Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 9, 2010

Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong

NOTA EDITOR: Rupanya Tulang Besi tidak berkeseorangan di dalam mengetahui kelentong Zul Nordin sewaktu isu Keracunan Arsenik dahulu. Alhamdulillah.
Berikut adalah tulisan Zul Sulong yang begitu baik dan jitu di dalam mendedahkan siapa si Zul Nordin yang sebenar.

Selamat membaca

Tulang Besi

Zulkifli Nordin yang saya kenal — Zulkifli Sulong .
9 MAC — Saya mula mengenali Zulkifli Noordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya.
Ketika itu Zulkifli Noordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ,
Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.
Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi.
Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.
Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

Lepas isu Aishah Bukhari, datang isu Anwar Ibrahim. Zul telah dilantik sebagai salah seorang peguam Anwar. Ekoran itu, keraguan saya terhadap Zul terlerai begitu sahaja. Tentu Anwar dan pasukannya lebih kenal Zul dari saya yang hanya seorang wartawan cabok. Tentu beliau betul. Itulah yang bermain di kepala saya ketika itu.

Namun, hari demi hari kes Anwar berjalan...keraguan terhadap Zul datang kembali. Ceramah yang beliau berikan sangat ramai pendengar dan penontonnya. Namun, kenyataan-kenyataan yang beliau buat dalam ceramahnya mula meragukan saya.

Misalnya, apabila beliau bercakap soal Anwar terkena Arsenik. Saya masih ingat lagi kata-kata Zul dalam ceramahnya. Kalau tidak silap di sekitar Kampung Baru pada tahun 1998.

“Tuan-tuan, semalam saya ke Sungai Buluh bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Bagi saya Anwar sah terkena racun Arsenik. Apabila saya pegang kepala Datuk Seri Anwar, penuh tangan saya dengan rambut beliau tuan-tuan. Rambut beliau mula gugur. Saya yakin lepas ini semua rambut Anwar akan gugur....” Begitulah lebih kurang kata-kata Zul Nordin dalam ceramahnya itu.

Pendengar sangat hiba dengan Anwar. Terkena Arsenik.

Namun, sebagai wartawan lain pula yang saya rasa. Betul ke ni...bagaimana dia boleh pegang kepala Anwar?, hati saya terdetik. Lalu sebagai pengarang, saya arahkan wartawan, jangan tulis berita itu. Tidak masuk akal.

Kesangsian kepada Zul semakin bertambah dengan cerita-cerita dari kartunis Zunar yang kebetulan ketika itu sentiasa mendapat surat-surat dari Anwar dari dalam penjara. Ketika itu, Harakah siarkan surat-surat Anwar dari penjara dalam kolum “Warkah Dari Penjara”. Ia berupa surat-surat yang ditulis Anwar sendiri di atas pelbagai jenis kertas termasuk di atas kertas tisu dari dalam penjara dan diseludupkan keluar kepada kami di Harakah.

Zunar juga mendapat maklumat yang sama...Zul Nordin ‘melampau’ atau exegerate dalam ucapan dan tindakannya.

Ekoran itu, kami sepakat, berita berasaskan kenyataan dan tulisan Zul Nordin tidak boleh disiarkan dalam Harakah kerana kebolehpercayaannya amat rendah.

Dengan MB Terengganu


Selepas pilihan raya 1999, PAS telah menang di Terengganu. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Menteri Besar. Pada satu hari, beberapa peguam telah diamanahkan untuk membuat satu perbentangan kepada beliau di pejabatnya dekat Kuala Terengganu. Salah seorang dari mereka adalah Zulkifli Nordin.

Untuk membuat perbentangan itu, mereka telah berbincang sehari suntuk di Kuala Lumpur sebelum membuat perbentangan pada keesokan harinya. Maknanya, kesemua mereka sentiasa bersama untuk membuat persiapan itu. Mereka berlepas ke Kuala Terengganu pada pagi esoknya dan terus ke pejabat MB Terengganu.

Di pejabat MB, apabila bersalam dengan Abdul Hadi, Zul Nordin berkata, “Tuan Guru, Datuk Seri Anwar kirim salam. Semalam saya jumpa beliau,” kata Zul Nordin kepada MB Terengganu itu.

Tercengang-cengang semua rakan-rakan peguamnya apabila Zul berkata demikian kepada MB Terengganu itu. Bila pula ‘mamat’ ni jumpa Anwar. Semalam sehari suntuk mereka bersama.

Berpaling arah

Bilakah Zulkifli Nordin mula berpaling arah. Dalam hal ini saya bersetuju degan rakan penulis saya Mohd Sayuti Omar. Menurut Sayuti, Zul Nordin mula meninggalkan PKR sejak tahun 2009 lagi apabila Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petition pilihan rayanya terhadap Zul.
Ketika itu, Zul telah dipetition kerana gagal membuat laporan kewangan perbelanjaan beliau dalam pilihan raya umum 2004.

Ia menjadi syarat wajib bagi SPR. Mana-mana pihak yang tidak membuat laporan kewangan pilihan raya sebelumnya tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya berikutnya. Ekoran kegagalan itu, calon BN telah membuat petition. Zul juga mempunyai masalah besar kerana dia juga didakwa cuba membuat laporan palsu dalam kes ini.


Menjelang mahkamah membuat keputusan, tiba-tiba calon BN itu telah menarik balik petitionnya. Ekoran itu selamatlah Zul dan kekallah beliau sebagai anggota Parlimen.

Walaupun masih anggota Parlimen PKR, namun tindak tanduk Zul bukan lagi anggota Parlimen PKR. Banyak kenyataan dan tindakan beliau sudah selari dengan Umno dan bukan Pakatan Rakyat lagi. Secara tidak rasmi, dia bagi saya sudah menjadi anggota Parlimen Umno. Apatah lagi, berita angin melaporkan beliau telah bertemu dengan Datuk Seri Najib sebelum itu. Saya tidak berani untuk berkata, adakah beliau bertemu dengan Rosmah atau tidak.

Kemuncak tindakan Zul Nordin adalah selari dengan Umno dalam isu nama Allah. Ketika PAS, sebagai sebuah parti Islam yang dipimpin oleh ulama berkata orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah kerana sememangnya nama Allah sudah digunakan oleh Kristian khasnya di Timur Tengah, Zul mengambil sikap selari dengan Umno. Sikap ini bertentangan dengan sikap PKR dan PAS sendiri.

Ia tidak menjadi masalah lagi kerana di dalam PAS juga mempunyai pendapat yang berbeza sebelum kata sepakat dicapai. Tetapi, apabila Zul membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen PAS dari Shah Alam, Khalid Samad ekoran isu nama Allah ini, dia sudah melampaui batas. Semua pihak mengatakan Zul Nordin sudah melampau.

Saya menyokong penuh kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkata, “Saya berdoa agar Zul keluar PKR atau dipecat oleh PKR.”
Dan kini PKR sudah memecat Zulkifli Nordin. Sebagaimana dijangka, beliau diangkat menjadi hero oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia dan diberikan laporan muka depan akhbar itu.

Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, “kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS.” — harakahdaily.net

21 comments:

Anonymous said...

Saya nak dapat penjelasan satu saje. Kalau membaca artikel ini maka nampak macam YB Zuklifli Nordin berbohong tentang keadaan DS Anwar yang terkena arsenik. Apakah benar DSI diracun semasa di Sungai Buloh atau semua ini cerita temberang DSAI dan ahli PKR sahaja?

Heboh sekampung pasal tuduhan itu beb. Aku masih ingat lagi sampai hantar sampel rambut dan kuku DSI ke PUSPATI untuk dibuat analisa menggunakan kaedah NAA (neutron activation analysis).

abuzar said...

Sekarang faham lah kita kenapa Tuan Ibrahim, Timbalan Presiden PAS hendak sangat Zulkifli Nordin ini masuk PAS.

Anonymous said...

Kisah Anwar disyaki diracun itu benar kerana bukti klinikal jelas menunjukkan kandungan arsenik yang tinggi dlm badan Anwar. Mujur perkara ini cepat disedari. Tidak ada pula pakar2 perubatan kerajaan yang menyanggah finding yang dibuat oleh pakar yg dilantik Anwar.

Isunya yang timbul ialah bagaimana arsenik boleh ada dlm tubuh Anwar. Memandangkan Anwar berada dalam penjara yang dibawah tanggungjawab kerajaan, maka timbul kemungkinan apa yang terjadi kpd Anwar adalah atas perancangan pihak tertentu untuk menghapuskan Anwar.

Masalah dengan Zul Nordin ialah apabila dia exagerate atau melebih-lebihkan cerita tentang keadaan Anwar. Memang benar Anwar uzur dan lemah pada masa itu, tapi taklah sampai bila pegang kepala aje rambut Anwar tercabut dengan banyaknya.

Al Maliki

semut said...

Tempat yang baik untuk budak Zul ni ialah Perkasa - hanya Brahim mungkin tak berapa nak terima nya - maklum lah kedua dua nya kepala batu.

pang5bugis said...

dah kena pecat belah aje lah....yang pas ambil brg tahi ni wek aper....busukkan jemaaah aje.....

biar dia duduk dgn uhmmno tong tahi tuuu....

Anonymous said...

alahai..
1.apa yang ganjil tentang zul kulim!Kes murtad!dia pertahan islam lah oii!!hangpa takut pada bayang-bayang!!nak pertahan islam pun hangpa takut!Hangpa guna alasan akta hasutan dan lain-lain!
2.Kes racun anuar!Anuar memang pandai berlakon!hangpa pun percaya pada anuar!hangpa bela dia sakan!Samalah dengan Zul kulim pada waktu tu!Dia bukan main percaya pada Anuar!
3.Eloklah dia keluaq PKR!parti liberal segalanya!sanggup gadai Islam untuk dapat kuasa!Pas pun!dah makin liberal sekarang!Dan orang melayu dan islam akan tinggalkan parti yang sanggup gadaikan Islam!!
4.Tak percaya!hangpa tenguklah nanti!!Hanya orang kapaiaq saja yang akan sokong PKR dan Pas yang liberal!!

Anonymous said...

Anonmous8.11pm,
1. ketua ulamak sedunia Qardawi dan ramai ulamak tersohor dunia dah kata tiada larangan bagi penganut ugama lain menyebut nama Allah. Allah maha berkuasa dan tak perlu orang macam Zul Nordin dan pemimpin UMNO dan mempertahankan nama Allah. Mungkin Zul dan orang seperti anda ang takut bayang sendiri.

2. Najib, Mahyuddin,Hisamudin, Nazri, Khir Toyo, JJ.... bandingkan dengan Nik Aziz, Hadi Awang, Nizar, Husham, ... woo sejauh neraka dan syurga memisahkan mereka. sebab? fikir sendiri.
3. Kalau Pemimpin melayu hidup bergelumang dengan dosa menipu dan menindas rakyat baik lagi "kapiak yang ikhlas dan adil pemerintahan nya.Allah itu maha berkuasa dan penyayang.

Anonymous said...

Saya nk betulkan pendapat anonymous 8.11pm..Jgnlah dibuat perbandingan pemimpin kafir lebih baik daripada pemimpin Islam yang penipu?..Nampak sgt saudara anggap soal akidah tidak penting..Saya yakin jika ada pemimpin PR buat kenyataan ada pemimpin PR yg rasuah, maka dia akan digelar ejen UMNO..dan jika pemimpin PR buat dakwaan pemimpin BN rasuah..sesungguhnya dia berkata benar..sebagai cth..sebelum zahrain, fairuz, sallehudin keluar PKR..sapa yg kata mereka penipu?..makan rasuah?..nk kan pangkat dsbnya?..cerita mereka jahat timbul setelah mereka keluar PKR..jadi kesimpulannya baik atau jahat seseorang itu bukanlah bergantung kpd parti..tapi yg jelas jika dia kafir dan sebaik Abu Talib sekalipun..di akhirat amalan mereka tidak diterima Allah.

Anonymous said...

Saudara Al Maliki

Yang saya tahu, menurut keputusan NAA dari PUSPATI tiada yang ganjil tentang kandungan arsenik dalam kuku dan rambut DSI. Ini teknik nuklear beb dan memang tepat.

Kalau benar diracun, apa pasal sihat ye brother Anuar kita tu. Tak ada pun heboh sakit selain dari sakit pinggangnya dulu. Keracunan arsenik ini ada kesan jangka panjang.

Pasal lapuran pakar Anwar mengiayakan tuduhan kena racun tu, aku sendiri tak baca. Kalau ada laporan itu minta disiarkan dalam blog Tulang Besi ni.

Kalau lihat video dia yang tersebar luas sekarang ni, nampak gaya Anwar ni memang pandai auta. Jadi aku memang naik sangsi sikit dengan Pak Syeikh ni..

Anonymous said...

TB....tulisan zulkifli sulong tidak menyamai tahap seorang editoraial...terlalu banyak dengar cakap dan prasaangka buruk...kalau cakap berlagak..ramai pun yang buat..Anwar Ibrahim dengan 16 sept pun berlagak jugak.

TB.anda tak sepatutnya siar artikel murahan zulkifli sulong..mana kredibiliti anda TB...anda mahukan bukti bagi setiap tuduhan..jelas sekali anda TB pun tak ada kredibiliti..cakap tak serupa bikin...dasar pembohong dan penyebar fitnah hidup...

Grand Marquis said...

TB nak minta address, ha ni ada orang dah sambut dah.

Jeng jeng.... lihat disini

Oppsss... Selangor mana ada rumah urut.

Selangorkan bersih dari maksiat.

Anonymous said...

TB..rumah urut ni ada ke tak..itu tak penting bagi TB...yang penting kuasa..kuasa dalm pas..hapuskan puak perpaduang..kuasa dalm kerajaan..hidup dengan dap..semuanya itu yang penting....bila difikirkan politik kaum bukan islam lebih matang dari politik orang melayu lslam di malaysia....itulah sebab karpal singh tiada tindakan walaupun teruk kritik DSAI..tapi zul nordin terus kena tibai bila kritik KS dan DAP...lebih malang ramai plak juak2 yang timbul macam zulkifli sulong..alahai orang islam..inikah politik kita ????

Tulang Besi said...

Kahkahkah GM tak ori,

Dari link kau bagi tu, rumah urut ni dah wujud semenjak BN memerintah lagi.

Apa buktinya dia haram? Apa aku nampak rumah urut tu rumah urut betul tak offer pelacuran?

Bukan dia kata urut traditional ke?

Sebab tu dia tidak ditutup walaupun zaman BN memerintah.

Hahahahahaa next alamat, GM Tak Ori.

Grand Marquis said...

TB, sebelum hang cakap ia wujud masa BN, hang dah siasat dan konfirm ke ia wujud zaman BN? Itulah orang kata, puak korang ni bila fitnah BN, tak pernah ingat Tuhan. Yang tau main bantai aje.

(Cuma logiknya dari poster tu dia tulis Di Buka Sekarang. Takkan rumah urut yang wujud 3 tahun lepas letak poster Di Buka Sekarang)

Apa yang hang nampak dari situ? Yang pasti, rumah urut tu wujud, sebagaimana yang hang dok minta. Haram tak haram hang kena pi tanya ahli majlis shah alam tu. Dia orang kan kawan baik hang.

Lagi satu, dah tentu semua orang akan kata urut traditional. Takkan nak buat poster urut seksual.

Grand Marquis said...

Kalau hang minta next alamat, bererti hang dah mengaku dapat satu alamat rumah urut.

Bukankah hang kata nak bagi bukti Hadith Umar dan Kain tu hadith muttawatir lepas dapat satu alamat. Sekarang ni tunaikanlah kata-kata awak tu.

Tulang Besi said...

Kalau hang minta next alamat, bererti hang dah mengaku dapat satu alamat rumah urut..

Aku mintak next alamat sebab contoh kau bagi tu tak sah.

Buleh paham tak benda simple ni, wahai grand marquis tak ori?

Grand Marquis said...

Ha ha... saya dah agak dah hang akan spin. Next after next.

TB, hang tak payah spin. Orang yang bijak sikit dah boleh agak dah, hang memang tak de bukti tu. Hang main bantai aje kata itu riwayat muttawatir. Hang ni makin menyerupai Anwar la.

Jangan lupa, mendustakan hadith tak sama dengan mendusta sesama manusia. Ingat hadith Nabi S.A.W.
Sesiapa yang berdusta ke atasku secara sengaja dia sudah menempah tempatnya dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jadi kalau hang ni ada sifat takut pada Allah S.W.T. hang patut muhasabah diri.

Tulang Besi said...

GM Tak Ori,

SIla kemukan bukti yang contoh rumah urut kau bawa tu menawarkan khidmat pelacuran?

Anonymous said...

"Saya selalu berkata kepada pemimpin PAS, “kalau kenyataan tuan disiarkan oleh Utusan, apatah lagi di muka depannya, percayalah itu bukan publisiti yang tuan perlukan. Itu sebenarnya publisiti buruk dan percayalah ia akan menyusahkan tuan dan PAS.” — harakahdaily.net"

Perenggan terakhir menarik minat sy.kpd pro UG yg mati2 pertahankan pemimpin mrk disini dgn hentam tulangbesi tlng ambil perhatian dgn apa yg Zulkifli 'sulong coretkan.

Selain drpd Zul nordin, pemimpin pas yg sering mendapat tempat isu dlm Utusan Msia adalah Nasharudin mat isa.

Apa maknanya itu? TB, and tlg tambah kalau ada lg pemimpin yg serign dpt publisiti besar2 an dlm utusan.

lps ni pun lau geng ug tk fhm tak tahulah

Anonymous said...

assalamualaikum
memanglah semua termasuk penulis ini apabila YB zul Noordin mula bersuara dan dipecat oleh PKR,beliau telah mula dikecam dan dihina serta diherdik...tetapi masa beliau dalam pakatan rakyat beliau begitu disanjungi..inilah adat resam politik yang hina dina apabila terdapat seseorang yang hina dina berada di dalam...
saya sebagai orang islam ingin mmberikan sedikit teguran kepada saudara penulis...agar berhati2 semasa memberi komen dan pendapat kerana kelak Allah yang membalas setiap patah perkataan yang penulis katakan dan nukilkan...wallohu'alam...

Ashraf said...

Zulkifli Sulong punya cerita bahawa Zulkifli Nordin seorang pembohong macam cerita dongeng sahaja. Saya syor pada Harakah jangan ambik zulkifli sulong sebagai wartawan. Tak logik langsung ceritanya. Macam cerita tukang fitnah kat kampung aje. Cuba fikirkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.