Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, April 17, 2010

Hulu Selangor: Jadikan Pulai Chondong Sebagai Inspirasi

Syabas diucapkan kepada Pakatan Rakyat dan PKR kerana pemilihan calon yang begitu aman dan tenteram.

Berbanding BN yang riuh pikuk keadaannya semasa memilih calon, PKR dan PR memilih calon dengan begitu professional. Sedari mula lagi kriteria yang diutamakan adalah calon yang boleh menang.

Ertinya, segala perkiraan fraksi, geng atau kumpulan mana yang melobi sudah tidak menjadi perkiraan lagi. Sesiapa yang mahu melobi untuk seseorang calon harus membawa bukti yang calon mereka mampu menang dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor.
Dari mula lagi, PAS dan DAP telah bersetuju untuk PKR mengekalkan kerusi Hulu Selangor. Itu sahaja sudah nampak keharmonian dan pengutamaan dari segi mahu memenangi kerusi tersebut.

Dalam sebuk-sebuk berbincang, tiba-tiba wakil rakyat BN Sibu pula meninggal. Terus PR mesyuarat dan menyerahkan kerusi Sibu pada DAP. Ini bererti DAP akan ada masa yang amat lama untuk bersedia bagi PRK Sibu kelak.

Dari maklumat yang saya dapat pun, banyak nama yang dicadangkan bagi bertanding kerusi Hulu Selangor. Namun, oleh kerana kriteria menang diutamakan, maka masing-masing kumpulan takut untuk melobi lebih-lebih.

Ini kerana kalau hendak melobi, maka wajib mereka membawa BUKTI KUKUH dan SAINTIFIK.
Dan apabila keputusan Zaid sebagai calon diumumkan, kita tidak dengar komplen dari mana-mana pihak. Hakikatnya, semua pihak bersetuju dengan pilihan parti kerana pilihan tersebut adalah berdasarkan kajian semata-mata tanpa apa-apa sentiment pun. Mengikut kajian saintifik yang dijalankan oleh PKR, Zaid adalah calon yang terbaik.
Tiada kena mengena dengan lobi atau kehendak mana-mana fraksi dalam parti. Yang penting ialah calon yang mampu memenangi kerusi Hulu Selangor. Itu sahaja.

Ia mengingatkan saya kepada pemilihan calon PAS sewaktu pilihanraya kecil Pulai Chondong sekitar tahun 1997. Sewaktu itu S46 baru sahaja melompat keluar dari APU. Maka, apabila Tok Guru Nik Aziz mengumumkan calon adalah YB Zul, maka semua orang menerima calon tersebut dengan hati terbuka. Di saat itu, Tok Guru berkata, dia sudah tahu yang PAS akan memenangi kerusi Pulai Chondong kerana keikhlasan yang ditunjukkan oleh jentera PAS diperingkat Kawasan dan Cawangan.

Inshaalah ini tanda-tanda kemenangan bagi kita. Tapi, seperti Pulai Chondong, kita kena kerja KERAS. Pulai Chondong sepatutnya menjadi inspirasi kepada jentera Hulu Selangor kerana Pulai Chondong adalah kerusi yang PAS TIDAK PERNAH MENANG semenjak merdeka. Sehinggalah, pilihanraya kecil itu, PAS berjaya merampas kerusi tersebut dari S46/UMNO. Sejarah tercipta pada masa itu.

Kalau Pulai Chondong kita boleh menang, Hulu Selangor sepatutnya mudah sahaja untuk menang. Tapi,wajib kerja keras dan kerja lebih masa untuk menang. Tiada rehat sehingga SPR isytihar kerusi Hulu Selangor milik Pakatan Rakyat.

Tulang Besi

7 comments:

Anak Bugis said...

Hanya dgn mengundi calon PR, tak kiralah dimana sekali pun, membuatkan BN tunduk pd kehendak dan kemahuan rakyat, kerana mereka takut kehilangan kuasa, terlalu banyak darah dan airmata rakyat mengalir kerana ketamakan kepimpinan UMNO yg mementingkan kemewahan dan kedudukan, jika mereka ni sudah hilang kuasa, dan kemudian dibicarakan, aku rasa penjara baru kena didirikan semata-mata utk mereka.

UMNOAPCO said...

UMNOAPCO aka BNAPCO akan jahanam di Hulu Selangor. Najib ALTANTUYA akan jahanam juga di Mahkamah Antarabangsa Semua grombolan yang sekongkol dengan UMNOAPCO akan jahanam bersama2 Najib lahanat. Termasuk perempuan Puaka yang kuat shopping.

Segala dosa2 yang terkumpul selama 53 tahun akan dibalas tidak lama lagi. Hari Kiamat untuk UMNOAPCO telah bermula .... tik tok tik tok..

PERGI JAHANAM DENGAN UMNOAPCO

Anonymous said...

Salam Perjuangan utk Dato Zaid Ibrahim, semoga kemenangannya dapat diraikan secara besar besaran. Dengan ingatan tulus ikhlas dari Chivas Regal, Remy Martin, Cordon Blue dan Hennessy, penaja bersama utk Zaid Ibrahim.

ataspagar said...

akhirnya penyokong PAS terpaksa telan juga seorang calon yng pernah menentang dan memfailkan hukum hudud ke mahkamah..

Anonymous said...

AMNO parti serbasalah memilih calon.Mula mahu tanding sendiri dengan calon amno ,lepas itu MU gila,Palanipan,semi valu.Sekarang Kamal hasan pula kononnya hebat berbahasa melayu.
Zaid bodoh pula terima gaji 20,000 ribu sebulan sebagai menteri dulu tetapi sekarang sebagai MP tak sampai 10,000 ribu gaji.KONONNYA UMNO+bn TELAH BANYAK TIPU DUIT RAKYAT.KENAPA Zaid you mahu jadi hero rakayat miskin kah.Kamalnathan bijak you orang cukup makan ,ada rumah kos rendah,ada pakaian dan bersukurlah dan terus sokong BN.

john labu said...

Chivas Regal, Remy Martin, Cordon Blue dan Hennessy,

aikk.. anon kita kat atas ni hapal nampak!?
dah lamo ke kou togok menatang ni bro?
bawak2 la tobat!!

sam raspiut said...

"AKHIRNYA SPINNER HADI KEMBALI BERKEMPEN UTK RAKAN UMNO DIHULU SELANGOR"

Dia, tokoh ulama malayu melenguih dgn bango membela zaid meletakan calon PKR jadi 'hot and easy target' penembak UG dan anti PR.
Hadi kata di Sinar harian"dakwaan negetif terhadap zaid tidak adil" tetapi, adakah adil tindakan dia pd zaid mengulas komen LIar diblog picisan?
sedangkan dia tahu pancing blog gampang ini menunggu komen dr tokoh pimpinan bangang utk menaikkan dan mengesahkan berita liar spt ini?
Bukankah hujah pembelaan gampang dia adalah satu bentuk serangan pada calon PR?
Bukan dia tahu ISU paling besar di PRK hulu selangor adalah isu kredibiliti PERIBADI DAN KETOKOHAN calon.. atau Hadi memang BERUSAHA meletakkan pribadi zaid sebagai bahan polimik umun di PRK Hulu S'gor??

Dakwaan hadi, “Saya tidak baca blog, jadi saya tidak tahu, tetapi sebagai orang Islam, kita perlu bertanya dengan tuan badan sendiri, bukannya mempercayai blogger,” benarkah begitu??
kalau benar mengapa dia tidak tanya zaid , timbang baik dan buruk sebelum ulas MENAIKkan isu dan rating blog ug/umno itu?
kalau benar tak pernah baca.. mengapa gatai nak ulas barang yg dia tak mahir, tak fasih?? serah pd bebudak blog je la uruss..

MEMbelakah hadi.. bila dihighlightnya cuma 'kaki minum', 'saman hudud', 'sudah berubah', 'baru balik mekah' meletakkan calon PKR seolah2 semua sama spt Zul Nordin.. sedangkan umum menerima Zaid dgn cara berbeda!!
mengapa TIDAK di highlight pengorbanan zaid.. betapa zaid meninggal kehidupan buruknya dalam umno, meninggal jawatan menteri, kemewahan dan masa depan gemilang dlm umno.. hanya semata-mata utk BERSAMA PR? tinggalkan semua!
atau dgn mengankat fakta ini hadi takut mendedahkan keburukan penyokong ug yg tidak berani melepaskan umno??

saya akui Hadi sebagai orang tua PAS cukup mahir dalam kerja spin politik ini.. cuma sebagai ulama MELAYU dia agak lembab berbandingkan pemahaman politik benih muda PR hari ini.
Hadi tetap Hadi.. CUMA tokoh "ULAMA MELAYU!!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.