Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, March 12, 2010

Target: 15 ADUN serta 20 MP Pakatan Rakyat


Maklumat baru yang saya dapati adalah pihak tertentu meletakkan target 20 MP serta 15 ADUN Pakatan Rakyat untuk dibeli. MP dan ADUN ini akan datang dari ketiga-ketiga parti dalam Pakatan Rakyat. Cumanya, untuk PAS agak susah kerana ada “Baiaah Taklik” serta imej Mutfi Perak amat buruk di kalangan ahli dan pendokong PAS. Kalau ada fatwa mengatakan “Baiaah Taklik” tidak sah pun, kemungkinan tidak akan dipercayai oleh ahli2 serta wakil2 rakyat PAS.

Mereka sedang menggunakan segala instrumentkerajaan yang mereka ada seperti SPRM,Lembaga Hasil Dalam Negeri, MARA, Bank dsbnya. Mereka bukan sahaja menyiasat wakil-wakil rakyat, tetapi juga anak beranak dan kaum keluarga kepada wakil-wakil rakyat ini.

Misalnya, ada seorang MP dari Kelantan, isteri beliau sedang disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana kebetulan isteri beliau adalah seorang doktor. Seorang wakil rakyat PR dari Pahang sedang menghadapi penyiasatan MARA ke atas isteri beliau yang kebetulan pernah mendapat bantuan pinjaman pelajaran MARA.

Selain dri itu, pejabat “Attorney General” dan Polis digunakan untuk mendakwa beberapa wakil rakyat PR yang “strategik” dengan dakwaan jenayah supaya mereka tidak dapat bertanding Pilihanraya Umum yang akan datang. Tian Chua telah pun menjadi mangsa kepada konspirasi ini.

Dan ini bukan benda baru kerana kalau kita boleh ingat, sebelum 2004, calon2 PKR seperti Azmin dan Ezam, Irene Fernandez telah dihalang bertanding kerana beberapa tuduhan “jenayah” yang ringan dan tidak masuk akal. Taktik yang sama akan digunakan kepada beberapa MP strategik PR seperti Khalid Samad, Saifuddin Nasution, Dr Hatta dsbnya.

Selain dari itu, data-data dari Majlis Agama juga digunakan untuk menyiasat samada ada wakil-wakil rakyat ini ada skandal atau tidak. Mana tahu mungkin mereka pernah ditangkap basah atau pernah ditangkap basah.

Maklumat yang saya dapat juga, pekerja-pekerja hotel di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor juga diupah untuk memerhatikan pergerakan wakil-wakil kita.
Pendek kata, mereka akan menggunakan apa sahaja untuk memaksa serta melemahkan semangat wakil-wakil PR sehingga ke tahap terpaksa menerima tawaran dari mereka dan melompat.

ZUL NOORDIN KONFIDEN SANGAT

Itulah sebabnya Zul Noordin dengan konfiden dilaporkan berkata:

" Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi," katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini hari ini.”

Perkataan “Firaun Kecil” ini dicedok oleh Zul Noordin dari Ezam Mat Nor. Namun, adakah Zul Noordin sedar Ezam Mat Nor makan duit Soros? Adakah Zul Noordin sedar kemungkinan Ezam Mat Nor ini adalah “bekas firaun” dalam PKR dahulu? Kalau dah makan duit Soros, takkan bukan firaun kot? Sampai hari ni Ezam tidak bagitau mana dia dapat duit beli Banglo mewah dia di Shah Alam tu.

Saya yakin Zul Noordin tahu akan perancangan jahat membeli 20 MP dan 15 ADUN ini dan saya yakin Zul Noordin sedar akan Modus Operandi perancangan ini. Itulah sebabnya beliau dengan konfiden mengeluarkan kenyataan ini.

KAEDAH CADANGAN

PR wajib mengadakan panel guaman serta melancarkan Tabung Guaman bagi melindungi wakil-wakil rakyat serta ahli keluarga mereka. DEngan bantuan guaman yang “percuma” akan mampu MENGHALANG majoriti dari percubaan puak-puak ini.

Cadangan kedua adalah perlu didedahkan SETIAP PERCUBAAN “Harrassment” ini kepada media. Kalau benar ada usaha mengacau ahli keluarga MP dan ADUN, WAJIB didedahkan kepada umum. Biasanya, apabila berlaku pendedahan, maka mereka akan berhenti, inshaalah.

Ketiganya, mari kita anjurkan solat hajat besar-besaran di setiap negeri bagi mendoakan kehancuran serta jahanam puak2 yang sedang berusaha membeli wakil-wakil rakyat PR serta mereka yang dibeli. Doakan juga supaya Allah SWT melindungi wakil-wakil rakyat PR dari mara bahaya dan bencana serta kuat iman mereka menghadapi percubaan membeli ini.

Kita lihat sendiri hasil dari doa dan solat hajat di Bagan Serai, Mohsin terpaksa hantar SMS dengan mengatakan beliau tidak akan sokong BN. Itulah sahaja tempat kita mengadu.

Cadangan keempat, supaya setiap ahli dan penyokong berdoa secara pribadi meminta tuhan mengagalkan usaha jahat puak2 yang mahu membeli wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dan doakan supaya mereka ini diturunkan bala kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Hud ke atas mereka.

Dalam berjuta-juta penyokong Pakatan Rakyat, takkan tiada seorang pun yang WALI ALLAH dan doanya mustajab.

AAAMMINNNN
Tulang Besi


8 comments:

Tinta Hitam said...

Ad kebenarannya cerita engko ni.Mmg skg UMNO terlalu desperate utk menang.Menang secara jantan takut jadi mereka cuba menagn secara pondan.Wakil wakil PR tu masa ni bukti samada mereka insan berkualiti atau tidak.Salah silap semua org ada.Tetapi meletakkan kepentingan perjuangan tu yg perlu dilihat.jalan mudah dan terhormat hanya dgn wakil wakil PR ni melepaskan kerusi mereka untuk memebri laluan kepada PRK.

Mereka akan lebih dihormati begitu.

PEMERHATI said...

KALAU MP PAKATAN BERSIH MENGAPA DITAKUTKAN. INI MENUNJUKKAN KEBANYAKAN MP PR INI ADALAH MEREKA YG TIDAK BERKUALITI, TIDAK BERSIH DAN BYK MELAKUKAN KESALAHAN.

ADAKAH MEREKA INI HENDAK KITA AMBIL SEBAGAI PEMIMPIN KITA?

fiona said...

Kandungan artikel ini agak menyedihkan, bukan kerana ada nya kebenaran di sebalik dakwaan penulis, tetapi lebih kepada apa yang tersirat di dalam penulisannya.

Sekiranya, PR mampu mentadbir negeri-negeri di bawah mereka dengan baik, kenapa pentadbiran yang baik gagal berlaku dalam hubungan sesama ahli dan ahli-ketua-ketua PR?

Kejadian keluar parti ini banyak faktornya..satu- pentadbiran yang tidak berkesan, dua- pemimpin yang tidak tahu memimpin, 3-tiada kepercayaan pada hala tuju parti, 4- kepentingan diri yang lebih dari parti yang diperjuang.

walau apapun, sekiranya parti tersebut berjaya menanam semangat yang tinggi seperti kerjasama, komitment, kepercayaan, tak payalah ada baiah taklik

Grand Marquis said...

TB,

Sudah saya katakan, orang yang terdesak sampah pun dia sanggup makan.

Ala, apa nak takut, Allah Maha Perancang.

Minggu lepas Sallahuddin cakap satu minggu satu MP keluar Pakatan, minggu ni xde pun...

Tapi next MP yang kemungkinan keluar ialah MP Chee keong

Anonymous said...

fiona punya statement mcm muhyidin sembab lah... pakai kepala lutut ..

semua keburukkan tu berlaku dlm umno, tapi dialihkan kpd PR..bijak bijak...

Anonymous said...

Da xleh nk kawal MP sendiri nk salahkan parti lawan..ntah apa2 ntah..klako la weiii...

Anonymous said...

what goes around comes around..

the truth will set you free..

Katakanlah yang haq, walaupun

terhadap pemimpin yang zalim?

wala tal bissu haq ..

wallahu`alam bissawab.

Anonymous said...

20 mp jer,.

DSAI target 30

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.