Bagaimana seekor blogger picisan macam Batu Api boleh mendapat makluamt yang AMAT RAHSIA ini?

Maklumat yang bertaraf “Highly Classified” yang kalau di dalam tentera, sesiapa yang mendedahkan maklumat ini boleh dihukum mati.

Ini bererti “Geng2 Perpaduan” di dalam PAS sudah pun menguasai maklumat-maklumat rahsia parti. Apa yang boleh menjamin mereka tidak menjual maklumat tersebut pada UMNO?

Apa lagi maklumat parti yang sudah didedahkan pada UMNO? Saya AMMAATTTT takut bahawa kerahsiaan dalam PAS sudah tidak wujud lagi.

Ini juga bererti, maklumat-maklumat seperti:
a. Kewangan parti
b. Dokumen-dokumen sensitif
c. Minit-minit mesyuarat
d. Strategi-stategi pilihanraya
e. Senarai calon-calon pilihanraya
f. Surat menyurat rasmi parti
g. Program-program aprti

Semuanya boleh dikompromi kerahsiannya dan mudah untuk sampai ke tangan UMNO.

Kalau manusia kaki buat fitnah macam Batu Api@Firestone dengan mudah mendapat maklumat rahsia parti , saya tak tau lah apa lagi maklumat parti yang telah sampai ke pengetahuan UMNO dan Special Branch.

Mamat Batu Api ni kaki sebar fitnah. Ertinya halal dan haram tidak menjadi masaalah bagi mamat ni. Orang yang tidak hairan dengan halal haram sudah tentu mudah dibeli dengan UMNO dan musuh Islam. Kita tidak tahu apakah rahsia parti lain yang telah dijual oleh mamat ni pada UMNO? Al maklumlah nak berpadu, mestilah berani kongsi sedikit sebanyak maklumat dengan UMNO.

Saya takut dan khuatir, mamat Batu Api ni dah jual kesemua maklumat keahlian PAS Pusat pada UMNO ataupun Bukit Aman. Mana kita tahu? Kita bukan kenal pun sapa Batu Api ni?

Bukan setakat tu, mamat ni mungkin dah jual maklumat keahlian pada CIA. Mana kita tahu? Orang macam Batu Api yang tidak hirau halal dan haram akan lakukan apa sahaja.

Saya harap sangat Batu Api@Firestone ditangkap dan dikenakan hukuman setimpalnya kerana mendedahkan rahsia parti dan menjatuhkan nama baik PAS serta menjatuhkan maruah Setiausaha Agung PAS Pusat.


22 comments:

Bujang Senang said...

Kau cermin diri kau dulu TB!!!

Yang menjadi pengkhianat parti adalah diri kau sendiri... yang kau dok dedah rakaman dan ucapan seta keputusan2 mesyuarat tu ape benda...

Perangai kau sendiri pun dah macam UMNO!!!!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

pas akan jahanam jika ramai lagi mamat macam batu api terus bersarang dalam pas, bayangkan apa perasaan mereka yg menjadi ahli pas berada dalam sektor awam, lebih2 lagi sektor yg yg berkaitan dgn keselamatan negara yg mereka seboleh2nya tak mau keahlian parti mereka di ketahui, tapi mereka memberi sumbangan maklumat drp belakang tabir....

Anonymous said...

Kepala bana masak asam! Kata pejuang untuk agama tapi takot, apa nak takot kata kalo perjuangan kita iklas , BN , PAS, PKR , DAP apa jer kita jgn takot kerana kita berjuang untuk agama, kalo mati pon sahid!
Ini berjuang untuk perut ngn tekak memang la banyak yg di takot kan, jual agama untuk dpt undi memang la kena takot...kuii..kuii..kuii
Ada ulamak pon ulamak peti undi..jadi la cami pengikot haru biru, heee..bkn parti lawan yg nak musnahakn atau melemahkan PAS, tapi pecacai PAS sendiri.
Cantek la TB..wa caya lo!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

bayar yuran tu dulu kalau nak melalak sekalipun

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Gas said...

Korang yang komen kat sini tak nampak real issue ke? Atau sengaja buat2 tak nampak?

Aku sebenarnya selalu jugak kurang setuju dgn TB nih, tapi isu yg dia bawak adalah INTEGRITI, read my lips, I N T E G R I T I. Ini bukan tentang TB, ini tentang hak kita sbg ahli PAS dalam soal kerahsiaan maklumat keahlian.

Maklumat keahlian adalah di bawah klasifikasi sulit dan persendirian. Ianya hanya utk kegunaan dalaman sahaja, mana hak mana2 manusia dedahkan maklumat orang lain tanpa kebenaran? Atas dasar apa? Kerana kita tak setuju dgn TB, maka hak dia sbg ahli boleh dikompromi? Bagaimana jika 'batuapi' itu adalah ahli PAS? Adakah TB berhak menyerang balas mendedahkan maklumat keahlian beliau termasuk nombor IC? Sudah tentu tidak sepatutnya berlaku demikian.

Jangan berperangai macam umno yg buta dna pekak, mereka sering gagal melihat isu sebenar, meraka hanya berminat dgn isu2 peribadi yg picisan dan murahan lantaran mentaliti mereka yg juga bertaraf demikian. Anda ahli PAS, pasti mentaliti anda jauh lebih berkualiti, buktikan!

john labu said...

walau siapapun terlibat atau bagamana cara maklumat sensitif itu terdedah, orang yg patut BERTANGGUNGJAWAB adalah SU Agong! kerana dibawah tangannya lah hal ini berlaku!
dan sepatutnya SUA harus dengan sukarela meletak jawatan sebagai pemimpin dan individu yang bermaruah dan membiarkan pihak lain menyusun kembali pentadbiran dan tahap keselamatan dalaman Pas.

kebocoran maklumat ini bermakna Pas sebagai Parti agama dan pertubuhan berdaftar kehilangan sifat kebolehan kepercayaan atau AMANAH sebagai pertubuhan yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Bagaimana Pas pada masa depan sebagai pertubuhan politik yg tidak boleh dipercayai??
balehkah atau mampukah Pas menambahkan ahli dari kalangan sektor kerajaan? atau dari kalangan sektor yang berkepentingan dengan kerajaan? berapa ramai yang sanggup menjadi ahli kepada pertubuhan yang tidak mampu menjaga kepentingan ahli?

ini bukan soal takut atau berani, ikhlas atau tidak berjuang, itu soal individu.. tiada siapa yg layak mempersoalkanya kecuali diri sendiri.
tapi ini soal Pas sebagai pertubuhan yang sepatutnya Amanah dalam menjaga maklumat dan kepentingan ahli!

dan bagaimana pula tanggapan dan tindakan pimpinan Pas terhadap isu yang besar seperti ini??
seperti biasa buat diam? buat pekak? buat bodoh? atau memang seperti biasa bodoh...

Anonymous said...

bab KP, jangan hentam keromo, apa lah pulak SU Agung..kwn tu dapat dari cawangan bangsar lah bukan dari SU...aku tahulah kes kau..aku cawangan bangsar...tpi kau sah tak bayar dah bertahun2...aku malulah nak kawan ngan kau...tak nak bayar yuran lepas tu bising satu dunia dgn tuduhan2 kau..aku kawan kau, tapi dalam bab tuduh2 ni aku tak mahu campur lah..kau bayarlah yuran, kalu kau nak ngaku PAS..

Tulang Besi said...

Anonymous said...

bab KP, jangan hentam keromo, apa lah pulak SU Agung..kwn tu dapat dari cawangan bangsar lah bukan dari SU...aku tahulah kes kau..aku cawangan bangsar...tpi kau sah tak bayar dah bertahun2...
.

Bang, kao nak kelentong sapa ni? Mana PAS ada PAS Cawangan Bangsar?

Cawangan Flat Sri Pahang ada lah.

sam raspiut said...

Anonymous said...

bayar yuran tu dulu kalau nak melalak sekalipun


mentaliti geng fraksi atau ug adalah sama, mereka ini menghalalkan cara!
dan yg lebih teruk menggunakan hal-hal remeh untuk menutup kesilapan besar mereka.

soal privasi maklumat ahli khususnya no.kp adalah hal yg serius..
katakan anda menjadi ahli pertubuhan bank, bank rakyat misalnya dan anda gagal membayar pinjaman anda.. bagaimana kalau bank mendedahkan maklumat anda kpd pihak ketiga, misalnya akhbar? tentu anda kata tidak patut bukan?
tp bank tidak melakukan demikian.. bank melakukan mengikut lunas undang2, mahkamah misalnya.

cuma RM3 maka pas menjaja maklumat ahli pd pihak lain!?? kalaupun rm3 itu besar.., pas boleh melakukan ikut prosedur yg sah... misalnya membatalkan keahlian!!

secara logiknya RM3 memlayakkan anda bersuara atau berkuasa didalam pas, tetapi tanpa sumbangan rm3 adakah bermakna anda tiada hak menegur pas? macamana dgn undi? adakah nilai undi itu lebih kecil dr RM3 sehingga tidak layak bersuara @ menyalak menegur parti yg tersangat beria-ia mahu menjadi wakil kita..

kalau tidak berhak kerana rm3 seharusnya pas tidak payah mengadakan ceramah dan kempen umum! cukuplah dgn ahli RM3 pas dan kempennya cukup sekadar dgn majlis tarbiah, usrah dan muktamar pas shj!! pastikan ahli RM3 sja undi pas!! itu kalau ikut logik..

ikut logik juga, setengah2 ahli pas menyangka dgn RM3 mereka lebih berhak dr pengundi dalam menentukan halatuju parti yg cuba berkhidmat pada pengundi.. mereka rasa berhak dan layak mendapatkan sebanyak2 faedah dr pas!! samada pengaruh kuasa maupun wang ringgit..

sedangkan pengundi dan blogger2 yg menegur adalah jauh dari talian kuasa tersebut... jadi dimanakah logik iklasnya ahli rm3 itu yg saban hari berkonspirasi bg mendapat atau mengekalkan kuasa mereka??

undang2 atau perlembagaan parti hanya alat bagi mereka!
kalaulah kuasa dan wang lebih penting dari kebenaran atau logik agama, maka

saya rasa lebih baik golongan ini mendaftar di organisasi jualan langsung sahaja... kerana disana keingginan untuk kaya dan ketamakan sangat dialu-alukan!!

jadi, saya cadangkan anda jadi ahli program MYStar atau score A.com, kerana disana anda bukan sahaja berpeluang membuat banyak duit, bahkan berpeluang tambah ilmu asas supaya anda tidak menjadi bodoh tersangat-sangat..

Kuda Perang said...

Bagus TB anda berjaya memecahbelahkan segelintir penyokong pas yang jahil. Teruskan usaha keji anda...

Tulang Besi said...

kalau tidak berhak kerana rm3 seharusnya pas tidak payah mengadakan ceramah dan kempen umum! cukuplah dgn ahli RM3 pas dan kempennya cukup sekadar dgn majlis tarbiah, usrah dan muktamar pas shj!! pastikan ahli RM3 sja undi pas!! itu kalau ikut logik..

ikut logik juga, setengah2 ahli pas menyangka dgn RM3 mereka lebih berhak dr pengundi dalam menentukan halatuju parti yg cuba berkhidmat pada pengundi.. mereka rasa berhak dan layak mendapatkan sebanyak2 faedah dr pas!! samada pengaruh kuasa maupun wang ringgit..

sedangkan pengundi dan blogger2 yg menegur adalah jauh dari talian kuasa tersebut... jadi dimanakah logik iklasnya ahli rm3 itu yg saban hari berkonspirasi bg mendapat atau mengekalkan kuasa mereka??
.

SAM Raspiut,

Jangan percayalah fitnah puak2 desperado ni.

Saya tak pernah miss bayar Yuran saya selama 30 tahun.

Saya bayar pada PAS Kawasan Lembah Pantai, bukan pada diorang.

Puak2 ni dah terlampau biasa buat fitnah sampai dia tak sedar fitnah makan diri.

Grand Marquis said...

walau siapapun terlibat atau bagamana cara maklumat sensitif itu terdedah, orang yg patut BERTANGGUNGJAWAB adalah SU Agong! kerana dibawah tangannya lah hal ini berlaku!
dan sepatutnya SUA harus dengan sukarela meletak jawatan sebagai pemimpin dan individu yang bermaruah dan membiarkan pihak lain menyusun kembali pentadbiran dan tahap keselamatan dalaman Pas.


Apa la John labu ni. Kalau pasal IC aje SU kena letak jawatan, alamatnya selama-lamanya PAS tak de SU la. Lantik hari ini, besok kena letak jawatan sebab ada IC ahli kena publish kat internet.

Grand Marquis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Kalau Tulang Besi bertanding PRK hulu Selangor kan bagus.

Anonymous said...

Allah Maha Mengetahui perkara sebenarnya. TB & BA boleh menegakkan hujah masing2.. kebenaran akan tetap muncul jua. Dan kpd para pembaca/pengomen sekalian, dalam membaca artikel yang menjurus pd "blaming game" ni, jgn mudah menelan 100%, baik daripada TB atau BA. Mungkin masing2 ada agenda yang tersendiri? Berbalik pada Allah jugalah yang Maha Mengetahui.

Anonymous said...

Semakin fed-up dengan gelagat sumbang saf pimpinan PAS yang baru ni.... Pemimpin & konco2 yang terperasan hebat, "mangak" dan mabuk kuasa.... asyik dok berkira2 sapa jadi PM, mentri dsb...wek...wek.... Hilang fokus untuk Islam, Ummah & Sejagat... macam perangai melayu UMNO jugak... Sedangkan rakyat majoriti masih dok sesat, amal jahiliyyah & jauhi amalan Islam .....

Anonymous said...

hihihi nak tipu lagi kata bayar kat lembah pantai pulak dah.. baru ni kata bayar kat mamat jual rojak.. hahahaha... banyak nye ko punya tipu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.