Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 12, 2010

Cabaran Kepada KICKDEFELLA: Sila Buat Laporan Kepada SPRM

Semenjak “KICK” ada tuan baru ni, habis diserangnya TGNA. Walaupun dalam isu Arifahmi, saya bersependapat dengan beliau, tapi sejak akhir-akhir ini, tulisan beliau amat melampau.

Saya menahan diri saya menulis berkenaan beliau sebab dinasihatkan jangan melayan Kick sebab nanti akan menaikkan imej beliau.

Saya sengaja mendiamkan diri terhadap Kick walaupun pada mulanya saya telah menghidu bau yang sangat tengik dan busuk melalui artikel beliau yang memuji Zulkifli Noordin Al Kazzab. Agaknya sebab Kick dan Dzul ni dah masuk bakul yang sama, maka terpaksalah dia memuji sesama sendiri.

Namun,sekarang saya mencabar Kickdefella supaya MEMBUAT LAPORAN KEPADA SPRM di atas segala tuduhan beliau yang beliau katakana berlaku kronisma, nepotisma dan rasuah. Dalam isu balak pun, saya mencabar Kickdefella untuk MELAPORKANNYA kepada SPRM bagi berlaku siasatan terperinci terhadap pemberian balak di seluruh Kelantan.

Kalau setakat dedah syarikat balak memberi sumbangan kepada PASTI Kelantan, apa masaalahnya? PASTI Kelantan adalah institusi yang banyak berjasa kepada rakyat Kelantan terutamanya yang miskin.

Bagi yang miskin, pendidikan pra sekolah yang mereka mampu tanggung hanyalah TADIKA KEMAS. Malangnya, Tadika Kemas adalah mempunyai kurikulum yang sekular dan tidak menjurus kepada pembinaan akhlak dan kefahaman Islam.

Maka, PAS menubuhkan PASTI bagi memberi pendidikan pra sekolah Islam yang murah harga yurannya supaya rakyat miskin di Kelantan dapat menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan pra sekolah berteraskan Islam.

Saya sendiri kalau menjadi MB akan MEWAJIBKAN semua syarikat yang mendapat konsesi balak untuk menyumbang kepada PASTI. Ini kerana ia menjamin kelangsungan dakwah, membantu orang miskin, memberi pendidikan pra sekolah yang sesuai dengan kemampuan orang miskin dan yang paling akhir menjadi saingan kepada kurikulum sekular Tadika KEMAS yang tidak membina minda Islam di kalangan kanak-kanak.

Jadi, kalau setakat sumbangan kepada PASTI si Kickdefella nak jadikan isu, saya nasihatkan Kickdefella, pegi main jauh-jauh. BERIBU-RIBU keluarga miskin di Kelantan telah mendapat manfaat yang jelas dari sistem PASTI di Kelantan. Jangan lupa tu wahai Kick.

Lagi satu, seperti yang saya kata sebelum ini, kalau saya menerima hadiah kek dan pakej haji, saya pun tidak akan bertanya kepada pemberi hadiah berapa harga kek atau pakej haji yang hendak dihadiahkan kepada saya.

Itu namanya KURANG AJAR. Adab orang Melayu bila orang bagi hadiah kita terima dengan baik dan tidak menyoal berapa harga hadiah tersebut hatta sebiji gula-gula pun. Mungkin Kick ni orang Siam sebab adab orang Siam mungkin lain dari belah sini.

Saya juga nak tengok di mana Tok Guru Nik Aziz menyimpan wang hasil dari “rasuah balak” seperti yang cuba dilukis oleh Kickdefella. Saya jamin Tok Guru tak makan walau SEDUIT pun hasil balak tersebut.

Akhir kata, berenti lah melalak sana sini wahai Kick. Kalau kamu ada bukti, sila buat laporan SPRM dan biar mahkamah menentukannya.

Saya tahu sapa tuan baru si Kickdefella ni dan mengapa beliau berani menuduh Tok Guru sebagai menderhaka kepada Sultan.

Pelik tak dia boleh dapat surat menyurat yang berkaitan dengan Istana? Mana dia dapat ye?

Tulang Besi

ps CABARAN LAGI SATU PADA KICKDEFELLA:

Sila beri justifikasi terhadap sokongan kamu kepada Zulkifli Noordin AL KAzzab dalam artikel kamu bertajuk Tahniah Zul, Takziah Rais

Kamu mengucap tahniah kepada seorang penipu bernama Zulkifli Noordin yang memperjuangkan Islam versi beliau. Apa justifikasi kamu? Ataupun sebab kamu dan masuk satu kelab dengan si Zul Noordin tu?

Kamu nak jadi penipu macam Zul Noordin jugak ke?

23 comments:

asyMok_Aambo said...

Pada pendapat Saya... apa saja yang dibuat oleh makhluk tuhan tersebut hanyalah akan menaikkan Sokongan terhadap Peribadi yang diSerang.

cempaka sari said...

kick that fellas...
jangan sokong membabi buta syed,
hang tak kenal siapa Zul Nordin.
kebijaksanaan hang dalam mengenal siapa pejuang siapa pengkhianat teruji dlm kes ni...
ternyata hang tak hebat tara mana...

john labu said...

saya banyak bandingkan petikan berita dlm blog dafella dgn sumber asal dan petikan dari blog2 lain.. dafella ada banyak melakukan perubahan dan pembinaan ayat baru yang membawa perubahan dan kekeliruan kepada kontek makna keseluruhan.
walaupun berguna utk dafella membentuk pendapat umum menentang TGNA, tetapi sebagai blogger beliau jelas tidak profesional dan curang!
saya percaya entry ini memang ditunggu oleh dafella dan pro UG, tapi
usaha tb ini sudah kira amat perlu, kerana dafella mempunyai sumber maklumat yg tidak terhad dibocorkan kpd beliau oleh penentang TGNA.

TGNA adalah benteng terakhir penentang UG dan UBN!

cil said...

Rupanya saya tidak bersendirian mengenai Kickdefella ini. Tuan juga sama sependirian dengan saya.

Lihat juga komen saya di sini

nawari said...

Alhamdulillah TB. Aku dah lama menanti serangan dari saudara2ku terhadap penderhaka Agama Allah. Kembalilah pada Pas yg kita sama2 sayangi, kesampingkan dulu rasa kurang senang kita pada pimpinan tertentu. kita kembalilah bertauk.
Mungkin serangan kita pada pimpinan sebenarnya baik pada pandangan kita tetapi ia ternyata memberi lebih banyak buruk pada jemaah.
TB , kalau kita sokong dato HM tiba masanya kita menaikan dia bukannya menjatuhkan pimpinan yg lain. Sama2lah kita bina politik baru dalam jemaah. Org yg kita sayangi kita sama2 dokong dan orang yg kita tak sependapat kita kasihi mereka kerana mereka juga adalah pimpinan kita yg sama2 cari redha Allah.
Selamat berjuang ke alam yg lebih mulia.
Aku percaya korang lebih banyak membantu pas dengan cara macam ni berbanding cara konvensional korang buat.

Anonymous said...

Syed Azidi aka KICK mengamuk melalak macam budak kecik nak perhatian..kesian tadak orang kisah pun.

Makhluk macam ni persis polong yang mesti ada tuan bagi makan untuk "berkhidmat".

Jenis xdak prisip, syok sendiri dan muka tebal, hanya tau ikut nafsu sendiri..kononnya akulah manusia wira terbaik dalam dunia hingga sanggup diperguna.

Patut la rumah dia dibaling "kapak kecik"..terus lari KL. Kalau tinggal kat KB xdak siapa nak jamin orang jenis ni!


-pokwel

Anonymous said...

is kickdefella doing a rockys bru? this is interesting......

Anonymous said...

alahai...tb.
1.nak report pada SPRM!!!ludah kelangitka hang ni!last sekali jatuh pada muka sendiri!
2.ulamak yang berpolitik!itulah ketentuan Allah pada ahli politik yang memecahbelahkan sesama islam!mengkafirkan sesama islam!
3.Allah itu Maha Berkuasa!Selalunya bila umur dipenghujung senja!Jika kita jujur segalanya!Dalam beribadat!dalam mencari rezeki!Allah akan pelihara kita!Melindungi kita dari aib!
4.Ada hikmah lahir blogger yang bernama kickdefella!!dapat bezakan antara ulamak sebenar dan ahli politik berimej agama!jauh beza!bagai langit dan bumi!
5.Jangan serang Husam sudah!Kalau tidak !kickdefella akan melenting! itulah politik!!!!

Anonymous said...

pada pandangan saya blog kickdifella memang hebat dan telah mempengaruhi ramai org, kalau dulu di office saya banyak org menyanjung tok guru tapi kini selepas blog kickdifella dijadikan bahan bacaan, kawan kawan saya di pejabat ini telah berubah pandangan mrk kpd tok guru.

saya berharap bloggers-bloggers pas dpt mengambil serius mengenai hal ini, saya telah membaca blog-blog yg menentang kickdifella ttp mrk tdk dpt membawa fakta-fakta utk menangkis serangan kickdifella atau hentam kromo shj

Anonymous said...

Between Tok Guru Nik Aziz & Zul Noordin.

WE Prefer Tok Guru.

Sabar and watch Kick will sink with Zul Noordin with their narrow friendship and outlook.

Anonymous said...

kickdefella dah masok dlm poket UMNO, ya?

Anonymous said...

Hello BRO, SAYA NI BARU NAK BERJINAK DALAM POLITIK SO DARI PEMERHATIAN SAYA YANG SAYA BACA DALAM BLOG, KENAPA BILA ADA ORANG PUJI PEMBANGKANG ATAU BLOGGER YANG MEMUJI PEMBANGKANG AKAN DISOKONG DAN MEMEJI MELAMBUNG PEMIMPIN PEMBANGKANG WALAUPUN APA YANG DIBUAT ADALAH SALAH. SEPERTI YANG SAUDARA TB KATAKAN BAHAWA TIADA SALAH MEMAKSA KONTRAKTOR UNTUK MENDERMA KEPADA PASTI KERANA PASTI BANYAK BERJASA KEPADA RAKYAT. KALAU BENDA TAK BETUL KENA CAKAP TAK BETUL TIDAK KIRA LA SUMBANGAN ITU UNTUK APA. INI BUKAN RASUAH KE? ISLAM TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA WALAUPUN DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN.

sam raspiut said...

utk anon YG BARU BEJINAK DLM POLITI kat atas..
saya nasihatkan juga turut berjinak dalam agama, baru balance.
MEMANG islam tidak menghalalkan cara.. tetapi dalam setaip masalahat Islam ada cara sbb islam itu lengkap, bukan agama yg daif!!
jadi, sdr kenal fahami dahulu kaedah sesuatu perlakuan itu sehingga jatuh hukum rasuah. kena faham beza diantara rasuah, hadiah, sedekah, cukai (dan zakat).
baik difahami dgn keikhlasan agama bukan nafsu utk berhujah..

kalau anda mengikuti sirah nabi saw atau zaman kekhalifahan islam atau zaman pemerintahan melayu melaka sekalipun kita akan dapati perlakuan memberi hadiah kepada pemerintah sebagai terimakasih diatas kemakmuran rezeki, keamanan dan lain2 sbb yg menggembirakan kita adalah amalan biasa selagi tidak memesongkan tanggungjawab pihak penerima hadiah dan kepentingan awam.. nabi saw sendiri banyak menerima hadiah bahkan menerima jariah atau hamba perempuan sebagai hadiah.

hadiah/derma/sedekah bukan dipaksa, sekiranya dipaksa oleh pemerintah dipanggil cukai dan/atau ufti, sekiranya dipaksa/wajib oleh agama dipanggil zakat, sekiranya dipaksa oleh individu dipanggil RASUAH.. itu secara konsep luarannya, tetapi dipaksa atau rela adalah sesuatu yg abstrak dan tersangat subjective dan terpulang pada penilaian umum dan para ahli hukum..
cuma secara asasnya sebuah kerajaan atau harakah atau masyarakat iaitu pihak yg 'jamak' tidak sesekali boleh di hukum rasuah.. kecuali dapat dibuktikan mereka menerima bagi pihak individu tertentu.
Tuduhan dan niat utk menjatuhkan seseorang misti ada batasannya.. kalaupun tidak sepadan dgn hukum agama dan undang2.. biarla sepadan dg logik akal manusia..

AzamDin said...

kick tu muka dia cam penjenayah je....sebelum dia report SPRm apa kata korang repot polis..penah samun ruamah kot dia tu.. ahahahahahaha

Nizam Mahmud said...

Saudara Rahman,

Nasihat ini "Saya menahan diri saya menulis berkenaan beliau sebab dinasihatkan jangan melayan Kick sebab nanti akan menaikkan imej beliau. adalah satu nasihat yang bernas.

Janganlah percaya dengan Kickdefella anak seni itu. Perangai nya tidak ubah seperti Umi Aida yang bernikah dengan penuh tutup aurat di depan Kaabah dan bila balik Malaysia pula terdedah sana sini di majlis persandingan.

Kepura-puraan, itu adalah cara hidup orang seperti Kickdefella ini.

Perhatikan semenjak laman web http://thekelantaninsider.blogspot.com/ mula memaparkan cerita dlm istana Kelantan, Sheikh pula menukar arah posting beliau.

Tidak lagi disebut tentang Tok Guru menderhaka pada Sultan, sebaliknya sumbangan pada PASTI dan juga kerjasama dengan DAP yang di timbulkan.

Nampaknya sudah beliau sudah menggelabah bila pembohongan beliau bahawa Tok Guru menderhaka pada Sultan sudah terdedah sebagai suatu fitnah dengan niat yang cukup keji.

Kedua-dua isu ini yang baru keluar di blog Kickdefella adalah isu lama, lapuk dan sudah diperbahaskan secara terbuka.

Jika kickdefella sanggup meluluskan semua komen tanpa prejudis, tidak ada masalah langsung untuk saya menunjukkan pembohongan dan mematahkan hujah songsang kickdefella itu.

Cuma saya tidak mahu membuang masa menulis dan kemudiannya tidak disiarkan.

Tentang kerjasama dengan DAP itu, Kickdefella buat-buat lupa bahawa Tok Guru Nik Aziz pernah berfatwa menyokong kerjasama dengan UMNO di tahun 70an. Dan Tok Guru sendiri pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa kerjasama PAS-UMNO adalah satu 'nekmat besar' bagi perpaduan Melayu-Islam.

Tetapi sesudah PAS dihina, dikeji dan ditendang macam anjing kurap, apakah beliau sebagai ulama dan antara pemimpin utama PAS tidak boleh mengubah pendirian dan fatwa terdahulu?

Tidak menjadi satu keajaiban apabila seseorang ulama mengubah fatwa dan pendapat apabila mendapat maklumat dan fakta-fakta baru. Bukan sekadar Tok Guru Nik Aziz malah ulama-ulama lain yang lebih tersohor pun juga mengubah pendirian mereka jika ada hujah mengizinkan.

Tidak ada yang menghairankan.

Jadi jika hari ini, Tok Guru Nik Aziz berpendapat bahawa kerjasama dengan DAP dan PKR membawa faedah pada perjuangan pada Islam, kita tidak hairan.

Dan jika pada hari ini, Tok Guru mengubah pendirian dari berkata kerjasama UMNO-PAS adalah 'nekmat besar' kepada 'siapa yang buat kerja ini adalah sampah', kita juga tidak hairan.

Fakta, hujah, pengalaman, sejarah boleh saja menyebabkan pendapat yang berlainan.

Kesimpulannya, saya makin jelak dengan Kickdefella. Nampak sangat taraf beliau sekarang sekadar blogger upahan.

Dimanakah maruah kamu wahai sheikh.

Anonymous said...

Fikir pakai AKAL la tuan-tuan..jgn la pakai EMOSI..fakta jawab dgn fakta ..tak kisah la dari mana sumbernya..Kena ikhlas baru panggil derma..kalau dipaksa dipanggil apa?
pakai AKAL la tuan-tuan

Anonymous said...

Kickdefella macam ayam siapa bagi makan sekarang itu la Boss. Ramai dah terkena - memang jenis xdak prinsip atau tau mengenang budi. Sekarang ak tunjulkan diri jadi HERO dalam istana pulak.

Patut la bila dibawa kerumah Tok Guru Nik Aziz pada kali pertama dia berkerja diPMBK, ketika ditanya dan dia memberitahu latar belakang keluarga, TGNA terus bangun dan beredar.

Perjumpaan yang hanya seminit! (Ini pengakuan sendiri Kickdefella dalam blognya bertarikh 15.4.2008). Mungkin TGNA dengan ilmunya dah dapat mengesan kerenah dan onar yang akan dibawa.

Anonymous said...

Sebagai orang yang neutral inilah yang saya takutkan..Kalau pihak sana buat perkara sama semua dipukul rata sebagai rasuah semata2. Tetapi kalau belah sini buat perkara yang sama semuanya jadi baik. Semuanya dikira DERMA, SEDEKAH dsb.

Jumlah yang disumbangkan beratus juta. Pasti tak pernah ada audit yang boleh menjadi kayu pengukur duit tu digunakan dengan baik atau tidak. Kalau serius telus, cuba tunjukkan supaya dapat hilangkan keraguan orang yang mengata.

Seandainya benar kerajaan kepimpinan pas Kelantan menitik beratkan pengagihan hasil mahsul hutan dinikmati oleh keseluruhan rakyat kenapa kawasan tesebut tidak di serahkan kepada Syarikat GLC milik kerajaan Kelantan untuk bantu bangunkan Kelantan. Jawapan nya mudah kerana ‘Kewangan Syarikat glc di audit’. Logik bukan? bukan salah saya berfikiran camtu kerana ada ruang untuk buat begitu.

Jadi saya setuju supaya bro kick tu tunjukkan bukti tersebut kepada SPRM supaya dibuat siasatan menyeluruh. Sekiranya tiada tindakan dibuat, sy cabar TB buat laporan polis sebab dia buat fitnah dan cubaan menjatuhkan TGNA. Berani?

Bila ada orang kritik kita, sebagai orang berilmu kita nilaikan dulu kesahihan benda tu terlebih dahulu. Adakah ia betul atau tidak? Cuba jalankan siasatan dalaman. Bukan menyerang dan memburukkan orang tersebut bagi menutup kelemahan kita. MEnidakkan semua perkara yang diperkatakan. Barulah professional.

Sekarang tak nampak ada sesapa ahli PAS cuba membuat siasatan ataupun cuba membalas apa yang dikatakan oleh beliau secara fakta. Hanya berdiam diri dan mengutuk tindakan tersebut dengan menggunakan bahasa yang rendah akhlaknya yang mungkin menggambarkan akhlak dia juga.

Wallahua'lam.

Anonymous said...

Those who hurl baseless accusation against Tok Guru will one day pay for their sins.I am not a muslim but for me and many other non muslims we support and revere Tok Guru Nik Aziz.May God protect Tok Guru and his government

Non muslim

Anonymous said...

Anonymous said...
April 13, 2010 5:49 PM

takyah pusing keliling la.. takyah cabar..
TB cuma minta hantar bukti pada SPRM.. biar undang-undang tentukan kebenaran tuduhan.
Senangkan.. kan kan

Anonymous said...

selepas membaca artikel mengenai kickdifella disini, saya kemudiannya terus klick ke blog kickdifella dan ini kali pertama saya ke blog kickdifella. fakta-fakta dan maklumat-maklumat yg diberikan oleh kickdifella memang hebat.

saya percaya kalau beginilah cara penyampaian kickdifella sememangnya ianya boleh mempengaruhi ramai org, beliau mempunyai bukti-bukti dan fakta-fakta yg tidak ada pada blog lain.

Anonymous said...

aku nak royat ke mu semua puak2 luar kelantan ni,tok wakil pas la ni semua kaya raya doh.takiyuddin tu pakai moto harga bertus ribu,tu tak kira bapak merc lagi,rumah lima enam buah,bini 3 orang.ambil mana pitih we.anak hak puak mu kata tok guru tu pun kaya raya dah lani.cuba puak mu gi tengok kedudukan orang hak pera anak beranak hak mu kata tok guru tu lagu mana.rumah macan istana,kereta bapak2 belaka.puak mu tahu kah tanah di ulu kelantan tu habis dah kena jual ke cina.konon atas nama ladang rakyat,pah hak bolih rasanya 30 orang satu DUN,lamanya 99 tahun,tak kah gila namanya.tanah pak aku 30 ekar tanam dokong ada besar peha dah,habisnya sodak cina.pah lagu ni ke kerajaan islam.puak mu ni kalau tak tahu tak sah kecek lah.ngundi sekal;i orang nak mampos dah parti pas ni.kecek lain buat lain.

Anonymous said...

aku baca blog kick..banding dengan hak dema tulis,nampak sangat tulisan dema macam orang tak sekolah.baik dema ngaji agama jah tak yah campur pasal hak kick tulis.dema bukan ahli lah.ramai lagi cerdik pandai dalam pas hok bulih bagi pandangan mematahkan hujah kick..berenti deh pas ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.