Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, April 18, 2010

Di Mana Fairus Dapat RM100k+ Secara Tunai?

NOTA EDITOR: Semenjak Fairus masuk UMNO, tetiba dia boleh dapat duit tunai RM100k+ untuk bayar kereta Mercedez? Herannya mana dia dapat duit sebanyak sebegitu semata-mata untuk bayar duit kereta? Apa kerja beliau? Apa bisnes beliau? MAJORITI rakyat Malaysia nak tengok RM10k pun susah. Tetiba si Fairus yang berhenti kerja sebagai TImbalan Ketua Menteri dan ADUN boleh ada wang tunai RM100k. Heran heran.

Kalau SPRM professional, sudah tentu si Fairus ni akan dipanggik untuk disiasat. Rupanya melompat parti ni boleh jadi kaya dengan sekelip mata, ye. Hmmmmm....

Sekian

Fairuz selesai pinjaman kereta

Apr 18, 10 11:55am
Bekas Timbalan Ketua Menteri I Mohammad Fairus Khairuddin (bawah, kiri) telah menyelesaikan bayaran pinjaman kenderaan untuk membeli sebuah Mercedez Benz dengan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata Fairus telah menjelaskan bayaran itu dengan memasukkan RM109,000 ke dalam akaun Perbendaharaan Negeri di bank minggu lalu bagi menyelesaikan pinjaman itu termasuk faedahnya.

"Kami telah menerima jumlah itu daripada beliau selepas notis terakhir dihantar kepadanya bulan lepas supaya menyelesaikan pinjaman itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Balik Pulau.

Katanya notis itu dihantar kepada Fairus meminta beliau menjelaskan jumlah hutang yang belum dibayar atau memulangkan kenderaan itu dalam tempoh dua minggu.

Semua ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri di Pulau Pinang layak mendapat pinjaman kenderaan RM130,000 selama lima tahun dan pinjaman RM100,000 bagi perumahan yang akan dipotong melalui gaji bulanan mereka.

Fairus membayar pinjaman itu sehingga beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan Anggota Exco Kerajaan negeri pada 8 April 2009. Pada 16 April beliau meletakkan jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti.

- Bernama

13 comments:

Anonymous said...

Fitnah lagi, dari ko dok heran kat sini baik ko pergi carik bukti dedahkan dari mana dia dapat rm100k Tu.

Ko ni memang siang malam nak fitnah orang je ke TB?

Komen aku yang ni mesti tak approve punya.

Mr.Puaka

Anonymous said...

Salam...
Heran bin Ajaib betul la.Dia kena No ekor ke??

telur dua said...

You don't believe in miracles? It fell from the sky.

Anonymous said...

Ikutlah nasihat orang yg berpengalaman ni, kalau nak duit besar (jutawan)kenalah resign dari kerja betul dan barulah duit besar akan masuk.Yang kerja macam semut siang malam buat apa dengan seribu lebih nak pakai kancil pun tak boleh apa lagi Mercedes.Ingat resign dari kerja besok ya dan join kawan yg ada connection,tak payah kerja langsung.

Anonymous said...

Hairan tu memanglah hairan, tapi sekurang-kurang kemukakanlah bukti untuk menyokong pertanyaan kamu tu.

Dalam artikel sebut sejak Fairus lompat aje tiba-tiba kononnya dia kaya, ini pun sudah diklafikasikan sebagai fitnah wahai saudara yang budiman.

Aku yakin TB boleh dedahkan mana Fairus dapat sumber tu, yela TB ni kan banyak kontek.

Ayuh TB kemukakan bukti untuk menyokong artikel kamu, kalau tidak sah kamu manusia yang suka syak wasangka terhadap musuh politik kamu.

Mr.Puaka

Anonymous said...

Dia dapat 150ribu dari kemenangan pertaruhan kuda Zaid Ibrahim.Dan segala perbelanjaan PRK Hulu Selangor utk PKR adalah hasil duit dari kuda kuda lumba Zaid Ibrahim yg menang race di Singapore Turf Club Sabtu dan Ahad lalu.

zakwan said...

If this turns out to be true, it's hardly a surprise
I mean when Raja Kotak Ezam rejoins UMNO, his bungalow was renovated courtesy of you know who

Still, TB
You need to provide evidence to proof ur detractors(UMNO ass kissers and pro Kerajaan Perpaduang)wrong

astar63 said...

Bro,

Biasa la tu bro.Mesti ada spponsor punya...

donplaypuks® said...

I'm not on his side, but perhaps he re-financed it with another HP company?

I'm sure Najib and UMNO would only have been to glad to help this backstabber!

dpp
we are all of 1 race, the Human race

Penyelia Directory Politik said...

ada sesiapa nak buat pinjaman Al-Rajhi? Maksimum RM100,000.00 juga. Tak payah penjamin. Tak ada overdue interest kalau lambat bayar ansuran bulanan. hehehe

jeebond said...

Malaysia Boleh bro TB.. Malaysia Boleh.. hahaha..

PRU 13 nanti gua ingat nak jadi calon PR la.. Pas tu boleh lompat.. Dapat la habuan sikit...

Anonymous said...

Dari mana?dari booret hantu tetek le

Anonymous said...

Mungkin dia dah ada duit tu masa jadi menteri. Dia guna duit tu untuk langsingkan.

Ada terlalu banyak kemungkinan, tapi TB ni main nak timbulkan fitnah aje.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.