Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 26, 2010

FENOMENA UNDI HANTU MENANGKAN BN DENGAN TIPIS DI KUBU KUAT UMNO

Diminta kesemua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya jangan berasa sedih dan gusar. Perlu diingat Hulu Selangor adalah kubu UMNO paling kuat di Selangor. Pada 2008, kemenangan PR adalah semata-mata kerana protes terhadap Palanieval. Pada 2008, UMNO/BN menang KESEMUA kerusi DUN termasuk Kuala Kubu Baru.

Dan setelah turunya Najib dan Mahafiraun berkempen pun, majoriti Barisan Nasional (Yahudi) hanya sekadar tidak sampai 4%. Ini suatu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Pakatan Rakyat serta kerajaan negeri Selangor.

Itupun, kalau mengikut ucapan Dato Zaid Ibrahim semalam, wang telah digunakan dengan meluas untuk membeli undi. Wang ditabur di waktu malam dan di waktu siang. Tidak hairanlah sokongan Melayu kepada PKR hanya di tahap 40% dan jatuh lebih teruk di kawasan-kawasan Felda.

Keputusan pun agak menghairankan kerana undi Pakatan Rakyat TIDAK JATUH. Malahan bertambah dari pilihanraya 2008. Tapi undi Barisan Nasional bertambah dengan begitu banyaknya. Kalau kita buat perbandingan:

BN: 2008  22979, 201024,997. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 2018 undi.
PKR : 200823177, 201023,272. Menampakkan pertambahan undi sebanyak 54 undi.

Kalau mengikut trend di Terengganu 2004, ia menunjukkan bahawa fenomena pengundi hantu telah berlaku di Hulu Selangor. Mana mungkin dalam 2 tahun, di waktu BN tidak memerintah dan Palanieval tidak disukai BN boleh bertambah undi sebanyak 2018 undi. Dan yang lebih menghairankan, undi PKR tidak jatuh sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.

Pola mengundi ini AMAT MENGHAIRANKAN dan TIDAK MASUK AKAL sama sekali. Kalau benar berlaku “kembalinya” pengundi UMNO pada BN dari 2008, sudah tentu undi PKR akan berkurang dengan besar sekali.

JELAS BERLAKU FENOMENA PENGUNDI HANTU

Harakahdaily menyiarkan satu laporan polis oleh seorang pengundi yang mendapati ada orang lain yang telah mengundi di tempat beliau.

Artikel terbaru Harakahdaily bertajuk ”‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor”




Fenomena ini sudah semakin banyak berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini. Maka, tanpa segan silu saya mengatakan BN menang tipis di Hulu Selangor atas bantuan pengundi hantu.

14000 PENGUNDI DIPINDAH DARI HULU SELANGOR TANPA PEMBERITAHUAN OLEH SPR

Oleh kerana SPR adalah Biro UMNO, maka mereka dengan setianya telah memindahkan 14000 pengundi dari Daftar Pemilih Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi sendiri. Hasilnya ramai yang keluar mengundi pada hari itu tidak dapat mengundi dan rata-rata nya mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Dan pada waktu yang sama terdapat lebih 14000 pengundi Hulu Selangor yang dipindah dari Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi tersebut.

APA YANG PR PATUT LAKUKAN

Pada 2004, PAS mempertahankan Kelantan dengan hanya undi keseluruhan sebanyak 1500 undi. Namun, sepanjang 1999-2004 PAS telah membuang lebih 27000 nama-nama pengundi yang tidak diketahui dan jelas pengundi hantu.

Ertinya, sekiranya PAS tidak membuang nama-nama tersebut, kerajaan Kelantan sudah tentu akan jatuh ke UMNO pada 2004 yang lepas.

Tugas PR adalah MEMBERSIHKAN Daftar Pemilih bagi setiap kawasan DUN dan Parlimen dari pengundi-pengundi yang tidak diketahui ini.

WAJIB- kalau mahu terus menang dan memerintah.

Mana pernah Barisan Nasional/Yahudi ni tidak menipu.

Tulang Besi




















”‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor”
Harakahdaily
HULU SELANGOR, 25 April: Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

Apa yang berlaku kali ini ialah pengundi yang tidak dikenali telah terlebih dahulu mengundi bagi pihak pengundi asal sebagaimana yang terdapat dalam buku daftar pemilih tanpa pengetahuannya.

Ini ekoran seorang pengundi, Lee Fong Thye, 56, hari ini membuat laporan polis berikutan ada orang lain telah mengundi bagi pihaknya.

Beliau yang tinggal di No 28, Jalan 2/24 Taman Bukit Rawang membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 2.29 petang ini.

Menurutnya, lebih kurang jam 12.30 beliau sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Serendah.

Beliau telah membuat semakan di pondok panas dan namanya ada tersenarai dalam senarai pengundi di saluran 2.

Beliau masuk ke pusat mengundi di saluran 2 dan memberikan KPT (Kad Pengenalan) kepada calling agent SPR serta ketua tempat mengundi (KTM).

Bagaimanapun, katanya, beliau diberitahu namanya telah ditanda sebagai sudah mengundi.

Berikutan itu, beliau membuat bantahan kepada KTM dan telah dibenarkan untuk membuang undi setelah disahkan dokumen pengenalan diri.

“Saya membuat laporan polis kerana terdapat keraguan bagaimana nama saya telah ditanda sebagai pengundi walaupun saya belum mengundi.

“Saya juga takut sekiranya KPT saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam laporan polis itu.




38 comments:

Najib said...

Salam...

Saya cume nk bagi sedikit komen berkenaa dengan PRK yang berlaku di Hulu Selangor. Ini adalah pendapat saya yang tak berapa nak pandai pasal politik ni..

Pertamanya, saya tidak menyatakan bahawa saya tidak bersetuju atau pun bersetuju dengan kenyataan di atas berkenaan denghan fenomena "pengundi hantu" tetapi jika PR yang menang apa pula komen anda?

Keduanya, mengapa kite rakyat Malaysia tidak pernah mahu mengambil sesuatu kekalahan dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan mana-mana pihak. Cuba analisa dalam parti itu sendiri..mungkin wujud masalah dalaman parti. oleh itu masalah seperti inilah yang perli diselesaikan terlebih dulu sebelum menyalahkan orang lain...

Ketiganya, saya ucapkan selamat berjaya kepada semua parti yang akan bertanding di dalam PRK di Sibu bulan depan...

Sama-samalah kite muhasabah diri...

Anonymous said...

Apa lagi yang TB and the geng tak puas hati? Bukankah selama ini puak kamu cakap suara rakyat itu suara keramat?

Sekarang rakyat Hulu Selangor sudah bagi suara keramat mereka memilih calun BN, yang puak kamu sukar menerima hakiikat kekalahan kenapa? Inilah asalan yang selalu digunapakai oleh PR setiap kali tewas dalam PRU/PRK SPR agen UMNO/BN.

Bukan nak cari dimana kelemahan parti, tapi dengan mudah menuding jari ke arah SPR, lagi satu isu selalu dimainkan bila kalah, isu pengundi hantu.

Alasan bodoh selalu diberikan oleh mereka yang bodoh. Muhasabah diri la wahai PR, jangan PRU akan datang Selangor itu dengan mudah dirampas oleh BN.

Tapi apa nak buat, dah memang kerja parti kamu asyik mencari salah pihak lawan, salah diri sendiri kamu ketepikan, pendek kata taknak lansung muhasabah kenapa kalah? balik-balik cakap BN beli undi!.

Mr.Puaka

Anonymous said...

Setuju bro..tapi perlu ingat,isteri rosmah sanggup bankrupkan negara utk terus berkuasa..GE 13 will b even worse..who else is willing 2 fight on behalf of rakyat and save this country?

Grand Marquis said...

Kenapa orang menyampah sangant dengan perangai puak-puak PR? Kerana mereka ni tak pernah bersikap gentleman dan sentiasa mengangap diri mereka betul belaka dan orang lain semuanya tak betul.

Bila mereka menang, mereka kata itu suara rakyat. Bila mereka kalah, mereka kata itu pengundi hantu. Tengok sendiri kenyataan TB yang amat dangkal:

Oleh kerana SPR adalah Biro UMNO, maka mereka dengan setianya telah memindahkan 14000 pengundi dari Daftar Pemilih Hulu Selangor tanpa pengetahuan pengundi sendiri. Hasilnya ramai yang keluar mengundi pada hari itu tidak dapat mengundi dan rata-rata nya mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Persoalannya macam mana TB tau ataupun lebih tepat SPR tahu yang 14000 pengundi yang dipindahkan itu adalah penyokong pakatan rakyat?

Itulah orang kata TB ni main tuduh ikut suka.

Saya nak tanya TB, bab sijil Kamal tu RPK bohong tak? Saja nak tau sebab dulu TB mati-mati minta bukti yang RPK tu pernah bohong.

Anonymous said...

ini alasan bodoh2 yg harus diterima oleh penyokong PR:

1.Terbukti sbhgian orang Hulu S'gor ada tag harga - semurah Rm100-RM1000. boleh diniagakan bila-bila masa
2.Terbukti orang Hulu suka kerajaan yg halal JUDI, ARAK dam HIBURAN melampau - almaklum kawasan hulu yg agak remote amat membosankan, ada gak riadah!
3.Terbukti orang Hulu suka pemimpin RASUAH - setidaknya dapat gak tumpang duit rasuah skit time mengundi!
4.Terbukti orang Hulu dapat menerima gejala maksiat melampau UBN, khususnya gejala BUANG BAYI - almaklum la budak2 melayu kg yg banyak terlibat dlm kisah buang2 ni!
5.Terbukti melayu khususnya orang Hulu dapat terima bangsa Melayu Baru yg diusahakan Umno - bangsa 1umno/apco, PAgaN asia, PAgaN Israel dan lain2 PAN/PAGAN.
6.Membukti orang MELAYU islam Hulu dah terima konsep PERPADUANG ala Umno - ugama Islam carahidup YAhudi, mengganut Islam fahaman zions - MELAYUZION ISLAMIS!
7.membukti MELAYU bangsa bodoh dari dulu2 lagi
8.membuktikan orang ISLAM berbangsa MELAYU sikiiit je.. itupun dalam PR..

jadi udah laa.. jangan diharap padi diseberang, jangan diharap pada melayu sekarang.. harapla pada Islam harapla pada kafir yg memuliakan dan inginkan islam!
bior la orang hulu berpesta mendokong UmnoBN.. itu hak melayu tu.. kuda hitam aduuuh.. lari kencang.. nafas pun panjannnng!!
SATUUUUUUU... SATUUUUUU.... SATUUUUU..

HIDUP PR!!! HIDUP ISLAM!!!

Anonymous said...

ala... org FELDA tu bangang dak kena bomoh sama si umno!!!

yunus said...

Apapun kita kata tidak akan berubah suasana melainkan kita buang BN jauh2 . Takkan musang mengatakan bangkai itu busuk untuk dimakan kerana itulah makanan dia,tanpa bangkai kebulurla ia.Demi kesinambungan masa depan anak cucu kita,marilah kita humban BN pada PRU 13 nanti.

Anonymous said...

You may have hit on something..
quote from an Edge article found here

http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31455:malays-indians-trickle-back-chinese-stay-away-from-bn-&catid=19:newscommentaries&Itemid=100131

"In all four polling stations, Kamalanathan improved on Palanivel’s showing. The highest percentage of improvement was in Kg Gesir which has 842 Malay voters. While Palanivel only had 246 votes, his successor picked up 607 tickets, a 146% improvement.

The other three polling stations showed smaller improvements — Gedangsa (865 to 957 votes), Kg Sg Dusun (987 to 1,115) and Kg Desa Maju (943 to 1,043)."

Anonymous said...

Kenape ko tak tanya dimana Presidin ko bila kempen panas giler diHulu Selangor dan Dato' Nik Abdul Aziz datang bertongkat untuk berkempen? Ko tak tau ke dia pergi memancing diMaldives ketika ahli-ahli PAS berhempas pulas membantu kemenangan PKR diHulu Selangor ketika Azmin sabotaj parti dia sendiri?

Sepatutnya ko ucap dulu tahniah kepada ahli-ahli PAS yg ikhlas. Merekalah yg berpenat lelah melawan musuh rakyat di Hulu Selangor. Sepatutnya ko persoalkan dulu pemimpin-pemimpin PAS yg pemalas temasuk Presidin ko yg pergi memancing di Maldives waktu org bertungkus lumus lawan BN di Hulu Selangor. Ko faham tak? Bukan ada persidangan apa pun di Maldives. Dia pergi memancing. Memancing. Kan hobinya memancing?

Anonymous said...

Typical mindset org2 PR, kalah jer salahkan itu dan ini, lebih2 lg la si Rahman yg memang sker wat firnah..

Anonymous said...

Nak tanya

Apakah dasar dan plan perancangan ekonomi negara bila PAS bila memerintah Malaysia.. nanti bersama DAP kelak.

Kami perlu tahu ini untuk melihat sejauh mana dasar makro dan mikro ekonomi bagi meningkatkan pendapatan kerajaan.

Jgn tirru BN .... Jgn sekadar komplain dan bangkang.. rakyat sudah cerdik. Dlm PAS kan banyak pakar....

Jgn asyik berpolitik... tengok di Kelantan..... harapkan pendapatan balak... asyik bagi kat cina juga kata macam UMNO.. hanya tinggal politik yg kian pupus tu sajalah....

Ingin tahu

chomelwangi said...

BN memerintah bertahun tahun. Kita tunggu dan lihat dengan penuh kesabaran. ALLAH maha berkuasa.

Anonymous said...

Of course lah BN will use watever means to win..hell,Kamalanthen himself is a pengundi hantu waat!!We must expect all these lah..and its gonna b worse cos apco umno need to protect their interest at any cost..so they will be more black money flowing in,more goodies to con the 2 race group yg sentiasa berdungung ie yindoo n melayu

Anonymous said...

Of course lah BN will use watever means to win..hell,Kamalanthen himself is a pengundi hantu waat!!We must expect all these lah..and its gonna b worse cos apco umno need to protect their interest at any cost..so they will be more black money flowing in,more goodies to con the 2 race group yg sentiasa berdungung ie yindoo n melayu

Anonymous said...

//Azmin sabotaj parti dia sendiri?//

really?

Anonymous said...

Tulang Besi berbohong :

HS bukan kubu kuat UMNO...kalau kuat PKR tak boleh menang 2008..macam PEKAN..KEPALA BATAS...KUBANG PASU..PAGUH...itulah kubu kuat UMNO..HS orang melayu hanya 54% sahaja...bukan semua ahli UMNO..PKR kalah tipis kerana sokongan kuat kaum cina kepada PKR...inilah masalahnya dilema orang Melayu macam Tulang Besi...tidak bijak membuat perhitungan poltik..lemah berfikir..memandang rendah kuasa undi melayu...menuduh tanpa bukti..akhirnya Tulang Besi sudah jadi macam media arus perdana..merpodohkan fikiran sendiri dan menyedapkan hati penyokong tegar..kalau ikutkan result HS..Khalid Samad mesti panas punggung kat Shah Alam..undi Melayu dan India boleh memenangkan BN...fikir fikirkan Tulang Besi

Anonymous said...

Asyik-asyik bagi accuse allah maha besar

itu semua orang tahu.. yg nak tahu apa.

cakap merapu sesetengah peyokong kita PAS pandailah..

macam ni susah lah.. tak ada ilmiah langsung...

jgn-jgn yg masuk blog TB semua kaki politik songsang saja.. ikut selera.. bukan berfikir...

Asal citarasa/kelompok aku hentam finah dihalalkan macam kata kat um..../benand.

wallah huaklam

Anonymous said...

alahai..tb.
1.Tak pa lah pr kalah!!yang penting puak kapiaq harbi sokong puak hangpa!!dari 60% pada 2008 kepada 80-90% diulu selangoq!!
2.PKR dan pas akan bergantung pada puak cina kapiaq harbi untuk menang! lepas tu hangpa akan kena cucuk idung memanjang dengan puak kapiaq harbi!!
3.Ish!ish!ish!kalau ikut persepsi hang dan nik aziz!60% orang islam dan melayu ulu selangoq akan termasuk dalam kategori kafir kerana sokong BN lano!!
4.akhirnya,pas akan menang dengan sokongan puak cina kapiaq jee!!dan slogan membangun bersama Islam dan Hukum Hudud akan tinggai dalam lipatan sejarah jee!!
4.Mengapa agaknya umat islam dimalaysia!semakin tinggal kan Pas!!!

Anonymous said...

Don't forget... majoriti teenager start from secondary school hardcore PR !!! One day they will going out to vote ! So

Don't Talk Sh*t, Don't Talk Sh*t, Don't Talk Sh*t... I repeat 3 times... Don't Talk Sh*t..nah i tell you..

Anonymous said...

Sha Alam ke, PJ ke ,damansara ke, majoriti Orang bandaar prang berinternet , pikir-pikir la lu Anon April 26, 2010 4:40 PM....
Umno Parti Orang Tua.... one day will mati....

Pengundi H/Selangor said...

Hakikatnya ialah PRK Hulu Selangor memberi petunjuk jelas bahawa orang melayu telah sedar dari mimpi dan telah berpijak dibumi nyata.

Orang melayu PAS/PKR dengar sini! KAMU ADALAH MINORITI SEKARANG.

Kamu boleh tulis seberapa alasan yang kamu mahu dan mengutuk BN sesedap yang kamu mahu tetapi ia tidak dapat mengubah phenomena yang berlaku sekarang.

Pada orang melayu, Anwar sikeparat hanya boneka DAP dan semua orang cina tahu ini kecuali kamu yang masih hendak membodohkan diri sendiri.

Walaupun mereka ahli MCA atau Gerakan, bila Lim Kit Siang menyeru mereka mengundi PKR, ia disambut dengan semangat kecinaan mereka.

Bibawah BN, kaum cina di Malaysia hanya berkongsi kuasa dengan melayu tetapi dengan Anwar/Zaid, mereka berpeluang berkuasa bukan berkongsi lagi.

Bodoh lah kamu, wahai melayu PAS dan PKR.....Yang paling sedih, colateral damage ialah pada maruah Islam. Cukup lah Tuan Guru Nik Aziz, jangan lah nak berposter mengunakan nama Allah. DOA yang kamu pinta tak makbul pun, mesti ada sebabnya.....TEPUK DADA, FIKIR SECARA RATIONAL.

Tulang Besi said...

Hakikatnya ialah PRK Hulu Selangor memberi petunjuk jelas bahawa orang melayu telah sedar dari mimpi dan telah berpijak dibumi nyata.

Orang melayu PAS/PKR dengar sini! KAMU ADALAH MINORITI SEKARANG.
.

Mari kita tengok komen bodoh pencacai UMNO.

Orang Melayu diaangap sedar apabila menolak calon MElayu di Hulu Selangor.

Pengundi H/Selangor said...

Tulang besi,

Hang ni memang tak rational. Masih nak menonjolkan sikap kebudakkan.

Bila terkena kat hidung sikit, kau kata lawan kau 'bodoh', 'Pencacai' lah dan sebagainya.

Kalau dah 75% orang melayu sokong BN dan 75% orang cina sokong PKR, kau panggil apa tu...

Buka lah hati dan mata biar ditutup rapat-rapat!!!!

Anonymous said...

Tulang Besi Berbohong :
Orang Melayu diaangap sedar apabila menolak calon MElayu di Hulu Selangor.


Calun Melayu tu mendapat undi kuat kaum cina....betul tak..kenapa ye...Orang HS amat mengatahui dan amat bijak membuat pilihan...kita perlu berkongsi kuasa bukanya bagi kuasa kat orang.....

Tulang Besi said...

Pengundi H/Selangor said...

Tulang besi,

Hang ni memang tak rational. Masih nak menonjolkan sikap kebudakkan.

Bila terkena kat hidung sikit, kau kata lawan kau 'bodoh', 'Pencacai' lah dan sebagainya.

Kalau dah 75% orang melayu sokong BN dan 75%
.
Kahkahkah dah terkantoi nak panggil orang budak pulak.

Bukan korang yang tolak calon Melayu ambik calon bukan melayu.

Ni berjuang Melayu apa ni?

Memang dasar UMNO dasar munafik, hipokrit.

Dah lah jadi barua Yahudi.

Pengundi H/Selangor said...

Tulang besi,

BN bukan bersifat 'one dimensional'. Tidak seperti PAS yang hanya penting kan Islam, yang lain ditolak jauh-jauh. 'PAS For All' semua orang tahu hanya rheotik mainan mulut sahaja.

Itu lah kecantikan BN. Berkongsi kuasa dengan bukan islam tetapi masih bertuankan orang melayu/islam.

Dalam pakatan, nama saja letak melayu tetapi bertuankan cina DAP/kapiak harbi.

Kawan kau, DAP akan marah bila saya sebut ayat 'ketuanan melayu' tapi ia hakikat sebab negara ini bukan sahaja majoritinya melayu tetapi dari segi politik pun, sesiapa yang hendak memerintah perlu dapat sokongan orang melayu....

tamingsari said...

Jelas sekali pengundi memilih parti yg lebih meyakinkan untuk membela nasib dan masa depan Hulu Selangor.
PKR masih punya kekuatan.Win by a nose dalam istilah lumba kuda. He he he.

john labu said...

Pengundi H/Selangor said...

Bodoh lah kamu, wahai melayu PAS dan PKR.....Yang paling sedih, colateral damage ialah pada maruah Islam. Cukup lah Tuan Guru Nik Aziz, jangan lah nak berposter mengunakan nama Allah. DOA yang kamu pinta tak makbul pun, mesti ada sebabnya.....TEPUK DADA, FIKIR SECARA RATIONAL.


kahkahkah keoookk... Melayu umno cakap pasal MARUAH ISLAM!! kahkahkah..

MELAYU Umno lah membela maruah islam dgn KILANG ARAK dan PUSAT JUDI tu kahkahkah lawak!
MELAYU Umno lah yg membela islam dgn lesen2 DISKO tu sampai ramai anak betino melayu buang bayi tu.. melayu jahiliyah!
MELAYU Umno la yg mebela islam dgn memecat Mufti Allahyarham Ishak Baharum dulu.. kahkahkah klasik sungguh cara umno membela ugama ni..
siap panggil YAHUDI lagi untuk membela Islam.. kahkahkah moron Ulu kahkah!

Anonymous said...

Blogger paling bodoh kat Msia--Tulang Besi

zakwan said...

Pengundi H/Selangor or whatever ur name is, congratulations for bringing Kamal bin Nathan to victory

Unfortunately, BN's victory is not a big one and it's not a crushing defeat for PR either

Postal votes aside, BN only beats PKR by 900 plus votes
A far cry from Moohideen's 6000 majority target
Hell,Perkosa president even mentioned that anything less than 3000 majority is a slap 2 BN's face
To your boss that he failed his KPI terribly

The way I see it,Pakatan is making inroads in the rural Malay heartland regardless of their defeat
Who knows,come GE 13,Hulu Selangor might pull an Ijok on BN

Kudos 2 the Chinese for seeing the bigger picture and vote with brains and not their feet

Rural Malays are still in their jahiliyah mindset, dulu,kini dan selama-lamanya

As for the Indians,well you just gave the pariah Samy Vellu the mandate to stay on and plunder ur wealth
So, don't complain that u'r getting marginalized because u asked for it

Anonymous said...

alahai..tb.
1.Tak pa lah pr kalah!!yang penting puak kapiaq sokong puak hangpa!!dari 60% pada 2008 kepada 80-90% diulu selangoq!!
kalau harap MELAYU UMNO dah mengganut YAHUDI belaka!! Nasib baik la puak kapir cina dan india dah kenal islam, terima islam!!
2.PKR dan pas akan bergantung pada puak cina kapiaq untuk menang! kalu Melayu dah tolak Islam.. cina kapiaq nak terima dakwah Islam pun bulih laa.. tuhan Allah Maha Kaya Dia bulih tukaq cina kapiaq jadi Islam dan jugak tukaq MElayu Umno jadi Melayu Yahudi Umno!! Subhanallah..
3.Ish!ish!ish!kalau ikut persepsi hang dan nik aziz!60% orang islam dan melayu ulu selangoq akan termasuk dalam kategori kafir kerana sokong BN lano!! ioo la sbb depa tolak Quran dan kerja nabi tapi TERIMA YAHUDI.. ish!ish!ish!
nabi kata taklih judi, Umno kata bulih! nabi kata taklih meniaga arak, Umno kata bulih! nabi kata kena perintah ikut Islam, umno kata kena perintah ikut YAHUDI!! ish!ish! fitnah betul Nik Aziz ni!!
4.akhirnya,pas akan menang dengan sokongan puak cina kapiaq yng TERIMA ISLAM jee!!dan slogan membangun bersama Islam dan Hukum Hudud akan tinggai dalam lipatan sejarah orang MELAYU jee!! sebab yg dok amal nanti kaum cino dan india jerr!! MELAYU UMNO membangun bersama YAHUDI!!
4.Mengapa agaknya umat islam dimalaysia? semakin tinggal Pas jerr!!! Melayu lain dah tukar dah ikut Yahudi kerr??

zakwan said...

TB, can u check whether this pengundi h/selangor is actually a registered voter there?

My gut tells me that when the Sibu by election takes place,he'll chane his ID to pengundi Sibu and keep spewing shit on ur blog

cong mendeliar said...

waa tatak heran PR kalah ooo.. TAPI gua manyak hairan itu MELAYU BN talak menang juga la!
ini MELAYU menang sorak woo.. itu kici ada menang jugakkk!
itu MELAYU selupa dulu woo.. sinang jual!!!
lagi itu lembu makan rumput.. lagi itu melayu jual itu negeri..

Anonymous said...

Tulang Besi Berbohong lagi :
Bukan korang yang tolak calon Melayu ambik calon bukan melayu.
Ni berjuang Melayu apa ni?
Memang dasar UMNO dasar munafik, hipokrit.
Dah lah jadi barua Yahudi.



Tulang Besi jangan marah..kawal emosi...BN baru menang 2..Pakatan kan dah banyak menang...jangan jadi tak keraun...tak payah mengata..nanti kena kat diri sendiri...Orang Melayu HS lebih bijak berpolitik dari Tulang Besi...apa guna calun Melayu kalau kuasanya tak dikongsi tapi lebih dikuasai...bak kata DSAI Allah dah takdirkan...tak jadi 16 sept..Allah pun dah takdirkan...Pakatan tak menang HS..TAK TAHU LA KALAU TULANG BESI TAK PERCAYA KEPADA TAKDIR...

tamingsari said...

Pengundi Pas pun ada yg pangkah BN.
Banyak sebab mereka buat begitu sebagai protes. Pengundi hantu memang ada. Mereka banyak ada di
Selangor,Kedah,Penang,Kelantan dan Perak.Tupasal PR menang.BN adalah parti yg menerima kekalahan dgn dada terbuka. Dimana juga mereka kalah belum pernah nak meroyan dan menuduh.

Pengundi dah buat keputusan,terima jelah. Mengapa selepas menang pd 2008 parti dan calon tak buat keje
dgn baik?Nak salah sape? Bila perpaduan PAS retak kesan dari kutuk mengutuk sesama sendiri,TB juga terlibat,maka berlaku sabotaj.

Perpaduan parti kena jaga TB.Sikap orang melayu kalau dah marah mcm2
boleh jadi.Kutuk lagi! TB juga membantu kemenangan BN kalau perkara ini diambil kira.

Anonymous said...

Actually PR can accept defeat.its BN who is really scared of losing..53 years of ruling,and still cannot solve social economic problesm,despite having oil and komodities?Why?becos,too many buffons,scums n bums r holding power..and due to their stupidty, the country has turned inta open sesame jalang.."show me money,u can f*k my honey"..so stupid they r,they r willing to spend millions just to pinch obama's nipples.."oo..so cool to have a kodak foto session with the 1st negro president..t hee.."

Anonymous said...

The essential question is, how dare we use education - the only means for social and economic progress for ALL races - to bribe voters!
dr. azly rahman

ah doc..people like to be bribed..everyone likes the smell of money,but indians and malays luv it more becos they dont have much money..u know,the flow of heat frm hot to cold,so those who dont have much money will have the highest desire to have money..BN knows rakyat r sukers 4 money (becos they too r suckers) ,they know,this is the age of showing off with money,this is the age which regards a moneyed man as the ultimate achiever,and the indians n malays who dont know how to make money but want PLENTY OF MONEY to join the fun club ASAP..kita pun nak syok jugak.."takkan nak hidup merana seumur hidup..we wanna jam man with babes in pimp mobiles..hooo hooo hooo"

Pengundi H/Selangor said...

Zakwan,

Hang tak payah tanya TB, aku memang registered voter of Hulu Selangor. Mengundi di Sek Kebangsaan Serendah. Whatever I wrote is real from a layman's point of view.

Untuk pengetahuan anda, saya bukan pun ahli UMNO, haya seorang insan yang risau bila mengenangkan nasib dan masa depan anak-anak melayu jika melayu berpecah dan hilang kuasa politik.

Terus terang saya anti-DAP disebabkan pengalaman pahit bekerja dengan golongan yang amat racist dan pentingkan kaum sendiri.

Ketika Anwar memperkenalkan Zaid didewan komuniti Serendah, menyirap darah saya bila ahli MP DAP dari kepong memulakan kata dengan menyebut nama Melayu, cina, India dan penduduk 'asal' Hulu Selangor.

'Penduduk Asal' adalah ayat baru mereka gunakan mengantikan perkataan orang asli. Kamu lihat macam mana dengan halus mereka hendak menekankan kepada kaum mereka yang orang Melayu adalah sama seperti kaum Cina dan India sebagai pendatang ditanah melayu.

Itu lah sebab saya berpendapat Melayu PAS dan PKR adalah bodoh dan adalah pengkianat bangsa bila bersengkongkol dengan kapiak DAP haram jadah ini.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.