Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, April 15, 2010

Benarkah Jentera PAS di Hulu Selangor Perlahan?

NOTA EDITOR: MAlaysianInsider melaporkan bahawa jentera PAS kelihatan perlahan di dalam bergerak. Tidak seperti jentera Keadilan yang nampak begitu aktif. Ditambah dengan jentera kerajaan negeri yang tidak kenal penat dan beroperasi 24-7. Ditambah dengan MB yang bersemangat 24 jam. Tampak jentera PAS begitu lemah berbanding jentera Keadilan dan PAS.

Sebenarnya, rekod menunjukkan jentera PAS sentiasa perlahan dan lemah sepanjang kesemua pilihanraya kecil semenjak Kuala Terengganu kecuali di Bukit Gantang dan Manek Urai. Di Bukit Gantang, Pesuruhjaya PAS masa itu adalah Ustaz Ahmad Awang, seorang yang jelas menenantang Kerajaang Perpaduang. Begitu juga di Kelantan.(Harus diingat di Manek Urai, pengundi-pengundi luar tidak pulang menjadikan jumlah undi PAS mengecil)

Rekod yang paling buruk adalah di Bagan Pinang dimana jentera PAS seolah-olah macam tidak wujud.

Hatta di Permatang Pasir dan Kuala Terengganu sekalipun, laporan yang saya dapat jentera yang lebih ke hadapan adalah jentera PKR dan DAP. Secara mudahnya, analisa saya adalah sebegini:

a. Apabila Pesuruhjaya PAS sesuatu negeri itu ANTI UG (Bukit Gantang dan Manek Urai), jentera PAS akan berjalan dengan AKTIF dan BERDAYA MAJU

b. Apabila Pesuruhjaya PAS sesuatu negeri itu PRO Perpaduang, secara otomatik jentera akan slow (Kuala Terengganu, Bagan Pinang dsbnya)

c. Dalam kes Permatang Pasir PJ Penang ini bukan 100% pro UG tapi sebab ada elemen-elemen UG yang wujud dalam Penang yang masih kuat menjadikan jentera agak lemah tapi lebih baik dari Bagan Pinang dan Kuala Terengganu.

Di Selangor pula, jentera pilihanraya memang sudah lemah sejak dari awal. Sepanjang 2 tahun ini PJ Selangor lebih menumpu usaha mensabotaj kerajaan negeri Selangor, menyebar fitnah berkaitan kerajaan negeri (i.e. Teresa Kok larang azan, ahli Majlis 30% Melayu dsbnya) dari membina kekuatan jentera parti. Hatta, JAIS dan MAIS pun PJ Selangor tak dapat lawan menjadikan urus tadbir agama dan zakat di Selangor masih lagi di bawah pengawasan "UMNO".

Hasilnya, jentera PAS di Hulu Selangor secara otomatik menjadi lemah. Tidak boleh dipersalahkan ahli dan penyokong kerana ahli dan penyokong adalah ikhlas. Yang harus dipersalahkan adalah pimpinan negeri yang lebih suka menyerang Pakatan Rakyat dari menguatkan jentera PAS.

Kalau nak tau kenapa jentera agak slow pegi tanya SU Perhubungan Negeri, Khairuddin Othman, yang lebih suka menyuruh PAS keluar Pakatan Rakyat dari melakukan kerja memantapkan parti.

Adapun faktor calon Zaid Ibrahim. Memang kita akui Zaid dahulunya amat bermusuh dengan PAS. Tapi, ahli-ahli PAS juga nampak betapa Zaid Ibrahim sekarang ini rapat dengan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan sudah pergi menunaikan haji di Mekah.

Sekurang-kurangnya kita boleh beri peluang kepada beliau sekali bagi membuktikan diri beliau. Ataupun ahli dan penyokong lebih suka memenangkan calon dari parti MIC? Jangan lupa, MIC mempunyai rekod sejak merdeka memburuk-burukkan Islam kepada kaum India. Adakah MIC lebih baik dari Zaid?

Juga, jangan lupa Pengarah Pilihanraya Kecil PAS Pusat bagi Hulu Selangor adalah Timbalan Presiden, seorang tokoh Perpaduang. Jadi, tak boleh harap sangatlah kepada dia untuk MENYEMARAKAN jentera PAS.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat juga seorang pro "Perpaduang". Lagi lah tak boleh harap.

Cumanya, yang boleh kita puji adalah tampaknya berlaku perubahan sikap Dato Hasan kerana semenjak MB Selangor memindahkan pejabat MB ke Hulu Selangor, beliau juga tampak aktif bergerak bersama-sama jentera kerajaan negeri.

Tulang Besi

ps kenapa PAS tak boleh lantik orang muda memimpin Jabatan Pilihanraya PAS Pusat? Orang2 seperti YB Nasir ataupun Wan Nik yang ada rekod menjayakan pilihanraya?

Hulu Selangor sees a slow start to PAS campaign


By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, April 15 — Unlike other by-elections, the PAS machinery has been slow to make its presence felt in Hulu Selangor, giving rise to the speculation that it was unhappy with Datuk Zaid Ibrahim’s candidacy for Pakatan Rakyat (PR).

Umno campaigners have seized on PAS’ absence as proof of Zaid’s rejection by the Islamist party, but PAS officials claim otherwise, pointing to several programmes that include Selangor PAS chief, Datuk Hasan Ali, who is a conservative unlike the more liberal Zaid.

It is understood that Hasan has largely been present in the constituency in his capacity as the state executive councillor in charge of Islamic affairs. Last night, he moderated a low-key forum on Islamic leadership at a mosque in Hulu Bernam, near the Perak border.

“I don’t think PAS will be interested to campaign for Zaid, he does not reflect the values that PAS is trying to promote, but you can never tell, PAS can always change their stand,” said Kelantan Opposition Leader Datuk Alwi Che Ahmad.

The Kok Lanas assemblyman has been in Hulu Selangor since early this week to campaign against his fellow Kelantanese.

“PAS and Zaid are like chicken and duck, they cannot understand each other,” Alwi told The Malaysian Insider.

PAS grassroots are said to be uneasy with Zaid’s past, when he was the Kota Bharu Umno chief. He once sued the PAS-led Kelantan and Terengganu governments for attempting to enact Islamic criminal laws in 2002.

The suit was subsequently withdrawn on the instructions of Umno leadership, for fear of losing Malay support.

Several blogs, including some that are run by PAS officials, have highlighted their concern over Zaid’s background.

“We will definitely exploit this in our campaign. Zaid Ibrahim sued [the] PAS government, so how can he be associated with PAS now?” said Hulu Selangor Umno division committee member, Datuk Zainal Abidin Sakom.

But Selangor PAS leaders denied that they were not taking the April 25 election seriously or were unhappy with PKR’s choice of candidate.

“It is still too early in terms of doing real campaigning, and this time we are not leading the campaign, all activities will be co-ordinated by PKR, we are just providing support,” said Selangor PAS secretary Khairuddin Othman.

“And we have never questioned the candidate, even in past by-elections we didn’t question,” he told The Malaysian Insider when asked about the selection of Zaid as the candidate.

Since Election 2008, PAS has participated in five by-elections and provided crucial support for PKR in the remaining four elections, except for Batang Ai in Sarawak where the Islamic party has no presence.

Another Selangor PAS leader, Izham Hashim, gave his assurance that the party workers remain committed to ensuring a PR victory.

“We are already there, we moved into the society, there is no problem with the candidate,” said Izham.

“I think we have thrashed out the issue with him, he only made the challenge because of the constitution,” he said referring to Zaid’s suit.

The Hulu Selangor by-election was called following the death of PKR’s Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad last month. Nomination is set for April 17 while polling is on April 25.

15 comments:

john labu said...

haha Rela dalam terpaksa..
cuma takut puak ni secara sonyap-sonyap aktif.. aktif bersama geng APCO APCO.. rekd TP tu..

man said...

puak perpaduang, gerombolan penembak ba alip ba ya bukan slow tapi penat baru balik memburu ba alip ba ya..

malam tadi x tido, mengantuk mengangkut ba alip ba ya.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Zaid Ibrahim suruh buat loteri utk tajaan sukan:

Zaid: Run Lotteries to raise sports fund

Zaid Ibrahim Nak biar Lina Joy murtad:

Zaid dan hujah dangkalnya tentang kes Lina Joy dikecam hebat

"Saya menggesa supaya Dato' Zaid Ibrahim meletakkan jawatan kerana kegagalannya memberikan nasihat kepada Majlis Peguam supaya menghentikan program-program yang mencetuskan kemarahan umat Islam seperti penganjuran Forum Memeluk Islam minggu lalu," kata Sofi.

Isu Majlis Peguam, Zaid Ibrahim perlu letak jawatan

Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan untuk memperkenalkan atau meluluskan apa-apa undang-undang jenayah, dakwa seorang peguam terkemuka, Zaid Ibrahim.

Rang undang-undang hudud, kerajaan negeri kena saman

Alasan buat haji, Haji Mahathir pun byk buat haji.

Kita mau Zaid Ibrahim sendiri sebut dia sokong hudud, dia bertaubat tak minum arak, tak sokong Lina Joy murtad, baru kami sokong Zaid dalam kempen pilihanraya Hulu Selangor.

asyMok_Aambo said...

Kepemimpinan melalui TELADAN. The PAST is HISTORY. Siapa Kita Nak HUKUM zaid ibrahim???

libanglibu said...

brilliante sheikh.

memang ada kena mengena. (bab jentera)

nasha seketui pi H Sgor tak? ada batang idung kemek dia tu??

zakwan said...

Anon 1:57
The guy already left the Zionist associated UMNO
Plus the publication of "Saya Pun Melayu", I say soon 2 be YB Zaid has already cleansed himself of the outdated backwarded Ketuanan Melayu ideology

Remember all the dirt they revealed on Anwar using Ezam,Nalla etc during the Permatang Pauh by election?
Try that on Zaid and it'll be "senjata makan tuan"

So what if Zaid was once anti hudud?
U think MIC will establish hudud laws once Kamalanathan won?

Anonymous said...

Saya hanya nak tanya ... Tualang Basi sendiri dah turun ke ... Ke Hulu Selangor.. Tak payah sembang lah kata jentera lembap ke apa kalau diri sendiri tak turun.. Kalau turun dah berapa kali kalau nak dibandingkan dengan Pimpinan PAS yang lain ..
Cukuplah Tualang Basi jadi APCO dalam PAS.

Tulang Besi said...

onymous said...

Saya hanya nak tanya ... Tualang Basi sendiri dah turun ke ... Ke Hulu Selangor.. Tak payah sembang lah kata jentera lembap ke apa kalau diri sendiri tak turun.. Kalau turun dah berapa kali kalau nak dibandingkan dengan Pimpinan PAS yang lain ..
Cukuplah Tualang Basi jadi APCO dalam PAS.
.

Kalau saya turun nanti orang kata saya ni pro PKR pulak.

Lagi pun, saya cerita pasal jentera pilihanraya PAS.

SAya bagi analisa saya dan perlu berlaku perubahan sekiranya PAS hendak menang lebih banyak kerusi pilihanraya depan

Anonymous said...

Waah waah waah..Negara dah hancur tak apalah..janji puak haramjadah chootia dayus UBN terus bernerakuasa..ya?

PAS is digging their grave.. al auta unta kopiah wallah nak mati bersama sama UBN..

Anonymous said...

Saya tidak setuju dengan tulisan ini. Tidak tepat.

Anonymous said...

"Kalau saya turun nanti orang kata saya ni pro PKR pulak."-TB.

alahai ...TB..
1.Memang ramai oghang macam hang!pandai berteori!pandai bercakap!pandai menyalahkan orang lain!
2.Bila disuruh praktikan apa yang dicakap!berbagai alasan diberi!berbagai hujah diberi!
3.Sebab ramai oghang macam hang la ni dimalaysia!masalah sosial makin menjadi-jadi!tukang menyalahkan orang!menyalahkan sistem!ramai!belambak!suruh bertindak!berbagai alasan diberi!!
4.Oghang macam hang!kalau ramai dalam sesebuah sistem!organisasi!rosak sistem!rosak organisasi!sebabtu Pas kena minta sedekah pada puak kapiaq harbi untuk berkuasa!sebab ramai yang ada dalam pas!puak macam hang!puak yang pandai berteori!pandai bercakap!pandai berkokok!suruh praktikan hampaS!!!

Anonymous said...

ini adalah tektik menyalahkan PAS bila calon ketagih arak PKR kalah nanti.

ramai org dah tahu, berdasarkan culaan yg dibuat, PKR akan kalah teruk dlm prk hulu selangor kerana faktor calon dan imej PKR yg dah merudum teruk.

Anonymous said...

Tak tau berapa sama ada pengarang atau mereka yang komen berada dalam jemaah PAS atau tidak. Hakikatnya, artikel ini bersifat spekulatif dan tidak menggambarkan fakta yang sebenar.

Mereka yang terlibat dengan jentera PAS umumnya mengetahui bahawa perancangan untuk Hulu Selangor bermula sejak berita kekosongan kerusi berlaku - ya, kami sudah dikerah untuk mempersiapkan diri ketika itu.

Dakwaan jentera perlahan menunjuk meraka yang mendakwa mungkin tidak pernah terlibat secara langsung dari A-Z dalam jentera.

Anonymous said...

Janganlah dok terpengaruh dengan media semata-mata.. marilah pakat turun ke Hulu Selangor dah tgk mcmmana kami bergerak.

Dok peluk bantal kat Indon buat apa.. kata gaji besar.. kalau setakat RM500 tambang pegi balik pun tak mampu nak korban.

So, pengajaran,, jangan dok tuduh sembarangan.. Perpaduang ke bukan perpaduang ke.. mari turun sekali..

kunta_kunte said...

busuknya ati...camner buat laporan ni???aku bru sampai rumah mlm td..tolong sorg bloger pas buat liputan..5 ari aku duk saner...tidur 2 - 3 jam jer sehari..semua peti undi boleh dikatakan aku pergi..kadang2 satu peti undi hingga lima kali sehari aku pegi..yg wat kerja pas dap pkr sama kuat..aku pun x terasa penat masa tu bila tgok kedaan disana...tiba2 tgok dlm blog bodoh ni buat rumusan pas x buat kerja bersunguh2...bodoh...mmg bodoh...maaf kalau terasa..slama ni aku bersangka baik ngan tb ni..tp bila aku bc posting ni, bru aku tahu orangnya mcm maner...aku suka sgt sbb aku dpt jumpa ramai bloger polpular yg selama ni aku hya dpt baca nama dorg dlm ternet ni...tp aku x de rezki dpt jumpa TB kat sana..sbb aku x tu dia ni pegi atau tidak atau pegi sehari sehaja untuk buat rumusan atau aper..Wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.