Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, March 12, 2010

Tulang Besi Akan Bertemu SU Agung PAS Berkaitan Aduan Salah Laku

Tulang Besi telah dihubungi Pejabat Agung PAS dan telah diberitahu bahawa SU Agung PAS akan bertemu dengan Tulang Besi di Pejabat Agung PAS pada 15 March 2010 jam 1400 hrs. Topik perbincangan tersebut adalah berkaitan dengan 4 aduan salah laku yang telah dibuat oleh Tulang Besi tempohari.

Untuk membaca aduan-aduan tersebut, sila klik di sini dan sini.

Tulang Besi juga bercadang mengadakan sidang akhbar sejurus selepas perjumpaan dengan SU Agung itu di tingkat bawah, Pejabat Agung PAS.
Tulang Besi dengan rendah hati menjemput sekelian blogger dan wakil media untuk menghadiri sidang akhbar tersebut yang dijangka akan diadakan kira-kira jam 3 petang.

Tulang Besi juga meminta semua pembaca Malaysiawaves mendoakan keselamatan serta kejayaan Tulang Besi dalam usaha Tulang Besi membersihkan PAS dari anasir-anasir UMNO ini.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

12 comments:

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Doa saya bersama saudara.

Nyahkan pencinta-pencinta UMNO ini dari PAS.

UMNO tak pernah meminta maaf atas darah ahli-ahli PAS yang tumpah di Memali.

Kalau as-Syahid Ustadz Ibrahim Libya masih hidup, dah lama kepala Mustafa Ali tu kena ketuk.

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Semoga Allah melindungi keselamatan saudara.

Cuma saya nak ingatkan saja, Cikgu Pa nie mmg licik. Mesti dia cari jalan untuk memperdayakan saudara.

Saya cuma ingatkan apa yang berlaku baru-baru ini.

Tok Guru Nik Aziz minta EGM untuk bincang dan pilih pemimpin. EGM untuk semua pewakilan pilih siapa pemimpin diaorg nak, bukan takat satu atau dua kerat.

Cikgu Pa (melalu Hj Hadi) cuba berunding. Runding punya runding cuma dapat mesyuarat khas.

Dalam mesyuarat khas, majoriti nak Hasan Ali di kenakan tindakan tapi runding lagi, kata nak buat seminar khas untuk PR dan juga nak hadapkan pada jawatankuasa disiplin.

Bila time jawatankuasa disiplin, akhirnya Khalid Samad yang kena tindakan. Hasan Ali cuma teguran.

Dapat tengok betapa cerdik nya otak penipu Cikgu Pa?

Dari EGM yang menhimpunkan pewakilan seluruh negara, kecik kan kepada mesyuarat khas, dari mesyuarat khas kecik kan lagi pada jawatankuasa disiplin yang Tok Pa ada pengaruh.

Padahal idea asal Tok Guru Nik Aziz ialah biar semua pewakilan dari seluruh negara buat keputusan. Last-last cuma jawatankuasa disiplin yang beberapa orang dan berat sebelah.

Saya rasa bila berjumpa dia nanti dia akan mintak TB setuju tak sebut dalam blog lagi lah dan sebagainya.

Ingatlah, apa pun permintaan Cikgu Pa, mesti bermotif puak fraksi UMNO menang.

Saudara Rahman jangan terperangkap. Berhati-hati lah.

Tulang Besi said...

inshaalah saya akan berhati-hati. terima kasih atas nasihat saudara Nizam Mahmud.

Semoga Allah SWT merahmati saudara sekeluarga

Anonymous said...

alahai..
"Kalau as-Syahid Ustadz Ibrahim Libya masih hidup, dah lama kepala Mustafa Ali tu kena ketuk"-Nizam.

1.Kalau Ibrahim Libya ada lagi!!dah lama puak hangpa kenaaaa!!
2.Hangpa gadai islam pada puak kapiaq harbi!!

Anonymous said...

sudah lah sulong.. klu semua pemimpin pas yg telah lama mengharungi pahit maun perjuangan ko perlekehkan, dan ko pulok sapa yg baru setahun dua tulis blog, keluarga sendiri pun tak boleh nak pertahan.. sudahlah..

org dah kenal ko..

dismatin

Anonymous said...

cik gu pa,,,,,su agung PAS yg dilantik umno,,,,

umno suka hati dgn gembira dgn perlantikan ini,,,,

mudah utk umno kontrol,,,,tengok apa yg telah & sedang berlaku dlm PAS

bergolak sepanjang masa,,,kata org putih 'volatile' , mudah meruwap !!!!

Anonymous said...

Memang pelik bila ada orang buat aduan dalam parti atau organisasi dan tunjukkan semua dokumen dan segala bukti kepada orang ramai. Itu bukan aduan namanya, tapi kes nak memalukan orang yang dituduh dan dan memalukan organisasi.

Takkanlah ada pegawai bank, misalnya, buat aduan pada GM bank mengenai seorang pegawai bank, kemudian aduan dan dokumen mengenainya disebarkan kepada orang ramai melalui internet.

Contoh lain, Takkanlah ada pegawai MARA, misalnya, buat aduan pada Pengarah Besar MARA mengenai seorang pegawai MARA, kemudian aduan dan dokumen mengenainya disebarkan kepada orang ramai melalui internet.

Dan, Takkanlah seorang ada Menteri, misalnya, buat aduan pada PM mengenai seorang pegawai Menteri, kemudian aduan dan dokumen mengenainya disebarkan kepada orang ramai melalui internet

Itu maknanya tak reti etik dalam buat aduan. Tak reti undang2. Itu s.s. namanya

Anonymous said...

TB kata dia akan balik untuk bertemu dengan SU Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali. Katanya SU nak berjumpa dengannya berhubung dengan aduan yang dibuatnya kepada PAS Pusat.

TB ingat dia pandai dan hebat apabila dia serah aduan dan dokumen serta bukti rakaman kepada Dato’ MA. Kemudian dia letakkan surat aduan dan bukti-bukti itu dalam laman webnya.

TB ini memang syok sendiri. Rasanya TB akan menjadi lebih sakit jiwa dan sakit mental selepas bertemu Dato’ MA.

Pada pandangan orang awam, aduan TB diterima dan sudah/akan diteliti. Cuma mungkin cara aduan dibuat dan prosidur aduan yang digariskan boleh menyebabkan aduan TB hanya aduan s.s.

Pertama, aduannya dibuat tidak melalui mana-mana cawangan atau negeri atau dewan. Dan aduannya tidak dapat disahkan atau disokong oleh mana-mana peringkat. Implikasi tindakannya: TB tidak ikut peraturan dan oleh itu aduannya tidak sah; ditolak atas sebab teknikal.

Kedua, aduanya serta bukti-bukti telah disebarkan kepada orang ramai. Implikasi tindakannya: Buang kes kerana dakwaan dan bukti sudah dihebah kepada orang sebelum kes disiasat dan sebelum kes diteliti.

Ketiga, aduannya bersifat andaian dan menggunakan bukti tidak tepat dengan dakwaan. Bukti yang diberikan adalah diluar konteks dakwaan dan diluar premis. Implkasi tindakannya: Buang kes.

TB akan balik ke Indonesia selepas ini dan akan terus menyerang kepimpinan ulamak dari jauh. Tetapi buat masa ini sudah hampir 3 minggu beliau berhenti menyerang PAS atau ulamak dan kepimpinan PAS dalam laman webnya.

Semoga beliau akan gunakan sifat ‘gedebe’ beliau menyerang UMNO-BN serta musuh-musuh Islam

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tulang Besi said...

AIKKKKK!! Dolah Karim buat laporan atas nama individu, takpa pulak.

takda pula SU Agung kata dolah karim takda loci standi

Anonymous said...

sama je be....dolah karim dengan kau..cuma dolah karim tak heboh bagi semua orang baca semua dokumen dan bahan bukti...dia ada kat luar negeri...aku rasa SU PAS pun elok panggil dia untuk ketemu..macam kau lah..cuba kau tanya SU PAS tu, ada tak dia panggil Dolah Karim dan nak jumpa Dolah Karim...aku percaya kes dia sama mcam kau, tak ikut prosidur...boleh buang kes babe

Anonymous said...

TB, banyak betul jasa engkau, tapi ramai orang tak sedar. aku baca kat http://tulangbesi.wordpress.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.