Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 23, 2010

September 16 Gagal Kerana PAS Amal Assabiyyah Melayu?

Muslim sahaja tidak cukup-PRESIDEN PAS

Isu September 16 diperbincangkan semula sekarang ini. MP Katak, Zahrain, semakin acap menaikkan isu ini dengan mendedahkan beberapa maklumat yang kadang kala betul dan kadang kala salah.

Zahrain mendedahkan 8 nama:

“Beliau mendakwa mereka Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang)”
.

Saya pernah menceritakan dalam posting saya yang terdahulu bertajuk “”September 16: Bukan Anwar Yang Akan Menjadi Perdana Menteri", bahawa Anwar tidak akan menjadi PM kalau September 16 berjaya.

Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sebelum September 16 2008 PAS tidak bersetuju dengan senarai MP2 yang Anwar ada itu. Penentangan PAS itu adalah kerana kerajaan PR yang baru itu kelak bukan kerajaan majoriti Melayu.

Nama-nama seperti Anifah Aman, Ghapur Salleh, Mokhtar Radin dan ramai lagi tidak dapat memuaskan hati PAS serta Presiden PAS. Ini kerana nama-nama diatas bukan dari kalangan MP2 yang MELAYU walaupun mereka itu Islam. Presiden PAS dilaporkan berkata:
Muslim sahaja tidak cukup

Maka, Anwar pun berbincang dengan Mr.X dan Mr.X setuju untuk menjadi PM dengan membawa beberapa orang MP MElayu bersama beliau demi memastikan kerajaan baru PR itu kerajaan majoriti MELAYU (bukan Majoriti Islam).

Namun pada masa itu segalanya sudah terlambat. Nasi dah jadi bubur. Pak Lah telahpun mengisytiharkan bahawa beliau akan turun takhta pada March 2009. Maka, “mood” untuk melompat, di samping taktik-taktik lain dari BN telah berjaya dilakukan dengan mengunakan masa yang terbuang angkara penolakan PAS ke atas kerajaan baru semata-mata kerana kerajaan PR baru itu tidak majoriti MELAYU (bukan Islam).

Mengikut maklumat saya, tanpa sokongan Mr. X pun dan hanya dengan sokongan yang Anwar Ibrahim dapat pun, kerajaan baru itu tetap MAJORITI MUSLIM, yakni majoriti satu kerusi. Tapi, apabila PAS berkata Kami Mahu Kerajaan Majoriti Melayu maka Anwar terpaksa meminta pertolongan Mr. X.

PAS kenalah meminta maaf kepada rakyat Malaysia dan mereka yang mengundi mereka kerana ada saham mengagalkan “September 16”. Itu nasihat saya

TEMURAMAH PRESIDEN DENGAN UMMAHONLINE

Temuramah di bawah yang saya petik dari blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu akan lebih menjelaskan tulisan saya di atas.

Ada pembaca saya telah membawa keratan temuramah Presiden PAS bersama majalah Ummahonline yang disiarkan oleh blog Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu. Presiden PAS berkata:

Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.

Di Malaysia, oleh kerana majoriti orang Islam adalah Melayu, dengan sebab itu kepimpinan Melayu Islam adalah lebih utama… kecuali kalau berubah, orang Cina masuk Islam ramai-ramai, dan mereka menjadi majoriti. Maka, sudah tentu mereka yang perlu menjadi teras. Itu pernah berlaku dalam sejarah Islam. Bila orang Turki yang menganut Islam, mereka merupakan orang Islam yang terkuat, maka mereka menjadi kepimpinan.

Di Malaysia, hakikat ini diterima oleh semua parti-parti politik, bahawa teras ialah Melayu Islam. Cumanya, kita mahu Islam dijadikan prinsip kepada penyelesaian masalah-masalah dalam negara. Ini satu perkara yang sering ditinggalkan.

Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam. Saya yakin, jika Islam dijadikan model… sepertimana yang kita pernah laksanakan di Kelantan, juga di Terengganu, dan seperti yang kita sedang laksanakan di Kedah dan di Perak. Dan, ini tidak menjadi masalah kepada orang bukan Islam. Apa salahnya bila Islam itu kita kemukakan dalam perubahan peringkat pusat? Bahkan peringkat pusat lebih wajar, sebab kuasanya lebih berbanding dari peringkat negeri lagi.


Keseluruhan temuramah tersebut boleh di baca di website Ummahonline di sini .

PENGAJARAN DARI TEMURAMAH TERSEBUT

Ada beberapa kesimpulan dari temuramah tersebut:

1.0 Presiden PAS menolak kerajaan PR yang majoriti Muslim. Beliau mahu kerajaan
majoriti Melayu
2.0 Bahawa kedudukan PAS yang boleh keluar dari kerajaan PR bila-bila masa
sekiranya janji tidak tertunai tidak menjadi faktor langsung
3.0 Islam TIDAK MENJADI FAKTOR dalam penilaian kerajaan baru PR tersebut. Yang
menjadi faktor adalah KEBANGSAAN MELAYU semata-mata.
4.0 Presiden PAS bersekongkol dengan usaha untuk mengagalkan September 16
dengan memberi alasan-alasan dangkal seperti mahukan kerajaan majoriti
Melayu secara sedar atau tidak.
5.0 Saya yakin Presiden PAS dan kumpulan pro UMNO TIDAK MAHU kerajaan PR yang
baru ini dan memberi masa kepada musuh untuk bertindak dengan memberi
alasan-alasan yang dangkal
6.0 Tindakan Presiden PAS ini MENGUNTUNGKAN UMNO
7.0 Presiden seboleh mungkin menolak gagasan “Majoriti muslim” tetapi mahukan
gagasan “Majoriti Melayu” kalau kit abaca keseluruhan interview itu.

(bersambung)

Tulang Besi


50 comments:

Anak Perelih said...

Masalahnya... adakah majoriti orang melayu sudah bersedia untuk menerima kerajaan yang majoritinya bukan melayu??? jika dalam keadaan sekarang ini pun sudah dicop PR merugikan Melayu.. sampai PERKOSA pun boleh dapat sokongan... bayangkan kalau kerajaan tu majorioti bukan Melayu... majoriti 1 kerusi pulak tu...??? silap silap PR hanya berkuasa penggal ini sahaja.. tu pun hanya beberapa bulan sahaja... tapi akan kalah dalam PRU13 nanti dan seterusnya... jadi strateginya ialah untuk menang PRU 13 dan seterusnya... itu perancangan jangka panjang.. bukan hanya lihat pada perancangan jangka pendek saja... mindset oraqng Melayu kena ubah dahulu... lagipun jika majoriti 1 kerusi... pergolakan politik hebat akan berlaku.. ekonomi akan merudum.. ko tak apa la ada di indonesia.. tapi kami yang cari makan di sini akan terjejas teruk... ditambah lagi dengan krisis ekonomi dunia.... semuanya ada hikmah...

Fadli Ampang said...

Salam,


Ada beberapa kesimpulan dari temuramah tersebut:

1.0 Presiden PAS menolak kerajaan PR yang majoriti Muslim. Beliau mahu kerajaan
majoriti Melayu


Ini antara kesimpulan yg TB nyatakan. Baca petikan temuramah UmmahOnline dgn TGHH dibawah pula.

Bukankah sudah memadai majoriti Muslim sahaja?

Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam


Saya rasa eloknya TB tukar nama jd Bahalol atau Bahangang. Kalau baca 2 petikan yg saya quote kt atas tu pun dapat nilai bhw kesimpulan TB tu bangang dan bahlol. Maaf kasar. Sbb TB dah melampau dr norma dan adab muslim. Mnyimpang dari kebenaran dan kesucian yg dibawa Islam. TGHH tak sebut pun melayu.

Saya nmpak beberapa kelemahan TGHH tp saya rasa TGHH dizalimi oleh TB. Hentikan fitnah hasad durjana ini. Jgn jadi dajal kecil yg merosakkkan jemaah. Wassalam

Tulang Besi said...

Anak Perelih said...

Masalahnya... adakah majoriti orang melayu sudah bersedia untuk menerima kerajaan yang majoritinya bukan melayu???
.

Kerajaan baru PR itu adalah majoriti MUSLIM bukan majoriti Melayu.

Lagipun, nyawa kerajaan baru tu cuma setahun, kenapa isu ini hendak diperbesarkan?

Tulang Besi said...

Saya rasa eloknya TB tukar nama jd Bahalol atau Bahangang. Kalau baca 2 petikan yg saya quote kt atas tu pun dapat nilai bhw kesimpulan TB tu bangang dan bahlol. Maaf kasar. Sbb TB dah melampau dr norma dan adab muslim. Mnyimpang dari kebenaran dan kesucian yg dibawa Islam. TGHH tak sebut pun melayu..
Bukan ke Presiden kata ”Muslim sahaja tidak cukup”?
Kau tak baca ke? Atau kau buat2 tak baca?
Presiden kata:

”Muslim sahaja tidak cukup. Muslim lain, Islam lain. Muslim itu ada orang yang memelok Islam tapi tidak beramal dengan Islam. Kita mahu, Muslim yang beramal dengan Islam”.

Soalan saya: Adakah apabila seseorang itu Melayu maka otomatik dia itu beramal dengan Islam?

Tulang Besi said...

Jangan sombong sangat dengan tanggapan anda itu. Kamu cakap yang kamu ni telah ditarbiahkan oleh PAS. Tapi apakah kamu tidak belajar akan ketentuan Allah s.w.t.
Tidakkah Allah Maha Mengetahui segala perancangannya yang tidak diketahui oleh kamu. Sebagai seorang yang mengaku Islam, kamu sepatutnya memikirkan dengan akal kamu, kenapa Allah s.w.t. tidak mengizinkan terjadinya peristiwa 16September.
.
Kalau ada orang kena bunuh, adakah kita tidak akan hukum pembunuhnya atas alasan semuanya adalah ketentuan Allah SWT?

Anonymous said...

Once again tabik @ bro TB!!ya..dasar 3M(Melayu Muslim Majoriti) tlh menggagalkan Sept 16!!terbaca di blog lain,TGHH meminita senarai nama UBN yg "berhijrah" di pejabat Tok Guru Nim Aziz..Anwar mula mula tak nak menyebeut nama2 mereka (demi keselamatan mereka),tapi atas desakan TGHH,terpaksa stat dgn nama "si polan"...Tok Guru Nik Aziz tiba2 bercakap "enuf is enuf..nak sign ataupun tidak!!"..lepas tu pulak TGHH pulak casdangan UNITY GOMEN(NO PEMBANGKANG)..Anwar,Kit Siang cakap Ok dgn syarat not Najib9something liek that)..selapas membaca kenytaan NH Chin,sy pikiaq isteri Rosmah is in DEEP DEEP DEEP TROUBLE .. kerana isteri rosmah tlah melanggar undang2 dan telah menghina Yang Dipertuan Agung(masih ingat,Yang Dipertuan agung secara "misteri" tak memberi pengumuman hampir 7 jam,dan Bernama terpaksa ber breaking news bahawa isteri rosmah jadi pm)..hahaha..IMO,Badawi kalau berani ada kes utk manyaman isteri Rosmah!!Yang Dipetuan Agung pun boleh saman isteri Rosmah

Anonymous said...

bila dia kata 'muslim sahaja tidak mencukupi' bukankah dia bermaksud dengan jelas dan terang mencukupi itu jika muslim yang beramal dengan Islam.

Bila pulak dia maksudkan 'muslim sahaja tidak mencukupi' maka yang mencukupi itu ialah mesti melayu muslim.

Astaghfirullah. What is wrong with you???

Tulang Besi said...

bila dia kata 'muslim sahaja tidak mencukupi' bukankah dia bermaksud dengan jelas dan terang mencukupi itu jika muslim yang beramal dengan Islam.

Bila pulak dia maksudkan 'muslim sahaja tidak mencukupi' maka yang mencukupi itu ialah mesti melayu muslim.

Astaghfirullah. What is wrong with you???
.

Muslim sahaja tidak mencukupi sebab kerajaan baru PR tu majoriti Muslim bukan majoriti Melayu

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kapten Zero said...

Kita harap pimpinan pas faham akan segala tingkahlaku UMNO dan sedar yang UMNO sedang mengguna PAS untuk hancurkan PR. Lepas ini akan hancur PAS pula; Royalty di kelantan akan mengalahkan PAS di Kelantan. PAS Terangganu sangat mengharap agar Pas Kelantan Kalah dan jadi pembangkang seperti mereka. Bebuat baik lah wahai pimpinan PAS Pusat dengan UMNO Munafiq itu.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fadli Ampang said...

Sudah2 lah tu TB. Dah terkantoi dah perangai jelek TB. Tak yah pusing2. You yang pening nanti.

Statement TGHH xde pun sebut MELAYU, you nak pusing ke mana lagi. Kalau kata bangang dan bahlol, marah. Org dah nampak you ni memang perosak jemaah.

BERTAUBATLAH.

Anonymous said...

Ye la tu TB, PAS mana ada kata nak perjuangkan negara islam atau muslim ke apa . ..ko nie...kan PAS for alll..bukan untuk muslim jer...bodo!!
Apa2 pon aku sker la ngn ko & slalu masok blog ko nie sebab ko ni la satu2 nya harapan nak memporak perandakan PAS...caya la Tb..agak2 baper eek UMNO bayar ko?
Ejen UMNO!..Celako, celako, celako....heeeee..heeee

Anak Perelih said...

ye lah... tadi masa bagi komen.. komen aku no 2.. tetapi tetiba jadi no 1... seingat aku mamat tu tak le guna perkataan kesat sangat...

bab bersediakah orang Melayu ni terima kerajaan majoriti bukan melayu... terimalah hakiikat yang mindset orang melayu masih lagi tak bersedia... sebab tu PERKOSA dapat sambutan sampai KJ/UMNO pun naik risau juga... so strategi ialah utk mengelak risiko dari mindset orang melayu ni... lagipun kes perak dah jadi iktibar kepada kita... UMNO tak akan berdiam diri jika kerajaan PR hanya bermajoriti 1 kerusi... banyak masalah timbul nanti... dan rakyat juga yang akan rugi...

Anonymous said...

Looks lile najib n maha pariah mahakutty dah makan umpan dan terhumban dlm perankap!!kahkahkah..mampuih mereka!..my guess is,RPK will have his last laugh..wat's his fav word?GOTCHA!!

Anonymous said...

PAS mempertahankan orang Melayu
DAP perjuang orang cina
PKR pertahan orang Melayu

DAP chauvinis
PAS dan PKR dah ikut telunjuk DAP

Melayu masih belum sedar...

Grand Marquis said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

hebat kenyataan pesiden pas tu.....

itulah kehebatan seorang ulama yang konsisten dengan disiplin ilmunya...

dia bercakap tidak menurut seleranya, tapi ada sandaran hadith dan keadaan semasa tempat dia bercakap...

hebatnya seorang ulama yang ada pengkhususan di dalam siyasah syar'iyah...

layak di jadi perdana menteri malaysia satu hari nanti...

mudah-mudahan menjadi sebab kepada turunnya hidayah dan petunjuk dari Allah swt kepada rakyat di malaysia ini... amin...

Anonymous said...

Dalam PRU yang akan datang, eloklah PAS tidak menurunkan TGHA, Nasarudin, Hassan Ali serta kuncu2 mereka di mana-mana kerusi parliement mahu pun DUN, andainya ini berlaku, maka kesannya amat parah kepada PR.

PAS masih bermimpi di siang hari, teruskanlah, sememangnya PAS telah diperkudakan.

PR bakal gagal kerana PAS, akhirnya BN kembali lebih berkuasa dan peranan PAS tetap akan dinafikan BN.

kemudian PAS terus bermimpi siang dan keadaan ini berulang-ulang sehinggalah kedatangan khiamat nanti.

Jika PAS sanggup membersihkan barah dalam tubuhnya walaupun pedih sekarang, nescaya dalam 50 tahun akan datang, PAS pasti akan berjaya merampas tampuk pemerintahan dari BN.

aku katakan PAS, bukan PR, kerana dalam 1/2 abad yang akan datang, kita tak tahu sama ada PR akan terus wujud.

Tapi yang pasti PAS akan tetap utuh, jadi PAS harus membuat keputusan dari sekarang, nak mengukuhkan keutuhan dari kini atau pun nak jadi kuda tunggangan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab .

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman dan yang lain.

Dari Ummahonline.com

http://www.ummahonline.com/?p=1150

Soalan:

Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?

Jawapan Hj Hadi:

Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu. Bahkan kalau kita baca Muqadimmah Ibn Khaldun, ada hadith yang menyebut, “pemimpin dari Quraisy.” Ini kerana, yang menjadi teras kepada penguasaan Islam pada masa itu adalah kabilah Quraisy. Maka, syarat kepimpinan mestilah Quraisy.
---------

Seperti yang dikatakan TB, jelas sejelas-jelasnya bahawa Hj Hadi sekarang telah condong ke arah Melayu sedikit demi sedikit.

Soalan yang dikemukakan itu adalah jelas merujuk mengenai Melayu. Jawapan Hj Hadi itu juga jelas merujuk pada Melayu.

Apakah di penghujung hayatnya nanti beliau akan menelan segala ludah-ludah taghut, asabiyah yang pernah di lemparkan kepada UMNO?

Masih terngiang-ngiang di telinga saya ceramah berapi-rapi Hj Hadi dari kaset beliau. Ketika itu bulu roma saya pun naik.

Ironi nya, pada masa itu beliau bercakap mengenai Islam yang universal manakala Anwar Ibrahim yang bercakap mengenai kebangsaan Melayu.

Hari ini, Anwar telah buang jauh-jauh semangat asabiyah ini manakala Hj Hadi pula semakin condong kearah asabiyah Melayu yang pernah dipanggilnya sebagai taghut itu.

Tapi hari ini... benarlah. Allah lah yang mendatangkan hidayah dan Allah boleh menarik balik hidayah dari sesiapa yang dikehendaki nya.

Sedangkan Iblis yang beribadah ribuan tahun dan pernah manjadi ketua bagi malaikat sehingga malaikat-malaikat semua datang padanya meminta doa nya yang mustajab itu, itu pun akhirnya tersungkur dalam kehinaan.

Kita doakan agar Tok Guru Nik Aziz ditetapkan oleh Allah dalam iman hingga nafasnya yang terakhir. Amin.

Nizam Mahmud said...

Saya adalah jahil. Ilmu agama saya sedikit dan dosa saya banyak.

Apa saja saya hendak dibandingkan dengan Hj Hadi.

Bagaikan langit dengan bumi.

Cuma saya yang jahil murakab ini tertanya sedikit, apakah Kaum Ansar dan juga kaum-kaum lain di Madinah telah melakukan kesilapan bila menerima kepimpinan Nabi yang bukan dari Qabilah mereka.

Tidak Syari'e kan bai'ah dan perjanjian mereka yang mengangkat Nabi menjadi pemimpin negara Islam pertama itu?

Apakah Kaum Ansar itu bodoh dan berdosa apabila menerima pendatang yakni Kaum Muhajirin sebagai saudara mereka, dan mengangkat pula Nabi yang bukannya dilahirkan di Madinah sebagai pemimpin.

Aaaaahhhhhh... Bila kuasa berbicara semuanya boleh jadi. Hitam menjadi putih, putih menjadi hitam.

Bila Cikgu Pa berbicara, Hj Hadi mendengar saja. Maka ambillah separuh-separuh, yang mana berkenan di hati.

Wallahualam.

Grand Marquis said...

Saya adalah jahil. Ilmu agama saya sedikit dan dosa saya banyak.

Apa saja saya hendak dibandingkan dengan Hj Hadi.

Bagaikan langit dengan bumi.

Cuma saya yang jahil murakab ini tertanya sedikit, apakah Kaum Ansar dan juga kaum-kaum lain di Madinah telah melakukan kesilapan bila menerima kepimpinan Nabi yang bukan dari Qabilah mereka.


Bila kita kata diri kita ni jahil, maka buat-buat jahil. Ni pura-pura kata jahil, tapi lepas tu nak tanya soalan yang kononnya "killer".

Jahilnya ialah bila kita cuba bandingkan kita dengan Nabi S.A.W.

Jahilnya ialah bila kita ambil suatu perkara tanpa kita pertimbangkan waqi dan siyasah syariah.

Kenapa ada hadith Sahih "kepimpinan adalah dari Quraish"?

Jadi Nizam yang mengaku jahil ni sepatutnya pergi belajar dulu sebelum nak mencabar orang yang berilmu.

Anonymous said...

ntah le..

konon ilmu tak setanding hadi..

kemudian kata orang tua tu sesat macam iblis...

anak murid tulang besi lah ni

Tulang Besi said...


Statement TGHH xde pun sebut MELAYU, you nak pusing ke mana lagi. Kalau kata bangang dan bahlol, marah. Org dah nampak you ni memang perosak jemaah.

BERTAUBATLAH.,
.

Rasanya si Fadzli ampang kena belajar membaca balik.

Dalam 100 orang yang baca interview Ummahonline tu, nak dpt sorang yang kata Presiden tak cakap pasal Melayu susah.

Mungkin kalau 100 orang tu dari Tampoi, rasanya baru dapat kot?

Tulang Besi said...


Kenapa ada hadith Sahih "kepimpinan adalah dari Quraish"?

Jadi Nizam yang mengaku jahil ni sepatutnya pergi belajar dulu sebelum nak mencabar orang yang berilmu.
.

Ye ke sahih? Mana kao tau ia sahih?

Grand Marquis said...

Sejak bila TB ni kisah pasal sama ada hadith sahih atau tidak? TB, yang hang dok dakwa hadith Umar dan Kain tu muttawatir tu bila hang nak buktikan. Ingat, mendustakan hadith tak sama dengan dusta bab lain. Amat serius tu.

TB cuba nak ciplak tektik hadith sahih untuk kenakan saya. Cuma TB kena buat homework sikit, sebelum nak ajukan soalan-soalan bodoh. Jangan ingat orang lain macam awak yang tak kisah mendustakan hadith.

Musafir said...

Salam,

Aku tgk TB and puak2 dia ni dah melampau sangat. Siap cakap macam dah hina Ulama'. Tapi pas2 cakap orang yang x setuju dengan dia penyokong UG. Orang-orang mcam TB ni la bakal merosakkan Agama dan bangsa. bertaubatlah TB, dah abiske Quran hang study? dah khatam ke 4 kitab hadis sampai hang boleh hukum semua orang?

Semoga hang mendapat hidayah Allah.

Nizam Mahmud said...

konon ilmu tak setanding hadi..

kemudian kata orang tua tu sesat macam iblis...
-------

Bagi statement yang saya kata sesiapa macam Iblis.

Saya sebutkan sebagai pengajaran buat kita.

Mengenai Hj Hadi saya sudah katakan "Apa saja saya hendak dibandingkan dengan Hj Hadi".

Itu satu pengiktirafan buat beliau.

Jangan la buat cerita lain.

Nizam Mahmud said...

Kenapa ada hadith Sahih "kepimpinan adalah dari Quraish"?
------

GM dah jadi pakar mentafsirkan hadith pula?

Semuanya serba boleh dengan GM ini, asalkan selari dengan nafsu dia.

Saya ambil sedikit petikan dari hidayahnet

..........

"Sesungguhnya urusan kekuasaan ini di tangan orang Quraisy, siapa saja yang memusuhi mereka pastilah Allah akan membuatnya jatuh tersungkur, selama mereka masih menegakkan (hukum-hukum) agama ini".

Atau hadis riwayat Ibnu Umar yang berkata: "Rasulullah SAW bersabda:


"Kekuasaan ini selalu berada di Quraisy, selama masih ada dua orang diantara mereka".

Hadis-hadis ini serta hadis-hadis yang serupa --dari hadis-hadis yang sah sanadnya sampai kepada Rasulullah tentang pemerintahan yang diberikan kepada Quraisy-- adalah hadis-hadis yang berbentuk ikhbar (berita) dan tidak ada satu pun diantaranya yang berbentuk thalab (perintah). Bentuk ikhbar (berita) walaupun mengandung pengertian tuntutan (thalab), tetapi tidak dianggap tuntutan secara pasti selama tidak didasari dengan suatu qarinah (indikasi) yang menunjukkan penegasan. Sementara hadis-hadis yang ada tentang masalah tersebut tidak disertai qarinah apapun. Dengan demikian maka hadis-hadis di atas menunjukkan perintah sunnah, bukan wajib. Kesimpulannya persyaratan Quraisy itu sebagai syarat keutamaan, bukan syarat terwujudnya akad khalifah.

Nizam Mahmud said...

Artikel yang membicarakan tentang Hadith yang mengatakan Quraisy jadi pemimpin itu boleh dibaca di:

http://www.mail-archive.com/hidayahnet@yahoogroups.com/msg05252.html

Semoga mendapat manfaat.

Wallahualam

Grand Marquis said...

Baguslah NM buat sikit homework. Tak macam TB, tak buat homework terus nak tanya orang hadith sahih ke tidak.

GM dah jadi pakar mentafsirkan hadith pula?

Sejak bila pula saya ni nak jadi pakar mentafsir hadith? Hang ni main tuduh semberono.

Asal isu ialah hang ni nak mencabar TGHH bila TGHH gunakan hadith "pemimpin dari Quraisy" dalam menjelaskan siyasah syariah di Malaysia. Seolah-olah hang ni yang mengaku jahil mungkarab ni lebih paham hadith tu dari TGHH. Tapi macam mana tiba-tiba saya pulah jadi mangsa tuduhan awak?

Sepatutnya ia antara awak dan TGHH. Tengok siapa yang lebih pakar dalam mentafsirkan hadith.

Nizam Mahmud said...

GM oh GM,

Pergi pada artikel saudara Rahman, saudara Rahman berkata:

"Nama-nama seperti Anifah Aman, Ghapur Salleh, Mokhtar Radin dan ramai lagi tidak dapat memuaskan hati PAS serta Presiden PAS. Ini kerana nama-nama diatas bukan dari kalangan MP2 yang MELAYU walaupun mereka itu Islam."

Itu isunya.

Hj Hadi nak kerajaan yang majoriti nya Melayu.

Padahal syarat sudah memadai dengan majoriti Islam. Tak kira lah jika ini bermakna Melayu minoriti apabila ada yang beragama Islam itu berbangsa lain dari Melayu.

Dari hadith mana Hj Hadi merujuk bahawa "bangsa" dijadikan syarat untuk setuju atau tidak bila bercakap soal kepimpinan?

Yang saya amat musykil sekali adalah pemikiran kebangsaan vs pemikiran Islam ini saya belajar pun salah satu sumbernya dari ceramah-ceramah Hj Hadi sendiri.

Tetapi hari ini beliau telah bercakap dengan nada yang lain pula.

Amat sedih melihat seorang ulama yang dulunya begitu lantang menentang fahaman kebangsaaan kini telah cenderung pula terhadap fahaman ini.

Bukan itu saja, malah mahu pula bekerjasama dengan orang Islam yang menjadi barua Zionis seperti APCO. As Syahid Syed Qutb lebih rela digantung dari bekerjasama dengan kerajaan majoriti "Arab-Islam" (yakni kerajaan Mesir) yang bersekongkol dengan regim Zionis.

Bacalah buku Zainab Al-Ghazali. Beliau mendedahkan bagaimana pimpinan Ikhwanul Muslimim ditawarkan jawatan Menteri-menteri oleh kerajaan majoriti 'Islam-Arab'. Malah kalau tidak silap, beliau sendiri ditawarkan menjadi Menteri Hal Ehwal Wanita dalam kabinet Mesir.

Tetapi di Malaysia, lebih afdhal bekerjasama dengan mereka yang sanggup menjadi barua Zionis dari bekerjasama dengan bukan Melayu walaupun dia Islam sekalipun.

Begitu kuatnya pengaruhnya Cikgu Pa.

Saya sendiri sedih melihat Hj Hadi sekarang ini.

Moga Allah memberikan hidayah pada beliau.

Grand Marquis said...

Nampaknya Nizam ni terperangkap dengan tipu daya TB.

Perkataan:
Nama-nama seperti Anifah Aman, Ghapur Salleh, Mokhtar Radin dan ramai lagi tidak dapat memuaskan hati PAS serta Presiden PAS. Ini kerana nama-nama diatas bukan dari kalangan MP2 yang MELAYU walaupun mereka itu Islam.

adalah intepretasi songsang dari TB. Tak diketahui siapa yang ucapkan perkataan itu melainkan ia tokok tambah dari TB untuk menimbulkan fitnah.

Padahal yang disebut TGHH ialah Presiden PAS dilaporkan berkata:
“Muslim sahaja tidak cukup” dan dijelaskan dengan sejelas-jelasnya apa yang dimaksudkan dengan “Muslim sahaja tidak cukup”, iaitu maksud beliau, Muslim yang mesti mempraktiskan Islam.

Nampaknya korang lebih berminat untuk menimbulkan fitnah terhadap TGHH dengan mentafsirkan secara songsang kata-kata beliau supaya beliau dilihat bersifat kebangsaan.

Nizam Mahmud said...

Nampaknya Nizam ni terperangkap dengan tipu daya TB.
-------

Kenapa tak tuduh Ummahonline juga membuat tipu daya wahai GM.

Soalan yang dikemukakan begitu jelas.

Soalan ummahonline pada Hj Hadi:

"Sebelum ini, Tuan Guru ada menyebut jumlah ahli parlimen PR mestilah majoriti Melayu Muslim. Persoalannya, mengapa Melayu?"

Hj Hadi tidak menafikan bahawa beliau mahukan majoriti Melayu Muslim.

Malah beliau menjawab:

"Melayu ini kerana majoriti orang Islam (di Malaysia) adalah Melayu."

Bukan saja Hj Hadi tidak menafikan soalan yang mengatakan bahawa beliau mahu Melayu Islam, malah beliau bagi justifikasi pula.

Ini membuktikan cerita saudara Rahman bahawa:

"Nama-nama seperti Anifah Aman, Ghapur Salleh, Mokhtar Radin dan ramai lagi tidak dapat memuaskan hati PAS serta Presiden PAS. Ini kerana nama-nama diatas bukan dari kalangan MP2 yang MELAYU walaupun mereka itu Islam."

Cerita di atas boleh dipercayai sebab Hj Hadi sendiri dalam temuramah mengiyakan soalan dari ummahonline.

Wallahualam.

Nizam Mahmud said...

Nampaknya korang lebih berminat untuk menimbulkan fitnah terhadap TGHH dengan mentafsirkan secara songsang kata-kata beliau supaya beliau dilihat bersifat kebangsaan.
-----

Kalau seorang itu meletakkan Islam setaraf dengan Melayu, maka bersifat kebangsaan lah dia.

Seperti meletakkan syarat majoriti MP PR mestilah Melayu-Muslim. Apa salahnya cuma kalau majoriti MP PR adalah Muslim?

20 tahun yang lalu dia juga berceramah bahawa agama patut di atas, bangsa duduk kat bawah.

Hj Hadi Hj Hadi, what happen to u? Tukar jer la nama PAS kepada Parti Islam-Melayu SeMalaysia.

Nizam Mahmud said...

Apa la nasib PAS dapat pemimpin macam ini.

Dia lebih suka rakyat menderita (majoriti pun Melayu-Muslim) di bawah BN. Bila kena GST, siapa yang lebih ramai merana? Melayu Muslim jugak.

Bila minyak dah habis, siapa yang paling ramai merana? Melayu Muslim jugak.

What happen to you Ustaz? Dulu keluarga saya banyak kaset ceramah Ustaz (time CD tak ada lagi pon). Sanggup cari merata tu.

Sekarang ini baca statement dia pun hilang mood baca.

Grand Marquis said...

Dari awal kita kata ia adalah intepretasi jahat untuk memburukkan TGHH.

Orang tanya Nizam, apa calon menantu nizam. Nizam jawab ia mesti melayu. orang tanya sebab apa melayu, nizam jawab sebab Melayu ni Muslim (secara waqi di Malaysia).

Adakah itu salah?

Tetapi orang macam anda dan TB melihat ruang ini untuk mentafsirkan ia kearah menyamakan Islam dengan Melayu. Inilah orang kata bersikap jahat. Apakah dengan ilmu TGHH dia tak tau bezakan antara Islam dan Melayu sampai perlu diajar oleh Nizam?

Apa la nasib PAS dapat pemimpin macam ini.

Dia lebih suka rakyat menderita (majoriti pun Melayu-Muslim) di bawah BN. Bila kena GST, siapa yang lebih ramai merana? Melayu Muslim jugak.


Adakah orang melayu menderita di Malaysia? kalau orang melayu menderita, tak de la TB pi belajar kat Kansas guna duit UMNO.

Saya nak tanya Nizam, apakah anda lebih suka melihat Malaysia di perintah oleh orang kafir atau orang Islam?

Nizam Mahmud said...

Orang tanya Nizam, apa calon menantu nizam. Nizam jawab ia mesti melayu. orang tanya sebab apa melayu, nizam jawab sebab Melayu ni Muslim (secara waqi di Malaysia).
------

Soalan aku:

1. Hang tanya Nizam mana ni.
2. Kalau hang tanya aku psal bangsa, aku kata bangsa tak kisah, janji Muslim.


Soalan no 3.

3. Apa kaitan hal bangsa menantu dengan majoriti MP PR ni?

Nizam Mahmud said...

Saya nak tanya Nizam, apakah anda lebih suka melihat Malaysia di perintah oleh orang kafir atau orang Islam?
------

Jawab saya: Suka orang Islam lagi.

Sekarang soalan saya pula pada GM.

Calon PM mula-mula - Anwar Ibrahim, setau saya dia Islam

Calon PM kemudian - Mr X ataupun lebih tepat lagi Tengku X, pun Islam juga.

Majoriti MP PR lepas tukar kerajaan - masih Islam.

Apa masalah dengan Hj Hadi sebenarnya ini?

Nizam Mahmud said...

2. Kalau hang tanya aku psal bangsa, aku kata bangsa tak kisah, janji Muslim.
-----

Nak tambah sikit:

Aku akan jawab macam itu antara sebab adalah banyak dengar kaset Hj Hadi suatu masa dulu.

Adehh.. Hj Hadi, oo Hj Hadi, what happen to you?

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Tanya sikit, sekarang ini tarbiah PAS dah Melayu=Islam & Islam=Melayu ker?

Kalau ya, siapa yang buat modul ni. si Din Tantawi tu ker?

Nizam Mahmud said...

Tahun 80an dan 90an, hard core PAS tak mau tolak ansur.

Agama duduk kat atas, bangsa duduk kat bawah.

Hari ini dah lain nampaknya.

Nak buat macamana, seperti kata GM, ikut waqi setempat la kononnya.

Makin lama aku tengok PAS, makin macam UMNO. Nasib baik tak jadi UG, kalau tak dah tak boleh beza dah.

Grand Marquis said...

Nak bincang meleret-leret dengan korang ni pun tak guna sebab korang ni memang saja lihat ruang nak timbulkan fitnah.

Saya bagi contoh menantu Nizam bukan nak hang bagi versi awak, sebab dah tentu awak akan main pusing supaya nampak "Islamik".

Saya bagi contoh tersebut kerana, di Malaysia, bila sebut Melayu, orang automatik faham Islam, walaupun dari segi akademiknya semua orang faham Melayu tak semestinya Islam.

Isu bagi korang ni senang aje. Dah benci, semuanya serba tak kena. Itu aje jawapannya.

Isu yang sebenar juga bukan DSAI atau Tengku X. Isunya ialah majoriti dibelakang PM tu. Apa guna PM melayu/Islam tapi yang berkuasa menentukan halatuju negara ialah orang kafir?

Lagi satu, cara hang menjawab nampak pelik.

Saya tanya
Saya nak tanya Nizam, apakah anda lebih suka melihat Malaysia di perintah oleh orang kafir atau orang Islam?


Anda jawab: Suka orang Islam lagi.

Kalau anda kata suka orang Islam lagi, bererti hang ni suka juga orang bukan Islam. Cuma lebih suka orang Islam. Pelik jawapan ni.

Anonymous said...

hah ha dah kena dahh stupid GM!!

Nizam Mahmud said...

Saya bagi contoh menantu Nizam bukan nak hang bagi versi awak, sebab dah tentu awak akan main pusing supaya nampak "Islamik".
----

Alhamdulilah GM. Kalau kenyataan saya dikatakan 'nampak Islamik' maka faham-faham saja kenyataan anda tentang menantu itu sudah tentu tidak Islamik.

Dari segi salah atau tidak, anak perempuan Nizam bolehlah membawa perkara ini ke mahkamah Syariah jika si Nizam itu enggan menikahkannya atas dasar 'bukan Melayu'.

Setahu saya 'bukan Melayu' bukanlah satu sebab yang syari'e dalam Islam untuk wali menghalang penikahan.

Dalam satu hadith, Nabi bersabda:

“Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar”.
(Riwayat At-Tirmizi)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari 2 website ini untuk mendapat penerangan yang lebih jelas.

http://peguamsyarie.org/?p=953

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/wali.html

Nizam Mahmud said...

Apa guna PM melayu/Islam tapi yang berkuasa menentukan halatuju negara ialah orang kafir?
-----

GM jangan cuba putar belit.

Hakikatnya adalah jika Anwar pun jadi PM pada 16 Sep, majoriti MP PR masih Islam.

Cuma dari segi bangsa, memang betul Melayu adalah minoriti MP PR.

Temuramah dengan Hj Hadi mengesahkan perkara ini.

Dengan jelas soalan ditanyakan mengenai majoriti Melayu-Islam dan Hj Hadi tidak menafikan malah menjawab soalan itu dengan jawapan berfahaman kebangsaaan.

Seperti saya kata, dahulu bagi hard core PAS, agama sentiasa duduk di atas sekali, dan bangsa di bawah sekali.

Tapi nampaknya bangsa dan agama sudah sama taraf nampaknya bagi pemimpin tertinggi PAS ini.

Ali Zaidan said...

Aku dah jawab hujah kau di sini:

http://ali-zaidan.blogspot.com/2010/03/rahman-talib-percayalah-neraka-tak-best.html

Fahamkan soalan.

ayam hutan said...

Buat perubahan tukar pemimpin yang ada sekarang. Bila berceramah kita suroh orang buat perubahan tukar kerajaan, tukar kerajaan kena batang hidung sendiri tak mahu tukar asek yang lama juga. Cuba orang baru memimpin parti PAS apa salahnya. Ini tidak asek bertikam lidah ini tak betul itu tak betul.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.