Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, April 11, 2010

Hulu Selangor Akan Melihatkan Keputusan yang Amat Rapat

Maklumat saya dapat adalah sesiapa sahaja yang akan menang kerusi Hulu Selangor dalam pilihanraya kecil nanti, mereka tidak boleh menang dengan majoriti yang selesa.

Kecuali kalau UMNO mencalonkan Mike Tyson....

Bagi penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, ini bermakna mereka terpaksa bekerja keras sehinggalah keputusan PRK Hulu Selangor diisytiharkan. Tiada ruang untuk berehat dan tiada masa untuk dibuang. Segala kerja pilihanraya harusnya telah bermula minggu lepas di setiap Unit Peti Undi.

Kalau pun PKR menang, ia tidak akan menang dengan majoriti lebih dari 1k atau 2k undi.

KUNCI KEMENANGAN ADALAH 30% PENGUNDI LUAR

Dianggarkan 30% pengundi Hulu Selangor tinggal di luar Hulu Selangor. Ada cadangan supaya senarai pengundi2 luar ini dikeluarkan dalam internet.

Tugas setiap PENYOKONG dan PENDOKONG Pakatan Rakyat adalah membawa SETIAP PENGUNDI LUAR ini pulang mengundi dan memastikan mereka mengundi PKR. Kalau diketahui pengundi-pengundi ini mengundi UMNO, haruslah dicari helah supaya dia tidak pulang mengundi.

CALON

Saya dah tahu siapa calon PKR tapi tak dapat nak dedah sebab rahsia besar. Adapun calon BN adalah dari MIC. Namun, janganlah kita tertipu dengan aksi MIC dan G Palanieval.

MIC dapat bertanding pun dah kira nasib baik, inikan pula nak letak Palanieval yang DITOLAK oleh pengundi Hulu Selangor hampir keseluruhannya.

Segala yang dilakukan oleh Palanieval skrg ini adalah wayang. Beliau tahu nama beliau tidak akan dicalonkan. Mereka hanya cuba memberi gambaran kononnya Palanieval akan jadi calon supaya jentera PR jadi "over confident".

Jentera PR mesti bersedia berhadapan dengan calon BN dari MIC yang bukan Palanieval. Itulah dia realiti yang bakal dihadapi oleh PR.

SOKONGAN MELAYU?

Rata-rata kalau Mat Taib jadi calon, memang undi Melayu akan pergi ke BN dalam 60-75%. Tapi kalau calon MIC, mungkin dalam 45-50%. Tapi, tiada garenti maka wajib kerja keras dari sekarang tanpa soal.

Cuma beza kali ini berbanding 2008 adalah kita boleh berkempen di dalam kampung-kampung Melayu dan Felda yang rata-rata adalah kubu UMNO. Maka pengundi-pengundi Melayu lebih terdedah dengan masej dan hujjah kita berbanding 2008 lepas.

ISU-ISU

Isu-isu adalah bergantung kepada kaum:

1.0 Cina : Isu geran tanah kerana Khir Toyo dahulu menolak permohonan mereka secara borong. DI samping itu, terdapat banyak isu-isu nasional yang membuatkan kaum CIna benci pada BN dan UMNO

2.0 India : Sudah 50 tahun kaum India di abaikan oleh BN. Maka isu mereka bermacam macam. Namun, kita harus ingat bahawa undi India lebih sedikit kepada BN sewaktu 2008. Mungkin atas faktor isu calon BN itu dari bangsa India. Tapi dari pengalaman Bagan Pinang, kita tidak boleh "over-confident" dengan undi India kerana BN boleh membeli undi-undi mereka secara borong seperti di Bagan Pinang

3.0 Melayu : Isu utama adalah isu calon. Majoriti mereka mahu calon UMNO di Parlimen. Namun, kira PR dapat menunjukkan kebaikan kerajaan negeri sewaktu kempen, mungkin dapat melembutkan hati mereka kepada Pakatan Rakyat.

Di samping itu, isu-isu nasional juga banyak untuk dimainkan di Hulu Selangor kepada pengundi Melayu, tetapi saya tidak yakin isu-isu nasional ini mempunyai kesan yang besar. Namun, dalam pilihanraya yang kecil perbezaannya, perubahan-perubahan yang kecil ke arah PR harus dimanfaatkan.

KESIMPULAN

Jentera Pakatan Rakyat WAJIB bekerjasama seperti satu unit dengan meletakkan segala perbezaan di belakang buat sementara waktu.

Mesti diingat ini adalah kawasan di mana UMNO paling kuat di Selangor. Jumlah pengundi UMNO adalah sangat tinggi dan mereka ini UMNO tidak perlu berkempen dengan keras untuk mengundi UMNO.

Namun harapan untuk menang itu tetap ada dan semua bergantung dengan usaha dan kederat yang digunakan oleh jentera Pakatan Rakyat sewaktu pilihanraya kecil ini kelak.

Pokoknya KESEMUA penyokong dan pendokong MESTI memberi sokongan dalam apa bentuk sekalipun. Tiada ruang untuk berehat atau bersantai. Ini bukan waktu untuk dengar ceramah. Ini adalah waktu untuk menarik pengundi.

Tulang Besi



18 comments:

asyMok_Aambo said...

apapun, mike tyson akan GIGIT telinga evander holyfield.

Anonymous said...

Tulang Besi..sejak bila ni hang dah pandai bagi kredit kat mike tyson..itukan orang umno...hang maki geng UG tapi puji geng UMNO..apa punya analisis ini...tak ada fakta yang statistik..cuma andaian dalam kepala diterjemahkan dalam blog sendiri..ikut perasaan jadi perasan sendiri...analisis pilihanraya paling teruk yang pernah dibaca...kena banyak belajar lagi Tulang Besi...

Anonymous said...

The key factor will be the malaysian indian votes..as usual Makkal Sakti,Utahyakumar & co(who were working for BN right frm the beginning!!) will start their melodrama,chest beating..as usual there will be lot's taik talk like "wat Pakatan doin for yindians?..why no tok on article 153?..why yindian yindoo no get same status as bumi,our economic syer wonly 3 %..we must get more blue chips,more gaverment jobeh..yadah yadah yadah.."..time has now come for indians to wake up and realise,that indian leaders(in india plus those pariah bastards in MIC,MAKKAL SAKTI,Utahyakumar,Waythamoorty,MINDRAF,ANCHOR DRAFT,PPP) r the ones who have betrayed indians!!"I YAM YOUR BLACK BRUDDER TALIVAR..YOU YINDIAN PIPUL MUST VOTE YOUR YINDIAN LEADER..I AM THE AVATAR,VIBHUTI,MAHAN,VIJAYKANTH,MGR,RAMA,KRISHNA,HANUMAN REINCARNATE..SO WOTE ME AAAAAAAAAAAH..TAYRIMAAH!!"

Anonymous said...

Takkanlah yang orang UMNO tu sudah bertahun tahun bersubahat dengan pihak yahudi tu tak menjadi isu diantara pengundi melayu - ingat melayu dihulu selangor bangang sangat ke?
Memang lah bukan Zaid yang akan dicalonkan. Yang akan dipilih olih PKR siapa lagi kalau tak kroni Anwar - Dr Halili? Ini bukan rahsia!

Anonymous said...

gua orang Hulu s'gor dengan ini mengatakan bahawa BN akan menang besar. pasal ape?:
1. H.S ni memang dari dulutpt BN, org melayu dia ni darah diorang warna biru bro. sampai sekarang ni lagi. ada ke masa cuti skolah lepas ada mamat tu buat kem ibadah bdk2 skolah kat kerling, bila bdk2 jalan ke masjid sambil berzikir, org kampung leh cakap "ajaran sesat"
2. walau pun PR dah menang parlimen tapi dua tahun tak wat ape bro, takkan alasan a.p sakit je, yang lin tkleh tolong ke? patut guna la peluang daj menang negeri ni buat banyak2 kebajikan kat tpt yang kalah (jgn lupa tpt menang lak) so baru orang nampak sket. ni tak sibuk dok gaduh sama sendiri.
3. Orang Bn ni nampak je macam gaduh sekarang ni, nak melayu la, nak boikot la, nak tanding bebas la, duit belum turun bro, tggu duit turun nanti lu tgk la berapa kuat nya mereka ni ber"ibadah" lil fulus wan nuqud

hasni rahmat said...

Saya sangat bersetuju dengan penulis yang keputusan HS akan melihatkan keputusan yang amat rapat.

Saya juga amat berharap PKR akan mampu mengekalkan kerusi di HS. Namun begitu, kepincangan yang berlaku dalam PKR baru-baru ini seperti tindakan keluar parti beramai-ramai oleh wakil PKR serta pendedahan mengenai 16 Sept.

Kegagalan wakil rakyat PKR sebelum ini dan juga kegagalan PKR secara keseluruhannya yang gagal membawa perubahan untuk rakyat HS agak membimbangkan. Ketidakupayaan pemimpin PKR membangun kawasan pedalaman seperti HS menunjukkan PKR kurang pengalaman dalam mentadbir negeri.

Pembatalan kampus cawangan UITM di Serendah, kelulusan kawasan tanah perkuburan Cina di Ulu Yan, perobohan kuil Hindu dan kubur Hindu di HS semuanya tidak menyebelahi PR.

Agak tipis harapan PR tetapi, betul, keputusan memang rapat.

Anonymous said...

PM berani mengambil risiko meletakkan calon MIC di HS. Ramai yang menyatakan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib lebih berpeluang untuk menang dengan selesa kerana ramai orang Melayu yang menyokong beliau.

Tetapi, tindakan PM difahami berdasarkan perjanjian yang dibuat dengan MIC. Satu tindakan yang boleh memakan diri, tetapi dari satu aspek lain, saya kagum dengan keputusan PM. Ini kerana jika benar BN gila kuasa, tidak mungkin PM mencalonkan calon dari MIC kerana tahu HS majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

MIC perlu tahu bahawa peluang yang diberikan oleh parti komponen lain terhadap mereka adalah sangat bernilai. Jangan ambil sambil lewa kerana diberikan peluang ini. MCA pun dah turun padang menyatakan sokongan mereka dengan berkempen dengan masyarakat mereka sendiri.

Najib said...

Salam...

Syabas Tulang Besi....

satu analisis yang boleh dikatakan terperinci....

pada saya peluang kedua-dua pihak adalah 50-50....

bagi BN Hulu Selangor adalah kubu kuat mereka..

bagi PKR mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kembali kerusi mereka dan semua jentera parti komponen mereka bergerak aktif......

namun BN dikatakan mempunyai maslah dalam menentukan siapakah calon yang bakal mereka turunkan untuk bertanding 25 April ini...

namun PKR mempunyai rekod tidak begitu baik di Selangor berikutan isu UiTM, Kubur India dan flat Bukit Sentosa......

oleh itu marilah kite bersama nantikan saat yang mendebarkan ini....

harapan agar penduduk Hulu Selangor akan dapat memilih pemimpin yang berkaliber dan betul2 layak menduduki kerusi di Hulu Selangor....

Hulu Selangor menpunyai jumlah Pengundi: 63,593

Peratusan Kaum:
Melayu:53.94%
Cina: 26.67%
India: 18.98%
Lain2:0.41%

fiona said...

The by-election would be a yardstick to measure the success of BN and PR.

PR is losing now though they are trying to press the government with various issues such as the Israelis' spies in PDRM/Apco and the like. I also believe that, looking at BN now, I feel more united than ever. MCA for example pledge their support to campaign for MIC. It has been long when we last see this show of support.

But in the end, it is the people who will choose their own candidate to represent the community. The people in Hulu Selangor must understand that one vote will make a difference. Knowing that, BN has been in power of Hulu Selangor for the past three terms, and PR is still struggling to to prove their leadership.

pelangi said...

idup PKR....

idup PR....

idup DSAI....

idup Hulu Selangor....

hahahahahhahahaha

kemenangan adalah pasti milik PKR dan PR.....

UMNO/BN jangan nak berangan dengan calon-calon india yang diorang letak tu ingat boleh menang.....

hahahhahahahahahhaha

fries said...

kenapalah u all ni nak gaduh2....

apa yg penting....kerjasama =)

apa susah2 parti2 yang bertanding buatla apa yg patut untuk parti...

tak payah la nak gaduh2....

pelik tul la....dengan fitnah sana sini....kutuk sana sini....kondem sana sini.....

apa dah jadi sebenarnya dengan politik negara kite? saya ni bukanlah tau pasal politik tapi kalau tgk keadaan negara kite sekarang ni sedih...sedih sangat....keadaan negara dh jadi tak stabil...ekonomi tak stabil....politik tak stabil.....harga barang tak stabil....harga minyak tak stabil......jangan sampai hidup kite nanti jadi tak stabil dah.....

apa pun marilah sama2 kite doakan untuk KESTABILAN negara kite.....

Anonymous said...

Apa BN buat selama 50 tahun..apa Chunni Velu buat utk rakyat india selama ini?Jawapanya..ROMPAK!!..UBN adalah PEROGOL,PENGKHIANAT!!..UBN sengaja menghamba abdikan rakyat supaya para DAYUS UBN boleh enjoy keiblisan mereka!

Anonymous said...

Tulang Besi, kalau nak menang besar hang kena cadang kat Pas selangor letak calun diHulu Selangor.Tengok Hasan Ali berani ke tidak.

Anonymous said...

For sure,pariah nayee kunji Makkal Sakti will tak about the "tragedy" of kampung buah pala.."Oh..so sad o..so pitiful o..the manolitos n victorias of kpg buah pala got only RM500k worth of double storey houses..sob sob.."..

Anonymous said...

Get ready for Thanendran/Uthayakumar/Samy chunni wolu verbal diarrheas.."we tha yindu yindians have been genocided,marginalised by the nataa muslim(malays),the sadayens(chinese)!!..threfore.. we must raise our woise!!..we tha yindu dravidians raja raja cholas pipul only support wonly yindo dravida leaders!!..we must fight fight for our rights!!..failure which we go to UN,we go to middlesex courts,we got o heritage society,we go to every yindo dravia chola chola kazagham yindoo lovin nasen leader pipul to impose economic sanctions on malaysia!!

Anonymous said...

Kalau BN leta kcalon MIC kat Hulu Selangor gerenti kalah punya. Orang Melayu mana yang nak pangkah calon India. Imej diaorang ni dah tercalar pada mata orang melayu. Siapa suka Samy Vellu angkat tangan. Siapa suka Hindraf angkat tangan. Satu tangan melayu pun tak nampak angkat.

Kalau letak Mat Taip ada lah jugak harapan menang. Kalu kalah pun tak la teruk sangat. Mat Taip macam Isa Samad di Bagan Pinang. Ramai yangtak suka ISa, tapi orag sana suka dia. Orang lain cuma buleh melalak. Yang nak pangkah orang sana.

Kalau BN nak bagi naik tokoh India, bagilah cara lain. Lantik laj jadi Senator ka, pas tu lantik jadi menteri. Kalau harap nak menang dalam pilihan raya. memang imposibel. Degar la nasihat saya ni.

Bukan prajudis tapi dah nampak kudis dia.

Pakar Kulit

Anonymous said...

saya pengundi Hulu Selangor, dulu saya mengundi PKR kerana Allahyarham Zainal Dahlan krn beliau byk membantu keluarga saya dan org-org disini semasa beliau dlm umno dulu, tapi selepas beliau sakit, tak ada pemimpin-pemimpin kanan lain yg turun pdg di sini.

saya percaya kali ini ramai pengundi yg akan berpaling semula kpd BN memandangkan keadaan kelam kabut pemerintahan Pakatan Rakyat pada masa ini.

Anonymous said...

//apa pun marilah sama2 kite doakan untuk KESTABILAN negara kite.....//
Alo..who doesnt want kestabilan?The reality sekarang,Malysia dah jadi kingdom of SARUMAN..so,bila dah jadi kingdom of Saruman,hitam akan dilabel putih,lies is truth,kutuanan melayu islam is islam yg ori suci..and kalau no tindkan drastik..haha..gerenti,negara ni akan akan surpass BURMA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.