Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 19, 2010

Dr Halili Bidas Diri Sendiri

Nota Editor: Saya dah diberitahu akan perkara ini mungkin berlaku. Dan akhirnya ia berlaku juga. Dr Halili adalah salah seorang yang Salehuddin Hashim berjaya beli sebelum Salehuddin tinggalkan PKR.

Kita lihat sendiri sebab musabab yang diberikan oleh Khalili juga sumbang. Misalnya, beliau kata:

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Bukankah Khalili adalah AJK PKR Hulu Selangor? Tugas untuk menghidupkan pejabat MP Hulu Selangor adalah sebahagian dari tugas beliau. Mengapa harus dipersalahkan parti?
Ini bererti Dr Khalili tiada sebab konkrit untuk meninggalkan PKR.

Melainkan kerana beliau berjaya dibeli oleh Selahuddin Hashim. Salehuddin yang kecewa kerana permohonan beliau untuk menjadi CEO Perangsang ditolak mentah mentah. Hasilnya, beliau sabotaj parti dengan membeli beberapa pemimpin “problem” untuk dibawa bersama beliau dalam mengkhianati parti dan perjuangan.

Bapak Salehuddin pun PAS pernah pecat, kenapalah Anwar Ibrahim ambik mamat ni jadi SU Agung saya pun tak paham.

Soalan saya pada Dr Khalili, walaupun beliau telah bertanding dua kali di Hulu Selangor, mengapa MAJORITI pengundi Hulu Selangor masih tidak mengenali beliau? Mengapa Zaid Ibrahim lebih popular dari Dr Halili Rahmat di Hulu Selangor, tempat kelahiran Dr Halili sendiri?

Sapa Halili nak tipu saya pun tak tau. Jelasnya, majoriti rakyat tidak akan tertipu dengan perancangan UMNO/Salehuddin Hashim ini, inshaalah.

Cuba tanya Salehuddin Hashim tu samada beliau minum arak ke tidak?Sekian.

Dr Halili keluar PKR masuk Umno, Jimadie Shah Othman, Apr 19, 10, 11:19am


Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menyertai Umno.


Dr Halili Rahmat (kanan) merupakan seorang pakar bedah saraf dan rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pernah menjadi doktor peribadi ketua umum PKR itu.
Sebelum ini, beliau disebut-sebut antara yang disenaraikan untuk bertanding mewakili PKR dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.
Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:
"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.
"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihanra amraya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."

"Saya juga membuat kenyataan ini pada hari ini semasa kehangatan kempen pilihan raya Hulu Selangor dengan tujuan tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR masih sama seperit di zaman Deklarasi Permatang Pauh." tambahnya.

Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yan, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR.

Beliau mendakwa, ia memandang tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun parlimen ini dikuasai oleh PKR dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.

"Saya mengetahui dan faham bahawa allahyarham wakil rakyat sebelum ini, uzur tetapi menghairan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khimdat kepada pengundi di Hulu Selangor," tambahnya.

Sehubungan itu, Dr Halili berkata, terbukit yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya sahaja tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilhanraya.

"Perkara sedemikian tidak ssepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi," tambahnya.
Sebab masuk Umno
Dr Halili juga mendakwa bahawa PKR hari ini dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya.

Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa sudah nyata lagi jelas, PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan "tetapi lebih condong kepada parti yang pentingkan kuasa, hingga tidak memperdulikan kesejahteraan rakyat walaupun diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri."

Sebaliknya, kata beliau, pada masa yang sama, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik untuk Umno dan BN.

Ini, katanya, mendorong beliau terus membuat keputusan untuk menyertai Umno.


22 comments:

fiona said...

It's very unfortunate that a leader like Dr Halili would choose to quit PKR. Another lost to PKR. Another gain to BN.

Well, whatever the reason is, it reflects the failure of PKR to ensure unity among its leaders as well as members. I just want to know how Anwar would try to explain this, and what are his strategies to cover all the defections in the party? His party should have been long time ago foresee this, ever since the first defection occured. Maybe to them, its nothing.

But to me, it will not be sufficient to keep on pointing the blame to the other party alone.

My only guess now is that, those who quit the party are tired of the manipulation and propaganda play by PR in order to gain sympathy.

In the end, it is to the present government that they turn back to.

I wish to share that, all of us must strive to change the government to become a better government...

bung said...

salehudin tu minum gak kot

rokok pon dia makan (bukan isap) sampai bibir jd hitam legam

Anonymous said...

Mamat munafiq macam ni bagus benar keluar PKR. Kita pin tak hingin pengkhianat perjuangan berada dalam gerakan..orang yang mementingkan diri jadi calun dan kuasa sahaja. Tak dapat terus keluar masuk parti lanun.

Yang melucukan.. dia keluar bersama Annuar dihari penamaan calun!

Betul-betul jenis auta.

Anonymous said...

TB MENGATA :
Melainkan kerana beliau berjaya dibeli oleh Selahuddin Hashim. Salehuddin yang kecewa kerana permohonan beliau untuk menjadi CEO Perangsang ditolak mentah mentah. Hasilnya, beliau sabotaj parti dengan membeli beberapa pemimpin “problem” untuk dibawa bersama beliau dalam mengkhianati parti dan perjuangan.


Ini macam kes Tulang Besi je..sama2 kongsi perasaan ke....


TB mengata :
Soalan saya pada Dr Khalili, walaupun beliau telah bertanding dua kali di Hulu Selangor, mengapa MAJORITI pengundi Hulu Selangor masih tidak mengenali beliau? Mengapa Zaid Ibrahim lebih popular dari Dr Halili Rahmat di Hulu Selangor, tempat kelahiran Dr Halili sendiri?


Betul ke popular..popular tak semestinya boleh menang...lagiipun Zaid kan bekas menteri....apapun tunggu je result nanti...


TB mengata:
Cuba tanya Salehuddin Hashim tu samada beliau minum arak ke
tidak?

Aiiik..baru je posting Sadina Hamzah pun minum arak..apa ni Tulang Besi...tak puas hati lagi ke isu arak ini...jangan telan ludah sendiri je lah..yang pasti Dr Halili tak pernah minum arak..betul tak Tulang Besi....

halim said...

Harap TB update list of blog roll. Menyampah betul tenguk nama Kickdefella masih terpampar.

Kick dat fella out!

Silent reader said...

tulang besi,
ko ni tak de kerja lain ke. artikel semuanya kutuk dan perlekeh orang lain. tak boleh ke guna cara teguran yang positif.

Anonymous said...

alahai..
1.Dah kata puak melayu dan islam!seorang demi seorang akan tinggaikan PKR!
2.sebab apa!hangpa pikiaqla sendiri!!
3.Puak pro!puak educated!tak sanggup tenguk dan ditarik idung oleh puak kapaiq harbi!!

cil said...

Sdr,

Saya dapati sekarang sedang tersebar gambar Zaid memagang bolot arak dalam blog-blog dan portal UBN. Ia di creat oleh gerakan anti pkr blogspot.

Saya telah membuat carian dan mendapati gambar itu di palsukan.


Saya telah pun masuk keberapa blog untuk menyanggah gambar tersebut seperti di blog Kelab Che Det

Harap sdr copy drp sana dan muatkan dalam blog ini dan juga Perisik Rakyat dan sebarkan kepada semua rakan-rakan sdr.

Anonymous said...

Tulang besi, kau ada bukti yg Halili dah kena beli? Kalau takda, itu namanya fitnah.

Kenapa Anwar pilih salehuddin jadi SuA, sama macam kes Anwar pilih Sailful Bukhari. Macam mana nak perintah negara, kalau nak pilih org pun tak betul?

Atas kapasiti apa kau kata Zaid ni lagi popular dr Halili? Popular pasal dia bekas menteri ke, ataupun byk isu?

Kau tanya soalan, adakah salehuddin tu pun minum air arak juga, adakah maknanya kau redha yang org PAS kena berkempen sokong seorg yg dikenali kaki minum?

Implikasinya, adakah salehuddin ni kaki minum jugak...maknanya org di keliling Anwar ni, kaki-kaki minum belakalah.

maha2020 said...

Cil,

apa bukti yg ia dipalsukan? Mana website asal yg tunjuk ianya disuperimpose.

kalau nak kata dipalsukan, siapa2 pun boleh kata ia palsu.

Tapi confirm, Zaid kaki judi kuda:

Kelantan Captures $450,000 Jbba Trophy

Yesterday's JBBA Trophy was the third and final leg of the Three-Year-Old Challenge.
It was the Zaid Ibrahim-owned bay colt's third win in nine Kranji starts. Back in New Zealand, the well-pedigreed Kelantan cost NZ$135,000 ($132,000) as a yearling.

cil said...

maha2020

lu pegi KAT SINI

Kalu tak nampak jugak, lu taip ini urlnya: http://www.thenutgraph.com/man-of-a-hundred-contradictions

Anonymous said...

Its not a lost for those who chose to leave and the other way round.

Atleast you see the real truth in them before it's too late.

It does not matter whichever party they join. They are prepare to join anybody with a motive.

you dont find saints in politics.

csl.

Anonymous said...

Orang yang bernama Haili nak keluar parti atas alasan kononnya perjuangan PKR telah terkeluar dari landasannya..?

Kalau diri dah dah berkurap, buat apa nak duduk bersama dengan ahli PKR yang sehat, berambuslah....

Dah ramai ahli PKR yang kononnya hebat-hebat telah keluar parti... apa yang peliknya dan apa nak hebohkan sangat...?

Walau pun tiada orang yang hebat berwibawa namun parti PKR tapi sampai sekarang parti itu masih tidak dibubarkan malah masih gah untuk bersuara dan menyuarakan kesusahan rakyat dalam DUN atau parlimen.

Kenapa Haili seorang saja dari Hulu Selangor yang keluar parti... kenapa tidak semua ahli PKR ikut serta orang yang bernama Haili tu..?

Apa hebatnya Haili dalam parti PKR..? Sepanjang jadi ahli, apakah jasa yang telah dilakukan untuk parti PKR...? atau indah khabar dari rupa..?

Apakah pengundi Hulu Selangor akan terpengaruh melihat sikap Haili keluar parti PKR kemudian lompat masuk kedalam UMNO..?

Apakah parti UMNO yang terkenal dengan parti rasuah akan menjadi parti suci lagi bersih dari rasuah dengan menerima Haili sebagai ahli UMNO..?

Pengundi Hulu Selangor tidak bodoh... malah mereka sentiasa berfikir dan bersedia menilaikan apa jua yang tonjolkan oleh UMNO/BN dalam kempen pilihanraya kecil tersebut.

Apakah pengundi Hulu Selangor akan menolak Zahid Ibrahim atas alasan beliau bekas kaki mabok (minum arak)...?

Orang melayu seperti Zahid Ibrahim pernah minum arak tetapi telah bertaubat kononnya perlu ditolak jadi MP, apakah calon MIC yang minum arak sebagai minuman sosialnya layak jadi MP Hulu Selangor..?

Sungguh lucu pekara seperti ini UMNO jadikan isu untuk mendapatkan kemenangan melalui calon MIC...?

Apa khabar Mohd. Najib dengan APCO nya..? Bila nak hantar tentera Malaysia serang Iran..?

Grand Marquis said...

TB,

Tolong tempelkan gambar sebenar zaid untuk menafikan fitnah munafik UMNO seperti yang tertera disini..

Klik sini

Grand Marquis said...

TB,

Tolong tempelkan gambar sebenar zaid untuk menafikan fitnah munafik UMNO seperti yang tertera disini..

Klik sini

izzatt said...

SOALAN MATEMATIK SPM,PMR,UPSR BOCOR

KLIK SINI

http://www.maths-catch.com/index.php?ref=fokusspm

Anonymous said...

off topic

Bin Laden said: "China is the only country in the world that we absolutely cannot mess with."

The reason is this: al-Qaeda terrorists had made 8 attacks on the Chinese with the following results:

One person was to plant a bomb in Beijing but he lost his way in the complicated traffic interchange;

Another person was to be a suicide bomber on a bus in Shanghai, but it was so crowded he could not even get onto the bus;

One person was to bomb a supermarket in Wuhan, but finally found that the remote controller was stolen;

Yet another person wanted to bomb government buildings in Chengdu, but was stopped at the door by the security guards, arrested as an East Turkistan separatist, and was beaten to death;

One person succeeded in bombing a Hebei mine, with hundreds of people dead and wounded, and then returned to the al-Qaeda center; but even after six months, failed to see any news reports on the success of the bombing. He was considered by the organization to claim false victory and was executed. (this is the most pathetic!);

One person had tried to bomb Guangzhou, but as he came off the train, a motorcycle robber snatched his bag (containing the bomb) from him;

One person who arrived in Xi'an lost contact, and was later found at the hospital in a state of coma. Doctors said it was the result of him eating not only "black-hearted" food products, but also drinking fake alcohol, and would possibly turn into a "vegetable";

Later, bin Laden tried to send a female terrorist to blow up Hainan Island, but she was ultimately cheated into prostitution!

Finally, bin Laden have to admit defeat and said: "Remember! ! China is the country in this world that we absolutely cannot mess with!"

donplaypuks® said...

No one is bigger than his party or its cause.

Thus Dr. Halili has shown his immaturity, lack of understanding of politics and principles!

But it's amazing that UMNO will accept any reject regardless of pedigree or shallow character and evn award datukships to frogs whose desire for mercedes benz is greater than loyalty to their voters!

dpp
we are all of 1 race, the Human Race

tamingsari said...

Umno tak perlu beri tarikh 16 Sept untuk 'beli' Ahli Parlimen supaya melompat.Umno tak perlu hantar wakil ke Taiwan untuk 'pujuk'AP melompat.Umno tak perlu jual nama istana dan tentera untuk pengaruh ahli PKR.Mereka serah diri setelah sedar hanya Umno/BN yg layak diberi kepercayaan memimpin negara.

Umno layak mewakili orang melayu bukan kerana 'we have the numbers' tapi kerana dari dulu hingga sekarang negara makmur dan maju bersama Umno.

PKR parti yg lemah dan kurang berdisiplin.Pengikut dipukau dgn tipu helah oleh pemimpin yg hilang punca. Perjuangan peribadi dijadikan hala tuju perjuangan.Impian ke Putrajaya sudah menjadi igauan ngeri.

Wal hasil balik asal itu pasal tak hasil.

Anonymous said...

UMNO which control the police,goverment agency has a upper hand in displincing its members.Anybody who dare to jump ship because of dissatisfaction will be badly victimised by UMNO
PAKATAN did not have this advantage.SO UNDERSTAND pakatan cannot satisfy every members.To make matter worse this frogs are tempted with wealt by this ruling junta.

Anonymous said...

WTK
Sebelum penamaan calon semua orang-orang PR berharap Dr. Halili calon PR kerana bagus. Tapi bila Halili tak dicalonkan dan keluar PKR macam-macam hampa kata kepada Halili.

Sebenar Anwar yang tak bijak pilih pemimpin pelapis beliau. Akhirnya semua makin diri beliau.

Anonymous said...

"Anwar tak bijak..Anwar tak ini..Anwar tak itu..gain for BN"..podah!!Lebih 4 dekad,mentaliti org malaysia ialah "SHOW ME DA MONEY"!!..rakyat telah melemahkan hotak dan jiwa mereke kerena terlampau syok mencari money, condo and boops..sepatutnya suatu revolusi dah berlaku di malaysia( spt yg berlaku di indonesia,filipina,bangladesh),tapiowang malaysia mcm dr pariahtulah halili terlampau syok mencari $$$$(..got $$ got power maah..can show off to the people we r mr bigshot..pirah..ptuih!!) butoh!!)..nasib baik ada tokoh tokoh mcm TGNA,DSAI utk melakukan sesuatu utk rakyat malaysia yg overall zombi...tenggok dan lihat..tak lama lagi,suatu malapetaka ekonomi akan melanda dunia dan kita akan lihat para pariah yg telah dirasuki oleh "SHOW ME DA MONEY" akan merayau rayau mcm zombi gila..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.