Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 11, 2010

UMNO SENYAP SUNYI WAKTU NATRAH DIMURTADKAN

UMNO sudah liberal semenjak 1950 lagi, wahai Ibrahim Ali Al Kataki.. Natrah dilaporkan:

"#
# 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.

# Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu."
.

Ertinya sewaktu Natrah tiba di Belanda, beliau masih lagi beramal dengan Islam serta solat lima waktu.

Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dr Burhanuddin Al Helmi dilaporkan:

“Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini.”
.
Yang mempertahankan Natrah di mahkamah adalah Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim:

< href="”http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah">“19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura”.

Walaupun setelah berpuluh tahun berlalu, diberitakan Prof Ahmad Ibrahim akan mengalirkan air mata setiap kali beliau bercerita berkenaan Natrah.

Siapa lagi terlibat:

“Karim Ghani ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. 'Nadra Appeal Committee' ditubuhkan di Singapura. “.

Siapa Karim Ghani?

“Pas leader Dr Burhanuddin Helmi formed the Nadrah Action Committee. He picked Karim Ghani, an Indian Muslim from Rangoon, Burma, as the committee chairman.

Karim, on Burhanuddin’s orders, was to organise a rally to protest against the court decision.”
.

Karim dan Dr Burhanuddin adalah orang bertanggungjawab menganjurkan demonstrasi besar-besaran memprotes “Permurtadan Natrah”.

Hanifa Maidin ni mungkin ada bau-bau bacang dengan hero Islam dan Melayu bernama Karim Ghani ini.

DIMANA UMNO!!!!!!!!!!

Waktu itu, UMNO sudah wujud di Singapura. Malahan UMNO sudah wujud di seluruh Malaya. Namun, UMNO membisu seribu bahasa. UMNO senyap sunyi. UMNO hanya duduk melangut melihat Natrah dimurtadkan oleh penjajah British yang celaka itu.

Tak heranlah berbondong-bondong ulama masa itu “fed up” dengan UMNO lantas keluar dan menubuhkan Partai Islam SetanahMelayu (PAS).

Dr Burhanuddin adalah HERO MELAYU TULIN, bukan UMNO dan bukan pemimpin2 UMNO yang bachul itu.

Mulai dari hari ini, bila kita ingat UMNO, kita ingat NATRAH.

UMNO ada saham dalam permurtadan Natrah. Kamu memilih untuk membisu seribu bahasa sedangkan Natrah dimurtadkan dihadapan mata kamu sendiri. Kamu memang bachul wahai UMNO. Dosa kamu kami tidak akan maafkan sehingga hari kiamat.

Nyahlah kamu wahai UMNO, wahai pengkhianat Islam, wahai pengkhianat Bangsa.
Kalau UMNO benar-benar pejuang bangsa dan agama, nescaya UMNO tidak akan berdiam diri sewaktu NAtrah dimurtadkan.

Tulang Besi

6 comments:

Anonymous said...

alahai..
1.umno biaqpi la dia parti liberal!!
2.Yang Pas dah jadi parti liberal buat apa!!
3.Apa beza pas dan umno sekarang!sama-sama liberal!
4.janggaila puak pas yang dok slogankan hukum hudud dan negara islam!last sekali jadi parti leberal!
5.Kalau pas jadi liberal 100%!tak dak sapa yang akan sokong pas!Puak kapiaq harbi kot!akan sokong!!

Anonymous said...

kita masih dijajah british, Umno adalah hasil ciptaan british. So selama UMNO memerintah negara ini, kita masih dibawah telunjuk british!

Anonymous said...

//kita masih dijajah british, Umno adalah hasil ciptaan british. So selama UMNO memerintah negara ini, kita masih dibawah telunjuk british!//
Parti Congress India pun dicipta oleh british

Anonymous said...

kata org tua dulu2,senyap tu tandanya stuju la kut...stuju natrah tu dimurtadkan!

Tok Dean said...

Syabas kepada TB membongkar fakta sebenar mengenai kes Natrah ni.Mengambil kesempatan dan "sapi punya susu,lembu dapat nama" telah menjadi cara hidup UMNO.Lihat sejarah perjuangan kemerdekaan negara ni - KMN,API dan AWAS telah terdahulu melaongkan "Merdeka" sebelum ujudnya UMNO,bila tiba hari perayaan Kemerdekaan,UMNO pulak yang sibuk dengan gambar Perdana Menteri,dulu dan sekarang.Pejuang-pejuang kemerdekaan yang tulin seperti Ibrahim Yaakub,Dr.Burhanuddin,Ahmad Bustamam,Ishak Hj.Mohammad,Shamsiah Pakeh dan lain-lain langsung tak disebut.
UMNO memang penyeleweng sejarah.UMNO tak ada kena-mengena dengan kes Natrah.Jangan nak tumpang sekaki.Buku Natrah nak dijadikan modal untuk memujuk orang Melayu kerana UMNO sudah diketahui sah pengkhianat bangsa dan agama.

Anonymous said...

pecat pecat uhhhnmno

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.