Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, March 18, 2010

ZAHRAIN MULA MENUNJUK KETAATAN KEPADA TUAN BARU NYA

NOTA EDITOR: Saya setuju sangat Ketua Pembangkang tidak layan si Zahrain ni. Buang masa layan orang yang menjadi balachi UMNO. Kita semua tahu Zahrain bengang sebab kena pecat sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP). Kita semua tahu tak sampai 3 orang ahli PKR Bayan Baru yang meninggalkan parti mengikut jejak langkah Zahrain. Kita semua tahu Zahrain dibenci oleh ahli-ahli dan aktivis PKR Pulau Pinang.

Dan kita semua sedar akan pendedahan Lim Guan Eng, bahawa Zahrain pernah memohon untuk sebuah projek berjumlah RM40 juta, tetapi kemudiannya ditolak.
Saya setuju sangat kenyataan Tian Chua bahawa ucapan Zahrain adalah ucapan yang ditulis oleh UMNO. Nampak sangat Zahrain tiada idea baru melainkan apa yang sering di dakwa oleh UMNO.

Saya nak tanya Zahrain: Kalau betul Sept 16 ini sebab utama beliau melompat, kenapa melompat sekarang dan bukan 2 tahun lepas?.

Di sini sahaja menampakkan pembohongan serta penipuan Zahrain. Hakikatnya, Zahrain melompat sebab tak dapat pangkat dan projek.

Maklumat saya dapat, Zahrain sedang giat menyebar fitnah bahawa Anwar Ibrahim sering meliwat Malik Kassim, exco kerajaan Negeri Pulau Pinang. Zahrain siap memberi gambaran grafik bagaimana perlakuan liwat itu berlaku.Sila nafikan maklumat saya ini, wahai Zahrain.

Zahrain Reka Cerita 16 September

Oleh Muhammad Faizal Zakaria
KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Hashim didakwa telah bercakap bohong di Parlimen semasa berucap buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru berhubung isu 16 September 2008.

Zahrain dalam ucapan perbahasan titah Yang DiPertuan Agong berkata kononya beliau kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional.

Beliau juga mendakwa Pakatan Rakyat menghantar wakilnya ke Taiwan untuk bagi merayu Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong usaha merampas Putrajaya.

Zahrain berkata Pakatan Rakyat ketika itu yakin ahli-ahli BN yang mahu melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat selain memberitahu bahawa Yang DiPertuan Agong sudah menunggu di Istana Negara bagi memberi perkenan bagi membentuk kerajaan selain merestui Anwar sebagai Perdana Menteri Keenam.

Ketua Pembangkang dalam respons beliau terhadap "cerita" Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata.

"Dia keluar parti kerana tidak puas hati beliau terhadap kes pemecatan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).

"Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.
"Ini adalah draf ucapan yang dibuat oleh Umno, Umno tak berani dan mereka mengambil kesempatan menggunakan orang lain dalam kepentingan mereka," tegas Anwar.

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disokong Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menyifatkan teks ucapan Zahrain disediakan oleh Umno-BN.
"Bagi saya kenyataan yang diperkatakan oleh Zahrain adalah mengikut teks yang diberikan Barisan Nasional kepadanya, ini dapat dibuktikan jika disebabkan 16 September beliau hilang keyakinan kepada PKR kenapa baru sekarang beliau mengambil tindakan keluar parti."Saya tidak nampak apa yang diperkatakan itu betul dan boleh terima, kita beranggapan beliau menurut perintah pihak sebelah sana (BN).

"Kita tahu sebab apa beliau tidak puashati sebelum ini. Kenyataan yang diperkatakan hari ini tidak pernah diluahkan oleh beliau selain kenyataan media selepas beliau keluar parti," komen beliau.

Tindakan Zahrain tersebut telah membangkitkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menuduh Zahrain berbohong sedangkan masalah sebenar semasa beliau bersama KEADILAN cuba ditutup.

20 comments:

Anonymous said...

Najib tlh liwat Bull Dog Nasi Kandar Zahrain!!Zahrain dan dia punya new boss days r numberedlah..tic tock tick tock..hehehe

Anonymous said...

I think the 3rd force is making their moves..and najib probably knows this..musang "gone",najib suddenly appears to be an "independent" pm..kahkahkah..he is feeling the heat man!and rpk's explosive revelations indicates things r moving fast..the "n" is coming to an end..kahkahkah

Anonymous said...

alahai..
1.Nak tau kisah perompak!tanyalah puak perompak!baru ceghita nampak real!!
2.Ha!ha!ha!dah agak pun!bukan taat pada tuan baru!Tuan lama diala!!tak faham ka!!Cuma nak tau apa cerita zul kulim pulak!!tak sabaq!pakat-pakat nak dengaq dari zul kulim!!ada rupanya manusia!boleh percaya habih kat oghang pass pengajian melayu kelas 3!percaya dia cakap tentang islam!tentang ekonomi!nasib baikla dia tak cakap tentang teknologi!kalau tidak!hancur bidang akademik nanti!
3.Allah itu Maha segalanya no!Nak tau nik aziz wali atau tidak!tok guru atau tidak!boleh dengaq dari kickdefella!pakat-pakat nilai sendiri!walaupun ada oghang kata dia kickdgila!fakta tetap ada!kalau tidak!ariffahmi masih berkuasa la!Nik aziz ni takut pulak kat kickdefella ni!walaupun ada kata dia gila!!
4.Ish!ish!ish!tak sangka no!dah agak dari lama lagii!!pakat-pakat dok mohong oghang jee!
5.Last sekali PKR tu!tinggai puak kapiaq jee!yang melayu akan tinggaikan pkr!melayu yang tinggai cuma anuar,wan azizah dan azmin jee!!nak cari tukang baca doapun susah nanti!!

Anonymous said...

Tulang besi

Hari-hari orang Melayu gasak sesama sendiri

Tetapi kaum Tiongha bijak mengambil kesempatan dan ruang


Melayu asyik berpolitik memuaskan naluri masing-masing penuh dendam kesumat.

Hari ini dua perkara yg saya nampak.

1) Melayu sangat baik , tak pa tak pa last-last sekali tinggal celpa.

2) Hari ini mahu masyarakat cina lebih jawatan dlm kerajaan .. atas alasan lebih tahu bahasa mandrin

3) RM 37 juta perlu dibayar oleh kerajaan negeri kpd KTM kerana cina-cina ini duduk secara haram atas tanah KTM . Untunglah dia orang. Sedangkan to nenek saya (Melayu) tak duduk sebab depa kata ni tanah orang.. KTM boleh ceroboh. Kalau macam tu senanglah apat tanah..

Org Melayu hari-hari kena tipu... Tak tipu bukan cinannnn

Anonymous said...

Orang Melayu syiok sendiri


1) Berapa peratus cina / india dah masuk islam sejak PR 2008.


2) Hari itu saya ada seorang rakan Cina pengusaha ternakan akaukultur... Saya tanya ambiklah org Melayu tempatan kerja.

Apa dia cakap ... Kalau Melayu kerja , itu melayu tak berhenti saya berhenti... (Ini benar)


saya bukan anti mereka... tetapi itulah realiti rendahnya Melayu di mata mereka. Peduli apa PAS. Melayu PKR dan UMNO. Rela ambil Mynmar

Hee geramnya... saya bukan racist

Tetapi mencerita yg realiti

Tulang Besi said...

kaum tionghwa tu termasuk Vincent Tan dan Lim Goh Tong ke?

Anonymous said...

Tualng besi


Saya bukan minat UMNO vs Melayu

TEngok-tengok nak asyik nak memenangkan mereka juga

Masing-masing tak berani kritik org Cina

Kita bergaduh sesama kita..

Dok pi Genting setiap cuti sekolah adalah l/k70% Melayu (Melayu Pas mahupun Melayu PKR, PAS)

Dok shoping kat Time square, pelanggan Digi, beli produk Singer sapa Melayu PAS dan UMNO


Kat Universitipun Engineering diuniversiti pun 65% dia org Pensyarah 80% Melayu

Melayu PAS dan UMNO kedua-dua hanya syok dgn Politik .... Sapa beli rumah harga RM 250k (expeteriate Hong Kong, Singapore, Taiwan).

Melayu hanya berani sesama Melayu

Pilah Tulang besi buruk -- indiaaa boleh beli

cakap PaNDAI

Tinta Hitam said...

Kit abergaduh semsa sendiri sebab UMNO sendiri menindas bangsanya sendiri.Sesiapa shj yg tidka sependapat dgn dia akan didiskriminasi lebih teruk dari ubukan Islam sendiri.Contohnya royalti minyak.Terengganu dan Kelantan dinafikan hak royalti dengan bebagai alasan manakala Sabah dan Sarawak yan gman majoriti pulak bukan Islam tidak diganggu hak royalti mereka.

Beberapa syarikat melayu spt Lankhorst dna Al Abrar dimusnahkan oleh UMNO hanya kerna mereka menyokong DSAI .

Pada UMNO sebangsa tak penting.Merek hanya menggunakan isu sebangsa bila tersepit.JIka lepas mereka akan lupa pasal sebangsa ini.

Memang UMNO ni adalah golongan yang tak boleh dibuat baik.Melepaskan mereka adalah ibarat melepaskan buaya.Akhirmya kita dibaham balik

psychedelicmundo said...

Bodoh lah orang Melayu yang hanya memandang ini soal PAS dan UMNO.Tak timbul langsung Melayu bergaduh dengan Melayu.Ini soal Hak melawan Batil.Kalau begitu salah la Nabi Muhammad.Sebab yang berperang dengan Nabi bukan sekadar orang Arab.Bapa saudara beliau sendiri menjadi musuh baginda.Kaum Yahudi yang terkenal dengan tipu helah digelar Ahli Kitab dan halal berkahwin dengan mereka dan halal binatang sembelihan mereka.Orang Arab yang sebangsa dengan Nabi digelar musyrikin.Adakah kita nak tuduh Nabi sengaja tak nak melihat orang Arab bersatu?adakah Nabi mengajar umat bermusuh dengan bangsa sendiri?Manusia hanya boleh bersatu atas dasar kebenaran tak kira lah dengan siapa pun.Orang Islam Melayu yang zalim wajib ditentang.

john labu said...

Anon March 18, 2010 12:51 PM...

kau tahu
pasai apa cina dapat buat pusat peranginan maksiat Genting yg melayu dok gilo pergi tu...?
pasai apa cina Berjaya Toto dapat buat Time square yg melayu dok gila sakan bershopping tu...?

sebab UMNO bagi LESEN JUDI kat vincent dan Goh Tong... untung melanar
sebab UMNO dan UMNO penyebab semuanya, dan
melayu lah penyokong umno yg bagi LESEN JUDI tu... MELAYU!!!

Anonymous said...

sy sedih sgt....org melayu masih tidak sedar...org yg kuat ugama pun dok tak sedar juga apa nak jd dgn org melayu ni pun tak tau la.... syabas zahrain dedahlah apa yg tak betul semuga org-org yg bodoh tu jd cerdik..

Anonymous said...

Anon

Benar

Ceritalah mengapa syarikat Anwar (spt Lakhost ditutup ?)biar org tahu semua diparlimen?

Suruh YB PAS tanya mengapa UMNO bagi Vincent ttann lisen dan Goh tong. Peduli apa pada MCA atau DAP. Baru gentleman

Kat Blog ni pengomen tak seramai macam dulu.

Mengapa Mekah/Madinah sekarang tak diperintah di bawah Khalifah lagi.. Mengapa keluarga Saud, dulu kerajaan Othamniah, Arab Palastine berpecah belah.?

Mengapa puak yg menggaku umat Nabi Muhamad itu berpecah kpd 91 gologan... hanya satu, iaitu ahli sunnah waljamaah yg diakui ? ..

Nak tanya ? Pasai pa..

Secara akademik sedaplah cakap petik ayat sana dan rujukan sini... Kita kena lihat realiti. Sebagai teladan bolehlah.

Mengapa kat Kelantan alat sex toy dijual secara terbuka di kaki lima dan pasar malam (TV tunjuk tadi), kat Kedah dan Penang tak ada?

Ceramah agama sikit punya banyak kan.. ? Mengapa terjadi jugak

Sepengalaman di Arab Saudi ..... Mengapa wujud tanah haram (org kafir tak boleh masuk) Zalim ka org islam kat non muslim.

Royalti/Ehsan ke tak penting (Itu kerja org Politik) Janji duit tu sampai kat rakyat kedua negeri itu yg penting (biasalah saigan Politik siapa nak kawal dan popular kpd rakyat, PAS atau UMNO tu


Melayu ..Sikit-sikit main santau .. Habis lingkup kedai makan Melayu.. Patut kita sembahyang hajat hancurkan mereka ini.. Ni dak sembahyang hajat di Politikan .. org Kafir pun respect lagi?

Asyik dok berbalas dendam sesama kita dgn hujah agama (mentang-mentanglah baru balik Jordan dan Mesir)

Fikirkan

Anonymous said...

Mentaliti Melayu dibawah asuhan budaya politik UMNO hari ni, ramai yang berjiwa munafik...
bila berkata, dia dusta,
bila berjanji, dia mungkir,
bila diberi amanah, dia khianati,
bila beribadah, dia amat keberatan,
bila berharta, dia bakhil untuk Islam,
bila berkuasa, dia menzalimi,

Melayu yang tiada prinsip, materialistik & individualistik dijulang.... melayu tiada setiakawan & pembelot kepada perjuangan.. sebenarnya MUSUH UTAMA BANGSA INI.... dari mereka datang segala kebangsatan dan kehinaan bangsa ini... lahir masyarakat KORUPSI, KONSPIRASI, HIPOKRASI, JIWA GANAS & AMALAN HIDUP JAHILIYYAH (sumbang maharam, bunuh anak, berzina, pemabuk arak, dadah, judi, hiburan melampau, hedonisme, penipu, ragut, rompak, rogol, syirik, .... dsb)

Lepaskah UMNO dari tanggungjawab sebagai punca utama kebebalan dan kedurjanaan terhadap bangsanya sendiri?

Tinta Hitam said...

Pada aku sola Zahrain ni kutuk PR adalah reaksi standard wakil wakil yg melompat.Mereka kata mereka melompat sebab PR rasuah,pilih kasih,DAP anti melayu,masa KOhTsu Koon dulu nasib melay PUlau Pinang sentiasa terjagi sebab Koh Tsu Koon ni pro melayu,Maulud Nabi pulak mereka dibenarkan berarak keseuruh Pulau Pinang setia tahun... bla,bla bla.Pendek kata mereka dah tak sanggup dha berskongkol dengan golongan PR ni.Tu sebab mereka kata mereka ahli bebas yg menyokong UMNO.Sebab nya UMNO ok,tak rasuah,pemimpin pemimpinnya amat bermoral tinggi dan mereka kagum dgn pemimpin pemimpin UMNO.

Aku pergi pd penyokong UMNO pulak.Mereka kata sejahat jahat pemimpin UMNO sama standardnya degn sebaik baik pemimpin PR.Malahan kealiman Najib tu jauh lebih baik dari Hadi Awang atau Nik Aziz.Najib tak menunjuk nunjuk dia alim.Tu sebab dia tak suka guna ayat Al Qur'an bila berucap. Serasuah rasuah pemimpin UMNO tak lah sama dengan pemimpin PAS nih.Kalu ambik pun sikit aje sebab desakan hidup.Pemimpin UMNO sentiasa berhemah dan tidak menunjuk nunjuk kekayaan mereka.Tu sebab kata penyokong penyokong UMNO mereka sanggup bermandikan darah dan berkorban demi pemimpin pemimpin mereka.Kalau jatuh la pemimpin pemimpin UMNO maka nasib melayu dan Islam tidak akan terbela.Mereka kata lagi sebab utama UMNO tak laksanakan Islam sebab mereka tak mau menunjuk nunjuk mcm PAS.Buat apa nak tunjuk alim kata mereka.lagi pun Islam ni bawah Raja Raja.Tanya la Sultan Sultan pasai apa tak laksanakan Islam..

Aku tak tau la hujah mereka tu boleh pakai ke tidak.Jawapan anda semua akan membayangkan mentaliti anda samada up to the intelectual standard atau pun sememang "brainless"

Anonymous said...

Skrg sket2 UMNO sket2 UMNO, mcm mana plak dgn PKR dan PAS? Maksum ke mereka tu? Mmg x dinafikan UMNO ada byk buat salah tp PKR? PAS? bersih ke? Perpecahan org melayu skrg ni atas kesilapan UMNO semata? Jangan terlalu taksub membuta tuli. Aku x sokong UMNO jauh sekali dan xkan sekali pun PKR tp aku sedih dgn PAS. Kenapa PAS skrg hilang taring? Mana semangat Ibrahim Libya? Mana semangat Ust. Fadzil Noor? Kenapa menghalalkan hubungan dgn parti ekstreme cina? knp menghalalkan hubungan dgn parti berbilang (yg dominan kita tau saper). Kali pertama aku dgr kapiaq baca ayat suci Al-Quran dn yg dok pakai kopiah kat belakang tu angguk2.. angguk2 mende tu? Tanda2 akhir zaman org kapiaq bercakap dgn fasih ttg hukum hakam mengenai Islam. Yang PAS dok perjuang Islam tp x bantah tu knp? Yang dok perjuang tu Islam Politik ke Islam sebenar? xyahlah dok melalak sana sini.. yg penyokong dok wat solat hajat atas niat politik.. Ingat solat hajat ni memain ke? Ingat solat hajat ni joke ke? Yang kapiaq skrg ni siap berani ckp kat org2 Islam pi lah wat solat hajat minta tuhan musnahkan org tu org ni.. diorg tu saper? kalau skrg ni org Islam pun x sedar2 mata buta atau rabun dok jd hamba ikutan kapiaq2 mgkin pasni PM kita LGE or KP or LKS.. xpun TC pastu Menteri Agama Islam kita si kapiaq yg baca ayat2 suci tu.. elok lerr tu kan.. buka mata luas2 buka minda tu luas2.. byk lg bahan bacaan yg boleh kita rujuk bkn hanya blog2 bodoh atau akhbar kerj jek.. yg menulis tu kekadang lebih byk tipu dr yg benar. Dari mana diorg dpt berita pun aku tak tau mgkin dgr cerita anak kecik dia je kot..

Anonymous said...

kakahkahkah@pundek pariah dog zahrain..his master told zahrain//' eh zahrain..u sekarang atke iover frm ezam ok..u muntah keluar pkr/pakatan plot pk..u disclose seberapa banyak ok.."..and the pariah dog zahrain muntah kelauar lah,senarai nama..kahkahkah..what a stupid bodo anjing kurap zharain is..sekarang 1 dunia dah tau,si bodoh nachibai belaja juata juta wang rakyat utk beli 3 wakil mp dri pkr,manakala terdapat 8 dri UBN yg dah taroh 1 kaki dlm pakatan,including one cabinet minister..negatif 5 for barisan,yob!!kahkahkahkah..

Tinta Hitam said...

Aap pulak sket sket UMNO? Korang tgk la jawapan ahli ahli UMNO yg aku tulis tu.Tak betul ke kata kata mereka?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Para pemimpin & pencacai UMNO masih lagi berperangai lama... denial state... walaupun majoriti rakyat umum telah amat maklum atas segala amalan politik kotor dan amalan pentadbiran yang penuh korupsi disemua peringkat kerajaan mereka.

Pemimpin2 UMNO/BN hari ini tidak mampu lagi merubah sistem kerajaan Malaysia yang membarah rakyat & negara hari ini kepada prinsip "Tabir Urus yang baik". Pemimpin2 UBN yang tak berprinsip, tamak haluba dan tak patriotik. Mereka lakukan segala korupsi, konspirasi & kezaliman untuk kekalkan lebih 50 tahun kuasa authotarian mereka.

Sudah tiba seluruh rakyat Malaysia tinggalkan UBN dalam keegoan mereka.. bersama ke arah GERAKAN REFORMASI RAKYAT secara total!

Selapas itu, kita tubuh TRIBUNAL JENAYAH UBN .. untuk adili korupsi & kezaliman mereka kelak......

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.