Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 5, 2010

APCO dan NASA: Syabas, tapi.......

Riuh rendah pengikut “Fraksi UMNO”/”Geng Perpaduang” dalam blog saya memberitahu berkenaan dengan laporan Harakahdaily yang terbaru:

“Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang Dipertuan Agung jam 12 tengahari ini.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.”

Misalnya, seorang pembaca bernama Ibnu Qalil meletakkan dlam ”shoutbox” saya:
• IbnuQalil Ust Nasa ketuai MP PAS serah memo APCO kepada Agung
Details
2010-04-05 3:56 AM
#

Respon pertama saya adalah syabas kepada Timbalan Presiden PAS yang mengambil inisiatif menjuarai salah satu agenda Pakatan Rakyat. Cuma setakat yang saya tahu, inisiatif untuk menghantar memo kepada Agung adalah atas idea dan daya usaha YB Mahfudz Omar sewaktu membahaskan isu APCO ini.

Dan, oleh kerana Presiden dan YB Wahid Endut tidak menghadiri sidang Parlimen hari ini kerana menghadiri Sidang DUN Terengganu, maka Ustaz Nasa lah MP PAS yang paling tinggi ranking nya dari segi jawatan parti.

Maka secara otomatik, Ustaz Nasa menjadi ketua kepada rombongan MP PAS yang akan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memo bantahan hubungan UMNO-APCO.
Laporan Harakahdaily tu pun lebih banyak mengambil kenyataan Mahfudz dari Ustaz Nasa.

Jadi, penyokong-penyokong perpaduang sekelian, saya nasihatkan jangan lah berasa gembira sangat. Benda ni benda terpaksa buat bukan yang Ustaz Nasa nak buat sangat. Kalau Ustaz Nasa semangat sangat dalam isu ni, sudah tentu dia akan terlibat dalam perbahasan dan tidak membuang masa berborak dengan Husni Hanadzlah di kantin Parlimen.

Saya bukan tak tau, puak2 perpaduang dalam PAS sering menyebarkan berita kononnya Husni Hanadzlah mengangkat Presiden PAS setinggi-tingginya. Tapi, kalau betul cerita ni, apasal Husni tak masuk PAS sampai sekarang.

Agenda Perpaduang ni adalah campuran antara kebodohan (naivity) dengan ketamakan (greed). Itu adalah kesimpulan saya.

Tulang Besi

APCO: MP PAS serah memo kepada Agung hari ini

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 5 April:
Hampir semua anggota Parlimen PAS akan menyerahkan memorandum mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide kepada Yang Dipertuan Agung jam 12 tengahari ini.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa ini akan menyerahkan memorandum itu jam 12 tengahari kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di pejabatnya.

Memorandum ini bertujuan memohon kepada Yang Dipertuan Agung agar campurtangan berikutan keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik perjanjian dengan syarikat itu.

Ini kerana, APCO juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Israel dan dipercayai turuk terlibat dalam merancang 'One Israel' sebelum memberikan khidmat perhubungan awam kepada kerajaan Malaysia.

Dalam sidang Parlimen minggu lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan APCO Wordwide.

APCO adalah juga syarikat perhubungan awam yang berpengkalan di Amerika dilaporkan turut terlibat memberikan perkhidmatan yang sama kepada Israel.

Beberapa bekas pegawai khidmat rahsia tentera Zionis Israel juga berada dalam lembaga penasihat APCO.

"Kami telah berulang kali memohon agar Perdana Menteri mengkaji balik hubungan ini, namun beliau menolaknya bahkan mempertahankan APCO," kata Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Bagi Mahfuz, hubungan antara kerajaan Malaysia dan APCO ini sangat bahaya kepada kepentingan negara kerana khidmat ini akan mendedahkan maklumat sulit negara kepada syarikat asing yang ada kepentingan dengan Israel.

Ia amat sensitif kepada umat Islam bahkan juga seluruh rakyat negara ini, katanya.

APCO sudah dua kali menafikan perkara ini dan antaranya didedahkan sendiri oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Namun, akhbar Strait Times Singapura mengesahkan wujudnya perjanjian antara APCO dengan Israel ini.

Dalam ucapannya, Anwar mendakwa, APCO diperkenalkan oleh Omar Mustapha Ong iaitu rakan kongsi syarikat Ethos Consulting, kepada Najib. Omar Mustapha pula adalah rakan karib Khairy semenjak Datuk Seri Abdullah masih menjadi Perdana Menteri.


18 comments:

geng saper said...

semua dibuat x senang..smpai dpt baca isi hati org wat ikhlas @ x ikhlas...hebat dia ni...

Anonymous said...

Eeehhh..Rahman memang hebat per...

Tulang Besi said...

Kita tak baca hati orang. kita baca PERBUATAN ORANG.

Perbuatan mesti selari, bang.

Anonymous said...

(Dipetik dari blog anak-sengat) - Selepas Tok Guru Nik Aziz menafikan apa yang didakwa, hari ini Kickdefella mengamuk lagi dengan kenyataan dalam blognya yang semakin melampau dengan menuduh Tok Guru berbohong.

Berkemungkinan Kickdefella merasakan dakwaannya itu menjadi 'angin' jika penafian Tok Guru terhadap 'pembongkaran' jahatnya untuk memburukkan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Sekarang ini, sudah ternyata Kickdefella mempunyai agenda yang rapi untuk menjatuhkan kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Lebih dahsyat lagi, ianya mungkin telah dirancang sejak dahulu lagi.

Apakah agenda Kickdefella dan orang sekelilingnya tidaklah dapat diketahui dengan jelas. Namun, tindakan beliau sejak akhir-akhir ini menampakkan diri beliau yang sebenar selepas tindakan dipecat daripada jawatan dalam PMBK sebelum ini.

Beliau dilihat bertindak memburukkan Tok Guru Nik Aziz dengan mencalarkan imejnya dengan tuduhan rasuah. Perasaan dendamnya terhadap Tok Guru Nik Aziz dan keluarganya telah menyebabkan tindakan Kickdefella jauh lebih melampau.

Tok Guru perlu jumpa exconya dengan segera

Amatlah berbesar hati jika Tok Guru memanggil semua exconya bagi membincangkan masalah yang ditimbulkan oleh Kickdefella ini kerana melibatkan imej dan maruah kerajaan PAS Kelantan.

Dalam masa yang sama, PAS Kelantan perlu bertindak dengan cepat untuk menyiasat, siapakah dalang disebalik tindakan Kickdefella.

Dijangka, Kickdefella bukannya bertindak berseorangan dalam perkara ini kerana beliau telah memiliki dokumen sulit yang hanya dipegang oleh exco-exco kerajaan negeri sahaja. Minta disegerakan penyelesaian masalah ini agar ianya tidak membarah ke akar umbi.

Mana blogger mendakwa bersama Tok Guru Nik Aziz?

Dalam hal ini, kenapa kebanyakan blogger yang selama ini meletakkan banner dalam blognya, "kami bersama Tok Guru Nik Aziz", "blog ini bersama Tok Guru" dan macam-macam lagi sebagai tanda menyokong Tok Guru.

Tetapi sekarang ini ntah ke mana. Dulu konon bersama Tok Guru tapi sekarang diam seribu bahasa. Apakah blogger yang boleh dikategorikan celaka ini hanya bermuka-muka dengan Tok Guru kerana sebelum ini Tok Guru Nik Aziz meminta 'EGM' dalam PAS?

Itulah 'perut busuk' blogger celaka yang hanya bermuka-muka memberi sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz selama ini. Selama ini mereka hanya 'bersandar' kepada Tok Guru untuk 'membenarkan' tindakan kotornya cuba menjatuhkan pimpinan PAS dengan alasan UG yang sudah ketinggalan zaman (sebab kejahilan mereka).

Keluarlah yang berkaitan

Tok Guru dah kena tuduh, kena pijak dan lanyak oleh Kickdefella. Bila lagi nak tunggu untuk bersuara?Jangan sampai jamaah tertewas dek ketamakan kita. Wahai sang pembela Tok Guru, apa lagi kamu tunggu, ayuhlah. Jangan sekarang dah bacul.

Anonymous said...

kalau dah benggap bahlol lembab dan sembab, ke mana pergi pon orang tak akan kenang, pandang ataupon respect.

itulah pemimpin no.2 PAS dan ditengok tingkahlaku dan perangainya, tak ubah macam budak Ngok dari Pekan nun.

Ngok bolehlah tipu 1-2 orang, ribuan manusia tu, tak mungkin lah kecuali masa mereka tidor dan Ngok dating dalam gelap berkelambu.

LibangLibu said...

hantar memorandum? wakilkan Guan Eng lagi elok.

bila nak tgk Nasa Seketui ni pakai jubah serban??

"iman dalam"... "iman dalam..."

john labu said...

jangan risau dgn respon fraksi ugmno..
itu baru nasa jd tukang bawak kertas diorang dah kecoh girang smacam!!
WAIMAnya kalau nasa TERBERSIN... APCOOO!! APCHOOOO!!!!
sekalipun maka bertempik la geng fraksi dan ug beritahu nasa adalah pejuang penentang yahudi!

nak buat lagumano... nak tunggu nas buat dalam sedar dan iklas, sori laa!! bersin pun bulih laaa..

Anonymous said...

tuan TB, minta laluan nak jawab anak sengat..

mungkin benar ada blogger yg tak benar-benar support NA..

tapi rasanya, kebanyakan blogger luar kltn taknak follow-up bersebab:

per1)diorang taknak bagi publisiti murah dan mudah pd dahfella.. itupun yg mamat ni dok tunggu-tunggu!
ke2)kalau tak layan mamat ni akan meraban sorang2 sehinggalah nampak belang temelang... kalau dah nampak, baru hero tamil keluar!
ke3)seeloknya usaha dijalankan oleh anak kltn dgn bahasa kltn sbb isu ni, local interest! lagi pekat lagi bagus!!
ke4)belum pasti sapa dalang kat belakang mamat ni..

w/bagaimanapun... sekarang sesuai cuit mamat ni, kita tengok latahnya samada ada bunyi U atau G jugak..

john labu said...

mahathir dan paklah masing2 sudah belanja 500j pd 1999 dan 2004 tapi gagal ambil klate..
bayangkan pru13 dgn bajet yg sama dan katalah 20-30% digunakan untuk biayai kerja-kerja subversif dan kerja derhaka dalam pas!!
agak-agaknya berapa nilai untuk kerja yg seunik blog kickdafella??

tamingsari said...

Tok Guru kena jawab dgn telus dan benar barulah blog penyokong boleh hidup. Kalau tak jwb dgn benar mcm mana nk pertahankan. Apa pun sebab musabab disebalik permainan kickdefella, penyokong perlu tahu kebenaran. MB tak boleh nk lepas diri dgn jawab 'tak tahu'. Terlalu banyak tomahan yg tak terjawab. Ada presiden yg boleh bantu dikutuk orang sendiri. Sekarang jawablah sendiri.

Anonymous said...

yg penting

"kata dulang paku serpih"

kata org dia yg lebih-lebih"

kaih-kaih lurut-lurut

yg tak baik buat apa ikut

UG (union garden)

Anonymous said...

salam..

TGNA g umrah la....balik umrah insaallah TGNA akan jwb..

Anonymous said...

TB,

Nasa sudah tak ada kredibiliti lagi.Dia cuma pandai main wayang.Waktu berdebat kat Parlimen dia hilang,sekarang baru nak tunjuk garang.Itulah yang dinamakan wayang.

AyahDi said...

Tok guru gi umrah, 5 - 21 Apr 10. Semalam penuh stadium Muhamad IV dengan lebih 1000 bikers seluruh negara. Tok Guru flag off.

Anonymous said...

bila lagi nak pertahankan TGNA bang??? senyap je. sebelum ni berdegar2 cakap sokong TGNA

Anonymous said...

Blog: Perisik Israel Wujud Dalam PDRM: Dari Malaysiakini Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan ... http://bit.ly/cGk3CO

Anonymous said...

setuju benor part 'campuran antara kebodohan (naivity) dengan ketamakan (greed)'. hehe...

huh... mungkin naive tu yg lebih... tamak mungkin tak dominant sgt. ka 50-50? gerammmm kat geng UG yg menyusahkan terutama sekali sang pencetus, kalau benar mereka taksub dgn benda yg salah, berapa punya banyak hurahara yg dah dibuat oleh pencetus tu.

Anonymous said...

Sudah tiba masanya utk merampas negara ini dri puak puak dayus spt UMNO..s

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.