Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 4, 2010

Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng Sebab Ahli-Ahli Parlimen Lari

Bukan kah itu sebab utama puak-puak ni lari. Tan Tee Beng terus terang berkata beliau marah sebab tak dapat peruntukan untuk Parlimen beliau. Salehuddin Hashim marah sebab permohonan jawatan CEO Perangsang ditolak mentah-mentah. Zaharain bengang sebab permohonan projek RM40 juta tidak diluluskan oleh Lim Guan Eng.

Kita mesti sedar, selepas Pakatan Rakyat menang, ada di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong bercadang untuk membina kekayaan kembali setelah lama berjuang. Dan mereka sedar Selangor adalah negeri terkaya di Perseketuan Malaysia.
Maka, mereka menjadi tukang lobby projek kepada ramai ahli perniagaan yang mahukan Kerajaan Selangor berbelanja wang rakyat mengkayakan mereka.

Namun, MB seperti Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu berbuat perkara sedemikian. Saya diberitahu MB Tan Sri Khalid dengan tegas mengatakan Pakatan Rakyat mesti memerintah dengan cara yang lain dari UMNO dahulu.


KETEGASAN DUA MB MEMBAWA PADAH KEPADA PAKATAN RAKYAT?
Saya dapat maklumat ada sekelompok dalam Pakatan Rakyat sekarang ini yang sedang marah dengan Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng. Mereka ini dahulunya penyokong dan pendokong kita. Namun, selepas Penang dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, mereka telah menjadi “dealers” kepada beberapa tokoh korporat.

Dan menjadi “dealer” projek akan menjanjikan wang yang cukup banyak sebagai upah. Ertinya, mereka hendak membawa kembali budaya UMNO dalam Pakatan Rakyat dan PKR.
Namun, Guan Eng dan Tan Sri Khalid sudah menyatakan bahawa pemerintahan mereka adalah pemerintahan “Tender Terbuka”. Mereka tiada kompromi dalam prinsip ini dan tender terbuka dikenakan kepada semua kontrak hatta kontrak Kelas F yang terhad pada Bumiputra sahaja.

Hasil dari ketegasan Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng, puak2 dalam PKR ini sedang mengubah arah dan tujuan mereka. Mereka sudah mula menghentam PKR dan mereka secara tegas mahukan PAS menubuhkan kerajaan bersama UMNO.

Sehingga di Penang mereka sanggup mengadakan demonstrasi menentang Lim Guan Eng. Bukan sebab mereka hendak membela orang Melayu tapi sebab Lim Guan Eng tidak mahu beri mereka projek “Direct Award”.

Begitu juga permusuhan puak2 ini dengan Khalid Ibrahim. Semuanya kerana Khalid Ibrahim tidak mahu memberi projek “Direct Award” lagi dan mewajibkan semua projek melalui proses tender terbuka.

Malahan, Tan Sri Khalid lebih tegas dan menghalang Salehuddin menjadi CEO Kumpulan Perangsang. Saudara/ri cuba fikir, adakah RM50k sebulan itu yang dipandang oleh Salehuddin? Sudah tentu tidak. Kumpulan Perangsang boleh jadi lubuk duit untuk beliau. Percayalah.

Yang jelasnya, segala persengketaan dalam PKR sekarang berpunca pada satu sebab: WANG. Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng tegas, maka raaamaaaiiii lah yang mengamuk. Ketegasan mereka menentang korupsi menyebabkan mereka mengambil jalan lain, yakni kembali semula pada UMNO.

Saya sendiri tahu terdapat beberapa “penyokong” PKR dan DSAI yang sedang menghimpit DSAI dengan harapan DSAI akan memujuk Tan Sri Khalid memberikan mereka projek. Tapi nak buat macamana kalau Tan Sri Khalid ni tegas dalam bab ni. Dan DSAI menyokong polisi Khalid dan Guan Eng.

Kawasan Khalid sendiri dia lawan angkara tidak mahu beri projek. Bagi saya, protes-protes sebegini akan berterusan sehinggalah PRU yang akan datang. Apabila duit jadi bahan sembahan, maka problem dalam Keadilan tidak akan berhenti.

BAIAAH TAKLIK JUGA TIDAK MENJAMIN…..

Dalam PAS, telah diinstitusikan “Baiaah Taklik” yang setakat ini berjaya menghalang wakil-wakil rakyat PAS dari melompat. Tapi, kita belajar dari British dan bagaimana mereka menundukkan kebangkitan suku kaum Mau Mau di Kenya, tidak mustahil UMNO akan menggunakan ulama-ulama ayam daging mereka (seperti Haramsani) untuk mengeluar fatwa kononnya Baiaah Taklik PAS itu TIDAK SAH dari segi syara’.

Saya tidak terkejut kalau sudah ada kertas yang telah ditulis supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang menyatakan “Baiaah Taklik” tidak sah dari sudut syarak. Di kala itu, kita lihat pula wakil-wakil rakyat PAS akan melompat.

Nauzubillah.

Apa pun, PKR wajib menganjurkan “SOLAT HAJAT” dan “QUNUT NAZILAH” untuk menentang usaha-usaha jahat UMNO dan Salehuddin Hashim.

Silap Anwar pergi percaya orang yang kaki minum, tak puasa, tak solat macam mamat tu. Sekarang siapa yang susah?

TULANG BESI


15 comments:

Anonymous said...

Saudara TB

Betul ke TS Khalid dan LGE ni baik macam yang saudara katakan. Aleh, orang politik, akan dicarilah justifikasi yang paling baik bagi menghalalkan kerja salah masing2.

Tajuk muka depan akhbar the Star hari ini adalah "PKR in turmoil". Tersenyum juga aku membacanya selepas aku muak membaca berita yang mengatakan UMNO sedang tenat. Sekarang agaknya siapalah yang sedang tenat?

Orang Melayu dah naik bosan dengan PR terutama PAS dan PKR. Bagi peluang menubuhkan kerajaan, bukanya nak menolong memantapkan Melayu tapi lebih kuah dari sudu membela DAP. Ramai dah "fedup". Dan fatwa "flip flop" Nik Aziz akan menyebabkan orang Melayu atas pagar akan terus hilang kepercayaan kepada lebai2 PAS.

PAS juga sudah tak dapat dipertahankan lagi. Lebih baik tubuhkan satu lagi parti Islam yang benar2 mempertahankan Islam dan orang Islam di Malaysia ni!

Bagi Saudara TB, tak payahlah balik ke Malaysia, duduk saja kat Indonesia tu. Malaysia tak rugi pun kehilangan manusia seperti saudara....

Tulang Besi said...


Orang Melayu dah naik bosan dengan PR terutama PAS dan PKR. Bagi peluang menubuhkan kerajaan, bukanya nak menolong memantapkan Melayu tapi lebih kuah dari sudu membela DAP. Ramai dah "fedup". Dan fatwa "flip flop" Nik Aziz akan menyebabkan orang Melayu atas pagar akan terus hilang kepercayaan kepada lebai2 PAS.
.

Saya rasa tak sebab kalau benar, sudah tentu DUN PERak dibubarkan

Grand Marquis said...

tb, proses yg pkr alami skrg adalah proses biasa..usah jakun sgt sprt puak2 dubuk dan gayung dalam umno..semua pertubuhan atau kump akan alami proses pembersihan..umno pernah mengalaminya smasa zaman onn jaafar shingga dato onn keluar dan tubuhkan parti negara..mahathir pernah melakukan 'pembersihan' pd zaman KuLi sehingga timbulnya S46..Cuma yg perlu dilihat, smasa proses pembersihan ini, siapa yg mengutip sampah?dah siapa yg menjadi dubuk?..pkr membuang sampah2nya dan umno sanggup menjadi dubuk memakan sampah2 ini..Jelas skrg umno menghina melayu dgn menerima bangkai2 di majlis seni silat yg sgt mulia itu..umno cuba mempengaruhi ahli2 gayong menjadi dubuk memakan bangkai dan sampah..jangan sampai di tahun 2020 nanti, melayu hanya pandai menggayong sana sini dan mendubuk sahaja

Anonymous said...

GM yg bodo, PKR la parti smapah, tu DAP yg ckp tau, mesti kena mengiyakan kalo DAP yg ckp, semua sampah sarap ada dlm PKR, ex-umno semua PKR sapu, contoh nya, Anuar Ibrahim tu pon sampah gak , sampah dari umno , umno buang PKR kutip...contoh lagi Zahid org klantan tu , ex-minister di jabatan PM..sampah umno, Chua Jui Meng, sampah MCA...memang la sampah semua kat PKR tu..heee..GM bodo..

Grand Marquis said...

TB,

Kalau kita buang sampah, dan ada orang yang mentertawakan kita, pasti kita akan cakap orang itu gila bukan?

Atau jika kita buang sampah, dan ada yang mengambilnya membawa pulang rumah sambil berbangga kununnya dengan sampah-sampah ini dia akan menjadi lebih kaya, dan paling teruk dia menjemput semua orang datang kerumahnya kerana membuat kenduri kesyukuran, adakah patut kita marah akannya?

Ingat, orang-orang yang keluar dari PKR rata-rata mempunyai masalah. 2 ekor manusia di Perak mempunyai masalah rasuah seks. Si Fairus yang diterima masuk oleh gayung-gayung dimajlis yang mulia seni silat Gayong Malaysia sedang terpalit dengan rasuah Kuari. Si Salehuddin Hashim pula sedang merajuk kerana tidak dilantik menjadi CEO Perangsang. Tan Tee Beng pula sedang berdepan dengan along-along kerana hutang.

Jadi apa yang perlu dibangga bila dubuk-dubuk a.k.a UMNO rakus memakan sampah-sampah ini. Betul orang cakap, kita boleh membawa keluar melayu dari UMNO, tetapi sukar membawa keluar UMNO dari melayu.

Ini berbeza dengan segelintir orang yang keluar dari UMNO dan masuk PR. Zaid Ibrahim yang cuma membuat reformasi sistem kehakiman yang musnah akibat Tun Det Mahataik ditendang keluar. Anwar yang mencuba untuk membersihkan sarang dubuk dari dalam juga ditendang keluar. Ku Li begitu juga sehingga diawal tertubuhkan UMNo Baru, dia dilarang untuk mendaftarkan diri. Akhirnya tertubuh S46. Chua Jui Meng masih gagal dibuktikan menyalahgunakan kuasa semasa didalam MCA tidak seperti dubuk cina Chua Soi Lek dengan skandal seksnya diterima dengan tangan terbuka dan duduk dibawak payung payudara Rosmah.

Jadi apa yang ada di dalam UMNO?. Hanya Zizie Ezzati yang mengenal BUng Mokthar. ha ha ha.

2 ketul sampah iaitu Zulkifli Nordin dan Wee Choo Keong bakal dibuang dan duduk-duduk bercap UMNO sedia membaham sampah ini.

Akhirnya melayu terus dipaksa memakan sampah bersama dubuk dan terus bergayong.

zakwan said...

Yes,PKR is party for garbages
Good garbages
Guys such as Datuk Zaid,Datuk Chua Jui Meng n Dato Fauzi, from what I heard joined the party on the grounds of principle

These guys were either retired ministers or ministers who resign on principle(Zaid Ibrahim did something no one in BN has done before)

Now,let's take look at the frogs,defectors,what ever u called them

Jamaluddin Radzi,Osman Jailu:
Remember when these 2 were accused of bribery, one of them accused of "rasuah seks"?
Suddenly,when they jumped n led 2 the downfall of the Perak government,UMNO n their propoganda media hailed them as leaders wit integrity n champions of the Malay race
To top it off,their charges were dropped in court

Hee Yit Foong:Her husband is in deep debt due 2 his gambling problems
Her salary as Deputy Speaker will not be enough 2 pay off the debt
Plus,she throws a fit 4 not getting a Camry

Badrul Hisham Abdullah:An underperformer who was rarely seen in his constituency
PKR made a mistake fielding this guy
Well,PKR's gain n UMNO 's loss
UMNO is now known as a party that loves underperformers

zakwan said...

Continue:
Mohd Radzi Salleh:Another underperformer
Was speculated 2 receive the boot as state EXCO member
Went all emo n quit 4 failin in his duty

Gabriel Adit:
Thought 2 hav joined PKR 2 help PR make inroads in sarawak
Turns out he's only in it 4 the money
Now,prostituting himself 2 BN friendly PCM

Fairuz Khairuddin: Yet,another underperformer
A sleepyhead according 2 Dr Syed husin
Didn't contribute much 2 Guan Eng administration
UMNO had field day highlighting Fairus's ineffectiveness in managing the Penang Football Association

The rest has already been told by TB

abdullah mamat said...

sokong 100% TB,,,,50 tahun cukup lama , 2 generasi kelahiran umno , hasil duit rasuah

tak mungkin dpt diubah dlm 2 tahun ni

Tinta Hitam said...

TB

Aku bangga dgn LGE dan Kkhalid IBrahhim kerana bertegas.Sebab bertegas lah semua mangkok hayon tu keluar PR.JIka tidak merek menjadi toksik dlm PR.Mereka pergi ketempat sepatutnya mereka berada.Dlm tong najis UMNO.

PR buan tempat utk org org spt ini.

Anonymous said...

its time to trim the unwanted fat. Fat has bad effect on our body and its considered toxic and can cause a lot of damage.

Bravo and thumbs up for Tan Sri Kahlid Ibrahim and YB Lim Guan Eng. They are truly leaders who care for the rakyat.

Dulu Nabi Muhammad juga dibenci oleh orang orang munafik dan fasik inikan pula manusia biasa seperti YB Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Semoga kedua-dua YB ini tidak tunduk kepada manusia-manusia durjana dan sampah masyarakat, murtad fasik.

sama ajelah said...

Wahai TB

Apa yg bezanya cara KHalid dan LGE compare dgn UMNO..

Projek2 yang ada suma bagi kat kroni jugak wahai TB..Mana dia cerita tender terbuka dan sebagainya..

Kawan2 rapat Khalid dan LGE,tengok ajelah kekayaan mereka sekarang..Pandang org pun sebelah mata aje..

Kau pulak duit yang masuk mencurah-curah dalam Maybank tu,jangan salah guna buat bayar utang judi pulak ok..

Barakat salamat

Anonymous said...

Dulu Khalid janji RM 10 billion FDI untuk proses mengindahkan sungai. mana dia?

Mcm mana pulak dgn hutang Talam yg sampai hari ini belum dpt dikutip2 lagi

Adakah kerajaan akan write off sahaja hutang itu sbb Ownernya baik dgn Khalid??

Anonymous said...

Zakwan,TB,GM,

Sebenornya, rasuah ada dimana2pun. KT Kelantan pun melambak. Korang cemburu tak tentu pasal.

Takkan kerajaan Umno/BN nak kasi pada orang Pas,Dap atau Pkr. Serupa jugak kt Selangor dan Penang, takkan dia orang nak kasi kt orang Umno.
Penyokong mesti ambil kesempatan sbb penat2 kempen. Khalid mcm mana nak tolong penyokong. Hutang dia kt bank puluh juta.

Kt Penang DAP bagi projek kt melayu lebih ramai dari kt cina. Tapi peratus jumlah nilai projek orang cina lebih tinggi dari orang melayu.

Anonymous said...

Guang Eng dan Khalid Ibrahim boleh buat macam tu sbb dia dah kaya. Gaji dan elaun tiga iaitu ahli parlimen, Adun dan KM / MB. Projek-projek dia beri kpd cina kot dan dapat saguhatinya. Kalau kat Melayu tak dapat saguhati.Kalid tu bekas Pengerusi PNB dan duit elaun dia dulu pun tak habis-habis lagi. Apa salahnya mereka ni beri kepada ahli MP PKR dan bila kaya sikit mereka tu dapat tolong rakyat pula. Ni kita biarkan pemimpin PKR behutang sana dan sini, jual tanah, jual rumah demi nak berjuang untuk Anwar Ibrahim, tapi bila dah pokai pakat-pakat tak nak tolong. Ni sbb pauk ni keluar parti.

Saya rasa kita tak boleh kata MP yang lompat tu sampah.Katakanlah pada satu hari nanti kita diminta untuk bertanding calon PR dalam pilihanraya. Kita pun setuju. Kita menang. Selepas menang kita tak boleh nak tolong rakyat sbb gaji kita pun setakat 5 ribu je. nak bayar kereta, nak bayar rumah, kenduri kahwin 30 tempat sebulan, ada pula anak-anak dalam kawasan kita yang nak pergi Universiti, ada orang sakit kena ziarah, mati kena ziarah dan banyak lagi. Cukup ke 5 ribu?. Projek tak dapat. Pemimpin-pemimpin PR lain yang kaya-kaya tak bantu. macam mana?. Jadi kita tak jalankan amanah.Rakyat pilih kita supaya kita berkhidmat dan bantu mereka. Tiba-tiba BN datang dan sanggup bantu kita untuk menyempurnakan amanah kita kepada rakyat dengan syarat jadi calon bebas. Macam mana?. Jawabnya kita wajib terima.
Kaedah Usl Fiqh kata " La Yatimmul Wajib Illa Bihi Fahua Wajib" maknanya " Tidak sempurna sesuatu kewajiban itu melainkan dengannya (lompat) maka ianya adalah wajib"
Maka berani saya katakan bahawa lompat parti untuk mencari jalan supaya dapat menyempurnakan amanah rakyat adalah wajib!.

Anonymous said...

Anom March 8, 2010 11:35 AM ....

Anda sebut.. "Jawabnya kita wajib terima.
Kaedah Usl Fiqh kata " La Yatimmul Wajib Illa Bihi Fahua Wajib" maknanya " Tidak sempurna sesuatu kewajiban itu melainkan dengannya (lompat) maka ianya adalah wajib"
Maka berani saya katakan bahawa lompat parti untuk mencari jalan supaya dapat menyempurnakan amanah rakyat adalah wajib!."

........................

Andai kata ada seorang pekerja berpendapatan sederhana... terpaksa tanggung seorang isteri & 3 orang untuk sekolah ... memandangkan kos hidup yang tinggi sekarang kerana kenaikan harga barangan asas & minyak... dan gaya hidup bergaya... pekerja tersebut tersebut asyik kesuntukan wang ..... pekerja tersebut mula memikir bagaimana jalan nak dapat duit sara hidupnya itu......
bolehkah ambil RASUAH? MENIPU? MERAGUT? MEROMPAK? MENGEDAR DADAH? atau apa2 cara asal dapat duit.... tapi jika pakai TAFSIRAN ANDA terhadap kaedah faekah : Kaedah Usl Fiqh kata " Ma Lan Yatimmul Wajib Illa Bihi Fa hua Wajib" itu ... macam le.. halal semua cara, asal tujuan baik? Seiras dengan falsafah Zionis/ Sekularis/ Komunis ..."The Ends Justify The Means"... hehehe... bijak2,... faqih... faqih... siapa la guru kamu tu..? atau kamu yang menyeleweng dari ilmu guru kamu tu... hehehe... patutlah 4 ADUN PKR Melayu & 2 AP PKR Melayu boleh lompat! yang 2 Cina, dari PKR & DAP tu... tak kisah le.. sebab mereka tak tertaklok kpd Hukum Fekah.... kahkahkah...

Dalam kes seperti ini, Saidina Ali pernah kata kepada puak pelampau khawarij yang guna ayat alQuran untuk tegak kepalsuan mereka..."kata yang benar, tapi untuk tujuan yang salah"......

Anom March 8, 2010 11:35 AM .. perlu buat rujukan dgn Muftie Umno Harusaniy ... apa katanya.... hehehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.