Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, March 5, 2010

Sindrom “Jawatan Mahu, Tanggungjawab Tak Nak”.

Sebenarnya, yang kecoh sangat pasal wala’, thisqah, adab jemaah etc ni bukan apa. Ia nak lindung beberapa pemimpin2 PAS yang lapar jawatan tapi tanggungjawab tak nak. Dengan kata lain, mereka tak sanggup dikritik kerana mereka pegang jawatan atas dasar mahukan prestij dari jawatan tersebut. Mereka tak berminat untuk bertanggungjawab ke atas jawatan tersebut.

Orang yang bertanggungjawab atas jawatan yang dia pegang, mereka terbuka kepada kritikan. Mereka tidak mudah membalas dengan alasan wala’ dan thiqah. Mereka menerima kritikan sebab kritikan membantu mereka menjalankan kerja dengan lebih baik. Kerja mereka akhirnya menjadi kualiti kerana mereka mampu mengambil idea yang bernas dari orang-orang yang mengkritik.

Adapun, “kayu-kayu” reput yang hanya mahu kedudukan dan mahu terus dalam kedudukan itu, mereka tentunya amat marah dengan kritikan. Kritikan hanya akan mendedahkan kelemahan mereka sebagai pemegang jawatan menjadikan kedudukan mereka terancam.
Lantaran untuk melindungi diri dari kritikan-kritikan yang bakal menjatuhkan mereka, digunakanlah alasan seperti “wala”, “Thisqah” dan sebagainya bagi menutup mulut ahli.

Juga dimarahi para Bloggers, kononnya mereka tidak mengikut saluran dan tidak mengikut adab berjemaah. Yang sebetulnya masing-masing mahu jaga kedudukan masing-masing, takut orang tahu dia jenis tak buat kerja tapi jawatan nak.

Alasan lagi satu adalah “mengikut saluran” yang mana saluran2 tersebut dikawal oleh mereka. Contoh terbaik adalah usul-usul Muktamar PAS Pusat. Segala usul dari Kawasan-Kawasan akan ditapis oleh pemegang-pemegang jawatan ini. Maka sudah tentu usul-usul yang merugikan mereka akan “ditapis” dan di “bakul sampahkan”.

Sebab itulah kita tengok galak betul mereka menyuruh kita mengikut saluran itu dan saluran ini. Saluran itu bermaksud “hantar kritikan hanya kepada mereka supaya mereka boleh bakul sampahkan kritikan dan teguran itu”.

AJK2 PAS Pusat majoriti mahu Hasan Ali dipecat. Tapi, kenapa teguran itu DITOLAK mentah-mentah? Sedangkan hujjah dan sebab musabab jelas diberikan pada malam mesyuarat Khas itu. Jadi, apa guna ikut saluran kalau macam tu? Ikut saluran akan membolehkan mereka menjahanamkan kita.

Dan disiplin jemaah ni hanya untuk orang-orang yang kecil sahaja. Bila Dato Harun Din terbuka menentang pendirian PAS, iya boleh dimaafkan.

Bila Khalid Samad mendedahkan rahsia yang bukan rahsia, terus digantung enam bulan jawatan beliau. Bila Abdullah Karim menghantar aduan, ditolak mentah-mentah. Itukah dia kelebihan ikut saluran?

Buat apa buat kerja sia-sia. Tegur ikut saluran tapi tak pernah sampai. Tengok Terengganu 2004 sudahlah. Segala teguran disalurkan ikut saluran. Kemudian teguran dibakul sampahkan.

Apabila semua teguran tidak didengari, maka akhirnya rakyat dan pengundi akan menegur dengan undi mereka. 2004 kita tengok, jatuh tergolek PAS di Terengganu sampai sekarang.

Kalau dalam PRU2012 nanti, Najib arah Mat Said bertanding Parlimen, kesemua atas pagar Terengganu akan mengundi BN, PAS akan tinggal antara 6-8 kerusi DUN. Silap2 Manir pun kita kalah.

Biarlah ahli menegur secara berdepan. Biar pimpinan PAS terpaksa menjawab teguran-teguran ahli secara terbuka. Ia akan lebih mematangkan PAS bukan melingkupkan PAS.

Itulah dia alasan yang orang suka bagi. Yang penting kita tidak mudah tertipu dengan sandiwara ini. Semuanya berkisar kepada beberapa pemimpin yang mahu jawatan tapi tak mahu tanggungjawab (dan kerja).

Islam tak pernah ajar umatnya jadi bodoh!!!!. Nabi tak pernah ajat umatnya jadi bodoh!!!!.

Tulang Besi

32 comments:

Anonymous said...

brilliant!!bro,pas shld forget ganulah..

Anonymous said...

Kita rela hilang ganu dari selangar..kita rela hilang TB dari harun din...siap la TB tu..ada pun tak pa..tak ada pun ... lagi tak pa..

Anonymous said...

Aku sokong 100% TB..jawatan mahu...siap hantar resume tu....tanggungjawab tak nak...tanggungjawab duk buat cita bohong ada la...resume lain..cv lain

Anonymous said...

Belum tentu mat said tanding parlimen..bn dapat terengganu..tapi kalau TB tanding selangor...confirm la pimpinan UG sayang TB..

Anonymous said...

TB kata :
Islam tak pernah ajar umatnya jadi bodoh!!!!. Nabi tak pernah ajat umatnya jadi bodoh!!!!.


Alhamdullillah..akhirnya TB pun dah sedar....berkat kesabaran semua..harap bertahan selamanya....

Anonymous said...

Sedap betul TB kutuk2 pimpinan yang siang malam bekerja kuatkan jamaah, habiskan masa tenaga n harta untuk jamaah. TB ni duk dalam office dia dan taip je kutukan yang ntah apa2. TB ni apa kerja pun tak buat. jual t-shirt pas reform je kut.last2 mintak sumbangan kononnya supaya aduan tak dibakul sampahkan.aku rasa ko tak lama dah dalam pas ni...ko sendiri akan keluar bila agenda ko tak tercapai

Tulang Besi said...

Majoriti komen kat atas tu datang dari satu IP. Dia nampak macam banyak tapi sebenarnya tidak

Grand Marquis said...

Sebenarnya, yang tak suka pada wala ialah orang-orang yang tak de jawatan, tak perlu bertanggungjawab, tapi mahu PAS diuruskan menurut acuan mereka.

Munkin mereka ini tidak berkelayakan untuk menjawat apa-apa jawatan, tidak banyak memberi sumbangan dan tiada pengaruh, dengan itu gagal mendapat apa-apa jawatan, dengan itu mereka tidak suka pada perkataan wala kerana mereka mahu mengkritik pemimpin sesuka hati bila mereka merasakan pemimpin itu tidak sesuai dengan serakah merek. Lebih teruk, orang seperti ini tidak perlu bertanggungjawab dengan kritikan mereka. Kalau pas hancur pun mereka tak rugi apa-apa sebab mereka masih ada kerja yang gaji beribu-ribu dan tinggal di oversea.

Dalam membuat kritikan terhadap pemimpin ada adabnya. Sebab pemimpin bukan orang biasa. Mereka adalah orang yang perlu dijaga maruahnya di khalayak kerana kehormatan mereka adalah modal kepimpinan mereka. Sama juga kita sebagai bapa, bayangkan kalau anak kita tegur kita di khalayak. Apa perasaan kita? Inilah fitrah manusia yang Islam akui. Dalam hadith Rasulullah S.A.W.

“Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang/dihebohkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas).

Akan tetapi, ahlul hawa tidak suka kepada aturan ini. Mereka mahu berkuasa menentukan hala tuju parti, walaupun mereka tiada jawatan dan tiada tanggungjawab.

Kalau nak dikira marahkan blogger, Nik Aziz juga marahkan blogger sampai dicelakakan mereka. Jadi apakah Nik Aziz termasuk juga pemimpin yang disebutkan TB?

Apakah juga keadilan hanya terlaksana sekiranya ia menyebelahi puak hawa nafsu yang tiada jawatan dan tiada tanggungjawab (short form TJTJ) ini? Apakah PAS perlu mengambil tindakan disiplin terhadap sesiapa yang dirasakan bersalah oleh puak TJTJ?

Jadi kelihatan amat jelas, apa yang dimahukan oleh puak TJTJ ialah supaya kepimpinan pas menjadi boneka mereka, walaupun mereka ni hanya ahli biasa. Modal mereka hanya blogspot yang diperolehi dengan percuma dan masa untuk menaip fitnah-fitnah mereka di kerusi empuk sambil minum teh kotak (orang dok indon mesti tau apa tu teh kotak).

Lepas tu mereka gemar buat kerja tak ikut saluran. Perlembagaan parti dah kata, teguran adalah melalui cawangan, bukannya individu. Tapi mereka tak mau sebab takut nak bagi sumbangan kat peringkat cawangan (tak mau bertanggungjawab). Mereka mahu melompat terus untuk hentam presiden. Bila fitnah-fitnah mereka dibakul sampahkan sebab ia semata-mata persepsi serta kecenderungan peribadi, mereka cipta fitnah baru dengan mengatakan kepimpinan tak nak terima teguran mereka.

Kepimpinan Islam bukanlah kepimpinan yang tak boleh ditegur. Tetapi ada adab-adabnya. Nabi S.A.W. melarang kita menegur pemerintah secara terbuka sebab Nabi S.A.W. tahu hikmahnya. Tetapi, hari ini, amat malang ada orang (yang mengaku memperjuangkan Islam) kata menegur pemimpin secara terbuka akan mematangkan kepimpinan tersebut.

Persoalannya ialah adakah Nabi S.A.W. tak betul? Pembaca boleh fikirkan sendiri.

p.s. Sebelum TB nak spin, biar saya spinkan untuk TB dulu:
1. Mana dia bukti rumah urut.
2. Najib lulus 10 special draw.

Tulang Besi said...


“Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang/dihebohkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas).
.

Hadeeth ni sahih ke?

Mengapa para Sahabat tidak ikut hadeeth ni masa Saidina Umar pakai pakaian lebih besar dari jumlah kain yang beliau terima dari "Ghanimah"?

Para sahabat RA tolak hadeeth ni ke?

Sila jawab GM tak ori.

Bukti wujud rumah urut kat Selangor sampai hari ni GM tak ori tak boleh bawak.

Lepas tu ada hati nak cakap pasal isu wala'.

'Abdul Muntaqim said...
This comment has been removed by the author.
'Abdul Muntaqim said...
This comment has been removed by the author.
'Abdul Muntaqim said...
This comment has been removed by the author.
'Abdul Muntaqim said...

TB sekarang dalam denial syndrom..dia tak sedar ramai orang yang benci dia.duk dalam office, taip je apa-apa yang dia suka.ntah apa sumbangan yang dia bagi.duk julang diri sendiri sebagai orang yang nak perbetul kan pas.tapi sebenarnya nak rosakkan lagi.aku pun rasa ko ni xkan lama dalam pas..insya Allah aku yakin ko akan keluar bila agenda ko tak tercapai..sejarah dah buktikan..ko cuma jadi orang yang mengulangi sejarah tu..

Tulang Besi said...

muntaqim,

Kao orang Terengganu ye?

Grand Marquis said...

Apabila tulisan TB tak menjadi, mula dia akan konar kat tempat lain.

Hadith ni sahih atau tidak, TB kena pandai-pandai check la. Takkan pejuang Islam tak pandai check hadith sahih atau tidak.

Kemudian, modalnya ialah kes sahabat tegur Umar. Sebelum TB nak guna hujah, TB kena pastikan kisah tersebut sahih atau tidak. Ni rujukan langsung tak bagi.

Lepas dah confirm sahih, kita akan jawab persoalan TB.

Dan macam biasa, bila tak de hujah, buka bab rumah urut.

'Abdul Muntaqim said...

muntaqim,
Kao orang Terengganu ye?


Ye..eh,apa kaitan terengganu dengan isu ni.jangan plak ko bgtau yang aku tak setuju tulisan ko sb aku orang terengganu.dah bertahun-tahun aku study kat luar trg.tak perlu nak buat isu kenegerian ko yang sempit tu.pada aku tulisan ko tu yang bermasalah.aku ni selalu la baca ko punya blog tapi tak pernah komen.cmni jelah,aku rasa tak perlu aku cakap banyak.cuma aku nak bgtau ko satu fakta yang mungkin ko tak sedar sebab duk menaip je apa yang ko rasa nak taip.tapi ko kena sedar yang majoriti orang muda (aku cakap ni wakil student) yang ko ingat sokong ko sebenarnya benci dan meluat dengan ko.apa yang aku bagi ni fakta.jgn hidup dalam denial syndrom...sedar sikit

Tulang Besi said...

gm tak ori, kau pakai hadeeth ahad dan tolak riwayat muttawatir. hmm hebatnya madzhab khawarij kau ye?

Grand Marquis said...

Ya ka muttawatir. Jadi bagilah rujukannya. Kan saya kata, bagi dulu rujukan hadith tersebut. Siapa yang kata muttawatir. Lepas tu baru kit bincang.

Anonymous said...

Anon 4.28pm,
Siapa yang "habiskan masa,tenaga n harta untuk jemaah"? Untuk makluman,beberapa "kayu reput" yang TB maksudkan diIbu Pejabat PAS adalah gulungan yang banyak mendapat manafaat dari PAS - terima pencen sebagai Tim.Menteri,wakil rakyat,exco dan sebagainya.Kalau bukan kerana PAS mereka tak akan merasa dapat pencen dan menaiki kereta-kereta besar.Berbanding dengan ahli-ahli biasa yang telah banyak menyumbangkan wang ringgit,tenaga dan masa - tidak merasa apa-apa pun kecuai berharapkan ridza Allah.

Anonymous said...

DAH LA TU.. KALAU NAK SAMAN SAMAN JE LA..DUIT PUN DAH KUTIP..AKU PUN DERMA JUGAK..LETIH DAH DOK TUNGGU DRAMA SAMAN NI

Tulang Besi said...

Grand Marquis said...

Ya ka muttawatir. Jadi bagilah rujukannya. Kan saya kata, bagi dulu rujukan hadith tersebut. Siapa yang kata muttawatir. Lepas tu baru kit bincang.
.

Kao pun tak tau hadeeth kau ambik tu sahih ke tidak, nak cabar aku.

Kelakar sangat kao ni, GM tak ori.

Mana bukti aku mintak tu? Kao buat fitnah pandai, lepas tu nak cakap pasal Islam

Kao buat fitnah tu apa hukumnya?

Grand Marquis said...

TB, tak payah putar belit la. Hang main ambil cerita yang hang sendiri tak tau sahih atau tidak. Lepas tu pandai-pandai dakwa muttawatir. Jadi hang kena buktikan ia muttawatir. Kalau tidak, ia adalah satu dakwaan yang sangat serius kerana mendustakan hadith nabi S.A.W. semata-mata nak bagi nampak hujah hang kuat.

Lepas tu nak tutup isu, hang tanya tentang hadith yang saya kemukakan. Tentang hadith yang saya ambil tu tahulah saya ambil dari sumber mana, sahih atau tidak. Saya siap sertakan rujukkannya. Kalau hang pandai sikit hang boleh check statusnya.

Hang jangan nak alih isu. Sila buktikan kisah yang awak bagi tu muttawatir.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sebatang kara said...

Untuk kesekian kalinya nasihat saya untuk TB. Tunggulah pemilihan PAS yang akan datang. TB calonkan YBKS sebagai Presiden dan mintak YBKS calonkan TB sebagai TP ataupun tunggu YBKS jadi Presiden, TB mintak YBKS lantik TB jadi SUA. Lepas tuh lantak pi lah TB nak buat apapun. Nak menyalak ke, nak pecat ke nak ape kerrr.

Nasihat Ikhlas dari saya buat TB. Belajarlah menyalak dari Anjing. Anjing pun tahu bila masa ia perlu menyalak dan bila masa ia perlu duk diam.

Tulang Besi said...

Grand Marquis said...

TB, tak payah putar belit la. Hang main ambil cerita yang hang sendiri tak tau sahih atau tidak. Lepas tu pandai-pandai dakwa muttawatir. Jadi hang kena buktikan ia muttawatir. Kalau tidak, ia adalah satu dakwaan yang sangat serius kerana mendustakan hadith nabi S.A.W. semata-mata nak bagi nampak hujah hang kuat.
.

Hang benda simple macam bukti rumah urut di Selangor pun hang tak boleh bawak. Sedangkan tu hang punya tuduhan.

Hang agama UMNO, tak payah la cerita pasal Islam.

Buleh tak?

Tulang Besi said...

Nasihat Ikhlas dari saya buat TB. Belajarlah menyalak dari Anjing. Anjing pun tahu bila masa ia perlu menyalak dan bila masa ia perlu duk diam..

Apasal SK? Hang dah tak tahan dgn kebenaran ke?

Aku mintak hujjah, kao tak boleh bagi hujjah.

Last2 kao yang menyalak rupanya

Sebatang kara said...

Buat apa berhujah ngan oghang yang tak nak terima kebenaran.

Grand Marquis said...

Hang benda simple macam bukti rumah urut di Selangor pun hang tak boleh bawak. Sedangkan tu hang punya tuduhan.

Hang agama UMNO, tak payah la cerita pasal Islam.

Buleh tak?


TB, kenapa hang ni terus nak lari dari topik?

Hang kata kisah Umar dan Kain tu kisah muttawatir. Benda ni melibatkan hadith dan Islam. Hang kena buktikan. Kalau tidak ia adalah satu pendustaan terhadap agama Islam. Kalau orang itu hadith pun dia sanggup dusta, apa lagi yang dia takkan dusta.

Tulang Besi said...



TB, kenapa hang ni terus nak lari dari topik?

Hang kata kisah Umar dan Kain tu kisah muttawatir. Benda ni melibatkan hadith dan Islam. Hang kena buktikan. Kalau tidak ia adalah satu pendustaan terhadap agama Islam. Kalau orang itu hadith pun dia sanggup dusta, apa lagi yang dia takkan dusta.
.

Hang hadeeth hang bawak pun hang tak tau sahih ke tidak.

betuii tak? Aku tanya jugak soalan tu dulu, sampai hari ni takdak jawapan.

Juga, soalan aku pasal rumah urut ni dah lama tanya, sampai skrg takdak bukti.
Sah kau ni pembohong

Grand Marquis said...

Hang hadeeth hang bawak pun hang tak tau sahih ke tidak.

betuii tak? Aku tanya jugak soalan tu dulu, sampai hari ni takdak jawapan.


Hang dah buat homework ke?

Anonymous said...

aku sokong TB 100%, sapa yg kata tak mau TB mau harun din, tapi kami mau TB!!!!!!!!!!!! gerammmmmmmmmm

Anonymous said...

dalam bab tapis usul ke muktamar ni... Khalid samad pun tapis jugak usul usul ni... semua YDP kawasan buat benda yang sama... tak kira puak 'fraksi' ke 'puak erdogan ' ke sama... sebab tu dah termasuk dalam kerja YDP kawasan...

Mungkin kawasan ko TB.. YDP dia tak sependapat dgn ko kut...???? kalau tak mesti usul yg sependapat dgn ko dah dilulus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.