Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Friday, April 2, 2010

Apa Nak Jadi Dengan Timbalan Presiden PAS Kita Ni?

NOTA EDITOR:Wartawan Harakah telah >menegur Timbalan Presiden PAS kerana tidak turut serta dalam perbahasan menentang UMNO sewaktu isu APCO dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Timbalan Presiden lebih rela berborak dengan Husni Hanadzlah dari mengambil bahagian dalam menelanjangkan kemunafikan UMNO kerana mengambil syarikat Yahudi/Zionis sebagai penasihat dan rakan kongsi maklumat.

Sepanjang rekod beliau di Parlimen, kita jarang dengar Timbalan Presiden PAS menaikkan isu-isu yang membuat UMNO tidak selesa. Jauh sekali menyerang UMNO di pentas Parlimen sepanjang 2008-2010. Amat jarang sekali kita dengar Nasa dengan lantang mempersoalkan kebobrokan dan kemunafikan UMNO dan Barisan Nasional. Hatta dalam isu tuduhan liwat Anwar, Nasa diam membisu sehingga ke hari ini.

Nasa lebih suka menunjukkan ke”jantan”an beliau kepada sesama MP Pakatan Rakyat berbanding dengan UMNO/BN. Masih kita tidak lupa bagaimana Nasa dengan bengis memberi amaran kepada wakil DAP Perak, Ngeh Hoo Kam, supaya jangan sekali-sekali mempersoalkan peruntukan untuk masjid kerana ia boleh membawa kepada terurainya Pakatan Rakyat.

Memang semenjak menang 2008, Tulang Besi mendapat laporan dari beberapa sumber yang berotoriti, bahawa Timbalan Presiden PAS lebih suka bergaul dengan MP2 UMNO dan BN berbanding dengan MP2 Pakatan Rakyat (sekiranya beliau di Parlimen lah). Dan sejak 2008 lagi Tulang Besi telah melahirkan rasa bimbang Tulang Besi terhadap sikap dan perangai Ustaz Nasa yang lebih selesa bergaul dgn wakil-wakil rakyat UMNO.
Nah, sekarang terbukti maklumat yang Tulang Besi dedahkan sebelum ini. Ustaz Nasa lebih suka berborak dengan Husni Hanadzlah berbanding berbahas dan mendedahkan kejahatan serta kemunafikan UMNO.

TUlang Besi sendiri banyak mempersoalkan kenapa isu-isu besar seperti di bawah tidak pernah diambil pusing oleh Ustaz Nasa:

a. 10 Lesen Special Draw Baru yang diluluskan Najib dalam bulan pertama Najib menjadi Menteri Kewangan
b. Tuduhan fitnah liwat ke atas Anwar Ibrahim
c. Cadangan lesen judi sukan yang diberikan oleh Berjaya Group kepada Najib Tun Razak
d. APCO dan kaitan UMNO dengan rejim Zionis
e. Zahid Hamidi berjumpa Presiden Israel
f. Royalti Minyak Kelantan
dan banyak lagi

Kita harus puji Cikgu Pa, SU Agung PAS Pusat,kerana beliau dengan berani dan tegas telah terlibat dalam usaha memperjuangkan royalti minyak Kelantan dan secara terbuka berdiri dan bersama barisan PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional serta memperjuangkan kebenaran.

AGENDA KERAJAANG PERPADUANG MASIH SEGAR BUGAR

Seharusnya ini menjadi pengajaran kepada perwakilan PAS yang telah mengundi Ustaz Nasa sebagai Timbalan Presiden tahun lepas:

”KAMU TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG SALAH”.

Ustaz Nasa telah dipilih atas nama mempertahankan kepimpinan ulama dan menentang proksi Anwar dari menguasai PAS. Ternyata alasan-alasan menyokong NAsa itu meleset sama sekali. Tiada proksi Anwar dalam PAS serta kepimpinan Ulama tetap wujud walaupun Husam menjadi Timbalan Presiden.

Ini adalah manifestasi agenda “KERAJAANG PERPADUANG” yang ditaja oleh Nasaruddin dan geng beliau. Ia menyebabkan Timbalan Presiden PAS tidak jauh tarafnya dengan ahli “Back-Bencher” UMNO di Parlimen.

Hasil dari pemilihan Ustaz Nasa adalah seorang Timbalan Presiden yang pasif dan lebih suka bercampur dengan MP2 UMNO di Parlimen dari menjalankan tugas sebagai wakil rakyat PAS di Parlimen.

Itulah Timbalan Presiden yang telah dipilih oleh Perwakilan2 PAS atas nama mempertahankan kepimpinan ulama serta menentang Proksi Anwar. Dapatlah mereka Timbalan Presiden yang tak jauh beza dengan BBC di Parlimen.

Sikap Nasa yang tidak mahu mengambil bahagian di dalam menyerang dan menghancurkan UMNO sudah maklum kepada kita semua, kecuali perwakilan-perwakilan PAS yang telah mengundi beliau.

Tak hairanlah secara terbuka, Syed al Habshi, Ketua UMNO Bahagian Cheras telah menawarkan Timbalan Presiden PAS menjadi ahli di dalam Bahagian yang beliau ketuai itu.

Bukan PAS tidak pernah ada kepimpinan tertinggi yang masuk UMNO. Bekas Presiden PAS sendiri, Arwah Dato Asri melompat masuk UMNO dan mati dalam UMNO. Kalau setakat Timbalan Presiden semata-mata, takda hal.

Ada orang beritahu saya, Timbalan Presiden PAS ini, badannya masih dalam PAS namun hatinya sudah pun bersama UMNO. Tak tau betul ke tidak cakap kawan saya ini, tapi itu adalah pengamatan beliau yang agak kenal rapat.

Tulang Besi

ps Sekurang-kurangnya arwah Ustaz Bakar Hamzah dan Ustaz Hasan Adli, tidak pernah menyertai UMNO. Sehingga mereka mati, mereka secara terbuka mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli dan pendokong PAS. Dan mereka tidak takut untuk menyerang dan menelanjangkan UMNO walaupun pada masa itu keahlian PAS mereka telah mati. Itu namanya orang yang berprinsip.
Teringat kesah Ustaz Bakar Hamzah yang dipanggil ke “Debat Olok-Olok” sewaktu cadangan debat PAS-UMNO hangat sekitar 80’an. Selesai debat tersebut, Ustaz Bakar Hamzah terus ke Pejabat PAS bertemu kepimpinan PAS dan menceritakan apa yang berlaku dalam debat olok-olok UMNO itu. UMNO menjemput beliau kerana UMNO ingatkan Ustaz Bakar Hamzah telah kerat rotan dengan PAS. Rupanya, Bakar Hamzah masih setia sebagai ahli dan pendokong PAS, terus melaporkan dengan detail apa yang berlaku.
Apa saya nak kata, kalau Bakar Hamzah masih hidup, lagi teruk Ustaz Nasa kena maki dengan dia berbanding cara Zainul Faqar menegur Timbalan Presiden.


Lebih baik bertanya Allah, dari bertanya Nasharuddin!-Rabu, 2010 Mac 31.

Salam Pencerahan!

“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati. Allah berfirman: Belum yakinkah kamu (Wahai Nabi Ibrahim a.s)?. Ibrahim menjawab: Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). Allah berfirman: (Kalau demikian) ambillah empat ekor burung lalu cingcanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [2:260]

KENAPA Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa perlu melenting dengan pertanyaan saya kelmarin (30 Mac’10)?

Apabila semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Umno BN di Dewan Rakyat, menentang usaha Umno melantik Badan Perundingan Antarabangsa Apco Worldwide (IAC), iaitu proksi Zionis-Israel; saya bertanya beliau, “Kenapa Ustaz asyik bersembang dengan Datuk (Ahmad) Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan) di Cafeteria (Ahli Parlimen) ini?“

Saya berasa, saya wajar mengetahui tentang kepemimpinan saya, apakah perkara yang begitu penting di sisi Nasharuddin sehingga beliau mengutamakan Ahmad Husni dari komitmennya menentang Umno di Dewan Rakyat?


Bukan sahaja lima wartawan Harakah melahirkan rasa hairan melihat kelaku Nasharuddin, seorang wartawan dari suatu akhbar berbahasa Cina yang kebetulan bersama saya pun turut menyuarakan rasa hairan dengan iltizam politik Nasharuddin pada saat itu.

Dalam fikiran saya, sekiranya yang duduk melepak di situ adalah Datuk Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Emas), Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) atau Datuk Zahrain Md Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru) atau Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai); saya tidak kisah.

Mereka Ahli Parlimen Bebas. Mereka dipanggil pengkhianat. Mereka dipanggil ‘Katak-katak Jadian’.

Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Bachok. Nasharuddin adalah Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Nasharuddin bukan Ahli Parlimen Bebas. Nasharuddin bukan Ibrahim, Zulkifli, Zahrain atau Mohsin yang dipanggil ‘katak’ di Parlimen.

Apa sahaja yang dilakukan oleh kepemimpinan parti saya, saya kira saya wajar tahu dan saya wajar berfikir.

“Yang anta (kamu) nak tahu kenapa? anta siapa?” Nasharuddin membengis.

Saya pun memperkenalkan diri. Saya membuat pengakuan di depan Nasharuddin sambil diperhati Ahmad Husni bahawa saya merupakan ahli Pas, wartawan Harakahdaily dan blogger anti Kerajaan Perpaduan.

Saya juga membuat pengakuan di depan Nasharuddin, sambil diperhati oleh Husni, yang saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan.

“Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk lepak di sini sedangkan MP-MP Pakatan (Rakyat) yang lain sedang sibuk menghentam fraksi Zionis (Umno) di Dewan Rakyat? Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini?” saya mula bertegas.

Nasharuddin menekan suaranya, “Ana (saya) kenal anta (kamu). Ana tahu apa yang anta buat. Semuanya ana tahu (iaitu saya anti pemimpin pro Umno dan Kerajaang Perpaduang), apa yang anta buat. Kenapa anta nak tahu? Kenapa anta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?“

“Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.

“Ana pun kenal hang. Aku pun ada rakaman-rakaman dan bukti pemimpin Pas khianat Pakatan (Rakyat) dengan pergi mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Umno (yang) zalim sebelum ini.”

Husni kemudiannya bersalaman dengan Nasharuddin dan bersalaman dengan saya apabila saya saya serius memperkatakan kepentingan Ahli Parlimen PAS menentang Apco/IAC menggunakan pentas Dewan Rakyat.

“Ana tengah dengarkan,” kata beliau sambil menunjukkan peti televisyen di Kafeteria Ahli Parlimen.

“Sebab itulah saya nak tahu, kenapa Ustaz berada di sini dan asyik berbual dengan Husni? Saya cuma nak tahu sahaja, kenapa Ustaz tidak berada di Dewan Rakyat pada waktu genting sebegini?” saya mengerut dahi dan mata saya tidak lepas memandang mata hitam Nasharuddin.

“Kenapa nta (kamu) nak tahu? Kenapa nta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?” Nasharuddin seperti mengelak untuk memberi jawapan yang wajar apabila saya terus bertanya soal yang sama, ’saya nak tahu…’

“Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya,” saya berhujah.

“Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno).“

Lama juga beliau berdiam dan saya nampak kebengisannya. Saya tidak nampak wajah seorang Timbalan Presiden PAS. Saya tidak nampak wajah seorang ahli PAS dalam dirinya.

Sambil mengusap belakang beliau, saya kemudiannya merapatkan muka kepadanya lalu berbisik, “Ustaz ini Islam, pemimpin Islam dan pemimpin Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya.“

“Saya Muslim. Saya wartawan paling junior. Saya ahli Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya kerana saya hanya bertanya: kenapa Ustaz di sini (di Kafeteria Ahli Parlimen)?“

Kata saya lagi, sekiranya saya seorang Blogger yang tidak bermaruah, saya tidak bersemuka dan bertanya Ustaz semua (persoalan) ini.

Saya kemudiannya meninggalkan Nasharuddin seorang diri di Kafeteria tersebut.

Kemudiannya, saya mendapat tahu bahawa beliau meninggalkan Parlimen, tidak menyertai sesi penghujahan pada sebelah petang di Dewan Rakyat.

Selepas peristiwa itu, banyak wartawan menemui saya. Beberapa Ahli Parlimen PAS juga menemui saya meminta penjelasan lanjut daripada saya.

Saya kata, saya seorang yang tidak pandai politik. Sebab itu, saya pergi bersemuka sendiri dengan Nasharuddin dan bertanya semua persoalan tersebut.

Kalau beginilah sikap kepemimpin PAS, saya anggap beliau tidak layak memimpin jamaah PAS dan tidak layak memimpin kerajaan Malaysia kerana apabila Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Maafkan saya, tulisan ini bukan sekadar tulisan blog. Doa seorang Muslim. Ini doa seorang ahli marhaen Pas.

Kepada semua pelayar blog ‘kecil’ ini, khususnya geng Kerajaang Perpaduan, segelintir pemimpin Pemuda yang bacul dan ahli-ahli PAS yang menyokong usaha membawa PAS bergabung dengan Umno sendiri, sila buat aduan segera tentang entri ini kepada Lembaga Disiplin PAS supaya saya boleh didakwa dan dipecat.

Wallahu ‘alam. Lawan!

———-

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PENGKHIANATAN

SAYA MUSLIM, SAYA BENCI PERKAUMAN


27 comments:

Anonymous said...

TB. dato asri tak pernah masuk UMNO. dia dalam parti berjasa, dan berjasa bersama BN

Tulang Besi said...

Anonymous said...

TB. dato asri tak pernah masuk UMNO. dia dalam parti berjasa, dan berjasa bersama BN
.

Aku tak tau nak cakap macamana dengan statement ni.

Nasihat saya, pegi lah belajar sejarah balik.

BERJASA ni ditubuhkan oleh Pak Natsir sewaktu Dato Asri masih YDP Agung PAS lagi.

LibangLibu said...

Hebat. hebat lu punya posting. Hebat. Tak sangka ye.. kalau ada cerita pasal Ustaz Nasha seketui ni, post la lagi. Suka aku baca. Sejak dia bergeli2 dgn UMNO, benci sungguh aku kat dia.

john labu said...

TP nasa ni terhegeh-hegeh pegi kelantan mintak bertanding..
terhegeh-hegeh mintak rakyat Pas kelantan undi biar menang..
terhegeh-hegeh makan duit rakyat dan alaun MP...
kemudian jugak terhegeh-hegeh nak bebaik dengan Umno..
TP terhegeh-hegeh ni yg pas terhegeh-hegeh nak bela...?
ahli majlis syura.. Allahuakbar.. dah dekat nak kiamat rupanya!!!

john labu said...

Tb,
minta jasabaik tolong penjelaskan!!

TP terhegeh-hegeh Nasa yg teruk ka..
atau tawkey2 pas yang dok bela dan angkat dia naik ka yg teruk..
atau kita2 yg masih dok sokong ni teruk??

boleh tak tb bagi entry sejarah lengkap TP kita sebelum join pas.. banyak kemushkilan kami tak terjawap! adakah dia umno sebelum nya?

Anonymous said...

Oh berangan rupanya dia nih..

Grand Marquis said...

Tiada proksi Anwar dalam PAS. UG masih hidup.

Itulah yang dijaja oleh TB selama ini. Adakah orang akan percaya tiada proksi Anwar dalam PAS? Dan TB pula mati-mati mahu orang percaya UG masih hidup dalam PAS.

Inilah orang kata penulis persepsi cuba menjaja persepsinya pada orang ramai.

Anonymous said...

bole tak sdr rahman citerkan sejarah si nasa nie...seingat saya, mamat di diangkat oleh arwah utz fadzil noor dan menjadi penterjermah semasa muktamar 1999 klu tak silap saya.

Anonymous said...

psssttt!!!...mana geng UG atau pro-umno utk mempertahankan nasa? tak meriah la jika mereka nie senyap je..

Yong said...

Yong muskil, betoi ke dia ni Ustaz? Tak salah Yong kelulusan dia ni bawah dari MB d'pulau (takde Dr, tapi ilmunya gitu2 le). Boleh ke TB siasat betoi ke dia ni ulama?

Anonymous said...

alahai...TB..
1.ketua pembangkang nak cakap tentang yahudi!!
2.hmmmm!!dia pun dok makan sponsor dari yahudi!!hangpa tak sedaq!atau hangpa buat-buat tak sedaq tentang benda ni!!
3.Kalau puak hangpa !puak yang berfikiran jumud macam hangpa!dapat perintah malaysia!tak dapat bayangkan!umat islam berpecah belah!nak pi makan kenduri kendara pun tak boleh!sebab perbezaan ideologi politik!itu berpecah kerana perbezaan ideologi politik!ada ka!berbeza politik!nak bercakap!nak bertegoq sapa pun tak boleh!!!hatta nak makan!minum!sekali pun tak boleh!
4.Kerana politik!hangpa pecahbelahkan umat melayu dan islam!satu lagi!puak dr dunia!asri!jugak berpecah kerana dok bidaah sesama islam!
5.Patutpun Allah tak perkenan puak macam hangpa dapat perintah malaysia!patutpun puak macam hangpa!hanya berapa kerat je!orang melayu dan islam sokong!patut pun!puak macam asri tu!puak mudah je!yang ikut dia!
6.Kalau tidak!hancur puak islam dan melayu dimalaysia ni!Ish!ish!ish!

Musafir said...

Akhlak ahli PAS yang memberi komen macam TB dan sekutu xmelambangkan akhlah seorang Islam. Macam mana PAS nak kuat kalau ahli macam ni. Jadilah pendokong Islam, jangan jadi pendokong Parti.

Anonymous said...

Dah tahu mamat ni loklak... pi pilih dia jadi timbalan presiden buat apa... ini lah sikap PAS. Yang bengap tak tahu perjuangan dipilih jadi pemimpin.. hanya kerana nak wala'.. itu pun Hj Hadi dok sayang kat dia..

TGHH.. tuan guru tahu ke orang yang macam si Nasa ni lah yang menyebabkan rakyat lari dari menyokong PAS? apa tuan guru sanggup membiarkan PAS punah akibat perbuatan si bengap Nasa ni?

Anonymous said...

http://www.malaysiakini.com/news/92450

Anonymous said...

Kalau PAS nak mengundang kekalahan sekali gus menenggelamkan PAKATAN RAKYAT, sila calonkan NASA, TGHA, H.Ali dan kuncu-kuncu mereka.

Negara mengamalkan politik demokrasi, jadi, apa salahnya jika ada yang ingin meyokong "perjuangan" UMNO ? Sama juga dengan yang meyokong PAS, PKR, DAP dan sebagainya.

Tetapi ! Jangan sampai ke tahap jasad di rumah, roh pula di kelab malam. Bukankah amalan ini ajaran syaitan ?

Anonymous said...

Nasa tu semacam Ibrahim Katak Alilah..kedua dua mereka ni dlm useless kategori,dan kemungkinan besar,depa ni akan jadi MP for the ast time..nasa tau rahsia mengenai penglibatan dia dlm liwat gate part2 diketahui oleh Anwar,jadi dia sedang sibok dgn puak UMNo utk exit strateji..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

//Negara mengamalkan politik demokrasi, jadi, apa salahnya jika ada yang ingin meyokong "perjuangan" UMNO ? //

ya memang tak salah..masaalahnya,UMNo tu afflicted zombi..buktinya PERKOSA's leader si terancat akai Ibrahim kodok Ali..Tok Guru Nik Aziz kesian punya pasai kasi chan sama itu kodok,dan balasanya..bagaikan melepaskan anjing tersepit..UMNo memang bangsat pengkhianat vampires dari dulu sampai sekarang dan selama lamanya..

abdullah mamat said...

PRU 13 elok tidak dicalonkan ustaz nasa,,,,rugi kerusi saja mcm ni

kalau ustaz masih dlm pimpinan PAS , biar dia jaga parti saja

samada nak buang atau tidak dari parti ,,,,itu urusan perwakilan dlm muktamar

Anonymous said...

Ust. Nasa nie tak tau ke org2 PAS skrg da takleh jupe org UMNO samada sengaja atau tidak, berlanggar bahu, trjupe , senyum, takleh tu semua, kalo ada la pekara tu terjadi maka akan tercop la kat dahi org PAS trsebut sbg proksi UMNO, ejen UMNO, ejen UG..
Begitu la persepsi Rahman & the gang terhadap rakan PAS mereka.

Persepsi pengikot PAS reform..

solah said...

nasa ni jenis bewok hidup, PAS nak pikul dia ni buat apa?

TGHadi ni pun satu hal percaya kat Stopa sampai Trengganu menang sepenggal saja.

Bagi geng mamat ni bermaharajalela kat pusat jawab dia makin hari makin ramai cabut lari. Buat orang menyampah.

Budak tingkatan empat boleh baca tapi yang tua-tua masih lagi sokong.

Anonymous said...

what the hell .tb tb tb go to hell

Anonymous said...

TB,
DiParlimen Nasaruddin Mat Isa ni tak boleh harap dan dalam PAS pun langsung tak boleh harap.Sejak menang jawatan Tim.Presiden,apa satu perkara besar yang dibuat untuk PAS? Tak ada apa pun.Bulan sudah kecoh dia ada dalam majlis pelancaran buku Natrah kelihatan dengan Mahyuddin.Kali ni diParlimen bersembang dengan menteri UMNO jugak masa mana ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain sedang sibuk bertikam lidah dengan orang UMNO.TGNA dah pernah sound kepada dia untuk perbaiki diri.Nampaknya Nasaruddin Mat Isa ni memang sudah termakan jadam UMNO.

saya said...

Saya sambung lagi mengenail Roslan SMS diserang bertubi-tubi dan akhirnya dia ter"lucut" daripada jawatan Setiausaha Akhbar Presiden PAS. Sampai hari ini jawatan ini masih kosong. Ada orang kata dulunya nak letak Zainulfaqar di situ. Tapi politik sekarang dah berubah, setelah Zainulfaqar ditengking oleh Tok Guru Abdul Hadi dalam telefon kes Kalimah Allah. Apa taknya budak belajar sejarah nak ajar Presiden pasal kalimah Allah. (Mesti Zainulfaqar hairan bagaimana saya ada maklumat ini. Dr Shamsuri ke aku ini??? Anak usrah dr Kayu ke? Paling-paling busuk mesti Ustaz Kholil)

Oleh kerana jawatan dah terlepas, peribahasa Melayu ada menyebut, alang-alang menyerluk perkasam.. Itu jadi biul tak tentu pasal, serang Presiden, Serang Setiausaha Politik Presiden dan Serang Timbalannya sekali!

Saya berhujah lagi, kenapa saya kata mereka sengaja menyerang Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan beberapa orang kepimpinan PAS yang akan dijatuhkan dalam pemilihan Muktamar Agung akan datang. Saya berhujah juga bahawa pimpinan ini diintip setiap gerak geri mereka untuk mencari kesalahan bagi dijadikan isu untuk "blogger celaka" menambah tokok kebencian.

Ok. Masih ingat Pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu? Wartawan dan Blogger Celaka Zainulfaqar ada tak menyoal atau bertanya MP PAS yang tak hadir tanpa sebab dalam pengundian tersebut? Kenapa ada diskrimimasi dalam hal ini? Tidak lain kerana memang mereka adalah agen pengatur kepimpinan PAS untuk Muktamar Agung akan datang supaya mudah harta, jawatan, pangkat dan kedudukan di dalam negeri-negeri yang perintah akan berada di tangan mereka.

Saya masih belum bersedia mendedahkan bagaimana dalam pemilihan lalu wang diberikan kepada perwakilan. Tidak hairan suatu masa nanti PAS akan jadi macam UMNO. Kononnya tentang UG tapi hati perut macam UMNO!!

UG adalah senjata menyerang kepimpinan. Saya cabar mana-mana ahli PAS (jangan takut saya dikatakan oleh TB boleh akses database PAS) untuk menyatakan di dalam mesyuarat mana (sebut cawangan sudah cukup) bahawa ada disebut UG dan di bincangkan!!

Sekali lagi saya cabar Tulang Besi (selaur dalam), Zainulfaqar dan Greenboc (Kalau tak jawab juga tulisan ini lebih baik engkau tak payah menulislah buat dosa aje. Kerja dan cari rezeki untuk anak dan isteri lebih mulia!!) untuk membuktikan di mana-mana cawangan atau kawasan yang ada bincang pasal UG. Satu cukuplah!! Sahut cabaran buktikan dengan fakta!!

Sakit kepala dengar cerita pasal UG macam cerita hantu. TV pun main cerita hantu, rating TV naik. Tapi tanya daripada pengarah sampai tukang cuci sampai selepas shooting pun tak pernah lihat hantu sebenar!! Blogger celaka pun macam tu juga, tulis pasal UG, label orang itu orang ini UG, habok tarak!! rating juga kira!!

john labu said...

saya,
kalu nak cabar pun bagila nama..
kalau engkou pun sejenis hantu camne diooran nak jawab??

Anonymous said...

Ust Nasaruddin ketuai MP PAS serah memorandum APCO kepada Agung
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25876:-apco-mp-pas-serah-memo-kepada-agung-hari-ini&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Anonymous said...

Blogger yg bodoh, hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...