Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 25, 2010

Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Umum Pemangku Sultan Dilucutkan Jawatan

NOTA EDITOR: Tulang Besi bawa berita ni dalam blog Malaysiawaves kerana Tulang Besi terkejut. Tulang Besi tak sangka maklumat Tulang Besi dapat berkenaan politik Kelantan (termasuk usaha membuang Husam dari Exco) adalah tepat. Setakat ini, maklumat Tulang Besi dapat tiada yang canggung.

Tulang Besi tahu siapa yang telah mencadangkan penubuhan "Medical Board" bagi menyiasat keadaan kesihatan Tuanku Sultan Kelantan dalam mesyuarat Exco yang berkaitan. Tapi, tak boleh bagitua kat sini, rahsia.

Cuma minta para pembaca mendoakan segala perancangan Fraksi UMNO berkaitan dengan pembuangan Dato Husam Musa dari exco Kelantan digagalkan oleh Allah SWT. Dah nampak satu tanda-tanda kekuasaan Allah SWT dalam perkara ni dah.

Dato Husam banyak kelemahan. Tapi, konspirasi pembuangan Dato Husam bukan kerana kelemahan beliau, malahan kerana ketegasan beliau kepada puak-puak "make balok". Itu yang Tulang Besi boleh bagitau setakat ni.
Sekian

Setiausaha Sulit Sultan umum Pemangku Raja Kelantan dilucutkan jawatan
Harakahdaily


KOTA BARU, 25 Mac: Setiausaha Sulit Sultan Kelantan yang perlantikannya dipertikaikan minggu lalu, Datuk Wan Hashim Wan Daud mengumumkan, Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman mengejutkan itu, yang dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan, diumumkan oleh Setiausaha Sulit baru Sultan Kelantan itu pada sidang media di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan mencadangkan agar kerajaan negeri memanggil sidang tergembar DUN Kelantan untuk membincangkan perkembangan terbaru ini. Saranan itu dibuat dalam satu sidang media oleh Pengerusinya, Abdullah Yaakob, Adun Air Lanas.

Semalam, Pengelola Istana Kelantan memaklumkan, hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Kelantan mempunyai kuasa mengenai perkara ini kerana Sultan Kelantan masih gering.

Wan Hashim, dalam sidang medianya berkata, keputusan itu diambil selepas baginda mengingkari arahan Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang dijadual 30 Mac ini.

“Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Keputusan ini diumumkan sehari selepas Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan bahawa Sultan Kelantan masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.

Semalam Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar semalam, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.


22 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tulang Besi said...

Anonymous said...
Apa punya blog ini..duk ambil sumber dari lain punya blog..buatlah sedikit kajian sendiri..nampak sikap pemalas tu....yang penting hanya fitnah dan cerita bohong..lepas tu sebarkan
.

Aikk marah nampak? Korang baru kena maki dengan Cikgu Pa ke? Apa benda buat kerja sampai malukan Cikgu Pa.

Benda korang buat ni aku KONFIRM 100% Cikgu Pa tak terlibat. Tapi, pasal Cikgu PA SU Agung, nama Cikgu Pa jadi buruk.

Sapa skrg ni yang burukkan Cikgu Pa? TUlang Besi atau puok2 Tranung di Penerangan PAS Pusat tu?
Sila jawab?

Anonymous said...

Apa la awak ni. Delete post orang, lepas tu respond. Kalau dah nak respond tu jangan la delete.

slash said...

apa la awak ni marah2 nape
suka ati dia la nak delete ker apa
da blog diaa ponyaa
apa la awak nii

jeebond said...

Anon.. Bagi pihak TB gua nak jawab..
INI BLOG GUA.. SUKA HATI LA GUA NAK DELETE.. KAHKAHKAH

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

TB,

Tepat sekali apa yang anta buat.Mana-mana komen yang anta fikir datang dari pencacai UMNO atau pencacai Geng UG - delete.
Ini blogg anta,delete atau tidak itu adalah hak anta.Pencacai-pencacai ni menyemakkan saja blogg anta.Buang masa saja membacanya.

Yong said...

Kenapa tulis anon? kenapa tak tulis identiti? Dah buat komen bertanggungjawab le.

Anonymous said...

TB boleh tak story sikit apa kaitannya Husam dengan krisis istana kelantan sekarang?

pelik bagi kami yg bukan rakyat kelantan ini

Anak Perelih said...

ye la.. apa kaitan dgn husam....?

yg aku tengok, Pemangku Raja ni lebih kepada TGNA/kerajaan negeri.. Tg fakhry+tg Anis lak lebih kepada UMNO / kerajaan pusat (puji Najib, tegur TGNA)

Anonymous said...

Diminta tulangbesi komen tulis pula psl lawak kartun bangang terkini drpd zul nordin.

apa brg oorg nk upah dia suruh kaitkan najib & rosmah dlm kes altantunya?

lau bala, azilah & sirul yg ckp mcm tu..mungkin ada logik dia,,sbb mrk ni antara yg tahu kehadiran altantunya di msia sampailah dia mati.Si zul masa tu tgh wat apa? org knl zul ni pn lps menang pru ke12.sblm tu siap knl loyar burok ni?

siap m maaf kt najib&rosmah konon.terhegeh2...uwek..termuntah aku baca statement zul dlm sinar harian ari ni.pastu dia kata tu pun lau najib nk jumpa dia...dia kata dia kn anak ikan..poorah..

lau aku jd najib..lau btl ckp zul ni...aku nk jumpa zul secepat mungkin, nk tahu siapa busukkan nama aku...zul yg mengaku pejuang islam ni...lembut gigi dr lidah..ckp belit..

Tulang Besi said...

Kalau Ustaz Fadzil tak pernah percaya satu perkataan pun dari mulut si Zul Noordin ni, kita semua sepatutnya ikut contoh Arwah ustaz Fadzil ni

Grand Marquis said...

Tektik biasa PR, terutama PKR ialah menjatuhkan kredibiliti musuh mereka terlebih dahulu. Mereka akan kempen saban hari, orang ni korup, orang ni tak boleh percaya. Macam tektik America. Mereka buat tektik terroris kat orang Islam.

Lepas tu, engkau cakap apa pun tak guna. Mereka hanya akan kata, oh orang ni korup, orang ni tak boleh percaya. Itu konspirasi. Itu saja modal mereka.

Tengok macam kes lompat. Mereka hanya akan guna satu alasan aje, orang tu dah UMNO beli. Sebabnya ialah selama ni mereka dok jaja, kalau lompat mesti kena beli. Terbaru tengok kes Mohsin. Last-last, terbongkar yang rupa-rupanya orang PKR sendiri yang nak tendang keluar Mohsin. Tapi lepas mereka tendang, mau pulak suruh Mohsin jadi MP PKR. Tak malu sungguh.

Inilah kelibat golongan putar belit. Zul ni pun sama. Bila dah tak ngam dengan PR, mula start kempen burukkan peribadi beliau. Lepas tu senang aje. Apa dia cakap tak boleh percaya.

Padahal apa yang TB cakap lagi tak boleh percaya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
john labu said...

Lepas tu, engkau cakap apa pun tak guna. Mereka hanya akan kata, oh orang ni korup, orang ni tak boleh percaya. Itu konspirasi. Itu saja modal mereka.

betul tu... meniaga Umno bukan pakai modal banyak pun.. takat jadi tong taik tadah hampas dari parti lain apa modal nak pakaii??

asal ada hampas je dari pkr, pas, dap misti masuk dia punya tong.
dok timang2, dok cium-cium, belai2 dan eeee sbgnya.. barang busuk tu la dia dok puji baik! apa punya selera laaa..

dan GM ni pulak tukang cuci... kesiannn

Salmanpuchung said...

Salam pencerahan usus...
Bila terbaca yg ini :"Setakat ini, maklumat Tulang Besi dapat tiada yang canggung. "

Suka saya menarik perhatian tuan punya blog agar meneliti kembali apa yg saudara telah nyatakan dlm blog tidak lama dulu pasal penglibatan Roslan bks SU Presiden dlm "komplot menjatuhkan segelintir ahli parlimen dan ADUN"
Bila dah terbukti ianya hanya berita fitnah yg diterima saudara. Saudara nyatakan dgn jelas, roslan ada dlm msyuart yg kononnya wujud.
INi menunjukkan betapa khabar angin itu TAK SEMESTINYA BETUL DAN SELAMANYA BETUL.Yg sentiasa betul dan menunjuk jln kebenaran adalah Al-Quran dan Hadis nabi. Saranan dan ingatan sy agar saudara menyelidik terlebih dahulu.kalau nak siar dlm blog saudara ini. Kalau tidak diselidik terlebih dahulu, dikhuatiri berlaku penyebaran fitnah, dan saudara terpalit sama menjdi anggota penyebar fitnah. Moga2 keihlasan saudara mencari kebenaran melalui jln yg benar.bkn jln singkat menuju murka Allah dan mengundang kerosakan pada pihak yg tidak bersalah. tidak ruginya saudara membuat penyelidikan. Setiap manusia ada nasfu. itu sebab adanya istilah kawan makan kawan. Jika kurang psti, tawakufkan diri dari menyebarkannya demi kerana nak kejar kemashyuran dlm keikhlasan saudara yg terbukti tinggi dan melebar...ini blog saudara, hak saudara, tapi jgn lupa hak2 Allah dan rasulnya.

Tulang Besi said...



Suka saya menarik perhatian tuan punya blog agar meneliti kembali apa yg saudara telah nyatakan dlm blog tidak lama dulu pasal penglibatan Roslan bks SU Presiden dlm "komplot menjatuhkan segelintir ahli parlimen dan ADUN"
Bila dah terbukti ianya hanya berita fitnah yg diterima saudara. Saudara nyatakan dgn jelas, roslan ada dlm msyuart yg kononnya wujud.
.

baru ni saya pergi Majlis Jamuan Teh PAS Kawasan Kelana Jaya.

Saya datang nak duduk kat belakang, mereka hurung saya ke depan untuk duduk meja VIP.

Kalau saya fitnah, mesti mereka dah halau saya dari majlis tu apatah lagi letak saya di meja VIP

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Semakin fed-up dengan gelagat sumbang saf pimpinan PAS yang baru ni.... Pemimpin & konco2 yang terperasan hebat, "mangak" dan mabuk kuasa.... asyik dok berkira2 sapa jadi PM, mentri dsb...wek...wek.... Hilang fokus untuk Islam, Ummah & Sejagat... macam perangai melayu UMNO jugak... Sedangkan rakyat majoriti masih dok sesat, amal jahiliyyah & jauhi amalan Islam .....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.