Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, April 16, 2010

Berita Dari Hulu Selangor 16 April 2010..

Saya telah menghubungi beberapa rakan yang aktif berkempen di Hulu Selangor sekarang ini. Antara yang saya dapat sedikit-sebanyak maklumat adalah:

1.0 Secara umumnya, kita masih terkebelakang dari BN tapi tak berapa jauh. Dalam 4-5% sahaja. Namun, kalau kita kerja keras, kita mampu mengatasi defisit ini.

2.0 Sambutan pengundi Melayu terhadap kempen Pakatan Rakyat agak baik. Tiada kedengaran pengempen Pakatan Rakyat atau PAS (kerana PAS menjaga kawasan Melayu) dihalau atau diusir dari kampung.

3.0 Ceramah-ceramah dapat diadakan di tengah-tengah perkampungan Melayu yang totok UMNO. Ini satu perkara yang amat luar biasa sekali. Dahulunya, nama kata nak buat ceramah pun tak boleh kerana tiada tuan rumah yang berani menjadi tuan rumah.

4.0 Untungnya ramai penyokong-penyokong tegar UMNO ini rupanya bukan fanatik UMNO. Mereka cuma tidak pernah mendapat maklumat dari pihak yang bukan UMNO selama ini. Maka ramai juga orang tempatan yang hadir dalam ceramah-ceramah kita.

5.0 Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kita selesa dikalangan pengundi MElayu. Tetap dan wajib kita berusaha keras untuk menaikkan undi Melayu kepada calon Pakatan Rakyat.

6.0 Ini kerana setelah berpuluh-puluh tahun diasak dengan propaganda UMNO, maka ia akan memakan waktu yang agak panjang untuk menghilangkan daki-daki UMNO itu dari pemikiran mereka.

7.0 Isu calon PKR tidak menjadi isu langsung. Zaid Ibrahim adalah bekas menteri kabinet serta MP UMNO. Maka, ramai orang UMNO lebih menyukai beliau berbanding calon MIC yang tidak dikenali oleh majoriti orang Melayu di Hulu Selangor. Tetapi, ini bukan jaminan yang majoriti orang Melayu akan mengundi PKR. Masih perlu usaha yang gigih dan banyak.

8.0 Isu anak tempatan pun tidak menjadi isu kerana calon MIC pun bukan anak tempatan di situ.

9.0 Calon PKR juga amat disukai oleh pengundi CIna. Sememangnya Zaid Ibrahim telah lama popular di kalangan pengundi CIna semenjak beliau dalam Barisan Nasional lagi. Adapun Kamalanathan pula tidak dikenali oleh sesiapa pun dari kalangan pengundi CIna

10.0 Pengundi India juga perlu dikhuatirkan. Ini kerana sentimen calon bangsa India akan dimainkan oleh MIC sehingga hari mengundi nanti. Pada 2008 pun, undi India masih majoriti pergi ke Barisan Nasional dan Palanieval. Dalam pilihanraya kecil ini saya jangka tiada penambahan undi India kepada Pakatan Rakyat. Kalau dapat sebanyak 2008 pun dah kira baik.

11.0 Ezam Soros akan turun ke Hulu Selangor dan akan meminta maaf kepada semua orang kerana mempertahankan Anwar dalam isu liwat. Beliau seterusnya dijangka akan menuduh Anwar meliwat Azizan dan Sukma Darmawan. Beliau akan kata beliau sebenarnya tahu hakikat perangai Anwar yang suka jantan tapi sengaja berbohong kerana mempertahankan bos beliau.

12.0 Jentera UMNO dan BN nampaknya baru nak mula gerak. Manakala, jentera PKR dan PR dah lama bergerak. Tapi, BN ada media dan surat khabar, maka walaupun jentera mereka slow, mereka masih berkempen melalui media perdana.

13.0 UMNO nampaknya masih bersedih kerana calon UMNO tidak bertanding. Namun, kita bukan boleh percaya diorang ni. Nanti bila dah kena hulor, semangat diorang tu datang semula la.

14.0 Apa pun, pilihanraya ni akan menampakkan keputusan yang amat rapat. Jadi, tiada masa untuk berehat dan bersantai. Apa yang kita boleh sumbangkan kita wajib sumbangkan. Masa, tenaga, kederat malahan kalau mampu sedekah pensel sebatang pun takpa.

15.0 Bekas wakil2 PKR yang telah melompat akan turun berkempen. Tapi, rasanya mereka dah takda kredibiliti untuk dipercayai. Kalau Zul Nordin turun, pastikan kita ramai-ramai baling dia dengan batu.

16.0 Ada orang bertanya, di mana janji2 manis BN masa Bagan Pinang dahulu? Dah penuhi ke belum?

18.0 Bilik2 gerakan BN terutamanya yang dari MIC lesu seribu bahasa. Baru hari ni Samy tol nak pegi ziarah untuk naikkan semangat mereka.

18.0 Minta kita semua berdoa semoga Allah SWT memberi kita kemenangan di Hulu Selangor. Amiinnn

Tulang Besi

8 comments:

Anonymous said...

//Kalau Zul Nordin turun, pastikan kita ramai-ramai baling dia dengan batu.//
batu saja kaah?baling batu, botoi,selipar ke arah dialah!!pengundi India sy bagi 25% saje utk PKR,sebab sentimen pengundi2 india naik turn macm bursa saham..

LibangLibu said...

tq for the update.

Anonymous said...

Tulang Besi hubungi siapa ini untuk maklumat...mana kredibiliti..kalau bohong infonya maka Tulang Besi benarlah dok sebar berita bohong...memang sah dah pembawa fitnah hidup...sila buktikan semua info adalah benar belako...

sunsnake@budakbalun said...

betul lah tu...

john labu said...

Anonymous said...

Tulang Besi hubungi siapa ini untuk maklumat...mana kredibiliti..kalau bohong infonya maka Tulang Besi benarlah dok sebar berita bohong...memang sah dah pembawa fitnah hidup...sila buktikan semua info adalah benar belako...


Geng babun2 bersatu kat atas ni tak abih2... tak abih2 dengan komen bodoh dan bongok.. nampak sangat sifat moron, bahlul keldai..
apala malangnya melayu dapat makhluk al-babun camni.. gilo babas betui!!

Tinta Hitam said...

Mmmg betul pasal pengundi India ni.Aku pun sebenonya tak berapa percaya kan depa tu.Our hop is on malay/chinese voters

john labu said...

nak jawab komen terbuka terbuka Ali Zaidan dlm blog yb khalid..

2. TB, aku sebut UMNO terlibat secara tidak langsung. Faham tak apa maksud 'secara tak langsung'. Ada pemimpin UMNo yang terlibat. Rahman Talib jangan jadi bodoh sangat. Patutlah tak boleh jadi CEO!

i.yg Bold tu out of topic
ii.cuba paste mari bukti.. ya Ali
iii.kaedah kau: kehadiran=bukti terlibat
kes1: bila mantan Pm sahkan ada jumpa dalam gelap, adakah kehadiran individu Pas itu bukti Pas terlibat dgn kemungkaran perjuangan UMNO??
kes2: bila nasa minum bersama geng Umno sewaktu rakan2 Pas sedang menentang UMNO-UPCO dlm dewan.. adakah itu bukti Pas secara tidak langsung menyokong ZIONIS UMNO??

Sebab tu aku tegur, jgn lawan auta dgn auta. Lawan dgn fakta. Fakta umat islam bersatu tp bukan bawah umno. Rahman talib tak lahir lg masa tu mana dia tahu!

sila bagi BUKTI kau dah hidup dan akilbaligh pd masa tu... choong la kau Ali...

3. Sejak bila pula aku kata kena bersekongkol dengan UMNO baru Islam dominon? ini satu putar alam dari seorang ceo-wannabe. yg aku sebut kuatkan PR dan jadikan islam dominon.

yg Bold tu tak masuk topik.
TB tulis:
Soal lagi satu, adakah bila kita bersengkongkol dgn UMNO, Islam akan dominan?
maksudnya: kalu berpakat itu objektifnya DOMINAN.. dan islam tak dominan dgn PR.. maka pilihan lain adalah berpakat dgn UMNO!

Jawapnya tidak kerana di dalam Barisan NAsional kedudukan PAS akan menjadi LEEEBIHHH lemah.

itu pendapat TB. juga pendapat umum Pas!>>> membawa pd andaian alternatif ke3.. jadi,

Juga, kaki putaq macam Ali Zaidan akan kata, lebih baik kita duduk sendiri.

TB tulis AKAN=MUNGKIN membawa maksud andaian; ayat penyata berasaskan urutan 'standing opinion'!
pendapat saya: maksud'dominan' perlu dijelaskan. dominan membawa maksud: gah, besar, hebat, berkuasa dan menguasai.. Bersifat luaran, tampak dan persepsi fizikal!!
Maksud YB.. Islam dan dakwah islam adalah siasah.. mendapat kepercayaan, penerimaan dan kefahaman terhadap nilai2 sistem pemerintahan islam adalah lebih PERLU dari menzahir penguasaan islam secara fizikal @ dominan!

4. DAP tak pernah sokong Pope. Nampak sangat kau ni budak2. Bukak hansard parlimen September 2006. Teresa Kok bahas usul Salahudin Ayub ttg Pope Benedict.
kalau betul.. itu dipanggil sejarah!!
ikut Sirah.. Abu suffian adalah antara penentang tegar nabi saw dan kerajaan madinah sehinggalah nabi takluk kota mekah.. Nabi saw terima keislaman abu suffian beberapa ketika kemudian walaupun sebelum tu beliau memerangi Islam! jadi apa masalahnya Ali??
Nabi juga tak halau yahudi madinah yg kenal islam tapi tak beriman.. inikan pula DAP parti yg baru nak kenal islam!

Tp aku taknak salahkan teresa secara mutlak. Sebab dia bukan islam. Jadi dia tak faham sensitiviti kita. Soalannya, takkan sebab PR maka kita nak biar?

Tu la, mimpi CEO banyak sangat!

yg bold tu Out of topic..
YAAA Ali apa masalahnya PR, apa sbb dan salah PR, yg dipersetujui keujudannya oleh Presiden Pas tokoh ulama MElayu itu??

5. Yang last sekali bab keputusan Pr dan PAS tu kau kena faham. Jangan ambil secara teknikal. Makna keputusan PR dlm ayat itu ialah PKR dan DAP lah. Jangan jadi bongok sangat. Macammana nak jadi CEO macam ni?

yg bold tu Out of Topic..
YAA ALi, bukankah PKR dan DAP itu rakansetiawan Pas dalam PR?? kenapa nak LanggOR?
kau tulis sebelum ni kat atas nun..
2. TGHH ada sebut apabila berlaku pertembungan antara keputusan PAS dan PR, maka ambil keputusan PAS dan pertahankannya.
maknanya stlh setuju dgn keputusan PR (pas, pkr & dap) dan tiba2nya Hadi berbeza pendapat maka bolih ingkar PR.. gitu? setau aku la keputusan Pas tak pernah bertentang dgn PR, kecuali keputusan Hadi.. cth UG!!
ini akhlak islam yg diajar oleh ulama melayu Ya Ali??
kou tau ke Tuhan MURKA dgn perjanjian ENgkar ni? makan belakang, pukui curi ni islam tak ajar Ali...

casper c said...

TB - perhaps not a good time but could someone please do a translation to BM "Malaysia's submarine scandal erupts in France".

We, the public paid Perimekar Euro 114 million(lebih kurang RM600 juta) above the purchase price for technical support and services BUT I see no such support services now that we find out the sub can't swim !

I believe the King plus other dignitaries solemnised the launch of a very openly corrupt purchase and point to note is not that the sub is not functional BUT the likelihood of sinister kickbacks that resulted in the death of Altantuya.

Makes my blood boil, all the thievery that is piling up because of UMNO and mind you, no one is safe knowing that they will kill to protect themselves.

Salam TB and all.

And by the way, anybody out there knows what is happening with Perakexpress and Mat Saman Kati ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.