Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, April 29, 2010

Doa Laknat Kepada Ezam Soros Di Hadapan Kaabah Sempena Perlantikan Sebagai Senator.

Malunya saya kalau saya ini seorang manusia bermaruah. Tapi manusia bernama Ezam Mat Nor adalah seorang manusia yang tidak bermaruah. Sebab itu dia tidak malu menerima tawaran jawatan Senator dari parti yang pernah beliau keji dan nista.

Lebih menghairankan adalah :

"Apa jasa Ezam Soros pada negara untuk melayakkan beliau dilantik Senator”?

Adakah Ezam Soros seorang yang pernah berjuang di perbatasan sehingga berjaya menyelamatkan negara dari ditakluk musuh? Adakah Ezam Soros seorang teknokrat yang mengharumkan nama negara dengan kebolehan dan keupayaan beliau? Adakah beliau seorang yang mempunyai ilmu dan pengalaman luas dalam pentadbiran dan politik negara.

Pengalaman Ezam dalam politik negara tidak lain adalah mengutuk dan menista UMNO sewaktu Ezam Soros berada dalam PKR dahulu. Tidak lain dari itu. Jawatan Senator diberikan kepada orang yang tidak bermaruah seperti Ezam Soros.

Ezam juga masih belum menjawab cabaran Raja Petra Kamaruddin. Yakni Ezam telah mendapat Rm20 juta dari Soros atas nama kempen membebaskan Anwar Ibrahim. Atas sebab itulah saya memanggil beliau “Ezam Soros”. Seeloknya Ezam membersihkan nama beliau dari cabaran terbuka Raja Petra ini kepada beliau memandangkan Raja Petra bercadang untuk mendedahkan bukti kalau Ezam terus berdiam diri.

JASA EZAM ADALAH MEMBELI PEMIMPIN DAN WAKIL RAKYAT PKR?

Mengikut maklumat yang saya dapat dari dalaman UMNO, itulah jasa sebenar Ezam Soros. Kerja-kerja perginya orang seperti Halili Rahmat dan beberapa pimpinan PKR termasuk di Perak yang menyebabkan jatuh kerajaan PR di Perak adalah hasil kerja tangan Ezam Soros.

Untungnya jadi Ezam. Sudahlah berjuta duit Soros dia dapat. Sekarang dapat pulak tawaran Senator dari parti dia maki dulu. Cuba bayang bagaimana Ezam dapat beli bangle di kawasan yang mahal di Shah Alam di waktu Ezam masih Ketua Pemuda PKR dahulu? Mana dia dapat duit. Saya sendiri pun terkial-kial nak bayar duit rumah dalam keadaan ada kerja tetap, tapi Ezam dapat beli rumah Banglo mahal dalam keadaan tiada kerja.

Saya antara yang menjadi peminat Ezam dan mempercayai cakap Ezam bahawa UMNO ini korup, sudah tidak dapat dibersihkan lagi, jahat dan sebagainya.

Tapi depan mata saya Ezam Soros telah berbohong kepada saya. Oleh sebab itu saya SUMPAH Ezam Soros kerana berbohong kepada saya dahulu.

Saya telah meminta kawan saya yang berada di Mekah untuk berdoa di hadapan Kaabah bagi pihak saya supaya Allah SWT mengutuk dan menurunkan bala kepada manusia bernama Ezam Mat Nor ini di atas pembohongan dan pengkhianatan beliau kepada kami penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Tindakan Ezam Soros ini amat buruk kepada generasi masa hadapan. KAlau tidak diambil tindakan, ia akan membenarkan tindakan khianat dan pembohongan atas dasar kepentingan pribadi dan keduniaan.

Fakta adalah sehingga hari ini Ezam Soros TIADA BUKTI apa-apa penyelewengan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Ezam tiada bukti bahawa Anwar telah bertindak zalim atau menyeleweng walau sedikit pun. Ertinya kemasukan Ezam Soros ke dalam UMNO tiada sebab musabab yang kukuh dan jauh sekali atas dasar syariat Islam.

Jangan takut wahai Ezam, kalau kamu tidak bersalah nescaya Allah SWT tidak akan menurunkan bala ke atas kamu. Saya lakukan ini supaya perangai Ezam ini tidak diikuti oleh generasi masa depan.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi


Ezam Mohd Nor antara empat dilantik Senator
Apr 28, 10 6:32pm


Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.



Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.
Ezam (kiri) juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.
Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.
Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.
Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.


18 comments:

sam raspiut said...

Begitulah UMNO/BN..

Sekumpulan Parti yg Teruk dan Buruk.. diwakili
pemimpin2 yg juga Teruk.. yg mengumpulkan manusia yg teruk2
dan, disokong oleh sekumpulan BERUK-BERUK!!
MeLayu tak hilang didunia..

Anonymous said...

TULANG BESI BERBOHONG :

Takkan cemburu macam tu sekali Tulang Besi...sampai minta doa yang bukan2...meminjam kata DSAI...DAH DITAKDIRKAN oleh Allah (TAK JADI 16 SEPT) Ezam dapat Senator..adakah Tulang Besi tidak reda pada takdir...simpati nasib Tulang Besi..resume pun tak de berita...senator tinggal mimpi jo...

Tinta Hitam said...

Kalo engko nak tanya pasal jasa senator senator UMNO.Boleh laku katakan majoriti drp mereka takda apa apa jasa pun.

Org spt dia mmg tak sepatutnya ada dlm PR.Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah SWT toksik toksik spt Ezam dan Dr Halili tu keluar dari PR.Jika tidak mereka adalah duri dlm daging dlm PR..Kita kena ingat PAS sendiri mengambil masa yg lama utk membersihkan parti dari toksik toksik sebengini dari pimpinan PAS

Anonymous said...

Ezam sudah nafikan pertemuannya dengan Soros:

KUALA LUMPUR - Mohamad Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda PKR menafikan pernah berjumpa George Soros, seperti yang didakwa oleh Raja Petra Kamaruddin dalam lamannya Malaysia-Today sebelum ini.

Tetapi kerana dakwaan itu melampau, saya terpaksa memberi penjelasan. Tuduhan itu tidak benar. Saya tidak pernah berjumpa dengan Soros sepanjang hidup saya ataupun wakil Soros ataupun organisasi Soros Open Society.Kalau saya berbohong walaupun satu perkataan pun dari kenyataan di atas maka haram setiap amal baik saya didunia ini dan halal api neraka ke atas saya", tegas Ezam lagi.

Kalau bukan Ezam, siapa yang terima duit Soros ?

Email Ezam menafikan pertemua dengan soros:

From: Ezam Nor
Date: 21 Feb 2010 11:01
Subject: Re: tolong jawap
To: Mohd Shahir Abu Hassan


Waalaikum salam Sdr Shahir,

1. Terima kasih atas inisiatif bertanya dan mencari kebenaran tetapi lebih baik sekiranya sdr lebih beradab dan tidak berprasangka buruk sblm tahu hal sebenar.

2. Saya tidak jawab raja petra d malaysia today atau saman dia sebab saya tidak mahu layan orang pengecut dan penakut.buat tuduhan dan cerita karut tetapi cabut d luar negara! Melayan dia merendahkan martabat diri saya.

3. Ada wartawan dari Free Malaysiatoday (katanya webnews baru tiada kena mengena dgn Msiatoday) talipon dan minta penjelasan beberapa hari lalu.
4) Saya jelaskan kepadanya:

a) Tuduhan itu tidak benar.

b) Saya tidak pernah jumpa Soros sepanjang hidup saya ataupun wakil soros ataupun organisasi Soros Open Society.

c) US trip yg dimaksudkan adalah trip kami 4 orang yg raja petra sebut saya dan anuar saari.lagi 2 org - Azmin ali dan adlin (bekas setiausaha akhbar DSAI)

d) Trip itu tiada langsung kena mengena dgn Soros.Trip jumpa wakil2 senat di capitol hill dan ngos dll atas undangan sahabat saya Ambasador Roland , duta Cambodia di New York.

e) Setahu saya trip jumpa soros trip lain diketuai Wan azizah bersama azmin,khalid jaffar, yagn diatur oleh Elizabeth Wong yg memang diketahui dalam parti sebagai penghubung Soros dan PKR

f) Saya tidak pasti samada Soros beri fund dalam pertemuan itu sebab mrk tidak laporkan kpd parti pertemuan tersebut.

5) Saya minta wartawan Free MT itu utk laporkan semua ini dan minta penjelasan semua nama tersebut.Tapi mrk hanya siarkan sedikit kenyataan penafian saya.Jelas web pembangkang yg kononnya adil dan bebas!

6) Saya benarkan sdr gunakan jawapan saya ini utk hebahan pd yg lain dan juga utk dapatkan penjelasan dari nama2 yg saya nyatakan.

7) Saya ingin tegaskan saya tidak pernah membenarkan diri saya melakukan sebarang unsur penyelewangan wang utk peribadi dan keluarga saya semasa di PKR dan juga semasa saya dalam UMNO.( fitnah saya dibayar sertai UMNO juga tidak benar dan fitnah!) dan saya berdoa setiap hari sesiapa yg menfitnah saya dengan hal 2 sedemikian menerima balasan Allah didunia dan akhirat.Saya ambil berat dan serius hal ini kerana saya perjuangan saya no 1 sehingga hari ini adalah melawan rasuah dan penyelewengan.

8) Keputusan saya tinggalkan PKR tidak babitkan satu sen pun tetapi bersabit dengan hukum ALLAH SWT dan saya sebagai seorang Islam tidak akan membenarkan diri saya bersama dalam perjuangan yg dipimpin seorang manusia begitu.

9) Kalau saya berbohong walaupun satu perkataan dari kenyataan di atas haram setiap amal baik saya didunia ini dan halal api neraka untuk saya tetapi sekiranya ianya benar setiap yg menfitnah saya tidak akan saya maafkan dan terima balasan dari Allah swt didunia dan
diakhirat.

Sekian.Wasalam.

Ezam

Re-Jawapan Ezam mengenai jumpa Soros

Anonymous said...

Morning Bro..Soros ada USD12 billion,dan berupaya tutoh hollywood glamour pussies mcm Sharon Stone..ini pundek keldai begger boy Ezam ada apa?Hotak ameba,pandai exhtort aje..BN mati,dia akan jadi pengemis tepi jalan..

dino.yp@gmail.com said...

untuk TB ( fraksi PKR dalam PAS) : lu sapa nak compare dengan Ezam? kena kentut dengan polis pun dah gabra...

tylerdurden said...

Baguslah kalau awk dah suroh org buat doa laknat kat Ezam. Kalau dia di pihak yg benar insyaAllah doa laknat tu dtg balik kat org yg mendoakan tu. Sesesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Amin.

Anonymous said...

ahahahah.. kesian kat puak puak pemimpin dalam UMNO lain yg kempunan jadi senator... si ezam ni dulu kutuk UMNO giler dan baru masuk UMNO pun dapat jadi senator... kesian.....
BTW.. kalau katak Perak boleh dapat Datuk dan terlepas dakwaan... takkan Ezam tak dapat apa apa kut....

Anonymous said...

Dlm jawapan si Ezam, dia bersumpah yg dia tak pernah jumpa Soros.. TETAPI..si Ezam TIDAK pula bersumpah mengatakan yang dia TIDAK menerima FUND dari SOROS.. FUND dari Soros tidak semesti di beri kepada Ezam melalui perjumpaan..
Sumpah Ezam, sama mcm sumpah Najib waktu dia mengatakan yang dia tidak mengenali wanita Mongolia..
Yang jadi persoalan ialah wanita Mongolia yang mana?? Kenapa tidak disebutkan nama 'Altantuya" ??..
Tak mengapalah, ALLAH sahaja yang mengetahui..
Kita tunggu hasil doa TB...

Anonymous said...

ALJUBURI

Setuju ngn Tinta Hitam, takde la sesapa melayu yg jadik senator yg berjasa, kalo melayu PAS jadik senator memang la berjasa sunguh mereka2 nie, maklom la da dpt baroqah wali trompah..hee..hee..berjasa cam exco2 kat klantan tu ler..sebagaimana yg didedahkan oleh Kickdefella...hu..hu..Rahman elok la ko sahut cabaran Kick tu..

eMARAH said...

SEMUA DARI PEMBANGKANG DAN DATANG DARI PEMBANGKANG MASUK UMNO DAN BN
BOLEH DI TANYA SOALAN YANG SAMA....TIADA JASA BESAR DAN TIADA JASA LANGSUNG.. TAPI 4 JUTA CONTOH TERBAIK UNTUK RAKYAT FIKIRKAN SEKARANG UNTUK JATUHKAN PM.. PM MALAYSIA MUNGKIN ADA YANG SEDANG BERUSHA NAK TAMBAH LAGI SEBAB ADA AHLI YANG KAYA RAYA JADI AHLI BOLEH BANTU NAK JATUHKAN MAHYUDDIN DAN NAJIB ASALKAN CITA CITA JAHAT PEMBANGKANG TERCAPAI!!SUNGGUH TERKEJUT BERUK..SUNGUH TIDAK SANGKA BUAH PISANG JADI NAGKA BILA MELIHAT GELAGAT PARTI PAS DAN PKR ..

eMARAH said...

PAS DAN PKR SAMA BERJIWA DAJAL.JIKA KAWAN MELOMPAT MEREKA AKAN KELUARKAN KEBURUKANNYA ..SEBENAR INILAH YANG MEMANG BERSARANG LAMA DAH DALAM SEMUA AHLI PEMBANGKANG NAK JUGA DAPAT WANG ,CARI WANG CARA POLITIK TAPI APA KAN DAYA SEKARANG BELUM DAPAT KUASA ADA KUASA PUN TERHAD ..BURUKAN BN LAGA KAN RAKYAT DENGAN KERAJAAN..NAK DAPAT KUASA BESAR MAKA FITNAHKAN BN DAN PM ..TOLONG BERMATIAN SIANWAR DAN ZAID .. JADI HARAPAN BESAR LAH WANG DAN HARTA YANG DAPAT NANTI JIKA MENANG..TINGGAL AMALAN DAN SERBAN SERTA JANGGUT ..JANJI DUIT SUDAH MULA MASUK ...

eMARAH said...

AMALAN AZALI SEMUA PEMIMPIN PKR DAN PAS SERTA AHLI AHLI DUNGGU YANG MENGIKUT APA YANG MEREKA TAHU BILA KAWAN LOMPAT PARTI MEREKA KUTUK HABISAN BONGKAR HABISAN ISI PERUT PATI DAN BEKAS KAWAN...PERAGAI ORANG ISLAM PKR DAN PAS..NIK DOK DIAM DAN TENTU SETUJU SAJA TAHUNYA BL MTAK KOMEN..BUKAN ORG LAIN YANG CERITAKAN BURUK BAIK BEKAS AHLI PKR DAN PAS TETAPI ORG PAS DAN PKR SENDIRI...SIAPA MAINKAN ISLAM??MASING MASING BERCITA TUNGGU KALAU KALAU DAPAT PROJEK POLITIK JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH...4 juta cth terbaik kerja pembangkang..taubat lahh masuk umno lagi pro dan parti releven .

yunus said...

Tahniah,Ezam.The truth finally revealed who you are and what have you done. You have received you payback in this world. A very good payback infact, handsome money and now title and sooner prestige that even people like Pak SAKO,PAK SAMAD,AHMAD BOESTAMAN and so could only dream of during their lifetime. The next question Ezam,what about payback in thereafter life. Have you think about that??.I HAVE,I will ask for everything in front of the allmighty;my sweat,time,money and everything else for the support given to earlier.Believe my word,million others will do the same.tq

zakwan said...

Seems to me that the BN MPs can't go head to head with Anwar without getting their ass kicked by the opposition leader

So, they had no choice but 2 bring their secret weapon
The supposedly anti corruption lapdog
The Raja Sesumpah
Raja Enam Kotak
Ladies and Gentlemen
I gave you(drums rolling)
Ezam Ma....
Sorry
EZAM SOROS!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

kahkahkah... PENAFIAN EZAM.. kehkehkeh..
sama dgn penafian orang kentut.. DAAK AIHH SAYA DAK KENTUT, DIA YG KENTUT!!!
tapi seluaq basaah.. terkincit!! kahkahkah..
supa dengar alasan orang tangkap basahh.. ek eeleehh!
bagi buktila ezam! istihar harta, bunglow besar lu.. duit kat bank tu.. mana puncanya..
Takkan JUAL MARUAH atau BONTOT kot..

balak said...

hahaha...Tb nak doa laknat depan kaabah??aku rasa..Tb yg dok keras depan kaabah..sbb dia ni di payar untuk menfitnah org..berani ke TB bt mcm tu depan kaabah???pendusta dah penfitnah paling hangit di malaysia nk berdoa untuk kehancuran org lain??hahaha...baik ko lihat balik hati ko tu mcm mana TB...aku takut ko akan jadi batu depan kaabah tu nanti..///

Anonymous said...

Balak! lu sia-sia punya balak.. kahkahkah.. bala ada la!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.